Perkembangan kerjaya teori super

28
PERKEMBANGAN KERJAYA DISEDIAKAN OLEH : NOOR AZRINA TUAH 110821 NORHAFIQAH MUSTAFFA 110728 NOR ATIKAH ABDULLAH 110885 NUR ATHIRAH JAMIL 110271 MOHD FIQRY JASMY 110690 WAN AHMAD HAFIZ 110996 07/06/2022

Transcript of Perkembangan kerjaya teori super

Page 1: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

PERKEMBANGAN KERJAYA

DISEDIAKAN OLEH :

NOOR AZRINA TUAH 110821NORHAFIQAH MUSTAFFA

110728NOR ATIKAH ABDULLAH

110885NUR ATHIRAH JAMIL 110271MOHD FIQRY JASMY 110690WAN AHMAD HAFIZ 110996

Page 2: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

Tajuk:-

TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

DISEDIAKAN UNTUK :-

CIK SHARIFAH NAQJIHAA SYED OTHMAN

Page 3: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

1.0-Teori Perkembangan Kerjaya Super

Teori ini diperkenalkan oleh Donald E. Super pada tahun 1952.

Bersumberkan konsep2 kendiri yang ada pada diri seseorang.

Teori ini asalnya idea daripada Ginzberg(1951). Super menjadikan lebih komplex dengan

menambah beberapa aspek sosial, perkembangan dan juga psikologi.

Menurut super konsep kendiri pekerjaan terbina melalui pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap kerja, mengenal pasti melalui kerjaya orang dewasa dan pengalaman2 yang diperolehi mereka.

Page 4: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

Donald E. Super

Page 5: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

Super lebih gemar menggunakan pendekatan daripada menggunakan teori dan beliau telah mencadangkan bahawa pendekatan yang dibawanya bolehlah diberikan nama differential iaitu perbezaan, development iaitu perkembangan dan social phenomenologikal

psychology iaitu fenomena psikologi sosial. Super mengambil kira 4 unsur utama dalam

pendekatannya :-a. Peringkat hidup semasa mencari vokasional.b. Kematangan vokasional.c. Pemindahan konsep kendiri kepada konsep

kendiri vokasional.d. Corak kerjaya.

Page 6: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

2.0- Peringkat Perkembangan Konsep Kendiri

Konsep kendiri sebenarnya adalah penilaian seseorang individu itu terhadap dirinya sendiri.

Individu akan membuat penilaian dirinya sendiri dengan mencari kekuatan dan kelemahan yang ada.

Mereka akan melihat diri mereka dari aspek kematangan fizikal, mental, emosi, potensi diri, bakat semula jadi, minat, nilai, kendiri moral dan etika, kendiri keluarga dan significant other, kendiri sosial, tingkah laku dan kepuasan kendiri itu sendiri.

Page 7: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

Super (dlm. Brown&Brooks 1984) telah membahagi perkembangan konsep kendiri kepada 5 peringkat :-

1. Pertumbuhan (lahir-14 tahun).2. Peringkat penerokaan (15-24 tahun).3. Peringkat pengukuhan (25-44 tahun).4. Peringkat pengekalan (45-64 tahun).5. Peringkat penurunan (65 tahun ke atas).

Peringkat2 ini menurut Super banyak mempengaruhi pemilihan dan kestabilan kerjaya seseorang individu itu.

Page 8: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

3.0-Faktor-Faktor Mempengaruhi Keputusan Kerjaya

Super (dlm. Weinrach 1979) juga menegaskan bahawa keputusan yang berhubung dengan kerjaya seseorang itu sepanjang hidupnya mempunyai pertalian dengan beberapa faktor penentu, iaitu penentu ekonomi dan psikologi.

Penentu2 ekonomi termasuklah perkara2 yang berkaitan edaran perdagangan, perubahan teknologi dan peperangan. Penentu sosial pula termasuklah status sosioekonomi, pelajaran, kewarganegaraan , bangsa, agama, jantina. Penentu psikologi pula meliputi warisan biologi, kecerdasan, bakat istimewa dan nilai.

