PERJUANGAN HAK REPRODUKTIF WANITA MENURUT AL-QURAN · yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan...

15
456 PERJUANGAN HAK REPRODUKTIF WANITA MENURUT AL-QURAN SITI KHATIJAH ISMAIL & SITI FATIMAH SALLEH Abstrak: Perjuangan hak asasi wanita berkait dengan isu reproduktif yang terkenal di barat sebelum ini turut muncul dalam kalangan komuniti di Malaysia. Isu-isu seperti hak menggugurkan kandungan, memilih kaedah bersalin dan pengendali kelahiran merupakan beberapa isu yang kerap dikaitkan amalannya dengan hak peribadi seseorang wanita. Namun, fahaman ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan Muslim apabila amalan yang berdasarkan kepada hak asasi individu ini gagal merealisasikan maslahat wanita. Hal ini membawa kepada tidak tercapainya maqasid syariah iaitu memberi manfaat dan menghilangkan kemudaratan. Selain itu, perjuangan hak reproduktif ini adakalanya menyalahi prinsip umum al-Quran yang ditunjukkan melalui ayat-ayat berkaitan dengan hak asasi seseorang manusia secara amnya dan seorang wanita khasnya. Sehubungan dengan itu kertas ini akan mengupas persoalan perjuangan hak asasi wanita berkaitan dengan isu reproduktif mereka dengan menjadikan prinsip umum dalam al-Quran sebagai asas perbincangan. Melalui analisis terhadap karya sarjana dalam bidang fiqh dan perubatan serta temu bual bersama pakar dalam bidang obstetrik serta tafsiran terhadap ayat al-quran menunjukkan bahawa terdapat perjuangan hak reproduktif yang diperjuangkan atas asas hak asasi seorang wanita bercanggah dengan prinsip umum dalam al-Quran dan perlu dikawal. Prinsip kemuliaan nyawa dan kehormatan diri merupakan dua prinsip umum al-Quran yang perlu mendasari perjuang hak reproduktif wanita. Fahaman terhadap idea ini wajar meneliti aspek impak sesuatu amalan tersebut yang meluputkan aspek maqasid syariah sebagaimana yang digagaskan dalam salah satu elemen dalam indeks syariah Malaysia iaitu aspek kesihatan dan perubatan. Artikel ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada amalan sedia dalam menilai sesuatu isu reproduktif wanita yang didasarkan kepada hak asasi peribadi seorang wanita. Kata kunci: hak asasi, wanita, hak reproduktif, al-quran. PENGENALAN Wanita mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia menurut perspektif Islam. Hak mereka telah dipelihara di bawah syariat Islam. Hak-hak yang diiktiraf bagi mereka ialah hak dari seluruh aspek kehidupan yang merangkumi aspek-aspek seperti muamalah, ekonomi, kekeluargaan, kesihatan dan bukan semata-mata dari sudut ibadah sahaja.Hal ini berlainan sama sekali dengan keadaan mereka sebelum kedatangan Islam yang mana wanita dilihat sebagai objek seperti barang yang boleh dijual beli. Meskipun begitu terdapat kecenderungan dalam kalangan wanita kini memperjuangkan hak mereka atas dasar hak peribadi sedangkan ada sesetengah daripadanya adalah bercanggah dengan prinsip umum al-Quran dan maqasid syariah. Justeru kertas kerja ini akan mengupas tentang perjuangan hak reproduktif wanita yang diperjuangkan kini menurut perspektif al- Quran. KERANGKA HAK ASASI Allah s.w.t. menjadikan manusia dengan ciptaan yang sempurna. Kombinasi antara jiwa dan jasad, menghasilkan manusia yang lengkap memiliki perasaan, kehendak, keinginan, keupayaan pemikiran dan tindakan. Lantaran kesempurnaan tersebut, manusia bebas Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh © Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Transcript of PERJUANGAN HAK REPRODUKTIF WANITA MENURUT AL-QURAN · yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan...

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

456

PERJUANGAN HAK REPRODUKTIF WANITA

MENURUT AL-QURAN

SITI KHATIJAH ISMAIL & SITI FATIMAH SALLEH

Abstrak: Perjuangan hak asasi wanita berkait dengan isu reproduktif yang terkenal di barat sebelum ini turut

muncul dalam kalangan komuniti di Malaysia. Isu-isu seperti hak menggugurkan kandungan, memilih

kaedah bersalin dan pengendali kelahiran merupakan beberapa isu yang kerap dikaitkan amalannya dengan

hak peribadi seseorang wanita. Namun, fahaman ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan Muslim

apabila amalan yang berdasarkan kepada hak asasi individu ini gagal merealisasikan maslahat wanita. Hal ini

membawa kepada tidak tercapainya maqasid syariah iaitu memberi manfaat dan menghilangkan

kemudaratan. Selain itu, perjuangan hak reproduktif ini adakalanya menyalahi prinsip umum al-Quran yang

ditunjukkan melalui ayat-ayat berkaitan dengan hak asasi seseorang manusia secara amnya dan seorang

wanita khasnya. Sehubungan dengan itu kertas ini akan mengupas persoalan perjuangan hak asasi wanita

berkaitan dengan isu reproduktif mereka dengan menjadikan prinsip umum dalam al-Quran sebagai asas

perbincangan. Melalui analisis terhadap karya sarjana dalam bidang fiqh dan perubatan serta temu bual

bersama pakar dalam bidang obstetrik serta tafsiran terhadap ayat al-quran menunjukkan bahawa terdapat

perjuangan hak reproduktif yang diperjuangkan atas asas hak asasi seorang wanita bercanggah dengan

prinsip umum dalam al-Quran dan perlu dikawal. Prinsip kemuliaan nyawa dan kehormatan diri merupakan

dua prinsip umum al-Quran yang perlu mendasari perjuang hak reproduktif wanita. Fahaman terhadap idea

ini wajar meneliti aspek impak sesuatu amalan tersebut yang meluputkan aspek maqasid syariah sebagaimana

yang digagaskan dalam salah satu elemen dalam indeks syariah Malaysia iaitu aspek kesihatan dan

perubatan. Artikel ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada amalan sedia dalam menilai sesuatu

isu reproduktif wanita yang didasarkan kepada hak asasi peribadi seorang wanita.

Kata kunci: hak asasi, wanita, hak reproduktif, al-quran.

PENGENALAN

Wanita mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia menurut perspektif Islam. Hak

mereka telah dipelihara di bawah syariat Islam. Hak-hak yang diiktiraf bagi mereka ialah

hak dari seluruh aspek kehidupan yang merangkumi aspek-aspek seperti muamalah,

ekonomi, kekeluargaan, kesihatan dan bukan semata-mata dari sudut ibadah sahaja.Hal ini

berlainan sama sekali dengan keadaan mereka sebelum kedatangan Islam yang mana

wanita dilihat sebagai objek seperti barang yang boleh dijual beli. Meskipun begitu

terdapat kecenderungan dalam kalangan wanita kini memperjuangkan hak mereka atas

dasar hak peribadi sedangkan ada sesetengah daripadanya adalah bercanggah dengan

prinsip umum al-Quran dan maqasid syariah. Justeru kertas kerja ini akan mengupas

tentang perjuangan hak reproduktif wanita yang diperjuangkan kini menurut perspektif al-

Quran.

KERANGKA HAK ASASI

Allah s.w.t. menjadikan manusia dengan ciptaan yang sempurna. Kombinasi antara jiwa

dan jasad, menghasilkan manusia yang lengkap memiliki perasaan, kehendak, keinginan,

keupayaan pemikiran dan tindakan. Lantaran kesempurnaan tersebut, manusia bebas

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah

Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,

Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim,

Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh

© Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

457

berfikir dan bertindak, bebas menikmati nikmat Allah s.w.t. yang tidak terhitung

bilangannya. Kewujudan manusia adalah disebabnya wujudnya Pencipta. Di sebalik

kebebasan yang dimiliki oleh seseorang manusia, ia tetap dibatasi oleh peraturan-peraturan

Pencipta. Allah s.w.t. telah memberi peringatan kepada manusia sebagaimana berikut;

Maksud: Tidak ada sesiapa pun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang

kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah

mengira mereka (dengan pengetahuannya) serta menghitung mereka satu

persatu. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapnya pada hari

kiamat dengan seorang diri.

