Perkembangan Tulisan Jawi

download Perkembangan Tulisan Jawi

If you can't read please download the document

description

Slaid ini disediakan untuk mata pelajaran Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan untuk tajuk Perkembangan Sistem Ejaan Jawi (Sila rujuk Proforma BMM 3112) - PISMP Bahasa Melayu

Transcript of Perkembangan Tulisan Jawi

  • Sejarah aksara Jawi bermula pada 1303 M apabila teks bahasa Melayu ditulis dengan aksara Jawi pada Batu Bersurat Terengganu.Batu bersurat ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu kira-kira pada tahun 1899.Bahan bukti ini merupakan bahan bertulisan Jawi yang tertua.

  • Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.

  • Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

  • Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

  • Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan.Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 M.

  • Muka pertama

  • Muka pertamaRasulullah dengan yang arwah santabi mereka Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

  • Muka kedua

  • Muka keduaKeluarga di Benua jauh kan Datang berikan.keempat orang berpiutang. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas. Kelima derma barang orang....(mar)dika. Jangan mengmbil tugas buat temasnya. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu. Seratus ratun jika merdeka beristeri. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan. Pinggang dihambalang dengan batu matikan. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

  • Muka ketiga

  • Muka ketigaBujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia......... Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha).... Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil.... Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang)..... Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak.......... Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

  • Muka keempat

  • Muka keempat..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

  • Penemuan Batu Bersurat Terengganu sangat penting kerana membuktikan bahawa :Pertapakan Islam di Semenanjung bermula di Pantai TimurTulisan Jawi telah mula digunakan dalam bahasa MelayuBahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiranUndang-undang telah mula dirakamkan

  • Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Batu bersurat ini turut mencatatkan undang-undang hutang-piutang dan hukuman kesalahan berzina yang boleh dikenakan kepada rakyat jelata dan raja berasakan hukum Islam.

  • Batu Bersurat TerengganuKosa kata yang digunakan - kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman bahasa Sanskrit, Jawa dan Arab.Sistem ejaan Jawi yang digunakan - campuran sistem ejaan pengaruh Arab dengan sistem ejaan pengaruh Melayu.

  • Sistem ejaan pengaruh Arabmakamim-kaf [ ]jikajim-kaf [ ]pinggangpa-nga-ga-nga [ ]

    Sistem ejaan pengaruh Melayurajara-alif-jim-alif [ ]suamisin-wau-alif-mim-ya [ ]merdekamim-ra-dal-ya-kaf-alif [ ]

  • Perkembangan tulisan Jawi dipengaruhi oleh dua unsur, iaitu unsur Arab dan unsur Melayu.Unsur Arab mengalami dua tahap perkembangan.Pada tahap pertama, ejaannya menggunakan tanda-tanda baris atau diakritik.

  • Sistem baris membolehkan perkataan yang ditulis dengan aksara Jawi disebut dengan betul.Oleh sebab baris yang digunakan terlalu banyak, masa untuk menulis sesuatu kata atau ayat mengambil masa yang agak lama.Oleh itu, muncullah tahap kedua, iaitu tulisan Jawi yang meninggalkan tanda-tanda baris atau dikenal sebagai tulisan Arab gondol.

  • Sistem tulisan Arab gondol mempunyai beberapa kelemahan iaitu :Kesukaran menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan tepatMenimbulkan perkataan homograf yang mempunyai ejaan yang sama, seperti perkataan tambak, tembak, tombak, tumbuk, dan tembok yang dieja sebagaiMasalah homograf itu mengakibatkan ketaksamaan makna.

  • Kelemahan yang ada pada sistem ejaan Jawi berunsurkan Arab, maka sistem ejaan Jawi yang berunsur Melayu telah diperkenalkan.Sistem ejaan Jawi ini menggunakan huruf saksi atau huruf vokal, iaitu : melambangkan bunyi vokal a dan e pepet melambangkan bunyi vokal o dan u melambangkan bunyi vokal i dan e taling

  • Sistem ejaan Jawi yang berunsur Melayu ini juga mengalami dua perkembangan. Pada tahap pertama, huruf saksi diletakkan pada suku kata pertama seperti yang berikut :

  • Sistem ini masih menimbulkan masalah homograf, iaitu masih terdapat perkataan yang berbeza ditulis dengan ejaan yang sama.Contohnya, perkataan boleh digunakan untuk perkataan bumi dan juga bom.Untuk menyelesaikan masalah ini, ejaan berunsur Melayu tahap kedua diperkenalkan, iaitu huruf saksi atau huruf vokal diletakkan pada suku kata kedua selain dibubuh pada suku kata pertama seperti yang ditunjukkan pada jadual yang berikut :

  • Sistem ejaan ini dapat dikatakan agak lengkap dan sebahagian daripada pengubahsuaian ini telah digunakan dalam sistem Ejaan Zaba(1983)Sistem Ejaan ini kemudian disempurnakan dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan(1986) dan digunakan hingga kini.

  • Pada tahun 1918 Za'ba memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi - Raja Masittah Raja Ariffin, "Pendeta Za'ba (1895-1973)"

  • Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986) ini dihasilkan setelah selesainya penyemakan terhadap Daftar Ejaan Melayu Za'ba (1939) dan di dalamnya terkandung pedoman ejaan yang dikekalkan, dimantapkan, diubahsuaikan, dan diperbaharui daripada Daftar Za'ba.

