PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYELENGGARAAN MESIN … · Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan...
Transcript of PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYELENGGARAAN MESIN … · Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan...
IIKKLLAANN SSEEBBUUTT HHAARRGGAA
BBAAHHAAGGIIAANN PPEERRMMAATTAA JJAABBAATTAANN PPEERRDDAANNAA MMEENNTTEERRII PPRRIIMMEE MMIINNIISSTTEERR DDEEPPAARRTTMMEENN
AARRAASS 33,, BBLLOOKK PPOODDIIUUMM,, MMEENNAARRAA UUSSAAHHAAWWAANN PPEERRSSIIAARRAANN PPEERRDDAANNAA,, PPRREESSIINNTT 22
6622665522 PPUUTTRRAAJJAAYYAA
Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod
bidang seperti berikut adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga :
PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYELENGGARAAN MESIN PENYALIN DI BAHAGIAN PERMATA, JABATAN PERDANA MENTERI
SELAMA TIGA (3) TAHUN
I. 220201 Penyelenggaraan mesin-mesin pejabat
II. 221502 Penyewaan mesin dan peralatan pejabat Semua sebut harga hendaklah sampai ke Pejabat seperti di alamat berikut: Bahagian PERMATA, Aras 3, Blok Podium, Menara Usahawan,
Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
Pada atau sebelum 25 APRIL 2018 (RABU) jam 12.00 tengah hari
Bahagian PERMATA tidak terikat kepada sebut harga yang terendah sekali atau mana-mana sebut harga.
Jika pihak tuan berminat dengan tawaran ini, pihak tuan boleh menghubungi
urus setia di emel [email protected] untuk maklumat lanjut. Tarikh iklan : 18 April 2018 Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri
1
DOKUMEN SEBUTHARGA
BAHAGIAN PERMATA
JABATAN PERDANA MENTERI
PERMATA/S/1/2018
PERKHIDMATAN SEWAAN DAN
PENYELENGGARAAN MESIN PENYALIN DI
BAHAGIAN PERMATA, JABATAN PERDANA
MENTERI SELAMA TIGA (3) TAHUN
2
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Jadual 1 Kenyataan Sebutharga 3 - 4
2 Jadual 2 Arahan kepada Penyebutharga 5 - 9
3 Jadual 3 Syarat-syarat kepada Penyebutharga 10 - 18
Senarai Semak Dokumen Kewangan 19
4 Lampiran A Surat Akaun Pembida 20
5 Lampiran B Keterangan Mengenai Penyebutharga 21 - 23
6 Lampiran C Surat Akuan Penyebutharga 24 - 25
7 Lampiran D Jadual Tawaran Harga 26
8 Lampiran E Senarai Pengalaman 27
9 Lampiran Q Sebutharga untuk Bekalan/Perkhidmatan 28 - 31
Senarai Semak Dokumen Teknikal 32
10 Lampiran F Jadual Penentuan Spesifikasi Teknikal
Mesin Fotostat Digital Medium (warna/hitam/putih)
33 - 38
11 Lampiran G Jadual Penyelenggaraan dan Sokongan
Teknikal 39 - 41
3
KENYATAAN SEBUTHARGA
JADUAL 1
4
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA 1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah bagi menyertai sebutharga berikut:
No./ Tajuk Sebutharga Kod Bidang
Pendaftaran Tarikh Tutup Sebutharga
PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYELENGGARAAN
MESIN PENYALIN DI BAHAGIAN PERMATA
JABATAN PERDANA MENTERI SELAMA TIGA (3) TAHUN
PERMATA/S/1/2018
220201 Penyelenggaraan mesin-mesin pejabat 221502 Penyewaan mesin dan peralatan pejabat
12.00 TENGAH HARI, 25 APRIL
2018 (Rabu)
2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai 18 APRIL 2018 (RABU) melalui
Laman Web PERMATA http://www.programpermata.my/en/negara/tender . 3. Tawaran sebutharga hendaklah dibuat berdasarkan kepada spesifikasi
bekalan/perkhidmatan di Lampiran F yang disertakan.
4. Tawaran Sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran seperti butiran di bawah:
Alamat: Bahagian PERMATA, Aras 3, Blok Podium, Menara
Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
5. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai Sebut Harga tersebut,
hendaklah menghubungi pegawai seperti berikut: 5.1 Encik Sahrul Aswadi bin Che Shaffaii - 03-88805133 5.2 Puan Siti Nurizzati binti Tahir - 03-88805090
5.3 Puan Sabariah binti Saad - 03-88805176
5
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
JADUAL 2
6
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA NO. SEBUTHARGA: PERMATA/S/1/2018
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYENGGARAAN MESIN
PENYALIN DI BAHAGIAN PERMATA, JABATAN PERDANA MENTERI
1. PERIHAL SEBUT HARGA 1.1 Sebut Harga ini adalah untuk perkhidmatan sewaan dan
penyenggaraan mesin penyalin di Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri Selama Tiga (3) tahun.
