Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 -...

55

Transcript of Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 -...

Page 1: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...
Page 2: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme Melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka dan dengan Sultan negeri-negeri dan British.

Perlembagaan Malaya dan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, Orang Asli dan juga etnik-etnik lain.

Page 3: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaannya bersifat mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat pelbagai etnik yang sivil.

Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas untuk membina negara moden Malaya dan Malaysia.

Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

Page 4: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan : dokumen yang mengandungi semua undang undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya.

Perlembagaan menjadi sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan.

Semua undang undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan

Page 5: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan suasana muhibah, penerimaannya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya.

Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang-undang tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah, perkembangandan tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik

Page 6: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan iaitu:

i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara.

ii. Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah negara.

iii. Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain di dalam negara.

iv. Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara.

v. Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara.

Page 7: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis.

Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.

Secara ringkas, Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.

Page 8: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan Persekutuan adalah unik kerana mengekalkan unsur-unsur tradisi seperti :

1. Agama Islam

2. Bahasa Melayu

3. Kedudukan istimewa orang Melayu

4. Pemerintahan beraja.

Manakala pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan boleh dilakukan melalui:

i. Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia,pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.

Page 9: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

ii. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda iaitu perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi yang melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera.

iii. Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.

Page 10: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada PerlembagaanPersekutuan (Mohamed Suffian 1987).

perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka danyang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Page 11: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perundangan Islam paling awal telah diamalkan melalui Prasasti Terengganu yang bertarikh 14 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303 (Syed Naquib 1970).

Prasasti Terengganu memperuntukkan beberapa peraturan berhubung dengan jenayah, urus niaga dan pentadbiran.

Seterusnya kewujudan Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) oleh Hang Sidi Ahmad dan Undang-Undang Laut Melaka(bukti jelas yang menunjukkan negara ini telah mempunyai sistem perlembagaan sebelum kuasa Eropah tiba di Tanah Melayu)

Perlembagaan bertulis yang paling awal dihasilkan di Tanah Melayu adalah pada tahun 1895, iaitu Perlembagaan Negeri Johor diikuti dengan Perlembagaan Terengganu 1911.

Page 12: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Dalam perlembagaan tersebut, diperuntukkan bahawa seorang raja hendaklah berbangsa Melayu, berdarah raja, seorang keturunan raja-raja Johor, lelaki dan menganut agama Islam.

Malah menteri-menteri juga mesti Melayu, rakyat sultan dan menganuti agama Islam.

Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip prinsip perlembagaan moden disebabkan nilai dan struktur masyarakat pada masa itu berbeza dengan situasi masa kini.

Page 13: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Menurut Perlembagaan Malayan Union, Malayan Union akan diperintah oleh Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran ntara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.

Sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Manakala majlis yang membincangkan hal ehwal agama Islam akan dianggotai oleh sultan sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya.

Perlembagaan Malayan Union juga cuba memberikan hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli yang bermaksud jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak menerima kerakyatan dengan mudah.

Page 14: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

kerajaan British melalui Perintah Malayan Union dalam Majlis 1946 dan Arahan Diraja pada 27 Mac 1946, telah mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946

Dibubarkan pada Februari 1948 kerana mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana sebab-sebab berikut:

i. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli.

iii. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

iv. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua, iaitu menandatangani persetujuanMalayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan.

Page 15: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Malayan Union diganti dengan sebuah persekutuan, iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948 .

Menerusi konsep persekutuan ini, kerajaan pusat berkuasa dalam semua perkara yang penting secara menyeluruh tetapi mengekalkan autonomi negeri-negeri serta menghormati kebesaran, martabat dan bidang kuasa Raja-raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 meliputi sembilan negeri Melayu dan dua daripada tiga Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

Singapura terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan kerana orang Melayu merasakan mereka mungkin dikuasai oleh orang Cina sekiranya Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dari segi bilangan penduduk.

Page 16: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan baharu ini telah memenuhi kehendak pihak yang terbabit dalam pertikaian tentang idea penubuhan Malayan Union.

Kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan, begitu juga dengan kedudukan istimewa orang Melayu serta prinsip jus soli telah digugurkan.

Pembentukan persekutuan merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu kerana mengiktiraf kedaulatan dan hak negeri-negeri yang dahulunya telah dihapuskan dalam Malayan Union.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Page 17: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu mula terjalin. Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik

pada Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan telah bertanding dalam pilihan raya dengan meletakkan calon bagi semua 52 kerusi iaitu Parti Negara sebanyak 33 kerusi danPAS sebanyak11 kerusi.

