Perkembangan Sejarah Melayu Melaka Secara Terperinci

38
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KENEGARAAN http://www.kongsiberita.com/2012/03/teknik- mengurut-buah-dada-sebelum.html SOALAN : PERKEMBANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA PENSYARAH: EN.MOHAMAD KAMAL KAMARUDDIN. DISEDIAKAN OLEH: NAMA: MUHAMMAD TAQWA BIN MOHD NOR (D20091035522)

Transcript of Perkembangan Sejarah Melayu Melaka Secara Terperinci

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKENEGARAANhttp://www.kongsiberita.com/2012/03/teknik-mengurut-buah-dada-sebelum.html

SOALAN : PERKEMBANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

PENSYARAH:EN.MOHAMAD KAMAL KAMARUDDIN.

DISEDIAKAN OLEH:NAMA: MUHAMMAD TAQWA BIN MOHD NOR (D20091035522)NAMA: ZUREMI BIN RAMLI (D20091035542)SEMESTER: SEMESTER 2

Melaka merupakansebuahperkampungannelayankecil yang hanyadihunioleh 20 atau 30 keluargasahajasebelumkedatanganParamiswara yang laridaripada Palembang.[footnoteRef:1]Penduduk disini dikenali sebagai orang-orang Laut atau orang Selat yang menguasai kawasan atau laluan perdagangan laut antara timur dan barat di pantai Selat Melaka. Kegiatan mereka adalah menagkap ikan, mencari sumber hutan dan sebagainya. Di samping itu juga terdapat mereka yang menjalankan kegiatan lanun secarakecil-kecilan iaitu merompakdan mencuri barang-barang serta hasil dagangan kapal yang melalui kawasanlaut Selat Melaka. Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada akhir abad ke-14 iaitu sekitar 1392 M setelah melarikan diri dari Palembang menuju ke Tamasek dan seterusnya ke Melaka.[footnoteRef:2] Pembukaan Melaka oleh Paramiswara ini telah membawa banyak perubahan kepada dunia melayu dari segi ekonomi, politik dan sosial masyarakat.Kesultanan melayu melaka ini kekal selama lebih kurang satu abad, iaitu dari tahun 1400 hingga tahun 1511. Melaka mempunyai empat tahap perkembangan iaitu tahap pembukaan (1400 hingga 1424), tahap pengukuhan (1424 hingga 1446), tahap kegemilangan (1446 hingga 1488) dan tahap kejatuhan (1488 hingga 1511). Kesultanan Melaka memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga dijajah oleh pihak Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Antara pemerintah awal Kesultanan Melayu Melaka adalah Parameswara (Iskandar Syah 1400-1414), Megat Iskandar Syah (Raja Besar Muda 1414-1424) dan Seri Maharaja Muhammad Syah (Raja Tengah 1424-1445). Walaubagaimanapun perbincangan tentang perkembangan kerajaan Melaka ini hanya melibatkan tahap pembukaan, pengukuhan dan perkembangan Melaka sahaja yang bermula dari tahun 1400 sehingga 1511. [1: Raja Mohd.Affandi.(1974). Tokoh-Tokoh Melayu Yang Agung Dalam Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hal. 47.] [2: Dr. Ismail Hamid. (1986). Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu. Kuala Lumpur: Heineman (Malaysia) Sdn. Bhd, hal. 95-96.]

KesultananMalaka (1402 - 1511) adalahsebuahkerajaan yang didirikanolehParameswaraiaituseorangputeraSriwijaya yang datangdaripadaPalembang. Pada 1402, baginda mendirikan sebuah ibu kota baru iaitu Melaka yang terletak pada persimpangan SelatMalaka. Pada 1414, baginda telah memeluk agama islam dan menjadi seorang Muslim kepada yang pemerintah Malaka. Kesultanan Melayu Melaka ini berkembang pesat menjadi sebuah pusat entrepotdan pelabuhan terpenting di Asia Tenggara pada abad ke-15 dan awal abad ke- 16.[footnoteRef:3] [3: Dari Wikipedia Indonesia.http//: www.wikipedia.com]

Menurut D.W. Wolters beliau mengatakan bahawa Raja Iskandar Shah telah mula berkerajaan di Melaka pada kira kira T.M. 1339/1400. Pendapat beliau ini adalah berasaskan kepada suatu kronologi pergerakan dan perjalanan Iskandar Syah sejak berkerajaan di Palembang hinggalah menjadi Raja Melaka, iaitu yang dipadankan daripada maklumat-maklumat yang diperolehi dalam Sulalatus Salatin (sejarah melayu) dan catatan daripada sumber Portugis dan China.[footnoteRef:4] [4: Wolters, O.W., (1967) Early Indonesian Commerce: A Study of the Origins of Srivijaya, Ithaca, New York,.Hal132]

KRONOLOGI ISKANDAR SYAH1388-89 hingga 1390 91 Raja Palembang Kira kira 3 tahun1391-92 hingga 1396 - 97 Raja Singapura kira kira 6 tahun1397-98 hingga 1398 99Membuat kota / negeri Muar1399-1400 hingga 1412 143Mengasaskan kerajaan Melaka dan menjadi Raja Melaka pertama kira kira 14 tahun dan mangkat pada 1413

Walaubagaimanapun, sebelum raja Iskandar Syah menebuhkan kerajaan di Melaka sebuah perkampungan kecil telahpun wujud di situ sejak beberapa lama dahulu. Perkara ini dapat diimbaskan dari catatan Tome Pires yang menyebut bahawa bukan semua pengikut pengikut Iskandar Syah dari palembang dan Singapura yang terdiri daripada orang orang Selat dan Bugis terus mengiringi pergerakan baginda dan menetap di tempat-tempat yang baginda singgahi. Semasa baginda di Singapura lagi, pengikutnya seramai 30 orang semuanya telah menetap di Pulau Karimum. Apabila baginda sampai dan membuka kota di di Muar, pengiring 30 orang ini telah pergi pula ke Melaka yang terletak tidak jauh dari Muar dan menetap di situ. Mereka inilah kemudinnya yang mencadangkan kepada Iskandar Syah agar datang meninjau ke Melaka dengan harapan baginda akan membina kerajaan di situ. Kerajaan itu dinamakan sebagai kerajaan Melaka. Iaitu mengikut nama sebatang pokok tempat baginda bersandar ketika merehatkan diri. Perkembangan kerajaan melayu Melaka juga dapat dilihat melalui susunan kronologinya iaitu melaluitahap pembukaan. Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah ataupun Paramiswara yang datang dari Palembang, Sumatera kerana diusir oleh tentera Majapahit.[footnoteRef:5] Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan terdapat banyak adat istiadat diraja, sistem pentadbiran dan sistem masyarakat yang diamalkan di Melaka hampir sama dengan adat di Palembang. Paramiswara memilih Melaka sebagai tempat untuk menubuhkan kerajaan kerana beberapa faktor yang sesuai iaitu kedudukan Melaka terletak di persimpangan jalan laut antara India dan China, Melaka juga sesuai dijadikan sebagai tempat pelabuhan yang stategik kerana terlatak di kawasan yang terlindung daripada tiupan angin monsun, jauh daripada pokok bakau dan lautnya yang dalam membolehkan kapal besar masuk untuk berlabuh.[footnoteRef:6] Keadaan fizikal yang begitu strategik ini telah menjadi kelebihan kepada paramiswara untuk memilih dan menubuhkan kerajaanya di Melaka. [5: Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 21] [6: Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. (1983) Sejarah Malaysia.Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hal. 45]

