PERKHIDMATAN EKOSISTEM bentang-1

download PERKHIDMATAN EKOSISTEM bentang-1

of 70

Transcript of PERKHIDMATAN EKOSISTEM bentang-1

PERKHIDMATAN EKOSISTEM

PERKHIDMATAN EKOSISTEMMerujuk kepada perkhidmatan/ sumbangan/ keuntungan yang boleh diperolehi dari alam sekitar untuk kegunaan komponen biotik dan manusia.Perkaitan biodiversiti terhadap perkhidmatan ekosistemBiodiversiti adalah sumber asas kepada pelbagai bahan ekosistem seperti makanan, sumber genetik dan sebagainya.Kepelbagaian biodiversiti menunjukkan luasnya barangan ekosistem yang boleh disediakan oleh sesuatu ekosistem untuk keperluan manusia.

Lebih banyak kepelbagaian organisma, lebih banyak barangan maka lebih banyak perkhidmatan yang kita perolehi dari ekosistem.Perkhidmatan ekosistemPenyediaan perkhidmatan keperluan asas seperti air, makanan dan sebagainya.

Perkhidmatan pengawalaturan seperti berlakunya banjir dan kawasan penyakit.

Perkhidmatan kebudayaan seperti pembinaan, kerohanian, semangat dan manfaat dari aktiviti rekreasi.

Perkhidmatan sokongan seperti kitaran nutrien.Perkhidmatan bekalan-produk yang diperolehi dari ekosistemMakanan dan fiberProduk makanan dari tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma.Produk dari ekosistem seperti kayu balak, sutera, jeremi pokok untuk tali dan sebagainya.

Sumber apiKayu, najis haiwan, dan bahan biologi seperti etanol dari tebu bahan api biologi dari pokok air yang terapung, teratai menyumbang kepada sumber tenaga. Sumber genetikGen dan bahan genetik digunakan untuk tumbuhan dan penternakan haiwan termasuk bioteknologi.

Biokimia, perubatan asli, dan farmakeutikalPerubatan dari tumbuhan (morfin, kuinin, aspirin)Bahan tambahan makanan (alga dari rumpai air)

Sumber perhiasanProduk haiwan (kulit, cengkerang, bunga)

Air tawarSatu contoh hubungan antara kategori- perkhidmatan menyumbang dan kitaranPerkhidmatan kitaranPengekalan kualiti udaraEkosistem menyumbang bahan kimia dan ekstrak bahan kimia dari atmosfera. Ini mempengaruhi banyak aspek kualiti udara.

Kawal atur cuacaEkosistem mempengaruhi iklim tempatan dan global (menghasilkan gas)

Kitaran airMasa dan magnitud/ jumlah penurunan, banjir dan pengeluaran air sangat dipengaruhi oleh perubahan pada penutup bumi, penukaran kepada paya/ penukaran hutan kepada tanah ladang.

Kawalan hakisanTumbuhan penutup bumi berperanan penting dalam pengekalan tanah dan halangan dari tanah runtuhPerkhidmatan kawal atur/ kitaran Penulenan air dan bahan buanganEkosistem tempat sumber penulenan ait tawar dan juga menapis serta mengurai bahan buangan organik yang mencemar air di daratan, pengairan pantai dan ekosistem marin.

Mengawal penyakit manusiaPerubahan dalam ekosistem secara langsung merubah jumlah patogen/virus/bakteria seperti kolera dan boleh merubah bilangan vektor dalam kuman seperti nyamuk.

Kawalan biologiPerubahan ekosistem memberi kesan penyebaran penyakit dan perosak bahan pertanian dan haiwan ternakan.PendebungaanPerubahan ekosistem memberi kesan penyebaran dan keberkesanan agen pendebungaan.

Perlindung ribut/ ombak besarHanya ekosistem pantai seperti bakau, dan terumbu karang boleh mengurangkan kerosakkan dari taufan/ ombak besar Tsunami.Perkhidmatan kebudayaanKepelbagaian budayaKepelbagaian ekosistem adalah satu faktor mempengaruhi kepelbagaian budaya.

