perkembangan kanak kanak-perkembangan fizikal

32
Perkembangan Kanak-kanak Perkembangan FizikalKumpulan 4 Nama Pensyarah: Dr Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris

Transcript of perkembangan kanak kanak-perkembangan fizikal

Perkembangan Kanak-kanak

“ Perkembangan Fizikal”

Kumpulan 4

Nama Pensyarah: Dr Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris

Nama Ahli Kumpulan :

• Farah Ilyani Bt Mohd Rusli

• Izzatunnajihah Md Asari

• Nur Fateha Bt Ab Jalil

• Nurul Dayana Bt Zakaria

Pengenalan

• Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsianggota-anggota badan dan perawakan manusia

( Woolfolk & Margetts,2007).

• Perubahan-perubahan yang berlaku mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung(Hurlock,1978).

• Perkembangan kanak-kanak membolehkan merekamelakukan sesuatu aktiviti bersama-sama dengan rakansebaya mereka.

• Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan danotak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Prinsip Perkembangan FizikalPrinsip asas dalam perkembangan fizikal ada empat iaitu:

• Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur kekaki .

- Saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikutidengan perkembangan badan, kaki, dan tangan. Dalamtempoh 2 bulan, bayi dapat mengawal pergerakan kepaladan ekspresi muka. Kemudian boleh meniarap danmengangkat badannya menggunakan lengan dan padausia 6-12 bulan, bayi dapat mengawal kaki, dapatmerangkak, berdiri dan berjalan.

• Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan danberterusan ke luar.

- Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menujuke arah luar badan.

- Peringkat pre natal, jantung dan organ-organ terbentukdahulu sebelum kaki dan tangan.

- Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagianakhir perkembangan fizikal badan. Bayi juga masih tidakdapat mengawal otot-otot tangannya.

- Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua2 tangan untuk menggengam objek. Kemudian barulahdapat menggengam objek dengan sebelah tangan.

• Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik

- Contoh , jika kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akanmenangis dengan kuat.

- Kemudian jika perkara yang sama berlaku, bayi sudahboleh menunjukkan kepada kawasan kepalanya yang sakit.

- Apabila menguasai kebolehan berbahasa, bayi sudahdapat memberitahu kepalanya yang sakit.

• Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.

- Bahu mengambil masa yang lama untuk berkembangberbanding kawasan kaki dan tangan semasa peringkatremaja.

Peringkat –peringkat Perkembangan Fizikal

Prenatal• Perkembangan organisma bermula pada masa

persenyawaan. Setiap wanita dilahirkan dengansimpanan telur di dalam kedua2 ovarinya. Ovum yang tersimpan akan memasuki tiub falopia yang dinamakanproses ovulusi.

• Ovum yg disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Persenyawaan dua ovum oleh dua sperma berbezamenghasilkan kembar dwizigot ( kembar bersaudara).

• Jika ovum yg disenyawakan oleh sperma bercerai kpddua bahagian, maka kembar monozigot atau kembarserupa terhasil.

• Peringkat prenatal ialah selama 9 bulan dan terbahagi kepada

tiga fasa iaitu pembenihan, embrio, dan fetal.

1. Fasa Pembenihan

- Bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot

melekat pada dinding rahim. ( berlaku selama 2 minggu)

- Zigot kemudian bergerak ke rahim. Zigot kemudiannya akan

mengalami proses pembahagian sel atau mitosis.

- Sel-sel baru yg terbentuk akan menjadi bahagian2 sistem

saraf, otak, organ dan bahagian2 lain. Sel-sel ini juga akan

menerima salinan gen yg mengandungi DNA yg

diperturunkan drp ibu bapa.

- Perkara ini menyebabkan tidak ada dua individu yg

mempunyai baka yg sama kecuali kembar serupa yg berasal

drp zigot yg sama.

2. Fasa Embrio

• Fasa ini bermula dr minggu ketiga hingga kelapan selepaspersenyawaan. Pada fasa ini, organisma yg terbentukdipanggil embrio.

• Minggu ke4 – perkembangan otak,mata, telinga, danmulut terbentuk.

• Minggu ke8 – embrio mempunyai sistem organ yg asas, rupa muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerimamakanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat.

• Tali pusat memainkan peranan yg penting tetapi jugabertanggungjawab ke ats sebarang kecacatan ygkmungkinan berlaku ke atas bayi. Perkembangan yg agakpesat berlaku pada frasa ini.

3. Fasa fetal

• Fasa ini bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaansehingga kelahiran bayi.

• Pada fasa ini, ia dipanggil fetus dan pada peringkat iniorgan utam bertambah saiz, otot serta beberapapergerakan sudah boleh dikesan.

• Bulan ke 3 hingga 6 – pergerakan bayi dapat dirasai olehibu dan deria penglihatan dan pendengaran bayi sudahmula berfungsi.

• Bulan ke 7- jika bayi lahir, mempunyai peluang untukhidup tetapi mengalami masalah pernafasan.

• Berat badan dan panjang bayi juga bertambahdanmengubah kedudukan kepala pada dasar rahim.

Peringkat Prenatal

Bayi (lahir hingga 2 tahun)

1. Berat bayi semasa kelahiran puratanya 3.5kg.

2. 2 thun yg pertama, pertumbuhan & perkembangan bayiberlaku pada kadar yg pesat.

