Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie...
Transcript of Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie...
- 1 -
Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie di Malaysia*
Dr. Azhari bin Mohamed
Ahli Panel Pakar Falak JAKIM / Timbalan Yang DiPertua, Persatuan Falak Syari’ Malaysia (PFSM) /
Naib Presiden Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) / Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia I
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Kuala Lumpur
[email protected] https://www.jupem.gov.my
Tel: +603 2617 0800 Fax: +603 2691 7457
Abstrak
Falak merupakan antara bidang ilmu yang terpenting dalam Islam. Sejak kebelakangan ini, terdapat perkembangan pesat dan minat yang tinggi terhadap ilmu falak di Malaysia. Justeru, khalayak yang mengendalikan ilmu falak perlu dipertingkat bagi memastikan ianya dapat memberi sumbangan dan manfaat yang besar kepada umat Islam. Keupayaan
mengurus dan menyampaikan maklumat falak yang benar juga perlu selari dengan peredaran masa, selain tuntutan tinggi terutama dari sudut syarak dan saintifik. Ia sejajar dengan keperluan bagi umat Islam untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti keagamaan dan sosial yang semakin meningkat dengan lebih yakin, lebih-lebih lagi dari segi penentuan hala kiblat, perhitungan waktu solat dan penetapan tarikh bulan hijriah.
Kertas kerja ini, antara lain, menetengahkan peranan Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM) sebagai agensi penasihat teknikal kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam bidang falak dan astronomi. Ianya turut membincang mengenai beberapa isu semasa berkaitan falak dan mengupas secara ringkas serta berkongsi beberapa kaedah penyelesaian yang bersesuaian.
* Berdasarkan kertas kerja bertajuk ‘Peranan JUPEM Dalam Permasalahan dan Isu-isu Falak di Malaysia’ yang telah dibentangkan semasa Seminar Falak
Nusantara 2018 yang telah diadakan di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) pada 17 - 18 Oktober 2018
- 2 -
1.0 PENGENALAN
Ilmu falak terbina diatas rasa kagum dan ingin tahu masyarakat purba mengenai langit
malam - perubahan langit serta perkaitannya dengan kehidupan seharian manusia.
‘Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga)
pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? Dan di langit terdapat (sebab-
sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu’
Surah adz-Dzaariyaat Ayat 20-22
Istilah falak berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud garis edar (orbit).
‘Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari
keduanya itu beredar di dalam garis edarnya’
Surah Al Anbiyaa’ Ayat 33
Bagaimanapun, definasi falak dalam konteks masakini boleh diberikan takrifan sebagai
ilmu yang membincangkan mengenai pergerakan jasad-jasad samawi. Ia terhasil daripada
gabungan beberapa disiplin seperti ilmu ukur, matematik, fizik, sejarah, sosiologi dan
keagamaan. Dan apabila ilmu falak ini dikaitkan penggunaannya dengan perlakuan ibadat,
maka lahirlah istilah ilmu falak syarie. Dalam erti kata mudah, ilmu falak syarie mencakupi
antara lain perkara-perkara seperti pembentukan takwim tahunan, pencerapan hilal,
perhitungan waktu solat, penentuan hala kiblat dan pencerapan gerhana.
2.0 PERANAN JUPEM
Antara fungsi-fungsi utama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) adalah
menerbitkan produk falak dan astronomi termasuk jadual-jadual arah kiblat, waktu solat,
data rukyah hilal, takwim hijriah dan maklumat gerhana serta almanak falak syarie. JUPEM
di bawah pengawasan Panel Pakar Falak (dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa
Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan) berperanan menyediakan maklumat berkaitan falak
syarie untuk kegunaan resmi rakyat di negara ini. Ahli-ahli Panel dilantik setiap 2 tahun
sekali di mana ada yang dilantik melalui Jabatan dan Universiti manakala ada juga yang
dilantik secara perseorangan. Ianya adalah terdiri daripada pegawai berugama Islam dari
agensi-agensi yang terlibat secara langsung di bidang ini. Panel tersebut dipengerusikan
oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
3.0 ISU-ISU BERKAITAN FALAK SYARIE
3.1 Pembentukan Takwim Tahunan
"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan Nya manzilah-
manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan
perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia
menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Nya) kepada orang-orang yang mengetahui"
Surah Yunus Ayat 5-6
Hubungan di antara ilmu falak syarie dan penentuan awal bulan hijriah sudah tidak asing
lagi bagi umat Islam. Ianya amat penting dalam membentuk Takwim atau Kalendar dan
seterusnya untuk menentukan tarikh-tarikh penting seperti awal Ramadhan, Hari Raya
Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Asas astronomi bagi Takwim Islam iaitu Takwim Hijriah
adalah berdasarkan sistem qamariyyah di mana ianya berpandukan kepada peredaran
bulan mengelilingi bumi.
- 3 -
‘Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu
tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji’
Surah Al-Baqarah: 189
Takwim boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau sistem susunan masa
yang membahagikan tahun menjadi bulan, bulan menjadi minggu dan minggu menjadi
hari. Peranan Takwim didalam kehidupan manusia sejak berzaman adalah sangat penting.
Ia ibarat satu time planning mechanism yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan
keagamaan bagi membantu manusia mentadbir kehidupan seharian, termasuklah amalan-
amalan ketamadunan dan keagamaan. Samada ia di asaskan kepada kedudukan bulan
(seperti Takwim Hijriah) atau matahari (Kalendar Miladiah) atau kedua-duanya sekali
(Kalendar Cina dan Hebrew), manusia menggunakan Takwim bagi merancang, mengurus,
mengatur, mentadbir dan melaksanakan aktiviti-aktiviti hariannya, termasuklah perlakuan
ibadat keagamaan, perayaan, kebudayaan, pertanian dan sebagainya.
Menurut ilmu astronomi, perkiraan bulan baru dikatakan bermula ketika berlakunya waktu
ijtimak, sementara menurut ilmu falak syarie, perkiraan awal bulan baru Hijriah dikira
bermula selepas peristiwa ijtimak dengan ‘terlihatnya’ hilal di ufuk barat selepas matahari
terbenam.
