PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF...
Transcript of PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF...
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
1
PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF DAN
HUBUNGANNYA DENGAN DAKWAH
Lutpi Mustafa [email protected]
Mohd Shafiee Hamzah [email protected]
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin Malaysia
THE WORD ‘AL-SAFF’ TAKEN FROM THE SURAT AL-SAFF, VERSE 4
AND ITS RELATION TO DA’WAH
ABSTRACT
The study discusses about the word ‘saff’ taken from the Surat al-Saff, verse 4 and its
relation to da’wah. This method of study is actually content analysis which uses
qualitative method, having to do with library reference. The objective of this study is
to explain the meaning of the word ‘saff’ and its relation to da’wah. The study
analysis is carried out using the inductive dan deductive methods in order to produce a
good study outcome. The finding in study concludes that the word ‘saff’ is related to
da’wah and struggle. In this study, the word ‘saff’ is interpretted as the line-up is
solat, struggle, jama’ah and unity of ummah. The study board suggests that more
detailed studys should be conclucted on this verse in order to know the figurative and
literal meaning as well as the lessons that can be derived.
Key Words: Surat al-Saff, da’wah, unity of ummah
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan mengenai perkataan Saff yang diambil dari Surah al-Saff,
ayat keempat dan hubungan dengan dakwah. Kaedah kajian ini merupakan analisis
kandungan yang menggunakan metode kualitatif yang terarah kepada rujukan
perpustakaan. Objektif kajian ini menjelaskan maksud perkataan saff dan hubungan
dengan dakwah. Analisis kajian ini dibentuk dengan menggunakan metode induktif
dan deduktif bagi merumuskan hasil kajian yang baik. Dapatan dalam kajian ini
merumuskan bahawa perkataan saff mempunyai kaitan dengan dakwah dan
perjuangan. Dalam kajian ini, perkataan saff dijelaskan sebagai barisan solat, saff
dengan maksud perjuangan, jama’ah dan kesepaduan ummah. Kajian ini
mencadangkan supaya kajian-kajian lebih terperinci dilakukan mengenai ayat ini
untuk mengetahui maksud yang tersusat dan tersirat serta pengajaran yang baik.
Kata Kunci: Surah al-Saff, dakwah, kesepaduan ummah
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
2
Pengenalan
Ayat keempat dalam Surah al-Saff ini menyatakan tentang perjuangan dakwah yang
perlu berada dalam satu barisan yang tersusun kukuh dan kuat agar tidak dapat
tumbangkan oleh musuh-musuh yang datang menjelma.
ب الذين ي حقاتلحون ف سبيله صف يح يان أنح ا ك إن الل مرصحوص م ب حن
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menyintai orang yang berjuang di jalanNya
dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu
bangunan yang tersusun kukuh.” (al-Saff: 4).
Maksud Ayat
Ayat ini terkait dengan kecintaan Allah terhadap mereka yang berjuang dan berjihad
di jalanNya dalam satu saff yang kuat dan tersusun. Ibn Kathir (1988) menafsirkan
bahawa ayat ini merupakan berita baik dari Allah tentang kecintaanNya terhadap
orang-orang beriman yang berjuang dalam satu saff berhadapan dengan musuh-musuh
Allah. Mereka berjihad di atas jalan Allah menentang kaum kufur agar kalimahNya
tetap utuh dan sentiasa berada di atas ubun-ubun. Allah menyukai mereka yang
meneruskan perjuangan itu kerana berada dalam satu kelompok jama’ah bagaikan
satu bangunan yang berdiri kukuh, kuat dan tidak mungkin dapat diruntuhkan.
Sebab itu, perjuangan Islam merupakan perjuangan untuk mencari keredhaan
Allah yang memerlukan cara dan kaedah yang tertentu. Menurut Yusuf al-Qardawi
(2009), perjuangan dalam gerakan Islam harus berdasarkan strategi dan perancangan
untuk membangunkan sasaran-sasaran agar dapat direalisasikan Manakala Khatib al-
Sharibini (1285H) dalam huraiannya mengenai ayat ini memperkatakan tentang sifat
kesempurnaan Allah, iaitu ( yang melahirkan sifat cinta kepada hambaNya yang (الحب
berjuang dan berjihad di atas jalanNya dalam satu organisasi yang kemas tersusun dan
Allah pasti memudahkan jalan untuk mencapai redhaNya. Apabila berlalunya
peristiwa hijrah, di sana Allah telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada anggota
jama’ah yang mengikut baginda s.a.w. dengan memberi pertolongan dan kekuatan
yang tidak diperolehi sebelum ini. Lalu Allah mengfardukan jihad ke atas mereka
melalui beberapa ayat, termasuk ayat di atas (al-Syafi’i, 2006).