Hal ini menggambarkan bahawa manusia yang diciptakan hanyalah bersifat hamba

yang perlu patuh kepada peraturan Pencipta. Selain perlu patuh, manusia juga turut

dihitung setiap gerak langkah, aktiviti hidup mereka yang berkonsepkan kebebasan hidup

di atas muka bumi ini. Hak-hak kebebesan ini meliputi hak kebabasan individu dan

masyarakat yang merangkumi isu sosial, ekonomi, politik, agama. Hak untuk hidup adalah

hak yang penting bagi setiap manusia, seterusnya hak untuk meneruskan kehidupan.

Perjuangan hak asasi yang dianjurkan dan diktiraf oleh agama Islam bagi wanita pula

adalah seperti hak yang melibatkan pemilikan, hak bekerja yang meliputi etika wanita

bekerja menurut perspektif Islam, hak pewarisan, hak berkahwin, hak mahar, hak

pergaulan yang harmoni, hak nafkah, hak pembubaran perkahwinan, hak hadhanah, hak

penghakiman, hak pendidikan (al-ta’lim). hak-hak yang seumpama ini dikategorikan

sebagai hak sivil atau madani. Manakala hak yang melibat isu politik adalah seperti hak

kebebasan bersuara, kebebasan berpolitik, penglibatan dalam berpolitik, hak keamanan dan

perlindungan dari sebarang bentuk pengeksploitasian, hak berdakwah kepada Allah s.w.t.,

hak berjihad, hak membuang undi an sebagainya (Abu Faris, Muhammad Abdul Qadir:

2000).

Kesemua hak-hak yang dinyatakan itu merupakan antara hak-hak bagi wanita yang

disebut oleh syarak, ia perlu diberi ruang untuk memperjuang hak tersebut. Hak-hak ini

mesti memastikan konsep dan pendekatannya terpelihara mematuhi piawai syariat.

HAK ASASI DALAM KONTEKS MALAYSIA

Hak asasi manusia mula diperkatakan semenjak perisytiharan hak asasi manusia sejagat

pada tahun 1984. Ia dipelopori oleh pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang dianggotai

oleh kebanyakan Negara-negara merdeka di dunia ini (Mohd Fauzi bin Hamat, 2007;

http://repository .um.edu.my /62394). Manakala di Malaysia pula, SUHAKAM ditubuhkan

di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta

ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana

yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.

Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah

diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR)

selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini

bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada

dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan

dengan Perlembagaan Persekutuan. Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan

pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

458

Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan

terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak

berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh

menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-

mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh

mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa

ke mahkamah.

Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya

menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya

Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa untuk

memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan

penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk

menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu. Selain itu, badan ini berfungsi

menasihati kerajaan atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak

berkuasa dan mengesyorkan kepada mereka langkah-langkah sesuai yang hendaklah

diambil serta mengkaji dan mengesahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut

peruntukan Akta ini (http://www.suhakam.org.my/ms/about-suhakam/fungsi-kuasa,

dilayari pada 16 Ogos 2018, Khamis).

Fungsi SUHAKAM jelas menunjukkan kepada ruang lingkup skop bidang tugasnya

dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan mengawal daripada berlaku pengabaian

kepada hak tersebut. Meskipun begitu, skop hak reproduktif wanita yang diketengahkan ini

adalah bersifat hak bagi sesetengah kelompok yang tertentu sahaja yang merasakan wajar

diberi perhatian. Beberapa hak reproduktif yang dibincangkan dalam artikel ini ialah hak

menggugurkan kandungan, hak memilih pengendali kelahiran dan hak memilih kaedah

kelahiran.

HAK MENAMATKAN KEHAMILAN

Penamatan kehamilan dari perspektif perubatan ialah suatu prosedur mengeluarkan janin

setelah kehamilan tidak boleh diteruskan kerana faktor keselamatan ibu ataupun berpunca

daripada kondisi anak yang dikandunginya. Kaedah tertentu digunakan bagi mengeluarkan

janin tersebut. Secara umumnya proses mengeluarkan janin sebelum sampai tempoh

kehamilan yang matang ini boleh merujuk kepada dua terma yang berbeza iaitu

pengguguran dan penamatan kehamilan. Meskipun proses dan tujuan ia dilakukakan

adalah untuk mengeluarkan janin, namun kedua-duanya membawa impliksai yang berbeza.

Pengguguran merupakan suatu istilah yang lebih ekstrem yang mana ia melibatkan suatu

tindakan yang tidak bermoral dan menyalahi etika bahkan dianggap sebagai satu jenayah

(Makiah Tussaripah Jamil et. al., 2012). Penamatan kehamilan pula lebih kepada suatu

tindakan yang diambil setelah mengambil kira aspek manfaat dan risiko sekiranya

kehamilan diteruskan. Namun begitu, sekiranya proses penamatan kelahiran dilakukan

dengan justifikasi yang tidak bermoral ia diistilahkan sebagai penguguran. Hak

menamatkan kehamilan yang dibincangkan dalam artikel ini adalah merujuk kepada proses

penamatan kehamilan yang dibuat atas dasar hak reproduktif bagi seseorang wanita.

Adakah proses ini boleh diterima sekiranya ia dilakukan atas asas menjadi hak peribadi

seseorang wanita?

Kajian di England menunjukkan bahawa pengguguran itu boleh dilihat daripada tiga

aspek iaitu sebagai salah satu tindakan jenayah, sebagai satu prosedur perubatan terapeutik

dan sebagai kaedah kawalan kesuburan yang popular (Barbara Brookes, 2013). Hal ini

menggambarkan bahawa isu ini bukan sahaja dibincangkan dalam kalangan sarjana

Muslim di negara-negara majoriti berpenduduk Muslim bahkan menjadi perdebatan yang

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

459

serius dalam kalangan sarjana bukan Islam sehingga menyamakan pengguguran ini dengan

pembunuhan bayi (infanticide). Meskipun begitu, terdapat golongan yang mempertahankan

hak membuat keputusan tentang isu reproduktif seorang wanita dengan membenarkan

pengguguran (Christopher Kaczor, 2015). Hak wanita dalam melakukan pengguguran yang

dimaksudkan oleh golongan ini ialah hak memilih dalam menamatkan kehamilan dengan

sebarang justifikasi. Hal ini juga merupakan suatu isu yang mencabar nilai-nilai moral,

sosial dan budaya masyarakat terutamanya dalam konteks di Malaysia yang masih tekal

dengan amalan budaya dan etika yang baik.

Perkembangan mutakhir menunjukkan terdapat kecenderungan yang sama berlaku di

Malaysia sebagaimana yang berlaku di negara barat. Wujudnya persatuan yang menjadikan

medium sebagai kumpulan advokasi hak dan kesihatan wanita di Malaysia. Sebagai contoh

Persatuan Hak Kesihatan Malaysia (Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia

(RRAAM) ditubuhkan bagi menyokong wanita mendapatkan perkhidmatan pencegahan

kehamilan dan pengguguran yang lebih berkualiti (https://rraamalaysia.wixsite.com/hak-

kesihatan-wanita/, 2018). Persatuan yang ditubuhkan pada 2 Februari 2007 ini

memperjuangkan hak reproduktif wanita selain merealisasikan hak kesihatan wanita.

Persoalan yang timbul ialah sejauhmanakah perjuangan hak reproduktif ini boleh

diamalkan menurut perspektif al-Quran.

Perjuangan wanita agar diberi hak penamatan kehamilan dengan pilihan sendiri

adalah sama dengan memohon agar praktik pengguguran bukan terapeutik dibenarkan.

Analisis terhadap perjuangan ini dari perpspektif syarak, perubatan dan undang-undang

menunjukkan bahawa hanya penamatan kehamilan atas alasan terapeutik sahaja yang

dibenarkan. Hukum menamatkan kehamilan dengan melakukan pengguguran secara

umumnya adalah haram sebagaimana disepakati secara ijmak (Badr al-Din Abi ‘Abd al-

Lah Muhammad, 1987; bin Rajab, t.t.; al-Ramli, 1967) dan dianggap sebagai suatu jenayah

(‘Ali bin ‘Abd al-‘Aziz al-Mani’, 2013) yang dikenakan hukuman. Ia dianggap sebagai

jenayah kerana telah menamatkan sebuah kehidupan yang sama pengertiannya dengan

perbuatan membunuh. Sekalipun belum ditiupkan roh, janin merupakan makhluk yang

hidup kerana telah melalui proses perkembangan, tumbesaran serta mendapat makanan (al-

Barr, 1995) daripada pemakanan ibunya setelah berlaku persenyawaan di antara sperma

dan ovum. Hukumannya termasuk dalam kategori al-diyyah al-mukhaffafah dan wajib

membayar ghurrah (al-Zuhayli, 2011). Keterangan ini adalah ketetapan umum bagi

tindakan menamatkan kehamilan menurut perspektif syarak. Namun, syarak juga

mengambil kira keadaan darurat untuk memelihara nyawa ibu yang lebih wajar

diutamakan berbanding mengekalkan janin dengan meneruskan kehamilan. Sehubungan

dengan itu terdapat peruntukan hukum rukhsah bagi mengangkat kemudaratan tersebut.

