Perincian Abdullah Munsyi

download Perincian Abdullah Munsyi

of 6

Transcript of Perincian Abdullah Munsyi

  • 7/29/2019 Perincian Abdullah Munsyi

    1/6

    ABDULLAH BIN ABDUL KADIR (MUNSYI ABDULLAH)

    Usianya baru menjangkau 11 tahun tetapi dalam usia semuda itu, kepintaran dan

    banyak ilmunya menyebabkan beliau sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran

    agama kepada askar Islam Melaka yang lebih tua daripada usianya.

    Membesar sebagai manusia yang berpengetahuan dan cintakan ilmu,

    Abdullah Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi, kemudian

    menjadi antara penduduk Melaka yang sangat dihormati dan dikagumi

    penjajah ketika itu iaitu Inggeris.

    Kehadiran Abdullah membuktikan kepada Inggeris bahawa dalam masyarakat

    Melaka yang dijajah mereka, ada golongan intelek tempatan yang hebat.

    Daripada Abdullah jugalah kemudian penjajah Inggeris itu berguru

    mempelajari Bahasa Melayu.

    Beliau dilahirkan pada 1796 di Kampung Masjid yang juga disebut orang

    sebagai Kampung Pali ketika itu. Anak bongsu daripada empat beradik tetapiketiga-tiga abangnya meninggal dunia ketika kecil iaitu berusia antara

    setahun hingga tiga tahun.

    Keturunannya bermula daripada seorang pemuda Arab Yaman, Syeikh Abdul

    Kadir yang mengembara dari Tanah Arab sehingga ke Nagor, India Selatan

    dan berkahwin dengan gadis tempatan serta menetap di tanah asing itu.

    Dari situ, lahir datuk Abdullah, Muhammad Ibrahim yang meneruskan tradisi

    bapanya mengembara sehingga tiba di Melaka dan menetap di negeri itu.

    Berkahwin dengan gadis dikenali Peri Achi, mereka memperoleh bapa

    Abdullah, Abdul Kadir.Abdul Kadir membesar bersama pendidikan yang cukup dalam bidang al-

    Quran, bahasa Tamil dan Arab serta ilmu kira-kira. Dia kemudian menjadi

    peniaga di Hulu Melaka di samping mengajar ilmu agama sehingga dipilih

    menjadi khatib di Kampung Lobok Kepong.

    Tahap pengetahuan tinggi hasil tumpuan didikan dalam keluarganya

    menyebabkan Abdul Kadir dilantik menjadi penulis surat sultan dan mengajar

    seorang asing, Tuan Marsden berbahasa Melayu. Seterusnya dia menjadi

    Syahbandar, utusan Inggeris ke negeri Melayu serta juru bahasa dan juru

    tulis.

    Abdul Kadir kemudian mendirikan rumah tangga dua kali dan kali kedua

    bersama gadis keturunan Hindu dari Kedah, Salamah pada 1794. Hasil

    perkahwinan itu, Abdul Kadir dikurniakan empat cahaya mata termasuk

    Abdullah tetapi tiga lagi anaknya meninggal dunia ketika masih bayi dan pada

    zaman kanak-kanak.

  • 7/29/2019 Perincian Abdullah Munsyi

    2/6

    Walaupun hidup Abdullah ketika kecil sering sakit terutama selepas usianya

    menjangkau empat bulan, keadaan itu menyebabkan ibunya tidak dapat

    menyusui bayi itu lalu Abdullah disusui orang lain.

    Sewaktu bapanya berniaga di luar negeri, Abdullah dan ibunya tinggal

    bersama neneknya, Peri Achi. Peri Achi sangat memanjakan Abdullahsehingga menimbulkan kekhuatiran di hati Abdul Kadir.

    Bimbang si bapa, Abdullah akan lalai dalam pelajaran tetapi ketika

    mengingatkan yang keluarga mereka sangat serius dalam menuntut ilmu,

    gusar di hati sedikit tenang. Tambahan pula ibunya, Peri Achi seorang guru

    besar di Kampung Pali yang mengajar lebih 200 kanak-kanak menulis dan

    mengaji al-Quran.

