Perkara berbangkit

6
i. Perkara Berbangkit 1. Pn.Letchumi mengatakan bahawa harga makanan yang dijual di kantin harus berpatutan. 2. Makanan yang dijual pada kedua dua sesi sama kata Pn.Jayanthi. 3. Pn.Puvaneswai mengatakan bahawa kuih yang dijual dikantin sangat kecil dan ia dijual dengan harga yang tingg iaitu i bungkus 5o seni.Beliau juga memberi cadangan bahawa sama ada harga dikurangkan atau saiz kuih besarkan. 4. Selain itu Pn.jayabarathy juga memberi komen tentang mee yang dijual.Ia digoreng tanpa apa-apa lauk dan kadang-kadang ia rasa masin. Sebelum ini jualan mee telah dilarang namun pihak kantin masih jual makanan tersebu. 5. Buah-buahan yang dijual juga dihinggapai lalat dan pihak kantin tidak menutup makanan tersebut. 6. Pihak sekolah telah mendapat aduan daripada murid-murid tahun 6 yang mengikuti kelas SMC iaitu papadam yang digoreng pada hari tersebut mempunayai lipas yang kecil. 7. Makanan yang dijual untuk guru sesi petang tidak banyak pilihan. AJK Kantin ii. Hal-hal Lain 8. Guru besar mengatakan bahawa pekerja kantin jarang memakai apron dan cap semasa menghidangkan makanan. 9. Semua guru mengadu bahawa pihak kantin tidak mengutamakan kebersihan semasa memasak puri dan chappati . 10. Guru besar melarang sama sekali minuman gas larang jual di kantin kerana beliau terima aduan daripada ibu bapa. 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke mesyuarat kali pertama. 1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa. 2 UCAPAN GPK HEM 2.1 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin sekolah. Tindakan: Makluman Semua AJK 3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2011 Pencadang : Pn. Nadiah binti Md. Nawi Penyokong : Pn. Rozimah binti Mat Yasin

Transcript of Perkara berbangkit

Page 1: Perkara berbangkit

i. Perkara Berbangkit1. Pn.Letchumi mengatakan bahawa harga makanan yang dijual di kantin harus berpatutan.2. Makanan yang dijual pada kedua –dua sesi sama kata Pn.Jayanthi.3. Pn.Puvaneswai mengatakan bahawa kuih yang dijual dikantin sangat kecil dan ia dijual dengan harga yang tingg

iaitu i bungkus 5o seni.Beliau juga memberi cadangan bahawa sama ada harga dikurangkan atau saiz kuih besarkan.

4. Selain itu Pn.jayabarathy juga memberi komen tentang mee yang dijual.Ia digoreng tanpa apa-apa lauk dan kadang-kadang ia rasa masin. Sebelum ini jualan mee telah dilarang namun pihak kantin masih jual makanan tersebu.

5. Buah-buahan yang dijual juga dihinggapai lalat dan pihak kantin tidak menutup makanan tersebut.6. Pihak sekolah telah mendapat aduan daripada murid-murid tahun 6 yang mengikuti kelas SMC iaitu papadam yang

digoreng pada hari tersebut mempunayai lipas yang kecil.7. Makanan yang dijual untuk guru sesi petang tidak banyak pilihan.

AJK Kantin

ii. Hal-hal Lain8. Guru besar mengatakan bahawa pekerja kantin jarang memakai apron dan cap semasa menghidangkan makanan.9. Semua guru mengadu bahawa pihak kantin tidak mengutamakan kebersihan semasa memasak puri dan chappati . 10. Guru besar melarang sama sekali minuman gas larang jual di kantin kerana beliau terima aduan daripada ibu bapa.

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke

mesyuarat kali pertama.

1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah

fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

2 UCAPAN GPK HEM

2.1 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin

sekolah.

Tindakan: Makluman Semua AJK

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2011

Pencadang : Pn. Nadiah binti Md. Nawi

Penyokong : Pn. Rozimah binti Mat Yasin

Sokongan sebulat suara

Page 2: Perkara berbangkit

4 FOKUS MESYUARAT

4.1.Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantinPn. Sakura mengingatkan pihak

kantin agar dapat menitik beratkan faktor kebersihan dan keselamatan kantin dari

segi:

4.1.1. Kebersihan kemudahan- semua tempat kemudahan kantin seperti tempat

menyedia, mempamer dan menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dan

dalam keadaan bersih dan kemas.

- semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi.

- bilik air hendaklah bersih dan berfungsi.

- tempat mengumpul sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah

hendaklah berplastik di dalamnya dan bertutup.

Tindakan: Pihak Kantin

4.1.2 .Kebersihan peralatan

- Alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air yang bersih,

sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alat yang telah

bersih ditempatkan di tempat yang bersih dan disusun kemas.

- Pisau yang digunakan untuk memotong bahan mentah tidak boleh digunakan untuk

memotong makanan yang telah dimasak dan juga makanan yang dimakan segera.