Ayat ini melanjutkan bicaranya dengan menyebut: ( كأنهم مرصوصصفا بنيان )
yang bererti: “Berada dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti
suatu bangunan yang tersusun kukuh.” Menjelaskan ayat ini, al-Sa’d (2002) dalam
tafsirnya menghuraikan tentang gesaan Allah terhadap hamba-hambaNya supaya terus
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
3
istiqamah berada di atas jalanNya, di samping mengajar mereka cara-cara perjuangan
dengan membina saff yang tersusun kukuh dan kuat. Manakala Abu Hatim (1997)
dalam pandangannya menjelaskan, bahawa Allah Taala telah mengatur segala urusan
orang-orang mukmin dengan membina saff dalam perjuangan dan dalam mendirikan
solat. Pandangan beliau ini merumuskan tentang maksud perkataan al-Saff ( (الصف
yang dapat dibahagikan kepada dua, iaitu saff dalam perjuangan dan saff dalam
mendirikan solat.
Menjelaskan ayat: (مرصوص بنيان iaitu: “Seperti bangunan yang tersusun (كأنهم
kukuh” bahawa ayat ini menggambarkan usaha sepakat dan kerjasama yang erat
dilakukan oleh para pejuang di sepanjang jalan untuk meninggikan agama Allah
sebagai satu binaan yang tersusun kukuh dan kuat yang tidak mungkin dapat
dirobohkan. Memimpin pandangan Sayyid Qutb (1988), tafsirannya adalah terarah
dan beliau menjelaskan, andaikata batu-bata itu tidak tersusun rapi, sama ada
terkeluar ke hadapan atau ke belakang atau batu-bata itu terpisah dari pegangan batu-
bata di bawahnya atau di atasnya atau di sebelahnya, maka struktur bangunan itu tidak
lagi kuat dan tidak selamat lagi digunakan, kerana susunan bangunan itu akan menjadi
senget dan berat sebelah, tidak seimbang dan pasti akan tumbang. Sesungguhnya
contoh perbandingan ini merupakan gambaran tentang hakikat yang sebenar, iaitu
gambaran tentang tabiat sebuah jama’ah yang terikat kukuh di antara para
anggotanya, ikatan sebuah perasaan, ikatan ukhuwwah dan ikatan harakah di bawah
satu sistem amal jama’i yang tersusun untuk mencapai matlamat keredhaan Allah.
Deskripsi Perkataan Saff dan Hubungannya dengan Dakwah
Ayat di atas menyebut perkataan (صفا) yang diterjemahkan dengan makna barisan.
Para ilmuan Islam dalam kalangan ulama tafsir telah menjelaskan pengertian
perkataan saff ini dalam empat keadaan, iaitu saff dalam ibadat solat, saff dengan
makna perjuangan, saff dengan makna jama’ah Islam dan saff dengan makna kesatuan
ummah. Penjelasan mengenai makna-makna saff ini adalah sebagaimana berikut:
Saff dengan Makna Barisan
Saff dengan makna barisan dalam ibadat solat telah dijelaskan oleh al-Suyuti (2003)
dalam kitabnya al-Durr al-Manthur al-Tafsir bi al-Ma’thur. Menunaikan ibadat solat
secara berjama’ah memerlukan keteraturan dan penyusunan saff yang dibina dalam
keadaan rapat, kedudukan kaki adalah sama dan tiada kelompangan di antara
seseorang jama’ah. Arahan membetulkan saff telah dijelaskan dalam sebuah hadith,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda:
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
4
ا تصفون بصفوف المل وا وسدوا اللل ولين اذوا بي المناكب وح ة ئك أقيموا الصفوف فإنم ت ب ا وصل صف ومن ان ف أيدي إخوانكم ول تذروا ف رجات للشميط ارك وت عال ومن وصله اللم
تبارك وتعال قطع صف ا قطعه اللم
Maksudnya:
“Hendaklah kamu luruskan saff, sesungguh kamu berbaris bersama saff
para malaikat, samakan di antara bahu-bahu kamu dan penuhi ruang-
ruang kosong, lembut tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-
ruang kosong untuk syaitan, sesiapa yang menyambung saff, maka Allah
akan menyambungkannya dan sesiapa yang memutuskan saff, maka
Allah akan memutuskannya.” (Ahmad, 2009).
Hadith ini membicarakan tentang kepentingan meluruskan saff ketika
menunaikan solat dan memenuhi ruang-ruang saff yang kosong di antara ahli jama’ah
adalah termasuk dalam perkara membetulkan saff. Menurut Abd al-Rahman Abadi
(2005), maksud hadith di atas mengenai menyambung saff dijelaskan sebagai mereka
yang datang pada saff tersebut dan kemudian memenuhi ruang-ruang kosong di celah-
celah antara para jama’ah solat. Maksud Allah menyambungnya dijelaskan sebagai
Allah menyambung dengan rahmatNya sehingga selesai menunaikan solat. Manakala
maksud sesiapa yang memutuskan saff pula ialah mereka yang tidak memenuhi
ruang-ruang saff yang kosong. Dengan sebab itu, Allah akan memutuskan rahmatNya
dan tidak akan memeliharanya.
Di dalam sebuah hadith yang lain, sebagaimana diriwayatkan dari Abu
Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
است ووا ول تتلفوا فتختلف قلوبكم
Maksudnya:
“Luruskanlah saff kamu dan jangan bercerai-berai, nanti hati-hati kamu
pula akan tercerai-berai.” (Muslim, 1996).
