Perkara Am Tentang Perkhemahan

3
0. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN 20.1 ARAHAN UMUM 20.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan 20.1.2. Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan 20.1.3 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas 20.1.4 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian 20.1.5 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan 20.1.6 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham. 20.1.7 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan “LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA” 20.2 KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI 20.2.1 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’ semasa perkhemahan 20.3 BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA PERKHEMAHAN: 20.3.1 TETAMU – mengikut protokol / panggilan hormat (Contoh: Datuk/Datin) 20.3.2 URUSETIA DAN JURULATIH – Tuan / Puan 20.3.3 PESERTA – Saudara / Saudari / Kadet 20.4 KESELAMATAN: 20.4.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak. 20.4.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan 20.4.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan. 20.5 AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB 20.5.1 Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam khemah peserta (perlu disimpan di bawah penyeliaan pegawai kontingen daerah) 20.5.2 Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata ditegah 20.5.3 Kawasan perkhemahan Puteri adalah larangan bagi peserta Putera dan sebaliknya

description

Perkara Am Tentang Perkhemahan, Persediaan yang perlu dilakukan sebelum perkhemahan

Transcript of Perkara Am Tentang Perkhemahan

Page 1: Perkara Am Tentang Perkhemahan

0. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

20.1 ARAHAN UMUM

20.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan20.1.2. Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan20.1.3 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas20.1.4 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian20.1.5 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan20.1.6 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.20.1.7 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan

“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”

20.2 KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI

20.2.1 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’ semasa perkhemahan

20.3 BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA PERKHEMAHAN:

20.3.1 TETAMU – mengikut protokol / panggilan hormat (Contoh: Datuk/Datin)20.3.2 URUSETIA DAN JURULATIH – Tuan / Puan20.3.3 PESERTA – Saudara / Saudari / Kadet

20.4 KESELAMATAN: 

20.4.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak. 20.4.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan20.4.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

20.5 AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB

20.5.1 Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam khemah peserta (perlu disimpan di bawah penyeliaan pegawai kontingen daerah)20.5.2 Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata ditegah 20.5.3 Kawasan perkhemahan Puteri adalah larangan bagi peserta Putera dan sebaliknya20.5.4 Tindakan Keras dan Tatatertib ( termasuk dihantar pulang ) akan dikenakan jika terdapat peserta yang ditangkap atau didapati melanggar amaran di atas sama ada disengajakan ataupun tidak disengajakan.

20.6 KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA

20.6.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan20.6.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda20.6.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang20.6.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem20.6.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12 tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang kecemasan atau diringi oleh pegawai

Page 2: Perkara Am Tentang Perkhemahan

20.7 PERATURAN KEBERSIHAN :

20.7.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur20.7.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah20.7.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan20.7.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan20.7.5 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan perkhemahan atau sekitarnya20.7.6 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun20.7.7 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur sebelum solat bermula20.7.8 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk kegunaan ramai dan bersama20.7.9 Bagi wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum dibuang ditempat yang sepatutnya.

20.8 PERATURAN KELUAR MASUK

20.8.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia20.8.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan kem 20.8.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen dan tujuan yang sah dari ketua kontinjen masing-masing

1. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN.

INDIVIDU

1. Uniform Pengakap / Tunas Puteri 2. Pakaian sembahyang / sejadah 3. Pakaian sukan 4. Selimut 5. Kasut dan selipar 6. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi 7. Pakaian untuk 2 hari 8. Pinggan, cawan dan gelas 2 biji 9. Sudu 10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu

11. Lampu suluh12.Tuala13. Pakaian mandi14. Beras15. Telur 2 biji

2. IKRAR PERKHEMAHAN

Kami Para peserta Perkhemahan Unit Beruniform NGO Bahagian Sibu Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrar Bahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguh Bahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah dan penuh semangat Bahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya pengetahuan dan kemahiran kami, serta mempereratkan lagi silaturrahim antara kami Bahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat dan tunjuk ajar yang bakal kami perolehi Bahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai cabaran dan ujian Bahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan ini Bahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggi Dan kamilah Pendukung cita-cita bangsa dan negara.