Justeru, penamatan kehamilan diharuskan dalam situasi tertentu setelah mendapat

pengesahan daripada individu yang pakar dalam bidang ini selaras dengan suruhan supaya

merujuk kepada pakar (ahl al-zikr) mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Sehubungan dengan itu, rujukan kepada ahli perubatan merupakan langkah yang

lebih proaktif ke arah merealisaikan maslahah wanita kerana aspek keselamatan diri

menjadi perkiraan utama berbanding aspek yang lain. Justeru, hak menamatkan kehamilan

yang diperjuangkan sesetengah wanita adalah bertenangan dengan konsep kesejahteran

dalam perubatan apabila hanya justifikasi terapeutik diterima. Pengguguran terapeutik

ialah mengeluarkan janin berdasarkan kepada indikasi perubatan bagi mencapai objektif

tertentu seperti menyelamatkan nyawa ibu. Ia merujuk kepada salah satu bentuk penamatan

kehamilan yang dilakukan kerana terdapat faktor risiko. Berdasarkan kepada istilah di atas

dan keterangannya, isu penamatan kelahiran yang berlaku secara cetusan ini menimbulkan

kontroversi dalam dunia perubatan, perundangan mahupun aspek etika umum kerana

melibatkan usaha untuk melakukannya dan bukan secara spontan sebagaimana istilah al-

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

460

ijhad di dalam Bahasa Arab digunakan bagi menghuraikan perbuatan ini (Mustafa Ibrahim

et al., 1972).

Di Malaysia, jumlah kematian ibu di antara tahun 2011 dan 2012 yang direkodkan

oleh Malaysian Confidential Enquiry of Maternal Death (CEMD) menunjukkan faktor

TOP tidak menyumbang kepada faktor kematian ibu yang tinggi berbanding dengan

faktor-faktor yang lain. Namun begitu, persoalan nyawa menjadikan isu ini suatu

keutamaan untuk turut dibincangkan. Keutamaan ini jelas apabila banyak negara

mengambil langkah-langkah positif dalam menangani isu kematian ibu kerana

pengguguran seperti melakukan kontrasepsi, pendidikan seks dan membuat undang-

undang berkait dengan pengguguran sebagai prasyarat kepada menjadikannya satu

pengguguran yang selamat.

Sehubungan dengan itu, tiga aspek yang wajar diambil kira dalam perjuangan hak

menamatkan kehamilan ini. Aspek-aspek tersebut ialah aspek syarak, perubatan dan

perundangan. Analisis terhadap ketiga-tiga aspek ini menunjukkan wujud suatu garis

panduan yang jelas apabila mengupas isu berkaitan hak peribadi wanita dalam memilih

untuk meneruskan kehamilan atau menamatkannya. Menurut perspektif syarak penamatan

kehamilan hanya dibenarkan apabila wujud faktor ancaman nyawa kepada ibu. Fatwa oleh

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali

ke 52 pada 1 Julai 2002 memutuskan bahawa penamatan kelahiran diharuskan sebelum

kandungan berusia 120 hari sekiranya bayi didapati cacat dan membahayakan nyawa ibu

seperti penyakit thalassemia. Faktor keharusan ini adalah bergantung kepada wujudnya

kecacatan kepada bayi dan pada masa yang sama memudaratkan nyawa ibu. Oleh itu,

kecacatan bayi semata-mata tanpa menggugat keselamatan ibunya tidak diharuskan

menggugurkan kandungan. Hal ini dikuatkan lagi dengan keputusan yang membenarkan

pengguguran kandungan yang berusia lebih daripada 120 hari dilakukan jika hanya dengan

tindakan ini sahaja diyakini boleh menyelamatkan nyawa ibu. Maka, haram sebarang

bentuk penamatan kelahiran tanpa justifikasi yang dinyatakan tadi.

Pendekatan yang sama dikenal pasti dalam ajaran agama yang lain seperti Kristian

Roman Katolik, Hinduism, Budhisma dan Jainisma. Doktrin kesucian kehidupan (sanctity

of life) dalam agama Kristian Roman Katolik menegah berlakunya pencerobohan terhadap

kehidupan sekalipun di tahap janin mahupun embrio melainkan dalam keadaan yang

tertentu (Sheila Mclean dan Gerry Maher 1983). Prinsip ini lebih dititikberatkan dalam

ajaran Hinduism dan Budhisma yang berpegang kepada “Ahimsa” (tiada keganasan dan

kecederaan kepada semua kehidupan). Mereka bukan sahaja menganggap perbuatan

memusnahkan kehidupan sebagai suatu kejahatan bahkan turut tidak memusnahkan

kehidupan haiwan sekalipun serangga yang kecil (Sripati Chandrasekhan 1974).

Secara umumnya tegahan melakukan pengguguran menurut perspektif syarak dan

pegangan agama lain merupakan suatu manifestasi daripada peneguhan konsep

kehormatan sebuah kehidupan yang diberi oleh Allah s.w.t. dan manusia tidak berhak

mencabulinya namun mempunyai pendekatan yang berbeza dari aspek justifikasi ia

dibenarkan.

Dari aspek perubatan pula, isu penamatan kehamilan merupakan salah satu isu yang

dibincangkan dalam isu-isu kritikal etika penjagaan kesihatan. Keterikatan prosedur

penamatan kelahiran dengan nilai dan etika adalah jelas apabila prosedur ini melibatkan

prinsip memelihara nyawa dari perspektif syarak. Elemen ini turut menjadi ikrar para

perawat sebagaimana yang termaktub di dalam dokumen Ikrar Pengamal Perubatan

Muslim, Islamic Code of Medical Ethics mahupun Hippocrates Oath tanpa mengira

perbezaan bangsa dan agama pesakit tersebut. Justeru, ia dikategorikan sebagai kritikal

apabila berkait dengan persoalan nyawa dan kehormatan. Tambahan lagi, cabaran semasa

menjadikan isu ini sukar ditangani dengan baik.

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

461

Jika dilihat dari sudut aplikasinya, hanya kehamilan yang menimbulkan risiko sama

ada kepada ibu ataupun janin ataupun kedua-duanya sahaja yang akan dibenarkan

melakukan prosedur TOP. Sebagai contoh dalam kes ibu yang menghidap tekanan darah

tinggi kronik atau penyakit jantung kritikal yang boleh membahayakan kedua-dua ibu

mahupun janinnya (A. MacLaren 1978). Justeru hanya TOP yang dilakukan dengan alasan

perubatan (terapeutik) sahaja yang dibenarkan dan dianggap sebagai tidak bertentangan

dengan etika perubatan. Sebarang alasan perjuangan hak menamatkan kelahiran selain

daripada yang dibenarkan hanya bakal memudaratkan diri wanita dan hal ini bercanggah

dengan pirinsip umum al-Quran.

Hal yang serupa juga berlaku jika isu ini dianalisis dari aspek perundangan. Kadar

pengguguran di Malaysia sekalipun tidak berkait rapat dengan faktor penguatkuasaan

undang-undang bagi memastikan pengguguran yang selamat, namun kecenderungan ke

arah menjadikannya sebagai suatu yang legal seperti di negara-negara boleh berlaku atas

dasar memperjuangkan hak asasi. Hal ini kerana kajian menunjukkan bahawa terdapat

risiko yang tinggi pengguguran cetusan (induced abortion) dilakukan kerana faktor

masalah ekonomi, sosial dan perancangan keluarga yang tidak betul. Perjuangan gerakan

pro-choice yang memperjuangkan hak asasi dalam TOP di negara lain juga boleh

mempengaruhi suasana di Malaysia.