Melaka juga telah membuka jalan perdagangannya kepada seberang semenanjung iaitu mengikut jalan pengangkutan ke sungai muara Pahang yang kaya dengan emas di Ulu Pahang. Segala kemudahan air tawar, iklim yang nyaman dan kawasan yang mudah untuk dipertahankan telah diselenggarakan oleh paramiswara untuk memajukan kerajaan Melaka.[footnoteRef:7] Paramiswara telah mangambil satu langkah yang bijak semasa permulaan pemerintahannya iaitu dengan mengjalinkan hubungan diplomatik dengan pencabar politiknya antaranya Jawa dan Siam. Melaka juga telah menghantar persembahan kepada kedua-dua kerajaan ini bagi mengukuhkan kedudukannya yang masih baru.[footnoteRef:8]Kebijaksanaan paramiswara ini bukan sahaja telah menjamin keselamatan Melaka bahkan telah membolehkan kerajaan melaka mendapat bekalan beras yang mencukupi sepanjang tahun daripada siam kerana siam merupakan pengeluar beras yang terbesar pada ketika itu. [7: Ibid hlm 45.] [8: Abdul Rahman Haji Ismail (2005) Malaysia SejarahKenegaraandanPolitik, DewanBahasadanPustaka Kuala Lumpur, hlm84.]

Selain itu Melaka juga telah menjalankan hubungan diplomatik dengan China bagi memohon naungan di bawah negara China. Keadaan ini berlaku kerana China merupakan sebuah karajaan yang kuat dari segi ketenteraannya. Hubungan diplomatiksecara rasmi dengan China ini bermula pada tahun 1403 apabila laksamana Yin Ching yang beragama islam telah dihantar ke Melaka sebagai tanda persahabatan.[footnoteRef:9] Dengan berlakunya persahabatan dengan China ini Paramiswara tidak lagi perlu bimbang akan keselamatan kerajaanya kerana China telah memberi amaran kepada Siam yang merupakan musuh utamanya untuk tidak menyerang dan menggangu ketenteraman Melaka. [9: Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 26]

Perkembangan sistem sosial dan pentadbiran di melaka juga memperlihatkan satu perubahan yang tidak begitu rancak kerana Melaka masih mengamalkan sistem beraja sebagai ketua yang diwarisi daripada srivijaya. Pada masa ini gelaran Raja atau Maharaja diginapakai kerana melaka masih mengamalkan agama Buddha yang dibawa daripada india. Raja yang memerintah di sebut sebagai sumber dan pusat kuasa secara sekular.[footnoteRef:10] Dengan adanya kedudukan dan kuasa, raja telah menyalurkan keasanya untuk menggerakkan jentera pemerintahan dan pentadbirannya.Setelah memeluk agama Islam, Raja Melaka menggunakan gelaran Sultan dan Shah. Sultan menjadi ketua agama Islam. Baginda dianggap sebagai seorang paling penting dan berkuasa dalam hal-ehwal agama dan adat istiadat. Dalam bidang ekonomi, Raja berkuasa mutlak dalam hal cukai dan eksport barang dagangan tempatan. Sultan turut menguasai sumber ekonomi berkaitan buruh, hasil pertanian dan perdagangan. Dari segi politik pula, baginda menjalankan urusan luar negeri seperti mengadakan hubungan diplomatik dan mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negeri asing. Bagi urusan pemerintahan kehakiman, Sultan mempunyai kuasa yang tidak terbatas termasuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman mati keatas pesalah [footnoteRef:11]. Sultan juga mengepalai angkatan tentera dalam peperangan dengan negara luar. Pelantikan para pembesar juga berada di bawah kuasa Sultan. Dari aspek sosial pula, Sultan menjadi lambang perpaduan dan simbol penyatuan negara, rakyat dan jajahan takluk. Dalam sistem sosial, Raja mempunyai pelbagai keistimewaan. Antaranya Raja mempunyai alat kebesaran seperti cop mohor, nobat dan nafiri. Untuk berhubung dan bergaul dengan Raja seseorang itu perlu menggunakan bahasa Istana seperti Tuanku, mangkat, beradu dan lain-lain. Warna kuning pula hanya dikhaskan untuk golongan Diraja sahaja [footnoteRef:12]. [10: Muhammad Yusuf Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 152.] [11: Ibid hlm 120.] [12: Ibid hlm 119.]

Selepas kedudukan Sultan, golongan seterusnya ialah permaisuri, golongan anak Raja dan Kerabat Diraja iaitu mereka yang berketurunan Raja bergelar Raja dan Tengku. Anak Raja dan puteri-puteri Raja juga menikmati keistimewaan Raja seperti yang dimiliki oleh Raja tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan sebagai ketua pemerintah. Antara keistimewaan yang diperolehi ialah penggunaan payung berwarna putih. Sebahagian besar hak-hak istimewa politik turut dikhaskan untuk golongan ini. Misalnya terdapat anak-anak Raja yang dihantar ke jajahan takluk untuk mentadbir negeri tersebut.Kerajaan Melaka menggunakan sistem pembesar empat lipatan yang mana dalam sistem pembesar empat lipatan ini Bendahara merupakan pembesar yang paling utama iaitu sebagai penasihat sultan dan pemangku sultan semasa ketiadaan sultan,Bendahara juga berperanan sebagai ketua Hakim dan boleh menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada Raja, menyusun dasar kerajaan, memilih Istana dan memilih Pemaisuri untuk Sultan. Bendahara tidak menerima gaji tetapi memperolehi pendapatan daripada hasil-hasil ekonomi dan juga menerima beberapa peratus daripada cukai yang dibayar oleh pedagang. Jawatan Bendahara biasanya secara warisan, sebagai contoh Seri Wak Raja yang diganti dengan Tun Perak yang merupakan anaknya sendiri[footnoteRef:13]. [13: Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif Sejarah dan Politik, UTM, Skudai Johor, 2002, hlm 31.]

Penghulu Bendahari menduduki hierarki yang kedua selepas Bendahara. Biasanya pelantikan jawatan ini adalah berdasarkan faktor kekayaan [footnoteRef:14]. Tugasnya yang utama ialah memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Pembesar-pembesar Melaka yang terletak di bawah bidang kuasanya ialah Para Bendahari Melaka, Pemegang Hasil Negeri, dan Syahbandar-syahbandar [footnoteRef:15]. Kawasan pegangan Penghulu Bendahari adalah Sering Hujung dan Kampar dan gelarannya pula adalah Seri Nara Diraja. Jawatan ini dijawat oleh keluarga secara turun-temurun. Contohnya Tun Ali yang diganti dengan Tun Tahir anak Tun Ali dan seterusnya Tun Hamzah anak Tun Tahir [footnoteRef:16]. Penghulu Bendahari juga bertanggungjawab menjadi wakil Sultan menerima ufti dari kawasan takluk dan jajahan Melaka dan negeri naungan. Beliau juga menyimpan hamba-hamba raja dan bertanggungjawab menjaga istana. Penghulu Bendahari berperanan sebagai ketua istiadat dan mengetuai acara rasmi Diraja, memegang usungan di sebelah kanan apabila Raja berangkat di Balai Raya, mengurus makan dan menjemput tetamu jika terdapat majlis [footnoteRef:17]. Penghulu Bendahari bertugas sebagai Setiausaha Sultan untuk membeli senjata peperangan dan bertugas sebagai mengeluarkan perbelanjaan dalam urusan pentadbiran termasuk pembinaan istana. [14: Ibid] [15: Muhd. Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, DBP, KPM , Kuala Lumpur ,hlm 285.] [16: Abdul Halim bin Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, (INTAN) Kuala Lumpur,1991,hlm 122.] [17: Ibid 121.]

