PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini...

13
1 PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS MRSM ZON UTARA (PERAK,KEDAH,PULAU PINANG DAN PERLIS) 2018 Kelolaan MRSM PDRM KULIM Tarikh 9 hingga 12 Februari 2018 Tempat PUSAT KOKURIKULUM MRSM PDRM KEM SRI JENGKING JALAN JUNJUNG 09000 KULIM, KEDAH

Transcript of PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini...

Page 1: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

1

PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS

MRSM

ZON UTARA

(PERAK,KEDAH,PULAU PINANG DAN PERLIS)

2018

Kelolaan

MRSM PDRM KULIM

Tarikh

9 hingga 12 Februari 2018

Tempat

PUSAT KOKURIKULUM MRSM PDRM

KEM SRI JENGKING

JALAN JUNJUNG

09000 KULIM, KEDAH

Page 2: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

2

PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS MRSM

ZON UTARA

(PERAK,KEDAH,PULAU PINANG DAN PERLIS)

19-12 FEBRUARI 2018

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia merupakan acara tahunan bermula sejak

tahun 2004. Acara ini merupakan kali PERTAMA di peringkat MRSM melibatakan empat negeri

seluruh Malaysia dan MRSM PDRM telah dipilih menjadi pengelola perkhemahan pada tahun ini

dibantu oleh Unit Penyelaras MRSM PDRM.

Kesemua 12 kontinjen Kadet Polis MRSM Zon Utara dengan sejumlah 360 anggota kadet

polis dan 84 orang yang terdiri daripada pegawai, jurulatih dan guru pengiring dari seluruh MRSM

Zon Utara dijangka akan mengambil bahagian. Kehadiran 12 kontinjen ini menunjukkan komitmen

dan kesungguhan untuk bersama-sama bertanding bagi menguji kemampuan fizikal dan mental, di

samping bekerjasama dan berganding bahu serta berintegrasi sesama pasukan dalam menjayakan

segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat-

menghormati serta berganding bahu bagi maksud mempertahankan kedaulatan, keamanan dan

kesejahteraan negara.

Adalah diharapkan program-program yang disusun sepanjang empat hari dalam perkhemahan

ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli kadet polis. Selaku pengelola dan jawatankuasa,

kami berdoa semoga perkhemahan ini dapat dijayakan dengan cemerlang tanpa adanya perkara-

perkara yang tidak diingini berlaku.

2. OBJEKTIF

2.1 Memantapkan kefahaman ahli mengenai kurikulum latihan perkhemahan kadet polis dari

aspek pengetahuan kepolisian dan kenegaraan, kreativiti dan intelek serta kemasyarakatan.

2.2 Sebagai medan latihan dalam menimba ilmu pengetahuan dan maklumat tambahan serta

kemahiran dan pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.3 Mempertingkatkan semangat kerjasama berpasukan dan integrasi nasional serta

mengukuhkan aspek ketahanan fizikal dan disiplin.

2.4 Penyemaian nilai-nilai murni melalui pendekatan tidak formal serta memantapkan aspek

kerohadian dan jati diri dalam setiap anggota kadet polis

3. MOTO

”Jati Diri Dijunjung, Integrasi Disanjung”

4. TARIKH PERKHEMAHAN

9 hingga 12 Februari 2018

5. TEMPAT PERKHEMAHAN

Pusat Kokurikulum MRSM PDRM,

Kem Sri Jengking,

Jalan Junjong

09000 Kulim, Kedah

Page 3: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

3

PENYERTAAN

BIL MRSM PESERTA GURU JURULATIH PEMANDU

K

U

M

P

U

L

A

N

A

1 ARAU 30 2 5 SILA

MAKLUMKAN

JIKA:

1) BAS MAKTAB

ANDA AKAN

BERADA DI MRSM

PDRM SEPANJANG

PERKHEMAHAN

BERLANGSUNG.

2) KEPERLUAN

PENGINAPAN

PEMANDU.

