PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau...

20
PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING 1. Sila baca terma dan syarat dalam dokumen ini sebelum mengakui menerima dan/atau mengguna Kad Kelab ClubPlus (PLC). 2. Setelah anda mengakui penerimaan atau menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC) untuk kali pertama, anda menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat dalam dokumen ini termasuk apa-apa pindaan dan/atau perubahan kepadanya. TERMA DAN SYARAT Pengeluaran Kad Kelab ClubPlus (PLC) oleh United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "Bank") kepada anda di bawah Perjanjian UOB ClubPlus dengan Kelab, dan penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat dalam Perjanjian ini termasuk apa- apa pindaan dan/atau perubahan kepadanya. BAHAWASANYA: a. Kelab telah melantik Bank di bawah Perjanjian UOB ClubPlus untuk menguruskan program keahlian Kelab ini untuk pengeluaran dan pengisuan Kad Kelab ClubPlus (PLC), bil (termasuk pengisuan Penyata bulanan bagi caj yang dicajkan kepada anda), kawalan kredit, pengutipan bayaran daripada anda, dan segala tindakan lain yang berkaitan dan perlu di bawah program keahlian Kelab. b. Kelab telah melantik Bank atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa sebagai wakil Kelab untuk melaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang diperlukan dengan anda atas nama Kelab atau bagi pihak Kelab. c. Anda telah memeterai Perjanjian Keahlian Kelab dengan Kelab ini. 1. TAFSIRAN 1.1 Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam dokumen ini mempunyai maksud berikut: "Akuan Penerimaan Slip" – Pengakuan penerimaan slip atau mengikut mana yang mungkin berkenaan pengakuan kad tertentu atau borang pengutipan kad atau dokumen, resit atau borang berkenaan yang lain yang boleh diterima oleh Bank dan ditandatangani oleh Ahli Kad dengan kehadiran pihak yang ditetapkan oleh Kelab untuk tujuan pengakuan penerimaan Kad Kelab ClubPlus (PLC). "Rakan Dagang Yang Diluluskan" – Mana-mana individu atau peruncit yang menurut perjanjian rakan dagang bersetuju untuk menerima atau menyebabkan ruang perniagaannya menerima Kad Kelab ClubPlus (PLC) untuk bayaran barangan atau perkhidmatan. “Hari Perniagaan” – Mana-mana hari bank dibuka untuk perniagaan di Wilayah Persekutuan. "Senarai Pembatalan" – Satu senarai Ahli Kelab yang Kad Kelab ClubPlus (PLC) kepunyaannya telah dibatalkan atau penggunaannya telah dihentikan atau ditamatkan. “Kad Kelab ClubPlus (PLC)” – Kad yang diisukan oleh Bank kepada anda yang berfungsi sebagai kad keahlian Kelab. PLC adalah kad caj kelab yang membolehkan ahli-ahli kelab untuk mengecajkan perbelanjaan/bil mereka di Kelab tersebut kepada Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) mereka.

Transcript of PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau...

Page 1: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING

1. Sila baca terma dan syarat dalam dokumen ini sebelum mengakui menerima dan/atau mengguna Kad Kelab ClubPlus (PLC).

2. Setelah anda mengakui penerimaan atau menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC) untuk kali pertama, anda menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat dalam dokumen ini termasuk apa-apa pindaan dan/atau perubahan kepadanya.

TERMA DAN SYARAT Pengeluaran Kad Kelab ClubPlus (PLC) oleh United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "Bank") kepada anda di bawah Perjanjian UOB ClubPlus dengan Kelab, dan penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat dalam Perjanjian ini termasuk apa-apa pindaan dan/atau perubahan kepadanya. BAHAWASANYA: a. Kelab telah melantik Bank di bawah Perjanjian UOB ClubPlus untuk menguruskan program

keahlian Kelab ini untuk pengeluaran dan pengisuan Kad Kelab ClubPlus (PLC), bil (termasuk pengisuan Penyata bulanan bagi caj yang dicajkan kepada anda), kawalan kredit, pengutipan bayaran daripada anda, dan segala tindakan lain yang berkaitan dan perlu di bawah program keahlian Kelab.

b. Kelab telah melantik Bank atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa sebagai wakil Kelab untuk melaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang diperlukan dengan anda atas nama Kelab atau bagi pihak Kelab.

c. Anda telah memeterai Perjanjian Keahlian Kelab dengan Kelab ini. 1. TAFSIRAN 1.1 Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam dokumen ini mempunyai maksud berikut:

"Akuan Penerimaan Slip" – Pengakuan penerimaan slip atau mengikut mana yang mungkin berkenaan pengakuan kad tertentu atau borang pengutipan kad atau dokumen, resit atau borang berkenaan yang lain yang boleh diterima oleh Bank dan ditandatangani oleh Ahli Kad dengan kehadiran pihak yang ditetapkan oleh Kelab untuk tujuan pengakuan penerimaan Kad Kelab ClubPlus (PLC). "Rakan Dagang Yang Diluluskan" – Mana-mana individu atau peruncit yang menurut perjanjian rakan dagang bersetuju untuk menerima atau menyebabkan ruang perniagaannya menerima Kad Kelab ClubPlus (PLC) untuk bayaran barangan atau perkhidmatan. “Hari Perniagaan” – Mana-mana hari bank dibuka untuk perniagaan di Wilayah Persekutuan. "Senarai Pembatalan" – Satu senarai Ahli Kelab yang Kad Kelab ClubPlus (PLC) kepunyaannya telah dibatalkan atau penggunaannya telah dihentikan atau ditamatkan. “Kad Kelab ClubPlus (PLC)” – Kad yang diisukan oleh Bank kepada anda yang berfungsi sebagai kad keahlian Kelab. PLC adalah kad caj kelab yang membolehkan ahli-ahli kelab untuk mengecajkan perbelanjaan/bil mereka di Kelab tersebut kepada Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) mereka.

Page 2: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

“Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC)” – Akaun anda yang berada dibawah jagaan bank menurut dokumen ini. "Perjanjian Keahlian Kelab" – Perjanjian antara individu dan Kelab yang memberikan individu tersebut hak berkontrak sebagai Ahli Kelab. "Ahli Kad" atau "anda" – Individu yang dinamakan pada Kad Kelab ClubPlus (PLC), sama ada ahli kad utama atau ahli kad tambahan. "Pusat Kad" – Tempat atau lokasi yang ditetapkan untuk mengendalikan operasi harian kad Bank termasuk Kad Kelab ClubPlus (PLC).

"Had Kredit" – Had kredit yang diberikan untuk Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) oleh Bank dan dimaklumkan kepada Ahli Kelab pada masa Kad Kelab ClubPlus (PLC) diisukan atau apa-apa had kredit yang lain sebagaimana yang dipinda oleh Bank dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. "Ahli Kelab" – Seseorang yang mempunyai hak berkontrak yang diberikan oleh Kelab di bawah Perjanjian Keahlian Kelab dan didaftarkan sebagai ahli dalam rekod Kelab tersebut. "Bulan" – Satu bulan kalendar. "Penyata Akaun" – Salinan fizikal penyata yang Bank akan isu kepada Ahli Kad setiap bulan atau atas permintaan Ahli Kad atau ePenyata bulanan yang disediakan untuk paparan melalui Perbankan Internet Peribadi UOB Ahli Kad tersebut, yang menunjukkan jumlah baki tertunggak di bawah Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC), dan pembelian barangan dan/atau perkhidmatan, transaksi, yuran dan caj yang dikenakan serta apa-apa transaksi lain yang dicajkan melalui penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC). "ePenyata" – Penyata elektronik yang disediakan untuk paparan melalui Perbankan Internet Peribadi UOB Ahli Kad berikutan pendaftaran Ahli Kad untuk perkhidmatan ePenyata bagi Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC). "Tarikh Akhir Pembayaran" – Tarikh akhir yang dinyatakan dalam Penyata Akaun, yang bersamaan dengan tempoh tamat 20 hari dari Tarikh Penyata.

"Draf Jualan" – Dokumen yang diberikan oleh Bank atau mana-mana rakan niaga Visa/MasterCard International kepada Rakan Dagang Yang Diluluskan untuk merekodkan pembelian barangan menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC). "Tarikh Penyata" – Tarikh Penyata Akaun. "Caj Kewangan" – Caj-caj yang dinyatakan dalam Fasal 8.

"Tempoh Tanpa Faedah" – Tempoh dua puluh (20) hari dari Tarikh Penyata dan sah jika Ahli Kad membuat pembayaran sepenuhnya sebelum Tarikh Akhir Pembayaran. Untuk bayaran yang dibuat secara sebahagian, Caj Kewangan ke atas baki Transaksi Runcit akan dikira dari hari Transaksi Runcit direkodkan pada Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC).

Page 3: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

"Proses Undang-Undang" – Mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mana-mana proses pemula termasuk saman perintah rasmi dan saman pemula serta apa-apa bentuk proses pemula, rayuan, permohonan interlokutori, afidavit, arahan, penghakiman dan mana-mana dokumen lain yang perlu diserahkan di bawah sebarang undang-undang bertulis dan notis sedemikian di bawah Akta Kebankrapan 1967 dan Kanun Tanah Negara 1965. “Data Peribadi” – Mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama anda, alamat, pekerjaan, butiran perhubungan, maklumat yang diperoleh daripada sistem keselamatan (termasuk rakaman imej anda melalui Televisyen Litar Tertutup (CCTV)), maklumat yang terkandung dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC)yang dipegang oleh anda sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah melanggan dengan kami dan data lain sedemikian yang diperlukan mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami. "Transaksi Runcit" – Semua transaksi untuk membeli barangan dan/atau perkhidmatan dengan menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC). "Tempoh Sah" – Tempoh yang dinyatakan pada Kad Kelab ClubPlus (PLC). "Perjanjian ClubPlus UOB" – Perjanjian antara kami dengan Kelab. "UOBM", "Bank", "kami" atau "kita" – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) dengan pejabat berdaftar di Tingkat 11, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur dan cawangan-cawangannya di Malaysia.