Page 9: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

• Proses perkembangan ini pula bukan sahaja melibatkan kompromi dalaman antara individu dengan dunia pekerjaan, sebaliknya juga melibatkan kompromi dalaman abtara keperluan individu, ibu bapa dengan pengaruh kebudayaan

Page 10: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

3.0- Elemen-Elemen Asas Pembentukan Teori Super

1. Perbezaan individu2. Potensi yang pelbagai

3. Corak kebolehan bekerja4. Identifikasi dan model peranan5. Kesinambungan penyesuaian

6. Peringkat-peringkat Kehidupan7. Corak kejayaan

Page 11: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

4.0-Perkembangan Kerjaya

4.1-Peringkat Pertumbuhan.

Peringkat berlaku antara 0-14 tahun. Individu dirujuk pada perkembangan fizikal dan psikologinya. Individu membentuk sikap dan mekanisme tingkah lakunya yang akan menjadi komponen penting dalam konsep kendiri untuk hidup seterusnya.

Pengalaman akan memberikan latar belakang pengetahuan terhadap dunia pekerjaan yang akhirnya akan digunakan untuk membuat pemilihan terakhir.

Peringkat ini bermula apabila individu mendapat kesedaran bahawa pekerjaan ialah suatu aspek dalam kehidupan. Bermula pada peringkat fantasi dengan pemilihan yang ditunjukkan selalunya tidak realistik dan berhubung rapat dengan cara hidup bermain-main.

Page 12: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

4.2-Peringkat Penerokaan

Berlaku antara umur 15-24 tahun. Terbahagi kepada dua fasa iaitu tentatif dan

realistik. Fasa tentatif, ketika dalam peringkat penerokaan,

indivudu mula menyempitkan pemilihannya kepada beberapa kemungkinan. Perkara ini disebabkan oleh beberapa ketidak pastian tentang keupayaan, latihan yang disediakan, peluang pekerjaan, senarai pemilihan yang mungkin juga akan menjadi terhad dan sempit.

Fasa realistik pula, masih dalam peringkat penerokaan, individu akan menyempitkan pemilihan kerjayanya kepada pekerjaan yang dapat dicapai olehnya dan dapat pula memberikan kesempatan atau peluang2 yang baik yang dirasakan lebih mustahak kepadanya.

Page 13: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

4.3-Peringkat Pengukuhan. Berlaku antara umur 25-44 tahun Terbahagi kepada dua fasa juga iaitu percubaan

dan stabil. Pada peringkat percubaan , individu mula

memperlihatakan hubungan antara penemuan awal dengan pengalaman berkerja. Individu mencuba , meninjau dan menilai untuk memastikan pilihan dan keputusan yang dibuat pada peringkat penerokaan boleh direalisasikan, individu mungkin sudah menjawat satu pekerjaan dengan satu perasaan bahawa ia pasti akan menukar kerjayanya jika kerjaya itu tidak bersesuaian.

Secara beransur-ansur individu mula menimba pengalaman dan bertambah cekap dan akhirnya menjadi fasa stabil.

Dari sinilah, aspek pekerjaan ini dibawa ke dalam konsep kendirinya dan pekerjaan itu kemudiaannya diterima sebagai sesuatu yang memberikan kepuasan dalam hidupnya .

Page 14: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

4.4-Peringkat Pengekalan Berlaku antara umur 45-64. Peringkat ini cuba dicirikan cuba berusaha untuk

meneruskan dan membaiki situasi pekerjaanya. Disebabkan pekerjaan dan konsep kendiri

mempunyai hubungan yang erat, maka proses perubahan atau penyesuaian akan terus belaku. Individu akan meneruskan situasi kerja yang dapat memberikan kepuasan yang lebih kepada dirinya.

Individu juga akan melihatnya kembali atau mengubah keadaan atau aspek yang tidak menyeronokkan atau menyakitkan dirinya.

Walaubagaimanapun hal ini tidaklah sampai terus mengeluarkan individu tersebut dari dunia pekerjaannya.

Page 15: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

4.5-Peringkat Penurunan. Peringkat ini berlaku pada peringkat umur 65

dan ke atas. Dikaitkan dengan waktu pencen atau bersara

dengan penekanan individu pada kerja, berfokus kepada melaksanakan tugasnya dengan output yang minimum. Disebabkan kekuatan daya fizikal dan mental menurun, aktiviti kerja mula bertukar dari atas ke bawah. Langkah dan berkerja mula bersangkut-sangkut, tugas mula berrubah ata bentuk kerja juga mula bertukar bagi menyesuaikan kebolehan-kebolehan yang mula menunjukkan penurunan.