1.2 Objektif sewaan mesin penyalin adalah untuk kegunaan kakitangan Bahagian PERMATA dalam tugasan seharian mereka.
1.3 Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada arahan-arahan, syarat-syarat am, syarat-syarat khas dan syarat-syarat tambahan yang ditetapkan.
2. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA
2.1. Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-
syarat dalam dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebut Harga.
2.2. Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas
mengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah ditaip atau ditulis tangan dengan jelas dan terang.
2.3. Setiap pembetulan atau pindaan yang dibuat hendaklah ditandatangan ringkas dan dicop dengan cop rasmi syarikat setentang dengan pembetulan atau pindaan tersebut.
3. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN
3.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga dan Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah ditandatangan ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen Sebut Harga serta dicopkan dengan cop Penyebut Harga (syarikat). Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.
7
4. PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN 4.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 ).
4.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 )
5. DOKUMEN-DOKUMEN TAWARAN PENYEBUT HARGA
5.1 DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN & TEKNIKAL
5.1.1 Penyebut Harga hendaklah memasukkan Dokumen yang seperti di Senarai Semak ke dalam Peti Tawaran seperti yang ditetapkan sebelum atau pada 25 April 2018 (sebelum jam 12.00 tengahari) di alamat yang ditetapkan dalam Kenyataan Tawaran.
5.1.2 Harga yang ditawarkan hendaklah juga termasuk caj kenaan (“charge”) sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi yang disempurnakan.
5.1.3 Bahagian PERMATA tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan penerimaan Cadangan Kewangan dan Cadangan Teknikal atau kehilangan borang-borang berkaitan Sebut Harga tersebut.
6. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
6.1 Dokumen sebutharga hendaklah dikemukakan ke dalam dua (2)
sampul surat berasingan “A” dan “B” seperti berikut :- 6.1.1 Sampul Surat “A” adalah “Dokumen Tawaran Kewangan”
1 LAMPIRAN A – Surat Akuan Pembida 2 LAMPIRAN B – Keterangan Mengenai Penyebutharga 3 LAMPIRAN C – Surat Akuan Penyebutharga 4 LAMPIRAN D – Jadual Tawaran Harga 5 LAMPIRAN E – Senarai Pengalaman 6 LAMPIRAN Q – Sebutharga untuk Bekalan/Perkhidmatan
8
7 Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (Wajib) Salinan sijil pendaftaran Bumiputera dengan Kementerian
Kewangan (Jika berkaitan) 8 Salinan Penyata Akuan Bank (3 bulan terkini)(Wajib) 9 Salinan Sijil Pendaftaran GST (Jika berkaitan)
10 Salinan Sijil SSM (Wajib) 11 Profil Syarikat (Wajib) 12 Katalog (Wajib)
6.1.2 Sampul Surat “B” adalah “Dokumen Tawaran Teknikal”
1 Lampiran F – Jadual Penentuan Spesifikasi Mesin Fotostat Digital Medium (Warna/Hitam/Putih)
2 Lampiran G – Jadual Penyelenggaraan dan Sokongan Teknikal
3 Jadual Pelaksanaan (Preventive Maintenance)
6.2 Penyebutharga hendaklah menyatukan kedua-dua sampul di atas ke
dalam satu sampul surat yang lebih besar (Dalam 2 Salinan : ASAL dan SALINAN) dan berlakri serta ditandakan sebelah kiri (atas) sampul surat hendaklah dicatat perkataan :
6.3 Sebutharga hendaklah dialamatkan kepada : Bahagian PERMATA Aras 3, Blok Pordium, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
6.4 Penyebut Harga menanggung sendiri semua kos yang terlibat
berhubung dengan Sebut Harga yang disertainya. 6.5 Penyebut Harga juga diingatkan agar menghantar dokumen Sebut
Harga yang lengkap sebelum atau pada jam 12.00 tengahari (tarikh sebut harga ditutup). Penghantaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
6.6 Bahagian PERMATA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kos
yang terlibat oleh Penyebut Harga sekiranya Sebut Harga ini dibatalkan.
SULIT
No Cadangan Pembekal SEBUT HARGA PERMATA BIL. 1/2018
DOKUMEN TAWARAN
9
6.7 Semua maklumat hendaklah sebaik- baiknya ditaip/ditulis dengan baik dan jelas. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA BORANG SEBUT HARGA YANG TIDAK LENGKAP DIISI, TIDAK DISERTAKAN SALINAN-SALINAN SIJIL/DOKUMEN WAJIB ATAU TIDAK DITANDATANGANI AKAN DITOLAK.
