PERKEMBANGAN

1
PERKEMBANGAN Kami memilih untuk membuat pembungkus kek dan kota pembungkus air susu. Kek tersebut terdiri daripada aneka jenis yang dikeluarkan daripada syarikat yang sama. Minuman pula terdiri daripada minuman susu segar. Bagi penggemar susu, ia boleh didapati dalam pelbagai perisa antaranya coklat, strawberi dan jagung. Kandungan nutrien, logo syarikat n kos perbelanjaan Kami telah mencari maklumat pemakanan tentang kek sebelum memulakan mereka cipta kotak pembungkus kek tersebut. Kami juga telah mencari maklumat pemakanan bagi minuman tenusu. Lampiran 1 dan lampiran 2 merupakan maklumat pemakanan bagi kedua-dua makanan dan minuman tersebut. Kami seterusnya memilih warna merah jambu sebagai warna tema kotak kek kerana warna ini dapat menarik minat pembeli wanita dan kanak-kanak terutamannya. Manakala, bagi kotak minuman tenusu, kami memilih warna putih dan coklat yang melambangkan kesegaran susu sebagai warna utama kotak pembungkusan. Pembungkus makanan dan minuman yang menggunakan warna terang akan dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli produk makanan ini. Pertamanya, kami membuat reka bentuk untuk minuman. Kami menggunakan hamparan kotak berisipadu 325 ml. Bekas ini mempunyai ukuran tinggi 9 cm dan berbentuk kuboid. Setiap grafik dicetak gambar produk, ramuan, tarikh luput,maklumat pemakanan, arahan, kod bar, logo halal, logo syarikat pengeluar, logo amalan perkilangan yang baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan alamat pengilang. Bentangan bagi pembungkus minuman adalah seperti dalam Rajah 3 dan Rajah 4. Seterusnya kami membuat reka bentuk untuk bungkusan kotak kek. Untuk rekaan ini, kami menggunakan kertas kotak yang sedikit keras. Ia mempunyai ketinggian 29.6 cm dan lebar 91.2 cm. Kotak ini boleh memuatkan sebiji kek yang berbentuk bulat atau empat segi yang. Bentangan pembungkus kebab ini adalah seperti dalam Rajah 5, Rajah 6 dan Rajah 7. Akhir sekali, kami membuat bungkusan utama yang boleh memuatkan sebuah kek dan satu kotak susu. Kotak ini menggunakan latar warna tema tersendiri bersesuain dengan produk dan mempunyai maklumat lengkap tentang makanan dan minuman di dalamnya.

description

kertas cadangan pembungkusan makanan

Transcript of PERKEMBANGAN

Page 1: PERKEMBANGAN

PERKEMBANGAN

Kami memilih untuk membuat pembungkus kek dan kota pembungkus air susu. Kek

tersebut terdiri daripada aneka jenis yang dikeluarkan daripada syarikat yang sama. Minuman

pula terdiri daripada minuman susu segar. Bagi penggemar susu, ia boleh didapati dalam

pelbagai perisa antaranya coklat, strawberi dan jagung.

Kandungan nutrien, logo syarikat n kos perbelanjaan

Kami telah mencari maklumat pemakanan tentang kek sebelum memulakan mereka

cipta kotak pembungkus kek tersebut. Kami juga telah mencari maklumat pemakanan bagi

minuman tenusu. Lampiran 1 dan lampiran 2 merupakan maklumat pemakanan bagi kedua-dua

makanan dan minuman tersebut.

Kami seterusnya memilih warna merah jambu sebagai warna tema kotak kek kerana

warna ini dapat menarik minat pembeli wanita dan kanak-kanak terutamannya. Manakala, bagi

kotak minuman tenusu, kami memilih warna putih dan coklat yang melambangkan kesegaran

susu sebagai warna utama kotak pembungkusan. Pembungkus makanan dan minuman yang

menggunakan warna terang akan dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli produk

makanan ini.

Pertamanya, kami membuat reka bentuk untuk minuman. Kami menggunakan hamparan

kotak berisipadu 325 ml. Bekas ini mempunyai ukuran tinggi 9 cm dan berbentuk kuboid. Setiap

grafik dicetak gambar produk, ramuan, tarikh luput,maklumat pemakanan, arahan, kod bar, logo

halal, logo syarikat pengeluar, logo amalan perkilangan yang baik oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia dan alamat pengilang. Bentangan bagi pembungkus minuman adalah seperti dalam

Rajah 3 dan Rajah 4.

Seterusnya kami membuat reka bentuk untuk bungkusan kotak kek. Untuk rekaan ini,

kami menggunakan kertas kotak yang sedikit keras. Ia mempunyai ketinggian 29.6 cm dan lebar

91.2 cm. Kotak ini boleh memuatkan sebiji kek yang berbentuk bulat atau empat segi yang.

Bentangan pembungkus kebab ini adalah seperti dalam Rajah 5, Rajah 6 dan Rajah 7.

Akhir sekali, kami membuat bungkusan utama yang boleh memuatkan sebuah kek dan

satu kotak susu. Kotak ini menggunakan latar warna tema tersendiri bersesuain dengan produk

dan mempunyai maklumat lengkap tentang makanan dan minuman di dalamnya.