Peringkat2 perkembangan pekerjaya Super dapat membentuk satu rangka untuk tingkah laku dan sikap kerjaya yang dinyatakan menerusi 5 aktiviti yang kemudiaanya dikenali sebagai tugas-tugas perkembangan kerjaya.

Perkara ini dapat dinyatakn seperti dalam jadual dibawah:-

Jadual 4.1 : Tugas2 perkembangan kerjaya mengikut Super.

Page 16: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

Tugas2 perkembangan

kerjaya

Umur Sifat-sifat umum

Kristalisasi 14-18 tahun Dalam masa proses membentuk satu matlamat umum kerjaya menerusi sumber2 kesedaran, minat, nilai2,

dan merancang kerjaya yg dikehendakinya

Pengkhususan 18-21 tahun Dalam masa bergerak dari pemilihan cedangan2 kerjaya kepada pemilihan

satu kerjaya tertentu

Pelaksanaan 21-24 tahun Dalam masa memenuhi latihan kerjaya yang dibuat dan terus memasuki bidang pekerjaan

Kestabilan 24-35 tahun Dalam masa penetapan memilih kerjaya oleh pengalaman pekerjanya yg sebenar dan mengunakan bakat

untuk menunjukkan pemilihan kerjaya itu sebagai suatu yang paling

tepat

Pengukuhan >35 tahun Dalam masa memperkenalakan ke dalam kerjaya yang berlanjutan

status, dan senoriti atau kekananan

Page 17: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

5.0-Corak Kerjaya Semua faktor latar belakang pengalaman

individu akan menyumbangkan sesuatu tindakan terhadap sikap dan tingkah laku.

Dengan menyaksikan kejayaan, kegagalan, kekecewaan dan mendengar perbincangan tentang pengalaman kerja, perkara2 tersebut akan memberi pengaruh yang besar terhadap kerjaya individu pada masa depan.

Begitu juga dengan kebolehan mental yang merupakan faktoe utama bagi kejayaan yang bersesuaian dengan individu.

Teori corak kerjaya ini merupakan kunci dlm pembentukan teori asas bimbingan kerjaya kerana boleh membantu para kaunselor khususnya kaunselor kerjaya untuk melihat dengan lebih dekat tentang aspek sosial, pendidikan dan kebolehalihan atau mobiliti pekerjaan seseorang klien.

Page 18: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

5.1-Perkembangan dapat dibimbing.• Biarpun ada bukti yang longgar menunjukkan

keupayaan dan personaliti ialah warisan sistem respon dan ektokrin, ada juga bukti kukuh yang menunjukkan persekitaran juga turut menyumbang ke arah kecerdikan dan personalliti berfungsi.

• Elemen ini juga menjadi asas kepada teori yang menyatakan bahawa perkembangan kerjaya dapat dibimbing dengan mempercepat proses kematangan, kebolehan dan minat dan sebahagiannya lagi dengan pengujian2 realiti dan memperkembang konsep kendiri individu itu.

• Individu dapat dibentuk umtuk menuju ke arak pilihan kerjaya yang memuaskan hatinya dengan dua cara :-a) Dengan membentu memperkembangkan keupayaan

dan minatb) Membantu individu mengenal pasti dan memahami

kekuatan dan kelemahan dirinya supata dia dapat membuat kerjaya yang paling tepat. Disinilah letaknya peranan sekolah, guru dan kaunselor yang boleh memberikan motivasi, maklumat kerjaya dan mengadakan ujian2 minat dan sebagainya.

Page 19: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

5.2-Perkembangan adalah hasil interaksi• Proses pembentukan dan pelaksanaan konsep

kendiri• Proses ini merupakan tatacara sistesis dan

kompromi, iaitu konsep kendiri dan hasil interaksi anatar warisan kecerdasan, penampilan fizikal, peluang untuk memerhati dan memainkan pelbagai peranan serta penilaian mengenai sejauh mana hasil tindakan yang disepertujui oleh ketua dan rakan sejawat.

• Waktu pembelajaran, sebelum memasuki dunia pekerjaan yang sebenar, seorang individu akan menjangkakan pekerjaan yang memainkan peranan penting dalam pekermbangan konsep kendiri mereka.

• Setiap individu akan cuba untuk mengekalkan atau mengembangkan konsep kendiri yang disukainya dan menjurus kearah aktiviti yang akan membernarkan dikekalkan atau dibaiki imej kendiri yang ingin dimilikinya itu.