7. MAKLUMAN Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebut Harga boleh dikemukakan kepada: 7.1 Encik Sahrul Aswadi bin Che Shaffaii - 03-88805133 7.2 Puan Siti Nurizzati binti Tahir - 03-88805090 7.3 Puan Sabariah binti Saad - 03-88805176
10
SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA
JADUAL 3
11
SYARAT-SYARAT AM
Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga ditolak. 1 KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA
Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, bertaraf Bumiputera dalam bidang Penyelenggaraan mesin-mesin pejabat dan Peyewaan dan Pengurusan – Mesin dan Peralatan Pejabat di bawah Kod Bidang 220201 dan 221502 serta masih sah pendaftarannya semasa syarikat yang berjaya memulakan kerja-kerja kontrak. Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen Sebut Harga. Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebut Harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan/pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.
2 TEMPOH KONTRAK
2.1 Tempoh kontrak sebutharga ini mulai 15 Mei 2018 hingga 14 Mei 2021;
2.2 Tempoh kontrak ini adalah bergantung kepada mutu perkhidmatan dan
yang disediakan oleh Syarikat; dan 2.3 Bahagian PERMATA berhak menamatkan perjanjian kontrak sebelum
berakhir tempoh kontrak dengan memberikan notis tiga puluh (30) hari kepada pihak kontraktor jika sekiranya pencapaian prestasi tidak memuaskan.
3 SPESIFIKASI, SKOP DAN STANDARD KUALITI KERJA
3.1 Penyebut harga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop dan standard kualiti kerja bagi Pembekalan di dalam Lampiran F supaya tidak timbul masalah kesilapan dalam meletak harga.
3.2 Perkhidmatan Pembekalan akan dilaksanakan mengikut spesifikasi,
skop kerja dan “standard” kualiti kerja yang dinyatakan dalam Lampiran F.
12
4 KADAR DENDA
Penyebut Harga sekiranya ditawarkan sebut harga ini akan dikenakan denda seperti berikut : 4.1 Kontraktor gagal melakukan pembekalan yang menepati kualiti
akan dikenakan potongan bil menurut kadar 10% daripada jumlah harga yang dihantar.
4.2 Kontraktor yang menghantar bekalan tiruan haruslah menanggung/mengantikan segala kerugiaan akibat dari bekalan tersebut.
4.3 Kontraktor gagal menghantar bekalan berdasar jadual yang
ditetapkan atau mengikut arahan atau permintaan Kerajaan maka akan dikenakan denda sebanyak 5% dari nilai kelengkapan tersebut. (**kadar denda tertakluk kepada perubahan sekiranya ada).
5 TEMPOH SAHLAKU SEBUT HARGA
Tempoh sahlaku Sebut Harga ini adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh Sebut Harga ditutup.
6 SETUJU TERIMA SEBUT HARGA
Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga jua pun. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebut Harga berhubung sebab – sebab Penyebut Harga tidak berjaya.
7 PERUBAHAN SYARAT-SYARAT
7.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada semasa ke semasa syarat-syarat yang dinyatakan dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, peralatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.
7.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan
perbelanjaan bagi pengeluaran, maka harga peralatan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua – dua pihak secara bertulis.
13
8 TEMPOH PEMBEKALAN Tempoh penghantaran mesin fotostat adalah satu (1) minggu dari tarikh surat setuju terima.
9 PENAMATAN PERSETUJUAN
9.1 Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan:
9.1.1 Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap mana-
mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;
9.1.2 Jika Penyebut Harga Kontraktor itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Kontraktor itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan - keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan. Atau
Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut Harga) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak.
10 PERTIKAIAN
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Kontraktor, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh Kontraktor. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.
14
11 IKLAN
Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.
SYARAT-SYARAT KHAS
1. SPESIFIKASI TEKNIKAL
1.1 Bahagian PERMATA boleh mengubah penentuan spesifikasi dan pembekalan yang ditawarkan jika perlu. Perubahan spesifikasi ini akan dimaklumkan kepada Penyebut Harga sekiranya ada.
1.2 Bahagian PERMATA tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kelewatan untuk membuat cadangan spesifikasi teknikal & harga serta kelewatan menghantar dokumen sokongan Penyebut Harga.
2. HARGA TAWARAN
2.1 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan
dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan ia hendaklah termasuk semua kos menghantar memunggah, mengangkut dan membungkus.
2.2 Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan kepada
jumlah harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan harga, harga seunit tiap-tiap item akan diambil kira. Jika terdapat perbezaan jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambil kira.
3. BARANGAN
3.1 Semua peralatan hendaklah tulen, keadaan baik dan boleh digunapakai.
3.2 Spesifikasi hendaklah merujuk kepada Lampiran F.
3.3 Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki peralatan itu
diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa sama pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
3.4 Penyebut Harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau
pengujian apabila dikehendaki.
15
3.5 Jaminan mutu selama tiga (3) bulan dari tarikh penghantaran /penerimaan bekalan hendaklah diganti oleh syarikat tanpa sebarang kos.
3.6 Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa peralatan
perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam pelawaan ini.
