PERLEMBAGAAN PERSATUAN

17
PERLEMBAGAAN PERSATUAN 1. NAMA DAN ALAMAT: a. Nama Kelab : Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu b. Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim 2. MATLAMAT : Menaikkan nama IPG Kampus Kota Bharu di dalam sukan ragbi dan memperkembangkan potensi individu dan pasukan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam sukan ragbi di Malaysia. 3. OBJEKTIF : 3.1 Menerapkan kemahiran permainan ragbi di dalam diri (individu) dan menaikkan semangat berpasukan (team chemistry) di dalam permainan ragbi. 3.2 Pemain sukan ragbi mengamalkan nilai-nilai kesukanan di dalam permainan ragbi dan menerapkan sikap kerjasama dan bersepadu. 4. KEAHLIAN : 4.1 Dibuka kepada semua pelajar IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan. 4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

Transcript of PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Page 1: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

1. NAMA DAN ALAMAT:

a. Nama Kelab : Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu

b. Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,

16109 Pengkalan Chepa,

Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

2. MATLAMAT :

Menaikkan nama IPG Kampus Kota Bharu di dalam sukan ragbi dan

memperkembangkan potensi individu dan pasukan secara menyeluruh dan

bersepadu di dalam sukan ragbi di Malaysia.

3. OBJEKTIF :

3.1 Menerapkan kemahiran permainan ragbi di dalam diri (individu) dan

menaikkan semangat berpasukan (team chemistry) di dalam permainan

ragbi.

3.2 Pemain sukan ragbi mengamalkan nilai-nilai kesukanan di dalam

permainan ragbi dan menerapkan sikap kerjasama dan bersepadu.

4. KEAHLIAN :

4.1 Dibuka kepada semua pelajar IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang

disediakan.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada

Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi

menjayakan tujuan persatuan ini.

Page 2: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

5. PENSYARAH PENASIHAT:

5.1 Pensyarah penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPG Kampus

Kota Bharu, Kelantan.

5.2 Pensyarah penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau

membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3 Pensyarah penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli

persatuan semasa aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA :

6.1 Dilantik semasa mesyuarat agong.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa menakala

ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak

dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa

mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah

menghantar surat peletakkan jawatan kepasa Pensyarah Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri :

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

Page 3: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA:

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusi semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala

keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah

Penasihat dari semasa ke semasa

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan

bertanggungjawab yang diberi

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah

Penasihat dari semas ke semasa

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan

persatuan

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah

Penasihat dari semasa ke semasa

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjayakan segala tugas dan

tanggungjawabnya

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha

Page 4: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah

Penasihat dari semasa ke semasa

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan

Kelab/persatuan

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara

kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta

menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam

mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk audit dan dibentangkan

dalam mesyuarat agung.

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh guru penasihat.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan

Bendahari

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah

Penasihat dari semasa ke semasa

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti

yang dilaksanakan

7.7.2 Mempengerusikan biro jika dilantik

7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah

Penasihat dari semasa ke semasa

Page 5: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

7.8 Pemeriksa Kira-kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan

tahunan dan bertanggungjawab keatasnya

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul

8. KEWANGAN

a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma dan kutipan yuran yang diputuskan semasa mesyuarat agung.

b) Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang dijalankan.c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan

besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.d) Semua pungutan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun SUWA, sekiranya

mendapat kebenaran Pengarah IPG.

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN

a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti dan latihan berwajib yang ditetapkan oleh persatuan sepanjang tahun.

b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan membuang ahli persatuan akan dikenakan kepada ahli persatuan sekiranya gagal berbuat demikian.

10. AKTIVITI

a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN

Page 6: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

a. Peraturan Institut Pendidikan Guru merupakan asas utama peraturan.b. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.c. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan dan hukuman.

12. TINDAKAN DISIPLIN

a. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan

b. Tindakan disiplin adalah mengikut cara amaran lisan ataupun amaran bertulis.c. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat

rayuan kepada Pensyarah Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan pensyarah penasihat adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

a. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.b. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawantakuasa,

Pensyarah Penasihat atau Pihak Pentadbir Institut Pendidikan Guru secara bertulis.

c. Satu mesyuarat khas akan dihadiri oleh pensyarah penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu.

d. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengarah Instiitut Pendidikan Guru.

