perkembangan sastera dan kanak kanak

24
T T o o p p i i k k 4 4 Etika Pengurusan dan Kedaulatan Undang-undang Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan maksud dan kepentingan undang-undang; 2. Membincangkan bagaimana undang-undang boleh digunakan tindakan sebagai panduan keputusan dengan pengurusan apabila berhadapan dengan dilema etika; 3. Menjelaskan lima ciri dalam undang-undang; 4. Menerangkan hubungan antara undang-undang piawaian moral; dan 5. Menghuraikan empat proses dalam pembentukan undang-undang. HASIL PEMBELAJARAN

Transcript of perkembangan sastera dan kanak kanak

Page 1: perkembangan sastera dan kanak kanak

TTooppiikk

44 � Etika

Pengurusan dan Kedaulatan Undang-undang

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan maksud dan kepentingan undang-undang;

2. Membincangkan bagaimana undang-undang boleh digunakantindakan sebagai panduan keputusan dengan pengurusan apabilaberhadapan dengan dilema etika;

3. Menjelaskan lima ciri dalam undang-undang;

4. Menerangkan hubungan antara undang-undang piawaian moral;dan

5. Menghuraikan empat proses dalam pembentukan undang-undang.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 60

� PENGENALAN

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda perlu memutuskan antara dua pilihan yang sukar seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.1?

Rajah 4.1: Dilema etika

Sumber: http://www.cartoonstock.com Pernahkah anda mendengar istilah dilema moral? Apakah maksudnya? Rajah 4.1 menggambarkan dilema etika atau dilema moral yang dihadapi oleh seorang pakar psikiatri. Walaupun dia berasa bahawa pesakitnya memerlukan rehat yang cukup, namun, dia bimbang tentang caj yang perlu dikenakannya; lebih lama pesakit berada di bilik kaunselingnya, maka lebih tinggi jumlah yang perlu dibayar oleh pesakit. Oleh itu, topik keempat ini akan memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang sebagai panduan untuk pengurus dalam membuat keputusan dan tindakan apabila berhadapan dengan dilema etika. Isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang yang akan dibincangkan dalam topik ini ialah:

(a) Kedaulatan undang-undang;

(b) Undang-undang sebagai panduan pilihan moral;

(c) Ciri-ciri undang-undang;

(d) Keperluan undang-undang dan piawaian moral;

(e) Pembentukan undang-undang; dan

(f) Kedaulatan undang-undang sebagai asas pilihan moral.

Page 3: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 61

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Subtopik pertama ini akan membincangkan kepentingan undang-undang sebagai asas bagi keputusan pengurusan apabila dilema etika berlaku. Oleh itu, kita perlu mengetahui apakah maksud undang-undang secara umum.

Berdasarkan definisi umum undang-undang, kita boleh menggunakannya sebagai asas apabila menghadapi konflik dalam organisasi iaitu ketika perlu memilih antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial. Kita harus menyerahkan kepada undang-undang untuk memutuskan sebarang keputusan, terutamanya dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi di mana undang-undang itu jelas mewakili keputusan kolektif seluruh anggota masyarakat. Kita harus mematuhi keputusan kolektif ini dan tidak mencuba untuk menegakkan pendapat sendiri. Terdapat pelbagai contoh undang-undang yang mencerminkan keputusan-keputusan moral kolektif ini untuk rujukan anda.

UNDANG-UNDANG SEBAGAI PANDUAN KEPADA PILIHAN MORAL

Sedarkah anda bahawa sebagai pengurus, anda tidak boleh bergantung kepada ketetapan pasaran sebagai panduan bagi anda membuat keputusan dan tindakan pengurusan dalam sesuatu dilema etika? Bagaimana pula dengan undang-undang? Bolehkah kita bergantung kepadanya? Anda perlu sedar bahawa hujah undang-undang sangat berbeza daripada ketetapan pasaran. Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan istilah „hujah undang-undang‰.

Hujah undang-undang merujuk kepada sset peraturan yang tertubuh dalam sesebuah masyarakat. Peraturan-peraturan ini mencerminkan ppilihan kolektif anggota masyarakat berhubung sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan kepada kebajikannya.

Undang-undang ialah sset peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut.