3.7 Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada
barang-barang yang telah dipersetujui (tidak mengikut spesifikasi), tawarannya boleh ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
3.8 Perbelanjaan yang dilakukan mengenai peralatan yang ditolak itu
hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga tanpa melibatkan sebarang kos oleh Bahagian PERMATA.
3.9 Penyebut Harga hendaklah mengemukakan surat akuan daripada
pengeluar produk bagi sekali penghantaran seperti di Lampiran F bagi menjamin kualiti barangan.
4. JADUAL PENGHANTARAN
4.1 Penyebut Harga yang berjaya WAJIB membuat penghantaran ke tempat seperti alamat yang tertera; Bahagian PERMATA Aras 3, Blok Pordium, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya. Kerajaan berhak ke atas penghantaran berdasarkan permintaan yang munasabah dan bagi kes - kes kecemasan.
4.2 Bahagian PERMATA adalah sentiasa berhak untuk menangguhkan
atau mempercepatkan jadual penghantaran tersebut bagi memenuhi keperluan semasa.
4.3 Penyebut Harga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung
risiko kos barang tersebut, buruh, pengangkutan dan segala yang perlu bagi membekal dan menghantar barang tersebut ke Bahagian PERMATA.
4.3 Penyebut Harga adalah bertanggungjawab ke atas sebarang
kesukaran atau kerosakan yang timbul akibat dari penggunaan barangan yang dibekalkan yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggung semua kos yang terlibat.
16
5. PEMBAYARAN
Pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Pembayaran akan dibuat pada bulan berikutnya 14 hari selepas menerima dokumen/tuntutan yang lengkap daripada syarikat.
6. SURAT SETUJU TERIMA
Surat Setuju Terima (SST) akan dihantar oleh Bahagian PERMATA kepada Penyebut Harga yang berjaya dan Surat Perakuan Penyebut Harga ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara Bahagian PERMATA dan Penyebut Harga tanpa mengambil kira sama ada Kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.
7. HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana dokumen Sebut Harga dan membatalkan proses Sebut Harga dan menolak semua dokumen Sebut Harga pada bila-bila masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat.
7.2 Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan Sebut Harga.
7.3 Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran teknikal,
tawaran harga dan keupayaan sebut harga serta lain-lain faktor yang difikirkan sesuai seperti berikut:
a) Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan kontrak kepada
Penyebut Harga yang menawarkan harga terendah; b) Keputusan Kerajaan adalah muktamad; c) Kerajaan berhak memilih lebih dari satu pembekal;
d) Kerajaan juga berhak mengubah spesifikasi Sebut Harga jika perlu;
e) Kerajaan berhak sama ada mempersetujui kesemua tawaran
Sebut Harga atau sebahagiannya; f) Kerajaan tidak memerlukan untuk memberi sebab penolakan
mana-mana Sebut Harga; dan
17
g) Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga tidak akan dilayan.
8. MODAL PUSINGAN
Kontraktor yang berminat mestilah mempunyai kemampuan kewangan dari segi modal pusingan, nilai bersih, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan sebagainya.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak. 1. Penyebut Harga jika berjaya adalah dikehendaki berbincang dengan pihak
Bahagian PERMATA untuk : i. Mengatur program kerja;
ii. Taklimat mengenai peraturan-peraturan Bahagian PERMATA; dan
iii. Lain-lain perkara yang berkaitan
2. Penyebut Harga hendaklah mengemukakan senarai nama pekerja yang akan menjalankan kerja-kerja perkhidmatan penyelenggaraan mesin penyalin seperti yang dicadangkan di Bahagian PERMATA. Senarai nama hendaklah mengandungi nama penuh, bangsa, kerakyatan dan nombor kad pengenalan/no. pasport. Bagi pekerja-pekerja yang bukan warga negara Malaysia adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga bahawa mereka mempunyai permit kerja yang sah.
3. Penyebut Harga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pekerja-
pekerjanya bagi hal seperti berikut:
i. Pembayaran gaji dan upah;
ii. Displin dan kebajikan;
iii. Keselamatan pekerja;
iv. Pengangkutan; dan
v. Pakaian seragam
4. Penyebut Harga semasa perkhidmatan sedang berjalan adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan:
i. Pekerja-pekerja Penyebut Harga; dan
ii. Harta-harta Bahagian PERMATA
18
Penyebut Harga adalah dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa kerosakan yang berlaku kepada harta-harta Bahagian PERMATA akibat daripada kelalaian dan kecuaian pekerja Penyebut Harga semasa menjalankan kerja-kerja dalam perkhidmatan sewaan dan penyenggaraan mesin penyalin seperti yang dicadangkan. Penyebut Harga dikehendaki meletakkan tanda ‘AMARAN’ sekiranya kerja-kerja yang sedang dijalankan itu mempunyai unsur-unsur bahaya kepada warga Bahagian PERMATA orang ramai.
