Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

37
1 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3023) dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini, En. Zakaria bin Abdul Wahab, kerana tunjuk ajar dan garis panduan yang beliau telah berikan kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah memberi sumbangan berbentuk idea mahupun tunjuk ajar bagi menambah baik tugasan ini. Segala pendapat dan tunjuk ajar kalian sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kepada rakan sekelas, saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah kalian berikan secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kedua ibu bapa saya, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu dan sia-sia Akhir kata dari saya, terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan tugasan ini. Terima kasih IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

description

dfgrtfhrtfghrfghrtfgjyfhjfghrfthrtfhrfthrfhgrdthrtdhrftghrfthgf

Transcript of Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

  • 1

    PENGHARGAAN

    Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan PERKEMBANGAN

    KANAK-KANAK (EDU3023) dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada pensyarah mata

    pelajaran ini, En. Zakaria bin Abdul Wahab, kerana tunjuk ajar dan garis panduan yang

    beliau telah berikan kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk

    ajar beliau, mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.

    Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah memberi sumbangan berbentuk idea

    mahupun tunjuk ajar bagi menambah baik tugasan ini. Segala pendapat dan tunjuk ajar

    kalian sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan

    sempurna. Kepada rakan sekelas, saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang

    telah kalian berikan secara langsung mahupun tidak langsung.

    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa saya yang

    telah banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa

    penglibatan daripada kedua ibu bapa saya, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu

    dan sia-sia

    Akhir kata dari saya, terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk

    menjayakan tugasan ini. Terima kasih IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

  • 2

    PENGENALAN

    Perkembangan Kanak-Kanak merupakan matapelajaran yang saya pelajari pada semester

    ini. Berdasarkan pada pemahaman saya sepanjang mempelajari matapelajaran ini,

    Perkembangan Kanak-Kanak memberi saya pengetahuan tentang proses perkembangan

    kanak-kanak serta apa sahaja yang berkaitan dengan perkembangan fizikal, bahasa, emosi

    dan daya kreatif kanak-kanak dari peringkat prenatal hinggalah awal remaja. Selain itu juga

    saya diberi pendedahan awal mengenai kanak-kanak yang berkeperluan khas.

    Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr.

    Sharifah Nor Puteh (2007) berpendapat bahawa pendidikan awal yang berkualiti amat perlu

    bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Menurut beliau,

    perkembangan kognitif melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan,

    konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan

    satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran. Perkembangan ini sangat penting

    untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek.

    Untuk merealisasikan pendapat beliau, seorang guru atau ibu bapa juga perlu tahu

    bahawa pengetahuan mengenai perkembangan kanak-kanak merupakan aspek yang

    paling penting di dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti

    bagi merancang kurikulum yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak

    tersebut. Pengetahuan mengenai perkembangan kenak-kanak juga membolehkan guru

    memahami perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak dari pelbagai aspek dan dapat

    memilih aktiviti yang sesuai dijalankan mengikut tahap atau peringkat yang tertentu.

    Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak (2003)

    objektif Pengajian Perkembangan Kanak-kanak adalah untuk membolehkan murid:

    1. Menyatakan peringkat kitaran hidup manusia dan menerangkan kepentingan

    keperluan asas kanak-nakak

    2. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan menjadi seorang

    ibu dan perkembangan janin derta dapat menghubungkaitkan dengan

    kelahiran bayi yang sihat

    3. Menerangkan proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di

    bawah umur 6 tahun dan menghubungkaitkan dengan perkembangan fizikal,

    kognitif, bahasa, sosio-emosi serta estetika, daya kreatif dan perkembangan

    rohani.

    4. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal,

    kognitif, bahasa, sosio-emosi serta estetika, daya kreatif dan perkembangan

    kerohanian kanak-kanak untuk meransang dan meningkatkan potensi

  • 3

    individu ke tahap optima

    5. Menerangkan tingkah laku positif dan merancang persekitaran serta aktiviti

    yang sesuai bagi meningkatkan potensi kanak-kanak berumur di bawah 6

    tahun

    Pendidikan awal kanak-kanak menjadi wadah yang amat penting pada masa zaman

    ini dalam mencungkil bakat atau potensi yang ada dalam setiap diri kanak-kanak. Oleh itu,

    warga pendidik awal kanak-kanak(guru) harus memainkan peranan penting dengan

    melaksanakan sistem pendidikan negara melalui pelbagai sukatan pembelajaran yang

    memberi kesan positif untuk kanak-kanak mencapai kecemerlangan dari satu tahap ke

    tahap lebih tinggi sehingga dewasa. Dalam hal ini,guru harus peka terhadap perkembangan

    murid dengan mengunakan modul yang sesuai melalui pemerhatian dan tindak balas murid.

    Guru juga boleh mengunakan teori ataupun kajian tokoh tokoh terdahulu yang banyak

    membantu warga pendidik dalam memberikan ilmu kepada generasi kini dan dijadikan

    panduan untuk manfaat bersama.

    Tokoh yang terkemuka pada tahun 1896-1980 iaitu Jean piaget dipilih dalam

    menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Teori kognitif dikemukakan oleh beliau melalui

    kajian- kajian yang dijalankkan dengan cukup terperinci. Teori ini boleh boleh dipraktikkan

    oleh guru dalam mendidik kanak-kanak pra sekolah. Melalui teori ini, para pendidik boleh

    memahami tingkah laku pelajar dan mengunakan pendekatan yang terbaik dalam

    menyalurkkan ilmu kepada murid-murid untuk melahirkkan insan yang cemerlang di masa

    depan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya .

    Aktiviti yang akan dijalankan dalam tugasan ini lebih tertumpu kepada perubahan

    yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti perkembangan kognitif ini

    dijalankan mengikut kategori umur yang tertentu berdasarkan teori Jean Piaget.

    Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah teori perkembangan kanak-kanak

    selari dengan kajian yang dilakukan terhadap murid yang telah dipilih. Seramai tiga orang

    murid yang merupakan kanak-kanak berusia antara 5-12 tahun di sebuah sekolah telah

    dipilih sabagai responden kajian. Pemilihan responden adalah berdasarkan kajian

    pemerhatian dan interaksi semasa berada di sekolah semasa menjalankan Pengalaman

    Berasaskan Sekolah(PBS). Data kajian telah diambil secara pemerhatian, ujian dan

    pengukuran. Dapatan daripada aktiviti ini mendapati bahawa terdapat perubahan

    perkembangan kognitif mengikut peringkat umur.

  • 4

    DIFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    Menurut Kamus Dewan edisi keempat tahun 2005, perkembangan merupakan perihal atau

    proses berkembang menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan, kemajuan

    dan sebagainya. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih

    kecil biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun.

    Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga

    peringkat kematangan. Mok Soon Sang(2009).

    Mengikut ahli psikologi, perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif,

    emosi, sosial dan rohani yang dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan

    faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling

    berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju kea rah tertentu.

    Perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif

    tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat

    yang lebih awal. Atan Long(1980)

    Walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua

    kanak-kanak cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-

    kanak. Gesell(1949)

    Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan-perubahan sistematik yang

    berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-

    perubahan ini adalah kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. Dr. Ragbir

    Kaur(2008)

    Apa yang dapat disimpulkan berdasarkan kepada pendapat tokoh-tokoh di atas adalah,

    perkembangan perkembangan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan yang

    bersifat kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan

    tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan benda hidup hingga

    ke akhir hayat.

  • 5

    KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    Konsep perkembangan kanak-kanak

    Setiap manusia yang normal akan mengalami perubahan dan perkembangan dari aspek

    fizikal, sosial, kognitif dan emosi sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja,

    dewasa dan tua. Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi

    pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan

    kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit

    kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

    Perkembangan melibatkan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan

    yang dapat diperhatikan tetapi sukar untuk ditentukan dari satu tahap ke satu tahap yang

    lain seperti penguasaaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif atau penguasaan kemahiran

    bersosial seorang kanak-kanak.

    Perkembangan kanak-kanak juga akan berlaku secara beransur-ansur dan

    berterusan. Hasil daripada tindakan tersebut saling berkait antara proses kematangan dan

    pembelajaran mengikut aturan semulajadi. Pengaruh baka dan persekitaran merupakan

    faktor yang penting yang menyumbang kepada kadar perkembangan yang berbeza-beza

    bagi seorang kanak-kanak. Selain itu perkembangan juga merupakan peningkatan

    penampilan dan potensi kanak-kanak secara berperingkat dan berterusan. Oleh itu,

    perkembangan ialah satu proses untuk menghasilkan peningkatan kemampuan untuk

    berfungsi pada tahap yang tertentu.

  • 6

    Prinsip perkembangan kanak-kanak

    Menurut Ee Ah Meng (2005), prinsip perkembangan kanak-kanak dapat dikelaskan kepada:

    1. Mengikut arah tertentu. Arah -arah itu seperti arah kepala ke kaki

    (cephalocaudal) yang mana struktur dan fungsi berlaku di bahagian kepala

    terlebih dahulu sebelum bahagian badan dan kaki. Arah kedua ialah arah

    tengah ke tepi (proximodistal). Perkembangan berlaku dari bahagian tengah

    menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota.

    2. Berlaku secara berterusan yang mana perkembangan berlaku secara

    berterusan daripada lahir sehingga mati

    3. Susun atur yang tersendiri. Corak perkembangan bayi adalah sama daripada

    satu peringkat ke peringkat yang lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang

    kanak-kanak berdiri terlebih dahulu

    4. Berlaku secara menyeluruh di mana otot-otot besar akan berkembang

    terlebih dahulu berbanding dengan otot-otot kecil

    5. Kadar kecepatan yang berbeza. Kecepatan dalam proses perkembangan

    tidak pernah sama. Anggota yang berlainan mempunyai kecepatan yang

    berlainan

    6. Setiap anggota saling berkaitan dan mempengaruhi. Perkembangan dan

    pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan mempengaruhi

    perubahan keseluruhan anggota lain

    7. Corak perkembangan yang berbeza mengikut individu

    8. Berlaku secara berperingkat. Hidup manusia adalah mengikut peringkat-

    peringkat tertentu. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang nyata

    bagi peringkat itu

  • 7

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

    Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan

    faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh

    ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-cirinya adalah seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata

    dan lain-lain

    Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh

    menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan,

    kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Setiap individu menunjukkan

    ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu.

    Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan

    yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli

    psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar

    perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor

    yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di

    antara satu sama lain.

