Perkongsian sumber untuk kesihatan negara - pcb.gov.my agensi/2011/November/ · Kebergantungan pada...

4
Perkongsian sumber untuk kesihatan negara Oleh Dr Hasan Abdul Rahman Malaysia beraspirasi untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, yang digubal dan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia 10 kini dan 11 kelak, menyediakan landasan untuk mencapai hasrat tersebut. Sektor kesihatan negara tidak terkecuali dari arus penambahbaikan ini. 1Care for 1Malaysia merupakan pelan transformasi yang dicadangkan untuk menstruktur semula sistem penjagaan kesihatan agar perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada rakyat berlandaskan prinsip “guna ikut keperluan, bayar ikut kemampuan”. Infrastuktur dan sumber sistem penyampaian kesihatan negara ditunjangi bersama oleh sektor awam dan swasta. Semakin Malaysia menghampiri tahap negara berpendapatan tinggi, lebih banyak kemudahan kesihatan diperlukan untuk menampung pertambahan bilangan penduduk; peningkatan jangkahayat yang menjurus kepada lebih ramai golongan warga emas; perubahan corak penyakit dengan lebih penyakit kronik; dan kemajuan teknologi perubatan serta peningkatan ekspektasi pengguna. Untuk mencapai tahap infrastruktur kesihatan seperti di negara maju, lebih pelaburan diperlukan. Kebergantungan pada kerajaan untuk membangunkan semua fasiliti kesihatan akan melengahkan pencapaian ini dan memerlukan lebih banyak peruntukan untuk sektor kesihatan dari keseluruhan bajet kerajaan. Justeru, pelaburan dan sumbangan berterusan sektor swasta untuk membangunkan sistem penyampaian kesihatan adalah digalakkan. Akan tetapi, dalam situasi pembiayaan kesihatan sediada, pembangunan sektor swasta sedemikian akan melebarkan jurang akses perkhidmatan kesihatan antara penduduk bandar dengan luar bandar, dan antara rakyat yang mampu dengan yang kurang mampu. Di bawah cadangan pelan tranformasi 1Care for 1Malaysia, semua lapisan rakyat tanpa mengira tahap kemampuan masing-masing, mempunyai pilihan untuk mengguna perkhidmatan kesihatan kerajaan atau swasta. Penekanan akan diberikan bagi memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan primer yang berteraskan aspek promotif dan preventif. Ianya akan menggunakan konsep “doktor keluarga” di mana setiap orang akan berdaftar dengan seorang doktor kesihatan keluarga pilihan mereka untuk mendapat jagaan kesihatan primer. Atas pilihan sendiri, seseorang boleh mendaftar dengan doktor samada di klinik kerajaan atau swasta. Tiada sebarang caj akan dikenakan semasa mendapatkan rawatan dari doktor berkenaan sekiranya perkhidmatan tersebut tergolong dalam pakej faedah (benefits package) yang ditetapkan. Pesakit mungkin dikenakan sedikit bayaran bersama (co-payment), yang tidak membebankan, bagi

Transcript of Perkongsian sumber untuk kesihatan negara - pcb.gov.my agensi/2011/November/ · Kebergantungan pada...

Page 1: Perkongsian sumber untuk kesihatan negara - pcb.gov.my agensi/2011/November/ · Kebergantungan pada kerajaan untuk membangunkan semua fasiliti kesihatan akan melengahkan pencapaian

Perkongsian sumber untuk kesihatan negara

Oleh Dr Hasan Abdul Rahman

Malaysia beraspirasi untuk menjadi negara maju

dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Program Transformasi Kerajaan dan Program

Transformasi Ekonomi, yang digubal dan

dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia

10 kini dan 11 kelak, menyediakan landasan

untuk mencapai hasrat tersebut.

Sektor kesihatan negara tidak terkecuali dari

arus penambahbaikan ini. 1Care for 1Malaysia

merupakan pelan transformasi yang

dicadangkan untuk menstruktur semula sistem penjagaan kesihatan agar perkhidmatan yang berkualiti

dapat diberikan kepada rakyat berlandaskan prinsip “guna ikut keperluan, bayar ikut kemampuan”.

Infrastuktur dan sumber sistem penyampaian kesihatan negara ditunjangi bersama oleh sektor awam

dan swasta.

Semakin Malaysia menghampiri tahap negara berpendapatan tinggi, lebih banyak kemudahan kesihatan

diperlukan untuk menampung pertambahan bilangan penduduk; peningkatan jangkahayat yang

menjurus kepada lebih ramai golongan warga emas; perubahan corak penyakit dengan lebih penyakit

kronik; dan kemajuan teknologi perubatan serta peningkatan ekspektasi pengguna.

Untuk mencapai tahap infrastruktur kesihatan seperti di negara maju, lebih pelaburan diperlukan.

