Perjanjian Bayaran Hutang

9
PERJANJIAN BAYARAN HUTANG PERJANJIAN BAYARAN HUTANG PERJANJIAN ini dibuat pada………………bersamaan pada hari…………di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Ru Rendang yang beralamat di SK Ru Rendang, 21600 Marang, Terengganu. Selaku yang memberi pinjaman : Diantara : 1) AHMAD YUSRI BIN ISMAIL ( NO. K/P : 800102-11-6131 ) 2) SAKINAH BINTI MOHD ( NO. K/P : 770417-11-5112 ) 3) SAHILA BINTI MOHAMAD ( NO. K/P : 840225-11-5282 ) 4) SENIK BINTI DAGANG ( NO. K/P : 600317-11-5156 ) 5) HASNAH BINTI ISMAIL ( NO. K/P : 661014-11-5000 ) 6) ENGKU ROSLINA BINTI ENGKU ABDULLAH ( NO. K/P : 680411-11-5200 ) ( selepas daripada ini disebut sebagai “Pemiutang” ) pada satu pihak yang lain. Dan : NOORHARTINI BINTI MAT RADZI ( NO. K/P : 801002-11-5136 ) Beralamat : No. 6864 Kampung Surau Panjang 21070 Kuala Terengganu, Terengganu. (selepas daripada ini disebut sebagai “Penghutang” ) pada satu pihak yang lain. DISEDIAKAN OLEH PENTADBIRAN SK RU RENDANG 1
  • Upload

    mat-yus
  • Category

    Law

  • view

    3.905
  • download

    7

description

Semoga mendapat manfaat bersama untuk rujukan bagi surat perjanjian bayaran hutang.

Transcript of Perjanjian Bayaran Hutang

Page 1: Perjanjian Bayaran Hutang

PERJANJIAN BAYARAN HUTANG

PERJANJIAN BAYARAN HUTANG

PERJANJIAN ini dibuat pada………………bersamaan pada hari…………di Bilik Mesyuarat Sekolah

Kebangsaan Ru Rendang yang beralamat di SK Ru Rendang, 21600 Marang, Terengganu.

Selaku yang memberi pinjaman :

Diantara : 1) AHMAD YUSRI BIN ISMAIL ( NO. K/P : 800102-11-6131 )

2) SAKINAH BINTI MOHD( NO. K/P : 770417-11-5112 )

3) SAHILA BINTI MOHAMAD( NO. K/P : 840225-11-5282 )

4) SENIK BINTI DAGANG( NO. K/P : 600317-11-5156 )

5) HASNAH BINTI ISMAIL ( NO. K/P : 661014-11-5000 )

6) ENGKU ROSLINA BINTI ENGKU ABDULLAH( NO. K/P : 680411-11-5200 )

( selepas daripada ini disebut sebagai “Pemiutang” ) pada satu pihak yang lain.

Dan : NOORHARTINI BINTI MAT RADZI ( NO. K/P : 801002-11-5136 )

Beralamat : No. 6864 Kampung Surau Panjang 21070 Kuala Terengganu, Terengganu.

(selepas daripada ini disebut sebagai “Penghutang” ) pada satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA

1. Pemiutang adalah pemberi pinjaman kepada yang menerima pinjaman hutang iaitu penghutang berdasarkan butiran-butiran perkara yang telah dinyatakan di atas.

2. Penghutang telah bersetuju untuk membayar kesemua hutang-hutang yang telah dipinjamkan dan hutang-hutang yang masih tertunggak yang perlu dijelaskan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

1. PERSETUJUAN Dengan fikiran yang waras tanpa bersifat prejudis atau dengan rela hati tanpa sebarang paksaan

dari mana-mana pihak mengaku melakukan kesalahan sepertimana yang tercatat di dalam surat

DISEDIAKAN OLEH PENTADBIRAN SK RU RENDANG

1

Page 2: Perjanjian Bayaran Hutang

PERJANJIAN BAYARAN HUTANG

perjanjian ini dan “WAJIB” membayar sebagaimana mengikut persetujuan bersama di dalam mesyuarat yang dihadiri oleh kesemua saksi termasuk pemiutang telah “BERSETUJU” membayar semula kesemua pinjaman dan hutang sehingga selesai. Maka, kedua-dua belah pihak telah bersetuju mengikut persetujuan bersama tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

2. BAYARAN BULANAN

Penghutang dikehendaki untuk menjelaskan bayaran bulanan hutang sehingga selesai kesemuanya kepada Pemiutang dan bayaran hutang tertunggak pada atau sebelum …………………………………………………………………………………………….melalui bayaran secara “TUNAI SAHAJA” kepada “WAKIL” Pemiutang. Walaubagaimanapun Pemiutang berhak untuk menuntut kesemua bayaran hutang sekiranya Penghutang “GAGAL” mematuhi syarat dan perjanjian yang telah dipersetujui dengan membayar jumlah keseluruhan serta merta (disebut “Tunggakan tersebut”) Sekiranya Penghutang gagal melunaskan bayaran tersebut maka “TINDAKAN MAHKAMAH” dan “REPORT POLIS” akan dibuat bagi tindakan selanjutnya. Oleh yang demikian Perjanjian ini akan terbatal dengan sendirinya.

