Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut ... Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut Pandangan...

2
Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut Pandangan Erikson Dan Peranan Perkembangan Kognitif Dalam Pembentukan Konsep Kendiri (Part 9) Hasmadi Bin Hassan 3.1.1 Tahap deria motor (0 2 tahun) Pada amnya bayi pada tahap ini mempersepsikan serta memahami alam sekitarannya yang kompleks sebagai alam objek yang senang difahami. Bayi hanya berupaya mengkonsepkan dunia ini dalam bentuk skema yang menggabungkan informasi kederiaan dan aktiviti-aktiviti motornya. Antara lain, skema-skema yang dibentuk pada tahap ini berkenaan dengan menghisap, menggenggam serta mempelajari cara-cara mengkoordinasikannya supaya objek-objek yang dipegangnya boleh dihisap. Pada tahap ini, Piaget menekankan yang bayi harus dapat melihat objek untuk mengetahui akan kewujudannya. Sebagai contoh, jika sehelai kertas diletakkan di antara patung mainan den penglihatannya, bayi tidak akan mencari mainannya yang berada disebalik kertas tadi. Mainan yang tersembunyi tidak lagi wujud. Tetapi pada umur 6 hingga 9 bulan, bayi telah mempelajari bahawa walaupun sesuatu objek itu tidak kelihatan tetapi ia masih wujud. Konsep ini dikenali sebagai kekekalan objek. Bayi tahu anak patung yang diletakkan dibelakang kertas tadi wujud walaupun ia tidak kelihatan. Bayi tersebut dikatakan memperolehi kefahaman tentang sifat kekal dan inilah satu daripada pertukaran yang membawa bayi ke tahap seterusnya. Pada masa yang sama, bayi yang berada pada penghujung tahap deria motor telah menunjukkan kebolehan bertaakul dan celik akal serta menggunakan kaedah-kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh mereka sudah pandai menggunakan kayu untuk mencapai barangan yang jauh daripadanya. 3.1.2 Tahap pra operasi (2 7 tahun) Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 2 tahun sudah boleh bercakap dengan menggunakan bahasa yang ringkas. Mereka berupaya berfikir dengan menggunakan simbol, lambang atau bayangan-bayangan mental. Tetapi bayangan ini amat berlainan daripada yang terdapat pada orang dewasa. Satu daripada fenomena yang agak aneh yang dihadapi oleh kanak-kanak pada masa ini dikenali sebagai anthropomorphisme. Mereka seringkali cuba memberi atau mendapat penerangan atau kefahaman tentang sesuatu peistiwa semulajadi dalam bentuk sifat manusia. Sejenis lagi fenomena yang berlaku pada tahap ini dikenali sebagai egosentrik atau pemikiran berpusat kendiri. Kanak-kanak masih belum memahami yang mereka itu bukannya pusat bagi seluruh alam. Mereka tidak tahu membezakan konsep objek dan subjek. Contohnya, kanak- kanak lazimnya percaya bahawa benda-benda yang tidak bernyawa itu hidup seperti dirinya juga. Ini dikenali sebagai animisma. Fikiran mereka amat aktif sekali pada waktu ini. Sebagai contoh, kanak-kanak selalu percaya yang matahari mengikuti mereka apabila mereka berjalan. Inilah hasil daripada pemikiran egosentriknya. Kanak-kanak yang berada pada tahap ini belum lagi faham akan prinsip pengekalan. Sebagai contoh, jika lima biji guli diatur dalam satu kelompok,

Transcript of Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut ... Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut Pandangan...

