Perisisan aplikasi

14
PERISIAN APLIKASI OBJEKTIF PEMBELAJARAN Menyatakan jenis dan menghuraikan kegunaan perisian aplikasi iaitu (Pemprosesan Perkataan, Hamparan Elektronik, Persembahan Grafik)

Transcript of Perisisan aplikasi

PERISIAN

APLIKASI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Menyatakan jenis dan menghuraikan kegunaan perisian

aplikasi iaitu (Pemprosesan Perkataan, Hamparan Elektronik,

Persembahan Grafik)

DEFINISI :

- Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk

memudahkan membantu pengguna dalam melakukan tugas seharian

seperti menaip, mengira atau membuat grafik.

- Perisian juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi

dengan teks, imej dan maklumat lain di laman web semasa melayari

internet.

- Jenis perisian aplikasi ialah

o perisian pemprosesan perkataan

o perisian hamparan elektronik

o perisian persembahan

o pelayan internet

JENIS-JENIS DAN FUNGSI PERISIAN

APLIKASI

Pemprosesan Perkataan (Word Processing)

- Perisian yang boleh melakukan tugas seperti sunting

dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, kaki dan kepala

dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks,

penjana kandungan dan import/eksport dokumen.

- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti menyediakan

maklumat dalam bentuk dokumen seperti memo, laporan,

surat menyurat, minit mesyuarat dll yang perlu ditaip.

- Kegunaan awam seperti menaip tugasan, surat, jurnal, log

wayang gambar dll.

- Kelebihan perisian:

o mencipta dokumen dan menyunting semula

o mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas

kerja dll.

o menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip ke

dalam cakera

o mencipta di lain masa, mengubahnya, mencetak semula

dll dengannya.

- Contoh: Microsoft Word, Lotus AMI Pro, Star Office Writer,

Corel WordPerfect dan TexMaker

Hamparan Elektronik

(Spreadsheet)

- Perisian ini membolehkan pengiraan dilakukan dengan

pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan

pengiraan secara automatik pada lajur dan baris apabila

nombor-nombor ditukar.

- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti boleh

melakukan pengiraan automatik, boleh menganalisa dan

merancang perniagaan serta berupaya menterjemah data

ke dalam bentuk grafik/data.

- Kelebihan perisian:

o mencipta, menyimpan, memadam atau mengedit rekod

o menyusun dan menyisih rekod

o membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan

kejuruteraan berdasarkan formula.

o memeaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta

- Contoh: Microsoft Excel, Lotus 123 dan FoxPro

Perisian Persembahan

(Presentation)

- Perisian ini membantu pembina membuat persembahan

dengan mengabungkan unsur animasi, audio, video dan

grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan

menjadikan persembahan tidak membosankan.

- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti digunakan

untuk mempersembahkan/membentang data dan idea kepada

pelanggan atau orang awam. Elemen persembahan mungkin

terdiri datipada teks, jadual, lukisan klip, gambar atau grafik

niaga.

- Kelebihan perisian:

o menarik minat penonton/pengguna

o memberi motivasi kepada penonton/pengguna

o mudah difahami oleh penonton/pengguna

- Contoh: Microsoft PowerPoint, Harvard Graphic dan

Lotus Freelance.

Pelayar Internet (Browser)

- Pelayar web adalah aplikasi untuk melayari

internet. Ia menterjemahkan bahasa-bahasa

pengaturcaraan web kepada antaramuka

grafik yang dapat dipahami pelayar internet.

- Kelebihan perisian:

o menyimpan alamat (URL) sesuatu web kegemaran atau

yang sering dilawati

o mencetak maklumat yang menarik dalam laman web

o menjejak sejarah laman web yang pernah dilawati

sebelum ini

o memindah turun fail-fail seperti format fail pdf, mp3,

doc dll

o membuat naik fail-fail tertentu ke komputer pelayan

- Contoh: Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome,

Safari dan Opera.