Peringkat Period if Decision (Kerja en Zai)

2
Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School Wong May Kei (17 tahun) Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya. Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. Adik Wong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subjek pendidikan seni di sekolah. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakan pemandangan alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. Warna yang digunakan memberi keharmonian kepada catan ini. Selain itu, imej yang dihasilkan cukup realistik dan mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Bahan yang dipilih untuk mewarna adalah warna air. Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warna yang harmoni dengan alam semulajadi.

description

baca

Transcript of Peringkat Period if Decision (Kerja en Zai)

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School

Wong May Kei (17 tahun)Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya. Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. Adik Wong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subjek pendidikan seni di sekolah. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakan pemandangan alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. Warna yang digunakan memberi keharmonian kepada catan ini. Selain itu, imej yang dihasilkan cukup realistik dan mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Bahan yang dipilih untuk mewarna adalah warna air. Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warna yang harmoni dengan alam semulajadi.Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan keindahan pemandangan alam semula jadi. Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui susunan air dan angsa putih yang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang hadapan diikuti oleh rumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga konsep ruang, kerharmonian juga kesatuan, penegasan, jalinan dan diadaptasikan melalui catan ini. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak mula menjadikan media warna yang terang sebagai satu estetika dalam karya mereka. Selain daripada itu, hasil karya pada peringkat ini juga mampu menandingi karya dewasa sekiranya bakat dan kesungguhan dalam bidah seni visual ini di berikan kepada individu ini. Pada pendapat saya, individu pada peringkat ini mampu mencapai tahap kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan karya kerana mereka membuat perkaitan dengan pengalaman sedia ada mereka dan ilmu yang diperolehi secara formal. Jika dibandingkan dengan karya atau hasil lukisan pada peringkat preschematic (4-7 tahun) dari segi kemahiran psikomotor, peringkat ini jauh lebih menguasai kemahiran psikomotor kerana pengalaman yang telah mereka lalui serta latihan.