Menurut Tome Pires, jawatan Temenggung itu adalah sebagai majistret (hakim dan ketua pengadil). Biasanya kes pengadilan akan diselesaikannya terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Bendahara. Keluarga Pembesar Melaka sendiri umpamanya setelah Tun Mamat dinaikkan pangkat daripada Temenggung kepada Bendahara, jawatan beliau digantikan oleh anaknya bernama Tun Hussain [footnoteRef:18]. Dalam majlis adat istiadat di istana beliau bertugas sabagai Ketua Protokol. Temenggung juga bertanggungjawab dalam membetulkan jalan dan lorong serta pembinaan dan pembaikkan kota, parit dan segala yang berkaitan dengan pertahanan. Temenggung mempunyai tanggungjawab penting dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan negeri terutama tentang menjaga keamanan dan keselamatan negeri Melaka dan rakyat keseluruhannya. Temenggung menjalankan undang-undang mengikut arahan Sultan. Temenggung berkuasa untuk menangkap orang-orang yang bersalah dan menghukum mereka serta perkara-perkara yang berkaitan dengan soal timbang-menimbang, ukur-mengukur dalam selok-belok perdagangan termasuk dalam bidang kuasanya. Beliau juga menentukan sukatan berat dan ukuran yang digunakan di pelabuhan adalah tepat dan memastikan proses perdagangan berjalan lancar serta menjaga pentadbiran, mengutip cukai, perniagaan dan perdagangan. Di bawah jawatannya terdapat dua jawatan iaitu Hulubalang Besar dan Laksamana. Contohnya Hulubalang Besar adalah Tun Besar Tun Bongkok .Gelaran Temenggung ialah Seri Bija Diraja dan kawasan pegangannya adalah Singapura [footnoteRef:19]. [18: Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif Sejarah Politik, UTM Skudai Johor, 2002, hlm 32.] [19: Ibid hlm 1.]

Laksamana merupakan jawatan baru yang wujud pada zaman Sultan Mansur Syah setelah Hang Tuah membunuh orang mengamuk dan menewaskan Taming Sari perajurit Majapahit [footnoteRef:20]. Institusi Laksaman dicipta justeru unutk memenuhi keperluan perdagangan. Tugas utama Laksamana adalah dalam bidang ketenteraan. Semasa di darat tugas Laksamana adalah sebagai mengawal keselamatan Raja apabila berangkat dan keselamatan Bendahara ketika perbicaraan. Walau bagaimanapun, fungsinya berubah-ubah kerana memainkan peranan utama di istana dan kadang-kala dilantik menjadi utusan atau duta ke sebuah negara [footnoteRef:21]. Laksamana juga mengawal sempadan, kerana sempadan negara adalah tanggungjawabnya. Dalam istiadat rasmi di istana, Laksamana bergilir-gilir dengan Hulubalang Besar memikul pedang kerajaan. Apabila Raja bergajah, Laksamana duduk di buntut gajah memikul pedang kerajaan. Kawasan pegangannya adalah Sungai Raya dan Siantan. Laksamana adalah orang yang bertanggungjawab memelihara keselamatan perdagangan, penyebaran agama dan ketenteraan kerajaan Melaka [footnoteRef:22]. [20: Ibid] [21: Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif Sejarah dan Politik, UTM, Skudai johor, 2002, hlm 32.] [22: Abdul Halim Abdul Rahman et.al,(1991)Malaysia Kita, INTAN , Kuala Lumpur, hlm 123.]

Syahbandar adalah istilah Parsi yang bererti pemerintah pelabuhan yang merupakan organisasi pelabuhan dan wakil kepada saudagar asing daripada kalangan pelbagai etnik peniaga[footnoteRef:23]. Ia terletak dibawah bidang kuasa Bendahara. Empat orang Syahbandar menguruskan hal ehwal perniagaan dalam satu tempoh masa. Tugas utama adalah menyambut kapten kapal dan dibawah mengadap Bendahara untuk mendapat kebenaran sebelum menjalankan urusan perdagangan[footnoteRef:24]. Setiap orang mengendalikan kapal dan barang dari empat penjuru alam perdagangan iaitu saudagar Gujerat, peniaga Kalingga, Benggala, Pegu dan Pasai, seorang untuk membawa rempah dari Jawa, Maluku, Abnda, Palembang, Tanjung Pula dan Pulau-pulau selatan dan seorang untuk mengedalikan barangan dari China, Formosa dan Champa. Nakhoda dari saudagar tiap-tiap negeri itu terus berhubung dengan Syahbandar untuk sebarang kemudahan perdagangan di Pasar Raya Melaka [footnoteRef:25]. [23: Muhd .Yusoff Hashim, (1990)Kesultanan Melayu Melaka, DBP, KPM, Kuala Lumpur, hlm 287.] [24: KassimThukiman,(2002)Malaysia PerspektifSejarahdanPolitik, UTM Skudai Johor, hlm 33.] [25: Abdul Halim Abdul Rahman et.al,(1998) Malaysia Kita , (INTAN), Kuala Lumpur, hlm 125. ]

Selapas daripada golongan bangsawan golongan Ulama pula yang menduduki status sosial masyarakat melaka.Golongan Ulama terdiri daripada golongan intelek dan alim ulama. Merekalah terlibat dalam hal ehwal agama Islam. Biasanya mereka terdiri daripada keturunan Arab-Melayu. Mereka menggunakan gelaran Maulana, Makhdum, Khadi, Maharaja Khadi dan Imam Maharaja. Mereka bertindak sebagai pendakwah yang memperkembangkan agama Islam. Mereka dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, khadi dan bertugas menasihati Sultan dan kerajaan dalam hal-hal agama. Golongan pendeta pula merupakan pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah Raja. Golongan ini sangat sedikit bilangannya. Mereka turut menjadi pakar rujuk pada Raja dan kalangan istana serta menjadi penulis dan perawi Diraja. Penghulu memegang teraju pentadbiran di peringkat kampung. Penghulu merupakan orang perantaraan antara golongan atasan dengan rakyat. Golongan ini terdiri daripada kalangan rakyat biasa dan bukan golongan bangsawan. Penghulu penting dalam menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul, menjaga keamanan kampung, mengarah rakyat melaksanakan arahan pembesar dan Raja dengan sukarela.Kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan telah mewujudkan golongan usahawan pedagang dan peniaga daripada kaum peribumi dan pedagang asing. Mengikut catatan Tome Pires beberapa orang Sultan Melaka sendiri telah mengambil bahagian untuk turut sama berniaga. Para pembesar juga turut melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan contohnya seperti, Bendahara Tun Mutahir. Bagi melicinkan aktiviti perdagangan ini terdapat golongan yang dikenali sebagai Nakhoda, Jurumudi, Ketua kiwi dalam masyarakat. Golongan Kiwi memberi sumbangan perdagangan dengan menyediakan muatan kapal yang akan belayar dan berlabuh. Golongan kiwi turut di gelar pedagang Diraja. Mereka juga mengadakan rundingan dengan nakhoda dalam semua urusan perdagangan. Di samping itu, mereka turut menjalankan urusan jual beli barangan dengan harga yang berpatutan. Golongan majoriti yang mempunyai fungsi utama ialah rakyat biasa (Merdeheka) memberi sokongan dari segi moral, fizikal dan tradisi kemasyarakatan juga menjadi tunjang utama menyokong institusi Raja dan pembesar dalam seluruh rangka sistem dan organisasi kerajaan [footnoteRef:26].Kebanyakan mereka terdiri daripada petani, nelayan, pedagang, dan petukang-petukang mahir. Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa politik dan tidak memegang jawatan pentadbiran. Dari segi sosioekonomi, pengeluaran mereka hanya cukup untuk menanggung hidup sekeluarga. [26: Muhd Yusoff Hashim, (1990) Kesultanan Melayu Melaka, DBP,KPM, Kuala Lumpur, ,hlm 292.]