5. Pegawai Bahagian PERMATA atau wakil-wakilnya adalah sentiasa berhak untuk memeriksa kerja-kerja yang sedang dilaksanakan. Penyebut Harga dikehendaki memberi kerjasama dan kemudahan kepada pegawai Bahagian PERMATA dan wakil-wakilnya untuk menilai serta memeriksa kerja-kerja yang sedang dijalankan.
6. Pihak Bahagian PERMATA berhak pada bila-bila masa menamatkan
perkhidmatan ini di antara Penyebut Harga dan Kerajaaan Malaysia sekiranya didapati perkhidmatan yang diberi oleh Penyebut Harga tidak memuaskan atau melanggar syarat-syarat Sebut Harga/perjanjian.
19
SENARAI SEMAK DOKUMEN KEWANGAN SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYENGGARAAN
MESIN PENYALIN DI BAHAGIAN PERMATA JABATAN PERDANA MENTERI
Sila Tandakan / bagi dokumen-dokumen yang disertakan
Bil. Perkara/ Dokumen Untuk Ditanda oleh Syarikat
Untuk Ditanda oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebutharga 1 LAMPIRAN A - Surat Akuan Pembida
2 LAMPIRAN B - Keterangan Mengenai Penyebutharga
3 LAMPIRAN C - Surat Akuan Penyebutharga
4 LAMPIRAN D - Jadual Tawaran Harga
5 LAMPIRAN E - Senarai Pengalaman 6 LAMPIRAN Q - Sebutharga untuk
Bekalan/Perkhidmatan 7 Salinan Sijil Kementerian Kewangan
Malaysia (Wajib) 8 Salinan sijil pendaftaran Bumiputera
dengan Kementerian Kewangan (Jika berkaitan)
9 Salinan Penyata Akaun bank (3 bulan terkini) (Wajib)
10 Salinan Sijil Pendaftaran GST (Jika berkaitan)
11 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Wajib)
12 Profil Syarikat (Wajib) 13 Katalog (Wajib) PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……………….(jika ada). Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :
20
LAMPIRAN A
SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUT HARGA : PERMATA/S/1/2018 PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYENGGARAAN MESIN PENYALIN DI BAHAGIAN
PERMATA, JABATAN PERDANA MENTERI SELAMA TIGA (3) TAHUN
Saya ………..………...………................................... nombor K.P ……………..................... yang mewakili Syarikat ……………………………………….................... Nombor pendaftaran …………………................................ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Bahagian PERMATA atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Bahagian PERMATA atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender /sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana- mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……….................…………..
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catatan:
i)*Potong mana yang tidak berkenaan. ii)Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
21
LAMPIRAN B
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA 1. NAMA PENYEBUT HARGA:
(Syarikat) 2. ALAMAT PENYEBUT HARGA:
i. Ibu Pejabat :
ii. Cawangan :
3. TELEFON PENYEBUT HARGA:
i. Ibu Pejabat : _______________________
ii.Telefon Bimbit : _______________________
iii. Faks : _______________________
iv. Cawangan : _______________________ 4. PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN
4.1. Tempoh Pendaftaran Mulai : ______________
(Wajib menyertakan salinan sijil) Hingga :_______________ 4.2. Taraf Penyebut Harga: Bumiputra / Bukan Bumiputra
(Wajib menyertakan Salinan sijil) 5. MODAL PENYEBUT HARGA: (Isi mana yang berkenaan sahaja)
5.1. Perseorangan/Perkongsian : RM __________________ 5.2. Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)/Berhad (Bhd) :
22
5.2.1. Modal Dibenar : RM ___________________ 5.2.2. Modal Dibayar : RM ___________________
6. BUTIR-BUTIR PEMILIKAN (OWNERSHIP) 6.1. Perseorangan:
Nama Pemilik: No. K/P:
6.2. Perkongsian:
Nama Pekongsi No. K/Pengenalan % Kongsian
6.3. Sendirian Berhad/Berhad
Nama Pemegang Saham No. K/Pengenalan % Bahagian
(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)
7. PENGALAMAN: (Sila nyatakan pengalaman berkaitan sebagai Lampiran E kepada Sebut Harga ini)
23
8. PENYATA KEWANGAN BAGI 3 BULAN TERAKHIR (Berdasarkan kepada bulan tarikh Sebut Harga dikeluarkan)
Baki Akaun Bank Tertinggi :
Baki Akaun Bank Terendah :
Penyata Bank mulai : hingga
Nilai Aset Semasa :
Nilai Liabiliti Semasa : ** PENYEBUT HARGA WAJIB menyertakan PENYATA KEWANGAN. Kegagalan menyertakan borang berkenaan akan menyebabkan Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan.
24
LAMPIRAN C
SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA Kepada :
Bahagian PERMATA, Aras 3, Blok Podium, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya. Tuan,
NOMBOR RUJUKAN SEBUTHARGA : PERMATA/S/1/2018 SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYENGGARAAN MESIN PENYALIN DI BAHAGIAN PERMATA JABATAN PERDANA MENTERI SELAMA TIGA (3) TAHUN
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat
mengambil bahagian dalam
Sebutharga untuk Perkhidmatan Sewaan dan Penyenggaraan Mesin Penyalin di
Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri. Harga yang ditawarkan dalam
sebutharga ini adalah berjumlah RM________________.(Jumlah keseluruhan).
2. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima serta
mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat sebutharga dan spesifikasi yang
terkandung dalam dokumen sebutharga. Syarikat juga telah memahami bahawa
Bahagian PERMATA berhak menerima atau menolak tawaran ini, sama ada harga
yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain.
3. Syarikat bersetuju bahawa harga sebutharga yang ditawarkan ini laku (valid)
selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebutharga. Dalam tempoh
tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada sebutharga ini dan meminda
harga.
4. Kami yang bertandatangan di bawah ini, setelah menyemak, adalah dengan
ini mengesahkan bahawa dokumen sebutharga yang digunakan untuk sebutharga
25
ini adalah yang sebenarnya dibeli oleh syarikat ini.
______________________
(Tandatangan orang yang diberi kuasa)
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Alamat :
Nama Saksi :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Alamat
26
LAMPIRAN D
JADUAL SEBUTHARGA PERKHIDMATAN BAHAGIAN PERMATA, JABATAN PERDANA MENTERI
JADUAL TAWARAN HARGA
KADAR SEWAAN
ITEM HARGA SEUNIT (RM)
CAJ GST (6%) (Pembekal yang telah berdaftar dengan GST)
KUANTITI YANG
DIPERLUKAN JUMLAH
(RM)
Mesin Fotostat Digital
Tugas Sederhana (Medium Duty)
Hitam, Putih dan Warna
2 unit
JUMLAH SEWA SEBULAN
JUMLAH KESELURUHAN HARGA TAWARAN TERMASUK GST (36 BULAN)
*Nota : Sila pastikan KADAR SEWAAN sama seperti di Lampiran Q. Dengan ini disahkan bahawa Tawaran Sebut Harga adalah mengikut kadar di atas Tandatangan : Nama : Cop Penyebut Harga :
LAMPIRAN E
SENARAI PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYENGGARAAN MESIN PENYALIN DI LAIN-LAIN AGENSI
Bil. Nama/Jenis Kontrak
Nama dan Alamat Penuh
Jabatan/Institusi
Harga Kontrak (RM)
Tempoh Kontrak
MULA TAMAT
*Sila sertakan bersama Salinan Surat Setuju Terima/Pengesahan Prestasi Pembekal di Lain-lain agensi. *Sila guna helaian berasingan sekiranya tidak mencukupi.
31
28
(Kew. 284-Pin. 5/94)
LAMPIRAN Q
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
KERAJAAN MALAYSIA
(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga. Kepada (Nama Syarikat) ……................
……………………………………………….
……………………………………………….
No. Tel: ……………………………………
No. Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan :……………………………….
Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh Kementerian/ Jabatan (Alamat Lengkap)
Bahagian PERMATA, Aras 3, Blok Podium, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya. No. Telefon: 03-88805151
Tarikh: 25 APRIL 2018
Kod bidang pendaftaran yang relevan
dengan pembelian ini ...............................
1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1. Syarat penyerahan/penyempurnaan DIHANTAR SENDIRI OLEH
PEMBEKAL DI DALAM PETI SEBUTHARGA;
1.2. Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki SEPERTI SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN;
1.3 Arahan pengiriman BAHAGIAN PERMATA, JABATAN PERDANA
MENTERI;
No. Sebut Harga
PERMATA/S/1/2018
31
29
1.4. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda nombor sebut harga No. Sebutharga: PERMATA/S/1/2018;
1.5. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang
berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari 25 April 2018 (Rabu).
1.6. Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup. Tarikh: ......................... Tandatangan: ...............................................
Nama Pegawai: ............................................ Jawatan: ......................................................
31
30
Bil. Perihal bekalan/ perkhidmatan dan Syarat-
syarat khas
Unit Ukuran
Kuantiti/ Kekerapan
Kadar (RM)
Harga (RM)
Untuk diisi oleh Jabatan Untuk diisi oleh Penyebutharga
PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYENGGARAAN MESIN PENYALIN DI BAHAGIAN PERMATA, JABATAN PERDANA MENTERI SELAMA TIGA (3) TAHUN
Mesin Fotostat Digital (2 unit) Tugas Sederhana (Medium Duty)
Hitam, Putih dan Warna
Ditawarkan MENGIKUT SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN. * Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan.
JUMLAH KESELURUHAN Dalam perkataan : Ringgit Malaysia :
i. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih termasuk kos pengangkutan,
insurans, GST dan 0.4 peratus fi e-Perolehan;
ii. Sekiranya kontraktor memberi perkhidmatan tetapi tidak menepati kuantiti, spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan, pihak Kerajaan akan memotong sejumlah bayaran daripada jumlah tuntutan keseluruhan mengikut taksiran Kerajaan;
iii. Satu dokumen perjanjian perkhidmatan akan disediakan di antara pihak
Kerajaan dan Kontraktor; dan iv. Keputusan pihak Kerajaan adalah muktamad.
v. Tarikh penyerahan / penyempurnaan ialah.................................