3.1.1 Kriteria Imkanurukyah 1991
Bulan Hijrah bermula pada waktu maghrib (matahari terbenam) hari 'terlihatnya' hilal.
Kecanggihan teknologi dan perkiraan sekarang memungkinkan kita untuk membuat
perkiraan tentang kedudukan bulan dengan tepat. Bagaimanapun, samada hilal boleh
dilihat di sesuatu lokasi atau tidak agak sukar untuk dijangkakan.
Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca,
ketinggian bulan ketika maghrib, jarak lengkung bulan-matahari ketika maghrib, tempoh
masa antara matahari terbenam dan bulan terbenam, pencemaran udara, peralatan optik,
pencerap dan sebagainya. Oleh itu, kaedah ketetapan kriteria Imkanur Rukyah
(kebolehnampakan hilal) yang mengambilkira faktor-faktor tersebut digunakan bagi
menentukan permulaan bulan Hijriah. Kriteria ini boleh disesuaikan berdasarkan laporan-
laporan rukyah yang dibuat dari masa kesemasa.
Kriteria Imkanur Rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal bagi Penentuan
Permulaan Bulan Hijriah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan ketetapan:
Ketinggian hilal tidak kurang dari 5 ketika matahari terbenam; dan Jarak dari tengah bulan ke jisim matahari tidak kurang daripada 8 ketika matahari
terbenam.
- 4 -
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menerima pakai Deklirasi Istanbul
1978 dengan tambahan syarat alternatif:
Umur bulan tidak kurang dari 8 jam ketika hilal terbenam.
Pada 1 Jun 1992, bertempat di Labuan, Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama
Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersepakat untuk
mengubahsuai Kaedah Imkanur Rukyah yang sedia ada.
Kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah adalah:
Sebelum matahari terbenam, ijtimak telah berlaku 29 haribulan Hijriah dan
melalui perkiraan kewujudan hilal adalah positif serta dapat memenuhi
salah satu syarat-syarat berikut :
Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari 2 dan jarak tengah bulan ke jisim matahari tidak kurang dari 3
atau Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas
ijtimak berlaku).
Bagaimanapun, perbahasan mengenai kesesuaian KIR92 yang diterimapakai sehingga
sekarang masih berterusan, bukan sahaja di dalam Negara malah dipentas antarabangsa.
Penulis mendapati bahawa kaedah penetapan tarikh awal bulan Hijri tidak selari dengan
hukum sains dan tuntutan syarak. Kaedah yang diterima umum harus berdasarkan data
yang kukuh dan mengambilkira kelonggaran syarak puasa/raya. Kajian hilal harus juga
membezakan antara untuk tujuan penyelidikan/akademik dan tujuan ibadah.
Penulis juga mendapati bahawa penggunaan dua kriteria iaitu faktor geometri dan faktor
kematangan anak bulan bagi penentuan taqwim Islam adalah bercanggah dengan sains
dan seterusnya mencadangkan penggunaan satu parameter sahaja, tanpa diberi pilihan.
Selanjutnya, keputusan telah dibuat untuk mengkaji semula KIR92 dengan nilai yang baru
dan sehingga kini perkara ini masih dalam pertimbangan MABIMS. Secara ringkasnya,
sejarah evolusi kriteria tersebut adalah seperti berikut:
Kriteria
Imkanur
Rukyah dan
Tahun
Ketika Matahari terbenam
Ketika bulan
terbenam
Ketinggian
Bulan
Jarak dari
pusat Bulan ke
jisim Matahari
Umur Bulan
KIR78Istanbul 5 dan 8 -
KIR84MABIMS 5 dan 8 dan 8 jam
KIR92MABIMS 2 dan 3 atau 8 jam
*KIR16Malaysia 3 dan 5 -
*KIR16MABIMS 3 dan **6.4 -
*KIR16Istanbul 5 dan 8 -
* Masih di peringkat cadangan
** Jarak dari pusat Bulan ke pusat Matahari
- 5 -
3.1.2 Jarak Bulan ke Matahari
Jarak dari bulan ke matahari merupakan salah satu parameter daripada kriteria
imkanurukyah (KIR) yang digunakan di Malaysia. Sejak mula diperkenalkan di Istanbul
dan seterusnya diterimapakai di Malaysia dan negara-negara MABIMS, jarak ini adalah
daripada bulan ke jisim matahari atau lebih tepat daripada pusat bulan ke piring matahari
di ufuk ketika maghrib.
Penggunaan istilah Jarak Lengkung/Elongation/Sudut Elongasi/Jarak Sendeng dalam
konteks KIR yang merujuk kepada jarak dari titik tengah bulan ke titik tengah matahari
adalah salah, sepertimana dibangkitkan oleh penulis dalam tahun 2002, 2016 dan 2017.
- 6 -
Oleh itu, takrifan Jarak Lengkung hendaklah dikaji semula dan pembetulan perlu dibuat
kepada resolusi Muzakarah Rukyah dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS 2016 pada
2 - 4 Ogos 2016 “dari pusat bulan ke pusat matahari”. Istilah Jarak
Lengkung/Elongation/Sudut Elongasi/Jarak Sendeng perlu ditukar kepada “Jarak pusat
hilal ke jisim matahari” selaras dengan ketetapan Istanbul 1978 dan ketetapan KIR78,
KIR84 dan KIR91.