Berhubung dengan peruntukan undang-undang berkaitan dengan penamtan

kehamilan atau termination of pregnancy (TOP), Malaysia menggunakan Seksyen 312

Kanun Keseksaan sebagai peruntukan dalam menangani pengguguran. Peruntukan di

bawah seksyen ini dilihat sudah menjamin hak janin untuk hidup (Siti Khatijah dan Mohd

Badrol 2013) dan selaras dengan pandangan fuqaha yang mengiktiraf nyawa janin. Hal ini

diterangkan dengan jelas apabila wanita hamil yang dijatuhkan hukuman mati boleh

menangguhkan hukuman ini sehingga ia melahirkan dan menyusukan anaknya untuk suatu

tempoh tertentu. Penamatan kehamilan adalah dianggap sebagai suatu kesalahan dan

menyalahi Kod Etika Amalan Profesional (Code of Profesional Conduct) yang digubal

Lembaga Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council (MMC)) bahkan dianggap

sebagai jenayah homisid jika dilakukan dengan sengaja (Kartina Aisha Chong 2012). Hal

ini menunjukkan bahawa hak janin untuk hidup sudah dijamin mengikut undang-undang

sekalipun ketika masih berada di dalam kandungan. Jaminan hak untuk hidup ini diberikan

kepada seseorang dengan jelas berdasarkan Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia

Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu dengan jelas telah memberi jaminan hak untuk hidup

kepada seseorang (Mary Anne Warren 1996). Dari aspek yang lain pula timbul perbahasan

berkait dengan status janin sama ada ianya boleh dianggap sebagai ‘seseorang’ atau tidak

untuk dilindungi di bawah Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat mahupun

Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Secara umumnya isu hak asasi seseorang

untuk terus hidup dijamin di bawah undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan

Persekutuan Malaysia di bawah tajuk Kebebasan Asasi melalui peruntukan Perkara 5.

Bahagian ini menyatakan bahawa tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya kecuali

menurut undang-undang. Selain itu, penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia pada

tahun 1999 berfungsi dalam peningkatan kesedaran dan menyediakan pendidikan

mengenai isu-isu hak asasi manusia (Abdul Rahman Awang 2006).

Peruntukan undang-undang berkaitan TOP di atas memperlihatkan kepada suatu

pengiktirafan perundangan yang besar bagi menjamin pemeliharaan nyawa dalam konteks

peruntukan perundangan bertulis dunia moden. Pendekatan ini selaras dengan maqasid al-

shari‘ah yang memelihara nyawa daripada sebarang mafsadah. Oleh itu, sebarang bentuk

langkah untuk mengelak mafsadah ia juga merupakan sesuatu yang membawa maslahah.

Justeru, peruntukan undang-undang berkait TOP di Malaysia adalah mematuhi keperluan

ini. Bagi kes TOP yang perlu dilakukan kerana maslahah ibu, undang-undang

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

462

memperuntukkan perlu merujuk kepada seorang pengamal perubatan yang berdaftar bagi

memastikan sejauh manakah prosedur ini diperlukan. Namun begitu, langkah yang lebih

berhati-hati diambil di peringkat perlaksanaannya di hospital kerajaan apabila pandangan

dua orang doktor pakar mesti diambil kira dalam menentukan TOP merupakan suatu yang

mesti dilakukan setelah mengambil kira risiko meneruskan kehamilan lebih besar

berbanding penamatannya seperti keselamatan nyawa ibu, kecederaan pada mental dan

kesihatan fizikal.

Tegasnya peruntukan undang-undang sedia ada dilihat memadai bagi mengawal dan

menjadi panduan umum kepada TOP yang ingin dilakukan. Pendekatan holistik yang

dipraktikkan menjamin kesejahteraan hidup wanita hamil dan janin yang dikandungi

apabila pertimbangan yang wajar mesti dibuat sebelum memutuskan untuk meneruskan

kehamilan ataupun tidak. Pengguguran cetusan yang dilakukan kerana faktor keselamatan

nyawa ibu sekiranya meneruskan kehamilan telah lama diamalkan di kebanyakan negeri di

Amerika Syarikat iaitu sebelum 1973. Sebaliknya di Indonesia terdapat pendekatan yang

menegah pengguguran ini dilakukan sekalipun untuk menyelamatkan nyawa ibu kerana

menganggap ianya sebagai suatu jenayahmerupakan suatu pengabaian kepada kehormatan

nyawa ibu yang lebih utama untuk diambil kira. Membenarkan ianya dilakukan secara

bebas atas sebab-sebab lain seperti ekonomi dan sosial juga akan menjadikan masyarakat

porak-peranda sebagaimana yang diamalkan di United Kingdom (Stanislaw J. Frankoskwi

dan George F. Cole 1987). Perkembangan ini dilihat semakin cenderung kepada

perjuangan hak asasi peribadi dalam membuat pilihan untuk menamatkan kehamilan. Ia

boleh merebak ke negara-negara lain termasuk Malaysia sekiranya tidak diharmonikan

dengan nilai agama, etika, moral dan kawalan perundangan.

HAK MEMILIH PENGENDALI KELAHIRAN

Pengendali kelahiran yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah individu yang terlibat

semasa proses kelahiran sama ada kelahiran di hospital (termasuk kelahiran di klinik

kesihatan yang menjadi pusat bersalin alternatif (Alternative Birth Center (ABC)), ataupun

kelahiran di rumah (home birth). Ia merangkumi doktor pakar, doktor biasa, doktor pelatih,

bidan, jururawat dan pembantu proses pengendalian kelahiran seperti doula. Isu ini dipilih

untuk dianalisis kerana timbul konflik dalam kalangan masyarakat berkait dengan isu

pengendali kelahiran yang dianggap sebagai isu sensitif apabila melibatkan persoalan

maruah pesakit berbanding dengan prosedur pengendalian kes-kes yang lain seperti dalam

kes oftalmologi, ortopedik dan neurologi. Hal ini kerana isu jantina pengendali kelahiran

menjadi faktor utama kerana melibatkan pendedahan aurat yang besar.

Sehubungan dengan itu, timbul tuntutan hanya pengendali wanita untuk

mengendalikan kelahiran dengan alasan ianya tuntutan syarak serta memenuhi keperluan

memelihara maruah wanita. Satu petisyen yang pernah dihantar kepada Ketua Kesihatan

Negara Ybhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan empat orang pembuat keputusan dalam

Kementerian Kesihatan Malaysia (http://Suarainsan.Net/Kkm-Kami-Menggesa-

Keutamaan-Hanya-Doktor-Dan-Nurse-Wanita-Di-Wad-Bersalin/., dicapai pada 2 Ogos

20016) menunjukkan kepada seriusnya keperluan dan tuntutan hanya doktor dan jururawat

wanita dibenarkan bertugas di wad wanita dan bilik bersalin.

Hal yang berbeza berlaku apabila terdapat golongan yang menyuarakan pandangan

bahawa isu pemilihan pengendali kelahiran ini merupakan hak peribadi seseorang wanita.

Mereka bebas memilih siapa yang akan mengendalikan kelahiran dan di mana akan

dilakukan. Menurut perpspektif maqasid syariah, penentuan aspek maslahah dan mafsadah

dalam pemilihan pengendali kelahiran berkait dengan faktor keselamatan nyawa dan

keperluan memelihara maruah. Kedua-dua faktor ini pula berkait rapat dengan kekuatan

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

463

tenaga doktor, bidan dan jururawat serta mereka yang terlibat. Justeru itu, terdapat dua

keadaan yang menjadi asas sebelum penentuan dan pemilihan tersebut dibuat. Keadaan

tersebut ialah kondisi wanita hamil yang berada dalam kategori tanpa sebarang faktor

risiko atau berisiko rendah dan kondisi wanita yang berisiko tinggi. Kedua-dua keadaan ini

membezakan pengendali kelahiran yang boleh mengendalikan kelahiran.