Rakyat asing adalah penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu seperti perantau, pedagang, mubaligh dan santeri. Di Melaka mereka dikenali sebagai orang dagang. Rakyat asing terdiri daripada dua kumpulan iaitu mereka yang menetap terus kerana berkahwin dengan penduduk tempatan atau menjadi pengunjung sebagai peniaga. Golongan ini melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan kerajaan dan terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti pedagang runcit dan pelombong bijih timah. Antara golongan ini ialah Khawaja Baba, Naina Isahak dan Sayyid Ahmad. Tome Pires mencatatkan bilangan mereka mencapai 100 ribu orang pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Mereka digunakan untuk menyerang negeri seperti Kampar, Siak dan sebagainya atau untuk pertahanan seperti pertahanan Melaka dari serangan Siam, Pahang serta serangan Portugis 1511[footnoteRef:27]. Terdapat juga golongan ulama yang berbangsa asing yang datang daripada Tanah Arab. Terdapat 84 bahasa dipertuturkan menunjukkan terdapat ramai bangsa asing di Melaka.iaitu 62 bangsa. [27: Ibid hlm 293.]

Golongan hamba ini menduduki susun lapis yang terendah sekali. Mereka tidak boleh bertindak mengikut kemahuan sendiri kerana dikawal oleh peraturan yang ditentukan oleh tuan mereka. Mereka berfungsi unutk menyediakan tenaga manusia bagi sesuatu kerja [footnoteRef:28]. Taraf hamba adalah berbeza. Golongan hamba yang tertinggi sekali adalah hamba Raja, hamba abdi, dan hamba berhutang.[footnoteRef:29]Status kumpulan hamba Raja adalah lebih tinggi sekali berbanding hamba lain terutama biduanda. Mereka akan dilepaskan dengan kerelaan Raja. Sesiapa yang membunuh hamba Raja akan menerima hukuman yang berat seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka, fasal 24 (kesalahan mencuri hamba). [28: Ibid hlm 296.] [29: Harun Daud, (1989) SejarahMelayu, Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, DBP, Kuala Lumpur, hlm59.]

Mereka menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya iaitu pembesar atau orang kaya secara turun-temurun. Terdapat beberapa jenis hamba abdi iaitu hamba yang dibeli seperti hamba biduanda iaitu orang suruhan yang dimiliki raja, hamba abdi yang terdiri daripada hamba tawanan, hamba diranggah (orang bukan Islam yang ditawan seperti orang Batak dan Asli), hamba Habsyi (diimport daripada Afrika), hamba hulur (melakukan kesalahan jenayah), hamba serah ( mereka yang kesukaran hidup dan menyerahkan diri pada mereka yang sanggup memberi nafkah hidup) dan anak hamba atau keluarga hamba( Isteri dan anak hamba abdi) [footnoteRef:30]. [30: Fauzi Basri, (1986)Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak, Yayasan Perak, Ipoh, hlm 200.]

Orang berhutang kerana tidak dapat membayar hutang pada si pemiutang kerana gagal membayar hutang dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan. Mereka terpaksa menjadi hamba pada si pemiutang termasuk sebagai tebusan. Statusnya sebagai hamba akan luput apabila hutang tersebut selesai dibayar atau sesuatu tempoh khidmat yang dijanjikan telah selesai dan dipersetujui. Mereka mengerjakan pelbagai suruhan termasuk bercucuk tanam, melombong dan sebagainya. Hamba berhutang terdiri daripada orang yang berhutang (dibebas selepas menjelaskan hutang). Bagi hamba anak emas akan menjadi hamba melalui perkahwinan hamba lelaki dengan hamba wanita, hamba waris (isteri dan anak hamba berhutang), hamba bayar (diserahkan oleh tuannya kepada orang lain sebagai membayar hutang tuannya itu). Secara keseluruhannya, hamba biasanya berkhidmat untuk tuannya sebagai pengikut dan terlibat dengan kerja rumah. Di samping itu juga terlibat dalam kegiatan produktif seperti pertanian dan perlombongan bijih timah[footnoteRef:31]. Hamba lelaki diberi tugas berat di luar rumah yang digunakan sebagai tujuan pertahanan dan penghasilan pertanian. Hamba wanita bertugas sebagai melakukan kerja-kerja di rumah dan menjadi dayang-dayang kepada pemerintah. Terdapat juga di kalangan hamba tersebut yang ditugaskan untuk memperolehi pendapatan tuan mereka (hamba wanita) misalnya dipaksa melacurkan diri dan menjadi gundik. Hamba dapat meninggikan taraf individu yang menjadi pemilik mereka, semakin ramai hamba dimiliki semakin tinggi taraf pemiliknya. Contohnya, hal ini pernah dinikmati oleh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang memiliki ratusan hamba [footnoteRef:32]. [31: J.M Gullick, (1998)Sistem Politik Bumiputera Melayu Barat (terjemahan) DBP, Kuala Lumpur, hlm 8. ] [32: Muhd. Yusoff Hashim, (1990) kesultanan Melayu Melaka, DBP,KPM, Kuala Lumpur, hlm 296.]

Perkembangan kerajaan melayu melaka juga dapat kita lihat pada pengaruh agamanya. Pengaruh agama kerajaan Melaka bermula dengan agama Hindu Buddha yang dibawa oleh paramiswara daripada Sriwijaya.[footnoteRef:33] Pengaruh ini amat berleluasa pada awal permulaan pembukaan kota Melaka kerana masyarakat melayu asal Melaka juga menganut agama Buddha pada masa itu. Walaubagaimanapun ajaran agama Buddha ini telah disesuaikan dengan keadaan setempat di alam melayu ini. Selain itu ada juga masyarakat melayu Melaka yang mengamalkan kepercayaan animisma pada masa ini dengan cara percaya tentang kewujudan roh dan pemujaanalam semesta.Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Melaka iaitu Islam dari India[footnoteRef:34], Islam dari China[footnoteRef:35] dan Islam dari Arab serta Parsi.[footnoteRef:36] [33: Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm23.] [34: Pendukung teori ini ialah S.Q. FAtimi, Morison Harison, R.A. Kern dan Snouck Hugronje.] [35: Pendukung teori ini ialah Emanuel Eredia dan Paul Wheatley.] [36: Pendukung teori ini ialah John Crawford, Syed Naquib al-Attas, Hamka dan Hossein Djajaningrat.]