3.1.3 Tarikh Hari Raya Aidil Adha
Umum mengetahui bahawa polemik mengenai kaedah penetapan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha bukanlah sesuatu perkara yang baru. Malah, ianya berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di lain-lain Negara. Secara amnya, amalan menyambut Hari Raya Aidil Adha terbahagi kepada dua cara. Pertamanya, ia disambut sehari selepas hari Wukuf di Padang Arafah yang ditetapkan
melalui pengisytiharan oleh pihak Arab Saudi. Dari tahun 1977 hingga 1995, amalan ini dipraktiskan di Malaysia. Antara pendapat yang menyokong kepada amalan ini termasuklah bahawa Hari Raya Aidil Adha pada asasnya adalah untuk jemaah yang
sedang menunaikan fardhu Haji di Mekah dan oleh itu kita perlulah menyambut Hari Raya Aidil Adha secara serentak bersama-sama mereka;
atau Keduanya, ia disambut mengikut ketetapan tarikh 10 Zulhijjah yang dibuat melalui
penentuan tarikh kebolehnampakan hilal Zulhijjah. Sebenarnya di Malaysia, praktis ini telah digunapakai sejak sekian lama sehingga tahun 1977. Kita mengamalkannya
semula dalam tahun 1995 sehingga sekarang selepas melalui beberapa siri Muzakarah dan kajian. Ianya dibuat dengan berpegang kepada pendapat bahawa asas penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha tidak seharusnya berbeza dengan kaedah penetapan tarikh awal Ramadhan, Syawal serta bulan-bulan Hijriah yang lain dan hendaklah dibuat menggunakan asas yang sama, iaitu rukyah dan hisab.
Bermula 1996, Malaysia menyambut Aidil Adha pada 10 Zulhijjah, dan tidak lagi sehari
selepas wukuf di Padang Arafah. Ini berdasarkan kepada justifikasi berikut, antaranya:
o Ibadat Haji telah difardhukan dalam tahun 6 Hijrah.
‘ Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu
dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang
jauh supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama
Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa
binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk
dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.’
Surah Al Hajj ayat 27-28 Manakala, Hari Raya Aidil Adha telah mula disambut dalam tahun 1 Hijrah di
Madinah.
‘ Dari Anas r.a. berkata: Setelah Rasulullah S.A.W. tiba di Madinah, di dapati bagi orang-orang Madinah ada dua hari mereka bermain-main. Maka Rasulullah S.A.W. bertanya Aapakah dua hari ini?, mereka menjawab Kami bermain-main pada dua hari tersebut pada zaman Jahiliah. Sabda Rasulullah S.A.W. Bahawa sesungguhnya Allah Taala telah menukarkan kepada kamu hari yang lebih baik daripada keduanya iaitu Hari Adha dan hari Fitri ’
Hadis
- 7 -
Ibadat Haji juga terikat dengan tempat dan masa, iaitu di Mekah dan sekitarnya. Sambutan Hari Raya Aidil Adha pula boleh disambut pada hari-hari tertentu tetapi tidak terikat dengan tempat. Oleh kerana tidak ada kaitan diantara ibadat Haji dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha, maka boleh disimpulkan bahawa
penetapan tarikh rayanya tidak seharusnya bergantung kepada pengisytiharan hari Wukuf. Dengan sebab itu, Hari Raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, dan bukannya Hari Raya Haji bagi kita di luar Mekah.
o Hubungan diantara pergerakan bulan dengan Taqwim Islam adalah jelas. Demikian menurut ayat di bawah:
‘Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui’
Surah Yunus ayat 5-6
Allah menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hilal dan waktu berhaji:
‘Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu
tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji’
Surah Al-Baqarah ayat 189
Hadis Nabi juga menjelaskan tentang hari Wukuf di Padang Arafah pada 9
Zulhijjah:
‘Bahwa Rasulullah saw menyuruh seseorang buat menyerukan: “Haji itu ialah Arafah!
Barangsiapa datang pada malam tanggal sepuluh sebelum fajar terbit, bererti ia telah mendapatkan
Arafah”.’
Hadis riwayat Ahmad dan Ashhabus Sunan dari Abdurrahman
bin Ya’mur ( Fikih Sunnah )
o Malaysia berada di timur Mekah dan terpisah dengan 5 Zon Waktu. Ini bermakna
bahawa waktu di Malaysia mendahului waktu di Mekah sebanyak +5 jam. Dalam kata lain, jam 12.00 tengahari di Mekah adalah bersamaan dengan jam 5 petang
Hari Raya
Aidil Adha
ISNIN SELASA RABU
+5 jam
+5 jam
8.00 pg
Mekah
Malaysia
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
4.00
petang
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
4.00
petang
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
4.00
petang
12.00
tgh mlm
8.00
pagi
SOLATSOLATTAKBIRTAKBIR
SOLATSOLATW U K U F
(1.00 tgh - 7.00 pagi)
W U K U F
(1.00 tgh - 7.00 pagi) KORBANKORBAN
Hari Wukuf
KORBANKORBANKORBAN
ISNIN SELASA RABU
TAKBIRTAKBIR
- 8 -
di Malaysia. Sekiranya kita berpegang kepada kaedah penetapan Hari Raya Aidil Adha berdasarkan kepada sehari selepas Wukuf, maka akibat daripada perbezaan zon waktu ini, ibadat-ibadat seperti laungan takbir Raya, solat sunat Aidil Adha serta ibadat korban yang dilakukan di Malaysia sebenarnya telah mendahului
ibadat-ibadat yang sama di Mekah.
o Selain daripada perbezaan Zon Waktu, Malaysia dan Mekah juga terpisah dengan jarak sejauh 1700 km. Dalam era globalisasi dan internet seperti masakini, faktor geografi bukanlah satu isu besar. Bagaimanapun, sekiranya kita kembali semula kepada zaman 1,429 tahun dahulu, sementelah 200 tahun dahulu, keadaan tidak akan memungkinkan umat Islam untuk bertukar-tukar apa jua maklumat dengan
pantas – keterbatasan teknologi, pengangkutan serta komunikasi. Oleh itu, persoalan timbul mengenai bagaimana pengetahuan mengenai tarikh hari Wukuf boleh disampaikan kepada semua umat Islam di segenap pelusok dunia untuk merayakan Aidil Adha sekiranya itulah tuntutan syarak. Ini tentulah menjadi masalah besar bagi umat Islam, malah mustahil untuk diikuti, melainkan tarikh raya tersebut ditetapkan dengan penentuan awal bulan Zulhijjah dan seterusnya 10 Zulhijjah. Oleh sebab itu, adalah tidak menjadi keterlaluan sekiranya dianggap bahawa kaedah penetapan Hari Raya Aidil Adha sehari selepas Wukuf bagi umat Islam di luar Tanah Arab adalah satu ‘fatwa’ baru yang direka dan yang tiada mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sunnah.