    Pengaruh genetik atau faktor baka ini juga dikenali sebagai gen yang terdiri daripada

    nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada

    kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel

    sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi

    bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat

    baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses

    persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet

    betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa

    masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan

    bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan

    dilahirkan pada masa kelak.

  • 8

    Rajah berikut menunjukkan bagaimana proses percantuman dan pertukaran

    kromosom berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.

    Rajah proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan

  • 9

    Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan. Pengaruh genetik terhadap

    perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi

    fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak yang dilahirkan

    kembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan

    warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-

    ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen

    ibu bapa.

    Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai

    kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan

    kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu

    kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan

    kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak

    yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga

    diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang

    stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

    Di samping itu, faktor persekitaran seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-

    ekonomi,kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah

    pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.

    Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-

    unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah,

    makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum,

    perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan

    perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

    Misalnya, kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh

    dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat

    dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan

    sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami

    perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-ekonomi

    keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-

    kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup

    berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak

    mereka. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,

    khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial.

  • 10

    PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

    Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan

    dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam

    pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk

    pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.

    Perkembangan kognitif juga merupakan salah satu daripada proses tumbesaran

    yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan

    mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif

    sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif

    melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran

    berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti

    seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal

    matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam

    perkembangan kanak-kanak.

    Menurut Jean Piaget, beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang

    disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan

    motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik.

    Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari,

    memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping

    beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah

    seperti lompat tali atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur.

    Misalnya, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti

    mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel

    untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara

    8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan

    menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka

    semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang

    hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik.

    Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan

    memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka

    melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan

    dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang

    membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara

    fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga

  • 11

    menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang

    (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada minda kanak-

    kanak.

    Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan

    menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam

    komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi

    bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi,

    perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula

    melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep

    ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor,

    operasi nombor dan pengukuran.

    Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan

    aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang

    sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa

    untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.

    Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang

    tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-

    kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah

    dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau

    terganggu.

    Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan

    mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap

    ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan

    perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat

    sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak

    sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu

    bapa dan dengan yang lain.

  • 12

    JEAN PIAGET

    Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau lahir di

    Nauchate, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Dia merupakan anak sejarawan bernama

    Arthur Piaget yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang sejarah. Ibunya

    pula bernama Rabecca Jackson . Semasa remaja, beliau amat berminat dalam bidang

    biologi dan epistemologi yang berkaitan dengan perkembangan dan perolehan

    pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada

    bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk

    membentuk ujian kecergasan mental . Semasa bekerja dengan binet, Piaget tidak berminat

    untuk melihat hasil jawapan yang betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau

    beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak

    apabila mereka memberikan jawapan yang salah.

    Semasa usianya 10 tahun,beliau telah memulakan pekerjaaan pertamanya sebagai

    penulis. Karya pertama beliau ialah mengenai burung gereja albino (mempunyai kulit yang

    benar benar pucat atau terang ). Sering kali, ketika memberikan karyanya untuk diterbitkan

    dalam majalah, Piaget dipaksa merahsiakan usianya yang masih muda. Banyak editor

    beranggapan bahawa penulis muda tidak memiliki krebiliti. Salah satu daripada artikelnya

    ditulis ketika berumur lima belas tahun. Beliau ditawarkan bekerja di sebuah muzium

    Zoologi di Jeneva,Swiss. Jean menolak tawaran tersebut kerana ingin melanjutkan

    pelajarannya.

  • 13

    Selepas tamat zaman persekolahan, Jean melanjutkan pelajaran ke universiti

    Nauchatel pada tahun 1916 dan mendapat PHD pada tahun 1918 semasa berumur 22

    tahun. Beliau mula meminati bidang psikologi apabila beliau menjadi profesor sejarah

    dalam bidang ilmiah (1929-1939). Selepas itu,beliau dilantik sebagai ketua Swiss Society for

    Psychologist. Beliau mengajar di universiti-universiti Paris, Lausanne dan Neuchatel. Beliau

    juga menjadi ketua International Bereau of Education (Biro pendidikan international ) dan

    duta United Nations Economic and Scientific Committee(UNESCO) Swiss.

    Piaget sentiasa berdisiplin dalam melakukan pekerjaan sesuai dengan sifat

    peribadinya. Beliau banyak membaca sebelum tidur. Setiap pagi Jean bangun dan menulis

    kurang-kurangnya empat tulisan yang dapat dipaparkan sebelum mengajar. Selepas

    sarapan pagi, Jean akan berjalan-jalan dan merenungkan apa yang menjadi minatnya.

    Beliau suka memikirkan suatu masalah sebelum membaca tentang masalah tersebut.

    Setiap musim panas, beliau akan pergi ke pergunungan Alpine, Eropah dan menulis banyak

    karya di sana.

    Jean piaget menerima gelaran kehormat dari Universiti Oxford dan Harvard kerana

    banyak menyumbangkan idea-idea tentang perkembangan dan cara belajar kanak-kanak.

    Namun, Jean tetap rendah hati dan memilih untuk tidak terlalu terdedah diklayak ramai.

    Gaya hidup saperti ini membolehkan beliau memgembangkan teorinya. Dalam bidang

    psikologi, Jean Piaget merupakan diantara tokoh penting pada abad ke-20.