Page 20: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

• Desakan dalaman yang kuat akan menolak individu ke arah konsep kendiri yang ideal.

• Keadaan ini akan mempertemukan konsep kendiri ideal dengan konsep kendiri sebenar.

• Jika ini berlaku sudah tentu akan berlaku halangan seperti pembatasan minda, pengalaman, minat dan sebagainya ataupun aspek batasan diri daripada persekitaran luaran.

• Faktor ini kemudiaanya akan mengganggu proses pencapaian konsep kendiri ideal dan akan berakhir dengan individu itu berkompromi atau menerima sesuatu yang kurang sedikit daripada yang ideal.

Page 21: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

6.0-Pelangi Kerjaya Kehidupan

• Super (1980), memerihalkan rajah pelangi kerjaya kehidupan, dengan rajah tersebut menekankan perbezaan peranan yang dimainkan oleh setiap individu semasa jangka hayatnya dan pengaruh peranan-peranan ini terhadap gaya hidup serta kerjaya. Peranan tipikal bagi kebanyakan orang termasuklah kanak-kanak, pelajar,warganegara, pekerja, pasangan, pembuat rumah, ibu bapa dan individu yang sudah pencen. Peranan2 ini menekankan aspek sepanjang hayat perkembangan kerjaya.

Page 22: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

7.0-Dinamika Corak Kerjaya

• Super telah mengemukakan satu lagi usul.Menurut super, proses kompromi antara individu dengan faktor2 sosial antara konsep kendiri dengan realiti merupakan satu permainan peranan, sama ada peranan yang dimainkan itu secara khayalan seperti dalam proses temu duga kaunseling ataupun dalam aktiviti kehidupan sebenar seperti di dalam kelas di sekolah, di kelab2 pekerjaan separuh masa dan pekerjaan tetap.

• Pengubahsuaian aspek kerjaya oleh konsep kendiri dapat berlaku dengan pelbagai cara. Disebabkan dunia pekerjaan sangat konpleks dan keperluan kemasukan dalam banyak bidang adalah sukar.

Page 23: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

8.0-Kepuasan Kerja: Perbezaan Individu, Status,

Peranan• Kepuasan kerja dan kepuasan kehidupan adalah

bergamtung sejauh mana individu memperoleh jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan kebolehannya, kehendak, nilai, minat,tret2 personaliti dan konsep kendirinya.

• Segalanya bergantung pada kemantapan dalam sesuatu jenis pekerjaan,situasi kerja dan cara hidup yang membolehkannya berperanan dan dianggap sepandan dan sesuai dengan pengalaman ketika peringkat pertumbuhan dan penerokaan sesuatu bidang kerjaya itu.

Page 24: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

9.0-Kerja Sebagai Satu Cara Hidup

• Konsep kerjaya sebgai satu cara hidup merupakan fokus dan tumpuan terakhir dalam pembentukan teori ini, yang telah diterima luas dan ditekankan oleh ahli Sosiologi dan Psikologi dan merupakan satu perkara yang tidak asing lagi bagi Kaunselor.

• Satu bentuk penyesuaian kerjaya dan personaliti yang sewajarnya akan terhasil apabila sifat semula jadi kerjaya itu sendiri dan cara gaya hidup seseorang yang merangkumi komuniti, rumah, aktiviti, masa lapang, kawan2 dan lain2 yang berjalan seiring dengannya adalah serasi dan sepadan dengan kecerdasan, minat dan nilai individu tersebut. Hal inilah yang dikatakan kerja sebagai satu cara hidup yang menjadi elemen asas kepada teori perkembangan kerjaya.

Page 25: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

10.0-Rumusan Teori Perkembangan Kerjaya Super

• Manusia adalah berbeza2 dari segi kebolehan, minat dan personaliti.

• Setiap individu berkelayakan untuk melakukan beberapa jenis pekerjaan.

• Tiap2 pekerjaan memerlukan corak2 tertentu ciri2 kebolehan, minat dan trait2 personaliti.

• Pemilihan kerjaya dan kecekapan, situasi tempat individu tinggal dan bekerja serat konsep kendiri individu berubah mengikut masa dan pengalaman dan kaedah ini menjadikan proses pemilihan dan penyesuaian sebagai satu proses berterusan.

Page 26: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

Page 27: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

Any Question??

Page 28: Perkembangan kerjaya teori super

13/04/2023

TERIMA KASIH