BAYARAN RM

20.00 SEORANG

DIKENAKAN

UNTUK

PENGINAPAN

SELAMA 4H 3M

2 BESERI 30 2 5

3 LANGKAWI 30 2 5

4 MERBOK 30 2 5

5 KUBANG PASU 30 2 5

6 PENDANG 30 2 5

7 PDRM Kulim 30 2 5

8 BALING 30 2 5

9 PENGKALAN HULU 30 2 5

10 BALIK PULAU 30 2 5

11 KEPALA BATAS 30 2 5

12 TRANSKRIAN 30 2 5

Kekuatan: 444

9. PENDAFTARAN KONTINJEN

Tarikh : 9 Februari 2018 (Jumaat)

Masa : 8.30 pagi hingga 12 ptg

(Jam 3.00 petang taklimat Guru Pemimpin)

Tempat : Pusat Kokurikulum MRSM PDRM, Kem Sri Jengking,

Jalan Junjung, 09000 Kulim, Kedah

10. PENYEDIAAN MAKANAN KONTINJEN

Setiap kontinjen dikehendaki menyediakan sendiri makanan untuk kontinjen masing-masing.

Makanan dan minuman guru pengiring , jurulatih dan pemandu tidak disediakan oleh pihak

pengelola.

11. PENGINAPAN KONTINJEN

Semua peserta perkhemahan dikehendaki menyediakan khemah untuk penginapan kontinjen

masing-masing. Guru pengiring dan jurulatih diwajibkan berada bersama-sama peserta

kontinjen sepanjang tempoh perkhemahan (Tidak dibenar mendirikan khemah di tapak

lain).

Penginapan untuk pemandu disediakan dengan bayaran RM 20.00 untuk sepanjang tempoh

perkhemahan. Sila maklumkan jika penginapan diperlukan.

Page 4: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

4

13. ACARA·ACARA PERTANDINGAN

Bil Acara Kategori Bil. peserta

13.1 Kawad Berpasukan 16 anggota

(lelaki atau perempuan atau campuran)

13.2 Rentas Halangan 1 kategori 5 anggota

(lelaki)

13.3 MARA Lasak 1 kategori 5 anggota

(perempuan)

13.4 Orienteering 1 kategori 5 anggota

(lelaki atau perempuan atau campuran)

13.5 Menembak berpasukan 1 kategori 5 anggota

(lelaki atau wanita atau campuran)

13.6 Menembak Individu 1 kategori Mana-mana peserta yang mendapat

markah tertinggi

13.7 Memasak 1 kategori 3 anggota

(lelaki atau perempuan atau campuran)

13.8 Kuiz Kenegaraan &

Kepolisan 1 kategori

Maksimum 3 anggota

(lelaki atau wanita atau campuran)

13.9 Disiplin Kontinjen Terbaik 1 kategori semua anggota

13.10 Khemah Terbaik 1 kategori semua anggota

13.11 Kontinjen Terbaik

Keseluruhan 1 kategori Semua anggota

Perhatian :

• Markah bagi pertandingan di atas akan diambil kira bagi penentuan KONTINJEN TERBAIK

KESELURUHAN kecuali Memasak, Disiplin Kontinjen Terbaik dan Khemah Terbaik.

• Sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian dan termaktub kepada penganjur.

• Keputusan pengadil adalah muktamad.

14. PEMARKAHAN ; Berdasarkan jumlah pungutan pingat

KEDUDUKAN MARKAH

Pertama 15 Mata

Kedua 12 Mata

Ketiga 10 Mata

Keempat 08 Mata

Kelima 07 Mata

Keenam 06 Mata

Ketujuh 05 Mata

Kelapan 04 Mata

Kesembilan 03 Mata

Kesepuluh 02 Mata

Penyertaan 01 Mata

Tiada Penyertaan 00 Mata

Page 5: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

5

15. SYARATSYARAT PERTANDINGAN PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS MRSM

SEMALAYSIA 2012

15.1. KAWAD

i. Bilangan anggota – 16 orang dengan keanggotaan sama ada lelaki atau wanita atau campuran.