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

a. Pengarah Institut Pendidikan Guru diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

b. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN

Page 7: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

a. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

b. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti denagn penuh minat

PENGURUSAN MESYUARAT

Page 8: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Mesyuarat Agung.

1. Mengedarkan surat jemputan Mesyuarat Agung Persatuan Ragbi IPG

Kampus Kota Bharu diedarkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum

mesyuarat Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu diadakan dengan

disertakan minit mesyuarat yang lalu.

2. Atur cara Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu:

a. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.

b. Ucapan Penasihat Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.

c. Ucapan Perasmian.

d. Mesyuarat agung.

3. Agenda Mesyuarat Agung Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu:

a. Ucapan Pengerusi Mesyuarat.

b. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu.

c. Membentangkan laporan tahunan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota

Bharu.

d. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan Persatuan Ragbi

IPG Kampus Kota Bharu.

e. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.

i. Pengerusi.

ii. Naib Pengerusi.

iii. Setiausaha.

iv. Penolong Setiausaha.

v. Bendahari.

vi. Penolong Bendahari.

vii. Ahli Jawatankuasa (5 – 7 orang).

viii. Pemilihan dua orang juru audit.

f. Membahaskan usul-usul yang diterima.

Page 9: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

g. Ucapan penangguhan.

Mesyuarat Agung Luar Biasa Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.

Mesyuarat Agung Luar Biasa/Tergempar Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu

boleh diadakan dengan kehendak sebahagian ahli atau Ahli Jawatankuasa

Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu bagi membincangkan satu agenda sahaja.

Notis hendaklah disiarkan dua minggu sebelum diadakan. Mesyuarat ini juga boleh

diadakan kerana:

a. Permintaan bertulis 2/3 ahli.

b. Pengerusi memikirkan perlunya mesyuarat diadakan.

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Berbasikal.

Mesyuarat ini diadakan untuk mengerakkan aktiviti Persatuan Ragbi IPG Kampus

Kota Bharu. Mesyuarat hanya boleh dijalankan sekiranya cukup korum (2/3 daripada

ahli jawatankuasa Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu). Mesyuarat ini

hendaklah dihadiri oleh Pensyarah Penasihat Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota

Bharu yang dilantik oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru. Notis panggilan

mesyuarat hendaklah diberi dalam tempoh satu minggu sebelum mesyuarat

Jawatankuasa Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu diadakan.

Agenda Mesyuarat hendaklah merakumi perkara berikut:

a. Ucapan Pengerusi Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.

b. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

c. Perkara berbangkit.

d. Laporan biro-biro.

e. Laporan kewangan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.

f. Hal-hal lain.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Projek Persatuan Ragbi IPG Kampus

Page 10: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Kota Bharu.

Agenda Mesyuarat:

a. Ucapan Pengerusi Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.

b. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

c. Perkara-perkara berbangkit.

d. Membincangkan hal projek Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu.

e. Tarikh.

Hari.

Masa.

Tempat.

f. Melantik ahli jawatankuasa projek Persatuan Ragbi IPG Kampus

Kota Bharu.

g. Tugas-tugas ahli jawatankuasa projek Persatuan Ragbi IPG Kampus

Kota Bharu.

h. Kewangan persatuan.

i. Hal-hal lain.

CARTA ORGANISASI

Page 11: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA BHARU

CONTOH SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA BHARU

Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan Darul Naim_____________________________________________________________________

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

PENSYARAH PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

AHLI JAWATANKUASA

BENDAHARI SETIAUSAHA

NAIB BENDAHARI NAIB SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM/AKTIVITI

AHLI JAWATANKUASA KHAS

AHLI JAWATANKUASA ALATAN

Page 12: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Ruj. Kami : Ruj. Tuan : Tarikh : 01 Oktober 2010

Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan Darul Naim

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA BHARU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ……………….………… berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu mulai 01 Oktober 2010.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.2.2 Draf Aktiviti Asas.2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih

Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...................................( Haji Aziz Bin Jaafar)Pensyarah Penasihat Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,IPG Kampus Kota Bharu,16109 Pengkalan Chepa,Kelantan Darul Naim

CONTOH SURAT KELULUSAN PENUBUHAN PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA BHARU

Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan Darul Naim_____________________________________________________________________

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Page 13: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Ruj. Kami : Ruj. Tuan : Tarikh : 01 Oktober 2010

Pensyarah Penasihat,Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan Darul Naim

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

Merujuk surat tuan IPG KKB 01/10/10( 01) bertarikh 01 Oktober 2010 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 10 Oktober 2010.

2. Sehubungan itu, bersama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:

2.2 Draf Perlembagaan

2.3 Draf Aktiviti Asas

2.4 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut Perintah,

....................................................(Encik Abdullah Bin Kamarul)Pendaftar Kelab Dan Persatuan,

Page 14: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

s.k. - Fail Timbul

CONTOH SURAT PERLANTIKAN PENSYARAH PENASIHAT PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA BHARU

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan Darul Naim_____________________________________________________________________

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami :

Page 15: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Ruj. Tuan : Tarikh : 01 Oktober 2010

Pensyarah PenasihatPersatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu,Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan Darul Naim

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT PERSATUAN RAGBI IPG KAMPUS KOTA

BHARU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan kepada

saya melalui peraturan 4 dan 5 dalam peraturan-peraturan pendidikan (persatuan

sekolah) 1998, akta pendidikan 1996 seperti dalam warta kerajaan malaysia jilid 42, no.

11, tambahan no. 41, perundangan (a): p.u. (a) 196 bertarikh 21 hb. mei 1998, saya telah

melulus dan mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Ragbi ( no pendaftaran

……………….) kelulusan dan pengesahan ini terkandung dalam surat saya

……………………. bertarikh ……………….

2. Kelulusan dan pengesahan ini diberikan berdasarkan pertimbangan dan penilaian

saya bahawa tujuan dan matlamat penubuhan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu ini

tidak bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan

kebangsaan.

3. Saya juga yakin bahawa persatuan ini mampu memberi sumbangan yang

berkesan kepada usaha menyemarakkan lagi kegiatan kokurikulum di sekolah ini.

walaubagaimanapun, kegiatan persatuan ini perlu dipimpin, dibimbing dan dipandu,

manakala kebajikan serta keselamatan pelajar-pelajar yang menganggotainya perlu

diselia, diselanggara dan dikawal.

4. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut peraturan

8 dalam peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998, akta pendidikan 1996

seperti dalam warta kerajaan malaysia jilid 42, no. 11, tambahan no. 41, perundangan (a):

p.u. (a) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan

menjadi guru pemimpin/penasihat kepada Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu

berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.

Page 16: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

4. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasmi bertanggungjawab atas

perjalanan dan kegiatan Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu berkuasa menasihati,

menegur dan mengarahkan ahli jawatankuasa persatuan dan semua ahli persatuan demi

memastikan.......................................... sekolah ini tidak terkeluar daripada tujuan dan

matlamat penubuhannya.

5. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti yang dirangka

dan akan dijalankan di bawah Persatuan Ragbi IPG Kampus Kota Bharu sekolah ini

mematuhi sepenuhnya semua peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh

sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri, kementerian pendidikan dan

kerajaan malaysia.

6. Seterusnya tuan dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan

menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli Persatuan Ragbi IPG

Kampus Kota Bharu semasa menyertai aktiviti-akviti atau program-program yang dianjurkan

oleh persatuan di dalam dan di luar kawawan institut pendidikan guru.

7. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan

tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan. Kesediaan dan

kesanggupan tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

disertakan juga senarai tanggungjawab sebagai guru pemimpin/penasihat untuk makluman

dan tindakan tuan. sekian, terima kasih.

“Berkhidmat Untuk Negara”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….

( )

Pengarah ,

Page 17: PERLEMBAGAAN PERSATUAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,

16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,

Kelantan Darul Naim

s.k.

1. Unit pengurusan kokurikulum

2. fail persatuan

4. fail .............................