- Semua peralatan yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan.

- Kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci

yang selamat.

Tindakan: Pihak Kantin

4. 2 Kebersihan bangunan

- Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam keadaan

bersih, kemas dan selamat.

- Lantai, longkang, siling dan dinding hendaklah sentiasa dibersihkan.

Page 3: Perkara berbangkit

- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan selamat.

Tindakan: Pihak Kantin

4.3 Keselamatan

Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:

- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan dibaiki

yang rosak.

- Semua kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.

- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi.

4.4 Langkah mencegah kebakaran:

- Memastikan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik.

- Urusan penyambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.

- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan jauh dari api dan dapur.

Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar dilabel dan ditutup ketat serta

diletakkan jauh dari api.

- Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur.

- Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih.

4.5 Langkah mencegah kecederaan:

- Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin.

- Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari di kantin.

- Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna agar tidak menghalang

pergerakan dan membahayakan pengguna.

- Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.

Page 4: Perkara berbangkit

4.6 Kemudahan-kemudahan kantin

4.6.1 : Bekalan air bersih – air yang digunakan di kantin hendaklah dari sumber air

yang bersih, selamat dan mencukupi.

4.6.2 : Bekalan elektrik – kantin yang mendapat bekalan elektrik awam hendaklah

menggunakan meter yang berasingan dan hendaklah selamat digunakan.

4.6.3 : Tempat penyediaan makanan – ruang kerja untuk menyediakan makanan

cukup luas bagi pekerja kantin menyelanggarakan tugas dan cukup untuk setiap

kerja.

- Meja kerja yang digunakan untuk menghidangkan makanan hendaklah bersih,

kemas dan dialas dengan bahan yang kalis air.

- Ruang memasak hendaklah mencukupi agar pengendali makanan selesa dan boleh

menjalankan kerja dengan baik.

- Tempat mengeringkan pinggan mangkuk – mestilah di tempat yang selamat dan

bersih.

4.6.4 Tempat menyimpan bahan makanan : - penyimpanan bahan mentah yang tidak

mudah rosak hendaklah dilengkapi dengan para atau pun perabot yang sesuai.

- Selamat daripada gangguan tikus dan serangga dan mendapat pengudaraan yang

cukup.

-Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak hendaklah di dalam peti sejuk yang

mempunyai kemudahan beku dan dingin.

- Makanan yang sudah masak hendaklah disimpan ditempat yang tidak mudah

dihinggapi lalat dan serangga lain.

-Makanan untuk dijual diletak di tempat yang bertutup dan bersih.

4.6.5 Kaunter jualan – kaunter jualan hendaklah sesuai dan dilapik bahan kalis air.

- Sediakan lorong untuk murid beratur.

4.6.6. Tempat makan – tempat makan untuk murid hendaklah mencukupi dari segi

bangku dan meja, disediakan alas meja dari bahan yang kalis air, bersih dan kemas.

-Tempat makan staf hendaklah mempunyai kemudahan yang sesuai.

4.6.7 Sinki – Pastikan singki mencukupi dan berfungsi serta disediakan cecair

pencuci tangan.

Page 5: Perkara berbangkit

4.7 Penyelenggaraan sisa makanan

- sisa makanan hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Tong sampah perlu

mencukupi dan dilapis karung plastik serta bertutup. Kawasan sekitang tong sampah

dipastikan bersih agar tidak dihurung LILATI.

- pelupusan sampah – kawasan pelupusan sampah adalah di kawasan pembuangan

sampah di Kuarters Guru yang diselenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

4.8 Pengendali makanan

- pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan dan peraturan

mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan amalan yang baik.

- pengendali makanan perlu melayan pelanggan dengan baik dan tidak boleh sama

sekali menggunakan perkataan yang negatif terhadap pelanggan.

Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Maklumat pekerja kantin

- Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan pekerja

kantin. Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak pemantau.

Tindakan: Pihak Kantin

5.2 Laporan Kendiri Kantin

- Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri kantin

dalam masa yang ditentukan bagi memudahkan pihak sekolah membuat laporan

bulanan kantin.

Tindakan: Pihak Kantin

5.3 Label bahan makanan kering

- Pengusaha diminta melabel bahan makanan kering yang terdapat di kantin.

Tindakan: Pihak Kantin

Page 6: Perkara berbangkit

5.4 Harga makanan dan minuman

- Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan kuantiti

dan kualiti makanan yang telah dipersetujui.

Tindakan: Pihak Kantin

5.5 Pengusaha Kantin

- Puan Melati mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak

sekolah dengan kantin sekolah.

- Beliau akan buat yang terbaik bagi memastikan kualiti kantin akan lebih baik dari

masa ke semasa.

Tindakan: Makluman

PENUTUP

a. Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama dan menjalankan

tanggungjawab dengan baik.

b. Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya.

c. Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mac.

d. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.