PERLEMBAGAAN KELAB

4
SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN, 71800 NILAI, N. SEMBILAN Tel : 06-7914191 Fax : 06-7917591 Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh : Jan 2015 PERLEMBAGAAN 1. NAMA PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM KELAB BOLA JARING 2. ALAMAT Alamat Persatuan / Kelab ini ialah di SK Jijan, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. 3. OBJEKTIF Persatuan bertujuan antara lain ialah :terdiri daripada guru sekolah ini. 3.1 Mewujudkan masyarakat murid yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan Negara melalui aktiviti persatuan.

description

Perlembagaan Persatuan

Transcript of PERLEMBAGAAN KELAB

SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN, 71800 NILAI, N. SEMBILAN Tel : 06-7914191 Fax : 06-7917591 Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Tarikh : Jan 2015

PERLEMBAGAAN1. NAMA PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM KELAB BOLA JARING

2. ALAMAT Alamat Persatuan / Kelab ini ialah di SK Jijan, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

3. OBJEKTIF Persatuan bertujuan antara lain ialah :terdiri daripada guru sekolah ini. 3.1 Mewujudkan masyarakat murid yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan Negara melalui aktiviti persatuan. 3.2 Memberi pengalaman dan pengetahuan asas bagi menjalankan kerja-kerja persatuan. 3.3 Sebagai persediaan masa depan untuk melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat membina kepimpinan, mengukuh integrasi dan meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dalam usaha melahirkan budaya sekolah unggul.

4. KEAHLIAN 4.1 Dibuka kepada semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 sekolah ini. 4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

5. GURU PENASIHAT 5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. 5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksanakan atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikir perlu.

6. AHLI JAWATANKUASA6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agong.6.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.6.3 Pemilihan AJK adalah secara undian.6.4 Tindakan disiplin adalah mengikut cara yang berikut :6.4.1 Amaran lisan 6.4.2 Amaran bertulis 6.4.3 Menggantung keahlian 6.4.4 Pecat keahlian6.5 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian6.6 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat unit beruniform/persatuan/kelab/sukan/permainan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.

7. PINDAAN PERLEMBAGAAN7.1 Mana-mana bahagian dan perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.7.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah dengan secara bertulis.7.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut atau meluluskan sekiranya perlu.7.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar.

8. HAL-HAL LAIN 8.1 Setiap ahli mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 8.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti-aktiviti dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab sekolah

..( )