Perkembangan Ekonomi Asas

19
OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS “ Kemelesetan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan Jepun pada suku tahun terakhir 2008 telah menandakan bermulanya era kemelesetan ekonomi dunia. Kebanyakan kerajaan di seluruh dunia telah membuat persiapan untuk menghadapiu krisis ekonomi global ini dengan mengenalkan beberapa pakej penyelamat bagi memastikan kemelesetan ekonomi yang terburuk pada dekad ini tidak menular dan seterusnya memburukkan lagi keadaan ekonomi dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dalam memastikan pakej penyelamat dilaksanakan dengan berkesan.” Ketika membaca tugasan ini pastinya kita sama – sama mengetahui keadaan sekarang yang mana keadaan ekonomi Negara kita semakin meruncing dan merudum akibat kemelesatan ekonomi yang di alami oleh seluruh dunia dan selaras dengan kenyataan di atas. Rentetan masalah ini, telah kita ketahui bagaimana dan betapa kerajaan Malaysia begitu mengambil berat terhadap masalah yang sedang kita hadapi ini dan lantas dengan segera menawarkan pakej – pakej penyelamat berupa ransangan – ransangan kewangan bagi membantu rakyat terutama pengusaha kecil untuk terus hidup dan menyaingi keadaan semasa. Ini adalah dasar tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat daripada terus jatuh terutama bagi peniaga – peniaga kecil serta sektor industri pengilangan. Sebelum saya teruskan lagi, mari sama – sama kita lihat cirri – ciri ekonomi yang di amalkan oleh Negara Malaysia. Menurut Modul OUM HBSS2203 ‘Perkembangan Ekonomi Asas’, ada menyatakan bahawa ekonomi Malaysia merupakan sebuah ekonomi AZMAN BIN SALLEH 750312025163 1

Transcript of Perkembangan Ekonomi Asas

Page 1: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

“ Kemelesetan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan Jepun pada suku tahun terakhir

2008 telah menandakan bermulanya era kemelesetan ekonomi dunia. Kebanyakan

kerajaan di seluruh dunia telah membuat persiapan untuk menghadapiu krisis ekonomi

global ini dengan mengenalkan beberapa pakej penyelamat bagi memastikan kemelesetan

ekonomi yang terburuk pada dekad ini tidak menular dan seterusnya memburukkan lagi

keadaan ekonomi dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dalam memastikan pakej

penyelamat dilaksanakan dengan berkesan.”

Ketika membaca tugasan ini pastinya kita sama – sama mengetahui keadaan sekarang

yang mana keadaan ekonomi Negara kita semakin meruncing dan merudum akibat kemelesatan

ekonomi yang di alami oleh seluruh dunia dan selaras dengan kenyataan di atas. Rentetan

masalah ini, telah kita ketahui bagaimana dan betapa kerajaan Malaysia begitu mengambil berat

terhadap masalah yang sedang kita hadapi ini dan lantas dengan segera menawarkan pakej –

pakej penyelamat berupa ransangan – ransangan kewangan bagi membantu rakyat terutama

pengusaha kecil untuk terus hidup dan menyaingi keadaan semasa. Ini adalah dasar

tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat daripada terus jatuh terutama bagi peniaga –

peniaga kecil serta sektor industri pengilangan.

Sebelum saya teruskan lagi, mari sama – sama kita lihat cirri – ciri ekonomi yang di

amalkan oleh Negara Malaysia. Menurut Modul OUM HBSS2203 ‘Perkembangan Ekonomi

Asas’, ada menyatakan bahawa ekonomi Malaysia merupakan sebuah ekonomi campuran di

mana kerajaan dan mekanisme harga bersama – sama menyelesaikan masalah asa ekonomi.

Dalam kata lain, sebahagian aktiviti ekonomi Malaysia ditentukan oleh pihak pengguna dan

pengeluar, manakala sebahagian aktiviti ekonomi lagi ditentukan oleh kerajaan. Maka dapat kita

simpulkan disini bahawa ekonomi Malaysia dicirikan kepada lima faktor iaitu:

Peranan Kerajaan yang mana paling memainkan peranan penting terutama di

dalam peranan memastikan system ekonomi berjalan dengan cekap, mengagihkan

semula pendapatan dengan lebih adil dan memastikan kestabilan ekonomi dengan

mengelakkan wujudnya inflasi, pengangguran dan melesetnya ekonomi.

