Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

11
PERKAITAN ANTARA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN DENGAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH OLEH : NUR FATEHA BT AB JALIL NAIKHALIK B MOHD YAACOB PENSYARAH : EN MOHAMED JEFFERI B HJ MAT LAZIM

Transcript of Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

Page 1: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

PERKAITAN ANTARA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN DENGAN

KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

OLEH :

NUR FATEHA BT AB JALIL

NAIKHALIK B MOHD YAACOB

PENSYARAH :

EN MOHAMED JEFFERI B HJ MAT LAZIM

Page 2: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 (www.moe.gov.my).

Page 3: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia.

Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara.

Page 4: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk membolehkan murid:

1.   Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan.2.   Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca

dan menulis.3. Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran

mengira dan menggunakan-nya dalam menyelesaikan masalah harian.

4.  Menguasai kemahiran belajar.5. Bertutur, membaca, menulis dan memahami

dalam bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

6. Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menambahkannya.

Page 5: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

7.   Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.

8.   Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri.9.   Mempunyai semangat patriotisme.10. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta

kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.11. Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti.12. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.13. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-

aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

14. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.15. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikapyang

positif terhadap keusahawanan dan produktiviti.16. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan

memahami pengertian ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran bagi murid Islam.

Page 6: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

Terdapat tiga komponen dalam KBSR. 1. Pertama, komponen komunikasi iaitu

kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik.

2. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia.

3. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.

Page 7: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

KAITAN PSK DENGAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.

PSK memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini.

Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan.

Page 8: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu

i) belajar untuk mengetahui (learning to know) -membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik

ii) belajar untuk bertindak (learning to do) –aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

iii) belajar untuk hidup bersama (learning to live together) - merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.

Page 9: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

iv) belajar untuk membentuk peribadi (learning to be) - membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial.

Page 10: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

Kesimpulannya; Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Ini adalah selari dengan tujuan penggubalan kurikulum sekolah rendah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Sememangnya, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berkait rapat dengan kurikulum sekolah rendah.

Page 11: Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum

Rujukan

 Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://psk-syafiq.blogspot.com/2009/03/kenali-budaya-malaysia.html

http://aj85553.multiply.com/journal/item/15/Kehendak-kehendak_kurikulum_kebangsaan_dan_perlaksanaannya_di_sekolah