Kebergantungan pada kerajaan untuk membangunkan semua fasiliti kesihatan akan melengahkan

pencapaian ini dan memerlukan lebih banyak peruntukan untuk sektor kesihatan dari keseluruhan bajet

kerajaan.

Justeru, pelaburan dan sumbangan berterusan sektor swasta untuk membangunkan sistem

penyampaian kesihatan adalah digalakkan.

Akan tetapi, dalam situasi pembiayaan kesihatan sediada, pembangunan sektor swasta sedemikian akan

melebarkan jurang akses perkhidmatan kesihatan antara penduduk bandar dengan luar bandar, dan

antara rakyat yang mampu dengan yang kurang mampu.

Di bawah cadangan pelan tranformasi 1Care for 1Malaysia, semua lapisan rakyat tanpa mengira tahap

kemampuan masing-masing, mempunyai pilihan untuk mengguna perkhidmatan kesihatan kerajaan atau

swasta.

Penekanan akan diberikan bagi memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan primer yang berteraskan

aspek promotif dan preventif. Ianya akan menggunakan konsep “doktor keluarga” di mana setiap orang

akan berdaftar dengan seorang doktor kesihatan keluarga pilihan mereka untuk mendapat jagaan

kesihatan primer.

Atas pilihan sendiri, seseorang boleh mendaftar dengan doktor samada di klinik kerajaan atau swasta.

Tiada sebarang caj akan dikenakan semasa mendapatkan rawatan dari doktor berkenaan sekiranya

perkhidmatan tersebut tergolong dalam pakej faedah (benefits package) yang ditetapkan.

Pesakit mungkin dikenakan sedikit bayaran bersama (co-payment), yang tidak membebankan, bagi

Page 2: Perkongsian sumber untuk kesihatan negara - pcb.gov.my agensi/2011/November/ · Kebergantungan pada kerajaan untuk membangunkan semua fasiliti kesihatan akan melengahkan pencapaian

ubat-ubatan dan peralatan tertentu.

Perbelanjaan kesihatan meningkat

Bagi rawatan pakar atau penjagaan di hospital, pesakit terlebih dahulu akan dirujuk oleh doktor keluarga

masing-masing. Dengan ini, penggunaan perkhidmatan pakar dan penjagaan di hospital dapat

dioptimakan kepada pesakit yang benar-benar memerlukannya.

Pesakit yang perlu dirujuk boleh memilih untuk pergi ke hospital kerajaan atau swasta mengikut

kesesuaian.

Bagi perkhidmatan pakar atau jagaan hospital yang termasuk dalam pakej faedah yang ditetapkan,

pesakit tidak perlu membuat sebarang bayaran tambahan.

Bagi menyokong pelan transformasi sistem kesihatan ini, transformasi mekanisma pembiayaan

kesihatan juga diperlukan, untuk mengabungkan sumber pembiayaan kesihatan; mentadbir dana

kesihatan dengan lebih terurus; dan mengawal kenaikan kos penjagaan kesihatan secara mendadak.

Pada masa ini, pembiayaan perkhidmatan kesihatan negara berpunca daripada dua sumber, iaitu

kerajaan dan swasta. Masing-masing menyumbang sebanyak 55% dan 45% dari seluruh perbelanjaan

kesihatan.

Pembiayaan kerajaan datangnya daripada hasil am kerajaan (Government General Revenue), manakala

perbelanjaan swasta kebanyakannya datang daripada wang saku persendirian atau simpanan (out-of-

pocket, OOP), insurans kesihatan swasta dan pembiayaan oleh majikan.

Mengikut anggaran Akaun Kesihatan Nasional Malaysia, jumlah perbelanjaan kesihatan negara pada

tahun 2009 adalah RM33.7 billion (dalam harga RM tahun 2009). Jumlah ini kurang daripada 5%

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan lebih rendah daripada purata negara-negara

OECD yakni 9.7%.

Isu peningkatan kos penjagaan kesihatan sering diperkatakan sejak kebelakangan ini. Bukti sedunia

menunjukkan bahawa semakin kaya sesebuah negara, semakin tinggi perbelanjaan kesihatannya.

Dalam jangkamasa 13 tahun dari 1997-2009, perbelanjaan kesihatan Malaysia telah meningkat secara

purata 12-13% setahun, lebih daripada peningkatan kadar inflasi am.

Tanpa transformasi kepada mekanisma pembiayaan kesihatan, perbelanjaan kesihatan negara secara

kasar dianggar akan mencecah RM102 billion menjelang tahun 2020. Perbelanjaan ini akan ditanggung

lebih oleh rakyat melalui perbelanjaan OOP dan insurans kesihatan swasta.

Mekanisma pembiayaan kesihatan yang dicadangkan adalah gabungan hasil am kerajaan dan skim

insurans kesihatan sosial (Social Health Insurance-SHI). Ianya melibatkan perkongsian caruman

pekerja, majikan dan kerajaan.