o Perayaan Hari Raya Aidil Adha yang ditetapkan sehari selepas hari Wukuf supaya
serentak dengan para jemaah Haji disifatkan sebagai melambangkan penyatuan Ummah. Sekiranya pendapat ini boleh dijadikan pegangan, maka mengapa tidak
diperluaskan kepada ibadat solat untuk dilakukan secara serentak juga!
o Penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha pada masa kini sudah tidak menjadi isu lagi dan ianya sudah lama selesai. Perkara ini telah pun dibincang serta dibahas dengan panjang lebar dan telah menjadi salah satu daripada resolusi Islamic Fiqh Academy yang diadakan dari 11 hingga 16 Oktober 1986 di Jordan. Resolusi ini
telah membuat ketetapan dan memutuskan agar semua negara Islam
menentukan permulaan bulan hijriah termasuk Zulhijjah menggunakan asas
yang sama bagi Aidil Fitri dan Aidil Adha.
o Pada 16 Jun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-167 telah bersidang dan bersetuju, antara lainnya, agar penentuan Hari Raya Aidil Adha (sehari selepas wukuf di Padang Arafah) dipinda kepada penentuan berdasarkan Ktiteria Imkanur-Rukyah. Keputusan ini dicapai setelah ianya dibincang dan dibahaskan diperingkat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Pertemuan MABIMS, Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya serta Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Oleh itu, kita perlulah mengikut ketetapan awal puasa dan raya seperti mana yang dibuat oleh pihak pemerintah.
“ Hai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasulmu dan Ulil Amri di kalangan kamu ”
59 dalam Surah Al-Nisa
Dalam tahun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167 telah berkenan supaya
Malaysia merayakan Aidil Adha pada 10 Zulhijjah dan tidak lagi mengikut sebagaimana
ketetapan sehari selepas hari Wukuf di Padang Arafah.
Manakala pada tahun 1996, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam telah mengesyorkan
kaedah Imkanur Rukyah agar diperluaskan bagi penentuan kesemua bulan-bulan Hijriah
sebagai asas kepada Takwim Islam Malaysia. Justeru, mulai tahun 1996, kesemua bulan-
bulan Hijriah ditentukan melalui ketetapan kriteria Imkanur-Rukyah.
- 9 -
3.1.4 Tarikh Puasa Hari Wukuf
Lanjutan daripada paragraf 2.1.2 diatas serta justifikasi penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha pada 10 Dzulhijjah, maka tarikh puasa hari wukuf adalah pada 9 Dzulhijjah bagi umat Islam yang berada di luar Tanah Haram Mekah yang tidak mengerjakan ibdat haji.
3.1.5 Status Imej Hilal Yang Diproses
Hilal yang dicerap akan diusahakan untuk dirakam menggunakan kamera DSLR sebagai
salah satu daripada pembuktian kenampakan. Ada ketika di mana imej hilal yang diambil
sebaik sahaja ia berjaya dikesan melalui teleskop. Ada juga berlaku keadaan di mana hilal
tidak kelihatan melalui teleskop, namun ianya hanya ‘timbul’ apabila imej tersebut
diproses menggunakan perisian tertentu. Dalam hal ini, keputusan samada imej hilal yang
diproses diterima dan boleh disabit kenampakannya atau sebaliknya masih belum dibuat.
- 10 -
Secara ringkasnya, isu-isu berkaitan pembangunan taqwim Islam dan statusnya adalah
seperti dalam jadual di bawah.
Bil. Isu Telah Selesai
Belum Selesai
1. Kriteria imkanurukyah 1992 ×
2. Jarak bulan ke matahari ×
3. Tarikh hari raya Aidil Adha √
4. Tarikh puasa hari wukuf √
5. Status imej hilal yang diproses ×
3.2 Perhitungan Waktu Solat
‘. . . Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang
beriman.’
Surah An-Nisaa’ Ayat 103
Antara sebab yang paling utama umat Islam terdahulu perlu mendalami ilmu falak adalah
bagi tujuan penentuan masa. Terdapat banyak perlakuan ibadat yang terikat dengan
masa, antaranya berpuasa, berhaji, berzakat dan tidak ketinggalan bersolat lima waktu.
Menunaikan solat dalam waktu yang ditetapkan merupakan salah satu daripada syarat
sah solat. Oleh sebab itu, pengetahuan mengenai masuk dan berakhirnya waktu-waktu
solat amat penting untuk memastikan kesempurnaan ibadat ini.
‘Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu
sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di
malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.’
Surah Thaha Ayat 130
Imej Hilal Ramadan 1440H yang dirakam oleh En. Muzamir di
Teluk Kemang pada 5 Mei 2019 dan dilakukan contrast
adjustment
- 11 -
Daripada Abdullah ibni Amru bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Waktu Zohor bermula apabila
gelincir matahari sehingga panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek tersebut.
Waktu Asar bermula apabila panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek pula
sekiranya matahari belum kekuningan. Waktu Maghrib bermula apabila matahari kekuningan dan
berakhir apabila hilangnya cahaya mega merah (syafak ahmar). Dan waktu Isyak bermula apabila
hilang syafak ahmar sehingga tiga perempat malam. Waktu Subuh bermula dari terbitnya fajar dan
berakhir apabila terbit matahari. Apabila telah terbit matahari maka dilarang mendirikan solat.