Kedatangan Islam dari India dipercayai kerana ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa; sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Tambahan pula, masyarakat Malaysia secara umumnya mengamalkan mazhab Syafie sehingga hari ini. Manakala teori kedatangan Islam dari China disebabkan Islam berkembang terlebih dahulu di China yang kemudian berkembang ke Asia Tenggara melalui perdagangan. Walau bagaimanapun, teori kedatangan Islam dari Arab dan Parsi dianggap yang paling tepat sekali. Hal ini kerana kebanyakan pengarang kitab atau buku hikayat kesusasteraan Melayu-Islam lama yang pada peringkat awal kedatangan Islam terdiri daripada pengarang Arab-Parsi[footnoteRef:37]. [37: Samri Sainuddin, (2003)Titas: Tamadun Melayu, Penerbit Quantum Books, Tanjong Malim, hal. 20-21.]

Kedatangan Islam di Melaka dikatakan bermula setelah pengislaman Megat Iskandar Syah ketika baginda berusia 72 tahun (sekitar tahun 1414).[footnoteRef:38] Baginda juga turut menggalakkan seluruh rakyat jelata termasuk golongan kerabat diraja dan pembesar untuk memeluk agama Islam. Kesannya Melaka telah muncul sebagai pusat empayar Melayu yang baru dan pada masa yang sama memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan, pusat penyebaran agama Islam dan pusat perdagangan. Punca kedatangan ajaran islam ke tanah melayu ini bermula pada sekitar tahun 878 di mana telah berlaku satu kekacauan di Canton China. keadaan ini menyebabkan ramai saudagar arab dan parsi telah beralih tempat perdagangan dan dakwah mereka ke tanah melayu terutamanya ke melaka. Kedatangan islam ke tanah melayu pada abad ke-15 bukan sahaja tersebar di Melaka sahaja, islam juga tersebar terus ke sekitar negeri-negeri tanah melayu dan seluruh Nusantara.[footnoteRef:39] Keadaan ini menggambarkan betapa besarnya peranan saudagar dalam menyebarkan ajaran islam di tanah melayu ini. [38: Menurut kajian Wang Gungwu (1968), serta dakwaan Tome Pires yang saling melengkapi laporan Yung-lo dalam Ming Shih-lu, Parameswara (Iskandar Syah) adalah orang yang berlainan. Tambahan pula Prof. Wang Gungwu telah menggunakan sumber yang paling maksimum termasuklah sumber dari China sebagai alternatif terhadap Sejarah Melayu versi 1536 dan 1612, serta sumber Portugis dan sumber Siam.] [39: Mahayudin Haji Yahaya, (2001) Islam di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 7.]

Peranan Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansyur Syah dalam mengembangkan dan membangunkan ajaran islam di melaka dan jajahan takluknya amat jelas. Peranan yang paling penting adalah daripada Sultan Muzaffar Syah kerana beliaulah yang menjalankan usaha yang pesat dalam meluaskan agama islam di Melaka. Dibawah kepimpinannya usaha dakwah telah digiatkan untuk mengajar tentang hukum islam secara keseluruhannya. Baginda jugak telah memberikan galakan dan kemudahan yang sewajarnya bagi melaksanakan rancangannya untuk mengembangkan ajaran islam di Melaka. Sultan Muzaffar Syah dan pembesarnya jugak bersungguh-sungguh meluaskan empayarnya bagi menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat pengajian dan perkembangan agama islam.[footnoteRef:40] Maka dengan asas inilah melaka telah menjadi sebuah pusat pengajian dan penyebaran agama islam yang terpenting di Asia Tenggara. Semasa Sultan Mansyur Syah menjadi sultan Melaka pula beliau telah menjadikan istana Melaka sebagai perpustakaaan dan tempat untuk belajar tentang ajaran islam.Disamping menjadi pusat pendidikan Islam, istana juga dijadikan tempat menterjemah dan menyimpan kitab-kitab mengenai Islam seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, dan kitab Darul Mazlum (Darul Manzum). Di samping istana, masjid dan surau juga memainkan peranan penting sebagai institusi pengajian ilmu pengetahuan Islam dan pusat penyebaran Islam.[footnoteRef:41] Pada waktu siang, masjid dan surau menjadi pusat pengajian kanak-kanak untuk mempelajari bacaan al-Quran termasuklah pelajaran ilmu tajwid. Sementara pada sebelah malam pula masjid menjadi pusat pengajian bagi orang-orang dewasa. Antara ilmu-ilmu yang diajarkan di masjid dan surau ialah fiqah, usuluddin, tasawuf, tafsir, dan pengajian al-Quran. Berdasarkan kewujudan pusat pengajian islam yang formal dan sistematik di Melaka ini, maka tidak menjadi satu kejanggalan apabila penyebaran Islam dapat dilakukan ke seluruh rantau Asia Tenggara. Keadaan ini menggambarkan bahawa perkembangan agama islam di melaka amat dipengaruhi oleh sultannya yang begitu komitmen dalam perkembangan agama islam. [40: Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 39.] [41: Ismail Hamid, (1985) Peradapan Melayu dan Islam, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, hal. 45.]

Melaka juga memainkan peranan sebagai pusat keilmuan Islam di Asia Tenggara. Hal ini kerana minat yang mendalam dan komitmen pemerintah Melaka untuk meluaskan kegiatan dakwah dan keilmuan ke kawasan jajahan takluk Melaka. Sama seperti Pasai yang dipengaruhi oleh pemikiran tasawuf, di Melaka juga berkembang tasawuf falsafah Abdul Karim al-Jili dengan kitabnya Insan Al-Kamil serta kitab Ad-Durr Al-Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi. Bahkan diketahui juga yang di Melaka turut diajarkan kitab Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Selain daripada itu turut juga diterjemahkan ke bahasa Melayu kitab-kitab sastera seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Buku Sejarah Melayu telah menyebut nama ulama-ulama yang pernah datang ke Melaka ialah seperti Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadhi Yusof, Kadhi Menua, Kadhi Munawar Syah, Maulana Sadar Johan dan sebagainya. Kebijaksanaan pemerintah Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara seterusnya menyebabkan kebanjiran pedagang-pedagang Arab yang datang berdagang sambil mengajar agama di surau dan masjid. Malah Sultan sendiri telah bersama-sama pembesar-pembesar negeri menunaikan sembahyang terawih di masjid pada bulan Ramadhan.[footnoteRef:42]Selain itu, penggunaan gelaran Sultan telah menggantikan gelaran Raja dan Maharaja yang biasanya digunakan pada zaman kegemilangan Hindu-Buddha di Nusantara. Penyebaran Islam turut dibantu oleh pembesar-pembesar negeri seperti Bendahara Tun Perak. Hal ini terbukti apabila Tun Perak telah menasihati Sultan supaya mengahwinkan puteri-puteri baginda dengan pembesar-pembesar wilayah jajahan. Hal ini bertujuan untuk mengembangkan ajaran Islam melalui politik dan perkahwinan. [42: W.G. Shellabear, 1977, Sejarah Melayu, Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur, , hal. 60.]

Melaka juga terkenal dengan dengan proses penaklukannya semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah sehingga sultan Muhammad Syah. Semasa proses perluasan kuasa ini bendaharanya adalah Tun Perak yang merupakan orang yang paling berkuasa untuk menghasut Sultan dalam meluaskan proses penaklukannya. Kesungguhan Tun Perak dalam melakukan perluasan kuasa ini telah menjadikan para ahli sejarawan berpendapat bahawa belliaulah yang bertanggungjawab dalam meluaskan jajahan takluk Melaka.[footnoteRef:43] Melaka menjadi sebuah negara yang mempunyai jajahan takluk yang begitu besar sekitar kurun k-15 dan ke-16 walaupun peranan Tun perak dan Sultan amat besar namun peranan Hulubalang, malah rakyat biasa juga penting dalam meluaskan pengaruh dan jajahan takluk Melaka ini. [43: Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 54.]