Meluruskan dan membetulkan saff merupakan amalan yang sangat dituntut
sebelum mendirikan solat secara berjama’ah. Amalan ini diajar oleh Nabi s.a.w.
secara praktikal dan baginda tidak akan menunaikan solat sehingga baginda berpuas
hati melihat saff para jama’ah itu sempurna. Oleh itu, setiap kali menunaikan ibadat
ini para imam disunatkan untuk memberi peringatan kepada para makmun supaya
membetulkan saff. Manakala para makmun hendaklah menoleh ke kiri kanan sahabat
mereka agar merapatkan dan meluruskan saff sehingga bahu dan tumit mereka
bersentuhan tanpa ada ruang di antara mereka untuk syaitan berdiri di celah mereka.
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
5
Pentingnya meluruskan saff sehingga amalan ini dianggap sebagai sebahagian
daripada mendirikan solat, sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadith yang
diriwayat daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
ة ل سووا صفوفكم فإنم تسوية الصفوف من إقامة الصم
Maksudnya:
“Luruskan saff-saff kamu, kerana meluruskan saf itu termasuk dalam
mendirikan solat.” (al-Bukhari, 1986).
Persoalan memelihara dan merapatkan saff dalam solat perlu dilihat dari sudut
kesatuan umat Islam yang bermula dari ibadat solat. Dengan pembinaan saff-saff yang
betul ini melambangkan ikatan persaudaraan umat Islam terjalin dari sudut zahir dan
batin (Hasna, 2016). Namun, persoalan ini kian terabai dan diambil mudah. Ramai
dalam kalangan ahli jama’ah tidak menghiraukan tuntutan ini sebagaimana yang
berlaku di masjid-masjid hari ini. Saff-saff solat mereka kelihatan renggang, tidak
betul dan tidak sekata. Apa yang mengecewakan, terdapat dalam kalangan imam
sendiri yang tidak mengambil cakna mengenai perkara ini. Sedangkan dalam hadith-
hadith Nabi s.a.w. mengenai persoalan merapatkan saff sangat menitik-beratkan
kesempurnaannya (Ari Syaeful, 2017) sehingga terdapat hadith-hadith berbentuk
ancaman terhadap mereka yang tidak lurus dalam saff solat.
Di antara hadith tersebut sebagaimana yang diriwayat dari al-Nu’man bin
Bashir r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabada:
لتسونم صفوفكم أو ليخالفنم الله بي وجوهكم
Maksudnya:
“Hendaklah kamu meluruskan saff-saff kamu atau Allah akan
memperselisihkan di antara wajah-wajah kamu.” (Muslim, 1996).
Menurut Imam al-Nawawi (T.th), menjelaskan maksud ‘perselisihan wajah’ di
sini adalah terarah kepada permusuhan dan kebencian, perubahan wajah secara zahir
akan terkesan kepada hati secara batin. Manakala al-Qurtubi menyatakan, apa yang
dimaksudkan dengan ‘perselisihan hati’ pada hadith di atas adalah sikap seseorang
jama’ah yang tidak meluruskan saffnya dengan berdiri kehadapan atau ke belakang
yang menunjukkan kesombongan dalam hatinya yang tidak mahu teratur. Sikap
seumpama ini akan merosakkan hati dan akan menimbulkan gejala perpecahan (al-
‘Asqalani, 1986).
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
6
Di antara kesan buruk dengan sebab perbuatan yang tidak merapatkan saff
atau menyambung saff ialah:
a. Kedudukan saff yang tidak betul menyebabkan solat menjadi tidak sempurna,
sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayat dari Anas bin Malik r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
لة لصم اسووا صفوفكم فإنم تسوية الصفوف من إقامة وف لفظ: فإنم تسوية الصمف من تام الصملة
Maksudnya:
“Betulkan saff-saff kamu, kerana meluruskan saff-saff termasuk dalam
perkara menegakkan solat, dalam lafaz yang lain: Kerana meluruskan
saff termasuk kesempurnaan solat.” (al-Bukhari, 1986).
b. Keadaan saff yang tidak betul dan tidak sempurna merupakan punca
perpecahan umat Islam. Perkara ini dijelaskan oleh Nu’man bin Bashir r.a. dalam
sebuah hadith dengan sanad yang sahih:
الله ا صفوفكم ثلثا و ل أقيمو ف قاهه أق بل رسول الله صلى الله عليه وسلم على النماس بوج نكبه بنكب صاحبه ت الرمجل ي لزق م ال ف رأي ق بكم لو لتقيمنم صفوفكم أو ليخالفنم الله بي ق
وركب ته بركبة صاحبه وكعبه بكعبه
Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w. pernah menghadap ke arah jama’ah solat dan
bersabda: Betulkan saff-saff kamu (diulang tiga kali), demi Allah..!
Apabila kamu tidak menegakkan saff kamu nanti Allah akan mencerai-
beraikan hati kamu. Nu’man berkata: Aku melihatkan sendiri masing-
masing di antara kami saling merapatkan bahunya dengan bahu
sahabatnya, lututnya dengan lutut sahabatnya dan tumitnya dengan tumit
sahabatnya.” (Abu Dawud, 1990).
c. Susunan saff dalam ibadat solat yang tidak betul dan tidak lurus pasti tidak
akan mendapat rahmat dari Allah, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadith
sahih:
ا درجة رجة رف عه الله ب ف من سدم و فوف لص إنم الله وملئكته يصلون على المذين يصلون ا
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
7
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya selalu mendoakan orang-
orang yang menyambung saff-saff dalam solat, sesiapa yang mengisi
kekosongan saff akan diangkat satu darjat oleh Allah.” (Ibn Majah, 2015).
