Permainan Tradisi 1

10
Permainan Tradisi Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud ; dipelihara, dipulihara bahkan diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan Tradisi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Permainan Anjung dan Permainan Laman. Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Contohnya; batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala permainan laman pula terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif seperti galah panjang, sepak raga, kabbadi dan sebagainya. Sehubungan itu, permainan tradisi ini dilihat dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia yang berteraskan bentuk seni budaya dan mempunyai “titik sentuhannya” yang tersendiri seperti dapat merapatkan hubungan antara masyarakat. Di samping itu, permainan tradisi ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang dapat mempertahankan dan mengamalkan budaya tempatan. Jenis : Permainan Laman Objek Warisan : Galah Panjang

description

895

Transcript of Permainan Tradisi 1

Page 1: Permainan Tradisi 1

Permainan Tradisi

Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud; dipelihara, dipulihara bahkan diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan Tradisi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Permainan Anjung dan Permainan Laman.

Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Contohnya; batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala permainan laman pula terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif seperti galah panjang, sepak raga, kabbadi dan sebagainya.

Sehubungan itu, permainan tradisi ini dilihat dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia yang berteraskan bentuk seni budaya dan mempunyai “titik sentuhannya” yang tersendiri seperti dapat merapatkan hubungan antara masyarakat. Di samping itu, permainan tradisi ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang dapat mempertahankan dan mengamalkan budaya tempatan.

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         :          Galah Panjang

Permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Terdapat dengan dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang.

Page 2: Permainan Tradisi 1

Jenis                          :          Permainan Anjung

Objek Warisan         :          Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Jenis                          :          Permainan Anjung

Objek Warisan         :          Dam Haji

Permainan ini melibatkan dua orang pemain sahaja bagi satu pihak pasukan. Peralatannya ialah papan dam berpetak berlainan warna secara berselang dan dua puluh empat biji buah dam atau tir (yakni dua belas biji untuk setiap permainan) dengan warna yang berbeza.

Page 3: Permainan Tradisi 1

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         :          Sepak Raga

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         :          Katuk Keli

Permainan ini memerlukan dua pasukan yang diwakili tiga orang setiap pasukan. Undian membentuk pasukan dan menetapkan pasukan pertama bermain dijalankan. Permainan ini mempunyai empat tahap

Page 4: Permainan Tradisi 1

permainan iaitu cungkil mata, pukul gong, pukul lambung dan patuk ayam (katuk keli). Penentuan kemenangan dilakukan dengan mengira jumlah mata/ sukat.

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         :          Tating Lawi

Permainan ini turut dikenali sebagai Chap teh dipercayai telah dibawa oleh migrasi China ke Tanah Melayu. Dinamakan “sepak bulu ayam”, “tating lawi” atau “jambak lawi” kerana bulu yang digunakan diperbuat daripada bulu ayam (3 atau 4) yang diikat pada keping getah atau kertas tebal. Pengiraan mata mensyaratkan setiap pemain dimestikan untuk menating lawi sehingga ke paras pinggang dengan cubaan sebanyak tiga kali sahaja. Kemenangan dikira berdasarkan kepada tatingan terbanyak.

Page 5: Permainan Tradisi 1

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         :          Ketinting

Permainan laman ini sering dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan yang melompat dari satu kotak ke kotak-kotak yang lain (terdiri daripada sembilan kotak). Ada juga yang menggelarkannya sebagai “tip-tap toe”. Permainan ini sering dimainkan antara dua atau lebih dalam dua kumpulan yang berlawan.

Page 6: Permainan Tradisi 1

Jenis                          :  Permainan Laman

Objek Warisan         :           Kuit

Permainan ini amat popular di kalangan kaum Kedayan di daerah Limbang, Sarawak. Asal permainan ini tidak diketahui sepenuhnya tetapi kaum Kedayan telah lama memainkan permainan tersebut sebagai hiburan di waktu kelapangan dan juga di majlis-majlis keramaian tidak mengira lapisan usia mahupun jantina.

Page 7: Permainan Tradisi 1

Jenis                          :  Permainan Laman

Objek Warisan         :           Kabbadi

Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara India dan dipercayai telah berusia ribuan tahun. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 12 orang pemain sepasukan, iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

Jenis                          :          Permainan Anjung

Objek Warisan         :          Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji saga, biji salak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, dan tersebar meluas di ‘Dunia Melayu’.

Page 8: Permainan Tradisi 1

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         :          Gasing

Permainan gasing popular di seluruh Malaysia. Permainan gasing terdapat di negara ini. Sejak zaman berzaman, dimainkan sebagai mengisi masa lapang, terutama di kalangan masyarakat agraria sementara menanti musim panas. Kemudian menjadi acara pertandingan di antara kumpulan, kampung, mukim atau daerah.

Jenis                          :           Permainan Laman

Page 9: Permainan Tradisi 1

Objek Warisan         :           Wau Tradisi Malaysia

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, ia dikenali juga sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai Barat Semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Seawal kurun ke-15, wau telah dimainkan oleh orang Melayu sebagaimana tercatat dalam Sejarah Melayu tentang anak raja dan penduduk Melaka bermain layang-layang.