Jajahan takluk Melaka meliputi kawasan yang begitu luas yang mana dikatakan bahawa pada tahun 1459 kawasan jajahan takluk Melaka telah meliputi kawasan Dinding, Selangor, Muar, Singapura, Pahang dan sebagainya lagi.[footnoteRef:44] Setelah kemangkatan Sultan Mansyur Syah dan digantikan dendan Sultan Alaudin Riayat Syah penguasaan Melaka semakin berkembang sehingga ke seluruh kawasan semenanjung termasuklah kawasan Pataniyang jugamenjadi kawasan jajahan takluk Melaka. Walaupun begitu hanya kawasan Aru dan Pasai sahaja yang tidak dapat ditakluk oleh Melaka kerana kedua-dua kawasan ini merupakankuasa yang sama tarafnya dengan kerajaan Melaka.[footnoteRef:45] Keseluruhan penaklukan ini diketuai oleh keturunan Tun Perak yang begitu setia kepada sultan untuk menakluk kawasan sekitarnya. [44: Muhammad Yusuf Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 190.] [45: Ibid hlm 190]

Penaklukan yang dilakukan oleh kerajaan Melaka ini telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kuasa yang begitu kuat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan bahan mentah bagi melancarkan perdagangan yang begitu rancak di Melaka pada masa itu. Melaka memerlukan bekalan bahan mentah seperti beras yang diimport dari siam kerana Melaka tidak mampu untuk menyediakan bahan makanan yang mencukupi. Melaka juga mengapatkan barang perhiasan seperti Manik, Delima, Batu Permata,dan juga Bijih Timah daripada Burma, Sumatara, Tanah Jawa dan sebagainya.[footnoteRef:46] Segala hasil ini mudah diperolehi kerana Melaka telah menguasai negara-negara ini yang menjadi jajahan takluk Melaka. Oleh itu perkembangan kerajaan Melaka menjadi semakin pesat kerana Melaka mempunyai bekalan bahan mentah atau sumber yang mencukupi. [46: Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 69.]

Melaka juga memelihara setiap perhubungan dengan kerajaan jajahan takluknya bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan diantara kedua-dua belah pihak. Sultan Melaka telah mengunakan perkahwinan bagi memelihara hubungan diantara kedua-dua buah kerajaan ini, yang mana Sultan Melaka telah mengahwini puteri tanah naungan seperti Pahang, Kelantan, Terengganu dan Rokah. Manakala anak-anak atau saudara-mara mereka pula dikahwinkan dengan raja atau putera raja di negeri naungan tersebut,[footnoteRef:47] keadaan ini menggambarkan bahawa Melaka begitu menjaga hubungan diantara negeri-negeri jajahan takluknya. [47: Abdul Rahman Haji Ismail (2005) Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 98.]

Perkembangan kerajaan Melaka juga berlaku disebabkan oleh dasar pemerintahnya yang menjalankan ekonomi perdagangan yang amat menguntungkan kerajaan Melaka sendiri. Kegiatan perdagangan di Melaka ini bukanlah sesuatu yang baru kerana kegiatan perdagangan ini telah bermula semasa kerajaan melayu langkasuka dan Srivijaya lagi iaitu pada abad yang ke-7 sehinggga abad yang ke-13.[footnoteRef:48] Perdagangan di Melaka bukan sahaja melibatkan para masyarakat sahaja bahkan melibatkan para Pembesar dan Sultan itu sendiri. Keadaan ini berlaku kerana perdagangan pada masa ini telah menigkatkan taraf hidup setiap lapisan masyarakat. Pembesar bukan sahaja menjadi pengimport dan pemborong bahkan menyediakan pelbagai-bagai kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pedagang daripada luar negeri antaranya kemudahan gudang untuk menyimpan barangan tempat penginapan dan kemudahan membaiki kapal.[footnoteRef:49] [48: Muhammad Yusuf Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 236.] [49: Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 69.]

Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pembesar ini telah menyebabkan ramai pedagang suka untuk berdagang di Melaka terutamanya pedagang yang datang daripada tanah Arab, barat, China dan daripada gugusan tanah melayu itu sendiri. China berdagang di Melaka untuk menukarkan barangannya dengan Eropah. Seorang pelapor Pertugis Ruy Araujo menganggarkan bahawa lapan sehingga sepuluh buah jong China datang ke Melaka dalam setahun membawa wangian, permata, sutera dan peluru untuk ditukar dengan Gaharu cendana rempah dari Nusantara untuk dibawa balik ke China.[footnoteRef:50] Bahan keperluan ini amat diperlukan oleh China dan untuk digunakan dalam masakan dan menjadikan Melaka sebagai tempat untuk mendapatkan bahan ini kerana Melaka merupakan tempat pengumpulan barang dagangan ini..Selain itu saudagar daripada Banggala yang terdiri daripada Arab dan Parsi, Turki dan Absinia pula telah membentuk satu syarikat untuk datang berdagang ke Melaka. Kedatangan mereka dalam empat sehingga lima buah kapal besar pada setiap tahun yang membawa bahan makan, buah-buahan , kain dari India untuk ditukar di Melaka dengan lada, Bunga cenkih, gaharu, tembaga dan pelbagai lagi bahan mentah dari Nusantara.[footnoteRef:51] [50: Muhammad Yusuf Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 243.] [51: Ibid hlm 246.]

Melaka juga telah memperkenalkan satu undang-undang baru yang bertujuan untuk memenuhi keperluan para pedagang yang berdagang di Melaka kerana pertambahan bilangan ahli perdagangan di Melaka itu sendiri. Sultan Melaka telah melantik empat orang pembesar Melaka untuk mewakili setiap bangsa yang mana seorang darinya mewakili setiap bangsa gujerat kerana bilangan bangsa gujerat di Melaka amat ramai bilangannya iaitu seramai 1000 orang bilangannya pada tahun 1509.[footnoteRef:52] Selain itu Syahbandar yang mewakili kaum India, yang datang dari selatan india, baggela dan Pegu. Syahbandar seterusnya pedagang daripada Jawa, Maluku dan Banda. Syah Bandar ini dikehendaki mengawasi kelompoknya dan mengurus pasar serta gedungnya. [52: Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. (1983) Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hal. 48]

Melaka juga dijadikan sebagai tempat untuk saudagar menunggu perubahan angin monson. Tempoh menunggu perubahan angin ini adalah pada bulan Disember dan bulan Mac yang merupakan antara bulan yang paling sibuk di Melaka kerana kedatangan kapal-kapal dari Asia Barat dan timur untuk menjalankan aktiviti perdagangan,manakala pedagang daripada jawa dan bahagian Timur Nusantara datang pada bulan Mei sehingga September.[footnoteRef:53]untuk pulang ke negara masing-masing pula saudagar daripada timur terpaksa menunggu angin daripada barat daya untuk pulang kenegaranya manakala pedagang daripada barat pula terpaksa menunggu angin daripada timur lautuntuk membawa kapal meraka balik ke barat.[footnoteRef:54] Semasa menunggu perubahan angin ini banyak pedagang-pedagang menggunakan perkhidmatan yang ada di Melaka terutamanya gudang barangan, membaiki kapal dan sebagainya, kemudahan danperdagangan yang begitu rancak ini telah menjadikan Melaka terkenal dan terus berkembang dengan pesatnya sebagai sebuah pusat pedagangan yang besar di kepulauan melayu ini. [53: Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. (1983) Sejarah Malaysia.Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hal. 48] [54: R.B, Smith and W,Watson (1976) Early South East Asia, New York, Hal 7.]