1.2 Rujukan kepada –

a) bilangan tunggal juga termasuk bilangan jamak, dan sebaliknya; b) jantina maskulin juga termasuk jantina feminin dan neuter, dan sebaliknya; c) seseorang termasuk individu, perkongsian, badan korporat, persatuan yang tidak

diperbadankan, kerajaan, negeri, agensi negeri, dan badan amanah; d) seseorang termasuk wasi, pentadbir, waris, pengganti dan penerima serah hak orang itu, dan

dokumen ini mengikat individu-individu tersebut; dan e) apabila memperkenalkan sesuatu contoh, “termasuk” atau “sebagai contoh” (atau perkataan

lain yang sama) tidak mengehadkan maksud perkataan bagi contoh-contoh tersebut. 2. CARIAN 2.1 Kami boleh, tetapi tidak diwajibkan melakukan carian kebankrapan atau carian berkaitan kredit

dengan mana-mana agensi/penyedia rujukan kredit atau agensi pelapor kredit, pangkalan data atau sistem mengenai anda sebelum dan/atau pada bila-bila masa selepas pengisuan Kad Kelab ClubPlus (PLC).

2.2 Anda memberi keizinan kepada kami untuk menjalankan carian tersebut ke atas anda setakat yang dibenarkan undang-undang.

2A. PENERIMAAN KAD KELAB CLUBPLUS (PLC) 2A.1 Setelah anda bersetuju untuk menerima Kad Kelab ini selaras dengan syarat-syarat Perjanjian ini

atau menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC) untuk kali pertama, anda dianggap telah mengizin, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.

2A.2 Sekiranya anda tidak ingin menerima Kad Kelab ClubPlus (PLC) atau terikat dengan Perjanjian ini, anda tidak boleh menjalankan sebarang transaksi menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC) dan hendaklah dengan serta-merta mengembalikan Kad Kelab ClubPlus (PLC) kepada Bank.

Page 4: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

3. KEMUDAHAN KAD KELAB CLUBPLUS (PLC) 3.1 Kad Kelab ClubPlus (PLC) merupakan kad ahli Kelab dan juga kad caj kelab. 3.2 Penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda sebagai kad caj kelab adalah tertakluk kepada Had

Kredit dan terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini dan apa-apa terma dan syarat lain yang boleh ditambah, dipinda, ditukar atau diubahsuai oleh Bank dari semasa ke semasa.

3.3 Dalam masa Tempoh Sah dan tertakluk kepada terma dan syarat dalam Perjanjian ini, Kad Kelab ClubPlus (PLC) melayakkan anda untuk yang berikut: a) Pembelian barang-barang dari dan/atau penyediaan perkhidmatan oleh Kelab dan/atau

mana-mana Rakan Dagang Yang Diluluskan; b) Pembayaran yuran dan wang yang perlu dibayar oleh anda kepada Kelab di bawah terma

dan syarat Perjanjian Keahlian Kelab; dan c) Lain-lain kemudahan Kad Kelab ClubPlus (PLC) yang kami dan Kelab (tertakluk kepada

kelulusan terlebih dahulu daripada kami) mungkin memperuntukkan dari semasa ke semasa.

4. CARA PENGGUNAAN 4.1 Untuk menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC) untuk membeli barangan dan/atau perkhidmatan

di Kelab dan/atau dari mana-mana Rakan Dagang Yang Diluluskan, anda hendaklah menandatangani Draf Jualan yang disediakan di Kelab dan/atau premis Rakan Dagang Yang Diluluskan.

4.2 Anda dengan ini membenarkan dan membolehkan kami untuk mendebitkan Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda untuk segala pembelian dan/atau perkhidmatan yang menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC), yuran (termasuk yuran langganan bulanan/berkala) dan apa-apa caj lain yang perlu dibayar oleh anda kepada Kelab di bawah Perjanjian Keahlian Kelab. Anda mesti memberitahu kami secara bertulis jika anda berhenti menjadi Ahli Kelab, jika tidak, anda akan bertanggungjawab untuk membayar balik sepenuhnya kepada kami semua jumlah yang didebitkan ke dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda.

4.3 Untuk melaksanakan pembayaran yuran dan wang yang perlu dibayar oleh anda kepada Kelab di bawah Perjanjian Keahlian Kelab, anda dengan ini membenarkan dan membolehkan kita untuk membayar kepada Kelab jumlah wang yang didebitkan oleh Kelab tersebut kepada Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda.

4.4 Oleh sebab anda memerhati dan mematuhi syarat-syarat perjanjian ini, kami akan membayar Kelab dan/atau Rakan Dagang Yang Diluluskan jumlah pada Draf Jualan dan mendebitkan Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda dengan sewajarnya.

4.5 Meskipun Fasal 4.4 di atas, anda masih bertanggungjawab kepada kami untuk transaksi di mana anda tidak mendapatkan atau menandatangani Draf Jualan, jika kita berpendapat, dengan bukti dokumen yang mencukupi, bahawa pengecualian tersebut adalah kerana sifat transaksi itu, atau jika ia disebabkan oleh kesilapan oleh anda dan/atau Kelab dan/atau Rakan Dagang Yang Diluluskan, atau jika Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan membuat caj yang terkurang kepada anda. Bagi tujuan yang dinyatakan di atas, anda mengesahkan bahawa kegagalan anda untuk menandatangani mana-mana Draf Jualan tidak akan membatalkan liabiliti anda kepada kami untuk bayaran yang dibuat oleh kami kepada Kelab dan/atau Rakan Dagang Yang Diluluskan pada Draf Jualan yang tidak ditandatangani.

4.6 Anda hendaklah mematuhi semua keperluan, arahan, penyuruhan dan garis panduan yang berkaitan, yang kita boleh mengeluarkan pada bila-bila masa atau dari masa ke semasa berkenaan dengan kemudahan dan/atau perkhidmatan Kad Kelab ClubPlus (PLC) yang diberikan kepada anda.

5. PENYATA BULANAN

Page 5: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

5.1 Kami akan menghantar Penyata bulanan yang menyatakan pembelian barangan dan/atau perkhidmatan, yuran dan wang yang dibayar kepada Kelab di bawah syarat-syarat Perjanjian Keahlian Kelab serta yuran dan caj yang ditanggung oleh anda menurut syarat-syarat Perjanjian ini bersama dengan jumlah urus niaga masing-masing dan jumlah baki debit tertunggak dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus anda (PLC).

5.2 Rekod dan catatan dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus anda seperti yang dinyatakan pada Penyata bulanan akan dianggap sebagai betul, tepat dan terikat kepada anda melainkan anda memberitahu kami secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh Penyata atau tempoh lain sebagaimana yang dipinda oleh kami dari semasa ke semasa. Anda hendaklah memberikan kami semua maklumat yang berkaitan dan bantuan yang munasabah dalam penyiasatan perkara tersebut. Tanpa pemberitahuan itu, Penyata bulanan akan menjadi bukti yang muktamad mengenai pengesahan dan penerimaan anda ke atas jumlah yang perlu dibayar kepada kami dan anda bertanggungjawab ke atas jumlah yang dinyatakan.

5.3 Setelah menerima notis bertulis anda dalam tempoh yang telah ditetapkan: a) kami akan menyiasat dakwaan kesilapan tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk

terikat dengan keputusan yang dibuat oleh kami; b) fasal ini tidak akan dalam apa-apa cara menjejaskan atau memberi kesan ke atas

tanggungjawab anda di bawah Fasal 7, dan semua atau mana-mana bayaran yang dibuat menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC) akan terus didebitkan ke dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda; dan

c) anda akan masih terikat dengan baki kandungan Penyata yang tidak terjejas oleh dakwaan kesilapan tersebut.

6. HAD KREDIT 6.1 Kami akan memaklumkan kepada anda Had Kredit yang diberikan kepada anda. 6.2 Anda dengan ini terima bahawa anda tidak akan melebihi Had Kredit yang diberikan kepada anda

dan akan membayar jumlah terlebih tersebut sepenuhnya sebaik sahaja menerima Penyata bulanan atau apa-apa notis bertulis lain yang kita mungkin mengisukan kepada anda.

6.3 Kami berhak untuk menyemak semula Had Kredit pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami, tanpa notis terlebih dahulu kepada anda.

7. BAYARAN 7.1 Setelah menerima Penyata bulanan, anda hendaklah membayar baki tertunggak dalam Penyata

Bulanan pada atau sebelum Tarikh Akhir Pembayaran. 7.2 Anda tetap dikehendaki membayar baki tertunggak dalam Penyata bulanan walaupun anda tidak

menerima Penyata Akaun kerana apa jua sebab. Jika anda berada di luar Malaysia, anda bertanggungjawab untuk menguruskan bayaran yang perlu dibayar di bawah Perjanjian ini bagi pihak anda.

7.3 Segala pembayaran mestilah dibuat dalam Ringgit Malaysia. Bayaran tidak tertakluk kepada apa-apa jua potongan, sama ada sebagai tuntutan balas atau tolak selesai terhadap kami dan/atau Rakan Dagang Yang Diluluskan..