    Piaget telah membuat penyelidikan di Institut Jacques Rosseau di Switzerland dan

    telah membina kaedah klinikal dalam temubual. Jean Piaget meninggal dunia pada 17

    september 1980 di Jeneva, Swiss ketika berusia 84 tahun. Beliau merupakan salah seorang

    tokoh ilmiah yang amat dikagumi ramai sebagai seorang pemikir ilmiah yang kreatif di

    Swiss.

  • 14

    TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

    Menurut Jean piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan yang

    sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak

    membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanakkanak membina persekitarannya

    .Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai

    persekitaran fizikalnya. Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama untuk

    menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan skema, penyerapan, pengubahsuaian,

    keseimbangan.

    Skema adalah sktruktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus

    dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet

    menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan

    ia mempunyai skema umun dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi

    semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta,

    memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi

    dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan mengenggam dan apa

    sahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu

    atau jari tangan, bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan

    mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana terdapat satu skema sahaja iaitu menghisap.

    Namun terdapat enam sub tahap pada peringkat ini dengan melihat kebolehan berdasarkan

    umur bayi.

    Dari lahir hingga satu bulan sub , dikenali sebagai refleks . Pada tahap ini bayi hanya

    mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui

    tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya),

    penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat

    ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk

    keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

    Seterusnya ialah reaksi asas sekular,iaitu bayi yang berumur diantara sebulan

    hingga empat bulan .Pada peringkat ini bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian

    badannya yang tertentu. Pengalaman memainkan peranan penting untuk pembentukan

    tingkah laku kanak-kanak pada tahap ini . Pengalaman tersebut boleh didapati daripada

    perkembangan di tahap pertama. Oleh itu , tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini

    sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan

    sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem

    pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan

  • 15

    kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut

    melakukan sesuatu tingkah laku yang menyeronokkan

    Reaksi sekular kedua pula berlaku semasa kanak-kanak berumur empat hingga

    lapan bulan. Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan

    pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan melalui sesuatu proses

    pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkahlaku baru seperti mengambil sesuatu

    barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek

    dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut

    dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut

    Pada tahap lapan hingga dua belas bulan dikenali sebagai reaksi kordinasi.

    Peringkat ini dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud

    sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental

    bayi sudah berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada

    bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila

    menggoncangkan sesuatu alat mainan,alat mainan tersebut mengeluarkan bunyi.

    Manakala pada umur dua belas bulan hingga lapan belas bulan ialah reaksi sekular

    ketiga. Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi

    berlaku secara aktif. Hal ini kerana, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan

    keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. Pada

    tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman

    sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga

    mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak

    ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

    Tahap yang keenam ialah dari lapan belas bulan hingga dua tahun ialah

    pengambaran pemikiran awal. Peringkat ini berlakunya kombinasi mental di mana kanak-

    kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.

    Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat

    membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah

    mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

    Asimilasi merupakan proses kognitif yang mana seseorang menyatukan maklumat-

    maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema sedia ada dan

    merupakan penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam stuktur sedia ada. Asimilasi

    berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui serta memperolehi pelbagai

    maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan seperti sebuah belon yang

  • 16

    semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya.Oleh itu,perubahan yang berlaku

    adalah secara kuantitatif bukan kualitatif

    Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta

    perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai

    dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat

    itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubahsuai. Hal ini menyebabkan,

    proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk

    digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan

    maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku

    sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi sesuatu

    kemahiran tertentu.ini berlaku secara berterusan

    Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan

    proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak

    menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia

    berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka

    maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang

    baru. Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai.

    Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

    Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif

    kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan

    umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor,

    pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

    Sensori motor ialah bagi bayi yang berumur 0-2 tahun. Peringkat ini merupakan

    permulaan dalam perkembangan kognitif yang mana bayi menggunakan deria dan

    pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang

    terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi dan persekitaran. Contohnya ialah menggunakan

    mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai

    objek.Peringkat sensori motor adalah peringkat yang mana kanak-kanak mengkoordinasi

    maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema bagi membolehkan

    mereka meneroka dan mengetahui persekitaran mereka.Pada peringkat akhir sensori motor,

    kanak-kanak akan melakukan imitasi (proses peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat

    atau diperhatikan. Contohnya: meniru perlakuan melambaikan tangan.

  • 17

    Manakala pada umur 2 hingga 7 tahun, Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa

    serta simbol untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-

    kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu,

    perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan

    pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab

    untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan

    memahami konsep keabadian bilangan.

    Seterusnya, peringkat operasi konkrit bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12

    tahun.Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan

    dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak- kanak sudah boleh

    mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh

    memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.

    Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas terhadap konkrit sahaja.

    Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka

    tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan

    aktiviti pembelajaran yang bermakna masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan

    pengalaman secara langsung.

    Manakala peringkat operasi formal ialah bagi kanak-kanak yang berumur selepas 12

    tahun.Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang

    lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif dan

    menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat

    rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh

    menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,

    mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk

    menyelesaikan masalah matematik

  • 18

    Ujian Konservasi Piaget

    Piaget telah menjalankan pelbagai ujian untuk memahami keupayaan kognitif dan

    perspektif kanak-kanak. Berdasarkan Ujian Konservasi Piaget, saya telah menjalankan

    kajian terhadap kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan lima, tujuh dan sembilan

    tahun bagi menilai kanak-kanak dalam memahami pengekalanciri-ciri bahan yang terdiri

    daripada :

    Lego Tanah Liat

    Air dalam mangkuk Air dalam balang

  • 19

    PELAJAR

    Aktiviti Yang Dirancang Untuk Kanak-Kanak Yang Dipilih

    MODEL TUGASAN 1: KONSEVERSI NOMBOR

    LANGKAH 1

    Soalan 1

    Perhatikan lego ini.