Penduduk Melaka yang bersifat kosmopolitan telah menyebabkan pelbagai bahasa yang digunakan dan dianggarkan bahawa terdapat hampir 84 bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka ini. Penduduk Melaka juga dianggarkan berjumlah seramai 90 000 orang menjelang kedatangan Portugis[footnoteRef:55] dengan jumlah hulubalangnya pula adalah seramai 100 000 orang.[footnoteRef:56] Disebabkan pertambahan jumlah penduduk dan bilangan pedagang yang datang ke Melaka ini telah menjadikan pera pembesar dan Sultan membuat undang-undang untuk mengawal sagala permasalahan yang berlaku di Melaka ini.[footnoteRef:57]Selainituundang-undangjugaadalahuntukmelahirkansebuahmasyarakat yang bersistem. [55: Disebutdalamsejarahmelayu,sebagai . Rakyat melakasembilanbelaslaksabanyaknya yang di dalamnegerijuga, (selaksa = 10 000), 19 X 10 000 = 190 000.] [56: D.F.A Hervey, Valentyns Description of Malaka, dalam JMBRAS, NO 16, 1884, Hlm 301, E koek Portuguese History of Malaka, dalam JMGRAS, NO 17, 1886, HLM 117-138,] [57: Muhammad Yusuf Hashim (1989) KesultananMelayu Melaka, , DewanBahasadanPustaka Kuala Lumpur, hlm 199.]

Terdapatduateksundang-undang yang digunapakaidi Melaka iaituteks yang pertamaadalahHukumKanun Melaka yang jugadikenalisebagaiUndang-UndangDarat Melaka ataupunRisalahHukumKanun yang di dalamnyaterdapat 46 naskahsalinan[footnoteRef:58] Dan teks yang keduaadalahUndang-UndangLaut Melaka yang jugadikenalisebagaiadatpelayaranMelaka, kitabperaturanpelayarandanhukumundang-undanglaut.[footnoteRef:59]Undang-undanghukumkanun Melaka hanyamelibatkankesalahan yang dilakukan di daratsahajadanpihak yang berkuasamenjatuhkanhukumanadahTemenggungdan Sultan sahaja.Manakalahukumkanunundang-undanglaut Melaka pula hanyadikenakankepadapesalah yang melakukankesalahan di ataskapalsahajadanorang yangberkuasamenjatuhkanhukumanadalahNakodasahaja. Walaupunbegitusegalahukumkanunatauundang-undanginitelahdiselaraskandenganundang-undangislamsetelahkedatangan agama islam di Melaka ini. [58: 46 naskahiniterkumpul di dalambeberapaversi, iaituversiundang-undangMelaka yang tulenversiaceh, versiPatani, versiyangpanjang yang termasukkedalamnya lima buahnaskahiaitu (von de wall 5093)_, cod. Or. 1725 FarquharI, SingapuraNo ,299dan Farquhar 10), undang-undangislamdanjohor, versi yang pendek yang terdiridaripadaenambuahnaskah.] [59: Muhammad Yusuf Hashim (1989) KesultananMelayu Melaka, , DewanBahasadanPustaka Kuala Lumpur, hlm 201.]

Hukumkanunatauundang-undang Melaka yang telahdiselaraskaninibukansahajadiingatisecaralisantetapijugatelahditulis agar mudahuntukdifahamidandiingati.[footnoteRef:60]Sultan Mahmud Syahadalah sultan yang dikatakanmenulistentangundang-undang yang terdapat di Melaka walaupunterdapatbanyakpendapat yang tidakbersetujudengankenyataanini. Undang-undang Melaka inimeliputikeseluruhantingkahlakumanusia yang akanmengawalkehidupanrakyatdankerajaan Melaka agar menjadipanduandalamkehidupanmerekacontohnyaaspekjenayah, berjudi, berzinarmurtaddansebagainya. SecarakeseluruhannyamemperlihatkanbahawaMelaka mengembangkannegaranyadenganmenggunakanundang-undangdanbukannyadenganbudibicara raja sahaja[footnoteRef:61]keadaaninimemperlihakanbahawa raja menghukumberasaskankepadaundang-undang yang dibuatcontohnyadapatdilihatapabila Sultan Mahmud Syahmenjatuhkanhukumanbunuhterhadap Sri BijaAldiraja yang mentadbirSingapura.[footnoteRef:62]Denganadanyaundang-undanginidapatlahdigambarkanbahawa Melaka itusebagaisebuahkerajaan yang berkembangdenganpesatmengikutlandasan yang betuldankeadilandapatdisaksamakan. [60: Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 56] [61: Abdul Rahman Haji Ismail (2005) Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 91.] [62: Apabila Sri Bila Aldiraja mempersoalkan tentang kemunasabahan hukuman itu Sultan Mahmud Syah menunjukkan surst yang menyenaraikan dosa dengan Raja Munawar di Kampar untuk menjatuhkannya. Menurut Salatul salatin setelah Sri Bija Aldiraja memendang surat itu maka Sri Bija Aldiraja pun dibunuh oranglah. (sejarah melayu, 1998:214)]

Melaka jugamenggunakanundang-undangdalammelaksanakankutipancukai di pelabuhannyamengikutkepentinggannya.Menurut sumber daripada Suma Oriental, Tome Pires yang menganggarkan nilai purata cukai perdagangan di Melaka adalah sebanyak2.4 juta Cruzado pada tahun 1510. Jumlah ini taerlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah barangan import untuk Kota Seville yang merupakan sebuah kota yang terkaya di Eropah.[footnoteRef:63] Raja-raja melayu juga turut menjalankan aktiviti perdagangan, namun jika dihitung dengan cukai yang diperolehi tidaklah begitu besar pendapatannya. Dianggarka pada awal kurun yang ke-16 lebih daripada dua ribu pedagang datang berlabuh di pelabuhan Melaka dan dicatatkan jumlah rakyatnya meningkat kepada 100 000 orang. [63: Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. (1983) Sejarah Malaysia.Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hal. 50.]

Kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka terhadap barangan dan negara adalah mengikut kepentingannya. Melaka tidak mengenakan cukai terhadap bahan makanan seperti beras kerana Melaka memerlukan barangan makanan bagi menampung keperluan rakyatnya yang ramai. Bahan makanan ini termasuk dalam linkungan Present sahaja iaitu katogori bayaran yang kedua. Beras biasanya akan diimport daripada Pedir, Pasai, Jawa, dan siam.[footnoteRef:64] Tome Pires menyatakan bahawa pedagagang yang datang daripada kepulauan melayu dan saudagar asing yang datang dari barat serta ingin menetap di Melaka hanya dikenakan kadar cukai sebanyaktiga pratus sahaja. Manakala Suku-suku melayu yangdatang dari Nusantara juga dikenakan Royal Tax sebanyak tiga pratus manakala bagi saudagar daripada Barat Asia pula akan dikenakan sebanyak enam pratus.[footnoteRef:65] [64: Abdul Rahman Haji Ismail (2005) Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 101.] [65: Muhammad Yusuf Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 255.]