Terdiri daripada 1 sarjan, 3 koperal dan 12 anggota dan yang sah mendaftar dalam

pasukan kadet polis MRSM berkenaan.

Markah akan ditolak mengikut bilangan anggota yang tidak cukup.

ii. Pakaian dan aksesori wajib

Beret berlambang PDRM

Tanda nama

Butang plastik

Rantai wisel

Lencana bahu kain (KADET POLIS)

Kasut kawad

Tudung (perempuan) - warna biru gelap(blue black)

Tanda pangkat

Perhatian: Aksesori tambahan seperti mafla dan jambul (warna biru laut), angklet (Ielaki), tali

pinggang putih berselepang, selepang kain untuk sarjan dan sarung tangan (putih)adalah

digalakkan. Penggunaan warna merah dan lambang salaman dilarang sama sekali.

iii. Sekiranya tidak memenuhi syarat di atas, 1 markah akan dipotong bagi setiap kesalahan.

iv. Kekemasan diri seperti rambut dipotong 'slope'. Misai dan janggut tidak dibenarkan. Bagi

kadet wanita rambut disanggul dengan kain jaring hitam atau bertudung warna pakaian kadet..

v. Platun sarjan akan mengendalikan semua platun semasa pertandingan dijalankan.

vi. Potongan markah juga dibuat kepada pergerakan kawad yang salah/hukum salah dan tidak

membuat pergerakan mengikut sukatan yang ditetapkan.

vii. Semasa kawad berjalan, semua platun dikehendaki berjalan 128 langkah 1 minit (Cepat Masa)

dan 75 langkah seminit (Perlahan Masa). Pergerakan langkah pertama, pacak tumit,

pancangan 200 meter ke hadapan, buka dada dan hayun tangan paras bahu.

viii. Semasa pertandingan kawad dijalankan semua platun berjalan di dalam BUKA BARISAN.

Masa yang diperuntukkan ialah 10 minit bagi setiap pasukan .

ix. Markah akan diberikan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

BIL PERKARA MARKAH

1 Gaya dan Rupa (Turn Out) 20

2 Mengawal Platun (Menegur) 20

3 Kata-Kata Perintah 20

4 Pergerakan / Gaya Rupa Berjalan 20

5 Disiplin Pasukan atau Individu 20

KESELURUHAN 100

x. Sebarang keputusan termaktub pada penganjur. Arahan dan pertandingan kawad sila rujuk

Lampiran A

Page 6: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

6

15.2. RENTAS HALANGAN

i. Pertandingan dijalankan secara 1 kategori iaitu lelaki sahaja.

ii. Keanggotaan - 5 orang anggota .

iii. Pakaian - baju T dan seluar track serta kasut sukan.

iv. Pertukaran peserta tidak dibenarkan semasa pertandingan sedang dijalankan.

v. Setiap anggota akan melalui tidak melebihi 10 halangan dengan mengikut syarat-syarat setiap

halangan.

vi. Setiap anggota mesti sampai ke garisan penamat. Masa akan dikira dari garisan permulaan

hingga peserta terakhir sampai ke garisan penamat.

vii. Peserta diberi peluang/ cubaan kedua untuk melepasi halangan.

viii. Penalti masa 1 minit akan dikenakan kepada setiap peserta yang gagal dalam membuat atau

melalui setiap halangan.

ix. Pemenang dikira berdasarkan kepada masa terpantas dan masa penalti.

x. Keputusan pengadil adalah muktamad.

