PERKEMBANGAN KANAK.docx

download PERKEMBANGAN KANAK.docx

of 11

Transcript of PERKEMBANGAN KANAK.docx

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    1/11

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    Setiap kanak-kanak akan mengalami proses perkembangan sebelum mereka betul-betul

    meningkat ke alam seterusnya. Namun, dalam proses perkembangan ini mereka perlu diberi

    perhatian yang secukupnya oleh ibu bapa dari setiap aspek supaya mereka dapat membesar

    dalam keadaan dan persekitaran yang sempurna.

    Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang

    dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa. Namun, pelbagai pendapat telah

    dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan itu sendiri, salah satunya ialah

    daripada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, yang

    mengatakan perkembangan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif

    tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal. Berbanding Santoock

    (2008), baginya perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif

    dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

    Perkembangan juga boleh didefinisikan sebagai suatu proses di mana individu mencapai

    kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur

    secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan

    daripada peringkat yang dahulu. Perkembangan merupakan proses yang berlaku proses yang

    berterusan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya

    hayat organisma tersebut.

    Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif

    serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut

    Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara

    perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur,

    kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan

    semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai

    pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju

    ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    2/11

    D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang

    berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan

    yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

    Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur

    secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada

    peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan

    dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan

    bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan

    berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku

    terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

    Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen

    yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis

    itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu

    yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut

    susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

    Seni merupakan asas kepada perkembangan kanak-kanak. Jika diajar dan dididik dengan

    betul ia dapat merangsang kepekaan deria kerana kesemua deria manusia merupakan ruang bagi

    memanfaatkan pembelajaran. Melalui seni, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka

    tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Hal ini membolehkan mereka

    menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman

    terhadap persekitaran.

    Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut

    peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek

    dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk

    merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan

    seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau menyarankan bahawa pengetahuan

    sedia ada boleh digunakan dengan cara-cara yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-

    kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit da nisi kandungan

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    3/11

    yang berkaitan dengan kehidupan seharian pada peringkat mereka itu. Apabila pengetahuan pasif

    ini digunakan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku dengan semulajadi.

    Pelbagai aktiviti seni boleh digunakan oleh guru dalam membantu meningkatkan

    perkembangan kanak-kanak. Contohnya ialah diorama. Aktiviti menggunakan diorama ini dapt

    membantu perkembangan kanak-kanak pada setiap peringkat. Murid-murid sepatutnya diberi

    peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik agar mereka dapat meneroka

    secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan terkongkong. Diorama sangat sesuai kerana

    kanak-kanak lebih minat bermain sambil belajar selari dengan fitrah peringkat mereka. Kanak-

    kanak ini lebih suka menyentuh, mengguling, menguli, mendengar, mengesan bunyi dan meniru

    aksi untuk mengenali sesuatu. Aktiviti diorama ini mudah untuk dilaksanakan ketika bermain

    dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati serta menjadikan bermain itu

    merupakan pembelajaran bermakna kepada mereka.

    Apabila guru memberi peluang kepada murid-murid untuk bermain dengan diorama yang

    telah disediakan secara tidak langsung murid-murid itu telah memperkembangkan jasmani,

    emosi, rohani, intelek dan sosialnya.

    Psikomotor

    Peringkat perkembangan jasmani kank-kanak amat pesat adalah semasa bayi. Perubahan jelas

    dapat dilihat dari segi rupa,wajah dan fizikal.dalam jangka masa umur satu tahun, kita boleh

    menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan berlaku kepada bentuk fizikal

    atau jasmani kanak-kanak. Pergerakan koordinasi otot kasar dan otot halus dan perkembangan

    dari segi fizikal akan turut meningkat usianya.

    Kanak-kanak menjadi lebih aktif apabila usia mereka mencecah peringkat 6-12 tahun. Pada

    peringkat ini, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bersuara dan bergerak untuk gerak kerja

    mereka. Setiap gerak kerja mereka yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja

    yang senang dan ringan seperti pendidikan seni visual.

    Diorama adalah sangat sesuai digunakan dalam sesi pembelajaran pada peringkat kanak-kanak

    sekolah rendah. Hal ini kerana pada peringkat ini otot-otot kanak-kanak ini masih belum matang.

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    4/11

    Mereka perlu diberi latihan pergerakan yang kerap untuk mematangkan pergerakan otot mereka

    sama ada otot kasar mahupun otot halus. Sebagai contoh aktiviti mewarna diorama 2D seperti

    gambar kartun kegemaran mereka. Kanak-kanak ini perlu dibimbing dan diberikan latihan yang

    secukupnya agar mereka dapat mewarna dengan kemas dan cantik. Selain itu juga, dengan

    menggunakan diorama kanak-kanak dapat bermain sambil belajar selari dengan fitrah kanak-

    kanak yang lebih gemar bermain. Guru perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

    bergerak bebas untuk bermain menggunakan diorama yang disediakan agar motor kasar dan

    motor halus dapat diperkembangkan.

