perjumpaan-pek-keenam

7
Perjumpaan Pek Bertema : Disiplin Dan Kerohanian Perjumpaan kali ke : 6 Tarikh : 25 Februari 2015 Tempat : Hadapan Dewan Utama IPBM, Kawasan Rehlah Sebelah Kanan Surau At-Taqwa, dan Bahagian Luar Foryer Menara IPBM. Sekawan bertugas : Kuning Kehadiran : 20/21. MASA PERKARA ALATAN PEM.BERTUGAS 30 minit Permulaan Perjumpaan PEK Sebagai permulaan perjumpaan PEK, istiadat laung agung pengakap telah diadakan sambil diperhatikan oleh pemimpin. Pemimpin telah memberikan tunjuk ajar apabila AKELA kurang memahami dalam memberikan arahan mengikut susunan langkah yang tepat. Pemimpin juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk melapor ahli kepada pemimpin. Beberapa orang ahli dari sekawan kuning telah dipilih oleh pemimpin untuk melakukan amali sebagai AKELA dalam mengendalikan istiadat laung agung. Setelah selesai menyemprnakan istiadat laung agung pengakap, semua ahli pengakap telah mengikut pemimpin ke kawasan rehlah sebelah kanan Surau At-Taqwa Tiang Bendera AKELA Tuan Suhasni Bin Dollah

description

pek

Transcript of perjumpaan-pek-keenam

  • Perjumpaan Pek Bertema : Disiplin Dan Kerohanian

    Perjumpaan kali ke : 6

    Tarikh : 25 Februari 2015

    Tempat : Hadapan Dewan Utama IPBM, Kawasan Rehlah Sebelah Kanan

    Surau At-Taqwa, dan Bahagian Luar Foryer Menara IPBM.

    Sekawan bertugas : Kuning

    Kehadiran : 20/21.

    MASA PERKARA ALATAN PEM.BERTUGAS

    30 minit Permulaan Perjumpaan PEK

    Sebagai permulaan perjumpaan

    PEK, istiadat laung agung

    pengakap telah diadakan sambil

    diperhatikan oleh pemimpin.

    Pemimpin telah memberikan

    tunjuk ajar apabila AKELA

    kurang memahami dalam

    memberikan arahan mengikut

    susunan langkah yang tepat.

    Pemimpin juga memberi tunjuk

    ajar tentang cara-cara untuk

    melapor ahli kepada pemimpin.

    Beberapa orang ahli dari

    sekawan kuning telah dipilih

    oleh pemimpin untuk melakukan

    amali sebagai AKELA dalam

    mengendalikan istiadat laung

    agung.

    Setelah selesai

    menyemprnakan istiadat laung

    agung pengakap, semua ahli

    pengakap telah mengikut

    pemimpin ke kawasan rehlah

    sebelah kanan Surau At-Taqwa

    Tiang

    Bendera

    AKELA

    Tuan Suhasni Bin

    Dollah

  • untuk aktiviti luar.

    50 Minit

    AKTIVITI LUAR

    Pemimpin membawa semua

    ahli pengakap ke kawasan

    rehlah sebelah kanan Surau At-

    Taqwa untuk aktiviti-aktiviti

    luaran.

    Pelbagai aktiviti dilakukan

    seperti permainan kanak-

    kanak(kapal terbang), membuat

    bunyi-bunyi haiwan dan

    menyanyi lagu-lagu patriotik.

    Dalam permainan kapal

    terbang, alatan yang digunakan

    hanyalah sehelai daun lalang.

    Permainan ini dimainkan oleh

    kanak-kanak pada zaman

    dahulu.

    Aktiviti membuat bunyi-bunyi

    binatang pula membolehkan

    ahli-ahli pengakap dapat

    menyelami dan mendekatkan

    diri kepada hutan. Bunyi ini juga

    boleh dilakukan semasa berada

    di dalam hutan.

    Cara-caranya ialah:

    Menggenggam kedua-dua

    belah tangan dengan erat

    sehingga tutup semua ruang

    supaya angin tidak keluar.

    Tiup melalui ruang diantara

    kedua-dua ibu jari dan bunyi

    akan terhasil.

    Pemimpin memberi lirik lagu-

    lagu patriotik kepada setiap

    Daun

    lalang

    Kertas Lirik

    Lagu

    Patriotik

    Tuan Suhasni Bin

    Dollah.

  • ketua sekawan sebagai

    panduan untuk dinyanyikan

    bersama-sama ahli pengakap

    yang lain.

