Peribahasa Panitia BM 2015

download Peribahasa Panitia BM 2015

of 25

description

panitia bm

Transcript of Peribahasa Panitia BM 2015

90. Api PercintaanMaksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di DahiMaksud: Mendapat malu.Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di KeningMaksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di mukaMendapat malu.

94. Asam GaramMaksud: Pengalaman.Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas AnginMaksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas NamaMaksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar:Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:Maksud: Orang yang berani.Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'1. Babi Buta = Membabi ButaMaksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

2. Bahasa IbundaMaksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa Kasar = Berbahasa KasarMaksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.

4. Bahasa PasarMaksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.

5. Baik BudiMaksud: Baik hati.Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.

6. Baik HatiMaksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

7. Baik SangkaMaksud: Berpendapat yang orang lain baik.Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.

8. Balas Budi = Membalas BudiMaksud: Balas jasa dan berterima kasih.Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.

9. Balas GunaMaksud: Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik Gagang = Berbalik GagangMaksud: Berpihak kepada musuh.Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

11. Balik Hati = Berbalik HatiMaksud: Berubah pendirian.Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.

12. Bangkai BernyawaMaksud: Orang yang tidak berguna.Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

13. Bantal Lengan = Berbantal LenganMaksud: Kehidupan yang terlalu miskin.Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

14. Banting Tulang = Membanting TulangMaksud: Bekerja bermati-matian.Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

15. Banyak AkalMaksud: Banyak helah.Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

16. Banyak CakapMaksud: Orang yang suka berleter.Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.

17. Banyak MulutMaksud: Orang yang suka berleter.

18. Bapa AngkatMaksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.

19. Bapa KandungMaksud: Bapa sebenar.Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.

20. Basuh Mulut = Pembasuh MulutMaksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

21. Batu ApiMaksud: Orang yang suka menghasut.Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

22. Batu LoncatanMaksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar.Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.

23. Bau-Bau BacangMaksud: Persaudaraan yang jauh.Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

24. Bawa AlamatMaksud: Memberi tanda.Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

25. Bawa Diri = Membawa Diri

26. Bawa HatiMaksud: Merajuk.Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang.

27. Bawa HidupMaksud: Merantau mencari penghidupan.Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal.

28. Bawa MatiMaksud: Menyebabkan mati.Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.

29. Bawa MulutMaksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.

30. Bawa NasibMaksud: Merantau mencari penghidupan.

31. Bawa NyawaMaksud: Menyelamatkan diri.Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.

32. Bawa Sial = Membawa SialMaksud: Mendatangkan malang.Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah.

33. Bawa TempurungMaksud: Minta sedekah.Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.

34. Bawa Tuah = Membawa TuahMaksud: Mendatangkan keuntungan.Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya.

35. Bawah AnginMaksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.

36. Bawah BenderaMaksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris.

37. Bawah TanahMaksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah.

38. Bayang Kata = Dibayang KataMaksud: Dikias.Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.

6. Cakap AnginMaksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.

7. Cakap BesarMaksud: Meninggi diri.Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

8. Cakap MulutMaksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.

9. Cakap TinggiMaksud: Meninggi diri.

10. Cakar Awan = Pencakar AwanMaksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

11. Cakar AyamMaksud: Tulisan yang buruk.Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar Langit = Pencakar LangitMaksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

13. Campur CakapMaksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah.

14. Campur MulutMaksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

15. Campur TanganMaksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

16. Cangkul AnginMaksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.

17. Cari Akal = Mencari AkalMaksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

18. Cari BalaMaksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

19. Cari FasalMaksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.

20. Cari FikiranMaksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

21. Cari IkhtiarMaksud: Berusaha bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

22. Cari jalanMaksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

23. Cari MakanMaksud: Bekerja atau mencari rezeki.Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari MukaMaksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

25. Cari Nama = Mencari NamaMaksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

26. Cari RezekiMaksud: Bekerja atau mencari rezeki.

27. Cari SalahMaksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu.

28. Cari SeteruMaksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

29. Cari SusahMaksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

30. Cecah Bahu = Mencecah BahuMaksud: Sampai ke paras bahu.Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu.

31. Cecah Bumi = Mencecah BumiMaksud: Jejak ke bumi.Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.

32. Cepat LidahMaksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.

33. Cepat MulutMaksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya.

34. Cepat TanganMaksud: Orang yang suka mencuri.Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.

35. Cerai HidupMaksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih

Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting HatiMaksud: Melukai perasaan.Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya.