Bahawa terbitnya di antara dua tanduk syaitan’
Hadis riwayat Muslim
Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan secara matematik bahawa:
Maghrib : apabila keselurohan cakera matahari telah terbenam di ufuk
barat dengan mengambilkira factor biasan
Isyak : apabila mega merah (syafak) hilang di ufuk barat (pusat
matahari berada 18° dibawah ufuk barat)
Suboh: Dari terbit fajar saddiq (pusat mh berada 20° dibawah ufuk
timur) hingga terbit matahari (apabila cakera matahari
mula menyentuh ufuk)
Zohor : apabila matahari gelincir sebanyak jejarinya melintasi
meridian samawi tempatan
Asar : apabila bayang tiang adalah sama dengan panjang tiang
campur bayang tiang ketika transit matahari
3.2.1 Nilai tempoh ihtiati dalam hitungan waktu solat
Sumber: http://mabbim.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/04/syariah.pdf
Nilai tempoh ihtiati bagi waktu solat perlu kajian semula bagi mendapatkan nilai yang
lebih realistik dan seragam, bersesuaian dengan perkembangan semasa dan
kemajuan teknologi terkini.
- 12 -
3.2.2 Paparan jadual waktu solat
Hari dalam Islam bermula lebih awal, iaitu ketika terbenamnya matahari atau maghrib,
manakala dalam kalendar Miladiah, ianya bermula daripada waktu tengah malam.
Paparan jadual waktu solat yang dipraktis pada masa kini tidak mencerminkan
perbezaan diantara kedua-dua kalendar tersebut, oleh itu ianya adalah kurang tepat.
Dalam paparan jadual waktu solat sediada, sebagai contoh, Maghrib dan Isya’ pada
2 J’akhir 1425H adalah kepunyaan 19 Julai 2004 (bukannya 20 Julai 2004), manakala
Subuh hingga Asar adalah kepunyaan 20 Julai 2004.
Oleh itu, penulis telah mencadangkan dalam tahun 2004 agar paparan jadual perlu di
format semula seperti berikut:
3.2.3 Waktu solat bagi zon yang bersebelahan
Waktu solat bergantung rapat dengan kedudukan atau lokasi seseorang yang hendak
menunaikan solat. Secara tiorinya, waktu solat bagi seseorang yang berada di lokasi di
timur adalah lebih awal dari seseorang yang berada di barat.
Konsep zon waktu solat diperkenalkan untuk memudahkan penyeragaman di dalam
penyediaan jadual waktu solat. Prinsipnya ialah penggabungan semua lokasi kedalam satu
zon yang mempunyai waktu solat tidak melebihi dua (2) minit antara satu dengan yang
lain. Manakala kawasan tinggi dan pulau pula masing-masing diwujudkan zon secara
bersendirian. Di dalam kedua-dua kes tersebut, titik rujukan yang paling barat dalam zon
yang sama digunakan untuk pengiraan waktu solat. Mengikut statistik tahun 1996,
terdapat 66 zon waktu solat seluruh Malaysia.
Bagaimanapun, pemakaian zon waktu solat telah menimbulkan masalah baru,
terutamanya bagi zon-zon yang bersebelahan oleh kerana waktu solat yang berbeza dua
(2) minit. Contohnya ialah Bandar Tampin yang terletak di persempadanan antara Melaka
dengan Negeri Sembilan.
- 13 -
Oleh itu, penulis mencadangkan jadual waktu solat yang menggunakan konsep zon
dilengkapi juga dengan maklumat pembetulan waktu solat bagi setiap daerah. Dengan
cara ini, kedua-dua daerah yang masing-masing berada berbelahan di dalam zon yang
berlainan akan mempunyai nilai waktu solat yang sama.
- 14 -
3.2.4 Waktu syuruk dan solat maghrib di bangunan/tempat tinggi
Salah satu pembetulan yang perlu diberikan di dalam pengiraan waktu solat, selain
pembetulan semi-diameter matahari dan biasan, ialah junaman ufuk. Pembetulan
junaman ufuk penting kerana ia mengambilkira ketinggian sesuatu tempat kerana
mempunyai ufuk ketara yang berbeza dengan ufuk benar, berbanding dengan tempat
yang lebih rendah. Ini mengakibatkan waktu solat dan waktu syuruk bagi tempat yang
tinggi lebih lewat.
Pembetulan junaman ufuk perlu diberikan bagi waktu solat dan syuruk melibatkan
bangunan tinggi melebihi 20 meter. Bagaimanapun, bagi kawasan tinggi yang mempunyai
dataran yang lebar dan luas memerlukan kajian lanjut untuk mengenalpasti kelebaran
atau keluasan jarak ke ufuk sebelum keputusan samada ia layak untuk diberi pembetulan
junaman ufuk atau tidak.
- 15 -
3.2.5 Definisi matematik waktu solat subuh dan isyak
Pengetahuan mengenai kedudukan matahari adalah sangat penting di dalam pengiraan
waktu solat. Waktu Subuh dikatakan bermula dari terbit fajar saddiq di ufuk timur,
manakala waktu Isyak pula bermula apabila mega merah (syafak) hilang di ufuk barat.
Di Malaysia, kriteria penentuan waktu bagi solat Subuh dan Isyak mengikut tafsiran
astronomi adalah masing-masing berdasarkan nilai sudut matahari di bawah ufuk
sebanyak 20 dan 18 (manakala bagi negeri Kelantan adalah 19 dan 17).
Namun, ketepatan nilai-nilai ini telah dipertikaikan dan disyakki tidak selaras dengan
maksud nas-nas syarak serta pandangan jumhur ulama di dalam kitab-kitab fiqh
muktabar. Kajian lanjut keatas nilai sebenar sudut matahari perlu dijalankan melalui
pencerapan kecerahan langit agar mematuhi kehendak syarak seperti yang telah
ditetapkan.
3.2.6 Waktu solat di angkasa lepas
Pelaksanaan ibadah di angkasa lepas telah menjadi isu, lanjutan daripada pengumuman
oleh pihak Kerajaan dalam tahun 2003 untuk menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa
Antarabangsa (ISS). Hakikatnya adalah ISS mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dalam
tempoh sehari, dan menjadikan seseorang itu perlu mendirikan solat sebanyak 80 kali
setiap 24 jam! Beberapa cadangan telah dibincangkan semasa Seminar Islam dan
Kehidupan di Angkasa yang telah dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 25-26 April 2006.