7.4 Bayaran anda tidak akan dianggap telah dibuat sehinggalah kami memastikan wang bayaran berkenaan telah diterima dengan betul.

7.5 Bayaran boleh dilakukan di Pusat Kad atau mana-mana cawangan atau lokasi yang ditetapkan, mengikut kaedah bayaran yang kami luluskan.

7.6 Jika anda membayar dengan cek, pastikan anda menyertakan apa-apa komisen pertukaran dalaman yang berkenaan. Jika tidak, kami berhak mendebit Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda bagi komisen tersebut atau menggunakan hak tolak selesai kami di bawah Fasal 17 Perjanjian ini.

7.7 Bayaran yang kami terima daripada anda berhubung dengan Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) akan digunakan untuk atau sebagai pembayaran bagi apa-apa faedah, caj, yuran dan kos guaman yang tertunggak, dan selepas itu, bagi transaksi yang menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC).

Page 6: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

7.8 Tanpa mengambil kira Fasal 7.7, kami mempunyai hak untuk menggunakan apa-apa bayaran yang kami terima dari anda dengan apa cara yang kami pilih, atas budi bicara mutlak kami, termasuk meletakkan dan menyimpan bayaran itu sebagai kredit dalam akaun tergantung selama tempoh yang kami pilih, tanpa diwajibkan buat masa tersebut untuk menggunakan kesemua atau sebahagian bayaran tersebut untuk atau sebagai penyelesaian wang atau liabiliti yang perlu dibayar atau dikenakan terhadap anda.

7.9 Tanpa mengira pembayaran sedemikian dibuat sekiranya berlaku apa-apa prosiding dalam atau mirip dengan kebankrapan atau ketidakmampuan bayar di pihak anda, kami boleh membuktikan dan bersetuju untuk menerima apa-apa dividen atau komposisi berkenaan dengan keseluruhan atau sebahagian daripada wang dan liabiliti sedemikian terhadap anda.

8. YURAN, CAJ DAN HAK UNTUK MENDEBIT 8.1 Anda dengan ini bersetuju untuk membayar, dan membenarkan kami mendebit daripada Akaun

Kad Kelab ClubPlus (PLC), pada bila-bila masa tanpa memaklumkan anda terlebih dahulu, semua yuran, caj, faedah, cukai, duti atau levi yang ditanggung berhubung dengan pengisuan dan penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC), semua kos, caj dan perbelanjaan guaman yang mungkin dicaj kepada kami dalam menguatkuasakan atau usaha untuk menguatkuasakan Perjanjian ini, atau dalam mendapatkan dan usaha mendapatkan pembayaran bagi kesemua atau sebahagian wang yang anda berhutang kepada kami.

8.2 Caj Kewangan tidak akan dikenakan atas baki tertunggak Transaksi Runcit anda jika kami menerima pembayaran penuh dari anda pada atau sebelum Tarikh Akhir Pembayaran, dan semua baki tertunggak dalam Penyata Akaun bulanan terdahulu telah dibayar penuh sebelum Tarikh Akhir Pembayaran.

8.3 Anda bersetuju untuk membayar dan memberi kuasa kepada kami untuk mendebitkan Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda untuk yuran, caj, cukai, duti dan levi berikut apabila perlu dibayar:- (a) Caj Kewangan

Caj Kewangan dikira pada kadar 18% setahun atau apa-apa kadar lain yang mungkin ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa dan akan dikenakan ke atas semua baki tertunggak Transaksi Runcit yang tidak dibayar sepenuhnya sebelum Tarikh Akhir Pembayaran, dikira dari tarikh seterusnya selepas Tarikh Akhir Pembayaran sehingga pembayaran penuh dibuat. Formula yang digunakan untuk pengiraan Caj Kewangan (F) ke atas baki Transaksi Runcit ialah seperti berikut: F = (B) x (P/D) x R Di mana: B = Baki yang dikenakan Caj Kewangan. P = Jangka masa berkenaan dalam hari di mana baki dikenakan Caj Kewangan D = Bilangan hari digunakan sebagai dasar bagi kadar tahunan. R = Caj Kewangan berdasarkan kadar yang dinyatakan. Semua Caj Kewangan yang masih tidak dibayar selepas tiba masa pembayaran akan dikira dan ditambahkan kepada baki tertunggak di bawah Akaun Kad Kelab, dan akan dikenakan Caj Kewangan pada kadar 18% setahun (atau sebarang kadar lain yang boleh kami tentukan pada bila-bila masa) sehingga bayaran dibuat secara penuh.

(b) Caj bayaran lewat Caj bayaran lewat sebanyak 1% sebulan atas jumlah keseluruhan baki tertunggak pada Tarikh Penyata akan didebitkan ke Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda (tertakluk kepada minimum RM5 sebulan) jika bayaran tidak diterima oleh kami sebelum Tarikh Akhir Pembayaran. Jumlah wang yang didebitkan akan menanggung Caj Kewangan pada

Page 7: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

kadar 18% setahun (atau kadar lain yang kami boleh tentukan pada-bila-bila masa) sehingga dibayar sepenuhnya, dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan permodalan Caj Kewangan akan dikenakan.

(c) Caj perkhidmatan Anda dikehendaki membayar caj perkhidmatan (pada kadar yang kami pilih pada bila-bila masa atas budi bicara mutlak kami) bagi perkhidmatan yang kami beri berkaitan dengan:– (i) permohonan untuk pengeluaran atau salinan dan/atau salinan asal Draf Jualan atau

dokumen lain; atau (ii) gantian Kad Kelab ClubPlus (PLC) yang hilang atau dicuri.

(d) Yuran dan kos guaman Yuran dan kos guaman (atas dasar indemniti penuh) dan perbelanjaan lain yang dicajkan kepada kami dalam penguatkuasaan hak dan kelayakan kami di bawah Perjanjian ini dan mendapatkan kembali wang yang anda berhutang kepada kami di bawah Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda.

(e) Yuran dan caj lain Apa-apa yuran dan/atau caj lain yang boleh dikenakan pada bila-bila masa oleh kami atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami untuk perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk anda.

8.4 Tempoh tanpa faedah selama tempoh dua puluh (20) hari bagi semua Transaksi Runcit akan dikenakan jika anda membuat pembayaran penuh pada atau sebelum Tarikh Akhir Pembayaran Penyata Akaun bulan sebelumnya. Jika anda membuat bayaran secara sebahagian atas jumlah baki tertunggak Penyata Akaun bulan sebelumnya, Caj Kewangan (seperti dinyatakan dalam Fasal 8.3(a) Perjanjian ini) akan dikenakan atas Transaksi Runcit yang akan dikira dari hari transaksi dimasukkan ke dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) sehingga anda membuat pembayaran penuh.

8.5 Yuran dan caj di atas tidak boleh dituntut balik secara sepenuhnya atau sebahagiannya walaupun Kad Kelab ClubPlus (PLC) dibatalkan bagi apa-apa sebab, atau Perjanjian ini ditamatkan.

8.6 Kami boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami, meminda kadar mana-mana yuran atau caj di atas dan/atau kaedah pengiraan. Kami akan memaklumkan kepada anda pindaan tersebut dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari, sama ada melalui Penyata anda atau apa-apa cara lain yang kami mungkin tentukan dari semasa ke semasa. Pindaan itu akan berkuatkuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis.

9. CUKAI, DUTI ATAU LEVI 9.1 Anda bertanggungjawab membayar apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai atau

levi lain pada tarikh pengisuan Kad Kelab ClubPlus (PLC) atau tarikh seterusnya selepas pengisuan Kad Kelab ClubPlus (PLC), yang mengikut undang-undang (termasuk Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014) atau peraturan, garis panduan, keputusan atau arahan yang dikeluarkan di bawah undang-undang tersebut (dan juga termasuk apa-apa pindaan yang dibuat kepada undang-undang, peraturan, garis panduan, keputusan atau arahan sedemikian) yang perlu dibayar kepada sesiapa atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami, berkenaan dengan apa-apa fi dan caj yang dikenakan atau ditanggung oleh kami berhubung dengan Kad Kelab ClubPlus (PLC). Kecuali jika dinyatakan selainnya oleh kami pada bila-bila masa, sebarang yuran dan caj yang dimaklumkan kepada anda adalah termasuk sebarang cukai barangan dan perkhidmatan yang berkaitan pada kadar semasa. Di mana kami telah menyatakan selainnya, anda akan bertanggungjawab untuk membayar cukai barangan dan perkhidmatan tersebut sebagai tambahan kepada yuran dan caj kami.

9.2 Apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai atau levi lain yang dicajkan kepada kami berkaitan dengan penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) dan apa-apa barangan atau perkhidmatan lain yang disediakan di bawah Kad Kelab ClubPlus (PLC) akan ditanggung oleh dan

Page 8: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

dicajkan kepada anda dan jika kami menjelaskan bayaran bagi pihak anda, maka anda bertanggungjawab membayar balik jumlah yang dibayar kepada kami.

10. PENAMATAN, PEMBATALAN ATAU PENGGANTUNGAN KAD KELAB CLUBPLUS (PLC) 10.1 Kad Kelab ClubPlus (PLC) akan sah sepanjang Tempoh Sah, kecuali jika dibatalkan, ditamatkan

atau digantung atas apa jua sebab. Berikutan dengan tarikh tamat Tempoh Sah, Kad Kelab ClubPlus (PLC) akan dibatalkan kecuali jika Tempoh Sah dilanjutkan oleh kami untuk tempoh selanjutnya mengikut budi bicara mutlak kami.