4.2

4.1

Page 4: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 62

Hujah ini boleh diaplikasikan. Sebagai contoh, mari kita lihat aplikasinya terhadap seorang pegawai bank. Contoh Halim merupakan seorang pegawai bank. Dia perlu membuat keputusan sama ada untuk:

(a) Meluluskan pinjaman berisiko tinggi kepada syarikat tempatan kecil pada kadar faedah yang dihadkan oleh undang-undang; atau

(b) Memberi pinjaman yang sama jumlahnya kepada syarikat besar dari luar yang berisiko lebih rendah, pada kadar faedah yang sama. Kadar pulangan (faedah) sudah pasti lebih tinggi apabila mengambil kira pengurangan kos pentadbiran pinjaman yang biasanya dinikmati oleh syarikat-syarikat besar yang dibiayai dengan baik.

Dalam kes ini, masyarakat telah menetapkan bahawa caj faedah yang berlebihan adalah lebih buruk berbanding dengan sokongan daripada pihak tempatan yang terhad. Oleh itu, pinjaman harus diberi kepada firma luar tersebut. Namun, patutkah kita membantah ketetapan ini? Ini adalah kerana kita percaya bahawa pembentukan syarikat-syarikat usahawan kecil harus digalakkan untuk kebaikan masyarakat. Orang sering memperkatakan bahawa:

(a) Jika kita tidak suka kepada tindakan tertentu sesebuah syarikat, kita harus cuba meluluskan undang-undang sama ada untuk menghalang tindakan tersebut atau menggalakkan sesuatu tindakan alternatif; dan

(b) Jika undang-undang berkenaan tidak dapat diluluskan melalui proses-proses demokrasi, maka kita harus menerima keadaan seadanya.

Tanggapannya di sini adalah bahawa kita harus bergantung kepada undang-undang dalam membuat keputusan dan bersetuju bahawa sesuatu tindakan itu adalah „betul‰ jika bertepatan dengan undang-undang dan „salah‰ jika tidak. Kita juga harus memahami bahawa ketetapan betul atau salah ini boleh diubah untuk mencerminkan pandangan majoriti.

AKTIVITI 4.1

Andaikan anda adalah pegawai bank dalam Contoh tadi.Bagaimanakah anda membuat keputusan jika benar-benar inginbersandar kepada hujah undang-undang?

Page 5: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 63

Dalam contoh di atas (tentang bank yang enggan memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi dalam komuniti tempatan), undang-undang untuk membetulkan keadaan adalah agak mudah digubal. Setiap bank di dalam negeri atau negara boleh dipaksa melalui kuasa undang-undang supaya melabur beberapa peratus dananya dalam komuniti di mana dana penyimpan-penyimpannya terkumpul.

CONTOH PILIHAN MORAL

Sekarang mari kita rujuk kembali kepada Contoh tadi di mana pegawai berkenaan perlu membuat keputusan sama ada bank harus melabur dalam syarikat tempatan berisiko tinggi yang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan serta faedah-faedah lain kepada komuniti atau sebaliknya. Mari kita lihat beberapa situasi berikut dalam membuat pilihan moral:

(a) Komuniti setempat berada di dalam satu kawasan yang kadar penganggurannya adalah tinggi dan sangat memerlukan peluang-peluang pekerjaan baru. Syarikat kecil yang dicadangkan adalah yang berada dalam industri yang berasaskan buruh dengan kadar pertumbuhan yang tinggi dan tenaga kerja yang besar;

(b) Pelaburan alternatif adalah sebuah syarikat besar di sebuah bandar perindustrian. Ia berasaskan modal dan kurang menyediakan peluang pekerjaan;

(c) Produk syarikat tempatan yang dicadangkan adalah barangan penjagaan kesihatan yang sangat diperlukan bagi mengurangkan kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh pesakit-pesakit tua di seluruh negara. Sementara itu, produk pelaburan alternatif adalah barisan pakej makanan berkalori tinggi dan rendah nilai pemakanannya; dan

(d) Dana yang biasanya disediakan melalui badan „Pentadbiran Perniagaan Kecil‰ untuk syarikat-syarikat kecil telah banyak dikurangkan sejak beberapa tahun lepas. Tambahan pula, jaminan kerajaan atau subsidi faedah tidak disediakan untuk syarikat kecil.

Berdasarkan situasi-situasi tadi, kita kini berhadapan dengan dilema etika yang klasik; memilih antara prestasi ekonomi atau kewajipan sosial yang dirumitkan pula oleh akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasinya terhadap kerjaya.

4.3

Page 6: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 64

Bagaimanakah keputusan yang harus diambil oleh pihak bank dalam dilema sebegini? Jika ia mengambil keputusan untuk bersetuju membantu syarikat-syarikat kecil, ia perlu menghadapi perkara-perkara berikut:

(a) Undang-undang membataskan pulangan yang memadai untuk mengimbangi risikonya;

(b) Tiada jaminan kerajaan atau subsidi faedah disediakan; dan

(c) Pegawai-pegawai bank dikehendaki oleh undang-undang supaya meminimumkan risiko kepada para penyimpannya.