Page 1: Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut ... Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut Pandangan Erikson Dan Peranan Perkembangan Kognitif Dalam Pembentukan Konsep Kendiri (Part 9)

Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut

Pandangan Erikson Dan Peranan Perkembangan Kognitif

Dalam Pembentukan Konsep Kendiri

(Part 9)

Hasmadi Bin Hassan

3.1.1 Tahap deria motor (0 – 2 tahun)

Pada amnya bayi pada tahap ini mempersepsikan serta memahami alam sekitarannya

yang kompleks sebagai alam objek yang senang difahami. Bayi hanya berupaya mengkonsepkan

dunia ini dalam bentuk skema yang menggabungkan informasi kederiaan dan aktiviti-aktiviti

motornya. Antara lain, skema-skema yang dibentuk pada tahap ini berkenaan dengan menghisap,

menggenggam serta mempelajari cara-cara mengkoordinasikannya supaya objek-objek yang

dipegangnya boleh dihisap. Pada tahap ini, Piaget menekankan yang bayi harus dapat melihat

objek untuk mengetahui akan kewujudannya. Sebagai contoh, jika sehelai kertas diletakkan di

antara patung mainan den penglihatannya, bayi tidak akan mencari mainannya yang berada

disebalik kertas tadi. Mainan yang tersembunyi tidak lagi wujud. Tetapi pada umur 6 hingga 9

bulan, bayi telah mempelajari bahawa walaupun sesuatu objek itu tidak kelihatan tetapi ia masih

wujud. Konsep ini dikenali sebagai kekekalan objek. Bayi tahu anak patung yang diletakkan

dibelakang kertas tadi wujud walaupun ia tidak kelihatan. Bayi tersebut dikatakan memperolehi

kefahaman tentang sifat kekal dan inilah satu daripada pertukaran yang membawa bayi ke tahap

seterusnya. Pada masa yang sama, bayi yang berada pada penghujung tahap deria motor telah

menunjukkan kebolehan bertaakul dan celik akal serta menggunakan kaedah-kaedah baru dalam

menyelesaikan masalah. Sebagai contoh mereka sudah pandai menggunakan kayu untuk

mencapai barangan yang jauh daripadanya.

3.1.2 Tahap pra operasi (2 – 7 tahun)

Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 2 tahun sudah boleh bercakap dengan

menggunakan bahasa yang ringkas. Mereka berupaya berfikir dengan menggunakan simbol,

lambang atau bayangan-bayangan mental. Tetapi bayangan ini amat berlainan daripada yang

terdapat pada orang dewasa.

Satu daripada fenomena yang agak aneh yang dihadapi oleh kanak-kanak pada masa ini

dikenali sebagai anthropomorphisme. Mereka seringkali cuba memberi atau mendapat

penerangan atau kefahaman tentang sesuatu peistiwa semulajadi dalam bentuk sifat manusia.

Sejenis lagi fenomena yang berlaku pada tahap ini dikenali sebagai egosentrik atau pemikiran

berpusat kendiri. Kanak-kanak masih belum memahami yang mereka itu bukannya pusat bagi

seluruh alam. Mereka tidak tahu membezakan konsep objek dan subjek. Contohnya, kanak-

kanak lazimnya percaya bahawa benda-benda yang tidak bernyawa itu hidup seperti dirinya juga.

Ini dikenali sebagai animisma. Fikiran mereka amat aktif sekali pada waktu ini. Sebagai contoh,

kanak-kanak selalu percaya yang matahari mengikuti mereka apabila mereka berjalan. Inilah

hasil daripada pemikiran egosentriknya. Kanak-kanak yang berada pada tahap ini belum lagi

faham akan prinsip pengekalan. Sebagai contoh, jika lima biji guli diatur dalam satu kelompok,

Page 2: Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut ... Perkembangan Konsep Kendiri Mengikut Pandangan Erikson Dan Peranan Perkembangan Kognitif Dalam Pembentukan Konsep Kendiri (Part 9)

mereka katakan yang kedua-dua kumpulan guli itu adalah sama. Jika satu daripada kumpulan

guli diatur dalam bentuk garisan lurus yang panjang, mereka akan katakana yang panjang itu

lebih banyak. Mereka hanya mengetahui perbezaan dari segi persepsi kuantitatif sahaja.

CONTINUE…