Persaingan yang sihat antara industri perniagaan sesama mereka. Dengan cara ini,

maka rakyat dapat menerima faedah dengan mendapat barangan yang lebih

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 1

Page 2: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

berkualiti dan harga yang lebih berpatutan hasil daripada persaingan yang sihat

ini.

Pemilikan harta oleh individu yang mana setiap harta tersebut perlu dibayar cukai

dan hasil cukai tersebut adalah salah satu sumber kewangan bagi kerajaan untuk

menyalurkan semula kepada rakyat dan projek – projek membangunkan rakyat.

Sistem pasaran bebas atau lebih dikenali sebagai sistem Kapitalis di mana setiap

individu mempunyai kebebasan untuk menjalankan aktiviti – aktiviti ekonomi

asalkan ianya tidak menyalahi undang – undang. Maka , pengguna akan cuba

membeli barangan yang dapat memberikan kepuasan maksimum kepada mereka

dan pihak pengeluar pula akan cuba mengeluarkan output dengan lebih baik dan

memaksimumkan pulangan keuntungan mereka dengan berlipat ganda.

Ciri yang terakhir ialah ekonomi Malaysia didorong oleh intensif keuntungan.

Lebih tepat lagi, rakyat digalakkan mencari keuntungan dengan menjalankan

kegiatan ekonomi tanpa menyalahi undang – undang atau peraturan yanag telah

ditentukan oleh kerajaan. Dengan cara ini, rakyat lebih bebas dan mampu

menjalankan aktiviti ekonomi mereka selagi tidah menyalahi undang – undang.

Seterusnya, mari kita bincangkan peranan kerjaan untuk memastikan masalah global ini

dapat diatasi dengan bijak tidak dengan secara drastik tetapi biarlah perlahan – lahan

tetapi berkesan. Setelah kita ketahui antara ciri – ciri ekonomi Malaysia ialah peranan

kerajaan, maka, campurtangan kerajaan adalah amat penting seperti memastikan sistem

ekonomi berjalan dengan cekap. Merujuk fakta yang telah dinyatakan di atas, sistem

ekonomi Malaysia adalah berdasarkan pasaran bebas ataupun Kapitalis, maka pasaran di

Malaysia agak bebas dan mampu menyebabkan kegagalan pasaran jika tidak ada

campurtangan kerjaan di dalam mengawal mekanisma harga. Jika mekanisma harga tidak

terkawal maka akan berlaku ketidaklancaran sistem dalam ekonomi dan ini tidak baik

untuk sebuah negara. Oleh yang demikian, kerajaan perlulah mengawal situasi atau

keadaan tersebut dengan cara pertamanya, menyediakan barangan awam seperti

perkhidmatan kerajaan, sektor pertahanan, perubatan dan pendidikan. Ini amat penting

bagi memudahkan dan memastikan semua rakyat dapat menerima perkhidmatan tersebut

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 2

Page 3: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dan menikmati keselesaan yang disediakan. Dengan cara ini, rakyat yang tidak mampu

akan terbela dan kemudahan juga kepada semua rakyat. Walaupun ianya tidak

menguntungkan namun itu adalah satu tanggungjawab sebuah kerajaan yang telah dipilih

dan diberi tanggungjawab oleh rakyat ketika pilihanraya. Namun tidak semuanya dapatng

percuma kerana rakyat pula perlu membayar cukai untuk menampung belanjawan

kerajaan.

Peranan kerajaan yang kedua ialah dengan bersikap dan mengamalkan keadilan di

dalam mengagihkan semula pendapatan yang diterima terutama dari golongan kaya

kepada golongan miskin. Ini dapat dilakukan melalui cukai – cukai yang dikenakan

kepada golongan tertentu atau lebih mudah disebut sebagai golongan orang kaya. Setiap

keuntungan hasil dan harta kekayaan individu dikenakan cukai agar wang tersebut dapat

disalurgunakan oleh kerajaan bagi membantu golongan miskin bukan masuk ke kocek

mereka. Selain itu, dasar sokongan pendapatan amat diperlukan oleh golongan bawahan

bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi mereka. Antara contoh dasar sokongan

pendapatan ialah di mana kerajaan memberikan bantuan subsidi dan modal kepada

pengusaha – pengusaha kecil yang ingin memulakan perniagaan mereka.

Peranan ketiga kerajaan ialah dengan memastikan kestabilan ekonomi negara.

