Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak

4
PERKHEMAHAN PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK 2011 1. LATAR BELAKANG Pelajar merupakan suatu aset yang amat penting kepada negara. Sejajar dengan itu pemupukan disiplin serta hala tuju kepimpinan perlu dijuruskan kepada perkembang mental,psikomotor,sosial dan rohani. Acuan yang betul perlu disediakan agar perkembangan pelajar tersebut tidak terjerumus ke arah perkara yang tidak diingini. Dalam merealisasikan hasrat ini kerjasama semua pihak dan agensi amat diperlukan untuk menjayakannya. Sehubungan itu ”akiviti perkehemahan unit uniform “ ini diharap secara tidak langsung dapat membantu sedikit sebanyak merialisasikan hasrat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam melahirkan generasi pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik,beretika,berilmu,berkeyakinan dan mempunyai wawasan. 2. RASIONAL Memandangkan pelajar dalam usia yang begitu muda dan boleh diibaratkan sebagai rebung, maka rebung tersebut hendaklah dilentur dari awal lagi agar menjadi bentuk yang dikehendaki.Ruang kosong semasa berada di alam persekolahan perlulah diisi dengan program atau perkara yang berfaedah dan dipupuk kesedaran awal agar perkembangan pelajar berada di landasan yang betul. 3. MATLAMAT Pembetukan bakal pemimpin yang mempunyai ciri – ciri kepimpinan selaras dengan Teras ke -2 dalam PIPP iaitu ‘Melahirkan modal Insan Kelas Pertama’ bertaraf dunia bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4. OBJEKTIF 4.1 Melahirkan bakal pemimpin negara yang mempunyai wawasan tinggi. 1

description

Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan

Transcript of Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak

Page 1: Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak

PERKHEMAHAN PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK 2011

1. LATAR BELAKANG

Pelajar merupakan suatu aset yang amat penting kepada negara. Sejajar dengan itu pemupukan disiplin serta hala tuju kepimpinan perlu dijuruskan kepada perkembang mental,psikomotor,sosial dan rohani. Acuan yang betul perlu disediakan agar perkembangan pelajar tersebut tidak terjerumus ke arah perkara yang tidak diingini.

Dalam merealisasikan hasrat ini kerjasama semua pihak dan agensi amat diperlukan untuk menjayakannya. Sehubungan itu ”akiviti perkehemahan unit uniform “ ini diharap secara tidak langsung dapat membantu sedikit sebanyak merialisasikan hasrat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam melahirkan generasi pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik,beretika,berilmu,berkeyakinan dan mempunyai wawasan.

2. RASIONAL

Memandangkan pelajar dalam usia yang begitu muda dan boleh diibaratkan sebagai rebung, maka rebung tersebut hendaklah dilentur dari awal lagi agar menjadi bentuk yang dikehendaki.Ruang kosong semasa berada di alam persekolahan perlulah diisi dengan program atau perkara yang berfaedah dan dipupuk kesedaran awal agar perkembangan pelajar berada di landasan yang betul.

3. MATLAMAT

Pembetukan bakal pemimpin yang mempunyai ciri – ciri kepimpinan selaras dengan Teras ke -2 dalam PIPP iaitu ‘Melahirkan modal Insan Kelas Pertama’ bertaraf dunia bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan bakal pemimpin negara yang mempunyai wawasan tinggi.

4.2 Membantu memperkembangkan bakat kepimpinan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan.

4.3 Peningkatan disiplin di kalangan para pelajar secara keseluruhan.

4.4 Membantu pelajar agar dapat mengubah sikap dan bersedia menerima teguran

4.5 Memupuk hubungan yang baik antara ahli kumpulan dan jantina.

1

Page 2: Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak

5. KUMPULAN SASARAN

Pelajar Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak tahap 2 yang dianggap berpontensi untuk menjadi pelapis kepada pucuk kepimpinan negara.

6. BILANGAN PESERTA

150 orang

7. TEMPAT PELAKSANAAN AKTIVITI

Padang Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak

8. JANGKA MASA PROGRAM

1 hari

9. PERBELANJAAN PROGRAM

Pendapatan:

1. Sekolah RM 1708.00

2. Murid RM 5.00 x 150 = 750

JUMLAH BESAR RM 2458.00

PERBELANJAAN :

1. Makanan dan minuman peserta dan petugas RM 1200.00

2. Hadiah/cenderahati RM 300.00

3. Alatan dan bahan perkhemahan RM 400.00

4. Pertandingan memasak RM 250.00

5. Buku program /dokumentasi RM 50.00

6. Photostat untul LDK RM 66.00

7. Ubat RM 31.00

8. Runcit RM 89.00

JUMLAH RM 2386.00

2

Page 3: Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak

10 Perincian aktiviti

Pertandingan masakan

Mendirikan khemah

Kawad kaki( asas )

Bantu mula/pengenalan ubat-ubatan

Ikatan/gajet

Kraf tangan

Masakan rimba

10. PENUTUP

Adalah diharapkan Perkhemahan Perdana ini akan dapat melahirkan bakal – bakal pemimpin dari kalangan pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi,berkeyakinan berdaya saing dan berwawasan.

Disediakan oleh;

……………………………………………

Mohd Afrizal Bin Zakaria

( S/U Perkhemahan )

Perkhemahan Perdana SKGC 2011

3