Menurut al-‘Asqalani (1986), berdasarkan keterangan hadith-hadith di atas,
melurus, membetul dan merapatkan saff dalam ibadat solat secara jama’ah
menghukumkannya sebagai wajib dan tidak menyempurnakannya adalah haram.
Saff dengan Makna Perjuangan
Saff dengan makna perjuangan dalam peperangan untuk menegakkan agama Allah,
kerana mereka yang berjuang dan berjihad di jalan Allah memerlukan kepakaran dan
strategi untuk menghadapi barisan musuh, memerlukan kekuatan dan kecekalan, tidak
boleh terburuh-buru, saling berganding bahu dan bantu-membantu. Perkara ini
dijelaskan oleh al-Baghawi (1993) bahawa maksud dari ayat di atas ialah mereka yang
berada di dalam satu saff perjuangan dan tidak mungkin akan bergoyah dari tempat
tersebut.
Manakala al-Qurtubi (1988) menjelaskan makna saff sebagai perjuangan
menentang musuh-musuh Allah, di mana Allah menyifatkan hubungan orang-orang
mukmin bagaikan sebuah bangunan kukuh dalam perjuangan mereka dan dalam solat
mereka. Beliau kemudian mengukuhkan makna saff ini sebagai pembuktian bahawa
perjuangan dalam keadaan berjalan lebih baik daripada menunggang.
Menurut Jainudin (2017) dalam kajiannya mengenai konsep jihad menurut
Surah al-Saff, beliau merumuskan bahawa surah ini menceritakan tentang barisan
perjuangan dalam menegakkan agama Allah dengan tawaran pahala yang Allah
janjikan kemenangan apabila mengikuti seruanNya dengan mengadaikan harta dan
jiwanya semata mata demi perjuangan dakwah.
Dengan demikian, konsep perjuangan dalam Islam mestilah menepati al-Qur’an
dan al-Sunnah serta ijmak ulama supaya konsep tersebut tidak disalah-tafsirkan
(Ramlan, 2016) sebagai golongan teroris yang menafsirkan perjuangan itu sebagai
jihad semata-mata yang menghalalkan pembunuhan dan pertumpahan darah (Muhd
Imran, 2018).
Perkataan Saff diertikan Sebagai Jama’ah
Perkataan saff diertikan sebagai jama’ah dalam kalangan orang-orang Islam yang
berjuang di jalan Allah. Ini kerana konsep jama’ah adalah konsep penyusunan idea
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
8
dan pendapat untuk membentuk Wahdat al-Fikri dan Wahdat al-‘Amali yang
memerlukan kesatuaan dalam apa jua tindakan supaya perjuangan yang dilakukan itu
terarah dan menepati objektif. Menjelaskan perkara ini, Sayyid Qutb (1998) dalam
huraiannya menjelaskan bahawa perkataan saff di dalam Surah al-Saff bererti jama’ah
Islam.
Penghuraian ayat di atas terkait dengan perkataan saff ini menerangkan
bahawa dalam sebuah jama’ah tidak boleh terdapat percanggahan yang boleh
membawa kepada permusuhan yang pada akhirnya mengakibatkan hancurnya
jama’ah tersebut. Perkara ini ditegaskan oleh al-Maraghi (1946) dalam tafsirnya,
bahawa pertentangan yang menyebabkan rosaknya hubungan dalam jama’ah akan
membawa kepada kelemahan dan kegagalan serta kehancuran. Dengan itu, konsep
berjama’ah sangat penting dan merupakan perkara asas dalam sesuatu pengurusan.
Menurut Said Hawa (1981), di antara ciri-ciri sesebuah jama’ah Islam ialah
menggunakan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan yang dibangunkan
untuk menegakkan agama Allah dan membina Dawlah Islamiyah di atas muka bumi.
Jama’ah tersebut hendaklah memahami Islam secara shumul dan pendekatan dakwah
yang diamalkan adalah bersifat komprehensif, tidak terbatas hanya kepada sesebuah
negara atau suku bangsa. Ini kerana, dakwah Islam adalah dakwah untuk sekelian
alam yang menekankan semua umat Islam adalah Wahdat al-Ummah dan sentiasa
bergerak ke arah matlamat yang satu.
Manakala Mustafa Masyhur (1995) yang mengulas ciri-ciri sebuah jama’ah
Islam mesti mengikut kaedah perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. ketika
berdakwah, sama ada sebelum hijrah atau selepas hijrah sehingga tertegaknya sebuah
negara Islam. Kaedah dakwah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. adalah secara
berperingkat-peringkat, beransur-ansur, jelas dan terang ketika membawa risalah
dakwah, dilaksanakan secara berhikmah dan sentiasa berwaspada dalam setiap
langkah serta mengambil kira faktor persekitaran.
