Perjanjian Sewa - Pelajar.doc

15
DI ANTARA (“Tuan Rumah”) DAN (“Penyewa-Penyewa”) PERJANJIAN SEWA

Transcript of Perjanjian Sewa - Pelajar.doc

BETWEEN

DI ANTARA

(Tuan Rumah)

DAN

(Penyewa-Penyewa)

PERJANJIAN SEWASATU PERJANJIAN telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan di dalam Seksyen 1, Jadual 1 di antara pihak yang mana nama dan alamatnya dinyatakan di dalam Seksyen 2, Jadual 1 (selepas daripada ini disebut Tuan Rumah) di satu pihak; dan pihak yang mana nama dan alamatnya dinyatakan di dalam Seksyen 2, Jadual 1 (selepas daripada ini disebut Penyewa-Penyewa) di pihak yang satu lagi.

DI MANA:

(1) Tuan Rumah ialah pemilik rumah yang dinyatakan di dalam Seksyen 4, Jadual 1 di dalam ini (selepas daripada ini disebut Rumah tersebut)

(2)Tuan Rumah telah bersetuju untuk memberi sewa dan Penyewa-Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan kemudian ini.

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:

1. PENYEWAAN, TEMPOH DAN SEWA

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan kemudian ini, Tuan Rumah memberi sewa dan Penyewa-Penyewa menerima Penyewaan Rumah tersebut yang dirujuk di dalam Seksyen 4 Jadual 1 di dalam ini untuk sepanjang tempoh yang dinyatakan di dalam Seksyen 5, Jadual 1 di dalam ini dan membayar sewa dan penyelenggaraan bulanan seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 6, Jadual 1 pada masa yang ditetapkan di dalam Seksyen 6 (a), Jadual 1 di dalam ini dengan cara yang ditetapkan di dalam Seksyen 6 (b), Jadual 1 (selepas daripada ini disebut Penyewaan).

2. DEPOSIT

(A) Deposit SekuritiPenyewa-Penyewa hendaklah membayar kepada Tuan Rumah sejumlah wang seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 7, Jadual 1 di dalam ini (selepas ini dirujuk sebagai Deposit Sekuriti) sebagai jaminan Penyewa-Penyewa akan mematuhi semua obligasinya di bawah Penyewaan ini. Deposit Sekuriti tersebut tidaklah boleh disifatkan sebagai wang simpanan untuk pembayaran sewa dan tidaklah boleh dijadikan atau digunakan oleh Penyewa-Penyewa sebagai pembayaran-pembayaran sewa yang kena dibayar di bawah Penyewaan ini. Deposit Sekuriti tersebut hendaklah dikembalikan kepada Penyewa-Penyewa (setelah ditolak bayaran yang perlu dibayar kepada Tuan Rumah, sekiranya ada) apabila tamat tempoh Penyewaan ini.

(B) Deposit UtilitiPenyewa-Penyewa hendaklah membayar kepada Tuan Rumah sejumlah wang yang dinyatakan di dalam Seksyen 8, Jadual 1 di dalam ini sebagai jaminan Penyewa-Penyewa membayar semua caj yang kena dibayar kepada pihak berkuasa tempatan atau mana-mana badan berkanun bagi pembekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain utiliti yang digunakan oleh Penyewa-Penyewa di Rumah tersebut dan selagi mana Penyewa-Penyewa mematuhi semua peruntukan tersebut, Tuan Rumah hendaklah memulangkan Deposit Utiliti tersebut kepada Penyewa-Penyewa tanpa sebarang faedah setelah tamat tempoh Penyewaan ini.

3. AKUJANJI PENYEWA-PENYEWAPenyewa-Penyewa dengan ini mengakujanji dengan Tuan Rumah sebagaimana berikut:

(A) Pembayaran Sewa

Membayar sewa yang diperuntukkan di dalam ini pada hari dan cara yang ditetapkan di dalam Seksyen 6, 6(a) dan 6(b), Jadual 1 di dalam ini.

(B) Pembayaran Utiliti oleh Penyewa-PenyewaPenyewa-Penyewa hendaklah menjelaskan bayaran caj penggunaan elektrik, air, telefon dan lain-lain utiliti yang dibekalkan di Rumah tersebut. Sekiranya mana-mana bekalan utiliti tersebut dipotong atau disekat kerana kegagalan atau kelewatan Penyewa-Penyewa untuk menjelaskan bayaran caj yang dikenakan, adalah menjadi tanggungjawab Penyewa-Penyewa untuk membayar apa-apa caj yang perlu untuk menyambung kembali bekalan utiliti yang berkaitan dan apa-apa tunggakan bayaran yang berkaitan dengannya.