Penulis telah mencadangkan supaya pengiraan waktu solat di angkasa lepas
menggunakan kaedah penyelesaian di kawasan abnormal. Dalam hal ini, Majlis Syariah Islam, Rabitah al-Alami al-Islami dalam tahun 1982 telah memutuskan bahawa bagi kawasan yang mengalami siang dan malam secara berterusan, contohnya di Kutub, jadual waktu solat kawasan yang terhampir yang siang dan malamnya dapat dibezakan boleh digunakan. Manakala bagi kawasan yang senja didapati bercantum dgn fajar (masalah
- 16 -
bagi Isyak/Suboh), jadual waktu solat terakhir musim sebelumnya yang normal (mega merah dan fajar sadiq boleh dibeza) boleh digunakan. Oleh itu, memandangkan keadaan ISS menepati keadaan ini, penulis telah mencadangkan agar jadual waktu solat bagi angkasawan Muslim di ISS menggunakan jadual waktu solat di Baikonur, Russia iaitu
tempat berlepasnya roket ke angkasa lepas, melalui perisian COSMOS (Computation Of Solat-times for Muslims in Outer Space).
Setelah mengambilkira semua pandangan, JAKIM telah memutuskan bahawa angkasawan Muslim akan mendirikan ‘lima waktu solat dalam tempoh 24 jam (1 hari di bumi) menggunapakai waktu solat tempat berlepas angkasawan’.
3.2.7 Waktu solat dalam pesawat
Satu persoalan yang sering timbul dikalangan pengembara dalam penerbangan adalah
bila dan berakhirnya waktu untuk bersolat. Isu timbul kerana waktu solat di dalam
penerbangan berkait rapat dengan tiga (3) entiti, iaitu arah, kelajuan dan ketinggian kapal
terbang, arah pusingan bumi serta arah pergerakan matahari. Ini memberi kesan kepada
kesulitan di dalam pengiraan waktu solat.
- 17 -
Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) telah
memulakan satu inisiatif di dalam kajian
waktu solat dalam penerbangan jarak jauh
melalui kolaborasi di antara saintis dan
ulama tempatan.
Perisian MyMuwaqqit dijangka akan
dipasang kedalam InFlight Entertainment
System di semua pesawat MAS A350 secara
percuma setelah semua perbincangan
dengan semua pihak berkaitan
dimuktamadkan dalam masa terdekat.
3.2.8 Waktu solat dalam kapal selam
Pada tahun 2002, Kerajaan Malaysia dan pembuat kapal Perancis, Armaris telah
menandatangani kontrak pembelian dua (2) buah kapal selam, kini dikenali sebagai KD
Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Memandangkan kapal selam ini akan berada
lama di bawah laut berbanding dengan di permukaan, isu timbul berkaitan dengan
pengiraan waktu solat.
Setelah melalui beberapa siri perundingan, diputuskan bahawa kordinat bagi tujuan
pengiraan waktu solat akan menggunakan lokasi di permukaan laut di mana kapal selam
itu berada.
Scorpene
- 18 -
Secara ringkasnya, isu-isu berkaitan penentuan waktu solat dan statusnya adalah
seperti dalam jadual di bawah.
Bil. Isu Telah Selesai
Belum Selesai
1. Nilai tempoh ihtiati dalam hitungan Waktu Solat √
2. Paparan Jadual Waktu Solat ×
3. Waktu solat bagi zon yang bersebelahan ×
4. Waktu syuruk dan solat maghrib di bangunan/tempat tinggi
×
5. Definisi matematik waktu solat suboh dan isya’ ×
6. Waktu solat di angkasa lepas √
7. Waktu solat dalam pesawat √
8. Waktu solat dalam kapal selam √
3.3 Penentuan Hala Kiblat
Kiblat merupakan pusat dan hala tumpuan bagi umat Islam untuk menyempurnakan
sesuatu ibadat. Pengetahuan mengenai hala kiblat diperlukan apabila melaksanakan
perlakuan ibadat dan aktiviti harian tertentu.
‘Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mendirikan solat) maka hadapkan mukamu kearah Masjidil Haram (Kaabah) dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu kearahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan nagi orang yang menyalahi kamu kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasannya)”. Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)’
Surah Al-Baqarah Ayat 150
Berikut adalah beberapa definasi hala kiblat:
Ibn al-Haitham: ‘The qibla is the direction such that when a human observer faces
it, it is as if he is looking at the diameter of the earth passing through the Kaaba. And
the ray coming out of his eye in that direction is in the plane of the great circle passing
in the direction of his zenith and the point corresponding to [the zenith of] Mecca’
King: ‘The qibla at any locality is defined as the direction to Mecca along
the great-circle on the terrestrial sphere’
Al-Razi: ‘The qibla direction is the intersection point between the circle of
horizon and the great circle passing in the direction of our zenith and
Mecca’s zenith. The qibla angle is the arc on the circle of horizon between
the qibla direction and the meridian of our city; and [the angle] between
the qibla direction and the equinoctial sunset point [ie. west] is the
complement of the qibla angle.
- 19 -
Bagi sesetengah ibadat, mengadap kiblat adalah wajib manakala bagi aktiviti harian
tertentu, ianya adalah sunat dan ada juga yang makruh (dan mungkin juga haram!).