Oleh itu, sesebuah jama’ah yang didokong memerlukan sistem pengurusan
yang baik dan berkesan, sama ada dari sudut organisasinya atau pelaksanaan
programnya atau perancangan yang diatur. Namun, terkadang sistem pengurusan
memerlukan maslahat (Abdul Hadi, 2016) dan kesesuaian mengikut situasi
setempat,supaya penyampaian dakwah dapat diterima oleh masyarakat dengan
sempurna.
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
9
Saff dengan Makna Memelihara Kesatuan Umat Islam
Perkataan saff diertikan dengan makna perintah dan anjuran memelihara kesatuan
ummah dan menjauhkan dari perpecahan, perbalahan dan perselisihan sehingga
membawa kepada pergaduhan, sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Qur’an:
يعا ول ت فرمقوا واذكرو ء فألمف بي ق لوبكم فأصبحتم كم إذ كنتم أعداللم علي اعمت ا ن واعتصموا ببل اللم ج بنعمته إخوان
Maksudnya: “ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan
janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika
kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan
hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara.”
(Ali Imran: 103).
Menjelaskan ayat ini, Syeikh al-Sa’di dalam tafsirnya menegaskan, bahawa
perpecahan dan permusuhan dalam kalangan kaum muslimin akan merosakkan
hubungan mereka dan memutus ikatan ukhuwwah sesama mereka, mereka akan
bersikap individualistik dan bekerja berdasarkan hawa nafsu sendiri, perkara ini akan
memberi bahaya kepada maslahat umum.
Dalam sebuah hadith, sebagaimana yang diriwayat dari Nu’man bin Basyir,
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
هم ى له سائر جسده ا اشتكى عضوا تداع لسد إذ ثل ا كم وت وادهم وت عاطفهم ت رى المؤمني ف ت راح بلسمهر والممى
Maksudnya: “Kamu akan melihat orang-orang mukmin dalam hal saling mengasihi,
mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota
tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut
merasakan sakit).” (al-Bukhari, 1986).
Gambaran kesatuan umat Islam dan melarang daripada melakukan perpecahan
telah dijelaskan dalam sebuah hadith, sebagaimana hadith yang diriwayat darri Abu
Musa, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
يان يشد ب عضه ب عضا وش ه أصابع ك بي بم المؤمن للمؤمن كالب ن
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
10
Maksudnya:
“Orang-orang mukmin sesama mukmin bagaikan satu bangunan yang
satu sama lain saling menguatkan, sambil Rasulullah s.a.w. memasukkan
jari-jari tangannya.” (al-Bukhari, 1986).
Contoh perbandingan Rasulullah s.a.w. ini sungguh tepat, kerana ribuan batu-
bata yang berselerak di tepi-tepi jalan tidak mempunyai apa-apa nilai kerana tidak
dimanfaatkan. Tetapi apabila batu-bata tersebut diikat dan disusun dengan teratur dan
rapi, maka ianya akan membentuk suatu dinding yang kuat untuk membina sebuah
bangunan kukuh yang tidak mungkin dapat dirobohkan. Gambaran ini sama dengan
gambaran yang terdapat dalam Surah al-Saff ayat yang keempat ini, bahawa sikap
tolong-menolong dan bantu-membantu di atas jalan Allah untuk keperluan saudara
seagama termasuk alam konsep jihad. Perkara ini termasuk dalam perkara melepaskan
kesusahan yang dihadapi oleh saudara semuslim, nanti kita akan dilepaskan dari
kesusahan pada hari akhirat, benarlah sabda Nabi s.a.w.:
نيا ن القيامة بة من كراب ي وم عنه كر الله فس من ن فمس عن مؤمن كربة من كراب الد ته الله ف من ست مسلما س و الخرة يا و ن يسمر على معسر يسمر الله عليه ف الد ومن
ن يا اخيه د ف عون لعب ا ان والخرة والله ف عون العبد ما ك الد
Maksudnya:
“Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia,
Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat,
sesiapa yang meringankan penderitaan seseorang, Allah akan
meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat, sesiapa yang menutup
keaiban seseorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan
akhirat, Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu menolong
saudaranya.” (Muslim, 1996).
Implementasi Saff Sebagai Perjuangan Dakwah Terfokus
Muqatil Ibn Hayyan menjelaskan, bahawa ayat ini terkait dengan rungutan orang-
orang mukmin mengenai amalan yang paling disukai oleh Allah untuk mereka
amalkan. Kemudian Allah menunjukkan kepada mereka amalan yang paling disukai
melalui firmanNya ini: Bahawa Allah menyukai orang-orang yang berperang di
jalanNya dalam keadaan saff yang teratur. Mereka telah diuji oleh Allah melalui
peperangan Uhud, namun mereka berpaling dari Rasulullah s.a.w. dan meninggalkan
baginda.
Di dalam sepotong hadith yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
11
“Terdapat tiga kelompok orang yang Allah akan tertawa kepada
mereka, iaitu orang yang bangun tengah malam, orang-orang berada
dalam saff jama’ah untuk mendirikan solat dan orang-orang yang
berada dalam saff untuk berperang.” (Ahmad, 2009).
Menjelaskan perkataan (صفا) dalam ayat di atas, Ibn ‘Abbas r.a. menafsirkan dengan
makna tetap berdiri teguh di atas agama Allah, tidak tumbang-ambing dan masing-
masing dengan peranan serta mempunyai ikatan yang erat di antara satu sama lain.