Telah kita ketahui masa ini, kemelesatan ekonomi global telah banyak mempengaruhi

ekonomi negara kita dan rata – rata kita dengar berlakunya pembuangan pekerja terutama

di sektor perindustrian. Maka peranan penting bagi kerjaan untuk menangani masalah ini

agar di sediakan sesuatu perancangan atau program bagi membantu golongan penganggur

ini. Telah kita ketahui, apabila terdapat banyak pengangguran, masalah – masalah lain

akan timbul seperti masalah kemiskinan yang melarat, masalah sosial seperti wujudnya

pencuri, perompak, peragut dan sebagainya. Maka apabila masalah – masalah seperti ini

berleluasa di Malaysia, pelabur – pelabur luar lebih berhati – hati untuk melabur di sini

kerana kekuatiran mereka dengan kestabilan sama ada dari ekonomi, politik, sosial dan

sebagainya. Kerajaan perlu peka agar semua ini dapat ditangani segera dan antara dasar –

dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah Dasar Kewangan dan Dasar Fiskal. Dasar

Fiskal merujuk kepada perbelanjaan dan sistem cukai kerajaan manakala Dasar

Kewangan pula melibat kepada mengawal jumlah penawaran wang dalam ekonomi.

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 3

Page 4: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Antara contoh dasar Kewanagan yang dilakukan pada masa sekarang ini ialah langkah

kerajaan melancarkan suntikan pakej ransangan kewangan untuk mengimbangi masalah

ekonomi global yang melanda kini agar pengusaha – pengusaha perniagaan tempatan

dapat bersaing.

Setelah kita berbincang tentang peranan kerajaan di dalam ekonomi negara,

sekarang mari sama – sama kita kupas mengapakah perlunya kerajaan campurtangan dan

sebab – sebab campurtangan kerajaan di dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi

dan memastikan ekonomi negara lebih stabil. Kenapa kerajaan perlu campurtangan? Ini

biasanya berlaku apabila makanisma harga tidak dapat menjalankan fungsinya dengan

cekap dan efisyen maka, tanggungjawab kerjaan perlu campurtangan di dalam aktiviti –

aktiviti ekonomi agar tidak menjadi lebih buruk.

Antara campurtangan kerajaan dalam ekonomi Malaysia adalah seperti berikut:

Peraturan dan Undang – undang

Menjalankan ekonomi secara langsung

Mempengaruhi tingkat harga dan tahap pengeluaran

Mempengaruhi aktiviti – aktiviti ekonomi melalui alat – alat polisi

Menurut Modul OUM HBSS 2203 ‘ Perkembangan Ekonomi Asas’, ada

menyatakanperaturan dan undang – undang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan

mekanisma harga berfungsi dengan lebih cekap lagi bagi membolehkan kegiatan

ekonomi dijalankan secara teratur seperti melindungi kepentingan dan hak pengguna

supaya tidak dieksploitasikan oleh pengeluar. Contohnya seperti harga kawalan atau

siling pada barangan tertentu.

Menurut modul itu juga, kerajaan akan campur tangan dalam menyediakan barang

– barang dan perkhidmatan yang penting kepada rakyat bagi meningkatkan kualiti hidup

seperti pembekalan air, tenaga elektrik, telefon dan perkhidmatan pos yang telah

diumumkan sebagai hak milik negara dan dikelolakan oleh perbadanan kerajaan.

Selain itu, kerajaan juga mengenakan cukai dan pemberian subsidi agar dapat

mengawal harga barangan. Melalui cara ini, pengawalan pengeluaran barang dapat

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 4

Page 5: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dibendung berikutan dikenakan cukai dan melalui subsidi, harga barangan akan menjadi

lebih murah dan rakyat dapat menikmati pengurangan harga barangan tersebut. Antara

contoh subsidi yang paling diketahui umum ialah subsidi baja, padi dan petrol. Manalaka,

kerajaan juga menggunakan polisi – polisi untuk mempengaruhi penawaran dan

permintaan wang dalam ekonomi serta mengawal tingkat impot dan sekspot serta

perbelajaan dan pelaburan. Antara polisi yang kita ketahui ialah Dasar Kewangan dan

Dasar Belanjawan Negara.

Kesimpulannya, dalam keadaan ekonomi global yang muram dan lembap

sekarang, tiada negara yang terlepas daripada kesannya sehingga menyebabkan

penurunan pertumbuhan serta penguncupan ekonomi, pengangguran serta pemberhentian

kerja serta mengalami defisit bajet. Maka, kebanyakkan negara telah mengambil tindakan

dengan menyediakan pakej- pakej ransangan untuk memastikan ekonomi mereka tidak

terus merudum jatuh. Antara contohnya, Amerika Syarikat yang dengan persetujuan

senatnya telah memperkenalkan pelan penyelamat yang bernilai AS$838 bilion untuk

negaranya, Australia pula melancarkan pakej ransangan berjumlah A$42 bilion dan di

China, negara tersebut telah menawarkan pakej ransangan bernilai RM2.1 trilion untuk

memacu ekonomi mereka agar lebih stabil.