15.3. MARA LASAK

i. Pertandingan dijalankan secara 1 kategori iaitu perempuan sahaja.

ii. Keanggotaan - 5 orang anggota

iii. Jarak perjalanan ialah antara 4 km - 5 km.

iv. Setiap platun akan berlepas dari tempat permulaan pada masa yang ditetapkan.

v. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya berlaku pertukaran anggota semasa pertandingan

berlangsung dan bantuan makanan/minuman daripada pihak luar.

vi. Hanya peserta yang mengambil bahagian sahaja yang dibenarkan membawa bekalan

makanan/minuman .

vii. Jurulatih/ Guru pengiring dibenarkan mengiringi setiap pasukan tetapi tidak dibenarkan

memberi bantuan fizikal.

viii. Setiap platun yang gagal menamatkan pertandingan dalam bilangan yang ditetapkan penalti

akan dikenakan dengan tambahan masa 5 minit bagi setiap anggota yang kurang. Pemenang

akan dikira pada peserta akhir.

ix. Pemenang berdasarkan kepada masa terpantas peserta yang terakhir.

x. Peserta dibenarkan memakai trek dan baju T berkolar termasuk kasut Anti Spike.

xi. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Page 7: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

7

15.4. ORIENTEERING

i. Pertandingan dijalankan secara 1 kategori iaitu lelaki atau wanita atau campuran.

ii. Keanggotaan 5 orang .

iii. Peserta dikehendaki membawa kompas (bacaan kompas Mill) dan alat tulis sendiri.

iv. Peserta mesti melalui 5 'check point' yang disediakan.

v. Kontinjen dengan jumlah point yang betul dan masa yang terpantas akan dikira sebagai

pemenang.

vi. Masa yang ditetapkan ialah 30 minit dan sekiranya gagal sampai maka 'team rescue' akan

membantu.

vii. Keputusan pengadil adalah muktamad dan pihak penganjur berhak membuat pindaan yang

sesuai dan diperlukan.

15.5. MENEMBAK

i. Bilangan peserta - 5 anggota (Ielaki atau perempuan atau campuran).

ii. Pakaian anggota adalah 'T-Shirt berkolar' dan berkasut (track suit dan kasut sukan

dibenarkan). T-shirt pasukan mestilah seragam.

Maklumat lanjut sila rujuk Lampiran B

15.6. KHEMAH TERBAIK

i. Kriteria yang diambil kira:

Kebersihan dalam dan luar tapak khemah (lelaki dan/atau perempuan).

Susunan/Kedudukan Khemah.

Tempat tidur.

Tempat memasak/makan.

Tempat ampaian pakaian.

Tempat membuang sampah.

Kreativiti dan hiasan khemah seperti pagar kawasan khemah, reka bentuk dan kekemasan

khemah.

ii. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dan keputusan termaktub pada penganjur.

iii. Pemarkahan sepanjang masa.

iv. Pemarkahan khemah terbaik akan diambil di khemah yang mendirikan gajet yang bersesuaian

dengan perkhemahan (samaada kawasan khemah lelaki atau wanita). Permarkahan kebersihan

pula akan diambil bagi kedua-dua tapak khemah bagi kontinjen yang membawa pasukan

lelaki dan wanita.

Page 8: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

8

15.7. PERTANDINGAN MEMASAK

i. Setiap kontinjen mesti menghantar kumpulan yang terdiri daripada 3 anggota sahaja.

ii. Setiap kontinjen dikehendaki menyediakan satu hidangan wajib dan satu hidangan pilihan.

(4 ketul ayam dan sekotak santan akan dibekalkan oleh pengelola).

iii. Bekalan bahan asas dan mentah yang lain disediakan oleh kontinjen masing-masing.

iv. Markah akan dikira berdasarkan kepada keenakan makanan, hiasan/kreativiti persembahan,

ketulenan resepi dan kebersihan/ kekemasan. Hiasan hendaklah daripada bahan yang boleh

dimakan.

v. Masa yang diperuntukan ialah 1 jam 30 minit.

vi. Semua peralatan pertandingan memasak (gas, dapur dll) disediakan oleh kontinjen yang

mengambil bahagian.

vii. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dan keputusan adalah termaktub pada penganjur.

15.8. KUIZ KENEGARAAN dan KEPOLISAN

i. Satu penyertaan sahaja bagi setiap MRSM.

ii. Bilangan peserta maksimum 3 anggotan sahaja.

iii. Kuiz akan berlangsung di Dewan Tapak Perkhemahan

iv. Soalan yang akan disoal berkaitan dengan ilmu pengetahuan kenegaraan dan Polis DiRaja

Malaysia

v. Peserta dilarang sama sekali membawa masuk nota-nota dan buku-buku yang berkaitan.