10.2 Kami boleh pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami, menarik balik, menamatkan atau menggantung penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC), Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC), dan/atau mana-mana perkhidmatan berkaitan yang lain oleh anda, menolak untuk mengesahkan apa-apa transaksi di bawah Kad Kelab ClubPlus (PLC) dan/atau enggan mengeluarkan semula, memperbaharui atau mengganti Kad Kelab ClubPlus (PLC), tanpa memberi sebarang notis atau sebab kepada anda, jika mana-mana yang berikut (“Kejadian Ingkar”) berlaku:– (a) keahlian anda dengan Kelab ditarik balik, digantung, ditamatkan atau dibatalkan mengikut

Perjanjian Keahlian Kelab atau untuk apa-apa sebab; (b) Kelab melanggar mana-mana terma dalam Perjanjian Keahlian ClubPlus; (c) Perjanjian ClubPlus UOB dengan Kelab ditamatkan atas sebarang sebab; (d) anda gagal mematuhi pembayaran atau cara pembayaran wang yang perlu dibayar di

bawah Perjanjian ini; (e) anda gagal mematuhi pembayaran atau cara pembayaran wang yang perlu dibayar di

bawah mana-mana perjanjian lain berhubung dengan mana-mana kemudahan perbankan/kredit yang diberikan oleh kami kepada anda;

(f) anda melebihi Had; (g) anda mengugut untuk melanggar atau telah melanggar terma dan syarat dalam Perjanjian

ini; (h) anda meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, tidak siuman, tidak mampu bayar,

bankrap atau menghadapi prosiding kehakiman; (i) anda melakukan perbuatan kebankrapan atau membenarkan penghakiman yang belum

diselesaikan terhadap anda untuk melebihi dua puluh satu (21) hari; (j) pelaksanaan distres, penahanan atau prosiding undang-undang lain telah dikenakan,

dikuatkuasakan atau dikeluarkan terhadap hartanah anda dan tidak dilepaskan atau masih kekal dalam tempoh tujuh (7) hari;

(k) sebarang litigasi (sama ada sivil atau jenayah), timbang tara atau prosiding pentadbiran yang belum selesai, berterusan atau merupakan ancaman kepada anda;

(l) anda memasuki atau cuba memasuki sebarang persetujuan atau pengaturan dengan atau untuk manfaat pemiutang anda;

(m) anda melakukan atau mengancam untuk melakukan kemungkiran atau pelanggaran mana-mana perjanjian, persetujuan, ketetapan, terma atau syarat yang dimeterai antara anda dan kami, yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan;

(n) pada bila-bila masa selepas pengeluaran Kad Kelab ClubPlus (PLC), undang-undang dan peraturan yang mentadbir kami menjadikannya salah dari segi undang-undang, tidak sah atau mustahil bagi kami untuk membenarkan anda atau terus membenarkan anda untuk menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC) atau Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) atau untuk mematuhi tanggungjawab kami di bawah Perjanjian ini atau untuk kami menguatkuasakan mana-mana hak kami di bawah Perjanjian ini, apa-apa dokumen keselamatan atau apa-apa perjanjian lain berhubung dengan mana-mana kemudahan perbankan/kredit yang diberikan oleh kami kepada anda;

(o) lokasi anda tidak diketahui oleh kami; (p) kami, pada budi bicara mutlak kami, memutuskan bahawa terdapat apa-apa perubahan

dalam keadaan pasaran yang akan menyebabkan penerusan kemudahan dan perkhidmatan

Page 9: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

Kad Kelab ClubPlus (PLC) yang ditawarkan kepada anda untuk menjadi tidak praktikal atau tidak sesuai dari segi komersial untuk sementara waktu atau selama-lamanya;

(q) penarafan kredit anda seperti yang ditentukan oleh kami telah merosot; (r) terdapat apa-apa penyiasatan oleh pihak polis, pihak berkuasa atau pengawal selia yang

belum lagi selesai, masih dijalankan atau menjadi ancaman kepada anda; (s) jika anda telah didakwa atau disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah atau

mempunyai sebarang rekod jenayah; (t) jika terdapat apa-apa laporan terhadap anda di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang

Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; atau (u) jika kami mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Kad Kelab

ClubPlus (PLC) digunakan bagi suatu aktiviti yang menyalahi undang-undang. 10.3 Tanpa mengambil kira Fasal 10.2, kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menarik balik atau

menamatkan penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) oleh anda dengan memberikan notis kepada anda tanpa memberi sebarang sebab.

10.4 Anda dilarang menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC) untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Jika kami mendapati, mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda telah atau sedang digunakan bagi apa-apa aktiviti yang tidak dibenarkan, kita boleh mengambil apa-apa tindakan yang kami anggap sesuai untuk memenuhi apa-apa kewajipan atau keperluan di Malaysia atau di tempat lain di dunia berkaitan dengan pencegahan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, aktiviti pengganas, sogokan, rasuah atau pengelakan cukai atau penguatkuasaan apa-apa sekatan ekonomi atau perdagangan. Tindakan yang kita mengambil termasuk menggantung, membatalkan atau menamatkan Kad Kelab ClubPlus (PLC) dan/atau Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) dengan segera, membuat laporan dan mengambil apa-apa tindakan kita boleh anggap sesuai.

10.5 Setelah Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda ditamatkan, anda tetap bertanggungjawab terhadap apa-apa transaksi yang dibuat melaluipenggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) (sama ada sebelum atau selepas Kad Kelab ClubPlus (PLC) ditamatkan), termasuk transaksi yang telah dilakukan tetapi belum direkodkan dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC), dan apa-apa arahan tetap yang anda berikan kepada Rakan Dagang Yang Diluluskan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memaklumkan Rakan Dagang Yang Diluluskan tersebut dan membatalkan apa-apa arahan tetap yang sedia ada sebelum atau apabila Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda ditamatkan.

10.6 Jika Kad Kelab ClubPlus (PLC) dan/atau Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) ditamatkan, anda mesti:– (a) memotong Kad Kelab ClubPlus (PLC) kepada dua bahagian di sepanjang jalur magnet; (b) membayar semua wang yang dihutang oleh anda kepada kami dengan serta-merta

(termasuk keseluruhan baki tertunggak dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) bersama dengan semua yuran, kos, cukai, duti, levi yang terkumpul sehingga tarikh penamatan Kad Kelab ClubPlus (PLC) dan apa-apa amaun terhutang lain berhubung dengan transaksi yang dibuat menggunakan Kad Kelab ClubPlus (PLC) yang belum dimasukkan ke dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC).

10.7 Jika, selepas penamatan, anda tidak memotong Kad Kelab ClubPlus (PLC) kepada dua bahagian, anda akan terus bertanggungjawab ke atas apa-apa caj dan transaksi yang dilakukan dengan Kad Kelab ClubPlus (PLC).

10.8 Penamatan Kad Kelab ClubPlus (PLC) utama akan menamatkan semua Kad Kelab ClubPlus (PLC) tambahan secara automatik. Penamatan Kad Kelab ClubPlus (PLC) tambahan tidak akan menamatkan Kad Kelab ClubPlus (PLC) utama, melainkan anda memberi arahan selainnya secara bertulis kepada kami.

10.9 Butiran untuk mana-mana Kad Kelab ClubPlus (PLC) yang dibatalkan atau ditarik balik boleh diletakkan dalam “senarai pembatalan” yang kami boleh edarkan kepada Kelab dan semua Rakan Dagang Yang Diluluskan.

Page 10: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

10.10 Anda perlu memaklumkan kami jika anda meninggal Malaysia untuk menetap di tempat lain sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum anda berlepas. Dalam keadaan sedemikian, Kad Kelab ClubPlus (PLC) (termasuk mana-mana Kelab ClubPlus (PLC) tambahan) akan ditamatkan dengan serta-merta dan anda mesti memotong Kad Kelab ClubPlus (PLC) itu kepada dua bahagian sebelum anda berlepas.

10.11 Secara tambahan, dan tanpa menjejaskan peruntukan dalam dokumen ini, kami akan membatalkan, menyekat, menggantung, menghentikan atau menamatkan penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda jika diarahkan oleh Kelab tanpa diwajibkan untuk mendapatkan bukti daripada, atau mengenakan syarat-syarat ke atas, Kelab sebelum berbuat demikian.

10.12 Jika Kad Kelab ClubPlus (PLC) dibatalkan atau jika penggunaan itu telah dibatalkan atau ditamatkan, anda boleh diletakkan dalam senarai yang boleh diedarkan kepada Kelab dan semua Rakan Dagang Yang Diluluskan.

10.13 Pada masa: – (a) pembatalan, penyerahan balik atau penamatan Kad Kelab ClubPlus (PLC);

(b) pembatalan, penggantungan atau penyekatan penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) atau hak-hak anda di bawah dokumen ini; atau

(c) apa-apa pelanggaran terma dalam dokumen ini, anda bersetuju bahawa kami mempunyai budi bicara mutlak tanpa mendapatkan persetujuan anda untuk:- (i) menuntut bayaran dari Kelab untuk jumlah wang yang tertunggak yang perlu dibayar

kepada kami di bawah Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC); dan/atau (ii) arahkan Kelab untuk: –

(iia) memindahkan dan/atau menyebabkan pemindahan keahlian anda di Kelab pada nilai pasaran semasa dan untuk melaksanakan atau menyebabkan pelaksanaan apa-apa perjanjian dengan mana-mana pihak untuk melaksanakan pemindahan itu; dan

(iib) mengemukakan sepenuhnya semua wang yang diterima daripada pemindahan kepada kami untuk menyelesaikan sepenuhnya atau sebahagian daripada jumlah wang yang tertunggak di bawah Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC).