    Ibarat kuah tumpah ke nasi, semangat cintakan ilmu disemai ke dalam jiwa

    Abdullah sejak kecil. Ketika kanak-kanak lain diberikan pelbagai permainan,

    Abdullah menerima permainan berupa kalam dan papan tulis.

    Adat kanak-kanak, penekanan terlampau terhadap pembelajaran terutamaoleh bapanya menyebabkan Abdullah memprotes lantaran dia tidak dapat

    bermain dan bergembira bersama rakan seusia.

    Abdul Kadir sangat tegas dengan anaknya walaupun itulah anak tunggal. Dia

    tidak memuji Abdullah walaupun kerap berbangga dengan pencapaiannya

    kerana beranggapan pujian akan merosakkan si anak.

    Hasil didikan itu menyebabkan Abdullah menjadi pintar dan kreatif berbanding

    kanak-kanak lain. Abdullah cepat matang malah memiliki sikap berdikari

    sehingga pada usia kanak-kanaknya, dia sudah menjual layang-layang,

    melukis, menulis surat dan menyalin al-Quran untuk memperoleh wang.Gelaran Munsyi yang bermaksud guru sudah diterima ketika dia berusia 11

    tahun kerana pada usia semuda itu, kepintarannya dan banyak ilmunya

    menyebabkan dia sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada

    askar Islam Melaka.

    Abdullah adalah seorang yang gigih belajar. Dia tidak mengira siapa atau

    mana asal usul gurunya asalkan dia mendapat pengetahuan baru. Paling

    digemarinya adalah bidang bahasa dan tanpa jemu dia meluaskan

    pengetahuan mengenai kata dari aspek simpulan, ikatan, rangkai kata, kuasa,

    tujuan dan ilmu bahasa. Selain bahasa Melayu, turut dipelajarinya bahasaTamil, Arab dan Inggeris.

    Sewaktu Stamford Raffles datang ke Melaka, Abdullah dilantik sebagai juru

    tulis dan penterjemahnya. Daripada hubungan majikan dan pekerja, akhirnya

    mereka menjadi sahabat karib.

    Nyata sikap rajin dan dedikasi dalam tugas yang terserlah menerusi peribadi

    Abdullah tidak saja membuatkan Raffles menyenanginya tetapi turut

  • 7/29/2019 Perincian Abdullah Munsyi

    3/6

    membenihkan rasa hormat dan kagum di kalangan Inggeris terhadap anak

    watan itu. Bagaimanapun, persahabatan itu terputus apabila Raffles

    berangkat ke Betawi.

    Dalam usianya 27 tahun, Abdullah mengajar bahasa Melayu kepada paderi

    Inggeris, Milne dan beliau mempelajari pula bahasa Inggeris daripada lelakiasing itu. Mengetahui seorang lagi pendatang Barat, Doktor Marrison

    mengetahui bahasa Cina, Abdullah turut meminta bahasa itu diajarkan

    kepadanya. Daripada Doktor Marrison jugalah dia meneliti ayat-ayat daripada

    kitab Injil Matius seterusnya menterjemahkannya dalam bahasa Melayu.

    Apabila Kumpulan India Timur mendirikan kolej Anglo-Chinese untuk

    mengajar anak Cina, Nasrani dan Melayu membaca serta menulis bahasa

    Inggeris, Abdullah turut serta menuntut ilmu di pusat pendidikan itu. Malah,

    dia turut merangsang anak Melayu lain bersama menuntut ilmu.

    Meningkat dewasa, Abdullah mendirikan rumah tangga sewaktu berusia 34

    tahun dan beberapa tahun kemudian, beliau memperoleh cahaya matapertama iaitu seorang bayi perempuan.

    Selepas Milne meninggal dunia, jawatan lelaki itu sebagai pengetua kolej

    Anglo-Chinese digantikan dengan Thomsen. Abdullah berkesempatan

    menjadi pengetua di kolej itu seketika apabila Thomsen menghantar isterinya

    pulang ke England.

    Apabila Singapura dibuka, Abdullah memulakan kehidupan barunya di sana

    dengan kembali menjadi juru tulis dan juru bahasa Raffles dan meninggalkan

    anak dan isterinya di Melaka. Setiap enam bulan, beliau akan kembali

    bertemu keluarganya.Di Singapura, beliau bertanggungjawab menulis undang-undang Singapura

    atas arahan Raffles. Beliau juga diberi tugas untuk mengumpul bahan sastera

    Melayu lama seperti kitab, hikayat dan Syair untuk Raffles membawa pulang

    bahan itu ke England. Dia juga menjadi guru bahasa Melayu kepada

    saudagar Inggeris di Singapura.