Page 18: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

PARTI PERUNTUKAN KERUSI

PERATUSAN KERUSI

PERATUSAN PENGUNDI

UMNO 35 69 84.2 (Melayu)

MCA 15 28 11.2 (Cina)

MIC 2 3 3.9 (India)

Page 19: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Satu perkara yang menarik semasa Pilihan Raya Umum 1955 ialah penolakan sikap perkauman dalam kalangan orang Melayu

Pada Julai 1954, Perikatan dan pihak British telah bersetuju untuk mengadakan sebuah Majlis Perundangan Persekutuan yang mempunyai 98 orang ahli, 52 daripadanya adalah dipilih dan 46 orang lagi dilantik.

Daripada 46 ahli yang dilantik ini, lima orang daripadanya dicalonkan oleh parti politik yang mendapat majoriti dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya ini, pengundi Melayu adalah majoriti dalam 50 daripada 52 kawasan pilihan raya kerana 84 peratus daripada pengundi adalah daripada pengundi seluruh negara.

Selain itu, daripada 46 orang ahli yang dilantik terdiri daripada orangMelayu iaitu sembilan orang Menteri Besar

Page 20: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Isu mengenai kemerdekaan melewati batas perkauman dan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.

Tunku membentuk Kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum, iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India untuk memberikan keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam Majlis Legislatif.

Page 21: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956.

Keahliannya dipilih oleh British sendiri bagi menentukan dan bertanggung jawab merangka perlembagaan.

Page 22: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yanghendak digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.

ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja raja Melayu.

iii. Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong.

iv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.

v. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Page 23: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Suruhanjaya ini juga mempunyai dua objektif dalam menyediakan rangka perlembagaan yang baharu, iaitu:

i. Mestilah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik.

ii. Mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Page 24: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat Malaysia.

Inilah yang dikatakan permuafakatan sosial (kontrak sosial),iaitu orang Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara.

Perlembagaan Tanah Melayu bukan sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.

Page 25: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.

Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam perlembagaan dan begitu juga tentang kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.

Page 26: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perikatan, Raja-raja Melayu dan kolonial British untuk mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid tersebut bagi menyediakan Kertas Putih.

Laporan tersebut mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu pada Februari 1957.

Page 27: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Draf Perlembagaan Persekutuan diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu, lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Page 28: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Amnya, tradisi bermakna pemindahan dan kesinambungan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Perkara ini menggambarkan bahawa tradisi mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman sesuatu bangsa dan masyarakat (Abdul Aziz 2002).

Dalam konteks politik daperlembagaan, yang dimaksudkan dengan sistem tradisi merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden, iaitu sebuah sistem yang keesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya.

Page 29: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan 1957.

Unsur-unsur berkenaan berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosialyang wujud sebelum tahun 1957 (Mohd Salleh 1984).

Page 30: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Wujud sejak berabad-abad lamanya.

Menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnyasebelum penjajahan British.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan padatahun 1957, institusi pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Page 31: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Institusi beraja yang wujud di Malaysia hari ini dilindungi oleh perlembagaan melalui Perkara 38(4) iaitu tiada pindaan boleh dibuatterhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Yang di-Pertuan Agong juga menjadi lambang perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Etnik Melayu,Cina, India, bumiputra Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa lain menganggap baginda sebagai pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik di Malaysia.

Page 32: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah unsur tradisi yang amat penting di Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong ialah satu-satunya institusi perlembagaan yang bersifat Melayu dan Islam serta amat penting kerana Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen tidak semestinya dikuasai oleh etnik Melayu.

Page 33: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Islam dalam perlembagaan bukan sahaja hanya terkandung dalamPerkara 3, tetapi juga harus dibaca bersama-sama dengan Perkara 8, 11,12, 121, 150 dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam.

Walaupun perkara ini menunjukkan bahawa Islam dalam perlembagaan mempunyai keistimewaan namun agama-agama lain tetap diberi perlindungan Islam.

Berlaku konflik dalam kes Natrah pada tahun 1950 dan Nur Aisyah pada tahun 1998.

Page 34: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Islam tidak termasuk dalam rangka perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan pihak British yang bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874.

Namun, ini memang tujuan British untuk mengecilkan peranan Islam dalam sistem pentadbiran negara yang menyebabkan kedudukan Islam itu dalam bidang tertentu sahaja iaitu tidak bersifat menyeluruh.

Page 35: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

beberapa keistimewaan Islam yang menonjol dalam perkara berikut:

1. Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam ialah unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undangdan perlembagaan.

2. Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negerimensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragamaIslam dan keturunan raja.

Page 36: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

3) Dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi,Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalamagama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam.

4) Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) ialah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.

Page 37: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara 152, iaitu memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain kecuali bagi maksud rasmi.

Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Page 38: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadual 13 seperti yang terkandung di dalam PerlembagaanPersekutuan.