Justeru, penekanan diberi kepada tanggungjawab individu dan keluarga serta komuniti dan sektor

korporat untuk turut sama memainkan peranan bersama Kerajaan, dalam perkongsian kos

perkhidmatan kesihatan.

Dana terkumpul ini akan diuruskan oleh satu organisasi kerajaan yang bertanggungjawab kepada

Kementerian Kesihatan (KKM).

Konsep 1Care for 1Malaysia

Dewasa ini, ada juga pesakit yang masih tidak mampu membayar kos penjagaan kesihatan yang

dikenakan, terutama apabila mendapatkan perkhidmatan daripada sektor swasta.

Page 3: Perkongsian sumber untuk kesihatan negara - pcb.gov.my agensi/2011/November/ · Kebergantungan pada kerajaan untuk membangunkan semua fasiliti kesihatan akan melengahkan pencapaian

Perlindungan kewangan (financial protection) sediada, yang tidak mencukupi, menyebabkan pesakit

terpaksa menanggung beban kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Melalui SHI, masalah ini akan dapat diatasi dengan pembiayaan prabayar (prepay) berkala yang lebih

kecil dan terurus.

Oleh itu, perbelanjaan mendadak daripada wang OOP pada masa ditimpa penyakit akan dapat

dikurangkan. Caruman SHI adalah mengikut kemampuan sesebuah keluarga.

Menggunakan konsep subsidi silang (cross-subsidy), golongan kaya, muda dan sihat akan

menyumbang untuk golongan yang kurang mampu, tua dan sakit.

Namun, golongan yang miskin dan kurang bernasib baik akan terus menerima pakej faedah rawatan

yang sama, melalui pembiayaan kerajaan. Penyaluran subsidi kerajaan kepada kumpulan sasaran ini

dapat diagihkan dengan lebih telus, adil dan saksama.

Setelah bertahun meneliti isu-isu penambahbaikan sistem kesihatan negara, mengadakan perbincangan

dengan pihak-pihak berkepentingan dan menerima pelbagai maklumbalas, KKM telah membangunkan

kertas konsep 1Care for 1Malaysia.

Konsep ini dibentangkan kepada Perdana Menteri dan ahli Majlis Ekonomi pada 11 Ogos 2009. Laporan

susulan pula dibentangkan pada 22 Mac 2010 untuk memberikan maklumat tambahan dan maklumbalas

lanjut.

Seterusnya, KKM diberi mandat untuk memperincikan pelan pelaksanaan 1Care dalam tempoh dua

tahun ini.

Rangka tindakan (blueprint) 1Care merangkumi strategi bagi menangani isu-isu utama yang mungkin

timbul; serta pelan komunikasi strategik yang efektif untuk memaklumkan kemajuan usaha tersebut dan

mengumpul maklumbalas membangun.

Pada masa ini, 11 Kumpulan Kerja Teknikal telah dibentuk untuk menyediakan cadangan-cadangan

strategik, input teknikal dan pengetahuan bagi isi kandungan rangka tindakan tersebut.

Beberapa jawatankuasa turut menyelia pembangunan rangka tindakan ini dan memberi bimbingan serta

hala tuju dasar. Pelbagai rundingan dengan pihak berkepentingan telah dan masih dijalankan untuk

mendapatkan input dan pertanyaan serta memaklumkan kemajuan usaha.

Aktiviti ini juga merangkumi bengkel, seminar dan penyelidikan mengenai pelbagai komponen

transformasi sistem kesihatan. Dengan itu, kapasiti dan pemahaman pihak-pihak berkepentingan yang

utama turut dirangsang.

KKM juga sedang dalam proses mengambil kumpulan pakar runding yang mempunyai pengetahuan

global dan pengalaman dalam bidang-bidang spesifik bagi membantu pembangunan dan pelaksanaan

proses transformasi 1Care.

Langkah ini akan memastikan bahawa rangka tindakan yang dibangunkan, memberi perhatian kepada

semua aspek transformasi sistem kesihatan secara komprihensif, agar dapat meningkatkan kualiti hidup

penduduk negara.

Selain dari meningkatkan status kesihatan rakyat, 1Care for 1Malaysia juga dapat memupuk perpaduan

sosial dan kesaksamaan dalam bidang kesihatan.

Sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi, transformasi ke

atas sistem penjagaan kesihatan semasa, dengan perkongsian semua sumber kesihatan negara, perlu

dilaksanakan demi memenuhi keperluan rakyat dan negara.

Page 4: Perkongsian sumber untuk kesihatan negara - pcb.gov.my agensi/2011/November/ · Kebergantungan pada kerajaan untuk membangunkan semua fasiliti kesihatan akan melengahkan pencapaian

Dr Hasan Abdul Rahman adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Excerpt: 1Care for 1Malaysia merupakan pelan transformasi yang dicadangkan untuk menstruktur semula

sistem penjagaan kesihatan.

Post date: 2011-12-03 09:03:18

Post date GMT: 2011-12-03 01:03:18