Terkait dengan ayat ini, Qatadah cuba menjelaskan maksud contoh
perbandingan yang dikemukakan oleh Allah ( مرصوصكأ بنيان نهم ) - Bahawa hubungan
akrab dan erat di antara orang-orang muslim sesama muslim bagaikan satu bangunan
yang tersusun kukuh. Seseorang kontraktor yang membina sebuah bangunan
mengarahkan para pekerjanya agar melakukan kerja-kerja pembinaan mengikut segala
arahan yang ditetapkan. Penggunaan segala bahan material adalah mengikut
klasifikasi yang ditetapkan seperti adunan pasir dan simen serta bahan-bahan yang
lain. Tujuannya adalah untuk menjaga supaya bangunan yang dibina berdiri kukuh
dan tidak mungkin akan runtuh.
Demikian juga, bahawa Allah Yang Maha Perkasa tidak suka seandainya
perintahNya tidak dipatuhi dan apatah lagi diabaikan. Dia telah membariskan orang-
orang mukmin dalam peperangan dan ibadat solat dalam satu saff supaya mereka
dapat memusatkan ubudiyyah mereka kepadaNya. Dengan sebab itu, ayat ini secara
tidak langsung mengarahkan supaya setiap muslim wajib berpegang teguh pada
perintah Allah, kerana Dia adalah Tuhan yang menjadi pelindung kepada setiap
hamba berrpegang teguh kepadaNya.
Hubungan Ayat dengan Dakwah
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah amat menyintai orang-orang yang berjuang
dan berjihad di jalanNya, iaitu mereka yang melakukan perjuangan dakwah untuk
menyeru manusia ke pangkuan Allah (Levis B. Ch. Pellot and J.Schacht, 1965), sama
ada mereka menggunakan senjata yang berada di medan juang menghadapi musuh
atau menggunakan ucapan dan perkataan yang dilakukan secara berjama’ah dalam
satu saff organisasi yang tersusun kukuh. Perjuangan dakwah juga boleh diaplikasikan
dalam bentuk tulisan yang dihasilkan melalui buku-buku dan karya-karya yang
ditulis.
Syarat untuk mendapatkan kecintaan dari Allah bukan hanya semata-mata
berjuang di atas jalanNya, bahkan harus bersatu dalam satu saff perjuangan yang
didokong oleh mereka yang mempunyai kepimpinan yang terancang. Perbandingan
yang dinyatakan dalam ayat di atas sungguh menakjubkan. Saff perjuangan yang
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
12
dibina bagaikan sebuah bangunan yang kukuh sebagai perlambangan tentang ikatan
anggota jama’ah dan ikatan perjuangan yang tersusun dan terancang. Ini kerana, tidak
mungkin sesebuah bangunan itu akan dapat berdiri kukuh andaikata batu batanya
rapuh dan kualiti pasir yang diadun dengan simen tidak mengikut spesifikasi yang
ditetapkan, pasti bangunan itu akan mudah roboh dan runtuh. Begitu juga dalam
dakwah, bahawa setiap individu muslim yang terbina di atas jalannya seharus
mempunyai iman yang mantap dan dikuasai dengan keikhlasan yang benar-benar
hebat.
Pentingnya konsep berjama’ah dalam perjalanan dakwah ke jalan Allah
dijelaskan dalam beberapa hadith, di antaranya ialah hadith yang diriwayat oleh al-
Turmidhi:
د من اراد ي أبعلثنياكم والفرقة وعليكم بلماعة فان الشيطان مع الواحد وهو من اإ ببوحة النة فليلزم الماعة
Maksudnya:
“Jauhkan kamu dari perpecahan dan hendaklah kamu bersama
jama’ah, kerana syaitan bersama dengan orang yang kesepian, namun
dia menjauhkan diri ketika orang itu berdua, oleh itu sesiapa yang
mahukan hidup di tengah syurga, maka dia hendaklah bersama dengan
jama’ah.”(Turmidhi, 1996).
Sabda Rasulullah s.a.w.:
سبيل الل فالهاد و جرة بلماعة والسمع والطاعة واله ن آمركم بخمس الل أمرني بنأو ع أن يرجل إ سلم من عنقهنه من خرج من الماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الإإف
لم ه مسن صام وصلى وزعم أنإن صلى وصام قال و إيا رسول الله و قالوا
Maksudnya:
“Aku menyuruh kamu dengan lima perkara yang Allah memerintahkan
aku dengannya, iaitu: tetap bersama jama’ah, dengar dan patuh,
berhijrah dan berjihad di jalan Allah. Maka sesungguhnya sesiapa yang
keluar meninggalkan jama’ah sekadar sejengkal, maka dia telah
mencabut ikatan Islam dari tengkoknya sehinggalah dia kembali semula
bersama jama’ah, sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sekali pun
orang itu bersolat dan berpuasa? Baginda menjawab: Ya, sekalipun dia
berpuasa dan bersolat, dia menyangka seorang muslim.” (Ahmad,
2009).