Kerohanian dan nilai keagamaanBanyak agama mengaitkan kerohanian dan nilai agama kepada ekosistem atau komponen-komponennya.

Sistem pengetahuanEkosistem mempengaruhi jenis sistem pengetahuan yang dibina oleh pelbagai kebudayaan.Dewa hutan, gunung, lautan: kemurkaan dewa dengan pencemaran/ kerosakkan dari manusia.Nilai pendidikanEkosistem/ komponennya dan proses menyumbang asas kepada pendidikan formal dan informal dalam banyak masyarakat.

AspirasiEkosistem menyumbang banyak sumber inspirasi seni, dongeng, arkitek dan pengiklanan.

Nilai astetikRamai orang mendapati kecantikan atau nilai estetika dalam pelbagai aspek ekosistem seperti yang ditunjukkan dalam sokongan untuk taman-taman, pemacu indah dan pemilihan lokasi perumahan.

Hubungan sosialEkosistem mempengaruhi jenis hubungan sosial yang ditubuhkan dalam budaya tertentu. Contohnya: memancing, masyarakat berbeza daripada mengembalakan nomad atau masyarakat pertanian.

Mengesan tempatRamai orang mempunyai rasa menghargai tempat yang dikaitkan dengan ciri-ciri yang diiktiraf persekitaran mereka.

Nilai budaya keturunanBanyak masyarakat meletakkan nilai tinggi dalam mengekalkan kepentingan sejarah rekaan taman atau siknifikasi budaya sesuatu spesies.

Rekreasi dan eco-tourismManusia selalu memilih menghabiskan masa lapang berdasarkan ciri natural atau landskap pertanian pada kawasan tertentu.

Perkhidmatan ekosistemPerkhidmatan perlu untuk penghasilan semua perkhidmatan ekosistem.Kesan kepada manusia secara tidak langsung atau untuk tempoh masa yang lama.Contoh perkhidmatan sokongan:- penghasilan perkhidmatan sokongan- penghasilan oksigen atmosfera- pembentukan tanah dan pengekalan- kitaran nutrien- kitar airKITARAN AIRKEPENTINGAN YANG DIPEROLEH DARIPADA KITARAN AIR Lokasi berlakunya kitaran airLokasiPeneranganProses sejatan di sungai dan tumbuh tumbuhanProses pertukaran air dari bentuk cecair atau pepejal ke bentuk wap air (gas).Proses pemeluwapanProses penukaran air daripada bentuk wap kepada cecair.

(sumber daripada internet)Proses KerpasanProses jatuhan titisan atau bintik-bintik air dari awan ke bumi.Proses Infiltrasi Proses pergerakan air ke dalam bahagian bawah tanah dan batu dari permukaan atas bumi.

Proses Kitaran Air

Aktiviti Manusia yang Mengancam Kitaran AirKitaran OksigenLokasi yang terlibat:AtmosferaDarat (Tumbuhan / haiwan daratan)Sungai (Hidupan akuatik)Sampah sarap / KilangTanah bumiAtmosferaKehadiran oksigen sebanyak 21% di atmosfera.

Darat (Tumbuhan / haiwan daratan)Proses fotosintesisOksigen dibebaskan oleh tumbuhan dan dikembalikan ke udara.

Proses respirasiOksigen diserap oleh tumbuhan.

Sungai (Hidupan akuatik)Proses respirasiOksigen diperlukan oleh binatang-binatang akuatik dalam sungai seperti ikan.

Sampah sarap / KilangProses pembakaranOksigen diperlukan.

Tanah bumiProses pereputanOksigen diperlukan untuk menghasilkan nutrien tanah.Proses Kitaran OksigenProses pengambilan, penggunaan dan pengembalian oksigendalam atmosfera secara berterusan.

Respirasi

Oksigen diperlukan untuk menguraikan sebatian organik (glukosa) bagi menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga.Fotosintesis

tumbuhan menggunakan cahaya matahari, dan menggabungkannya dengan karbon dioksida dari atmosfera dan air dan zat-zat galian dari tanah untuk mensintesiskan makanan.Oksigen dibebaskan dan dikembalikan ke udara.