  • Daftar Ejaan Rumi - Jawi (1999) memuatkan senarai perkataan umum dalam bahasa Melayu dalam kedua-dua tulisan Rumi dan Jawi. Dalam penyusunan Daftar ini, buku-buku penting yang digunakan sebagai rujukan termasuklah Daftar Ejaan Melayu (Za'ba), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP), Kamus Dewan, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dan Istilah Agama Islam (DBP).

  • Penerbitan Daftar Kata Bahasa Melayu (2004) mengambil kira makluman balas yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk teguran, dan pandangan daripada para pengguna. Maklumat ini telah digunakan untuk memperbaiki dan memperlengkap sistem ejaan Rumi, sistem sebutan baku dan sistem ejaan Jawi bahasa Melayu.

  • Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua (2008) merupakan kesinambungan daripada terbitan DKBM yang awal. Buku ini mengandungi satu daftar kata, satu panduan pengguna dan tiga pedoman umum (Pedoman Ejaan Rumi, Pedoman Sebutan Baku dan Pedoman Ejaan Jawi). Lampiran berupa kata-kata yang tergolong dalam satu kelompok turut ditambah. Jumlah entri telah ditambah iaitu lebih daripada 58 000 kata.

  • Awal abad ke-20, tulisan jawi menjadi medium penting dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu. Kira-kira 10 buah akhbar Melayu bertulisan jawi muncul selepas Jawi Peranakan.Majalah bertulisan Jawi - Bustan Arifin dan Al-Imam. Kitab dan buku merupakan bentuk penulisan yang paling banyak terdapat sama ada dalam berbentuk manuskrip (tulisan tangan) atau cap batu. Kitab muktabar seperti Sayr as-Salikin, Hidayatus Salikin, Sabilal-Muhtadin, Tajul Muluk dan banyak lagi berjaya mendaulatkan tulisan Jawi.

  • Daripada jumlah tersebut, hanya akhbar jawi Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura masih kekal dan bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi diterbitkan secara harian.Pendeta Zaba berusaha mengumpul perkataan Melayu dalam tulisan Jawi sejak tahun1918 sehingga terhasilnya buku Rahsia Tulisan Jawi pada tahun 1931 dan diikuti kejayaan menghasilkan buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi.

  • Akhbar Utusan Melayu juga mengalami jatuh bangunnya sendiri sehingga terpaksa diberhentikan penerbitannya pada 26 Januari 2006 ekoran tiada sambutan dan kekurangan pembaca.Namun dengan keprihatinan pihak-pihak tertentu untuk mempertahankan satu-satunya tulisan warisan bangsa Melayu, akhbar ini diterbitkan beberapa bulan kemudian, secara mingguan dikenali sebagai Utusan Melayu Mingguan.

  • Konvensyen Tulisan Jawi pada tahun 1980-an telah memperkenalkan Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan(1986)Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut: i) mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986). ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba. iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi)

  • Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengadakan pembelajaran Jawi melalui Program j-Qaf di sekolah rendah(2005) menampakkan hasil yang memberangsangkan apabila semakin ramai murid sekolah rendah celik Jawi berbanding sebelum pelaksanaan program tersebut.

  • Di beberapa buah negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, tulisan Jawi digunakan dalam urusan rasmi dan adat istiadat Melayu. Ada juga sesetengah negeri memartabatkan tulisan tersebut pada papan tanda jalan dan bangunan.

  • Seminar dan pameran tentang tulisan Jawi dapat membantu memperkasakan tulisan Jawi.Contoh :Konvensyen Tulisan Jawi pada tahun 1980-an yang telah memperkenalkan Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.19-21 September 2011-Kursus Kemahiran Ejaan Jawi akan diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia selama tiga hari. Peserta-peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Perpustakaan Negara Malaysia, pustakawan dan orang awam.

  • Mempertingkatkan penggunaan tulisan jawi di sekolah dengan menggunakan tulisan jawi sepenuhnya dalam mata pelajaran pendidikan Islam termasuk semasa menjawab soalan dalam peperiksaan tersebut.

  • Kuasa politik yang masih ada perlu digunakan sebaik mungkin bagi memberi nafas baru kepada tulisan yang semakin terpinggir ini.Sudah sampai masanya, ahli-ahli politik Melayu menggunakan pengaruh mereka melakukan sesuatu bagi meneruskan kesinambungan warisan bangsa mereka.

  • Penerbitan majalah menggunakan tulisan Jawi. Contoh : Majalah Apa Dia.Adalah menjadi harapan dengan penerbitan majalah Apa Dia akan memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan pelajar yang boleh menguasai Jawi dalam pembelajaran mereka. Kami juga berharap penerbitan majalah ini dapat membantu pihak ibu bapa dan guru-guru dalam usaha untuk mendidik anak-anak supaya mahir membaca dan menulis Jawi. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya pihak kerajaan dalam usaha untuk mengembalikan keunikan dan kegemilangan tulisan Jawi. Synergymate Sdn. Bhd.

  • Mengemaskini enjin transliterasi Jawi. Contoh: ejawi.net, UKM, DBP

  • Meningkatkan penghasilan CD pembelajaran atau perisian berasaskan tulisan Jawi.

  • Memandangkan jawi merupakan warisan bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan dan diangkat ke tempat yang sepatutnya. Harus disedari bahawa jawi adalah tulisan yang istimewa kerana di seluruh dunia, tulisan ini hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja.Ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi yang dimiliki orang Melayu tidak akan membawa erti jika satu-satunya warisan bangsa mereka tidak dapat dipertahankan.Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan mereka sendiri. Tidak usahlah bercakap isu-isu global jika soal bangsa sendiri terabai.