Tanpa mengambil kira yang di atas, kami berhak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda bagi mendapatkan semua jumlah wang yang kena dibayar dan terhutang oleh anda kepada kami.

11. LIABILITI ANDA UNTUK KEHILANGAN, KECURIAN ATAU PENGGUNAAN KAD KELAB CLUBPLUS (PLC) TANPA KEBENARAN

11.1 Anda dengan ini bersetuju dan berjanji untuk menjaga dan mengambil semua langkah berwaspada yang sewajarnya bagi mengelakkan kehilangan, kecurian atau penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) tanpa kebenaran. Sekiranya kehilangan atau kecurian Kad Kelab ClubPlus (PLC) berlaku, anda hendaklah memaklumkan kepada Pusat Kad melalui telefon atau faksimili secepat mungkin. Anda memahami bahawa kegagalan untuk menjaga dan mengambil semua langkah berwaspada yang sewajarnya untuk melindungi Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda mungkin mendedahkan anda kepada kecurian dan/atau penggunaan Kad Debit yang tidak dibenarkan.

11.2 Anda mesti mengambil tindakan susulan selepas pemakluman anda dalam Fasal 11.1 melalui pengesahan bertulis dan penyerahan apa-apa dokumen yang diperlukan oleh kami termasuk tetapi tidak terhad kepada salinan laporan polis yang difailkan berhubung dengan kehilangan atau kecurian Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh kehilangan/kecurian dan/atau pendedahan tersebut.

11.3 Semua caj yang timbul daripada transaksi yang dibuat dengan Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda, sama ada dibenarkan atau tidak, akan dianggap telah dilakukan oleh anda. Anda akan terus bertanggungjawab ke atas semua caj dan transaksi yang dilakukan ke atas Kad Kelab ClubPlus (PLC) kecuali:

Page 11: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

(a) anda telah melaporkan apa-apa kehilangan, kecurian atau penggunaan yang tidak dibenarkan ke atas Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda kepada Pusat Talian secepat mungkin apabila anda mengetahui mengenai kehilangan/kecurian atau penggunaan tanpa kebenaran masing-masing;

(b) anda tidak melakukan penipuan; dan (c) anda telah mengambil langkah-langkah munasabah untuk menjaga Kad Kelab ClubPlus (PLC)

anda pada setiap masa. 11.4 Kami boleh (mengikut budi bicara mutlak kami) mengehadkan liabiliti anda kepada RM250.00

(atau amaun lain yang boleh kami tetapkan pada bila-bila masa) untuk transaksi yang dilakukan dengan Kad Kelab ClubPlus (PLC) sebelum kami dimaklumkan, jika anda tidak membuat penipuan atau gagal memaklumkan kami dengan segera setelah mengetahui bahawa Kad Kelab ClubPlus (PLC) telah hilang atau dicuri.

11.5 Atas permintaan anda, kami boleh (tetapi tidak diwajibkan) mengisukan Kad Kelab ClubPlus (PLC) gantian kepada anda berikutan kehilangan atau kecuriannya. Anda perlu membayar fi yuran penggantian sebanyak RM50.00 untuk setiap gantian Kad Kelab ClubPlus (PLC). Setakat yang dibenarkan undang-undang, anda akan kekal bertanggungjawab ke atas apa-apa transaksi yang dibuat melalui penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) yang hilang atau dicuri, termasuk transaksi yang dibuat tetapi belum dimasukkan ke dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC), dan apa-apa arahan tetap sedia ada yang dibuat oleh anda kepada Rakan Dagang Yang Diluluskan.

11.6 Apabila anda menerima Kad Kelab ClubPlus (PLC) gantian, anda perlu menandatangani pada jalur tandatangannya dan anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk diikat oleh terma dan syarat dalam Perjanjian ini. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memaklumkan Rakan Dagang Yang Diluluskan untuk membatalkan atau meminda mana-mana arahan tetap sedia ada berhubung dengan Kad Kelab ClubPlus (PLC) yang hilang atau dicuri dan/atau Kad Kelab ClubPlus (PLC) gantian.

12. KAD KELAB CLUBPLUS (PLC) TAMBAHAN 12.1 Di bawah Perjanjian Keahlian Kelab, isteri, suami dan anak-anak (sebagaimana yang ditakrifkan

dalam Perjanjian Keahlian Kelab) Ahli dibenarkan untuk menggunakan kemudahan Kelab. 12.2 Kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, mengisukan Kad Kelab ClubPlus (PLC) tambahan

kepada mana-mana individu yang dinyatakan dalam Fasal 12.1 di atas permintaan anda berserta dengan kelulusan Kelab. Terma dan syarat Perjanjian ini hendaklah terikat kepadanya.

12.3 Anda dan pemegang kad tambahan akan secara bersama dan/atau berasingan bertanggungjawab untuk semua transaksi, caj dan bayaran yang dikenakan di bawah Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda. Anda perlu memastikan bahawa pemegang tambahan mematuhi terma dan syarat dalam dokumen ini.

12.4 Kad Kelab ClubPlus (PLC) tambahan yang dikeluarkan kepada pemegang kad tambahan boleh dibatalkan jika diminta oleh pemegang utama. Pembatalan tersebut tidak akan menjejaskan hak dan kelayakan, tanggungjawab dan kewajipan kami, anda, dan pemegang kad tambahan yang timbul sebelum pembatalan tersebut.

12.5 Permintaan oleh pemegang utama dalam Fasal 12.4 hendaklah dibuat secara bertulis, dan disertakan dengan Kad Kelab ClubPlus (PLC) tambahan yang telah dipotong dua.

12.6 Pembatalan Kad Kelab ClubPlus (PLC) tambahan tidak akan menjejaskan, menganggu atau membatalkan penggunaan anda terhadap Kad Kelab ClubPlus (PLC). Walaubagaimanapun, pembatalan Kad Kelab ClubPlus (PLC) pemegang kad utama akan mengakibatkan pembatalan automatik mana-mana Kad Kelab ClubPlus (PLC) tambahan di bawah Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) pemegang kad utama.

13. PENGECUALIAN LIABILITI 13.1 Kami tidak akan dalam apa-apa keadaan sekalipun bertanggungjawab untuk ganti rugi yang

dialami atau kerugian yang ditanggung oleh anda (termasuk kehilangan reputasi atau keaiban):–

Page 12: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

a) berhubung dengan sesuatu perwakilan atau implikasi yang disebabkan oleh:– (i) pembatalan atau keengganan kami untuk memperbaharui Kad Kelab ClubPlus (PLC); (ii) penggantungan atau sekatan yang dikenakan oleh kami ke atas penggunaan Kad Kelab

ClubPlus (PLC) anda; (iii) pengedaran butiran Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda kepada Kelab atau Rakan Dagang

Yang Diluluskan dalam senarai Kad Kelab ClubPlus (PLC) yang dibatalkan; atau (iv) pindaan, perubahan, pembatalan, penggantungan dan/atau penarikan balik mana-mana

manfaat atau keistimewaan anda di bawah Kad Kelab ClubPlus (PLC); b) disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau pengecualian oleh Kelab atau Rakan Dagang Yang

Diluluskan; c) disebabkan oleh pengekalan Kad Kelab ClubPlus (PLC) dan/atau keengganan Kelab atau

Rakan Dagang Yang Diluluskan untuk menerima Kad Kelab ClubPlus (PLC); d) berhubung dengan suatu kenyataan, perwakilan atau komunikasi yang dilakukan oleh Kelab

atau Rakan Dagang Yang Diluluskan; e) disebabkan oleh kerosakan atau kekurangan dalam barangan yang dibeli atau perkhidmatan

yang disediakan oleh Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan; f) disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan kualiti, keberkesanan dan/atau ketulenan

barangan yang dibeli dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan; dan/atau

g) jika Kad Kelab ClubPlus (PLC) tidak diterima oleh anda selepas penghantaran Kad Kelab di bawah terma dan syarat ini, atau Kad Kelab ClubPlus (PLC) dipintas atau ditahan oleh mana-mana pihak selain daripada anda dalam transit.

13.2 Sebarang tuntutan atau pertikaian hendaklah dirujuk secara langsung kepada Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan. Walau apa pun tuntutan atau pertikaian atau sementara menunggu resolusi atau penyelesaian yang sama, anda akan terus bertanggungjawab ke atas apa-apa bayaran terhutang dan perlu dibayar kepada kami di bawah Perjanjian ini.

14. KEISTIMEWAAN DAN MANFAAT SECARA AM

Kami boleh, pada bila-bila masa atas budi bicara mutlak kami, meminda, mengubahsuai, menukar, menghadkan, menambah, menggantung, membatalkan atau menarik balik kesemua atau mana-mana kemudahan, perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan yang diberi kepada anda dengan memberi notis terlebih dahulu.

15. TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PERBANKAN TELEFON UOB 121

Di samping terma dan syarat Perjanjian ini, jika anda memohon untuk perkhidmatan kami melalui Perkhidmatan Perbankan Telefon UOB 121, maka Terma dan Syarat Perkhidmatan Perbankan Telefon UOB 121 juga akan digunapakai dan tidak akan menggantikan mana-mana terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini. Terma dan Syarat Perkhidmatan Perbankan Telefon UOB 121 boleh didapati di www.uob.com.my.

16. TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET PERIBADI UOB Di samping terma dan syarat Perjanjian ini, jika anda memohon untuk perkhidmatan kami melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi UOB, maka Terma dan Syarat Perbankan Internet Peribadi UOB juga akan digunapakai dan tidak akan menggantikan mana-mana terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini. Terma dan Syarat Perbankan Internet Peribadi UOB boleh didapati di www.uob.com.my.

17. HAK UNTUK MENOLAK SELESAI DAN PENGGABUNGAN 17.1 Sebagai tambahan kepada apa-apa hak tolak selesai umum di bawah undang-undang atau mana-

mana perjanjian lain, anda bersetuju bahawa kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, menggabung atau menyatukan baki tertunggak dalam Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) dengan

Page 13: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

semua atau mana-mana akaun sedia ada anda dengan kami, sama ada secara tunggal atau bersama dengan mana-mana individu lain. Anda membenarkan kami, selepas memberi anda notis tujuh (7) hari, untuk menolak selesai atau memindahkan apa-apa jumlah wang kredit yang ada dalam mana-mana akaun anda untuk menyelesaikan apa-apa jumlah terhutang dan perlu dibayar kepada kami oleh anda di bawah Perjanjian ini.

17.2 Dengan pengeluaran notis yang dinyatakan dalam Klausa 17.1 di atas, anda bersetuju bahawa kami mempunyai hak untuk memperuntukkan atau memegang sebarang wang kredit yang ada dalam semua atau mana-mana akaun anda yang sedia ada dengan kami, sebelum tolak selesai tersebut dan anda tidak berhak untuk mengeluarkan wang tersebut, tanpa kebenaran bertulis dari kami terlebih dahulu.

17.3 Di mana penggabungan, tolak selesai atau pemindahan memerlukan penukaran antara mata wang, penukaran akan dikira pada kadar pertukaran semasa sebagaimana yang ditetapkan oleh kami mengikut budi bicara mutlak kami.

18. PERTIKAIAN 18.1 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk:–

a) keengganan Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan untuk menerima Kad Kelab ClubPlus (PLC); atau

b) apa-apa kerosakanatau kekurangan dalam barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada anda oleh Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan atau pihak lain.

18.2 Segala aduan, tuntutan dan pertikaian terhadap Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan hendaklah diselesaikan oleh anda dengan Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan secara langsung, dan anda bersetuju tidak akan melibatkan kami dalam apa-apa tuntutan, pertikaian atau prosiding undang-undang tersebut, dan tuntutan tersebut tidak boleh ditolak selesai dari kami.

18.3 Setakat yang dibenarkan undang-undang, apa-apa tuntutan atau pertikaian yang mungkin anda ada terhadap Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan tidak akan melepaskan anda daripada kewajipan membayar jumlah yang terhutang kepada kami di bawah Perjanjian ini.

18.4 Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghubungi dan memberitahu Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan secara langsung tentang sebarang pembatalan urusan bil berulang, arahan tetap atau caj atau pembatalan Kad Kelab ClubPlus (PLC) berhubung dengan mana-mana urusan bil berulang atau arahan tetap. Kami tidak akan melayan atau bertanggungjawab dalam apa jua bentuk untuk sebarang tuntutan atau pertikaian yang berkaitan dengan bil berulang yang terdapat di dalam Penyata Akaun kepada Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan.

18.5 Sekiranya berlaku sebarang transaksi yang dipertikaikan terhadap Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan, anda mesti memberikan kepada kami maklumat berikut, sama ada secara lisan atau bertulis, berkaitan dengan transaksi yang dipertikaikan: a) nama anda; b) Akaun Kad Kelab ClubPlus(PLC) yang terlibat; c) tarikh and jumlah transaksi yang dipertikaikan; dan d) sebab mengapa anda percaya bahawa ia adalah transaksi yang dipertikaikan.

18.6 Kami berhak untuk mendebitkan jumlah penuh transaksi(-transaksi) yang dipertikaikan daripada Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda selepas diberikan bukti transaksi(-transaksi) yang dipertikaikan tersebut adalah sah dan dibenarkan oleh anda dengan memberikan notis terdahulu kepada anda.

18.7 Sebarang usaha dari pihak anda untuk membuat tuntutan palsu bagi transaksi yang dipertikaikan akan melayakkan kami untuk menggunakan sebarang hak kami di bawah terma dan syarat Perjanjian ini.

19. KEINGKARAN SILANG

Walau apa pun peruntukan di sini, jika anda dan/atau pemegang kad tambahan atau anda dan/atau pemegang kad tambahan bersama dengan pihak lain melanggar mana-mana terma dan

Page 14: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

syarat dalam mana-mana perjanjian lain dengan kami, sama ada untuk penggunaan mana-mana Kad Kelab ClubPlus (PLC ) lain yang diisu oleh kami atau bagi sebarang kemudahan perbankan/kredit, kami boleh mengikut budi bicara mutlak kami, menamatkan Perjanjian ini dan selepas itu semua wang yang terhutang kepada kami perlu dibayar dengan segera perlu dibayar mengikut Fasal 10.6 (b) Perjanjian ini.

20. PERUBAHAN 20.1 Kami boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami, mengubah, menambah,

memotong dan/atau meminda kadar, fi, caj serta sebarang terma dan syarat dalam Perjanjian ini dengan memberi anda notis dua puluh satu (21) hari, melalui Penyata Akaun anda atau melalui paparan di laman web rasmi kami di www.uob.com.my atau dalam apa-apa cara lain yang kami mungkin tentukan dari semasa ke semasa.

20.2 Apa-apa perubahan yang dirujuk dalam Fasal 20.1 akan berkuatkuasa pada tarikh yang kami tentukan. Pengekalan atau penerusan penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) selepas tarikh kuatkuasa akan dianggap sebagai penerimaan perubahan sedemikian oleh anda.

20.3 Sekiranya anda tidak bersetuju dengan perubahan tersebut, anda hendaklah menyerahkan Kad Kelab ClubPlus (PLC) dan mengembalikannya kepada kami setelah dipotong dua, jika tidak, anda akan dianggap telah menerima perubahan sedemikian.

20.4 Pada masa penyerahan dan pemulangan Kad Kelab ClubPlus (PLC) oleh anda, semua wang yang terhutang kepada kami oleh anda di bawah Akaun Kad Kelab ClubPlus anda akan tetap perlu dibayar, dan anda hendaklah dengan segera apabila diminta oleh kami menyelesaikan Akaun Kad Kelab ClubPlus anda.

21. ARAHAN KOMUNIKASI 21.1 Anda dengan ini membenarkan kami untuk bertindak atas arahan anda yang diberikan melalui

telefon, telefon bimbit [termasuk Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) atau Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) yang dihantar daripada nombor telefon bimbit terkini anda yang diketahui oleh kami], teleks, faksimile atau cara telekomunikasi lain yang kami percaya telah diberikan oleh anda.

21.2 Kecuali jika dinyatakan selainnya dengan jelas dalam Perjanjian ini, kami berhak untuk bergantung dan bertindak atas apa-apa arahan yang diberi secara bertulis seperti yang dinyatakan dalam Fasal 19.1 di atas dan tidak akan bertanggungjawab kepada anda dalam apa-apa cara kerana bertindak dengan niat baik terhadap apa-apa arahan sedemikian walaupun ia kemudiannya menunjukkan bahawa ia tidak diberikan oleh anda, atau untuk apa-apa salah faham atau apa-apa kesilapan, kerugian atau kelewatan yang disebabkan oleh penggunaan peranti mudah alih, perkhidmatan pos, teleks atau mesin teletaip, peranti kabel, peranti penghantaran faksimili atau peranti komputer. Kami berhak untuk bergantung dan bertindak ke atas apa-apa arahan yang disampaikan melalui telefon atau telefon bimbit seperti yang dinyatakan dalam Fasal 21.1 di atas, dan risiko salah faham dan kesilapan serta arahan yang diberikan oleh individu yang tidak dibenarkan adalah tanggungjawab anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian, liabiliti atau perbelanjaan yang disebabkan oleh sebarang salah faham, kesilapan atau arahan yang tidak dibenarkan.

21.3 Anda bersetuju untuk menanggung kerugian kami, dan kekal menanggung kerugian kami sepenuhnya dan tidak mempertanggungjawabkan kami pada bila-bila masa terhadap segala tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, ganti rugi, kos dan perbelanjaan dalam apa-apa bentuk (termasuk kos guaman pada dasar indemniti penuh) yang timbul dalam apa-apa cara yang kami mungkin tanggung, alami atau hadapi akibat daripada persetujuan kami untuk bertindak atas arahan yang dinyatakan dalam Fasal 21.

