Perkara Yang Merosakkan Aqidah

9
Pengenalan kepada Aqidah Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan. Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh) lagi terperinci. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...." (Surah Yusuf : 40) Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal

Transcript of Perkara Yang Merosakkan Aqidah

Page 1: Perkara Yang Merosakkan Aqidah

Pengenalan kepada Aqidah

        Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA"

yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap

dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari

dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan

jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang

kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.

Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh)

lagi terperinci. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas

yang kukuh. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi

Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan

dia...."            (Surah Yusuf : 40)

 Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:

        Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku

hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan

aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang

berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)."   (Surah Al-An'Am:162-163)

Peranan Aqidah

       Aqidah menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-

anasir yang boleh mencemarkan kesucian pegangan aqidah tauhid. Aqidah tauhid

yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia

menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang

Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara,

pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh

Page 2: Perkara Yang Merosakkan Aqidah

diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

        "Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada

Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang

menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan

(ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya."        (Surah al-An-Am:102)

Kepentingan Memelihara Aqidah

Aqidah seseorang  perlu dijaga sehingga ajalnya. Mereka yang dapat menjaga

aqidahnya dijamin masuk syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Wahai orang-orang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar

takwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang muslim.Manakala hadis

Rasulullah menyebut yang bermaksud  : Sesiapa yang akhir kalamnya mengucap

akan masuk syurga.” (Ali-Imran, 102)

Antara Perkara – Perkara Yang Merosakkan Aqidah

1. Menyekutukan Allah (Syirik)

2. Menenung nasib dan bermain sihir (Amalan – amalan khurafat)

3. Bertawakal kepada makhluk (Bergantung nasib pada makhluk)

4. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak

mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.

5. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada

sistem Islam.

6. Mencaci Nabi dan Sunnahnya.

7. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.

8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam

9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa

10.Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.

Page 3: Perkara Yang Merosakkan Aqidah

Bagaimana Amalan khurafat boleh merosakkan Aqidah?

Dalam konteks Aqidah, khurafat bermaksud bidaah aqidah yang merupakan

kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah

S.A.W. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat

kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak

boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang

khurafat apabila ia berpegang dan beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan

daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang

waras.

Umat Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang suci daripada

segala sesuatu yang tidak berfaedah dan Islam juga tidak menghendaki umatnya

hidup dalam dunia khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih lagi

sekiranya ia bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu

dengan kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya

dan kelebihan dan Allah maha luas pengetahuannya.

(Al-Baqarah ayat 268)

Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah untuk

memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat

besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh

membawa kepada kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.

Page 4: Perkara Yang Merosakkan Aqidah

Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa penyakit berjangkit,

perkara kepada burung hantu boleh membawa keburukan, atau bala' bulan safar dan

lain-lain adalah satu anggapan buruk dan bidaah yang keji serta wajib dihindari oleh

umat Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala

bulan safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari

dari singa. (Riwayat Bukhari)

Sesuatu bala' atau musibah tidak akan terjadi kepada manusia kecuali dengan

kehendak Allah S.W.T. disamping sebab musabab kejadian tersebut. Namun begitu,

ada di kalangan sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan amalan

berbentuk khurafat seperti mandi safar untuk menolak bala dan membersihkan dosa,

menyembah pantai untuk meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan,

kepercayaan sesetengah orang tentang adanya sial seperti biawak yang melintasi

seseorang atau masuk ke dalam rumah dikatakan kecelakaan akan menimpa,

adalah karut semata-mata. Begitu juga dengan menepung tawar untuk menolak bala.

Semua itu adalah kepercayaan khurafat yang mesti dihapuskan.

Dari aspek psikologi pula, seseorang yang mempercayai khurafat fikirannya tidak

bebas dan berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas

dan kepercayaan turun menurun.

Ia boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan

terhadap amalan khurafat tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep

qada dan qadar Allah S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas

Page 5: Perkara Yang Merosakkan Aqidah

berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin

untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Faktor-Faktor yang mempengaruhi Amalan Khurafat

Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Islam

adalah kerana kurangnya pengetahuan agama dimana sesetengah masyarakat

Islam tidak mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama Islam kerana masih

mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima

turun-menurun dari nenek moyang. Oleh itu, kita sepatutnya sedar dan insaf dan

kembali kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran dan

As-Sunnah.

Disamping itu, kita mestilah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T.

dengan menolak kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada

konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan

Rasulnya itulah orang yang bertuah, manakala orang yang ingkar dan tidak taat

kepada Allah S.W.T. adalah orang yang akan mendapat kecelakaan.

Bulan Safar adalah salah satu bulan diantara bulan-bulan Islam yang sama dengan

bulan-bulan yang lain, tiada bala' atau sial dalam bulan Safar.

Cara-cara Mengatasi kerosakan Aqidah

Bagi memastikan agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang

muslim, maka mestilah seseorang itu mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:-

Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa

bantuan dari luar.

Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul untuk

mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan

tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.

Page 6: Perkara Yang Merosakkan Aqidah

Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di dunia ini

adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.

Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang

mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir.

Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak

mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar.

Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak

mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada

terhingga.

Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala perbuatan yang

lampau.

Hubungan Antara Kalimah Syahadah dengan Aqidah

        Kalimah syahadah mempunyai perngertian yang luas dan mendalam dan

sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak Islam. Memahami

akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke arah

mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk

menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup

umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar.

        Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa pengakuan dan

persaksian insaniah cuma bererti sekiranya ianya dilafazkan dengan kegahaman dan

pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang bermaksud:

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka

berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau  sebenar-benarnya Rasul

Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa  engkau sebenar-benarnya

ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan

mereka adalah dusta."        (Surah al-Munafiqun:1)

Page 7: Perkara Yang Merosakkan Aqidah

Rujukan:

1) http://www.muftiselangor.gov.my/EBook/Koleksikhutbah/

AntaraAdatDanAgama.htm

2) http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis6.html

3) http://mommyotai.blogspot.com/2008/10/perkara-yang-merosakkan-

akidah.html

4) http://www.islam.gov.my/kesuma/pdf/PengukuhanAqidah.pdf

5) http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=29101&forum=3&

6) http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Koleksikhutbah/

AntaraAdatDanAgama.htm