PereputanProses menguraikan bahan organik seperti sisa-sisa tumbuhan dan bangkaibangkai haiwan mati seperti yang diuraikan oleh bakteria dan kulat.Pengambilan oksigen dari ruang atmosfera untuk mengeluarkan karbon dioksida dan menghasilkan nutrien tanah.

Pembakaranmembakar sampah sarap dari sisa tumbuhan dan bahan organik yang lainPengambilan oksigen dilakukan. Aktiviti manusia yang mempengaruhi kitaran oksigenPembakaran bahan api fosil (kenderaan / kilang)

Pembakaran bahan api fosil (kenderaan / kilang) mengurangkan oksigen di atmosfera

Penebangan hutan atau pembalakan

mengurangkan oksigen disebabkan kekurangan tumbuhan untuk menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis

Pembakaran terbuka

mengurangkan oksigen secara berlebihan di atmosfera. Pengurangan oksigen dan pertambahan karbon dioksida di atmosfera akan meningkatkan suhu persekitaran dan menyebabkan kesan rumah hijau.

Kepentingan yang diperolehi dari kitaran oksigen Kehadiran dan penyerapan oksigen dapat mengekalkan kesegaran dan kelangsungan hidup manusia, binatang dan tumbuhan.Kelangsungan makanan dapat dijamin kerana tumbuhan dapat menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Seterusnya, makanan binatang dan manusia juga dapat dijamin dengan kahadiran tumbuhan.Proses respirasi yang memerlukan oksigen menyebabkan organisma memperoleh tenaga untuk melakukan proses biologi atau aktiviti fizikal. Proses ini juga berperanan penting dlam baik-pulih sel.Penghasilan api dapat dilakukan dengan pengambilan oksigen dalam proses pembakaran.Proses pereputan yang berlaku dapat mengelakkan sisa sampah atau organisma mati daripada semakin bertambah tanpa berkurangan.KITAR NITROGEN

35LOKASIPENERANGANPEREPUTAN DI KOMPONEN BIOTIK (POKOK)

Proses pereputan akan menghasilkan sebatian amonia secara semula jadike dalam tanah yang akan diurai kepada sebatian nitrit dan nitrat di dalam tanah.Penghasilan nitrat melalui proses penguraian dan pereputan oleh bakteria. Bakteria nitrosomonas menukarkan ammonia kepada nitratBakteria nitrobakter mencantumkan nitrogen dan oksigen menjadi nitratTINDAKAN KILAT DAN AIR HUJAN

Semasa kejadian kilat, nitrogen di udara akan bergabung dengan oksigen dan menghasilkan gas oksigen nitrus dan nitrik. Tindakan air hujan melarutkan gas tersebut dan membentuk Asid Nitrik & Asid Nitrus yang seterusnya menghasilkan Nitrit & Nitrat dalam tanah. Nitrat penting kepada pertanian kerana tumbuhan menukarkan nitrogen kepada protein yang menjadi sumber makanan hidupan lain.

ATMOSFERA

Nitrogen bebas, N2 yang tidak bergabung dengan elemen lain merangkumi 78 % di atmosfera bumi, tetapi banyak organisma tidak dapat menggunakan gas ini.Melalui penguraian mikroorganisma, bakteria pendenitritan akan menguraikan nitrit dalam tanah dan menukarkannya kepada gas nitrogen yang akan dibebaskan semula ke ruang atmosfera. Ia, berlaku secara semula jadi melalui tindakan kilat dan air hujan.

TUMBUHAN LEGUM (KEKACANG)

Gas nitrogen akan meresap ke dalamBakteria pengikat nitrogen (Frankia alni) yang terdapat dalam legum akar tumbuhan kekacang. Bakteria ini akan menukarkan gas nitrogen kepada nitrat. Nitrat akan diserap oleh akar tumbuhan hijau.