    Kognitif

    Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu

    secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah

    berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan

    sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak

    adalah bergantung kepada perkembangan otak dan sensori motor (fizikal) serta interaksi dengan

    orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.

    Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi

    pendapat, memahami serta mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-

    masing. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan

    pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku

    dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

    Teori perkembangan Piaget dalam buku Mok (2009), perkembangan kognitif kanak-kanak

    terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi

    (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7- 11 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi Formal(selepas 11 tahun).

    1. Per ingkat Sensori Motor(0-2 tahun):Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif yang mana bayi menggunakan

    deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    5/11

    terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan persekitaran. Contohnya menggunakan mulut

    untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek.

    Peringkat sensori motor adalah peingkat yang mana kanak-kanak mengkoordinasi maklumat

    deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema bagi membolehkan mereka meneroka

    dan mengetahui persekitaran mereka.

    Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan melakukan imitasi (proses peniruan)

    terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Contohnya meniru perlakuan melambaikan

    tangan.

    2. Per ingkat Pra Operasi (2-7 tahun)Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan merancang pergerakan/ aktiviti

    dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema. Peringkat pra operasi adalah

    apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan

    termasuk bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya.

    Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan

    (pretend play). Seperti mengambil watak kartun/ karakter popular seperti spiderman, power

    rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor, guru dll. Mereka juga memberi kualiti atau ciri

    benda hidup kepada benda bukan hidup seperti hujan turun kerana menangis.

    Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud,

    mereka melihat dan memahmi persekitaran melalui persperktif sendiri. Pada peringkat ini,

    kanak-kanak selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama

    dengan mereka. Contoh: Seorang kanak-kanak yang suka melihat siri kartun, beranggapan semua

    orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

    3. Peri ngkat Operasi Konkr it (7-11 tahun)Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran masih

    terikat dengan situasi yang konkrit. Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses

    pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    6/11

    atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contohnya pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dan

    sebagainya.

    Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decenterd atau objektif. Pemikiran ini

    membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan

    daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-

    rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

    4. Per ingkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat

    jangkaan atau andaian berdasarkan fakta dan pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-

    bahan konkrit. Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperti berfikir secara

    abstrak, sistematik dan boleh membuat hipotesis.

    Dengan menggunakan diorama, guru dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan

    kognitif mereka. Hal ini kerana diorama yang digunakan bukan sahaja untuk menarik minat

    kanak-kanak tersebut malah ia merupakan bahan lain untuk mewakili sesuatu situasi atau

    fenomena. Dengan adanya diorama murid-murid dapat menggalakkan mereka untuk berfikir bagi

    menyelesaikan dan memahami sesuatu konsep. Sebagai contoh diorama menunjukkan suasana

    zoo. Guru boleh membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kanak-kanak tersebut

    membina diorama yang menunjukkan suasana sekitar zoo berdasarkan pengetahuan sedia ada

    mereka. Aktiviti ini dapat meningkatkan dan melatih kanak-kanak tersebut berfikir secara kreatif

    dan kritis seterusnya meningkat perkembangan kognitif mereka.

    Sosial

    Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan

    masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial

    sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

    Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan

    orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Menurut Rohani

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    7/11

    Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial.

    Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain,

    pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman

    kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori

    kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

    Melalui penggunaan diorama, perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikembangkan. Ia dapat

    dikembangkan melalui aktiviti berkumpulan. Guru boleh merancang dan menyediakan aktiviti

    berkumpulan seperti membina diorama, menggunakan diorama dan sebagainya. Melalui aktiviti

    berkumpulan, kanak-kanak berpeluang bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain dalam

    kumpulan masing-masing. Kanak-kanak berpeluang memberi pendapat masing-masing dalam

    menyelesaikan masalah atau membina diorama dan melatih kanak-kanak menerima dan

    menghormati pendapat rakan-rakan kumpulan yang lain. Oleh itu, dengan adanya aktiviti seperti

    ini perkembangan sosial kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan berterusan.

    Afektif

    Perkembangan afektif dan psikologi lebih dikaitkan dengan perasaan iaitu suatu aspek penting

    dalam dalam kehidupan seseorang termasuk negatif atau positif kerana ia membantu kanak-

    kanak membina idea baru, matlamat, dan perancangan. Kemampuan untuk bereaksi secara

    emosional sudah ada sejak bayi dilahirkan. Gejala pertama perilaku emosional dapat dilihat dari

    keterangsangan umum terhadap suatu stimulasi yang kuat. Misalnya apabila bayi suka dengan

    sesuatu, maka bayi akan menghentak-hentakkan kakinya. Sebaliknya bila bayi tidak suka dengan

    sesuatu, maka bayi bereaksi dengan cara menangis. Contoh lain boleh dilihat pada usia kanak-

    kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun, di mana karakteristik emosi anak muncul pada ledakan

    marahnya. Ini boleh dilihat apabila anak-anak menampilkan rasa tidak senang, anak-anak

    melakukan tindakan yang berlebihan, misalnya menangis, menjerit-jerit, melemparkan benda,

    atau memukul ibunya. Pada usia ini anak tidak memperdulikan akibat dari perbuatannya, apakah

    merugikan orang lain ataupun tidak.