Walaupun mempunyai nilai sosial, kebanyakan bank akan menolak pinjaman yang berisiko tinggi tanpa memberi sebarang penjelasan. Mereka akan mengesyorkan supaya peminjam yang berpotensi untuk mencari dana di tempat lain. Walau bagaimanapun, persoalan dalam kes ini bukanlah sama ada pihak bank harus memberi pinjaman bernilai sosial yang tidak menjana ekonomi. Tiada bank yang mampu untuk memberi pinjaman kepada semua orang dan berjaya kekal dalam perniagaan. Pada masa yang sama, bank tidak boleh terlalu tegas dalam pemberian pinjaman dengan meminggirkan keperluan masyarakat di mana ia beroperasi. Suatu had perlu wujud untuk mengimbangkan antara kedua-duanya. Persoalannya ialah bagaimana seseorang boleh mencapai imbangan tersebut? Mari kukuhkan kefahaman anda dengan Aktiviti 4.2 berikut.

AKTIVITI 4.2

1. „Undang-undang boleh digunakan sebagai panduan bagikeputusan dan tindakan pengurusan apabila berhadapan dengandilema etika.‰ Bincangkan kenyataan ini bersama rakan sekelas.

2. Menggunakan contoh sendiri, terangkan bagaimana keseimbangan

antara prestasi ekonomi dengan sosial sesebuah organisasi bolehdicapai.

Page 7: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 65

UNDANG-UNDANG SEBAGAI KOMBINASI KEPUTUSAN MORAL

Sebelum kita meneruskan pelajaran, mari kita teliti kenyataan berikut.

Bagaimana kita mengulas pernyataan tadi? Jika kita tidak dapat memberi ulasan yang logik dan meyakinkan, adakah kita terpaksa menerima kedaulatan undang-undang sebagai kata putus dalam kebanyakan dilema moral? Bagi menjawab soalan-soalan ini, kita perlu:

(a) Pertamanya, mendefinisikan undang-undang untuk memastikan bahawa kita sedang membincangkan konsep yang sama; dan

(b) Keduanya, meneliti proses-proses yang terlibat dalam pembentukan undang-undang.

4.4

„Jika kita ingin melampaui asas peraturan undang-undang dalam keputusan dan tindakan kita sendiri, kita boleh berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, apabila kita melampaui undang-undang, ini bermakna bahawa kita telah mematuhi piawaian moral sendiri yang tidak selaras dengan kehendak penduduk majoriti. Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang berdemokrasi. Oleh itu, jika kita tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan, kita perlu mendapatkan pengundi majoriti untuk meluluskan suatu undang-undang bagi menyekat perkara tersebut. Sementara itu, kita perlu akur dengan kehendak penduduk majoriti.‰

Page 8: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 66

CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG

Sebelum kita teruskan, mari kita lihat dahulu definisi undang-undang secara lebih terperinci.

Terdapat cara-cara tertentu di mana orang ramai dikehendaki berkelakuan mengikut norma dalam perhubungan mereka dengan orang lain dalam sesebuah masyarakat. Mereka dikehendaki bertindak dengan cara tertentu dengan sebenarnya; bukan setakat menjangka, mencadangkan atau diarah untuk bertindak sebegitu. Dalam undang-undang, terdapat elemen mmendesak yang mendefinisikan apa yang mesti kita lakukan. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang membentuk undang-undang. Rajah 4.2 berikut menunjukkan lima ciri dalam undang-undang.

Rajah 4.2: Lima ciri undang-undang

4.5

Undang-undang boleh didefinisikan sebagai sset peraturan universal yang konsisten, dditerbitkan dengan meluas, secara umumnya dditerima dan kebiasaannya ddikuatkuasakan.

Page 9: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 67

Mari kita pelajari dengan lebih lanjut kelima-lima ciri ini dalam Jadual 4.1 berikut.

Jadual 4.1: Lima Ciri Undang-undang

Ciri-ciri Penerangan

Konsisten Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah konsisten untuk menjadi undang-undang. Sebagai contoh, jika terdapat dua keperluan yang bercanggah antara satu sama lain, kedua-dua keperluan tidak boleh ditakrifkan sebagai undang-undang kerana seseorang pasti tidak dapat mematuhi kedua-duanya sekali.

Universal Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga bersifat universal iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama.

Diterbitkan Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam masyarakat dapat mengaksesnya walaupun tidak semua mempunyai masa untuk membaca atau memahami segala yang diterbitkan. Walau bagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana undang-undang. Oleh itu, kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan yang boleh diterima.