PROSES

Pengikatan Nitrogen

Gas nitrogen di atmosfera ditukar kepada bentuk yang boleh digunakan oleh organisma iaitu protein. Tumbuhan tidak dapat menggunakan Nitrogen di udara. Nitrogen di udara perlulah diikat dahulu menjadi sebatian Nitrogen seperti ammonia sebelum dapat digunakan oleh tumbuhan.Nitrogen di udara boleh diikat olehbakteria pengikatNitrogen (Rhizobium pada pokok legum, azotobacter) dan sianobakteria (alga biru hijau sepertiNostoc dan anabaena) Sebahagian kecil diikat oleh kilat. Dalam perindustrian pula, pengikatan nitrogen untuk membuat baja.

Nitrifikasi

Bakteria Nitrosomonas mengoksidakan ammonia menjadi nitritsetelah tumbuhan atau haiwan mati.Nitrosomonas AmmoniaNitrit

Nitrobacter mengoksidakan laginitrit menjadi nitrat.NitrobacterNitrit Nitrat

Asimilasi

Dengan menggunakan ammonia dannitrat, tumbuhan dapat membina protein. Haiwan memakan protein tumbuhandan menggunakan asid aminonya untuk membina protein haiwan.

Ammoniafikasi

Proses biologi pertukaran sebatian nitrogen kepada ammonia atau ammonium. Bermula apabila organisma menghasilkan sisa buangan seperti urea dan asid urik. Selepas organisma mati akan mengalami pereputan dan membebaskan ammonia yang akan diserap oleh tanahDenitrifikasi

Bakteria pendenitritan mampumenguraikan nitrat menjadi gas Nitrogen dan oksigen semula. Gas Nitrogen dilepaskan diudara manakala oksigen digunakan oleh bakteria.

Aktiviti manusia yang mempengaruhi kitaran nitrogen

KepentinganSumber protein

Nitrat yang melarut resap dalam tanah diserap oleh tumbuhan untuk membina protein dalam tumbuhan.Tumbuhan yang mengandungi Protein tersebut menjadi makanan oleh haiwan-haiwan herbivor.Nitrat dalam tanah akan ditukarkan kepada gas nitrogen supaya bebas semula ke udara oleh bakteria pendenitritan / bakteria pengurai nitrat. Salah satu komponen fotosintesis

Nitrogen merupakan salah satu komponen fotosintesis tumbuhan hijau. Hal ini kerana Nitrogen ialah juzuk dalam Klorofil & Enzim ketika Fotosintesis. Tanpa klorofil maka proses pembentukan makanan tidak akan berlaku (Fotosintesis). Apabila daun kekurangan Nitrogen maka Klorofil pada daun akan berkurangan & warna daun akan menjadi kekuningan yang menyebabkan daun keguguran & pertumbuhan tumbuhan menjadi lambat.Penghasilan baja

Baja dalam bidang pertanian berguna untuk menjamin pertumbuhan hasil penanaman yang subur. Contoh: Baja yang mempunyai komponen nitrogen di dalamnya ialah baja organik,baja urea amonia sulfat dan amonia nitrat.Memelihara kesuburan tanah bagi meningkatkan hasil tanaman Membekalkan nitrat kepada tumbuhan yang merupakan pengeluar dalam rantai makanan sebagai bekalan makanan manusia dan haiwan Mengekalkan keseimbangan kandungan nitrogen dalam alam ciptaan tuhanKITAR KALSIUM

Proses Daripada biosferaKalsium masuk daripada biosfera di atmosfera atau daripada organisma. Apabila haiwan mati, kalsium dalam badan haiwan tersebut akan mereput dan masuk ke dalam tanah.

2. Di dalam tanahAir akan membawa kalsium daripada tanah melalui luluhawa. Kalsium di dalam tanah tidak larut sehingga ia dipecahkan oleh mikrob ke dalam bentuk yang boleh digunakan. Kalsium disimpan di dalam batu oleh mineral. Kalsium boleh diserap oleh akar tumbuhan.

3. Tumbuh-tumbuhanKalsium akan menjadi bentuk organik apabila diserap oleh tumbuhan. Kalsium dikitar semula antara akar tumbuhan dan tanah. Haiwan herbivor makan tumbuh-tumbuhan atau minum air dan kalsium akan kembali semula ke biosfera. Jika tumbuhan atau haiwan mati, pengurai memecahkan organisma dan kalsium dikembalikan semula kepada air atau tanah.