31
31
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini. Tandatangan Penyebut Harga ............................................. Nama dan K/P : .............................................
Alamat Syarikat : ...............................................
…………………………………………………………
…………………………………………………………
Tarikh : ..............................................
31
32
SENARAI SEMAK DOKUMEN TEKNIKAL
SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYENGGARAAN MESIN PENYALIN DI BAHAGIAN PERMATA,
JABATAN PERDANA MENTERI SELAMA TIGA (3) TAHUN Sila Tandakan / bagi dokumen-dokumen yang disertakan
Bil. Perkara/ Dokumen Untuk Ditanda oleh Syarikat
Untuk Ditanda oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebutharga
1 LAMPIRAN F - Jadual Penentuan Spesifikasi Mesin Fotostat Digital Medium (Warna/Hitam/Putih)
2 Lampiran G – Jadual Penyelenggaraan dan Sokongan Teknikal
3 Jadual Pelaksanaan (Preventive Maintenance)
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……………….(jika ada). Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :
31
33
LAMPIRAN F
JADUAL SEBUT HARGA PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYELENGGARAAN MESIN PENYALIN DI BAHAGIAN PERMATA, JABATAN
PERDANA MENTERI
JADUAL PENENTUAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
MESIN FOTOSTAT DIGITAL TUGAS SEDERHANA (MEDIUM DUTY)
HITAM PUTIH WARNA STANDARD SPESIFIKASI (2 UNIT)
SPESIFIKASI TEKNIKAL MESIN
BIL DESKRIPSI SPESIFIKASI PEMATUHAN CADANGAN
PENYEBUT HARGA YA TIDAK
1 Mesin Fotostat Mesin Fotostat Digital Hitam & Putih & Warna
Jenama : Model :
2 Sistem Pemprosesan
Tidak kurang daripada 1.0 GHz
3 Memori Tidak kurang daripada 1.0 GB
4 Hardisk Tidak kurang daripada 120 GB
5 Meter Reading Ya
6 Teknologi Dokumen Feeder
Dokumen Feeder adalah standard dan boleh mengimbas dua belah dokumen pada satu masa yang sama (one
pass duplex)
7 Kapasiti Dokumen Feeder
Muatan minimum 100 helai dokumen asal
31
34
Dokumen Feeder boleh menerima pelbagai saiz kertas pada masa yang sama
8 Kapasiti Kertas Tidak kurang daripada muatan 550 helai kertas untuk semua dulang
9 Kapasiti dulang bypass
Tidak kurang daripada 100 helai kertas
10 Bilangan dulang kertas
Tidak kurang 4 dulang kertas
11 Saiz kertas Pelbagai saiz kertas (minima :A6,A5,A4 & A3)
12 Ketebalan kertas
Cetakan semuka
Tidak kurang daripada 53 gsm-210 gsm
Cetakan Duplex
Tidak kurang daripada 65 gsm-165 gsm
13 Masa Pemanasan (Warm-up Time)
Cold start tidak melebihi 60 saat
First copy tidak melebihi 5.9 saat
14 Menyalin Format Majalah dan Buku
Mempunyai keupayaan untuk membuat Salinan dalam format buku dan majalah setiap satu
31
35
15 Stapler finisher Berkeupayaan melakukan fungsi stapler pelbagai posisi dengan tidak kurang daripada 50 helaian
Kapasiti muatan output finisher tidak kurang daripada 2,000 helaian kertas (A4)
Keberatan kertas stapler finisher, tidak kurang daripada 64 gsm – 100 gsm
16 Skrin panel kawalan
Skrin sentuh, butang kawalan dan berwarna
17 Online
diagnostic
Berkeupayaan untuk memberi isyarat awal kepada pembekal tentang sebarang kerosakan
SPESIFIKASI FOTOSTATAN (COPY)
BIL DESKRIPSI SPESIFIKASI PEMATUHAN CADANGAN
PENYEBUT HARGA YA TIDAK
18 Kelajuan Menyalin (Copying
speed)
Tidak kurang daripada 50 helaian seminit bagi kertas A4. (45 ppm)
19 Menyalin depan dan
Tidak kurang daripada 24
31
36
belakang (Duplex)
helaian seminit bagi kertas A4. (22 ppm)
20 Stapler Standard dan boleh melakukan stapling sekurang-kurangnya 4 posisi
Stapler pin/Stapler Bullet dibekalkan secara percuma
21 Pengawalan pengecilan /Pembesaran (Zoom
Exposure)
Antara 25% - 400% dalam kadar 1%
22 Pemilihan Imej Boleh memilih jenis imej sama ada :
- Text
- Text/Photo
- Photo
23 Fungsi Menyalin
- Margin
Adjustment
- Job