Diterima Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat yang tidak mengikuti undang-undang secara sukarela, mereka akan dipaksa supaya mengikutinya.

Dikuatkuasakan Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara tertentu hendaklah dikuatkuasakan. Anggota masyarakat hendaklah faham bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undang-undang jika mereka enggan patuh dengan sukarela. Setiap orang hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-undang, mereka akan kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau nyawa apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan. Terdapat elemen yang mendesak pada undang-undang. Ia juga mempunyai elemen yang menentukan kerana ia menetapkan apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak mematuhi peraturan.

Page 10: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 68

Set peraturan yang konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan ini disokong oleh rangka kerja institusi-institusi sosial yang sangat khusus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 berikut.

Jadual 4.2: Institusi-institusi Sosial dan Tanggungjawab

Institusi Sosial Tanggungjawab

Badan perundangan dan majlis Membentuk undang-undang

Peguam dan pembantu guaman Menerangkan undang-undang

Mahkamah dan agensi Mentafsirkan undang-undang

Polis Menguatkuasakan undang-undang

Sifat berlawan dalam perhubungan di mahkamah perbicaraan dilihat seperti tidak menghiraukan peruntukan ciri-ciri konsisten dan universal. Ia sebaliknya lebih memfokus kepada mencapai kemenangan dan bukannya keadilan. Tindakan polis untuk menguatkuasakan undang-undang juga sering kelihatan bersifat sewenang-wenang dan lebih tertumpu kepada menjaga keamanan berbanding mengekalkan kesaksamaan. Oleh itu, kita harus menerima bahawa:

(a) Menguatkuasakan undang-undang adalah satu tugas yang sukar dan kadangkala berbahaya; dan

(b) Mentafsir undang-undang seperti dalam kes mahkamah, sering melibatkan pemberian jumlah wang yang besar. Potensi untuk mendapat atau kehilangan jumlah tersebut telah memutarbalikkan konsep undang-undang sebagai suatu set peraturan yang diterbitkan dan diterima pakai.

Walau bagaimanapun, kita melihat undang-undang sebagai konsep peraturan ideal yang konsisten dan universal untuk dijadikan panduan dalam keputusan pengurusan, bukan sebagai suatu realiti yang mempunyai kecacatan.

SEMAK KENDIRI 4.1

Senaraikan lima ciri undang-undang. Jelaskan setiap ciri tersebut secararingkas.

Page 11: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 69

HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DAN PIAWAIAN MORAL

Seperti yang telah kita sebutkan dahulu, undang-undang boleh dilihat sebagai satu set peraturan ideal yang universal dan konsisten bagi mengawal kelakuan manusia dalam masyarakat. Persoalannya adalah sama ada kita boleh menerima peraturan ini sebagai mewakili keputusan moral kolektif anggota masyarakat atau tidak.

(a) Jika boleh, maka kita mempunyai satu piawaian sebagai panduan kepada keputusan dan tindakan pengurusan, walaupun piawaian ini berada pada paras yang minimum; dan

(b) Jika tidak boleh, maka kita hendaklah mencari kaedah lain untuk mendapatkan piawaian yang kita perlukan.

Dalam mempertimbangkan kemungkinan-kemungkinan dalam hubungan antara keputusan moral dan kehendak undang-undang, tiga kesimpulan boleh dicapai dengan agak mudah seperti berikut:

Kesimpulan 1 Sebahagian besar keperluan undang-undang adalah bertindih. Namun begitu, ia tidak menduplikasi sepenuhnya piawaian moral yang mungkin wujud dalam masyarakat. Sebagai contoh, adalah jelas bahawa seseorang yang mencabuli undang-undang negara yang melarang perbuatan merompak bank juga mencabuli piawaian moral yang menegah perbuatan mencuri. Adalah mudah untuk menunjukkan bahawa undang-undang berkaitan kelakuan seks, penggunaan dadah, liabiliti produk dan pematuhan kontrak itu serupa dengan kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh golongan majoriti dalam masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi, keperluan undang-undang mencerminkan nilai-nilai asas warganya. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa kehendak undang-undang bertindih dengan piawaian moral. Ruang-ruang pertindihan antara undang-undang dengan prinsip moral ini digambarkan dalam Rajah 4.3 berikut.