Bagi wanita yang berisiko rendah atau tanpa risiko, sudah memadai dengan

dikendalikan oleh bidan yang terlatih sahaja. Manakala bagi kes berisiko tinggi,

penglibatan doktor atau doktor pakar diperlukan bahkan kadangkala melibatkan pakar

dalam bidang lain seperti pakar bius (anesthesia) dalam kelahiran secara pembedahan

sama ada kerana kecemasan ataupun secara elektif (elective ceasarean) (Malini Mat

Napes, 2016). Sehubungan dengan itu, kadar pengambilan hukum rukhsah dalam

memelihara aurat dan maruah bagi wanita berisiko rendah adalah lebih ringan kerana bidan

yang mengendalikan kes kelahiran berisiko rendah adalah terdiri daripada bidan

perempuan sahaja. Hal ini bermaksud maslahah memelihara aurat (maruah) menjadi

keutamaan apabila tiada pertembungan dengan risiko ancaman nyawa. Justeru, memilih

doktor yang berlainan jantina (lelaki) bagi kehamilan tanpa risiko ataupun berisiko rendah

yang tidak memerlukan kepada kepakaran tertentu adalah bertentangan dengan prinsip

dalam maqasid syariah iaitu memelihara maslahah dan menghilangkan mafsadah. Rukhsah

membuka aurat ketika pengendalian kelahiran untuk memelihara nyawa (darurah) diambil

tidak mengikut kadar yang diperlukan berdasarkan kepada kaedah fiqh الضرورة تقدر بقدرها.

Melampaui had yang dibenarkan di sini berlaku apabila turutan dalam memilih perawat

bagi pesakit wanita adalah mengutamakan perawat wanita (al- Sarkashi 1989; al-Kasani

2000) dan tiada faktor yang membolehkannya memilih perawat berlainan jantina kecuali

faktor ketiadaan doktor wanita.

Bagi wanita yang berisiko tinggi dan memerlukan pemantauan dan keterlibatan

doktor dan doktor pakar, faktor keselamatan nyawa lebih dominan. Justeru hukum rukhsah

membuka aurat lebih luas bagi mencapai objektif ini namun masih dalam batasan yang

diperlukan juga. Doktor dan doktor pakar yang akan mengendalikan kelahiran berisiko

tinggi terdiri daripada kalangan wanita dan lelaki. Mendahulukan doktor wanita tetap

menjadi keutamaan kecuali apabila terdapat faktor lain yang menghalang langkah pertama

ini terlaksana seperti ketiadaan doktor wanita ketika prosedur pengendalian dilakukan

ataupun memerlukan kepakaran tertentu yang hanya dimiliki oleh doktor lelaki sekalipun

berlainan agama. Oleh itu, terdapat dua rukhsah yang dibenarkan ketika ini iaitu rukhsah

membuka aurat dan rukhsah dirawat oleh perawat yang berlainan jantina. Pendekatan ini

menggunakan pendekatan اخف الضررين di antara mafsadah membuka aurat dan mafsadah

dirawat oleh perawat lelaki. Berhadapan dengan konflik di antara pengendali kelahiran dan

isu maruah wanita, menggunakan hukum rukhsah mengikut kadar yang diperlukan sahaja

dapat membawa kepada tercapai maqasid berbanding mengekalkan hukum ‘azimah dalam

pengendalian kelahiran terutamanya dalam kes kelahiran berisiko tinggi dan kecemasan.

Isu jantina pengendali bukanlah suatu yang bersifat dominan lagi apabila kepakaran dan

kemahiran diperlukan bagi menyelamatkan nyawa. Oleh itu, peranan dan pengetahuan

dalam bidang perubatan menjadi keutamaan. Ilmu ini hanya boleh dipraktikkan oleh

mereka yang mendalami dan berkemahiran di bidang kedoktoran kerana ia melibatkan

keselamatan nyawa manusia. Oleh itu, dibolehkan perawat lelaki merawat pesakit wanita

dan sebaliknya sebagaimana Rasulullah SAW membenarkan Ummu Salamah melakukan

bekam dan dilakukan oleh Abu Taybah. Dalam peristiwa yang lain juga ada riwayat yang

menjelaskan tentang wanita yang merawat lelaki semasa berlaku peperangan seperti

berikut:

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

464

ذ قالت: كنا نغزو مع رسول هللا صلى هللا عليه و سلم فنسقي الق م و نر وم و نعن الربي ع بنت معو م خد

. ينة الجرحى و القتلى إلى المد

Terjemahan: “Daripada Rubayyi’ binti Mu’awwiz katanya: “Kami telah ikut

berperang bersama Rasulullah dan bertugas melayani dan memberi minum

tentera-tentera (yang luka) dan menghantarkan jenazah dan orang-orang luka

ke Madinah” (al-Bukhari no.hadis 2726 2010).

Riwayat di atas menunjukkan kepada keperluan perubatan yang membenarkan

berlakunya proses rawatan di antara berlainan jantina atas asas ada keperluan dan darurah

serta perbuatan ini tidak ditegah oleh Rasulullah SAW. Justeru, memilih pengendali

kelahiran yang berlainan jantina sedangkan tidak memerlukan kepada kepakaran dan

pengalaman yang luas adalah bertentangan dengan konsep mengambil rukhsah sekadar

yang diperlukan sahaja sebagai mana kaedah fiqh الضرورة تقدر بقدرها.

Berdasarkan kepada huraian di atas perjuangan hak memilih pengendali kelahiran

boleh dituruti sekiranya hak tersebut tidak melangkaui batas syarak berkaitan pemeliharaan

jiwa dan maruah serta tidak boleh menjadikan aspek layanan yang memuaskan serta

tempat bersalin yang kondusif sebagai asas.

HAK MEMILIH KAEDAH KELAHIRAN

Kaedah bersalin merujuk kepada bagaimana proses kelahiran berlaku dan dikendalikan

sama ada berlaku secara normal ataupun dengan bantuan peralatan dan prosedur tertentu.

Pada masa kini, terdapat perubahan dalam pemilihan kaedah bersalin selaras dengan

perkembangan sains dan teknologi, perubahan gaya hidup serta faktor sosial ekonomi

masyarakat. Pemilihan kaedah bersalin memberi kesan langsung kepada kadar kematian

ibu dan anak. Perubahan daripada trend kelahiran rumah yang sudah lama diamalkan

sebelum ini kepada kelahiran di hospital dengan bantuan infrastruktur perubatan yang

canggih mengurangkan kadar maternal mortality di Malaysia secara drastik iaitu daripada

540 bagi setiap 100 000 kelahiran kepada 28 seperti yang direkodkan pada tahun 2010.

Namun perkembangan terkini memperlihatkan wujud semula kecenderungan memilih

kaedah kelahiran fitrah seperti kelahiran lotus (lotus birth) yang menjadi perbincangan

hangat mutakhir ini.

Memilih untuk bersalin secara pembedahan dan kaedah kelahiran alternatif juga

seolah-olah menjadi trend masa kini dengan justifikasi tersendiri. Sehubungan dengan itu

lahir istilah amalan pengendalian kelahiran seperti kelahiran di rumah (home birth), amani

birth, water birth dan lotus birth. Artikel ini akan mengupas dua isu yang berlaku dan

menjadi tular dalam masyarakat iaitu isu kelahiran di rumah dan keterlibatan doula dan isu

kelahiran lotus (lotus birth).

Kelahiran rumah (Home birth)

Kelahiran di rumah atau home birth bermaksud melahirkan bayi di rumah sama ada secara

dirancang atau tidak dengan bantuan (attended) ataupun tanpa bantuan mereka yang

terlatih (unattended). Meskipun Malaysia telah mencapai peratus kelahiran selamat

setanding dengan negara maju iaitu sebanyak 98% semenjak tahun 2009 dengan peratus

kelahiran di rumah menurun daripada 24.8% pada tahun 1990 kepada 1.7% pada tahun

2012 (https://kpkesihatan.com/2015/06/11/respon-kkm-terhadap-isu-homebirth-dan-anti-

vaksin/, dicapai pada 30 Ogos 2016), namun isu ini kembali mendapat perhatian

masyarakat. Perdebatan berkaitan dengan isu kelahiran dan risikonya di negara lain juga

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

465

turut lebih memfokuskan kepada isu pemilihan tempat bersalin dan gaya hidup wanita itu

sendiri.

Pemilihan home birth di Malaysia lebih kepada memperjuangkan hak untuk

mengalami pengalaman bersalin secara fitrah sehingga wujudnya kumpulan yang

memperjuangkan bentuk kelahiran alternatif. Kelahiran alternatif bermaksud kaedah

kelahiran selain daripada amalan standard perubatan perbidanan yang disusun oleh KKM.