    Pada usia 5 hingga 6 tahun, emosi anak mulai matang. Pada usia ini anak mulai menyedari

    akibat-akibat dari tampilan emosinya. Anak mulai memahami perasaan orang lain, misalnya

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    8/11

    bagaimana perasaan orang lain bila disakiti, maka anak belajar mengendalikan emosinya.

    Ekspresi emosi pada anak mudah berubah dengan cepat dari satu bentuk ekspresi ke bentuk

    ekspresi emosi yang lain. Anak dalam keadaan gembira secara tiba-tiba dapat langsung berubah

    menjadi marah kerana ada sesuatu yang dirasakan tidak menyenangkan, sebaliknya apabila anak

    dalam keadaan marah, melalui pujukan dengan sesuatu yang menyenangkan anak akan berubah

    menjadi gembira.Komponen afektif mengandungi:I. Komponen Perkembangan Sosioemosi

    II. Komponen Kerohanian dan MoralIII. Kurikulum Pendidikan IslamIV. Kurikulum Pendidikan Moral

    Pada peringkat kanak-kanak ini, kanak-kanak boleh belajar mengenai emosi dan perasaan orang

    lain melalui aktiviti menggunakan diorama. Melalui aktiviti ini mereka akan dapat memahami

    dan meluahkan perasaan yang tersemat di dalam hati kanak-kanak itu. Terutamanya ketika

    membina diorama dalam aktiviti berkumpulan, jika emosinya stabil hasil mereka adalah cantik

    dan proses pembinaan diorama tersebut lebih teratur dan kreativitinya lebih menyerlah. Jika

    emosi kank-kank tersebut tidak stabil, hasil diorama adalah tidak cantik serta tiada unsur kreatif

    ditunjukkan serta mereka tidak membantu ahli kumpulan yang lain untuk membina diorama

    tersebut. Selain itu, guru boleh menerapkan nilai-nilai murine seperti bekerjasama, patuh pada

    arahan, hormat-menghormati dan sebagainya semasa kanak-kanak tersebut menjalankan aktiviti.

    Oleh itu, guru perlu merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai agar

    perkembangan afektif mereka dapat berkembang selari dengan perkembangan yang lain.

    Komunikasi

    Perkembangan komunikasi atau bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Pada peringkat

    bayi kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat menangis boleh

    menyatakan bahawa dia sedang lapar, lampin basah, tidak selesa, tidak lena tidur dan

    sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut umurnya.

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    9/11

    i. Umur 0 hingga 2 tahunBayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh menangis

    semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar

    daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya

    menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.

    Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan satu bunyi

    kukur. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada waktu ini, mereka boleh bertindak

    terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan

    melihat ke arah bunyi ibunya memanggilnya.

    Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang bunyinya

    mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada. Perkembangan pada perigkat ini

    merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong

    mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi

    mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.

    Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menuturkan

    perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar emosinya tidak

    terganggu. Tetapi pada masa ini juga mereka sudah mula belajar berjalan. Jadi, mereka lebih

    menumpukan perhatian kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah

    dapat berjalan, mereka akan memberi tumpuan semula kepada perkembangan bahasanya. Namun

    hanya sedikit perkataan yang dipelajari sehinggalah umur 18 bulan, mereka sudah boleh

    menggunakan perkataan ketika bermain atau bersendirian. Jadi pada waktu ini mereka sudah

    boleh melakukan arahan yang mudah.

    ii. Umur 2 hingga 3 tahunPada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang kurang difahami.

    Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2 tahun. Dia

    akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka

    belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar

    menggunakan ayat yang betul dan baik.

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    10/11

    Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan

    lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial

    setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum

    sempurna.

    Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa ,

    perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-kanak

    mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu. Pengaruh sosial juga

    mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial taraf tinggi

    petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan

    anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas.

    iii. Umur 4 hingga 5 tahunPada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang berumur

    3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana

    tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab

    pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang.

    Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa

    dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus

    menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama

    rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak

    mula belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia ini telah ada

    kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak yang mendapat kelas

    pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut:

    Penglihatan yang baik.

    Pendengaran yang baik. Kecerdasan yang normal. Mempunyai sahsiah yang matang. Aktif dan cergas. Faham dan pandai menggunakan perbendaharaan kata Berminat dan berkebolehan untuk belajar dan mendengar cerita.

  • 7/27/2019 PERKEMBANGAN KANAK.docx

    11/11

    Memberi penuh tumpuan terhadap sesuatu kerja. Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

    Komunikasi ini perlu dikembangkan selari dengan elemen yang lain. Bahasa sangat penting

    untuk kanak-kanak ini berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti dengan menggunakan diorama

    seperti aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan perkembangan komunikasi kanak-kanak

    tersebut. Mereka dapat berinteraksi bersama-sama rakan-rakan yang lain untuk berbincang bagi

    menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh guru. Oleh itu, perkembangan komunikasi kank-

    kanak ini dapat berkembang selari dengan perkembangan-perkembangan yang lain.