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
13
Dalam hadith yang diriwayatkan dari Jabir bin Abd Allah r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
قيامة ي وم ال ن إل ريل ت زال طائفة من أممت ي قاتلون على الق ظاه
Maksudnya:
“Akan sentiasa ada satu golongan dari umat ku, yang sentiasa berjuang
di atas kebenaran berterusan secara nyata sehingga ke hari kiamat.”
(Muslim, 1996).
Kefahaman tentang konsep perjuangan secara berjama’ah ini digambarkan
oleh kata-kata Umar al-Khattab r.a.:
ل إسلم إل بجماعة ول جاعة إل بإمارة
Maksudnya:
“Tidak sempurna Islam melainkan dengan jama’ah, tidak sempurna
jama’ah melainkan dengan kepimpinan.”(al-Darimi, 1987).
Menurut Jamil Farooqui (2014) dalam kajiannya berjudul The Sociological
Approach to Islamic Da‘wa menjelaskan bahawa tiga aspek dakwah yang sangat
terkesan kepada hubungan sosial dan kehidupan individu yang perlu diberi perhatian,
iaitu:
“First, the significance of da‘wah from the sociological perspective is
the nature of intellectual interaction where there is an exchange of ideas and
ideals affecting the mind-set of individuals. Second, it is a vital form of social
transformation which takes place at the intellectual level and proceeds to the
physical level. Third, it has a distinct method based on the communicator,
content, recipient and the style of communication.”
Setiap individu dakwah masing-masing mempunyai peranan untuk membina
nilai upaya dengan kemampuan dan kebolehan yang ada (Abdul Ghafar dan Jaffary,
2009), kerana di sana terdapat pelbagai cabang-cabang dan juzuk-juzuk dakwah. Ada
dalam kalangan mereka yang mampu bercakap, berceramah dan berpidato, tetapi
mereka lemah ketika berhujah, ada dalam kalangan mereka yang boleh melakukan
program dan aktiviti lasak, tetapi mereka lemah berhadapan dengan orang ramai, ada
dalam kalangan mereka yang hebat memberi pandangan dan kritikan, tetapi mereka
tidak mampu untuk berdialog dan berdiskusi, ada pula dalam kalangan mereka yang
banyak memberi sumbangan harta benda dan wang ringgit, tetapi mereka tidak petah
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
14
bercakap dan diajak bicara. Oleh itu, kemampuan dan kebolehan adalah individual
skills yang tetap memberi saham kepada perjuangan walau sekecil mana sumbangan
yang dihulurkan.
PENUTUP
Kajian mengenai perkataan saff, ayat keempat dalam Surah al-Saff dan hubungan
dengan dakwah merumuskan bahawa perkataan saff sememangnya mempunyai kaitan
dengan dakwah. Dalam kajian ini, perkataan saff dijelaskan dengan empat pengertian,
iaitu saff dengan makna barisan dalam ibadat solat, saff dengan makna perjuangan,
saff dengan makna jama’ah dan saff dengan makna kesatuan ummah. Keempat-empat
makna ini merupakan elemen yang mempunyai kaitan dengan dakwah. Menjelaskan
perkara ini, saff dalam ibadat solat merupakan asas kekuatan di antara muslim,
manakala perjuangan, jama’ah dan kesatuan ummah adalah sinonim dengan dakwah.
Rahsia mengapa Allah mengumpamakan saff perjuangan itu dengan sebuah bangunan
yang kukuh dapat dijelaskan bahawa setiap individu muslim tidak cukup hanya
menjadi individu yang bersifat sendirian, melainkan dia harus bersinergi dan saling
mengisi dan melengkapkan perbezaan untuk mencapai hasil yang lebih besar untuk
melihat orang lain beramal soleh. Sudah tentu, bangunan yang dibina kukuh itu pasti
akan bertahan lama dan tidak mengalami kerapuhan dan kerosakkan pada musim
panas atau hujan. Begitu juga dengan barisan dakwah, kekuatan akidah adalah asas
perjuangan untuk membina kejayaan, kerana dalam perjuangan terdapat pelbagai
tribulasi yang datang dari pelbagai sudut dan ruang-lingkup kehidupan. Oleh itu,
prinsip istiqamah dan komitmen dalam perjuangan adalah perlu.
BIBLIOGRAFI
al-Tabari, Ibn Jarir. 1988. Jami’ al Bayân ‘An Ta’wil Ayi al-Qur’an. Bayrut: Dar al-
Fikr.
Abadi, Abu ‘Abd al-Rahman Sharf al-Haq al-‘Azim Abadi. 1990. ‘Aun al-Ma’bud
‘Ala Sharh Sunan Abi Dawud. Bayrut: Dar Ibn Hazm.
Abdul Hadi Sirat, Nurul Hilmiyah dan Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai. 2016. Al
Maslahah Based Quality Management: A Theoretical Overview. American
Journal of Applied Sciences 2016, 13 (3): 243.250
Abdul Ghafar Don dan Jaffary Awang. 2009. Knowledge Management and its Impact
on Islamic Da’wah A Historical Perspective. Journal of Islamic and Arabic
Education 1 (2), 2009 61-68.
Abu Hatim, Abd al-Rahman bin Muhammad bin Idris al-Razi Ibn Abi Hatim. 1997.