Antaranya termasuklah:
Mendirikan solat (wajib mengadap Kiblat) Sebelum memulakan tawaf (mengadap kearah Hajarul Aswad di Kaabah) Melakukan tawaf keliling Kaabah (bahu kiri menjurus ke Kaabah) Meletak jenazah atas katil (arah kaki mayat menghala ke Kiblat) Menyempurnakan kedudukan jenazah dalam liang lahad (mayat di posisikan agar
mengiring sebelah kanan dan mengadap Kiblat) Mengambil wuduk (sunat mengadap Kiblat)
Mendiri masjid, surau dan lain-lain tempat peribadatan Islam (musolla) Menyembelih binatang (penyembelih menghadap dan binatang mengiring kearah
Kiblat) Berdoa (sunat dan afdal mengadap Kiblat) Membaca Al-Quran (sunat mengadap Kiblat) Tidur (sunat kepala menghala ke Kiblat atau dalam kedudukan jenazah dalam
kubur) Melaungkan azan Melakukan sujud syukur Melakukan sujud sajdah atau tilawah (as-Sajdah (15), al-A‘raaf (206), ar-Ra‘d (15),
an-Nahl (49), al-Israa‘ (107), Maryam (58), al-Haj (18), al-Furqaan (60), al-Naml (25), Fussilat (38), al-‘Alaq (19) dan an-Najm (62))
Memulakan pemakaian kain ihram (sunat mengadap Kiblat)
Melakukan ‘aktiviti bersama’ suami/isteri Menunaikan qadh’ hajat (ditegah mengadap atau membelakangkan Kiblat) Berlunjur kaki (ditegah menghala ke Kiblat) Berludah (ditegah menghala ke Kiblat)
3.3.1 Had Pesongan Hala Kiblat
Umum mengetahui bahawa perbezaan
kiblat sebanyak 1 darjah akan memberi
kesan pesongan jarak sejauh 124km.
Terdapat beberapa cadangan yang telah
dibincang dalam usaha menetapkan had
pesongan hala kiblat, termasuk
membezakan had mengikut taraf
premis seperti masjid, surau dan
kediaman.
Keputusan JK Fatwa Majlis Kebangsaan
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia adalah seperti berikut:
3
Sumber: https://www.fatwa.my/community.php?tid=250
3⁰
- 20 -
3.3.2 Hala Kiblat di Angkasa Lepas
Salah satu daripada cadangan menarik untuk
menyelesaikan masalah kiblat di angkasa lepas ialah
penggunaan kerusi kiblat yang dilengkapi dengan
mekanisma yang membolehkan ianya dihalakan
kepada kiblat secara berterusan dan automatik.
Bagaimanapun, ianya didapati tidak praktikal untuk
dilaksanakan.
Berikut adalah keputusan berkaitan hala kiblat di
angkasa lepas:
Secara ringkasnya, isu-isu berkaitan penetapan hala kiblat dan statusnya adalah seperti
dalam jadual di bawah.
Bil. Isu Telah Selesai
Belum Selesai
1. Had pesongan hala kiblat √
2. Hala kiblat di angkasa lepas √
3.4 Peristiwa Gerhana
‘Dan janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, dan sujudlah kepada Allah yang menjadikan
keduanya’
Surah As Sajdah ayat 37
Peristiwa gerhana merupakan salah satu daripada banyak keajaiban alam yang ditawarkan
oleh langit. Samada ianya adalah gerhana matahari (akibat sekatan cahaya matahari
daripada sampai ke bumi oleh bulan) atau gerhana bulan (akibat daripada bayang bumi
menimpa permukaan bulan), fenomena ini tidak pernah gagal menarik perhatian manusia
untuk menjalankan cerapan dan kajian.
Sumber: http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/ Garis-Panduan-Pelaksanaan-Ibadah-Di-ISS.pdf
- 21 -
Menurut sejarah Islam, terdapat tiga kejadian gerhana yang boleh dianggap sebagai
signifikan. Pertamanya dalam tahun ketika Nabi Muhammad s.a.w. lahir di Mekah yang
lebih dikenali sebagai Tahun Gajah (569-570M).
‘Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?
Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan
Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan
batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang
dimakan (ulat)’
Surah Al Fiil ayat 1-5
Tahun ini dinamakan sedemikian kerana mengambil sempena pencerobohan oleh tentera
bergajah yang diketuai oleh Abrahah untuk merobohkan Kaabah. Selain daripada dua
insiden besar ini, Tahun Gajah juga menyaksikan berlakunya gerhana matahari penuh.
Keduanya, sewaktu anak kecil Rasulullah s.a.w., Ibrahim meninggal dunia pada 22 Januari
632M, gerhana matahari cincin telah berlaku pada hari tersebut. Ketika itu ramai orang
mendakwa bahawa matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana, hinggakan mereka
berkata: Gerhana matahari kerana matinya Ibrahim. Rasullulah SAW telah menyangkal
kepercayaan tersebut melalui sabdanya:
‘Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi tanda (dalil) dari dalil-dalil adanya Tuhan
dan kekuasaanNya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang, dan tidak pula kerana
hidupnya seseorang maka apabila kamu lihat keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada
Allah, dan sembahyang sampai habis gerhana itu’
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Fenomena gerhana matahari ketiga yang dikaitkan dengan sejarah Islam berlaku 39 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Gerhana matahari cincin telah berlaku dalam zaman pemerintahan Mu’awiyah dalam tahun 661M ketika usaha sedang di jalankan untuk memindahkan mimbar Rasulullah s.a.w. yang terletak di Madinah untuk di bawa ke Damascus, Syria, selaras dengan statusnya sebagai pusat pemerintahan Bani Umayyah. Akibat daripada berlakunya gerhana pada hari tersebut yang ditafsirkan sebagai satu amaran, hasrat itu telah dibatalkan. Maka mimbar itu dibiarkan kekal di Madinah.
- 22 -
Pada masakini, ahli-ahli falak dan para penyelidik melaksanakan pemerhatian gerhana dengan tujuan-tujuan, antaranya seperti berikut:
Menyemak kedudukan bulan baru dan waktu ijtimak (ketika gerhana matahari) dan kedudukan bulan fasa suku kedua atau bulan purnama (ketika gerhana bulan).