4.6

Page 12: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 70

Rajah 4.3: Pertindihan antara piawaian moral dengan kehendak undang-undang

Walau bagaimanapun, ruang yang bertindih adalah tidak penuh. Terdapat sesetengah undang-undang yang tiada kaitan moral iaitu tanpa sebarang nilai moral. Sebagai contoh, keperluan memandu di sebelah kiri jalan raya tidak semestinya betul atau pun salah; yang penting adalah ia mendapat persetujuan semua untuk memandu pada sebelah jalan yang mana. Keadaan pertindihan yang terakhir menunjukkan bahawa terdapat piawaian moral yang tidak mempunyai sebarang ketetapan undang-undang. Contohnya, kita semua membantah perbuatan berbohong kerana ia bertentangan dengan piawaian moral kita. Walau bagaimanapun, bercakap benar tidak dikehendaki oleh undang-undang melainkan setelah mengangkat sumpah di mahkamah dan dalam beberapa keadaan lain seperti kontrak pekerjaan dan penjualan harta.

Kesimpulan 2 Keperluan undang-undang lebih cenderung ke arah negatif, manakala piawaian moral selalunya lebih positif. Mengikut undang-undang, kita dilarang menyerang, merompak atau memfitnah antara satu sama lain. Namun begitu, kita tidak dikehendaki membantu orang lain walaupun dalam keadaan terdesak. Sebagai contoh, undang-undang tidak menegaskan supaya kita mesti membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam situasi ini, kesimpulan piawaian moral majoriti boleh dibuat bahawa penduduk dewasa di mana-mana negara akan membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas setakat mana yang mereka terdaya.

Page 13: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 71

Kesimpulan 3 Keperluan undang-undang didapati sedikit ketinggalan berbanding piawaian moral masyarakat. Hamba abdi merupakan satu contoh yang paling tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, diskriminasi jantina dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh menunjukkan masalah moral yang boleh diatasi oleh undang-undang. Para penyokong kedaulatan undang-undang mengatakan bahawa kelengahan yang terdapat antara konsensus moral dengan penggubalan undang-undang yang melarang tidak semestinya menandakan kurangnya hubungan antara kedua-duanya. Sebaliknya, mereka mengatakan bahawa ia mengesahkan adanya hubungan tersebut apabila undang-undang mengawal diskriminasi, pencemaran dan rasuah akhirnya diluluskan.

Untuk menguji kefahaman anda, cuba jawab latihan berikut:

1. Definisikan istilah „undang-undang‰.

2. Bincangkan ciri-ciri asas undang-undang.

LATIHAN 4.1

SEMAK KENDIRI 4.2

Berdasarkan pemahaman anda tentang hubungan antara undang-undang dengan piawaian moral, berikan dua contoh bagi:

(a) Kelakuan yang diterima di sisi undang-undang dan moral; dan

(b) Kelakuan yang tidak diterima di sisi undang-undang dan moral.

Page 14: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 72

PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang dibentuk melalui beberapa proses seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.4 berikut.

Rajah 4.4: Empat proses pembentukan undang-undang

Kita akan meneliti setiap proses ini dengan lebih lanjut dalam subtopik-subtopik seterusnya.

4.7.1 Proses Individu

Tahukah anda bahawa undang-undang merupakan suatu entiti yang jelas sifat dinamiknya kerana peraturan yang termaktub di dalamnya berubah-ubah mengikut peredaran masa? Cuba anda fikirkan perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam undang-undang bagi mengawal pekerjaan. Seperti yang telah dijelaskan dahulu, terdapat kelengahan masa antara perubahan piawaian moral dengan keperluan undang-undang. Dengan itu, tindakan yang dianggap tidak melanggar undang-undang 20 tahun yang lalu (seperti diskriminasi bangsa dan jantina dalam pengambilan pekerja baru atau pembuangan sisa kimia ke dalam tasik dan anak sungai), kini merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

4.7

Page 15: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 73

Persoalannya adalah sama ada perubahan dalam undang-undang ini telah menyebabkan perubahan piawaian moral penduduk majoriti melalui proses-proses sosial dan politik turut sama berlaku. Selain itu, adakah undang-undang itu mewakili piawaian moral kolektif masyarakat secara keseluruhannya atau tidak. Proses-proses sosial dan politik berlaku melalui perubahan moral individu. Ia kemudiannya menjadi rangka kerja perundangan formal masyarakat. Ini merupakan satu proses yang panjang serta kompleks. Walau bagaimanapun, proses-proses ini boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 berikut:

Rajah 4.5: Proses-proses bagaimana norma, kepercayaan dan nilai diinstitusikan menjadi

undang-undang

Page 16: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 74

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai masing-masing yang sama-sama membentuk piawaian moral mereka seperti yang dijelaskan dalam Jadual 4.4 berikut:

Jadual 4.4: Piawaian Moral Individu

Tahukah anda bahawa nilai sering mempunyai kontroversi? Tahukah anda sebabnya? Ini adalah kerana sesuatu norma atau kepercayaan yang disanjung tinggi oleh seseorang boleh berkonflik dengan norma dan kepercayaan yang disanjung tinggi oleh orang lain. Umumnya, terdapat hanya sedikit toleransi atau kompromi dalam hal ini kerana setiap orang meletakkan kepentingan yang tinggi kepada kriteria mereka seperti:

(a) Kelakuan (cara-cara bagaimana seseorang harus bertindak); dan

(b) Kepercayaan (cara-cara bagaimana seseorang harus berfikir).