Program
- Watermark
- Stamping
24 Pengimbasan Satu Laluan Kertas
Berkeupayaan untuk mengimbas dua muka surat dengan satu laluan kertas sahaja (one pass
duplex)
25 Penyusunan Elektronik (Electronic
Sekurang-kurangnya 2 cara iaitu normal sorting dan rotate
31
37
Sorting) sorting
SPESIFIKASI PENCETAK (PRINTING)
BIL DESKRIPSI SPESIFIKASI PEMATUHAN CADANGAN
PENYEBUT HARGA YA TIDAK
26 Kelajuan Mencetak (Printing
speed)
Tidak kurang daripada 50 helaian seminit bagi kertas A4. (45 ppm)
27 Mencetak depan dan belakang (Double- sided
printing)
Tidak kurang daripada 25 helaian seminit bagi kertas A4. (22 ppm)
28 Resolusi mencetak
1,200 dpi x 600 dpi
29 Protokol rangkaian (Network
protocol)
TCP/IP (Standard)
30 Network
Interface
- Minima USB 2.0
- Support Ethernet (1000base-T / 100base-TX/10base-T)
- USB Slot
31 Direct print Boleh mencetak terus daripada USB/SD
32 Printer
Languages
- PCL6 - PCL5e
33 Sistem pengoperasian
- Windows 8/8.1/10
31
38
(Operating
System) - Windows
2003/2008
SPESIFIKASI PENGIMBAS (SCANNING)
BIL DESKRIPSI SPESIFIKASI PEMATUHAN CADANGAN
PENYEBUT HARGA YA TIDAK
34 Kelajuan mengimbas (scanning
speed)
Tidak kurang daripada 50 hitam putih imej seminit (A4)(110 ipm)
Tidak kurang daripada 50 warna imej seminit (A4)(110 ipm)
35 Resolusi mengimbas
Menyokong sehingga 600 dpi
36 Destinasi imbasan
- Scan to folder
- Scan to PC/Server (FTP/SMB protocol)
- Scan to email
37 Ciri tambahan - Mengimbas kepada format gambar dan PDF
- OCR Solusi
- Mengabungkan pelbagai format fail kepada satu PDF
31
39
LAMPIRAN G
JADUAL PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN TEKNIKAL
Penyebut Harga hendaklah melengkapkan semua jawapan.
BIL DESKRIPSI SPESIFIKASI MINIMA
PEMATUHAN CADANGAN PENYEBUT
HARGA YA TIDAK 1 Penyelenggara
an Mesin Fotostat
Memastikan semua peralatan yang dibekalkan dalam keadaan baik dan boleh digunapakai
Pegawai Penyelenggaraan perlu melaporkan diri kepada penyedia dari pihak jabatan sebelum penyelenggaraan dilakukan
Penyebutharga dikehendaki memberi maklumbalas dan tindakan terhadap aduan kerosakan dalam masa tidak melebihi dua (2) jam bagi semua peralatan, bermula dari masa aduan kerosakan dimaklumkan.
Penukaran mesin gantian sekiranya kerosakan melebihi tempoh
31
40
satu (1) minggu.
Penyebutharga perlu memulangkan harddisk mesin fotostat kepada pihak Kerajaan setelah tempoh sewaan telah tamat atau sekiranya penggantian harddisk baru dilakukan
2 Alat Ganti Alat ganti hendaklah baru dan asli yang belum diguna mengemukakan berlabel dari pengeluar oleh pihak jabatan sebelum dipasang
Alat ganti seperti toner, drum dan sebagainya adalah terletak di bawah tanggungan penyebutharga
3 Penghantaran, Pemasangan dan Latihan
Penghantaran,Pemasangan dan Latihan diberi secara percuma
Latihan tambahan akan diberi secara percuma jika diperlukan Penyebutharga juga perlu mengemukakan manual atau
31
41
dokumentasi berkenaan pengendalian peralatan kepada pegawai yang berkenaan Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau kemaskini terhadap perisian/perisian aplikasi semasa penyewaan,penyebutharga hendaklah bertanggungjawab terhadap perubahan tersebut tanpa sebarang kos kepada pihak Kerajaan
4 Kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan
Nyatakan kemudahan-kemudahan lain yang dapat ditawarkan
5 Response
Time
Penyebutharga hendaklah mengambil tindakan penyenggaraan, pembaikan dan penggantian alat-alat ganti dalam masa 2 hingga 3 jam waktu bekerja dikira dari waktu panggilan, dengan syarat panggilan dibuat sebelum jam tiga petang pada hari yang sama. Jika panggilan diterima selepas waktu tersebut, penyenggaraan, pembaikan dan
31
42
penggantian alat-alat gentian akan dibuat sebelum jam 12.00 tengahari pada keesokan harinya.