Justeru, Malaysia yang juga tidak dapat lari dari kemelesetan ekonomi ini turut

sama mengumumkan pakej ransangan pertama yang bernilai RM 7 bilion pada November

tahun lalu oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Langkah –

langkah Kerajaan ini dilihat sebagai satu tindakan yang perlu untuk menyelamatkan

pengusaha – pengusaha dan peniaga – peniaga tempatan. Campurtangan kerajaan amatlah

dialu – alukan dengan penawaran pakej ransangan ini dapat menyelamatkan ekonomi

negara dan untuk pakej yang pertama, ianya lebih membantu di sektor pembuatan dan

pertanian yang mengalami kemelesetan yang teruk. Ini berikutan perangkaan yang

menunjukkan sehingga 1 November 2008 hingga 3 Februari lalu, seramai 11,595 pekerja

telah dibuang dan kira – kira 45,000 pemberhentian kerja sementara untuk tempoh

beberapa bulan.

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 5

Page 6: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Namun begitu, keadaan ekonomi dunia masih dihimpit kemelesetan. Maka,

kerajaan sekali lagi mengumumkan untuk menawarkan pakej ransangan kedua bernilai

hampir RM 10 bilion disertai denganbajet mini yang bakal dibentangkan oleh Datuk Seri

Najib Tun Razak pada 10 Mac ini. Apa yang dijanjikan bahawa bajet mini kali ini lebvih

menyeluruh dan memperuntukan tambahan terutama pada sektor pengeksportan yang

sekarang ini gaka terjejas teruk. Ia juga bertujuan untuk merancakkan aktiviti import dan

eksport agar pelabur kembali melabur dalam negara seterusnya memberi peluang kepada

rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan.

Jamiah Shukri dalam Akhbar Berita Harian bertarikh 20 Februari 2009, ‘Program

sistematik pulih Ekonomi’ ada menyatakan pendapat beliau untuk tempoh jangka pendek

dan panjang, EPU mempunyai peranan dengan menyediakan laporan strategi bagi

mengatasi masalah ekonomi di samping memberi input termasuk kajian mana – mana

projek yang perlu dipercepatkan. Beberapa program penerangan diadakan supaya semua

maklumat yang disalurkan itu adalah sejajar dengan situasi ekonomi sekarang.

Apa yang nyata, krisis ekonomi kali ini berbeza dan jauh lebih meruncing jika

dibandingkan pada sepuluh tahun yang lalu. Namun hakikatnya, situasi ekonomi kali ini

masih mampu ditangani dengan perancangan dan program yang berkesan dan sistematik

serta dasar – dasar kerajaan yang bertepatan yang dilancarkan untuk membantu keadaan

gawat sekarang ini. Selain itu, amatlah diperlukan dilakukan kajian yang terperinci

terhadap keperluan dan kepentingan yang terjejas teruk. Amatlah diharapkan juga agar

semua pihak sama – sama bertindak pantas serta menjalanikan tanggungjawab masing

masing dengan sikap yang lebih komited, optimis dengan memberikan maklum balas

yang bijak dan tepat agar segala masalah negara ini dapat diatasi dan ditempuhi dengan

jayanya.

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 6

Page 7: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

2. Insustri yang paling terjejas teruk ketika ini adalah industri elektrik dan

elektrikal (E&E). Import dan eksport bagi barangan ini telah menjunam

semenjak 3 tahun yang lalu. Anda sebagai penasihat ekonomi kepada

negara perlu memastikan pertumbuhan bagi sektor ini tidak menymbang

kepada peningkatan pengangguran negara. Cadangkan dasar – dasar awam

yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menjamin pekerjaan mereka yang

terlibat di dalam industri ini.

Sebelum membincangkan tugasan ini secara lebih lanjut, mari sama – sama kita lihat

apkah yang dimaksudkan dengan dasar – dasar awam kerajaan. Menurut Modul OUM

HBSS2203, ‘ Perkembangan Ekonomi Asas’, ada menyatakan bahawa dasar awam

adalah arah awam yang ingin dicapai oleh kerajaan. Dalam kata lain, ia merupakan

matlamat bagi program – program kerajaan yang bertujuan untuk menyelesaikan

masalah negara.