Piawaian Moral Penerangan

Norma Norma adalah kriteria kkelakuan. Ia adalah cara bagaimana seseorang individu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi sesuatu keadaan.

Kepercayaan Kepercayaan adalah kriteria ppemikiran. Kepercayaan berbeza daripada norma di mana ia tidak melibatkan tindakan (tiada kelakuan yang nyata terhadap orang lain). Ia adalah satu cara pemikiran abstrak yang biasanya menyokong norma individu. Ia merupakan cara seseorang individu menjangka orang lain akan berfikir tentang konsep-konsep tertentu.

Sebagai contoh, jika anda yakin terhadap konsep demokrasi berasaskan rakyat, maka anda akan menjangka orang lain juga akan mengenali nilai konsep tersebut dan menerimanya sebagai suatu bentuk kerajaan.

Nilai Nilai adalah suatu pemeringkatan atau peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma dan kepercayaannya. Kebanyakan orang tidak menganggap kesemua norma dan kepercayaan mereka sebagai sama penting. Sesetengah orang percaya bahawa norma dan kepercayaannya adalah lebih penting daripada orang lain. Norma dan kepercayaan yang penting merupakan „nilai-nilai‰ atau sanjungan tinggi yang diletakkan seseorang pada sesuatu perkara.

Page 17: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 75

Sebagai contoh, mari kita ambil sebuah negara sekular yang mempunyai masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya. Dalam negara ini, tidak terdapat satu pun agama warisan yang diterima atau disokong sepenuhnya. Akibatnya, penduduk negara tersebut terpaksa menjalani hidup dengan norma, kepercayaan dan nilai yang berbeza-beza antara individu. Perbezaan inilah yang boleh membawa kepada pelbagai konflik.

4.7.2 Proses Kumpulan

Sebelum kita mempelajari dengan lebih lanjut tentang proses kumpulan, mari kita pelajari dahulu tentang konteks. KKonteks dalam proses kumpulan membawa maksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling sesuatu keadaan. Ia memainkan peranan yang signifikan dalam norma, kepercayaan dan nilai seseorang individu. Setiap individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilainya sendiri melalui konteks-konteks berikut:

(a) Budaya atau agama;

(b) Sosial atau politik; dan

(c) Ekonomi atau teknologi.

SEMAK KENDIRI 4.3

Terangkan istilah-istilah berikut dengan ringkas:

(a) Norma;

(b) Kepercayaan; dan

(c) Nilai.

Page 18: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 76

Bagi setiap masyarakat pula, mereka mempunyai konteks yang terdiri daripada pelbagai faktor yang berhubung kait. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam Rajah 4.6 berikut:

Rajah 4.6: Enam faktor konteks yang saling berhubung kait

Sifat konteks yang saling berhubung kait (dalam pemilihan norma, kepercayaan dan nilai individu) memastikan kesemua faktor berinteraksi antara satu sama lain. Mari kita lihat satu contoh dalam Rajah 4.7 berikut:

Rajah 4.7: Interaksi empat faktor konteks yang berhubung kait

Seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 4.7, perubahan teknologi komunikasi telah membawa perubahan dalam kuasa politik. Perubahan politik pula menyebabkan perubahan ekonomi ke atas corak perbelanjaan dan percukaian berlaku. Akhirnya, perubahan-perubahan ini menghasilkan perubahan budaya gaya hidup.

Page 19: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 77

Namun begitu, perhubungan sebenar antara faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama tidak diketahui secara tepat. Gabungan pengaruh faktor-faktor ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu juga tidak dapat dijangka dengan jelas. Walau bagaimanapun, perhubungan dan pengaruh ini boleh dilihat dengan mudah dalam contoh berikut. Perubahan status kaum wanita pada masa kini terhasil daripada:

(a) Peralihan aktiviti ekonomi � Daripada pembuatan berat dan perlombongan kepada industri berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan;

(b) Pembangunan teknologi dalam kaedah mengawal kelahiran yang lebih baik; dan

(c) Perkembangan sosial melalui peluang-peluang pendidikan.