    Ketika di negeri itu juga, Abdullah diserang sejenis penyakit dan terpaksa

    dibedah oleh doktor Inggeris.

    Pengalaman terjadinya kebakaran di Singapura dicatatkan Abdullah dalam

    karyanya Syair Singapura Terbakar.

    Beberapa bulan kemudian, Abdullah kembali ke Melaka dan mengajar bahasa

    Melayu kepada guru di kolej Anglo-Chinese, Hughes dan Paderi Evans dan

    seorang Inggeris, Newbold.

    Dalam pada itu, Newbold turut mengarahkan Abdullah mengkaji dan menulis

    adat Cina dan masyarakat Jakun dalam bahasa Inggeris. Tugas itu membawa

  • 7/29/2019 Perincian Abdullah Munsyi

    4/6

    Abdullah mengembara ke Gunung Pancur bagi melihat dan mengkaji budaya

    hidup masyarakat Jakun di situ.

    Pada 1835, Abdullah menterjemah Hikayat Panca Tanderan yang asalnya

    berbahasa Hindu dengan judul Hikayat Kalilah dan Daminah. Karja

    terjemahannya yang lain adalah Perhimpunan Saudagar-saudagar.Beliau kemudian mengarang kitan Dewa ul-Kulun (Ubat Hati) sebagai

    pengubat hatinya akibat kematian anaknya, Siti Lela.

    Sewaktu bekerja dengan seorang bangsawan Inggeris, North, Abdullah yang

    ketika itu berusia 42 tahun mengembara ke Pahang, Terengganu dan

    Kelantan dan kisah sepanjang perjalanannya dicatatkan dalam Kisah

    Pelayaran Abdullah.

    Ketika diserang demam kepialu, beliau kembali ke pangkuan keluarganya di

    Melaka tetapi apabila sembuh, isterinya pula meninggal dunia pada 1840. Pilu

    dengan peristiwa itu, Abdullah menjual rumahnya di Melaka dan terus

    menetap di Singapura.

    Pada tahun itu juga, Abdullah menulis cerita kapal asap bernama Sisostis.

    Abdullah menyelesaikan Hikayat Abdullah pada 3 Mei 1843. Buku itu

    bagaimanapun hanya diterbitkan kira-kira 40 tahun selepas kematiannya.

    Abdullah meninggal dunia pada 1854 iaitu ketika dalam perjalanan ke Makkah

    ketika usianya 58 tahun. Kisah perjalanannya ke Makkah dicatatkan dalam

    Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah tetapi tidak dapat disiapkan.

    Bagaimanapun, kitab itu tetap diterbitkan Balai Pustaka, Jakarta pada 1920.

    INTELEKTUAL, PEMIKIR MELAYU ABAD KE-18

    MENITI masa menuju kemodenan, Abdullah Abdul Kadir atau digelar

    Abdullah Munsyi dinobatkan masyarakat terutama pengkaji sejarah sebagai

    Bapa Kesusasteraan Melayu Moden lantaran pemikiran dan karyanya ketika

    itu dianggap menentang arus.

    Tidak seperti kebanyakan karya Melayu lama ketika itu yang lebih kepada

    dongeng, alam ghaib dan mistik; hasil penulisan Abdullah sebaliknya

    berdasarkan pengamatan, pengalaman dan ilmu pengetahuan.

    Pengkaji Budaya Melayu, Prof Madya Dr Hanapi Dollah, berkata hujahAbdullah dalam pelbagai bidang seperti masyarakat, agama, politik, ekonomi

    dan moral menerusi karyanya didapati mendahului zaman.

    Contohnya gagasan Melayu Boleh atau Malaysia Boleh bukanlah sesuatu

    baru tetapi sudah lama diutarakan Abdullah yang yakin orang Melayu boleh

    maju sekiranya mampu melakukan perubahan dan meninggalkan pola

    kehidupan lama dan usang.