Penghutang akan menanggung segala kos sepanjang prosiding mahkamah atau tempoh masa perbicaraan oleh pihak mahkamah dan polis. Penghutang juga bertanggungjawab ke atas segala kos yang berkaitan dengan tindakan yang dikemukan kepada penghutang.

3. TANGGUNGJAWAB PENGHUTANG

3.1 Penghutang adalah bertanggungjawab keatas segala persetujuan dan perjanjian yang telah dibuat berdasarkan bayaran bulanan yang telah dipersetujui.

3.2 Penghutang adalah bertanggungjawab secara mutlak iaitu termasuklah ahli keluarga, adik-beradik dan ibu bapa penghutang sekiranya penghutang melanggar syarat perjanjian. Dan pihak keluarga penghutang harus menjelaskan hutang tersebut sebagaimana yang telah dipersetujui.

3.3 Penghutang “TIDAK BOLEH” menangguhkan bayaran sebagaimana yang tercatat di dalam syarat perjanjian ini dan “SEBARANG ALASAN” tidak diterima sama sekali dan diguna pakai sebagai alasan di Mahkamah.

3.4 Penghutang bertanggungjawab sepenuhnya membuat bayaran pada masa tarikh yang telah ditetapkan dan “BAYARAN DITERIMA” adalah kadar yang sama yang telai dipersetujui di dalam syarat perjanjian tersebut.

3.5 Sekiranya berlaku pengurangan atau penangguhan kadar bayaran dibuat, maka “PERJANJIAN INI TERBATAL” dan serta merta tindakan susulan akan diambil terus terhadap Penghutang tanpa sebarang “NOTIS” atau “Perasaan Ihsan” atau “Perikemanusiaan”.

4. TANGGUNGJAWAB PEMIUTANG

4.1 Pemiutang dalah bertanggungjawab memberikan kerjasama untuk segala urusan yang melibatkan urusan bayaran daripada penghutang. Sekiranya perlu, seorang saksi akan

bersama-sama ketika masa penyerahan hutang dilakukan.

4.2 Pemiutang seharusnya tidak mendesak atau mencapuri urusan berkaitan bayaran hutang kerana “WAKIL” pemiutang yang telah dilantik akan memungut hutang tersebut setiap bulan sehingga selesai dan mengagihkan hutang mengikut persetujuan di dalam syarat perjanjian ini.

DISEDIAKAN OLEH PENTADBIRAN SK RU RENDANG

2

Page 3: Perjanjian Bayaran Hutang

PERJANJIAN BAYARAN HUTANG

5. HAK PENGHUTANG

Penghutang berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemiutang sekiranya didapati terdapat gangguan atau paksaan termasuklah desakan daripada pemiutang agar menyelesaikan hutang tanpa persetujuan bersama yang telah dipersetujui sebelum ini.

6. HAK PEMIUTANG

Pemiutang berhak untuk membatalkan Perjanjian ini sekiranya didapati Penghutang memudaratkan status Pemiutang sebagai hak pemberi pinjam atau hutang yang tertangguh oelh penghutang.

7. KLAUSA PENTING

Sekiranya Penghutang gagal untuk membayar bayaran bulanan dengan jumlah kadar bayaran yang telah ditetapkan, maka satu laporan Polis akan dibuat terhadap Penghutang dan tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap Penghutang berkaitan dengan Perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

8. MASA

Masa bila mana dinyatakan didalam perjanjian ini merupakan intipati perjanjian ini.

9. PENGETAHUAN DAN/ATAU PERSETUJUAN SECARA SENYAP

Pengetahuan dan/atau persetujuan secara senyap oleh Penghutang atau Pemiutang mengenai sebarang pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau mana-mana satu daripada perkara-perkara tersebut yang terkandung didalam Perjanjian ini hendaklah tidak akan dianggap sebagai suatu pelepasan syarat-syarat atau akujanji-akujanji tersebut dan walaupun perkara yang dinyatakan diatas telah berlaku, Penghutang atau Pemiutang masih berhak untuk menguatkuasa hak masing-masing di bawah Perjanjian ini serta mengkehendaki perlaksanaan dengan sempurna oleh mana-mana pihak terhadap segala syarat-syarat seperti mana yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

10. NOTIS BERTULIS

Apa jua notis yang perlu diserahkan kepada salah satu pihak di sini mengikut syarat-syarat didalam Perjanjian ini adalah dikira sempurna serahannya apabila:

(a) Ianya diserahkan kepada satu pihak itu atau melalui Surat Berdaftar yang dialamatkan kepada alamatnya yang dinyatakan disini dan adalah dikira (samada di terima atau tidak) di terima pada masa Surat Berdaftar itu diserah di dalam keadaan biasa;

(b) Ianya diberikan kepada pihak itu atau melalui surat dan/atau diserahkan dengan tangan kepada pihak itu.