4.7.3 Proses Sosial

Sedarkah anda bahawa individu dalam sesebuah masyarakat tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama secara sama? Perbezaan pendedahan tersebut berpunca daripada:

(a) Kedudukan individu;

(b) Unit keluarga;

(c) Kumpulan rakan sebaya; dan

(d) Organisasi-organisasi formal. Dalam sesebuah masyarakat demokrasi, norma, kepercayaan dan nilai individu yang berubah-ubah mempunyai impak yang nyata walaupun lewat. Impak ini kelihatan seperti terhasil daripada kedua-dua proses sosial dan politik. Pada dasarnya, proses sosial melibatkan perhimpunan kuasa. Seseorang yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama, lazimnya cenderung untuk bersatu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Ini adalah kerana menjadi kebiasaan bagi seseorang untuk menyertai orang lain yang berpandangan sama. Kumpulan-kumpulan kecil ini secara umumnya merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar seperti:

(a) Firma perniagaan;

(b) Kesatuan sekerja;

Page 20: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 78

(c) Parti politik;

(d) Badan amal;

(e) Institusi agama; dan

(f) Persatuan veteran. Selaras dengan peredaran masa, organisasi-organisasi yang lebih besar ini akan mencapai suatu kompromi dalam norma, kepercayaan dan nilai yang mereka pegang atau berpecah menjadi organisasi-organisasi yang lebih kecil supaya boleh berkompromi. Terdapat teori-teori alternatif tentang cara bagaimana kompromi ini terbentuk seperti:

(a) Keputusan autokratik;

(b) Penyesuaian birokratik; dan

(c) Penubuhan kesatuan campuran atau pilihan kolektif.

4.7.4 Proses Politik

Tahukah anda bahawa proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh organisasi, kumpulan dan individu yang diwartakan menjadi undang-undang boleh dilihat sebagai satu cara untuk mengatasi konflik? Ini adalah kerana organisasi, kumpulan dan individu secara jelas mempunyai pendapat yang berbeza tentang norma (apa yang harus dilakukan) dan kepercayaan (apa yang harus dicapai pada masa hadapan). Perbezaan pandangan ini perlu disesuaikan menjadi peraturan yang konsisten dan universal supaya berkesan. Oleh itu, terdapat teori-teori alternatif yang boleh digunakan untuk membuat penyesuaian terhadap perbezaan-perbezaan ini iaitu:

(a) Kepimpinan ketua kerajaan;

(b) Kompromi institusi;

(c) Rundingan badan perundangan; dan

(d) Desakan para pengundi. Bagi wakil-wakil rakyat yang terpilih, mereka diberi tanggungjawab formal untuk menggubal undang-undang dalam sesuatu sistem perwakilan. Walau bagaimanapun, isu-isu yang timbul adalah berbeza mengikut kawasan dalam negara, segmen penduduk dan sektor ekonomi.

Page 21: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 79

Oleh itu, gabungan perlu dibentuk untuk meluluskan kebanyakan undang-undang. Orang awam boleh secara langsung menyatakan pendapat mereka terhadap undang-undang yang dicadangkan dengan mengundi sesetengah pegawai pentadbir dan kesemua ahli penggubal undang-undang. Pendapat mereka boleh juga disampaikan secara tidak langsung melalui kaji selidik awam, surat dan media.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG SEBAGAI ASAS PILIHAN MORAL

Akhir sekali, sebelum kita mengakhiri topik keempat ini, mari kita simpulkan hubungan undang-undang dengan moral atau etika. Persoalan utama yang perlu difikirkan adalah sama ada proses-proses sosial dan politik yang panjang serta kompleks ini benar-benar dapat menggabungkan piawaian moral peribadi para penduduk majoriti untuk dijadikan keperluan undang-undang yang universal atau tidak. Pandangan bahawa undang-undang mewakili keputusan moral yang kolektif, sudah pastinya menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah apabila piawaian moral individu dipindahkan kepada undang-undang yang universal. Ini dapat dilihat pada peringkat proses sosial dan politik. Mari kita lihat masalah-masalah tersebut seperti yang diterangkan dalam Jadual 4.5 berikut:

Jadual 4.5: Masalah Piawaian Moral dan Penerangan

Masalah Piawaian Moral Penerangan

Piawaian moral anggota masyarakat mungkin berdasarkan maklumat yang tidak memadai berbanding isu-isu kelakuan korporat.

� Kebanyakan orang ternyata tidak sedar tentang pembayaran rasuah yang besar sehinggalah kes Lockheed terdedah.