  • 7/29/2019 Perincian Abdullah Munsyi

    5/6

    Seperti kepentingan modal insan yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini,

    Abdullah Munsyi sudah menekankan mengenai pentingnya perkara itu seawal

    abad ke-18 lagi, katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Sosial dan

    Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (FSSK-UKM).

    Selain sebagai pejuang bahasa lantaran minatnya dalam mengkaji strukturpelbagai bahasa, Abdullah juga seorang pemikir dan intelektual bangsa yang

    wujud pada zaman silam yang mana hujah kritis dan gagasannya banyak

    memberi panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan.

    Mengikut Dr Hanapi, antara gagasan Abdullah pada abad ke-18 yang didapati

    masih kekal sehingga kini:

    Pemodenan

    Gagasan kemodenan Abdullah bertitik tolak daripada pengalamannya yangmelihat kemajuan yang dicapai Inggeris ketika itu. Bagaimanapun,

    kemodenan itu disesuaikan dengan acuannya sendiri yang masih

    mengekalkan kepentingan Islam dalam menguruskan kehidupan.

    Ilmu pengetahuan

    Pembentukan bangsa berilmu dan kepentingan menuntut ilmu menjadi

    gagasan yang ditimbulkan secara terus-menerus sama ada menerusi

    kisahnya atau tulisannya. Pada pandangan beliau, ilmu adalah asaskehidupan dan penjana peradaban.

    Dalam Hikayat Abdullah, ditekankan usaha dan cara mendapatkan ilmu dan

    kepentingannya; Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pula menekankan

    betapa perlunya anak raja menuntut ilmu. Abdullah turut menunjukkan teladan

    menerusi usahanya dalam aspek ini.

    Adat dan kepercayaan

    Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutamakepercayaan karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat

    dipegang masyarakat pada zamannya.

    Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak

    munasabah apabila seseorang melalui kampung diraja, mereka dilarang

    berpayung, memakai kasut dan berpakaian kuning, golongan diraja tidak

  • 7/29/2019 Perincian Abdullah Munsyi

    6/6

    dibolehkan berniaga selain perbuatan larangan yang kononnya akan

    mendatangkan kecelakaan jika dilakukan walaupun tidak berasas.

    Beliau turut menolak kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya

    memiliki kuasa mistik untuk menangkap haiwan itu. Sebaliknya beliau

    mendapati pawang itu mengepung gajah tanpa memberi makanan atauminum dan apabila haiwan itu lemah, barulah pawang itu menangkapnya.

    Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut

    itu adalah kurangnya beriman seseorang itu terhadap Allah dan Rasul.

    Ekonomi

    Catatannya mengenai ekonomi jelas menerusi sejarah kehidupan diri dan

    keluarganya di Melaka yang sememangnya terkenal sebagai pusat

    perdagangan antarabangsa ketika itu.

    Beliau menyatakan kesilapan yang diamalkan sistem ekonomi tradisionalpada negeri biasa dan negeri kolonial dalam pelayaran ke Kelantan. Di

    Pahang misalnya, beliau melihat banyak tanah yang tidak diusahakan serta

    penduduk yang menganggur dan berlakunya pembaziran faktor pengeluaran

    sumber dan buruh.

    Keadilan

    Abdullah mempertikai konsep perbezaan taraf di dalam amalan sistem

    masyarakat Melayu ketika itu yang membolehkan kalangan kelas bangsawanberbuat apa saja kepada kelas bawahan, rakyat ibarat hamba kepada

    golongan bangsawan.

    Beliau menuntut kesamarataan dalam gagasannya seperti diamalkan

    masyarakat Inggeris malah gagasan itu tidak saja diluahkan menerusi tulisan

    tetapi secara lisan kepada raja Melayu.

    Feminisme

    Lama sebelum golongan wanita memperjuangkan hak feminisme, Abdullahterlebih dulu membicarakan hal ini lewat penulisannya yang antara lain

    membidas sikap lelaki malas sehingga menyebabkan tanggungjawab lelaki

    dan suami seperti diajar Islam dilakukan wanita.

    Dalam masa sama, beliau memaparkan persoalan feminisme lebih menarik dengan

    menyatakan wanita Melayu mendapat kebebasan tidak terhad untuk bergerak.