Kerajaan Melaka juga meletakkan kadar cukai yang sederhana dan sistem sukatan yang seragam kepada setiap pedagang, keadaan ini diterima baik oleh setiap pedagang yang datang berdagagan di Melaka. kepada saudagar yang ingin tinggal lama di Melaka pula mereka hanya perlu membayar cukat tambahan sebanyak enam pratus sahaja bagi saudagar asing dan tiga pratus bagi saudagar dari negeri tanah melayu, selain itu mereka juga dikehendaki untuk memberi hadiah sejumlah satu sehingga dua pratus kepada Raja, Bendahara, Temenggung dan Syahbandar untuk membolehkan mereka berdagagan di Melaka.[footnoteRef:66]Kerajaan melakaakan mengeluarkan lesen untuk berniaga di sekitar Melakadan pengeluaran lesen inilah yang menjadi sebahagian daripada pendapatan kerajaan Melaka. Syahbandar akan memerintahkan pengawalnya untuk mengawal unit sukatan dan timbangan di pelabuhan Melaka bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku.[footnoteRef:67] Keadaan ini membuktikan bahawa kerajaan Melaka telah pun mempunyai satu sistem pentadbiran kutipan cikai yang sistematik bagi melancarkan urusan perdagangan di pelabuhan Melaka. [66: Abdul Rahman Haji Ismail (2005) Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 99.] [67: Muhammad Yusuf Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 255.]

Perkembangan kerajaan Melaka lebih jelas apabila kerajaan Melaka telahpun memperkenalkan sistem mata wang yang dapat memudahkan urusan jual beli di pelabuhan Melaka.Sultan MuzaffarSyahmerupakan Sultan yang pertamamemparkenalkansisitemmatawang.Mata wanginidiperbuatdaripadabijihtimahdanperak yang dikeluarkanolehkerajaanMelaka itusendiri.[footnoteRef:68]Padakepingantimahiniterdapatnama sultan yang diukirdengantulisanjawi. Menurut Tome Piresmenyatakanbahawapengenalanwanglogaminiadalahpengaruhlangsung yang diambildaripadaPasai.Selainituterdapatjugakepinganwanglogam yang datangdaripadaPasai Hormuz, Cambeyterdapat di Melaka.Status calainsdikatakanbersamaandengantigacruzodos. [68: Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 71.]

Pengenalanmatawanginitelahmenjadikan Melaka sebagaisebuahkerajaan yang mampuuntukmengawalinflasidanmencegahhargabarangandaripadanaikmelambungtinggi.Antaracontohkepinganmatawang yang dicetaknama-nama Sultan adalahnama Sultan MuzaffarSyah Al-Sultan, MansyurSyahIbnuMuzaffarSyah Al-Sultan dansebagainya.Penggunaanmatawanginitelahmemudahkanpedaganguntukberundingtentanghargadenganparapembeliuntukmenilaibarangan yang hendakdibelidandibahagikanmengikutbahagianmasing-masinguntukdijual di kedai-kedaisekitarpelabuhan Melaka.[footnoteRef:69] [69: Ibid hal 256.]

Melaka jugamenggunatimbangan yang diukurdalam unit tahildankatil.Sekatilpadamasainibersamaandengan 20 tahilataudisebutjugasebagaitundaya, setahil pula bersamaandngan 16 mas, satu mas pula bersamaan 20cumdurynsataucupoes, empat mas pula bersamaandengansatupaumanakalasatupaubersamaandenganempatcumduryns[footnoteRef:70]pengenalansistemtimbangan yang begitukhususuntuksesuatubendainijagamenggambarkanbahawakerajaan Melaka merupakansebuahkerajaan yang lengkapdarisetiapkeperluandanmampuuntukmenggunakan unit sukatanmerekasendiri. [70: Muhammad Yusuf Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hlm 255.]

KesimpulannyadapatdikatakanbahawaperkembangankerajaanMelayu Melaka telahmengalamitigaperingkatiaitupembukaan, pengukuhandanperkembangan yang bermuladaritahun 1400 sehingga1511.Perkembangankerajaan Melaka yang begitupesatdanterkenal di seluruhduniapadasekitarabad yang ke-15 danabad ke-16 adalahdisebabkanfaktonya yang pelbagaidansistematikdalammembangunkankerajaannya.WalaupunbegituPengasasan Melaka yang dilakukanolehparamiswarapadasekitartahun 1400 akhirnyatelahtumbang di tanganPortugispada 10 Ogos 1511 apabilaangkatantenteraPortugistelahmenyerangkerajaan Melaka selama 10 haridanberjayamenawan Melaka. Seranganportugisiniadalahdisebabkankekayaan Melaka denganbahanrempah yang dijadikansebagaipusatpengumpulanrempah yang bermututinggi.[footnoteRef:71]Selepaskejatuhankerajaan Melaka makatimbullahbeberapakerajaanbaru yang jugamerupakanwarisandaripadakerajaan Melaka itusendiri.Antaranyaadalahkerajaanjohor yang akhirnyadikenalisebagaisebuahempayarjohor.[footnoteRef:72] [71: Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. (1983) Sejarah Malaysia.Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hal. 63.] [72: ZainalAbidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia WarisandanPerkembangan, DewanBahasadanPustaka Kuala Lumpur, hlm 85.BIBLIOGRAFI1) ZainalAbidin Abdul Wahid, (1996) Malaysia WarisandanPerkembangan, DewanBahasadanPustaka Kuala Lumpur.2)Andaya, B.W danAndaya, L.Y. (1983) Sejarah Malaysia. Macmillan Publishers (M) Sdn. BhdPetaling Jaya.3) Muhammad Yusuf Hashim (1989) KesultananMelayu Melaka, , DewanBahasadanPustaka Kuala Lumpur.4) Abdul Rahman Haji Ismail (2005) Malaysia SejarahKenegaraandanPolitik, DewanBahasadanPustaka Kuala Lumpur.5) R.B, Smith and W,Watson (1976) Early South East Asia, New York.6) W.G. Shellabear, 1977, Sejarah Melayu, Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.7) Ismail Hamid, (1985) Peradapan Melayu dan Islam, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya.8) Mahayudin Haji Yahaya, (2001) Islam di AlamMelayu,DewanBahasadanPustaka Kuala Lumpur.9) FauziBasri, (1986) Cempaka Sari: SejarahKesultananNegeri Perak, Yayasan Perak, Ipoh.10) J.M Gullick, (1998)SistemPolitikBumiputeraMelayu Barat (terjemahan) DBP, Kuala Lumpur.11) HarunDaud, (1989) SejarahMelayu, SatuKajianDaripadaAspekPensejarahanBudaya, DBP, Kuala Lumpur.12) KassimThukiman, (2002) Malaysia PerspektifSejarahdanPolitik, UTM Skudai Johor.13) Abdul Halim Abdul Rahman et.al,(1998) Malaysia Kita , (INTAN), Kuala Lumpur. 14) Wolters, O.W., (1967) Early Indonesian Commerce: A Study of the Origins of Srivijaya, Ithaca, New York.15) Raja Mohd. Affandi. (1974). Tokoh-Tokoh Melayu Yang Agung Dalam Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.16) Dr. Ismail Hamid. (1986). Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu. Kuala Lumpur: Heineman (Malaysia) Sdn. Bhd.17) Dari Wikipedia Indonesia. http//: www.wikipedia.com]