(C) Penjagaan dan Pengubahsuaian Rumah tersebutPenyewa-Penyewa hendaklah pada sepanjang tempoh Penyewaan menjaga keadaan Rumah tersebut beserta semua perabot dan kelengkapan rumah yang ada di dalamnya dengan sebaik mungkin dan memastikan lantai, dinding, tingkap, siling dan lain-lain kelengkapan berada di dalam keadaan yang baik dan membaiki kerosakan yang disebabkan oleh Penyewa-Penyewa pada Rumah tersebut. Penyewa-Penyewa tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat sebarang pengubahsuaian pada Rumah tersebut.(D) Tujuan Penyewaan

Menduduki dan menggunakan Rumah tersebut untuk tujuan kediaman sahaja.

(E) Penggunaan

Tidak menjalankan atau membenarkan atau membiarkan dijalankan di Rumah tersebut sebarang tujuan yang boleh menyalahi undang-undang, tidak bermoral atau menyebabkan kacau-ganggu kepada pihak ketiga.

(F) Polisi Insuran

Tidak melakukan atau membenarkan atau membiarkan dilakukan apa-apa perbuatan yang dengan sebabnya boleh menjadikan polisi insuran Rumah tersebut yang berkaitan dengan kebakaran tidak sah atau terbatal atau menyebabkan premium insuran itu bertambah melebihi risiko sediada.

(G) Pampasan

Membayar pampasan kepada Tuan Rumah di dalam keadaan di mana Penyewa-Penyewa melanggar mana-mana peruntukan undang-undang atau peraturan yang menyebabkan Tuan Rumah di dapati bertanggungan dan dikenakan penalti atau gantirugi semasa Penyewaan ini.

(H) Sekatan terhadap Serah hak/Sewa

Tidak menyerah hak, menyewakan lagi atau melepaskan Rumah tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya melainkan dengan kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.

4. AKUJANJI TUAN RUMAHTuan Rumah dengan ini mengakujanji dengan Penyewa-Penyewa sebagaimana berikut:

(A) Menduduki Rumah tersebut dengan Aman dan Tenteram

Bahawa selagi mana Penyewa-Penyewa dengan tepatnya menjelaskan sewa bulanan dan mematuhi serta melaksanakan obligasi, syarat-syarat dan akujanjinya yang terkandung di dalam ini, maka Penyewa-Penyewa hendaklah dan bolehlah dengan aman dan tenteram menduduki Rumah tersebut selama tempoh sewaan ini tanpa gangguan daripada Tuan Rumah atau dikacau oleh Tuan Rumah atau oleh sesiapa yang sah menuntut melalui atau dengan namanya.

(B) Cukai

Menjelaskan cukai tanah, cukai pintu dan cukai-cukai lain dari masa ke semasa yang kena dijelaskan berkenaan dengan Rumah tersebut.

(C) Kelengkapan

Memastikan semua pendawaian elektrik, air dan lain-lain kelengkapan telah dipasang sebelum Penyewa-Penyewa menduduki Rumah tersebut.

(D) Penyelenggaraan pembersihan

Menyelenggara pembersihan dan kemasan kawasan dalam dan luar Rumah tersebut sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu.

(E) Penyelenggaraan dan Pembaikan

Menyelenggara dan membaiki struktur dan bumbung Rumah tersebut termasuk pendawaian elektrik, air dan lain-lain kelengkapan milik Tuan Rumah.

(F) Pengeluaran Barang-barang Penyewa-PenyewaApabila tamat tempoh Penyewaan ini, membenarkan Penyewa-Penyewa untuk mengeluarkan dan mengambil dari Rumah tersebut semua barang-barang milik Penyewa-Penyewa semasa mengosongkan Rumah tersebut.

5. DIPERSYARATKAN SENTIASA DAN DIPERSETUJUI OLEH KEDUA BELAH PIHAK SEBAGAIMANA BERIKUT:

(A) Penamatan Penyewaan oleh Tuan RumahJika sewa yang ditetapkan dengan ini atau mana-mana bahagian daripadanya tertunggak atau tidak dijelaskan selama empat belas (14) hari setelah ianya kena dibayar atau Penyewa-Penyewa mungkir untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana terma atau syarat-syarat yang terkandung di dalam ini, atau jika Penyewa-Penyewa menjadi bankrap, atau membuat sesuatu perkiraan dengan sipiutang-piutang atau dikenakan perintah distress terhadap harta-harta Penyewa-Penyewa, maka di dalam kes sedemikian adalah sah di sisi undang-undang bagi Tuan Rumah untuk menamatkan Penyewaan ini tanpa prejudis terhadap hak Tuan Rumah untuk mengambil tindakan terhadap Penyewa-Penyewa di atas kemungkiran yang terdahulu.