11. KESAN IKATAN PERJANJIAN

Perjanjian ini hendaklah mengikat juga waris-waris, wakil-wakil peribadi, pengganti- pengganti dalam hakmiliknya kepada Penghutang dan Pemiutang di dalam Perjanjian ini.

DISEDIAKAN OLEH PENTADBIRAN SK RU RENDANG

3

Page 4: Perjanjian Bayaran Hutang

PERJANJIAN BAYARAN HUTANG

12. PENAFSIRAN

Dalam Perjanjian ini, jika konteksnya mengkehendaki sedemikian:

(a) “Pihak Berkuasa Berkenaan” ertinya mana-mana pihak berkuasa yang diberikan kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di

Malaysia dan menguatkuasakan undang-undang lain yang berhubung dengannya;

(b) “Pemiutang” termasuk waris, wakil peribadi, pengganti dalam hakmilik dan penerima serahan haknya yang dibenarkan dan jika terdapat dua orang atau lebih yang termasuk dalam ungkapan “Pemiutang” maka tanggungan-tanggungan mereka di bawah Perjanjian ini hendaklah bersama dan berasingan;

(c) “Penghutang” termasuk waris, wakil peribadi, pengganti dalam hakmilik dan penerima serahan haknya yang dibenarkan dan jika terdapat dua orang atau lebih yang termasuk dalam ungkapan “Penghutang” maka tanggungan-tanggungan mereka di bawah Perjanjian ini hendaklah bersama dan berasingan;

(d) Perkataan yang membawa erti gender lelaki hendaklah disifatkan termasuk gender perempuan nan neuter dan bilangan tunggal termasuklah bilangan banyak dan sebaliknya.

(e) Jadual-jadual yang dilampirkan bersama-sama Perjanjian ini hendaklah dianggapsebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.

(RUANGAN INI DENGAN SENGAJA DITINGGALKAN KOSONG)

DISEDIAKAN OLEH PENTADBIRAN SK RU RENDANG

4

Page 5: Perjanjian Bayaran Hutang

PERJANJIAN BAYARAN HUTANG

PADA MENYAKSIKAN PERKARA DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan-tandatangan atau cap ibu jari kanan mereka pada hari, bulan dan tahun yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

DITANDATANGANIoleh PEMIUTANG

1) AHMAD YUSRI BIN ISMAIL )NO. K/P: 800102-11-6131 ) --------------------------------------

2) SAKINAH BINTI MOHD )( NO. K/P : 770417-11-5112 ) )---------------------------------------

3) SAHILA BINTI MOHAMAD )( NO. K/P : 840225-11-5282 ) )---------------------------------------

4) SENIK BINTI DAGANG )( NO. K/P : 600317-11-5156 ) )---------------------------------------

5) HASNAH BINTI ISMAIL )( NO. K/P : 661014-11-5000 ) )---------------------------------------

6) ENGKU ROSLINA BINTI ENGKU ABDULLAH )( NO. K/P : 680411-11-5200 ) )---------------------------------------

DITANDATANGANI oleh Penghutang untuk dan bagi Pihak Kedua

NOORHARTINI BINTI MAT RADZI )( NO. K/P : 801002-11-5136 ) )---------------------------------------

DITANDATANGANI oleh Pihak Penjamin Untuk dan bagi Pihak Kedua

Penjamin Pertama

NAMA : )

NO. K/P : )---------------------------------------

Penjamin Kedua

NAMA : )

NO. K/P : )---------------------------------------

DISEDIAKAN OLEH PENTADBIRAN SK RU RENDANG

5

Page 6: Perjanjian Bayaran Hutang

PERJANJIAN BAYARAN HUTANG

Dengan disaksikan dihadapan oleh :

SAKSI PERTAMA : ………………………………………………

( MOHD HATTA BIN CHE MAN )( NO. K/P : 660408-11- 5631 )

Jawatan : Guru Besar SK Ru Rendang

SAKSI KEDUA : ………………………………………………

( MOHD ASRI BIN ABD RAHMAN)( NO. K/P : 650425-03-5327 )

Jawatan : Guru Penolong Kanan KurikulumSK Ru Rendang

SAKSI KETIGA : ………………………………………………

( MARZUKI BIN OMAR )( NO. K/P : 760621-11-5321 )

Jawatan : Guru Bimbingan Dan KaunselingSK Ru Rendang

DISEDIAKAN OLEH PENTADBIRAN SK RU RENDANG

6