Salah satu contoh dasar awam kerajaan ialah Dasar Ekonomi. Antara dasar

ekonomi kerajaan yang diketahui umum ialah:

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Pertanian Negara

Dasar Perindustrian Berat

Pelan Induk Perindustrian

Dasar Penswastaan

Dasar Persyarikatan Malaysia

Dasar Kependudukan

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 7

Page 8: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Rajah 1: Dasar Pembangunan Kerajaan.

Sumber : UPE, http://www.epu.gov.my

Gambarajah di atas menunjukkan bahawa perancangan yang telah dibina oleh kerajaan untuk

membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang konsisten menjelang 2020 nanti.

Maka dasar dasar awam telah diwujudkan untuk membantu rakyat untuk menikmatinya. Namun,

ianya tidaklah semudah yang disangka. Rentetan dengan kenaikan harga minyak yang

melambung pada tahun lepas, dunia sekali lagi dikejutkan dengan kemelesetan ekonomi yang

teruk malah lebih teruk lagi daripada sepuluh tahun yang lalu. Amerika Syarikat yang menguasai

ekonomi di barat telah tunduk dengan kemelesetan kali ini malah Jepun juga mengalami nasib

yang serupa terutama dari segi sektor pembuatan. Malaysia tentunya tidak terkecuali dengan

masalah yang menimpa akibat kilang – kilang pembuatan yang ditutup menyebabkan rakyat

terpaksa menganggur. Apabila pengangguran meningkat maka ia mampu mendatangkan pelbagai

masalah dari segi kehidupan, ekonomi dan sosial.

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 8

Page 9: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Seterusnya, untuk menjawab soalan tugasan, saya cuba mencadangkan bebarapa perkara yang

mungkin dapat membantu mengurangkan pengangguran dan beban yang dihadapi oleh rakyat

berikutan krisis kemelesetan global masa kini. Pertama, adalah bertepatan sekali langkah

kerajaan menyuntik ransangan kewangan kepada para peniaga tempatan agar mereka tidak terus

gulung tikar atau menutup perniagaan mereka. Ini dapat membantu golongan yang bekerja di

bawah mereka. Namun agak malang bagi mereka yang bekerja dengan syarikat luar yang kini

agak perit dan meruncing lalu terpaksa memberhentikan pekerja mereka. Pada pendapat saya,

kerajaan perlu menyalurkan sejumlah modal untuk mengadakan latihan – latihan kemahiran yang

lain atau kemahiran yang dapat membantu pekerja yang dibuang ini. Melalui Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi, program – program bimbingan dapat disalurkan bagi

membantu golongan ini. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Majlis Amanah Rakyat

(MARA) dan Yayasan TEKUN Nasional (YTN) dapat memberikan kursus – kursus jangka

pendek atau panjang mengenai kemahiran – kemahiran yang sesuai.

Imbuhan dan elaun patut diberikan kepada mereka yang mengikuti program ini agar

ekonomi mereka akan terjamin. Kepada mereka yang berminat untuk berniaga, disediakan dana

– dana yang dapat membantu mereka selain daripada kemahiran yang ditawarkan. Malaysia

mempunyai banyak tabung – tabung khas untuk menjana ekonomi. Kerajaan seharusnya

memberi peluang kepada golongan ini untuk berusaha sambil dipantau sentiasa.

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 9

Page 10: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Gambarajah 2: Tabung – tabung Khas

Sumber: Sumber : UPE, http://www.epu.gov.my

Seperti yang kita lihat pada gambarajah 2, terdapat banyak tabung – tabung khas yang mampu

digunakan dan membantu memberi modal kepada golongan yang menganggur ini untuk

mencebur di bidang peniagaan. Maka peluang – peluang ini seharusnya digunakan dan

dimaklumkan kepada mereka yang terlibat agar masalah pengangguran yang menanti tiba dapat

dikurangkan. Pihak kerajaan juga perlu meminta bank – bank di Malaysia melonggarkan syarat

pinjaman agar golongan yang ingin mengusahakan industri kecil dan sederhana tidak

mempunyai masalah dari segi pinjaman. Sekarang kitalihat, jika proses atau program ini

berjalan, maka akan wujudnya perniagaan – perniagaan tempatan dan ini akan membuka peluang

pekerjaan yang lebih banyak untuk dipenuhi.