    Pada pendapat kamu adakah lego pada kedua-dua barisan ini mempunyai jumlah yang

    sama banyak ?.

    Jawapan Pelajar:

    Soalan 2

    Mengapa Adham katakan jumlah lego kedua-dua barisan ini adalah sama banyak ?.

    Jawapan Pelajar:

    PENYELIDIK

  • 20

    MODEL TUGASAN 1: KONSEVERSI NOMBOR

    Soalan 1

    Perhatikan lego ini.

    Pada pendapat kamu adakah lego pada kedua-dua barisan ini mempunyai jumlah yang

    sama banyak atau ada satu baris yang mempunyai lebih banyak jumlah legonya ?.

    Jawapan Pelajar:

    Soalan 2

    Mengapa kamu katakan jumlah lego di barisan bawah lebih banyak ?.

    Jawapan Pelajar

    Pelajar

    Penyelidik

  • 21

    MODEL TUGASAN 2: KONSEVERSI CECAIR

    Soalan (a)

    Perhatikan bekas yang berisi air ini . Adakah sama jumlah airnya.

    Jawapan Pelajar:

    Guru menambah air . Perhatikan bekas (a) yang berisi air ini.

    Pada pendapat kamu, adakah kedua-dua bekas ini mempunyai jumlah air yang sama

    banyak ?.

    Jawapan Pelajar:

    Soalan (b)

    Perhatikan bekas (b) yang berisi air ini

    a) Adakah kedua-dua bekas ini masih mempunyai jumlah air masih sama banyak

    atau satu bekas lagi mempunyai lebih banyak airnya ?.

    b) Bekas manakah yang mempunyai jumlah air yang paling banyak?.

    Jawapan Pelajar:

    Soalan (c)

    Nyatakan pendapat kamu mengapa kamu katakana bekas yang bercorong panjang

    mempunyai lebih banyak air?.

    Jawapan Pelajar:

  • 22

    MODEL TUGASAN 3 : KONSEVERSI JISIM ( TANAH LIAT )

    Soalan 1

    Perhatikan bola tanah liat ini (rajah A) .

    Pada pendapat kamu, adakah bentuk kedua-dua tanah liat ini sama ?.

    Jawapan Pelajar:

    Soalan 2

    Perhatikan bentuk bola tanah liat ini (rajah B )

    Pada pendapat kamu tanah liat manakah yang lebih banyak, Tanah liat yang bulat atau

    yang leper?.

    Jawapan Pelajar:

    (a)

    (b)

  • 23

    KAJIAN KOGNITIF KANAK-KANAK MENURUT TEORI JEAN PIAGET

    PROFIL PELAJAR

    PROFIL PERIBADI PELAJAR PERTAMA

    Nama : Nur Farah Dania binti Ahmad Aznan

    Tarikh lahir :

    Umur : 5 Tahun

    Kelas : Prasekolah

    Jantina : Perempuan

    Bil. dalam keluarga : Empat daripada empat adik beradik

    Keturunan : Melayu

    Agama : Islam

    Nama bapa : Ahmad Aznan bin Zakaria

    Pekerjaan bapa : Guru

    Nama ibu : Aida binti Ghafar

    Pekerjaan ibu : Suri rumah

  • 24

    PROFIL PERIBADI PELAJAR KEDUA

    Nama : Muhamad Zamrud Amsyar bin Mohd Zakaria

    Tarikh lahir : 2 September 2006

    Umur : 7 Tahun

    Kelas : 1 Mawar

    Jantina : Lelaki

    Bil. dalam keluarga : Lima daripada lima orang adik beradik

    Keturunan : Melayu

    Agama : Islam

    Nama bapa : Mohd Zakaria bin Kaliman

    Pekerjaan bapa : Pensyarah

    Nama ibu : Kalsom binti Awang

    Pekerjaan ibu : Guru

  • 25

    PROFIL PERIBADI PELAJAR KETIGA

    Nama : Muhammad Faiz bin Zaif

    Tarikh lahir : 13 Ogos 2001

    Umur : 9 Tahun

    Kelas : 3 Ros

    Jantina : Lelaki

    Bil. dalam keluarga : Empat daripada enam orang adik beradik

    Keturunan : Melayu

    Agama : Islam

    Nama bapa : Zaif bin Jamin

    Pekerjaan bapa : Pemandu Lori

    Nama ibu : Zarina binti Kauran

    Pekerjaan ibu : Suri Rumah

  • 26

    Laporan Pelaksanaan Kajian

    Laporan aktiviti ujian konservasi pelajar pertama

    Ujian yang dipilih : Ujian Konservasi Nombor

    Ujian Konservasi Cecair

    Ujian Konservasi Jisim

    Tempat ujian dijalankan : Kantin Sekolah SK Seri Sampurna

    Tarikh ujian dijalankan : 4 Ogos 2014

    Masa ujian dijalankan : 10.30 11.30 pagi

    Saya telah menjalankan ujian keatas Nur Farah Dania binti Ahmad Aznan untuk mengkaji

    tahap pemikiran beliau sama ada beliau boleh berfikir secara logik atau tidak. Saya

    menggunakan lego sebanyak 14 keping. Saya telah susun lego tersebut kepada dua baris

    dan setiap baris saya letakkan sebanyak 7 keping lego. Jarak antara kedua-dua baris lego

    adalah dalam kedudukan yang rapat dan sama panjang(baris A dan B). Kemudian saya

  • 27

    menanyakan soalan kepada beliau(soalan 1). Seterusnya saya renggangkan kedudukan

    kepingan lego dalam baris B supaya baris B menjadi lebih panjang dan saya menanyakan

    soalan kepada beliau (soalan 2 dan 3)