22. PENDEDAHAN

Page 15: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

22.1 Anda bersetuju bahawa kami (termasuk pegawai, pekerja, agen atau mana-mana individu lain yang kami benarkan untuk mengakses rekod, surat-menyurat atau sebarang bahan kami yang berkaitan dengan anda atau Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda) boleh mendedahkan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami tanpa memaklumkan anda, sebarang maklumat berkaitan dengan anda atau Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda, kepada individu-individu seperti berikut:- a) mana-mana cawangan, agensi, wakil pegawai, syarikat bergabung, bersekutu atau berkaitan,

dan pegawai, pekerja atau agen mereka masing-masing, sama ada di Malaysia atau di tempat lain (“Kumpulan Bank”), untuk tujuan berikut: - i) menyediakan anda dengan perkhidmatan perbankan; ii) pelaporan; iii) pemadanan data; iv) meningkatkan dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh kami; v) pencegahan penipuan atau jenayah; vi) menyiasat, mencegah atau yang berhubung dengan aktiviti pengubahan wang haram

dan jenayah; vii) pengutipan hutang; viii) penggunaan khidmat sumber luar untuk operasi kami; ix) pelaksanaan tugas sebagai seorang pegawai kami atau berkaitan dengan pengauditan

atau menjalankan pengurusan risiko; x) memudahkan pelaksanaan tugas kami atau mana-mana ahli fungsi Kumpulan Bank; xi) pematuhan kepada polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan Bank;

peraturan korporat; xii) sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh atau dilaksanakan ke atas kami;

b) Kelab atau Rakan Dagang Yang Diluluskan yang menerima Kad Kelab ClubPlus (PLC), VISA International Service Association dan/atau MASTERCARD International Inc. atau penggantinya, mana-mana ahli VISA International Service Association dan/atau MASTERCARD International Inc. dan/atau mana-mana pihak berminat lain untuk memudahkan penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) atau pemprosesan sebarang transaksi yang terjejas atau penyiasatan dalam apa-apa bentuk yang akan dilaksanakan;

c) mana-mana individu untuk atau berkaitan dengan sebarang tindakan atau prosiding yang diambil untuk mendapatkan kembali wang terhutang dan perlu dibayar oleh anda kepada kami di bawah Perjanjian ini;

d) mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang menyediakan perkhidmatan elektronik atau perkhidmatan lain kepada kami untuk tujuan menyediakan, mengemaskinikan, menyenggarakan dan mempertingkatkan perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada siasatan percanggahan, kesilapan atau tuntutan;

e) mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang dilantik oleh kami untuk tujuan menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan perkhidmatan atau fungsi operasi yang telah menggunakan khidmat pakar luar;

f) pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan suatu penyiasatan berkaitan dengan sebarang kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki;

g) institusi kewangan yang berkaitan dengan pertanyaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) kepada bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit (hanya untuk maklumat kredit);

h) juruaudit, peguam cara dan penasihat profesional kami; i) pencetak alat tulis kami, pembekal sistem komputer yang kami gunakan, dan individu

sedemikian yang memasang dan menyenggarakannya, serta pembekal barangan atau pembekal perkhidmatan lain yang dilantik oleh kami;

j) mana-mana biro kredit di mana kami adalah ahli, dan mana-mana ahli dan/atau jawatankuasa pematuhan biro kredit sedemikian;

Page 16: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

k) mana-mana agensi penarafan, rakan kongsi perikatan perniagaan, pembekal insurans atau broker insurans atau penyedia perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;

l) mana-mana peserta atau peserta-sub sebenar atau berpotensi berhubung dengan sebarang tanggungjawab kami di bawah perjanjian perbankan di antara kami dan anda, atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan (atau mana-mana pegawai, kakitangan, agen atau penasihat) untuk mana-mana daripada mereka;

m) mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami atau mana-mana ahli Kumpulan Bank;

n) mana-mana individu di mana kami atau mana-mana ahli Kumpulan Bank, dibenarkan atau diperlukan untuk melakukan pendedahan di bawah undang-undang mana-mana negara;

o) mana-mana individu lain di mana pendedahan sedemikian dianggap sebagai kepentingan kami, atau kepentingan mana-mana ahli Kumpulan Bank (tidak termasuk perkongsian strategik untuk tujuan pemasaran dan promosi);

p) mana-mana individu yang berhasrat untuk menyelesaikan sebarang wang tertunggak di bawah Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC);

q) mana-mana individu yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pengekalan mana-mana hak kami di bawah Perjanjian ini; dan

r) Pusat Biro Kredit atau mana-mana pihak berkuasa atau badan lain yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami.

22.2 Fasal 22.1 akan terus berkuatkuasa selepas tamatnya perjanjian ini. 23. PERINTAH MAHKAMAH 23.1 Jika kami dikenakan perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah dalam apa jua bidang

kuasa, kami boleh bertindak dengan apa cara yang kami anggap sesuai tanpa berunding dengan anda terlebih dahulu. Menurut apa-apa tindakan dan/atau pengecualian yang dilakukan oleh kami berhubung dengan perintah mahkamah, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berkaitan dengan tindakan dan/atau pengecualian kami.

23.2 Fasal 23.1 akan terus berkuatkuasa selepas tamatnya perjanjian ini.

24. PERLINDUNGAN DATA 24.1 Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah menerima, membaca, memahami dan bersetuju

untuk diikat oleh Notis Privasi yang dikeluarkan oleh kami (yang boleh didapati di cawangan kami dan juga di laman web kami di www.uob.com.my) dan fasal-fasal dalam Perjanjian ini yang berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda. Bagi mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap telah dimasukkan sebagai rujukan dalam Perjanjian ini.

24.2 Anda mengizin dan bersetuju bahawa kami boleh memindahkan Data Peribadi tersebut ke luar Malaysia. Semua Data Peribadi yang dipegang oleh kami dan Kumpulan Bank akan diberi tahap perlindungan yang wajar terhadap sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemotongan.

24.3 Jika anda memberikan Data Peribadi berhubung dengan pihak ketiga, termasuk data berkaitan dengan waris terdekat dan tanggungan anda (di mana anda ialah seorang individu) atau data berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pembekal keselamatan anda (di mana anda ialah sebuah syarikat), bagi tujuan pembukaan atau pengendalian Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) dengan kami atau bagi melanggani produk dan perkhidmatan kami, anda:

Page 17: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

a) mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka atau berhak untuk menyediakan data ini kepada kami dan untuk kami menggunakannya selaras dengan Perjanjian ini;

b) berjanji bahawa anda telah memaklumkan pihak ketiga sedemikian untuk membaca Notis Privasi di laman web kami di www.uob.com.my;

c) telah memaklumkan pihak ketiga sedemikian i) bahawa kami boleh mengutip atau mengesahkan data peribadi dan kewangan mereka

dengan sumber-sumber pihak ketiga; ii) bahawa kami boleh mendedahkan data peribadi mereka kepada kelas pihak ketiga yang

dinyatakan dalam Notis Privasi kami; d) bersetuju untuk memastikan bahawa data peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut

adalah tepat; e) bersetuju untuk mengemas kini kami secara bertulis jika terdapat apa-apa perubahan penting

dalam data peribadi dan kewangan tersebut; dan f) bersetuju dengan hak kami untuk menamatkan Perjanjian ini jika persetujuan sedemikian

ditarik balik oleh pihak ketiga tersebut. 24.4 Tambahan pula, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan,

garis panduan dan/atau kewajipan) yang berkenaan dengan kami atau Kumpulan Bank (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), anda bersetuju bahawa kami dan Kumpulan Bank, serta rakan dagang dan rakan bersekutu strategik kami boleh menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang kami percayai mungkin menarik minat anda atau memanfaatkan anda dari segi kewangan. Walaupun dengan apa-apa yang tersebut di atas, kami hanya akan mendedahkan Data Peribadi anda (tidak termasuk data berhubung dengan hal ehwal atau Akaun

Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda) kepada rakan dagang dan rakan bersekutu strategik kami di mana persetujuan anda telah diperolehi terlebih dahulu.

24.5 Anda boleh memilih untuk tidak menerima sebarang bahan pemasaran langsung dari kami dan Kumpulan Bank dengan menulis surat kepada kami di ‘Perkhidmatan Kewangan Persendirian, Peti Surat 13525, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50738 Kuala Lumpur (atau alamat lain sedemikian yang dimaklumkan oleh kami) dengan permintaan anda dan kami akan mematuhi arahan bertulis terkini anda kepada kami.

24.6 Anda mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti Penyata Akaun dan laman web kami mengandungi maklumat biasa mengenai produk dan perkhidmatan lain kami yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, pengendalian Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda dan/atau kemudahan dengan kami, dan/atau tanpa mengenakan kos tambahan kepada anda.

24.7 Anda berhak untuk meminta secara bertulis: a) untuk apa-apa maklumat berhubung dengan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan

oleh kami, selepas pembayaran yuran yang ditetapkan; b) untuk sebarang maklumat yang dipegang atau disimpan oleh kami untuk dikemaskinikan,

dipinda dan/atau diperbetulkan; c) untuk kami mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh

kami; dan d) untuk membuat pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda

24.8 Untuk permintaan di bawah (a) atau (b), anda boleh membuat permintaan dengan kami melalui Borang Permintaan Mengakses Data atau Borang Permintaan Pembetulan Data masing-masing. Borang-borang ini boleh didapati di cawangan kami serta di laman web kami di www.uob.com.my.

24.9 Anda boleh mengarahkan permintaan anda ke mana-mana cawangan kami atau Pengurusan Perhubungan Pelanggan, Peti Surat 11212, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50738 Kuala Lumpur. Kami boleh mengenakan caj untuk memproses permintaan anda untuk pengaksesan atau pembetulan. Kami juga boleh menolak untuk mematuhi permintaan anda berhubung dengan (a) atau (b) di atas jika maklumat yang diberi oleh anda tidak mencukupi (sebagaimana yang

Page 18: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

ditentukan oleh kami) atau di mana permintaan sedemikian mungkin memungkiri atau melanggar sebarang undang-undang atau syarat atau apa-apa sebab lain yang kami anggap tidak perlu untuk kami berbuat demikian. Jika kami menolak untuk mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan anda mengenai penolakan kami dan sebab penolakan tersebut.

24.10 Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan maklumat tersebut telah dikemaskinikan.