Kaedah ini bertujuan mencapai kelahiran fitrah (natural or gentle birth) iaitu kelahiran

yang berlaku secara alami tanpa sebarang ubat-ubatan dan intervensi perubatan. Kumpulan

ini turut menggunakan khidmat doula dalam pengendalian kelahiran ini. Doula ialah

wanita yang dilatih untuk membantu wanita bersalin serta memberi nasihat perubatan dan

sokongan moral kepada ibu (Jane Sandall, Christine Morton dan Debra Bick, 2010).

Perjuangan kelahiran secara home birth di Malaysia seperti yang dilaporkan dalam

media cetak, elektronik dan media sosial menimbulkan konflik dari perspektif perubatan

mahupun dari sudut maqasid al-shari’ah. KKM dalam maklum balasnya melihat isu ini

sebagai kelahiran tidak selamat. Menurut WHO kelahiran selamat adalah kelahiran yang

dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih (skilled health personnel)

(http://www.who.int/patientsafety/implementation/ checklist/ childbirth/en/., dicapai 17

Januari 2017), sedangkan kelahiran di rumah yang diperjuangkan adalah hanya

dikendalikan oleh doula yang tidak mendapat latihan yang sepatutnya.

Faktor kepakaran dan kelayakan seseorang pengendali kelahiran merupakan kriteria

penting dalam pengendalian kelahiran kerana ia berkait rapat dengan elemen hifz al-nafs

sama ada dalam keadaan biasa dan lebih dominan lagi apabila wujud komplikasi. Justeru

peraturan yang ditetapkan oleh KKM hanya doktor dan anggota kesihatan yang berdaftar

dengan Lembaga Bidan Malaysia sahaja dan terlatih dalam bidang perbidanan sahaja yang

boleh mengendalikan kelahiran merupakan langkah sadd al-dhari’ah kepada risiko

ancaman keselamatan nyawa ibu dan anak semasa bersalin. Hal ini jelas dinyatakan di

dalam Akta 436 Midwives Act 1966 Bahagian V Seksyen 14(1) berikut;

“Any person who, not being a midwife registered under this Act, practices

midwifery, shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a

fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a period not

exceeding one year or to both.” ( Midwives Act 1996 (Akata 436)).

Sehubungan dengan itu, faktor kelayakan dan pengetahuan pengendali kelahiran

menjadi salah satu petunjuk kepada penentuan standard maslahah dan mafsadah bagi

kelahiran di rumah ini. Sekiranya kelahiran di rumah berlaku dalam keadaan mempunyai

kemudahan peralatan yang cukup dengan dikendalikan oleh pengendali yang terlatih serta

kondisi wanita yang dikenal pasti status kesihatannya tiada sebarang faktor risiko, maka

kelahiran di rumah ini dibenarkan kerana telah mengambil kira elemen-elemen yang

dianggap dapat menghilangkan mafsadah atau meminimumkan. Hal ini selaras dengan

prinsip umum syariat yang menolak kemudaratan dan mewujudkan keadaan yang

memudaratkan. Oleh itu sekiranya kelahiran di rumah boleh mendatangkan mafsadah

(kemudaratan) kepada ibu dan anak yang dikandunginya maka wajib memilih kaedah yang

dapat menghilangkan mafsadah tersebut atau meminimumkan seperti bersalin di hospital.

Sehubungan dengan itu juga, mendapatkan pandangan dan nasihat ahl al-zikr adalah wajib

kerana dalam konteks perubatan golongan ini ialah terdiri daripada kalangan para doktor

yang mempunyai ilmu pengetahuan dan mengamalkannya mengikut kepakaran mereka.

Kesimpulannya, isu kelahiran di rumah ini mempunyai maslahah dan mafsadahnya.

Standard maslahah dan mafsadah ini ditentukan mengikut faktor yang menyokong kepada

proses kelahiran kaedah ini. Faktor pengendali, kemudahan peralatan dan keselamatan

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

466

serta SOP yang digunakan menjadi asas penilaian. Alasan kepada perjuangan kelahiran

secara fitrah dan hak peribadi dalam memilih kaedah bersalin semata-mata hanya

membawa kepada mafsadah yang lebih besar sekiranya faktor-faktor tadi diabaikan.

Justeru, mengenal pasti aspek maslahah dan mafsadah sebelum membuat keputusan

berkaitan isu ini merupakan suatu kewajipan kerana ia melibatkan keselamatan nyawa ibu

dan anak seperti yang difokuskan oleh KKM dan difokuskan dalam maqasid syariah.

Lotus Birth

Lotus Birth ialah kaedah bersalin yang mengekalkan tali pusat bersambung dengan bayi

setelah bayi keluar (tanpa memotong tali pusat tersebut) dan membiarkan tali pusat

tersebut tanggal dengan sendirinya. Justifikasi kepada kaedah ini adalah berasaskan kepada

tempoh pelepasan plasenta dan tali pusat yang lebih cepat serta faktor hubungan erat di

antara bayi yang baru dilahirkan dengan ibunya. Hasil kajian di Indonesia mendakwa

bahawa tali pusat akan lebih cepat tanggal iaitu sekitar 3 hingga 7 hari selepas bayi

dilahirkan dan cepat kering dalam kaedah kelahiran lotus birth berbanding dengan tali

pusat yang dipotong segera setelah lahir seperti yang dilakukan kini. Hasil kajian ini juga

membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kaedah ini dari aspek

tempoh pelepasan plasenta dan tali pusat. Selain itu juga, hubungan antara ibu dan anak

pada kaedah Lotus Birth adalah lebih baik berbanding dengan kaedah kelahiran biasa.

Pengamal kelahiran lotus birth turut mendakwa apabila tali pusat tidak dipotong,

pengaliran darah ibu ke janin terus berlaku. Justeru, oksigen masih dibekalkan kepada bayi

melalui tali pusat tersebut sebelum bayi dapat mulai bernafas sendiri. Manfaat lain

daripada kaedah Lotus Birth ini juga ialah memungkinkan bayi cepat untuk menangis

setelah lahir dan masih berada hampir dengan ibunya setelah dilahirkan (Lia Ratnasari

et.al, 2013). Keadaan ini dianggap menghasilkan bounding attachment yang lebih lama di

antara ibu dan bayi.

Perkembangan semasa di Malaysia menunjukkan kepada wujud reaksi yang

menyokong kaedah kelahiran ini dan dipopularkan dalam kalangan masyarakat. Tindakan

ini mendapat pelbagai maklum balas dari banyak pihak dan analisis dibuat dengan merujuk

kepada pandangan pakar dalam bidang perubatan. Respons yang diberikan menunjukkan

wujud perbezaan pandangan berhubung dengan isu ini dari aspek keselamatan amalan ini

serta keraguan terhadap sudut positifnya seperti yang dinyatakan sebelum ini. Respons

yang diperoleh daripada hasil temu bual bersama pakar, melalui media cetak, elektronik

dan media sosial menunjukkan kaedah kelahiran lotus birth ini lebih memberi impak

negatif berbanding positif. Justeru perjuangan mengamalkan kaedah lotus birth atas dasar

hak reproduktif tidak wajar diteruskan pada masa kini kerana kaedah kelahiran ini

bercanggah dengan prinsip umum al-Quran.

Penentuan kepada pemilihan kaedah bersalin jika dilihat dari perspektif maqasid

syariah dinilai melalui sejauh mana maslahah dan mafsadahnya keputusan tersebut ke atas

wanita. Sebagaimana persoalan menjaga nyawa (hifz al-nafs) menjadi perkiraan utama

dalam isu kelahiran, maka pemilihan kaedah bersalin juga mengambil kira pendekatan

yang sama iaitu meminimumkan ancaman terhadap nyawa wanita dan anak yang bakal

dilahirkan.