3. Berat bertambah 10kg & ketinggian bertambah 40cm.

4. Saiz & kompleksi otak juga bertambah, manakala selneuron dalam otak berkembang dan organisasinyamemerlukan pengalaman selepas lahir.

5. Pd 6-8 bulan gigi susu bawah sudah mula kelihatan.

6. Pertumbuhan ini dipengaruhi kesihatan bayi,baka,dankhasiat yg diterima sebelum/selepas kelahiran.

7. Pertumbuhannya bermula pd gusi bawah diikuti gigiatas.

8. Sekuen yg sebaliknya menyebabkan posisi rahang tidaktepat & susunan gigi yg tidak sempurna.

9. Bayi mula menunjukkan autonomi & kekuatan melaluipergerakkan seperti memusingkan badan & merangkakhasil perkembangan psikiomotor yg melibatkan otot-ototbesar (leher,tangan & kaki).

10. Pergerakan otot halus (jari tangan) pula, membolehkanbayi mencapai, menggengam & koordinasi antara mata & tangan kelihatan.

11. Di akhir thun kedua, bayi sudah mula melakukan aktivitiyg kompleks yg melibatkan beberapa langkah sepertimemegang pensil & menulis.

Fenomena kerosakan gigi bagikanak-kanak

Implikasi kepada penjagaan & pembelajaran bayi.

Stimulasi visual & pendengaran perlu utk bahagian otakterbabit menyusun maklumat.

Jadi, pengalaman harian biasa yg menyediakan stimulasiini dapat merangsangkan organisasi perkembangan otak.

Bayi yg tidak dapat menerima stimulasi-stimulasi inimempunyai risiko perkembangan otaknya terganggu.

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

1. Kadar pertumbuhan fizikal perlahan pd peringkat ini jikadibanding dgn pertumbuhan pd tahun pertama kanak-kanak tersebut.

2. Ketinggiannya 2 kali bertambah berbanding semasadilahirkan & berat badannya 4 kali ganda.

3. Otot-otot besar sudah berkembang tapi otot halusbelum berkembang dgn sempurna.

4. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanakperempuan lebih cepat berbanding kana-kanak lelaki pd peringkat ini.

5. Perubahan dlm psikomotor ini mengikut aturan, sepertikanak-kanak boleh berjalan dahulu sebelum berlari.

6. Jadual di bawah menunjukkan beberapa pencapaianaktiviti psikomotor kanak-kanak yg boleh digunakansebagai petunjuk perkembangan mereka.

Umur (tahun) Perkembangan psikomotor

2 - Menaiki tangga dgn bantuan- Memegang objek besar spt bola & memanipulasi objekkecil spt krayon.

3 - Melambung bola- Membutangkan bajunya dgn sendiri

4 - Melompat & berlari- Menaiki & menurun tangga tanpa bantuan

5 -Menggunakan kasut roda- Menulis huruf & perkataan yg mudah

Implikasi kepada pengajaran & pembelajarandalam kelas

Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanyasetakat mana yg perlu.

Bantuan yg berlebihan akan mengalakkan pergantungankanak-kanak kpd ibubapa/guru & menimbulkn perasaankurang yakin.

Mereka akan mendapat kepuasan jika berjaya melakukansesuatu dgn sendiri.

Elakkn membanding antara mereka kerana tahapperkembangn mereka berbeza.

Guru boleh menyediakn aktiviti permainan seperti bola dllkerana mereka aktif pd tahap begini.

PERTUMBESARAN

KANAK-KANAK ( 7-12 TAHUN)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkatini stabil dan tidak begitu pesat.

Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebihbercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiranpsikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dangigi susu akan diganti.

Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah padaumur 8 hingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncakpada 12 tahun.

Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabilamereka berumur antara 10-12 tahun dan mencapai tahapkemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Umumnyakanak-kanak menjadi semakin kurus.

Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanakmenghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebihkuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokuskepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka.

Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dantangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulisdengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik.

IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS

Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik danaktiviti-aktiviti seperti melukis.

Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasakuntuk kanak-kanak lelaki seperti bola sepak manakalapermainan bola jaring untuk pelajar perempuan.

Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perluditerapkan kepada kanak-kanak.

AWAL REMAJA ( 12 - 15 TAHUN )

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat iniadalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangansemasa bayi.

Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remajaperempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya.

Manakala bagi lelaki pula akan melalui perubahan suaraatau ‘suara pecah’.

Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remajaperempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namuntempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil balighlebih lama.

IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS

Guru boleh merancang dan melaksana aktiviti seperti ceramah,kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya,rupa dan bentuk badannya.

Guru boleh menyediakan latihan untuk membantu remajamembina daya tenaga dan daya tahan. Ini kerana remaja padaperingkat ini lebih sensitif terhadap perubahan fizikal danbentuk badan.

Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan danjadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat.

Akil baligh juga menandakan kematangan dari segi seksual.

Guru perlu menyediakan peluang dan ruang untuk remajamembincang dan bertanya tentang perubahan yangsedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapatmembuat pilihan yang tepat.

Guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepadaperubahan-perubahan ini kerana ia mempengaruhikesediaan, keupayaan dan minat kanak-kanak di dalampembelajaran di sekolah

BIBLIOGRAFI