24.11 Harap maklum bahawa jika anda menarik balik persetujuan anda selepas ini untuk memproses Data Peribadi anda seperti yang diberikan kepada kami sebelum ini, kerana kami tidak boleh memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda berhubung dengan tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi, kami berhak untuk tidak menyediakan atau tidak meneruskan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) dan/atau kemudahan berkaitan dengan Data Peribadi sedemikian.

24.12 Kami berhak untuk meminda Fasal 24 ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara tunggal kami dan akan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda secara bertulis dan memaparkan sebarang pindaan sedemikian dalam laman web atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di kawasan utama dalam cawangan kami atau dengan apa-apa cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh kami.

24.13 Fasal 24 ini tidak akan menjejaskan apa-apa fasal lain dalam Perjanjian ini yang menyediakan pendedahan data.

25. INDEMNITI

Anda bersetuju untuk menanggung rugi kami daripada segala tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, ganti rugi, kos dan perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan guaman pada dasar indemniti penuh) yang kami mungkin dikenakan atau alami dalam penguatkuasaan atau percubaan untuk menguatkuasakan hak kami di bawah Perjanjian ini atau yang timbul daripada atau berhubung dengan sebarang undang atau peraturan percukaian mana-mana negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami.

26. NOTIS DAN KOMUNIKASI 26.1 Kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, menghantar sebarang Penyata Akaun, notis atau

komunikasi kepada anda dalam apa-apa cara seperti berikut: a) mel elektronik ke alamat e-mel terkini anda dalam rekod kami; b) pos (berdaftar, berdaftar AR, biasa atau sebaliknya) atau dikirim melalui tangan atau

ditinggalkan di alamat terkini anda dalam sistem kami; c) memaparkan notis di Cawangan; d) memaparkan notis atau komunikasi di laman web rasmi kami di www.uob.com.my e) melalui iklan atau notis umum dalam akhbar harian; f) siaran radio atau televisyen atau mana-mana bentuk komunikasi media lain; g) faksimili ke nombor faksimili terkini anda dalam rekod kami; h) SMS ke nombor telefon bimbit terkini anda dalam rekod kami.

26.2 Notis atau komunikasi tersebut akan dianggap telah diterima oleh anda. a) pada masa penyerahan di alamat anda, jika diserahkan dengan tangan; b) pada hari ketiga (ke-3) (termasuk hari pengeposan) dari tarikh diposkan, walaupun tidak

dapat diserahkan atau dikembalikan; c) pada masa penghantaran faksimili itu selesai; d) pada masa pengiriman mel elektronik itu selesai; e) pada masa pengiriman melalui sistem pesanan ringkas (SMS) itu selesai; f) pada masa penyiaran dalam laman web kami; atau g) pada masa Penyata Akaun dianggap telah diterima oleh anda.

Page 19: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

26.3 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa yang mungkin berlaku kepada notis atau komunikasi selepas ia dihantar, contohnya, jika sebarang notis atau komunikasi terlewat, dipintas, hilang, tidak sampai atau didedahkan kepada mana-mana pihak semasa dalam transit.

26.4 Perubahan dalam butiran hubungan:-:- a) Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera mengenai sebarang perubahan dalam

alamat surat-menyurat atau kediaman anda dan maklumat hubungan anda (“Maklumat”). b) Jika anda tidak memaklumkan kami tentang sebarang perubahan dalam Maklumat anda, anda

bersetuju bahawa kami boleh mengikut budi bicara mutlak kami, bergantung kepada:- i) apa-apa alamat dan/atau maklumat hubungan yang dinyatakan dalam borang

permohonan atau yang dinyatakan dalam rekod kami; atau ii) apa-apa alamat dan/atau maklumat perhubungan yang kami perolehi daripada apa-apa

komunikasi yang dianggap dikeluarkan oleh anda kepada kami. c) Sebarang kegagalan oleh anda untuk memaklumkan pihak kami tentang perubahan dalam

Maklumat anda yang menyebabkan kelewatan atau kegagalan penghantaran sebarang Penyata Akaun, surat-menyurat dan/atau notis tidak akan menjejaskan hak dan kelayakan kami di bawah terma dan syarat Perjanjian ini.

27. PENYIMPANAN REKOD ANDA

Kami tidak diwajibkan menyimpan apa-apa rekod mengenai Akaun Kad Kelab ClubPlus (PLC) anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada borang-borang permohonan Kad Kelab ClubPlus (PLC), dokumen transaksi, Penyata Akaun, surat-menyurat atau dokumen yang anda atau mana-mana pihak ketiga beri kepada kami, melebihi tempoh penyimpanan seperti mana ditetapkan di bawah polisi dalaman, garis panduan dan tata cara kami dan/atau seperti mana diperuntukkan di bawah undang-undang atau peraturan mana-mana negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami.

28. PENYAMPAIAN PROSES UNDANG-UNDANG Penyampaian proses undang-undang bersabit dengan sesuatu tuntutan yang timbul daripada atau berkait dengan Perjanjian ini boleh dilaksanakan ke atas anda melalui pos biasa yang dihantar ke alamat anda yang terkini dalam rekod kami. Penyampaian tersebut akan dianggap penyampaian yang baik dan memadai kepada anda selepas tamat tempoh tiga (3) Hari Perniagaan dari tarikh penghantaran, walaupun ia dihantar atau dikembalikan.

29. FORCE MAJEURE

Sekiranya kami tidak dapat menunaikan sebarang kewajipan kami di bawah Perjanjian ini, atau menjalankan apa-apa operasi atau membekalkan apa-apa perkhidmatan atas apa jua sebab di luar kawalan kami, termasuk:– a) kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, bencana alam, nahas, rusuhan, gangguan awam,

pertikaian perusahaan, perbuatan terorisme, embargo, peperangan, malapetaka;; b) kegagalan atau gangguan telekomunikasi, internet, bekalan elektrik, air, bahan api; atau c) apa-apa keadaan berupa force majeure (sesuatu peristiwa yang menghalang kami daripada

menunaikan kewajipan di bawah Perjanjian ini), kami sama sekali tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan menunaikan tugas atau terhadap sebarang kesulitan, kerugian, kecederaan, dan kerosakan yang anda tanggung atau alami secara langsung atau tidak langsung sebagai akibatnya.

30. MASA

Masa menjadi asas dalam Perjanjian ini.

31. PENGECUALIAN Kegagalan untuk menggunakan, atau kelewatan dalam menggunakan, apa-apa hak, keistimewaan kuasa atau pemulihan oleh kami tidak akan dianggap sebagai pengecualian, begitu juga dengan

Page 20: PERJANJIAN KAD KELAB NOTA PENTING TERMA DAN · PDF filemelaksanakan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang ... apabila memperkenalkan sesuatu contoh, ... Pembelian barang-barang dari

penggunaan tunggal atau sebahagian mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau pemulihan . Hak-hak dan pemulihan yang diperuntukkan adalah kumulatif dan tidak mengecualikan apa-apa hak atau pemulihan yang diperuntukkan oleh undang-undang.

32. KEBOLEHASINGAN Ketidaksahan atau ketidakbolehlaksanaan mana-mana peruntukan tidak akan menjejaskan niat tersirat Perjanjian ini, dan peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan adalah boleh diasingkan, dan tidak akan menjejaskan kesahan atau kebolehlaksanaan terma dan peruntukan yang lain, yang akan tetap berkuatkuasa penuh.

33. PEMELIHARAAN HAK DAN KELAYAKAN Hak dan kelayakan kami di bawah Perjanjian ini akan tetap berkuatkuasa penuh, dan akan terus mempunyai kuatkuasa walaupun penggunaan Kad Kelab ClubPlus (PLC) dibatalkan, dimansuhkan atau digantung.

34. PERUBAHAN PERLEMBAGAAN Terma dan syarat dalam Perjanjian ini akan tetap sah dan terikat untuk semua maksud, biarpun terdapat perubahan dalam perlembagaan kami dan anda, bagi badan korporat disebabkan penyatuan, penggabungan, pembentukan semula, percantuman atau sebaliknya, dan bagi individu, disebabkan kematian.

35. PENYERAHAN HAK Kami boleh pada bila-bila masa dan tanpa keizinan anda menyerahkan kesemua atau mana-mana hak, hak milik dan kepentingan kami di bawah Perjanjian ini kepada mana-mana orang atau badan korporat. Anda tidak boleh menyerah mana-mana hak dan kewajipan anda di bawah Perjanjian ini.

36. UNDANG-UNDANG Perjanjian ini adalah tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia, dan anda a) mesti Menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah-mahkamah di Malaysia; b) Mengecualikan sebarang bantahan atas alasan tempat, forum non conveniens atau apa-apa

alasan yang sama; dan c) membenarkan penyampaian Proses Undang-Undang dengan apa-apa cara lain yang

dibenarkan oleh Perjanjian ini dan/atau mana-mana undang-undang berkaitan. 37. HAK UNTUK DEPOSIT BAYARAN BALIK

Anda bersetuju bahawa kami mungkin mengikut budi bicara mutlak kami pada bila-bila masa dan tanpa notis kepada anda, meminta dari Kelab semua atau sebahagian daripada Deposit Bayaran Balik untuk menjelaskan sebarang jumlah yang anda berhutang kepada kami di bawah Perjanjian ini.

38. PERATURAN KELAB

Jika terdapat percanggahan di antara terma dan syarat Perjanjian Keahlian Kelab dengan Perjanjian ini, Perjanjian ini akan digunapakai.