(B) Penamatan Penyewaan oleh Penyewa-PenyewaPenyewa-Penyewa boleh menamatkan Penyewaan ini sebelum tamat tempoh sewaan dengan memberi notis DUA (2) bulan kepada Tuan Rumah. Tuan Rumah berhak untuk merampas Deposit Sekuriti yang dibayar di dalam ini sekiranya Penyewa-Penyewa gagal untuk mematuhi peruntukan ini.

(C) Kerosakan terhadap Rumah tersebutJika sekiranya Rumah tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya mengalami kerosakan atau kemusnahan akibat kebakaran, kilat, rusuhan, kegemparan sivil atau sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan hingga menjadikan Rumah tersebut tidak layak untuk diduduki, maka sewa yang ditetapkan ini atau sesuatu bahagian yang berpatutan daripadanya mengikut kecil besarnya kerosakan tersebut, hendaklah digantung sehingga bahagian yang rosak itu dibaiki dan layak semula untuk diduduki dan digunakan oleh Penyewa-Penyewa.

(D) Opsyen untuk Pembaharuan Penyewaan

Tuan Rumah hendaklah pada permintaan Penyewa-Penyewa yang dibuat tidak kurang dari tempoh sebulan sebelum tamat tempoh Penyewaan ini, jika pada masa permintaan tersebut tiada sebarang kemungkiran terhadap terma-terma dan syarat-syarat Penyewaan ini, memberikan Penyewa-Penyewa opsyen untuk memperbaharui Penyewaan ini untuk tempoh satu (1) tahun lagi pada satu kadar sewa yang akan dipersetujui oleh kedua belah pihak di atas terma-terma dan syarat-syarat yang sama di dalam ini melainkan untuk peruntukan pembaharuan.

(E) Pematuhan terhadap Undang-Undang

Tuan Rumah dan Penyewa-Penyewa dengan ini mengakujanji untuk mematuhi semua peruntukan undang-undang Negeri dan Persekutuan, Undang-undang Kecil, Peraturan-peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dan lain pihak berkuasa yang berkaitan dengan Penyewaan ini.

(F) Masa

Masa di mana ianya disebut adalah pati kepada Perjanjian ini.

(G) Notis

Sesuatu notis yang dikehendaki di bawah perjanjian ini hendaklah menjadi sempurna dengan terserahnya kepada Tuan Rumah atau Penyewa-Penyewa sekiranya dihantar ke alamat yang dinyatakan di dalam Jadual 1.

(H) Penyediaan Perjanjian dan Duti Setem

Semua perbelanjaan penyediaan Perjanjian ini termasuk duti setem hendaklah dijelaskan oleh Penyewa-Penyewa.

(I) Jadual

Jadual 1 hendaklah dibaca dan dianggap sebagai bahagian yang penting kepada Perjanjian ini.

(J) Perjanjian Mengikat

Perjanjian ini mengikat pemegang hakmilik dan waris-waris kepada pihak-pihak di dalam ini.

[ruangan ini sengaja dibiarkan kosong]BAGI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak di dalam ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh yang dinyatakan di atas tadi:

DITANDATANGAN OLEH TUAN RUMAH yang tersebut di atas:]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 1]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 2]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 3]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 4]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 5]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 6]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 7]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 8]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 9]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

DITANDATANGAN OLEH PENYEWA 10]

]

]

]..

Di hadapan:

.

Nama SaksiNo. KP: ]

]

]

..

Tandatangan Saksi

JADUAL 1

(hendaklah dibaca dan dianggap bahagian penting kepada Perjanjian ini)

Seksyen 1Tarikh Perjanjian

Seksyen 2Tuan Rumah (KP: )

Alamat surat-menyurat:

HP:

Seksyen 3Penyewa-Penyewa

Seksyen 4Rumah tersebutSekiranya rumah tersebut disediakan kelengkapan perabut sekali, perlu diletakkan di bawah Seksyen 4 Jadual 1.-

-

-

Seksyen 5Tempoh PenyewaanSatu (1) tahun ( )

Seksyen 6

Seksyen 6 (a)

Seksyen 6 (b)Sewa

Masa pembayaran

Cara pembayaranSewa hendaklah dibayar pada atau sebelum 7hb. setiap bulan

Bayaran secara tunai atau terus ke dalam akaun Tuan Rumah sebagaimana berikut:

Bank :

No. Akaun :

Seksyen 7Deposit Sekuriti

Seksyen 8Deposit Utiliti

Seksyen 9Tarikh Mula Penyewaan

Perjanjian Sewa

11