46. Gunung Hati = Menggunung HatiMaksud: Tersangat ingin.Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi.

47. Gunung PayungMaksud: Orang kesayangan.Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.

48. Gunung RuntuhMaksud: Bunyi bergemuruh.Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.Sumber diperolehi dari seribahasaSimpulan Bahasa bermula dari huruf 'H'1. Habis AkalMaksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

2. Habis BulanMaksud: Hujung bulan.Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

3. Habis Jadi AbuMaksud: Musnah.Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis JodohMaksud: Bercerai.Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

5. Habis ModalMaksud:A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.Contoh Ayat:A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

6. Habis Nyawa = Menghabiskan NyawaMaksud:A) Mati.B) Menebus dengan nyawa.Contoh Ayat:A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

7. Habis PerkaraMaksud: Selesai.Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.

8. Habis TahunMaksud: Penghujung tahun.Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa MataMaksud: Persembahan yang mengasyikkan.Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.

10. Halwa TelingaMaksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa TanganMaksud: Tidak mendapat apa-apa.Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.

12. Hancur HatiMaksud: Sangat sedih.Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

13. Hangat HatiMaksud: Sangat marah.Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

14. Hangat-Hangat KukuMaksud: Suam-suam.Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi AyamMaksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus HatiContoh Ayat: Maksud: Sangat marah.

17. Harga DiriMaksud: Maruah.Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.

18. Harga MatiMaksud: Harga tetap.Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.

19. Harga PokokMaksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.

20. Hati BatuMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.

21. Hati Berlian = Berhati BerlianMaksud: Sangat baik hati.Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri.

22. Hati KecilMaksud: Perasaan dalam batin.Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

23. Hati MudaMaksud: Rasa muda dalam hati.Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.

24. Hati NuraniMaksud:A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.B) Perasaan hati yang murni.Contoh Ayat:A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

25. Hati TawajuhMaksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

26. Hati TerbukaMaksud: Ikhlas.Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

27. Hati Tungau = Berhati TungauMaksud: Penakut.Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.

28. Hati WajaMaksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

29. Hentam KromoMaksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.

30. Hidung BelangMaksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.

31. Hidung TinggiMaksud: Orang yang sombong.Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.

32. Hidup TerbuangMaksud: Tersia-sia diri.Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.

33. Hilang AkalMaksud: Gila.Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di HatiMaksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.

35. Hilang HarapanMaksud: Tiada mempunyai harapan lagi.Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.

36. Hilang IngatanMaksud: Gila.

37. Hilang LenyapMaksud: Hilang tanpa berita.Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.

38. Hilang NyawaMaksud: Mati.Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.

39.Hilang SemangatMaksud: Terkejut.Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

40. Hilang-Hilang TimbulMaksud: Sekejap ada sekejap tiada.Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.

41. Hilir MudikMaksud: Berjalan ke sana ke mari.Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu.

42. Hina BudiMaksud: Berkelakuan buruk.Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak.

43. Hisap DarahMaksud: Memeras atau menindas orang.Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.

44. Hisap JariMaksud: Kecewa.Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

45. Hujung PangkalMaksud: Asal mula.Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.

46. Hukum AlamMaksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam.

47. Hukum AllahMaksud: Takdir Tuhan.Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.

48. Hutang DarahMaksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.

49. Hutang LapukMaksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

50. Hutang NyawaMaksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.Sumber diperolehi dari seribahasaSimpulan Bahasa bermula dari huruf 'I'1. Ibu AngkatMaksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

2. Ibu AyamMaksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu KandungMaksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

4. Ibu KeladiMaksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

5. Ibu PertiwiMaksud: Tanah tempat kelahiran.Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat DiriMaksud: Terlalu berat.Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat HatiMaksud: Menawan.Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat JanjiMaksud: Membuat perjanjian.Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat KataMaksud: Menggubah kata.Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.

10. Ikat PerutMaksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

11. Intan BaiduriMaksud: Orang yang dikasihi.

12. Iri HatiMaksud: Dengki.Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi DadaMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

14. Isi HatiMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi PerutMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi RumahMaksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.Sumber diperolehi dari seribahasaSimpulan Bahasa bermula dari huruf 'J'1. Jadi Abu ArangMaksud: Barang yang telah rosak.Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.

2. Jadi Bapa KudaMaksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.

3. Jadi Bumi LangitMaksud: Orang yang sangat diharapkan.Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

4. Jadi Fikiran = Menjadi FikiranMaksud: Masalah yang harus difikirkan.Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah.

5. Jadi Umang-UmangMaksud: Suka menggunakan hak orang lain.Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.

6. Jaga Hati = Menjaga HatiMaksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.

7. Jaga MulutMaksud: Berhati-hati bila bercakap.Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.

8. Jalan BelakangMaksud: Menggunakan cara yang tidak sah.Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

9. Jalan BuntuMaksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

10. Jalan DamaiMaksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.

11. Jalan FikiranMaksud: Cara berfikir.Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.

12. Jalan KakiMaksud: Berjalan tanpa kenderaan.Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.