    Soalan yang diutarakan kepada beliau dan jawapan yang diterima ialah:

    1. Adakah bilangan lego dalam kedua-dua baris sama? (baris A dan B)

    Jawapan : Ya

    2. Adakah bilangan lego dalam kedua-dua baris sama? (baris A dan B)

    Jawapan: Ya

    3. Mengapakah bilangan lego di dalam kedua-dua baris adalah sama walaupun

    panjang kedua-dua barisan tidak sama?

    Jawapan: Sebab jarak antara lego lebih panjang/jauh

    Seterusnya saya meneruskan ujian yang kedua iaitu ujian konservasi cecair. Saya

    menggunakan dua bekas air yang sama saiz dan mempunyai isipadu air yang sama(bekas

    A dan B). Selepas itu,saya menanyakan soalan kepada beliau (soalan 1). Kemudian saya

    tuangkan segelas air tadi kedalam satu bekas air lain yang lebih besar (bekas C) dan saya

    menayakan soalan kepada beliau (soalan 2 dan 3). Kemudian saya tuangkan semula air

    dalam bekas C ke dalam bekas B dan saya menayakan soalan kepada beliau (soalan 4).

    Soalan-soalan yang saya utarakan kepada beliau semasa aktiviti dan jawapan yang saya

    terima ialah seperti berikut:

    1. Adakah isipadu air dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan B)?

    Jawapan: Ya.

    2. Adakah isipadu air dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan C)?

    Jawapan: Tidak.

    3. Air dalam bekas manakah yang lebih banyak?

    Jawapan: Bekas A

    4. Adakah isipadu dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan B)

    Jawapan: Ya.

  • 28

    Ujian yang terakhir ialah ujian konservasi jisim. Saya menggunakan dua kepal tanah liat

    yang sudah dibentuk menjadi bulat ( tanah liat A dan B). Selepas itu saya menanyakan

    soalan kepada beliau (soalan 1). Kemudian saya leperkan tanah liat A dan saya

    menanyakan soalan kepada beliau(soalan 2). Kemudian saya bentukkan tanah liat A yang

    leper tadi menjadi bulat kembali dan menanyakan soalan kepada beliau(soalan 3)

    Soalan-soalan yang diutarakan kepada beliau dan jawapan yang diterima ialah:

    1. Adakah bentuk kedua-dua tanah liat ini sama?

    Jawapan: Ya

    2. Pada pendapat kamu, tanah liat yang manakah yang lebih banyak dan sebabnya?

    Jawapan: tanah liat yang leper sebab lebar

    3. Adakah tanah liat ini sama banyak?

    Jawapan: Ya

    Berdasarkan aktiviti ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang saya

    pilih iaitu Nur Farah Dania binti Ahmad Aznan sudah berupaya berfikir secara logik

    walaupun masih terikat dengan situasi yang konkrit. Hal ini memuktikan perkembangan

    beliau mengikut teori perkembangan kognitif yang dinyatakan oleh Jean Piaget.

    Menurut maklumat yang saya peroleh daripada guru prasekolah, beliau, beliau sudah mula

    menerima pendapat orang lain walaupun tidak secara keseluruhan. Contohnya, sekiranya

    beliau diminta untuk melakukan sesuatu arahan, pada mulanya beliau tidak akan

    melaksanakannya dengan segera dan akan mengelak daripada melaksanakan arahan

    tersebut tetapi selepas dua minit seterusnya dia akan melaksanakan arahan tersebut tanpa

    apa-apa alasan atau rungutan.

  • 29

    Laporan aktiviti ujian konservasi pelajar kedua

    Ujian yang dipilih : Ujian Konservasi Nombor

    Ujian Konservasi Cecair

    Ujian Konservasi Jisim

    Tempat ujian dijalankan : Kantin Sekolah SK Seri Sampurna

    Tarikh ujian dijalankan : 5 Ogos 2014

    Masa ujian dijalankan : 10.30 11.30 pagi

    Saya telah menjalankan ujian keatas Muhammad Zamrud Amzar bin Mohd Zakaria untuk

    mengkaji tahap pemikiran beliau sama ada beliau boleh berfikir secara logik atau tidak. Saya

    menggunakan lego sebanyak 14 keping. Saya telah susun lego tersebut kepada dua baris

    dan setiap baris saya letakkan sebanyak 7 keping lego. Jarak antara kedua-dua baris lego

    adalah dalam kedudukan yang rapat dan sama panjang(baris A dan B). Kemudian saya

    menanyakan soalan kepada beliau(soalan 1). Seterusnya saya renggangkan kedudukan

  • 30

    kepingan lego dalam baris B supaya baris B menjadi lebih panjang dan saya menanyakan

    soalan kepada beliau (soalan 2 dan 3)

    Soalan yang diutarakan kepada beliau dan jawapan yang diterima ialah:

    1. Adakah bilangan lego dalam kedua-dua baris sama? (baris A dan B)

    Jawapan : Ya

    2. Adakah bilangan lego dalam kedua-dua baris sama? (baris A dan B)

    Jawapan: Ya

    3. Mengapakah bilangan lego di dalam kedua-dua baris adalah sama walaupun

    panjang kedua-dua barisan tidak sama?