Jika merujuk takrif Melayu, maknanya sangat luas dan jika diambil dalam pengertian sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu.

Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa dan loghat, namun ahli-ahli bahasa dan budaya menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan Melayu .

Page 39: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan boleh memberi peruntukan kepada orang Melayu beberapa bahagian yang difikirkan patut dalam perkara-perkara berikut:

i. Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam.

ii. Menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan.

iii. Menentukan kadar perizaban dalam biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran dan latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan.

Page 40: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

iv. Ditetapkan juga bahawa jumlah pengundi bagi tiap-tiap kawasan pilihan raya hendaklah sama. Namun, perlembagaan juga menetapkan bahawa kawasan luar bandar hanya separuh daripada jumlah pengundi bagi sesebuah kawasan pilihan raya di bandar diperlukan.

Page 41: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Permasalahan Kebebasan Beragama

Permasalahan kebebasan beragama di Malaysia banyak disentuh khususnya daripada perspektif hak asasi dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu yang selalu dibangkitkan ialah setakat mana kebebasan seorang Islam mengamalkan agamanya, isu murtad dan penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam.

Selain Perkara 11, kebebasan beragama juga boleh dirujuk dalam Perkara 3(1), Perkara 10, Perkara 8 dan Perkara 12. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan bukan Islam.

Page 42: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama yang lain daripada Islam dalam kalangan umat Islam.

Dengan kata lain, agama lain boleh diamalkan secara aman jika tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak menyakitkan hati penganut agama lain.

Selain itu, kebebasan beragama ini tertakluk kepada undang-undang awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967.

Page 43: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan juga berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang.

Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan ia merupakan salah seorang rakyat raja mana-mana negeri, kecuali yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Page 44: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan sematamata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau dalam mana-mana pentadbiran undang-undang yang berhubung dengan perolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa perdagangan, perniagaan, kerjaya atau pekerjaan.

Page 45: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Bagi sesebuah negara yang bersifat pelbagai etnik adalah sesuatu yang biasa apabila perlembagaan negara tersebut memperuntukkan konsep diskriminasi perlindungan sebagai salah satu peruntukan yang penting dan diiktiraf.

Negara India menjadi contoh yang jelas iaitu diskriminasi perlindungan diamalkan kerana India mempunyai penduduk yang bersifat pelbagai etnik.

Page 46: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Di Malaysia, konsep ini berlaku dalam beberapa perkara di bawah peruntukan perlembagaan seperti dalam peruntukan Perkara 153 yang memberi perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Perjanjian-perjanjian itu menunjukkan satu hasrat secara umum agar orang Melayu dibantu.

Page 47: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Secara ringkasnya, diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan berikut:

i. Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat pelbagai dan baru mencapai kemerdekaan.

i. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami golongan majoriti.

Page 48: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

iii. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya.

iii. Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat mundur.

iii. Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan oleh kompromi antara etnik atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal.

Page 49: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Persoalan Perkara 153 difokuskan kepada dua, iaitu dari segi pencapaian pendidikan dan ekonomi.

Berdasarkan statistik kerajaan, Perkara 153 ini telah membantu ke arah mengeluarkan etnik Melayu daripada kemiskinan dan meningkatkan pencapaian mereka dari sudut ekonomi dan pendidikan.

Page 50: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Walau bagaimanapun, penyertaan dalam bidang profesional dan teknikal masih lagi ketinggalan.

Perkara 153 khususnya dalam bidang perniagaan tidak banyak membantu mengatasi masalah kemiskinan etnik Melayu dan mencapai matlamat DEB untuk memastikan penguasaan 30 peratus pengagihan ekuiti negara.

Walaupun etnik Melayu diberi perlindungan dan hak istimewa dalam bidang ekonomi, keadaan etnik Melayu tidak banyak berubah

Page 51: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Matrikulasi yang dikhususkan kepada etnik Melayu, bagi bukan Melayu : kuota 10 peratus

Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar berdasarkan merit akademik tanpa mengira etnik

melalui DEB ditetapkan kadar pemilikan ekuiti negara bagi etnik Melayu sebanyak 30 peratus, tetapi sasaran itu masih lagi belum tercapai.

Page 52: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963 merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak.

Antara tuntutannya adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III.

Page 53: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia memasukkan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara perkara tersebut adalah:

i. Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri.

ii. Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/kebangsaan, tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa.

iii. Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri

Page 54: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

iv. Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.

v. Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.

vi. Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (Persekutuan Tanah Melayu), tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.

Page 55: Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB 4 - Perlembagaan Persekutuan... · negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada ...

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia. Walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara tersebut.

Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika itu.

Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan etnik.