15.9. DISIPLIN KONTINJEN TERBAIK

Penilaian akan dibuat secara berterusan untuk memastikan setiap kontinjen sentiasa mematuhi

peraturan dan berada dalam disiplin yang baik.

16. PEMERIKSAAN KESIHATAN

i. Semua peserta kontinjen diwajibkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum

menyertai perkhemahan kor kadet polis MRSM Zon Utara 2018.

ii. Laporan pemeriksaan kesihatan hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia semasa hari

pendaftaran peserta.

iii. Sekiranya kontinjen GAGAL menyertakan laporan kesihatan, pihak penganjur berhak

membatalkan penyertaan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan

sekiranya berlaku penipuan terhadap laporan kesihatan.

Page 9: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

9

17. PENGADILAN

Jawatankuasa aktiviti akan melantik pengadil-pengadil aktiviti terdiri daripada anggota:

• Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah

• Ibupejabat Polis Daerah Kulim, Kedah

• Pasukan Gerakan Am (PGA)

• Guru MRSM PDRM Kulim

• Unit Penyelaras MRSM PDRM

18. PENGESAHAN PENYERTAAN KONTNJEN

- Tarikh akhir penghantaran borang pengesahan penyertaan ialah pada 1 Februari

2018

-Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan pertandingan ialah pada 1 Februari

2018

Penghantaran melalui emel [email protected] atau

fax MRSM PDRM (04 4908555).

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi :

Tn Hj Mohd Noor bin Jusoh - 012-4167169

Encik Muhammad Firdaus bin Ramli – 016-5941734

Encik Amirudin bin Awang – 013-4003446

Pejabat MRSM PDRM – 04-4905640 / 04-4905658

19. AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT

i. Bahagian Pendidikan Menengah MARA

ii. Batalion 2 PGA

iii. Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

iv. PULAPOL

v. Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Kedah

vi. Ibupejabat Polis Daerah (IPD)Kulim

vii. Majlis Perbandaran Kulim

viii. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

ix. Hospital Kulim

x. Syarikat Air Negeri Kedah (SADA)

xi. Tenaga Nasional Berhad (TNB)

xii. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulim

Page 10: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

LAMPIRAN

[Lampiran A]

ARAHAN PERTANDINGAN KAWAD

PROSEDUR KAWAD

Pertandingan akan dijalankan di atas tar/simen. Kontinjen diminta berada 10 minit sebelum acara

bermula.

Tatacara Kawad

• Kawad tanpa senjata

• Cepat dan perlahan masa

Masa Melapor

• Sebelum melapor ketua platun menentukan atau membariskan platun seperti berikut:-

(Di luar gelanggang)

Pemeriksaan pakaian

Paraskan Skuad

• Paras

• Nombor

Gerak

• Pusing

• Berjalan

• Kemaskan baris skuad / platun

Buka barisan

Kekanan lurus / pandang depan

Dari kanan nombor

Lapor

Tutup barisan

(Dalam gelanggang) (10 minit sahaja)

a. Pemeriksaan barisan

• Perbarisan masuk padang

• Berhenti di depan pengadil

• Menghadap skuad ke hadapan dan lapor kepada pengadil

• Buka barisan

• Ke kanan lurus/pandang depan

• Ketua perbarisan melaporkan diri

Perkenalkan skuad / platun

Menjalankan pergerakan (b, c dan d)

Tutup barisan

Lapor mohon bersurai

b. Kawad Statik

• Sedia, Senang Diri

• Ke kanan lurus / pandang depan

• Buka barisan / Tutup barisan

Bergerak skuad ke kanan / ke kiri / separuh kiri / separuh kanan.