Peristiwa ini boleh dianggap sebagai ‘a self-correcting mechanism’ kepada semakan Taqwim Islam
Mengkaji fasa-fasa gerhana (sentuhan pertama, kedua, maksimum, ketiga dan keempat)
Merakam gambar dan video gerhana Memahami fenomena Baily’s Beads, Shadowy effect, Diamond Ring, kromosfera,
prominens dan korona matahari
Photosfera: permukaan mh yang bersinar
Kromosfera: lapisan nipis yang menyelaputi permukaan mh,
hembusan gas panas mh beribu km tingginya
Prominens: rembesan lidah api mh
Korona: lapisan cahaya biru yang mengelilingi mh
Menjalankan cerapan keatas bintang dan planet ketika gerhana matahari Menilai kesan terhadap keadaan persekitaran (suhu, tekanan udara, cahaya, paras
air laut, kelajuan angin, graviti dsb) Mengkaji kesan keatas hidupan flora dan fauna sebelum, semasa dan selepas
gerhana matahari
Mengadakan eksperimen-eksperimen tertentu Meningkatkan keimanan melalui penghayatan kebesaran dan keagongan Allah
S.W.T., sekaligus menghindarkan aliran apa-apa kepercayaan karut-marut yang sering dikaitkan dengan gerhana
Selain daripada perkara-perkara di atas, umat Islam dianjurkan untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti kerohanian iaitu sembahyang sunat khusuf (gerhana bulan), atau kusuf (gerhana matahari) serta mendengar khutbah mengenainya. Namun terdapat persoalan mengenai keperluan mengadakan solat sunat tersebut oleh kerana gerhana mempunyai fasa-fasanya yang tersendiri serta jenisnya disamping nilai peratus tutupan bayang yang berbeza.
Status berkaitan keperluan mendirikan solat sunat gerhana adalah seperti di jadual
dibawah.
Bil. Isu Telah Selesai
Belum Selesai
1. Keperluan mendirikan solat sunat gerhana khusuf
dan kusuf dengan jenis gerhana (peratus cahaya,
umbra, penumbra, gerhana separa, gerhana
penuh dsb)
×
- 23 -
3.5 LAIN-LAIN ISU
Bil. Isu Telah Selesai
Belum Selesai
1. Matahari mengelilingi bumi ?
2. Bumi rata (Flat earth) ?
3. Bulan mengelilingi Kaabah ?
4. Matahari terbit di barat ?
5. Makhluk asing ?
6. UFO ?
7. Pendaratan manusia di bulan ?
4.0 SYOR DAN KESIMPULAN
• Sebahagian besar isu-isu falak syarie yang dibentangkan merupakan isu-isu
lama yang ditimbul dan dikitarkan semula oleh sesetengah pihak yang tidak
mengikuti permasalahan dari awal. Kebanyakannya telah selesai, namun
begitu, sebahagian daripadanya memerlukan kajian semula.
• Pengamal ilmu falak syarie perlu mempelajari dan memahami isu-isu
kontemporari supaya masyarakat awam jelas.
• Isu-isu boleh diselesaikan melalui perbincangan teknikal dan syariah.
• Disarankan supaya Negara-negara anggota MABIMS membincangkan isu-isu
falak syarie dan berkongsi jalan penyelesaian.
• Perlukan dana untuk jalankan penyelidikan.
• PFSM mengalu-alukan kolaborasi dan penyelidikan dan sedia
mempertimbangkan permohonan dana sokongan.
• JUPEM akan terus memainkan peranan sebagai agensi teknikal kepada JAKIM
dalam bidang falak syarie.
- 24 -
DAFTAR RUJUKAN
Azhari bin Mohamed (2017) Terminologi Jarak Lengkung. Mesyuarat Panel Pakar Falak,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 29 Mac 2017 Azhari bin Mohamed (2012). Pembentukan Taqwim Hijriah dan Penetapan Puasa
Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Wacana Falak 2012, Anjuran Pejabat Mufti Negeri Sarawak dan JAKIM Sarawak, 3 Rejab 1433H / 24 Mei 2012M
Azhari bin Mohamed (2007) Syarat Kriteria Imkanurukyah: Perlukah Ada Dua Pilihan?
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, 21 Jun Azhari bin Mohamed (2007) Kaedah Penetapan Awal Bulan Islam di Malaysia: Antara
Mematuhi Hukum Sains dan Memenuhi Tuntutan Syarak. Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan 20 Tahun Persatuan Falak Syarie Malaysia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor, 13 - 14 Julai
Azhari bin Mohamed (2004) Ilmu Falak Syarie dan Anda. Bengkel Falak dan Muktamar
Persatuan Falak Syar’i Malaysia Kali ke 12, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 9 September
Azhari bin Mohamed (2004) Penentuan Arah Kiblat: Konsep dan Teori. Taklimat Falak
Syarie anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dan JUPEM Perlis, 27 Mei
Azhari bin Mohamed (2002) Sistem Waktu Solat dan Perhitungan. Kursus Asas Falak
Syarie anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor, 19-21 Ogos
Azhari bin Mohamed (2002) Jarak Lengkong Bulan-Matahari dan Perisian Rukyah93. Muzakarah Semakan Kriteria dan Penyelarasan Kaedah Perhitungan Bagi Taqwim Imkanur-Rukyah, 1 - 3 Ogos
Mustafa Din bin Subari, Mohd. Saupi Che Awang, Azhari bin Mohamed,
Baharrudin Zainal & Md. Adnan Md. Daud (2001) Kaedah Panduan Falak Syarie,
Terbitan Unit Falak, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pp57
Samad Abu, Azhari bin Mohamed, Mohd. Saupi Che Awang, Mustafa Din bin
Subari, Baharrudin Zainal & Md. Adnan Md. Daud (2001) Kaedah Penentuan Awal
Hijrah, Terbitan Unit Falak, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
pp65
Azhari bin Mohamed (1999) Fenomena Gerhana. Kursus Falak Syarie Anjuran INSTUN,
Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, 26 November
B.E. Schaefer (1994) Solar Eclipses That Changed the World, Sky & Telescope, May, p36-
39