    Antara lagu-lagu patriotik yang

    dinyanyikan termasuklah:-

    LAGU UNDANG-UNDANG

    Dipercayai Taat Berguna,

    Bersaudara Berbudi,

    Kasihkan Binatang Menurut Perintah,

    Tabah Hati Berjimat,

    Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci

    Perbuatan

    SURANG GENI

    Surang Geni, Surang Geni

    Surang Geni Kamalu, Kana Va Va Va

    Malu, Malu, Malu

    Surang Geni Kamalu, Kanava Va Va

    Va

    BARISAN KITA

    Inilah Barisan Kita

    Yang Ikhlas Berjuang

    Siap Sedia Berkorban

    Untuk Ibu Pertiwi

    Sebelum Kita Berjaya

    Jangan Harap Kami Pulang

    Inilah Sumpah Pendekar Kita

    Menuju Medan Bakti

    Andai kata Kami Gugur Semua

    Taburlah Bunga Di Atas Pusara

    Kami Mohon Doa

    Semoga Berjaya

    Semboyan Telah Berbunyi

    Menuju Medan Bakti

    SETIA

    Demi Negara Yang Tercinta

  • Di Curahkan Bakti Penuh Setia

    Demi Raja Yang Disanjung Tinggi

    Kesetiaan Tak Berbelah Bagi

    Kepada Pemimpin Kepada Rakyat

    Khidmat Diberi Penuh Taat

    Sama Bekerja Sama Berusaha

    Setia Berkhidmat Untuk Semua

    Rela Berkorban Apa Saja

    Amanah Bangsa Tetap Dijaga

    Kami Berikrar Penuh Setia

    Untuk Agama, Bangsa Dan Negara

    WARISAN (SUDIRMAN)

    Disini Lahirnya Sebuah Cinta

    Yang Murni Abadi Sejati

    Disini Tersemai CIta-CIta

    Bercambah Menjadi Warisan

    (Korus)

    Andai Ku Terbuang Tak Diterima

    Andai Aku Disingkirkan

    Kemana Harusku Bawakan

    Kemana Harusku Semaikan Cinta Ini

    Betapa

    Di Bumi Ini Ku Melangkah

    Keutara Selatan Timur Dan Barat

    Ku Jejaki

    Aku

    Bukanlah Seorang Perwira

    Gagah Menjunjung Senjata

    Namun Hati Rela Berjuang

    Walau Dengan Cara Sendiri

    Demi Cinta Ini

    (Ulang Korus)

    Ku Ingin Kotakan Seribu Janji

    Sepanjang Kedewasaan Ini

    Ku Ingin Sampaikan Pesanan

    Akulah Penyambung Warisan

  • 30 Minit

    Sesi Latihan Kawad Kaki

    Pemimpin mengarahkan latihan

    kawad diadakan mengikut

    sekawan masing-masing.

    Ahli pengakap telah berlatih

    cara senang diri, rehatkan

    diri, baris sedia, ke kanan

    lurus dan teknik berpusing

    dalam kawad kaki pengakap

    Ahli pengakap juga berlatih

    berjalan lurus di samping

    belajar menghentak kaki seperti

    yang diarahkan komandan.

    Contohnya hentak kaki 3 1 2

    hentak kaki, hentak dan lain-

    lain.

    Pemimpin mengarah semua ahli

    pengakap berada dalam barisan

    bertiga-tiga dan bergerak ke

    bahagian luar foryer bangunan

    menara IPBM untuk sesi

    penutup.

    Tuan Suhasni Bin

    Dollah

    10 Minit Penutup

    Pemimpin telah membuat

    kesimpulan mengenai isi

    pelajaran pada hari ini

    Tuan Suhasni

    Bin Dollah

  • PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

    Bahasa rasmi Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap adalah dalam bahasa

    Malaysia. Dalam keadaan tertentu, Persetiaan dan Undang-Undang boleh menggunakan

    bahasa Inggeris.

    Persetiaan Pengakap

    Persetiaan Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya dikeluarkan

    dan dilafazkan mengikut pematuhan tentuan sepenuhnya seperti berikut:

    Dalam Bahasa Melayu

    Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa

    daya upaya saya, akan: -

    Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;

    Menolong orang pada setiap masa;

    Menurut Undang-Undang Pengakap.

    Dalam Bahasa Inggeris

    On my honour, I promise that I will do my best:

    To do my duty to God, King and Country;

    To help other people at all times;

    To obey the Scouts'' Law.

    Warganegara Asing

    Perkara 15; Seksyen 2; Bahagian 2: Menjadi Ahli Persekutuan, Persekutuan Pengakap

    Malaysia menetapkan:

    15.(1) Warganegara negara asing boleh diterima sebagai ahli bergantung kepada

    persetujuan Ketua Pengakap Negara dan mereka akan melafazkan Persetian Pengakap

    seperti berikut:

    On my honour, I promise that I will do my best:

    To do my duty to God, and to the lawfully constituted Government of Malaysia;

    To help other people at all times;

  • To obey the Scouts'' Law.

    Undang-Undang Pengakap

    Undang-Undang Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya

    dikeluarkan dan dilafazkan mengikut pematuhan tentuan sepenuhnya seperti berikut :-

    1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

    2. Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di

    Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya,

    majikannya serta orang-orang di bawahnya.

    3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada

    setiap masa.

    4. Pengakap adalah sahabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain

    Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan agamanya.

    5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya.

    6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.

    7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan suruhan ibu

    bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa persoalan.

    8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum walaupun

    semasa kesusahan.

    9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.

    10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.