Aktiviti manusia yang mempengaruhi kitaran nitrogenPembakaran hutanAktiviti pembalakanPemburuan hidupan liar

Kepentingan Mengekalkan kesuburan tanahMembantu dalam proses penguraian

Kitar karbonProses Kitar karbonmerupakan proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam atmosfera secara berterusan.

Kitar karbon bermula denganpengikatan gas karbon dioksidaoleh tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis.Haiwan yang makan tumbuhan,memperolehiunsur-unsur karbondaripadanya.Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan dantubuh haiwan akanmereput.Pereputanyang dilakukan oleh bakteria dan kulat dalam tanah membebaskan karbon dioksida.Pembakaranbahan-bahan api yang mengandungi karbon seperti arang batu dan petroleum jugamembebaskan karbon dioksida.Semasapernafasan,kesemua tumbuhan dan haiwan membebaskan karbon dioksida.

Jadi,proses-proses seperti pereputan,pembakaran dan pernafasan diseimbangkan oleh fotosintesis.

Aktiviti manusia yang boleh meningkatkan kadar penghasilan gas karbon dioksida, CO2i) Pembalakan berlebihan tanpa tanam semula.ii) Pembakaran bahan fosil dalam industri.iii) Pembakaran sampah sarap secara terbuka.iv) Petani pindah membakar hutan.kitaran karbon dalam kehidupanPengambilan nutrien yakni karbon dioksida keluar dari kitaran karbon melalui:

i) Pemburuan haiwan hutan dan dibawa ke tempat lainii) Perlombongan arang batu atau minyak, sumber ini diseksport ke tempat / negara lain.iii) Kayu balak dieksport ke tempat lain.Kepentingan karbon dalam kehidupanPenghasilan petroleum.Biochar (karbon di dalam tanah)Menggelakkan pemanasan global dan gangguan cuacaKitaran sulfurProses kitaran sulfurMenerusi rantaian makanan,beberapa jenis bakteria boleh mengeluarkan hidrogen sulfida daripada tisu-tisu yang direputkan.Di dalam udara nitrogen sulfida boleh dioksidakan menjadi sulfatSeterusnya sulfat yang terhasil ini akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.Sulfur sukar dilarutkan dalam air,tetapi jika terdapat ferum (besi) bersama-samanya maka sulfat boleh bergabung dengan besi tersebut menwujudkan besi sulfida atau ferum sulfida yang juga tidak akan larut dalam air.Aktiviti manusia yang mempengaruhi kitaran sulfurHujan asidDi dalam udara, gas sulfur dioksida akan dioksidakan sekali lagi oleh oksigen menjadi sulfur trioksida yang seterusnya akan larut di dalam air hujan menjadi asid sulfurik.Hujan yang turun akan akan membawa bersama asid sulfurik dan apabila titisan hujan menimpa tanah maka asid sulfurik akan diresapkan dan tersimpan kembali ke dalam tanah.

2. Penghasilan bajaSulfur semakin banyak digunakan sebagai satu komponen baja. Sulfur meningkatkan kecekapan penggunaan nutrien tumbuhan penting yang lain, khususnya nitrogen dan fosforus

KITARAN FOSFORUSKEPENTINGAN YANG DIPEROLEH DARIPADA KITARAN FOSFORUSLokasi berlakunya kitaran fosforusLokasiPeneranganFosfat pada batuan mendakan dalam bentuk ion fosfat ini telah diserap oleh tumbuhan.Tumbuhan mengambil fosfat dari tanah.

Haiwan menggabungkan fosfat ke dalam gigi, tulang dan cangkerang.

Penguraian bakteria dan kulat.

Penyerapan ion fosfat tak organik oleh organisma autotrof.

Proses Kitaran Fosforus

Fosfat dalam batuFosfat dalam bahan organikFosfat dalam larutanFosfat dalam tanah (bukan organik)Mendakan fosfat (pepejal)Detritivor dalam tanahDetritus Luluhawa batuanBatu TumbuhanHaiwan Penguraian Batu Aktiviti Manusia yang Mengancam Kitaran FosforusTERIMA KASIH