Tafsir al-Qur’an al-Azim Musnadan ‘An Rasul Allah s.a.w. wa al-Sahabat wa
al-Tabi’in. al-Riyad: Maktabat Nazar Mustafa al-Baz.
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
15
al- Sa’di. Abdul Rahman al-Sa’di. Taysir Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-
Mannan.
al-‘Asqalani, Ibn Hajar. 1986. Fath al-Bari. Bab Taswiya al-Sufuf. Qahirah: Dar al-
Rayyan li al-Turath.
al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn bin Mas'ud. 1993. Tafsir al-Baghawi
(Mu’alim al Tanzil). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.
al-Darimi, Abdullah bin Abdul Rahman. 1987. Sunan al-Darimi. Bayrut: Dar al-
Kutub al-‘Arabi.
al-Maraghi, Ahmad Mustafa al-Maraghi. 1946. Tafsir al-Maraghi. Qahirah: Mustafa
al-Babiy al-Halabiy.
al-Nawawi, Yahya bin Sharif Abu Zakariyya. 1996. Shar al-Nawawi ‘Ala Muslim.
Bayrut: Dar al-Khayr.
al-Qaradawi, Yusuf. 2009. Fiqh al-Jihad: Dirasah Muqaranat li-Ahkamihi wa-
Falsafatihi fi Daw al-Quran wa-al-Sunnah. Qahirah: Maktabah Wahbah.
al-Sayuti, Jalal al-Din al-Sayuti. 2003. al-Durr al-Manthur al-Tafsir bi al-Ma’thur.
Tahqiq: ‘Abd Allah bin Abd al-Muhsin al-Turki. Qahirah: Markaz Hijr li
Buhuth wa Dirasat al-‘Arabiyyat wa Islamiyyat.
al-Sa’d, Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’d. Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir
Kalam al-Mannan.
al-Sharibini, Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Sharibini Shams al-Din. 1285H. al-
Siraj al-Munir fi al-I’anah Ala Makrifat Ba’d Ma’ani Kalam Rabbi al-Hakim
al-Khabir. Matba’at Bulaq al-Amiriyyah.
al-Syafi’i, Abu Abd Allah Muhammad bin Idris al-Syafi’i. 2006. Tafsir al-Imam al-
Syafi’i. Tahqiq: Ahmad bin Mustafa al-Farran. al-Saudiyyah: Dar al-
Tadmuriyyah.
al-Turmidhi, Abu Isa. 1996. Jami’ al-Turmidhi. Bayrut: Dar al-Gharab al-Islami.
Bahri, Ari Syaeful. 2017. Pendapat Ulama dan Penerapan Metode Tekstual-
Konsekstual Terhadap Ilzaq. Tesis Sarjana Fakulti Usuluddin dan Filsafat,
Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.
Bidin, Hasna. 2016. Pelaksanaan Solat Dalam Kalangan Pelajar Muslim Di Kolej
Komuniti Negeri Johor. Tesis sarjana falsafah, Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia.
Ibn Hanbal, Ahmad bin Hanbal. 2009. Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Tahqiq:
Shu’ayb al-Arna’ut. Bayrut: Muassasah al-Risalah.
Ibn Majah, Muhammad bin Yazid. 2015. Sunan ibn Majah. al-Riyad: Dar al-
Hadharah li Nashr wa al-Tawzi’.
Farooqui, Jamil. 2014. The Sociological Approach to Islamic Da‘wa. Journal of
Islamic in Asia, Vol. 11, No. 2, IIUM.
Levis B. Ch. Pellot and J.Schacht e.d.s. 1965. The Encyclopedia of Islam, J.2, New
Edition, E.J. Brill. Masyhur, Mustafa .1995. Min Fiqh al-Dakwah. Qahirah: Dar al-Tawzi’ wa al-Nashr
al-Islami.
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam
_________________________________________
16
Muhd Imran Abd Razak, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Siti
Maimunah Hj. Kahal dan Rabiatul Adawiyyah Mohamed Ratha. 2018.
Analisis Fahaman Ekstremis Agama dan Media Sosial Di Malaysia (Analysis
Of Extreme Religion Followers And Social Media In Malaysia). Asian Journal
of Environment, History and Heritage June 2018, Vol. 2, Issue. 1, p. 91-103.
Muhammad Nasib al-Rifa’i. 2007. Ringkasan Tafsir Ibnu Kathir. Jakarta, Gema
Insani Press
Peran, Mohd Jainudin. 2017. Konsep Jihad Menurut Surah As Shaff. Tesis Sarjana,
Fakultas Dakwah dan Komunikasi, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry
Darussalam, Banda Aceh.
Ramlan, Tengku Erwinsyahbana dan Nurul Hakim. 2016. The Concept of Jihad In
Islam. IOSR Journal Of Humanities And Social Science (IOSR-JHSS)
Volume 21, Issue 9, Ver. 7 (Sep. 2016) PP 35-42.
Said Hawwa. 1981. Durus fi al-Amal al-Islami. Qahirah: Dar ‘Ammar li al-Nashr wa
al-Tawzi’
Sayyid Qutb. 1988. Fi Zilal al-Qur’an. Qahirah: Dar al-Shuruq.