Hormat ke hadapan

• Menghadap skuad ke belakang / kedepan

• Hentak kaki perlahan / cepat masa dan berhenti

• Belakang / kanan / kiri pusing

Pergerakan melangkah – 2 langkah (kiri, kanan, hadapan , belakang)

Page 11: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

c. Kawad Hormat

• Hormat kehadapan

• Hormat ke kanan I ke kiri

• Selaku terima sijil

• Tukar langkah semasa berjalan

d. Kawad Tangan / Kaki ( Cepat / Perlahan Jalan )

• Berjalan dalam cepat I perlahan masa dan berhenti

• Belakang pusing dari skuad menghadap ke belakang / hadapan dan bergerak ke kanan / kiri

dalam berjalan cepat / perlahan masa.

• Tukar langkah dalam berjalan cepat / perlahan masa

• Bergerak ke kanan / kiri semasa berjalan cepat / perlahan masa

• Tukar langkah cepat ke perlahan jalan dari perlahan ke cepat jalan.

Perhatian

Pergerakan paraskan skuad di luar gelanggang tidak perlu diulangi pergerakkannya semasa di

dalam gelanggang.

Page 12: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

[Lampiran B]

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

MENEMBAK ANTARA PASUKAN

KOR KADET POLIS MRSM ZON UTARA 2018

A) RIFLE AUTO 16 A1 5.56MM (BERPASUKAN)

BIL PERKARA TEMBAKAN

PERTAMA TEMBAKAN KEDUA

1 Jenis senjata Rifle Auto M 16 Rifle Auto M 16

2 Kedudukan Meniarap Melutut

3 Masa 3 minit 3 minit

4 Jarak 100 meter 100 meter

5 Jumlah Ammunisyen 10 butir (5.56mm) 10 butir (5.56mm)

6 Jenis sasaran Center Fire Target Center Fire Target

7 Syarat-syarat

pertandingan

Setiap pasukan terdiri daripada 5 peserta.

• Senjata api dan round dibekalkan oleh pihak

persenjataan Batalion 2 PGA.

• Ketika menembak, kelopak peluru (magazine)

tidak boleh menyentuh tanah.

• Menggunakan (1) sasaran (tembakan pertama

dan kedua).

• Permulaan tembakan dengan kata perintah

Pegawai Tapak.

• Setelah selesaikan tembakan pertama, semua

peserta diminta berhenti menembak dan

letakkan senjata sehingga mendapat arahan

seterusnya.

• Masa tembakan 3 minit. Selepas wisel

dibunyikan tanda tamat tembak, kepada sesiapa

yang belum selesai tembak round di ambil.

• Masa keseluruhan 8 minit iaitu 2 minit untuk

percubaan dan 6 minit untuk menembak

sebenar.

• Sebarang tembakan selepas wisel dibunyikan

(tamat), markah tertinggi dipotong.

• Markah mengikut nilaian nombor di kertas

target.

Page 13: PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS ZON UTARA - … · segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling hormat- ...

BIL PERKARA TEMBAKAN PERTAMA TEMBAKAN KEDUA

• Jika jumlah markah sama, pemenang

diambil daripada jumlah markah bull

tertinggi, jika kedudukan masih sama,

tembakan semula antara pemenanq

menggunakan satu round dan seterusnya.

• Jika terdapat gangguan teknikal /misfire,

peluru akan diganti. Selepas gangguan

tersebut, masa ditentukan oleh pegawai

tapak.

• Setiap penembak akan diawasi oleh

seorang pembantu (pembantu akan

memberi serta menyelesaikan masalah

teknikal penembak).

• Penentuan pemenang berpasukan akan

ditentukan melalui kiraan markah

keseluruhan 10 peserta.

• Jika tertembak detail lain, markah

tertinggi bagi detail tersebut akan ditolak.

• Pembahagian hadiah hanya kepada

pemenang tempat pertama, kedua dan

ketiga sahaja.

• Hadiah untuk anggota lelaki terbaik atau

perempuan terbaik.

• Keputusan pengadil adalah muktamad

sebarang bantahan tidak diterima.