    Jawapan: Sebab jarak antara lego lebih panjang/jauh

    Seterusnya saya meneruskan ujian yang kedua iaitu ujian konservasi cecair. Saya

    menggunakan dua bekas air yang sama saiz dan mempunyai isipadu air yang sama(bekas

    A dan B). Selepas itu,saya menanyakan soalan kepada beliau (soalan 1). Kemudian saya

    tuangkan segelas air tadi kedalam satu bekas air lain yang lebih besar (bekas C) dan saya

    menayakan soalan kepada beliau (soalan 2 dan 3). Kemudian saya tuangkan semula air

    dalam bekas C ke dalam bekas B dan saya menayakan soalan kepada beliau (soalan 4).

    Soalan-soalan yang saya utarakan kepada beliau semasa aktiviti dan jawapan yang

    saya terima ialah seperti berikut:

    1. Adakah isipadu air dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan B)?

    Jawapan: Ya.

    2. Adakah isipadu air dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan C)?

    Jawapan: Tidak.

    3. Air dalam bekas manakah yang lebih banyak?

    Jawapan: Bekas A

    4. Adakah isipadu dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan B)

    Jawapan: Ya.

  • 31

    Ujian yang terakhir ialah ujian konservasi jisim. Saya menggunakan dua kepal tanah liat

    yang sudah dibentuk menjadi bulat ( tanah liat A dan B). Selepas itu saya menanyakan

    soalan kepada beliau (soalan 1). Kemudian saya leperkan tanah liat A dan saya

    menanyakan soalan kepada beliau(soalan 2). Kemudian saya bentukkan tanah liat A yang

    leper tadi menjadi bulat kembali dan menanyakan soalan kepada beliau(soalan 3)

    Soalan-soalan yang diutarakan kepada beliau dan jawapan yang diterima ialah:

    1. Adakah bentuk kedua-dua tanah liat ini sama?

    Jawapan: Ya

    2. Pada pendapat kamu, tanah liat yang manakah yang lebih banyak dan sebabnya?

    Jawapan: tanah liat yang leper sebab lebar

    3. Adakah tanah liat ini sama banyak?

    Jawapan: Ya

    Berdasarkan aktiviti ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang saya

    pilih iaitu Muhammad Zamrud Amzar bin Mohd Zakaria sudah berupaya berfikir secara logik

    walaupun masih terikat dengan situasi yang konkrit. Hal ini membuktikan perkembangan

    beliau mengikut teori perkembangan kognitif yang dinyatakan oleh Jean Piaget.

    Menurut maklumat yang saya peroleh daripada ibu beliau, beliau sudah mula menerima

    pendapat orang lain walaupun tidak secara keseluruhan. Contohnya, sekiranya beliau

    meminta ibu beliau membeli mainan, ibu beliau selalu memberi pandangan lain seperti

    mengubah keinginan beliau untuk membeli mainan kepada membeli baju yang lebih

    berfaedah. Hal ini menunjukkan bahawa beliau sudah mula berubah daripada pemikiran

    egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif dan menepati teori yang telah

    dinyatakan.

  • 32

    Laporan aktiviti ujian konservasi pelajar ketiga

    Ujian yang dipilih : Ujian Konservasi Nombor

    Ujian Konservasi Cecair

    Ujian Konservasi Jisim

    Tempat ujian dijalankan : Kantin Sekolah SK Seri Sampurna

    Tarikh ujian dijalankan : 6 Ogos 2014

    Masa ujian dijalankan : 10.30 11.30 pagi

    Saya telah menjalankan ujian keatas Muhammad Faiz bin Zaif untuk mengkaji tahap

    pemikiran beliau sama ada beliau boleh berfikir secara logik atau tidak. Saya menggunakan

    lego sebanyak 14 keping. Saya telah susun lego tersebut kepada dua baris dan setiap baris

    saya letakkan sebanyak 7 keping lego. Jarak antara kedua-dua baris lego adalah dalam

    kedudukan yang rapat dan sama panjang(baris A dan B). Kemudian saya menanyakan

    soalan kepada beliau(soalan 1). Seterusnya saya renggangkan kedudukan kepingan lego

  • 33

    dalam baris B supaya baris B menjadi lebih panjang dan saya menanyakan soalan kepada

    beliau (soalan 2 dan 3)

    Soalan yang diutarakan kepada beliau dan jawapan yang diterima ialah:

    1. Adakah bilangan lego dalam kedua-dua baris sama? (baris A dan B)

    Jawapan : Ya

    2. Adakah bilangan lego dalam kedua-dua baris sama? (baris A dan B)

    Jawapan: Ya

    3. Mengapakah bilangan lego di dalam kedua-dua baris adalah sama walaupun

    panjang kedua-dua barisan tidak sama?