� Ramai orang mungkin tidak sedar betapa besarnya masalah pembuangan sisa toksik di mana dianggarkan 440 juta tan metrik sisa toksik terhasil setiap tahun.

� Oleh itu, adalah sukar untuk piawaian moral individu mempengaruhi undang-undang tanpa maklumat yang relevan.

4.8

Page 22: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 80

Piawaian moral individu mungkin menjadi lemah semasa pembentukan kumpulan-kumpulan kecil.

� Seseorang yang sama norma, kepercayaan dan nilai adalah cenderung untuk bersekutu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Namun begitu, piawaian mereka tidak sentiasa serupa secara tepat, maka kompromi perlu dicapai.

� Seterusnya, banyak kumpulan-kumpulan kecil bertindak berasaskan motif selain moral kerana faedah ekonomi dan prestij profesional sering memainkan peranan yang lebih besar.

� Oleh yang demikian, adalah sukar bagi piawaian moral peribadi mempengaruhi undang-undang jika ia tidak disampaikan dengan tepat.

Piawaian moral anggota masyarakat mungkin disalah erti dalam konsensus organisasi-organisasi besar.

� Banyak organisasi yang berkongsi norma, kepercayaan dan nilai yang sama. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa setiap individu dan setiap kumpulan dalam organisasi mempunyai pengaruh yang sama dalam menentukan sesuatu konsensus.

� Ini boleh dilihat dalam norma, kepercayaan dan nilai dalam kebanyakan organisasi yang bukan berasaskan keuntungan seperti rumah sakit dan universiti, di mana piawaian profesional (pakar perubatan dan fakulti) kerap mengatasi keadaan.

Piawaian moral anggota masyarakat mungkin disalah erti dalam pembentukan undang-undang.

� Perkara ini serupa seperti yang disebut di atas tentang pembentukan konsensus organisasi tetapi ia lebih berskala besar.

� Tidak terdapat jaminan bahawa semua organisasi mempunyai pengaruh yang sama atau jumlah pengaruh mengikut saiz masing-masing dalam menentukan undang-undang.

� Ini dapat dilihat dalam peruntukan undang-undang percukaian yang sering memihak kepada organisasi tertentu sahaja.

Keperluan undang-undang yang dibentuk melalui proses politik sering kali tidak lengkap atau tidak tepat dan perlu disokong oleh keputusan mahkamah atau tindakan agensi pentadbiran.

� Ini boleh dilihat dalam kes-kes liabiliti produk dan ulasan tentang kesamarataan peluang pekerjaan. Maksud dan aplikasi undang-undang perlu dijelaskan di luar proses perundangan.

� Oleh itu, adalah sukar bagi piawaian moral peribadi mempengaruhi undang-undang jika ia tidak diambil kira dalam proses pembentukan undang-undang atau hanya diambil kira secara tidak langsung dalam dua proses berkenaan.

Page 23: perkembangan sastera dan kanak kanak

TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG � 81

Sebagai penutup, mari kita cuba latihan berikut:

• Undang-undang adalah set peraturan universal yang konsisten ditubuhkan untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat. Peraturan ini diterbitkan dengan meluas, umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan.

• Terdapat lima ciri dalam definisi undang-undang iaitu konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan.

• Peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat ini mencerminkan pilihan kolektif anggotanya tentang sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan ke atas kebajikannya.

• Terdapat pertindihan antara piawaian moral dengan keperluan undang-undang sesebuah masyarakat seperti undang-undang negara yang melarang merompak bank dan piawaian moral yang menegah mencuri.

• Terdapat rangkaian empat proses dalam pembentukan undang-undang iaitu proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.

1. Pembentukan undang-undang melibatkan proses-proses yang sangat kompleks dan menyusahkan. Apakah proses-proses ini?

2. Padankan institusi sosial berikut dengan tanggungjawab mereka.

Institusi Sosial Tanggungjawab

Badan perundangan dan majlis-majlis

Mentafsirkan undang-undang

Peguam dan pembantu guaman Menguatkuasa undang-undang

Mahkamah dan agensi-agensi Membentuk undang-undang

Polis Menerangkan undang-undang

LATIHAN 4.2

Page 24: perkembangan sastera dan kanak kanak

� TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 82

• Sesetengah perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai individu anggota sesebuah masyarakat boleh dilihat dalam perubahan undang-undang yang dilaksanakan.

Hujah undang-undang

Kepercayaan

Keperluan undang-undang

Konteks

Nilai

Norma

Piawaian moral

Pilihan moral

Undang-undang