Cadangan saya yang kedua ialah menghantar pulang pendatang – pendatang asing yang

kini jumlahnya semakin meningkat di negara kita. Kerajaan sepatutnya mewujudkan saru dasar

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 10

Page 11: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

menghalang mereka untuk datang ke Malaysia melainkan dengan syarat – syarat tertentu.

Kedatangan mereka ini telah menutup peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencari pekerjaan

malah perlu bersaing dengan mereka. Hukuman dan denda yang berat perlu dikenakan kepada

mereka agar mereka serik untuk datang semula ke sini. Selain itu, kerajaan juga perlu

menetapkan gaji minimun yang tinggi terutama pada sektor swasta agar dapat menarik minat

pekerja tempatan untuk bekerja. Kita dapat lihat sekarang ini, pekerjaan golongan rendah kini

lebih dimonopoli oleh kaum pendatang asing. Bukan bermakna rakyat Malaysia memilih kerja

namun gaji pokok yang rendah tidak sesuai untuk menhadapi keadaan masa kini. Promosi –

promosi serta ganjaran gaji yang lumayan perlu sentiasa dihebahkan agar bekerja di sektor –

sektor yang ditawarkan. Malaysia juga terkenal di sektor pertanian, maka, adalah digalakkan

pihak kerajaan menggunakan dasar Pertanian Negara membantu mereka yang berminat untuk

mencebur di bidang ini. Pemberian modal, subsidi baja, benih serta teknologi mampu

menggalakkan serta memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba serta menceburi sesuatu

bidang yang baru.

Cadangan saya yang ketiga ialah pihak kerajaan harus peka dan mengambil langkah

mengatasi kemelut politik yang melanda di negara kita ini. Kemelut politik yang saban hari

semakin kecoh kita dengar sedikit sebanyak mengganggu pelabur untuk masuk semula ke

pasaran Malaysia. Kerajaan seharusnya bijka untuk menangani masalah ini agar ekonomi dapat

distabilkan. Hari ini, pemimpin lebih tertumpu kepada kemelut politik berbanding dengan

masalah ekonomi yang semakin parah yang dihadapi oleh kita. Sepatutnya kerajaan harus

menyelesaikan masalah politik ini dengan segera agar dapat menumpukan perhatian kepada

masalah ekonomi negara.

Kesimpulannya, cukuplah tiga cadangan yang dapat saya utarakan. Apa yang penting

sekarang ini, semua pihak seharusnya bersatu berganding tenaga, kewangan dan usaha untuk

menangani masalah kemelesetan ekonomi ini. Semua pihak harus bertanggungjawab baik di

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 11

Page 12: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

pihak kerajaan, swasta mahunpun rakyat menggembleng usaha untuk menangani krisis ini.

Langkah – langkah kerajaan yang positif amatlah dialu –alukan. Selain itu, kepada golongan

yang dibuang kerja, janganlah selepas itu terlalu memilih kerja, kita perlu membuat perancangan

dan mencongak masa hadapan. Kita seharusnya bersyukur kerana penguncupan ekonomi ini

tidak berlaku pantas sebaliknya secara perlahan. Maka, perancangan harus segara dibuat. Unit

Perancangan Ekonomi (EPU) haruslah memainkan peranan penting untuk merancangan dan

membuat kaji selidik secepat mungkin agar keruncingan ekonomi serta masalah pengangguran di

negara kita dapat dikurangkan dan kalau boleh dihapuskan.

Maka, dapat dirumuskan di sini, melalui tugasan kali ini, saya dapat berpeluang

membuka mata dan minda melihat kepada masalah yang sedang dihadapi oleh negara akibat

kemelesetan ekonomi global kini. Selain itu, dapatlah saya ketahui usaha – usaha yang dilakukan

oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutama kepada golongan penganggur dan mereka yang

telah dibuang kerja. Marilah sama – sama kita berdoa agar kemelesetan ekonomi ini segera

berakhir dan kita sebagai rakyat Malaysia dapat hidup aman, damai dan harmoni.

BIBLIOGRAFI

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 12

Page 13: Perkembangan Ekonomi Asas

OUMHBSS2203 PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Jamiah Shukri, (2009), Akhbar Berita Harian, Program Sistematik Pulih Ekonomi, Jumaat, 20hb

Februari 2009.

Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 2203 Perkembangan Ekonomi Asas,

Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Unit Perancangan ekonomi (UPE)(2009), Ekonomi Malaysia, Fakta dan Maklumat,(atas talian),

http://www.epu.gov.my (25 Feb 2009).

AZMAN BIN SALLEH

750312025163 13