ANALISIS PERJUANGAN HAK REPRODUKTIF MENURUT AL-QURAN

Berdasarkan kepada isu perjuangan hak reproduktif yang dibincangkan, wujud

bertentangan dengan prinsip umum al-Quran yang berkait dengan dua prinsip berikut;

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

467

i. Prinsip kemuliaan nyawa

Kemuliaan nyawa yang dimaksudkan ialah hak untuk hidup yang menjadi salah satu hak

yang dipelihara menurut syarak. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam lima perkara

daruriyyat maqasid syariah. Dalam perjuangan hak reproduktif berkaitan hak menamatkan

kehamilan, isu kehormatan nyawa wajar menjadi suatu keutamaan apabila wujud

pertentangan antara kehormatan nyawa janin dan kepentingan peribadi yang tidak

didasarkan kepada justifikasi yang benar sebagaimana yang dibincangkan dari perspektif

perubatan dan perundangan. Sehubungan dengan rujukan kepada ayat 33 surah al-isra’

adalah tepat sebagai panduan dalam memperjuangkan hak reproduktif berkaitan dengan

pilihan sama ada hendak meneruskan kehamilan ataupun menamatkannya dengan

melakukan pengguguran. Firman Allah s.w.t. tersebut ialah;

ي ه سل ول ومن قتل مظلوما فقد جعلنا ل إال بالحق م للا ف ف ي القتل إنه وال تقتلوا النفس التي حر طانا فال يسر

﴾٣٣﴿ كان منصورا

Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang

diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan

sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah

menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia

melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah

mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak) (Surah al-isra’

17:33)

Ayat 23 surah al-hijr juga menegaskan hal yang sama melalui firman Allah s.w.t. berikut:

ثون ) يت ونحن الوار (٣٣وإنا لنحن نحيي ونم

Maksudnya: Dan sesungguhnya benar-benar Kami-lah yang menghidupkan

dan mematikan dan Kami (pulalah) yang mewarisi (Surah al-hijr 15: 23).

Berdasarkan kepada kedua-dua ayat yang dinyatakan di atas, Allah s.w.t.

menetapkan kemuliaan nyawa sebagai hak setiap hamba dan pendekatan yang membawa

kepada pemeliharaan kemuliaan nyawa ini mesti ditegakkan. Sebarang bentuk pendekatan

yang membawa kepada ancaman nyawa pula mesti dielakkan. Perjuangan memberi hak

menamatkan kehamilah adalah suatu yang ekstrem dan menyanggahi al-Quran. Tambahan

lagi manusia tidak memiliki dirinya sendiri apatah lagi memiliki diri dan nyawa pihak lain.

Meskipun begitu syarak bersifat adil dan membawa rahmat apabila tindakan menamatkan

kehamilan dibenarkan apabila wujud ancaman kemuliaan nyawa yang lebih utama.

ii. Kemuliaan maruah dan kehormatan diri

Aspek kemuliaan maruah dan kehormatan diri merupakan prinsip umum al-Quran yang

kedua dalam menangani perjuangan hak reproduktif kini. Prinsip ini perlu menjadi

kerangka kepada suatu tindakan yang bersifat memperjuangkan kepentingan peribadi

seperti dalam perjuangan hak reproduktif. Sebagai contoh, hak memilih pengendali

kelahiran yang berlainan jantina atas asas lebih meyakini dengan rawatan yang diberikan

sedangakan tiada sebarang faktor risiko yang memerlukan khidmat pakar yang mungkin

ada pada perawat lelaki. Tindakan ini telah meletakkan elemen pemeliharaan maruah

selepas keperluan tahsiniyyat iaitu memilih perawat yang sama jantina. Sekalipun tindakan

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

468

ini tidak melibatkan hak orang lain, namun prinsip umum yang terdapat dalam al-Quran

menekankan aspek ini selaras dengan kajian manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Justeru

tindakan yang melangkaui kerangka pemeliharaan kemuliaan maruah dan diri adalah tidak

memenuhi asas kejadian manusia sebagai sebaik-baik umat.

Sehubungan dengan itu, perjuangan hak manusia mesti diadaptasi selaras dengan

firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nur ayat 55 iaitu:

Maksud: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari

kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka

khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana

ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang

berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama

Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan

bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman

musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan

sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah

itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Prinsip umum al-Quran di atas dan huraiannya menjelaskan suatu kerangka yang

mendasari asas perjuangan hak reproduktif bagi seseorang wanita. Kedua-dua prinsip ini

merupakan elemen pencapaian maqasid syariah yang menjadi tunjang di sebalik pensyariat

hukum dalam al-Quran dan hadis. Kepatuhan kepada prinsip ini memberi manfaat kepada

mukalaf dalam membuat pilihan yang sepatutnya mera ambil.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, apabila manusia menuntut hak yang dikatakan bebas diperjuangkan,

perjuangan ini mesti dinilai terlebih dahulu sama ada hak itu menepati perintah dan

laranganNya. Bukan bererti memperjuangkan hak dengan menuntut hak yang

bercanggahan dengan nilai dan prinsip Islam dan menafikan pula hak yang dibenarkan oleh

Islam. Perjuangan seumpama ini bakal mencetus bahana kecelaruan kemurnian dan

kerelevanan Islam terutama dalam konteks kerelevanan hukum hakam fiqh. Bagi

merialisasikan sebuah perjuangan hak yang serasi dengan nilai Islam, iaitu sebuah agama

yang diiktiraf kemurniannya oleh Allah s.w.t. adalah dengan menjadikan elemen maqasid

seperti pemeliharaan agama, nyawa, harta, akal dan nasab perlu diaptasi dalam

memperjuangkan hak asasi manusia.

Hal ini kerana, perjuangan yang mengenepikan konsep daruriyyat alkhams akan

menatijahkan suasana yang songsang dalam menjalani urusan kehidupan secara peribadi,

keluarga, komuniti dan masyarakat. Sebagai contoh, perjuangan hak asasi yang tidak

memandang etika pemeliharaan agama, seperti kebebasan transgender, implikasinya akan

membawa kecelaruan yang ampuh dalam masyarakat, antaranya adalah seperti

perkahwinan sesama jantina akan berlaku, percampuran jantina dalam ruang ibadat dalam

masjid, kecelaruan pengagihan harta pusaka, kecelaruan bersaksi, pergaulan bebas secara

tidak disedari, kecelaruan tuntutan ibadat seperti tuntutan solat jumaat, imam solat dan

beberapa lagi implikasi yang dialami.

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

469

Namun, jika manusia menuruti perintah dan larangan syariat, secara langsung

manusia telah menikmati hak asasinya dengan aman, sejahtera dan harmoni. Ini kerana

syariat tidak menghalang untuk menganut agama yang sesuai dengan fitrah kejadianya,

untuk menikmati hak asasi makan dan minum, tidur dan bangun, bergerak dan sebagainya,

untuk mencari harta, untuk melahirkan zuriat dan untuk berfikir secara sempurna. Namun,

perkara perjuangan hak asasi yang ditegah adalah pengabdian selain daripada Allah,

penderaan dan pembunuhan, sumber harta secara penyelewengan, rasuah, curi, rompak,

manipulasi dan sebagainya, menghasikan secara zina, pergaulan bebas dan sebagainya

serta perjuang yang berbentuk ancaman kepada gaya minda dan pemikiran secara sihat

iaitu dengan mengambil minuman yang memabukkan.

Perjuangan hak yang seumpama ini perlu ditangani secara cermat dan teliti agar

fahaman yang menyelewengkan minda dan kerosakan tindakan masyarakat, tidak menular

dalam masyarakat kontemporari ini. Perlu diingatkan, kepelbagaian nikmat yang

dianugerahkan oleh Allah swt kepada makhluknya perlu digunakan dalam batasan yang

diselia oleh syariat. Penyelian yang dirujuk kepada idealisma barat bakal mengundang

kemusnahan dan ketidakstabilan arah hidup. Setiap hak dan anugerah pemberian Allah

s.w.t. itu bakal dipersoalkan kesemuanya selepas mati. Justeru, Hak asasi manusia tidak

bersifat mutlak, tetapi ia bersifat amanah yang dipertangjawabkan kepada manusia selepas

kematian. Hak asasi manusia yang digariskan oleh syarak iaitu dikawal selia di bawah

syariat Islam tidak boleh diubah atau dipinda keran ia telah kekal, ditentukan oleh nas-nas

al-Quran dan hadis yang muktamad.

Rujukan McGraw Dictionary of Modern Medicine (2002) (t.tp.:The McGraw Companies.

Oxford Dictionary of Law, (1997) ed. Ke-4 (Oxford: Oxford University Press.

‘Ali bin ‘Abd al-‘Aziz al-Mani’ (2013). Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Fatwa fi Imarah al-Shariqah.

Sharjah: Al-Amanah al-‘Amah li al-Awqaf bi al-Shariqah.

“Respon KKM Terhadap Isu Home Birth dan Anti-Vaksin,” laman sesawang Kementerian Kesihatan

Malaysia, dicapai 30 Ogos 2016, https://kpkesihatan.com/2015/06/11/respon-kkm-terhadap-isu-

homebirth-dan-anti-vaksin/.