    Jawapan: Sebab jarak antara lego lebih panjang/jauh

    Seterusnya saya meneruskan ujian yang kedua iaitu ujian konservasi cecair. Saya

    menggunakan dua bekas air yang sama saiz dan mempunyai isipadu air yang sama(bekas

    A dan B). Selepas itu,saya menanyakan soalan kepada beliau (soalan 1). Kemudian saya

    tuangkan segelas air tadi kedalam satu bekas air lain yang lebih besar (bekas C) dan saya

    menayakan soalan kepada beliau (soalan 2 dan 3). Kemudian saya tuangkan semula air

    dalam bekas C ke dalam bekas B dan saya menayakan soalan kepada beliau (soalan 4).

    Soalan-soalan yang saya utarakan kepada beliau semasa aktiviti dan jawapan yang saya

    terima ialah seperti berikut:

    1. Adakah isipadu air dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan B)?

    Jawapan: Ya.

    2. Adakah isipadu air dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan C)?

    Jawapan: Tidak.

    3. Air dalam bekas manakah yang lebih banyak?

    Jawapan: Bekas A

    4. Adakah isipadu dalam kedua-dua bekas sama (bekas A dan B)

    Jawapan: Ya.

  • 34

    Ujian yang terakhir ialah ujian konservasi jisim. Saya menggunakan dua kepal tanah liat

    yang sudah dibentuk menjadi bulat ( tanah liat A dan B). Selepas itu saya menanyakan

    soalan kepada beliau (soalan 1). Kemudian saya leperkan tanah liat A dan saya

    menanyakan soalan kepada beliau(soalan 2). Kemudian saya bentukkan tanah liat A yang

    leper tadi menjadi bulat kembali dan menanyakan soalan kepada beliau(soalan 3)

    Soalan-soalan yang diutarakan kepada beliau dan jawapan yang diterima ialah:

    1. Adakah bentuk kedua-dua tanah liat ini sama?

    Jawapan: Ya

    2. Pada pendapat kamu, tanah liat yang manakah yang lebih banyak dan sebabnya?

    Jawapan: tanah liat yang leper sebab lebar

    3. Adakah tanah liat ini sama banyak?

    Jawapan: Ya

    Berdasarkan aktiviti ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang saya

    pilih iaitu Muhammad Faiz bin Zaif sudah berupaya berfikir secara logik walaupun masih

    terikat dengan situasi yang konkrit. Hal ini memuktikan perkembangan beliau mengikut teori

    perkembangan kognitif yang dinyatakan oleh Jean Piaget.

    Menurut maklumat yang saya peroleh daripada guru kelas beliau, beliau sudah mula

    menerima pendapat orang lain walaupun tidak secara keseluruhan. Contohnya, sekiranya

    diarahkan untuk mengambil sesuatu di bilik guru, beliau dapat melaksanakan arahan yang

    diberi dengan baik. Selain itu, beliau juga merupakan ketua kelas. Selaku ketua kelas, beliau

    dapat menjalankan amanah yang dipikul dengan adil dan saksama.

  • 35

    IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF

    Berdasarkan kepada pemerhatian daripada kajian yang dijalankan, Jean Piaget mendapati

    kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang

    dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya

    hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan

    terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut,

    kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

    Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat

    tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah tahap

    Sensorimotor atau deria motor ( dari lahir hingga dua tahun ), tahap praoperasi ( dua tahun

    hingga tujuh tahun ), tahap operasi konkrit ( tujuh hingga dua belas tahun ) dan tahap

    operasi formal ( dua belas tahun ke atas ).

    Pada umur enam hingga tujuh tahun, kanak-kanak selalunya sudah bertambah maju.

    Mereka belajar berfikir sebagaimana yang diperkenalkan dalam teori Piaget. Kanak-kanak

    menggunakan pendekatan logik bagi menyelesaikan masalah pada peringkat awal. Apabila

    semakin dewasa, mereka dapat berfikir lebih fleksibel dan cuba mencari punca masalah dan

    bersifat egosentrik. Mereka melihat kepada pelbagai cara penyelesaian daripada

    memfokuskan satu sahaja penyelesaian.

    Bagi kanak-kanak sekolah rendah, tahap operasi konkrit adalah yang paling sesuai.

    Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada

    tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini gemar

    bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.

    Semangat inkuiri yang semakin berkembang menyebabkan mereka mula menerima

    pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-

    rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman

    persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit

    sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep

    nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu

    benda atau objek. Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum

    memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep

    kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-

    konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

  • 36

    RUMUSAN

    Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi

    jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan

    yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-

    peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta

    dijangkakan.

    Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan

    hadperkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap

    perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan

    bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan

    mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik

    perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut

    peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

    Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan

    pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku

    dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Teori Jean Piaget telah

    memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan

    bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-

    kanak.

  • 37

    BIBLIOGRAFI

    Dr. Sharifah Nor Puteh (2007). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi

    Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

    Kamus Dewan edisi keempat tahun (2005)

    Mok Soon Sang, (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN (2003), Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak.

    Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia

    Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005; Membentuk Identiti Remaja.

    Gesell, A. (1949). Gesell Developmental Schedules . New York: The Psychological

    Corporation.

    Dr. Ragbir Kaur Joginder Sigh, ( 2010). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi.

    Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

    Ee Ah Meng (2005). Psikologi Pendidikan I : Psikologi Perkembangan. Shah Alam : Penerbit

    Fajar Bakti Sdn Bhd.