“Safe Chidlbirth Checklists,” laman sesawang World Health Organizaton, dicapai 17 Januari 2017,

http://www.who.int/patientsafety/implementation/ checklist/ childbirth/en/.

A. MacLaren (1978). Birth Control in Nineteenth-Century England.London: Croom Helm.

Abdul Rahman Awang, “Human Rights: An Islamic Perspective,” Jurnal Syariah 14 (Jan-Jun 2006).

Abu al-Barakat Ahmad bin Muhammad al-Dardir.(1201H). Al-Sharh al-Kabir ‘ala Mukhtasar Khalil .Beirut:

Dar al-Fikr.

Abu al-Farj ‘Abd al-Rahman bin Ahmad bin Rajab, Jami’ al-‘Ulum Wa al-Hikam Beirut: Dar al-Ma’rifah li

al-Taba’ah wa al-Nashr, t.th), 46,

Abu al-Farj ‘Abd al-Rahman bin Ahmad bin Rajab. (t.th). Jami’ al-‘Ulum Wa al-Hikam. Beirut: Dar al-

Ma’rifah li al-Taba’ah wa al-Nashr.

Abu Faris, Muhammad Abdul Qadir (2000). Huquq al-Mar’ah al-Madaniyyah wa al-Siyasiyyah fi al-Islam,

Urdun: Dar al-Furqan.

Al-Kasani, Bada‘i al-Sana‘i fi Tartib al-Shara‘i (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 2000), 5: 122.

Al-Nawawi (1978). Sahih Muslim bi Sharh al-Imam al-Nawawi. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Sayyid Sabiq (1996). Fiqh al-Sunnah (Qahirah: Dar al-Fath li al-‘Ilam al-‘Arabiy.

Badr al-Din Abi ‘Abd al-Lah Muhammad bin ‘Ali al-Hanbaliy (1987). Kitab al-Fatawa Mukhtasar al-

Misriyyah-al-Tashil. Beirut: Dar al-Jil.

Barbara Brookes (2013). Abortion In England 1900-1967 (New York: Routledge Library Editions.

Christopher Kaczor (2015). The Ethics of Abortion Women’s Rights, Human Life, And The Question of

Justice, ed.-2 . New York: Routledge Library Editions.

Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Tibb, Bab Hal Yudawi al-Rajul al-Mar’ah aw al-Mar’ah al-Rajul, no.

Hadith 2726 dalam Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, “Sahih Bukhari,” dalam Al-

Jami‘ al-Musnad al-Sahih,ed. Muhammad Zahir bin Nasir (t.t.: Dar Tuq al-Najah, 2010).

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

470

Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Jihad wa al-Sir, Bab ‘Adad Ghazawat al-Nabi S.A.W., no. Hadith 143.

Lihat Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qushayri, Sahih Muslim, dalam Al-Musnad

al-Sahih al-Mukhtasar ,ed. Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi, 3: 1447.

Hamat, Mohd Fauzi (2007) Hak asasi manusia menurut syarak. Jurnal Penyelidikan Islam, BIL 20. pp. 45-

66.

http: www.myjurnal.my/public/article-download.php?id=83051, dilayari pada 16 Ogos 2018, Khamis

http://www.suhakam.org.my/ms/about-suhakam/fungsi-kuasa, dilayari pada 16 Ogos 2018, Khamis

Jane Sandall, Christine Morton dan Debra Bick, “Safety in Childbirth and The Three ‘C’s: Community,

Context and Culture,” Midwifery 26, 5 (2010), 481-182.

Kartina Aisha Chong, “Malaysia,” dalam In International Encyclopaedia of Laws: Medical Law, ed. Herman

Nys. Alphen aan den Rijn (Netherlands: Kluwer Law International, 2012), 111 dan K.D. Gaur,

Criminal Law: Cases and Materials, Ed. Ke-2 (Bombay: N.M Ripathi Ptd.Ltd., 1985).

Kementerian Kesihatan Malaysia, “Health Facts 2013,” laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia,

dicapai 27 Ogos 2016, http://www2.moh.gov.my/images/gallery/publications/ HEALTH

%20FACTS%202013.pdf.

Lia Ratnasari et.al, “Pengaruh Persalinan Lotus Birth Terhadap Lama Pelepasan Plasenta, Lama Pelepasan

Tali Pusat dan Keberhasilan Bounding Attachment,” Jurnal Kebidanan 5, no.2 (Disember 2013), 48.

Makiah Tussaripah Jamil, Abdul Mukti Baharudin, dan Hisam Satari, “Pengguguran Bayi Menurut Perspetif

Islam dan Perundangan di Malaysia,” Global Journal of Al-Thaqafah 2 (Jun 2012), 72.

Malini Mat Napes (Pakar O&G, Jabatan O&G Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu), dalam

temubual dengan penulis, 30 Jun 2015.

Mary Anne Warren (1996)."On the Moral and Legal Status of Abortion," dalam Biomedical Ethics, ed. T.A.

Mappes and D. DeGrazia(New York: McGraw-Hill, Inc.

Mazlin Jamal Abdul Nasser (Doktor Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM),

Kubang Kerian Kelantan), dalam temu bual dengan penulis, 29 Ogos 2015. Media Suara Insan (Msi), “Kementerian Kesihatan Malaysia: Kami Menggesa Meletakkan Keutamaan Hanya

Doktor Wanita Dan Nurse Wanita Di Bilik Dan Wad Bersalin,” Laman Sesawang Media Suara Insan

(Msi), Dicapai 2ogos 2016, Http://Suarainsan.Net/Kkm-Kami-Menggesa-Keutamaan-Hanya-Doktor-

Dan-Nurse-Wanita-Di-Wad-Bersalin/.

Muhammad ‘Ali al-Barr (1995). Khalq al-Insan Bayn al-Tibb wa al-Quran. Jeddah: Al-Dar al-Su’udiyyah.

Muhammad Ahmad ‘Alish (1958). Fath al-‘Ali al-Malik, (Mesir: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-

Halabi wa Awladih.

Muhammad al-Zuhayli (2011). Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Shafi’i. Damshiq: Dar al-Qalam.

Mustafa Ibrahim et al. (1972). Al-Mu’jam al-Wasit (Istanbul: Al-Maktabah al-Islamiyyah.

Mustafa Ibrahim et al., (1972). Al-Mu’jam al-Wasit (Istanbul: Al-Maktabah al-Islamiyyah.

Perspektif undang-undang mengenai pengguguran di Malaysia. Malaysian,” laman sesawang Malaysian Law

Journal, dicapai 15 Mac 2016, http://www.mlj.com.my/articles.

R Ravichandran dan J Ravindran, “Lesson From the Confidential Enquiry Into Maternal Deaths, Malaysia,”

British Journal of Obstetrics and Gynaecology 121 (May 2014), 49.

Shams al-Din al-Sarkhasi, Kitab al-Mabsut (Beirut: Dar al-Fikr, 1989), 10: 146; Abi Bakr bin Mas‘ud

Sharf al-Qudah (1990). Mata Tunfikhu al-Ruh fi al-Janin. Amman: Dar al-Furqan.

Sheila Mclean dan Gerry Maher (1983). Medicine, Morals and the Law. United Kingdom: Gower.

Siti Khatijah Ismail dan Mohd. Badrol Awang, “Pengguguran dan Justifikasi Perundangan mengikut

Undang-undang Islam dan Peruntukan 312 Kanun Keseksaan,” Jurnal Islam dan Masyarakat

Kontemporari 6 (Julai 2013), 19.

Sripati Chandrasekhan (1974). Abortion in a Crowded World (London: George Allan & Unwin Ltd..

Stanislaw J. Frankoskwi dan George F. Cole (1987). Abortion and Protection of the Human Fetus (Leidin,

Boston: Martinus Nijhoff Publishers.

Syams al-Din Muhammad bin Abi al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah Ibn Shihab al-Din al-Ramli, (1967).

Nihayah al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj (Mesir: Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa

Awladih.

Syams al-Din Muhammmad bin Ahmad al-Sharbini al-Khatib (1996). Al-Iqna’ fi Hal Alfaz Abi Shuja’

(Qahirah: Dar al-Salam.

Tengku Noor Azira Tengku Zainudin, “Perlindungan Undang-undang ke atas Embrio dan Janin:

Volume 93, Issue 7, 1 May 2010, Pages 2107-2114

Zaharuddin Mohammad (2013). Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin. Selangor: Kemilau Publika Sdn.

Bhd,.