permainan tradisional
description
Transcript of permainan tradisional
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 2
Mata pelajaran:Bahasa Malaysia
Tahun:2 Arif
Tarikh:20 April 2015
Masa:10.50 pagi-11.50 pagi
Bilangan murid:25 Orang (12 L, 13 P)
Tema:Seni dan Budaya
Tajuk :Permainanan tradisional (Congkak)
Ilmu : Kajian Tempatan, Pend. Moral
FOKUS UTAMA
Standard kandungan5.2Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
Standard pembelajaran
5.2.1
Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran dengan betul dalam pelbagai situasi.
FAKTOR SAMPINGANStandard Kandungan3.3Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran3.3.1Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :1) Memahami dan mengisi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan awalan ber dan me... dengan betul dalam pelbagai situasi.2) Menulis perkataan berimbuhan ber dan me dengan betul.
KEMAHIRAN BERBAHASA-Kemahiran bertutur Kemahiran lisan
-
PENGISIAN KURIKULUMPengisian Kurikulum :-KBT :Kemahiran berfikir mengumpul dan mengelas-EMK : Kreativiti dan inovasi
PENERAPAN NILAIBekerjasama, keyakinan diri, keberanian
SISTEM BAHASA-Tatabahasa :Imbuhan awalan me...
MEDIA-kad perkataan, kad gambar, petikan, lembaran kerja
LANGKAHISI KANDUNGANAKTIVITICATATAN
SET INDUKSI( 5 minit )Video permainan tradisional
Apakah yang kamu lihat?Pernahkah kamu main permainan ini?Di manakah biasanya kamu boleh bermain permainanini?1) Guru menayangkan video permainan tradisional.2) Guru meminta murid agar memberi perhatian dan meneliti permainan yang terdapat dalam video ditunjukkan oleh guru.3) Guru bersoal jawab berdasarkan permainan yang telah ditunjukkan.4) Guru mengaitkan jawapan murid dengantajuk pelajaran hari ini iaitu permainan tradisional.BBM:Video permainan tradisional.
KP:-Visual-ruang-Interpersonal
KB:-Menghubung kait
Nilai :-Kerjasama
Ilmu : Kajian Tempatan
LANGKAH 1( 5 minit )1) Power Point :Permainan tradisional
Apakah yang kamu faham tentang gambar ini?Baca jenis-jenis yang ditunjukkan.
2) Pantun
Papan panjang, papan berlubang,Rumah diisi berbiji-biji,Kalau termakan semuanya hilang,Papan kosong tanpa isi.
Siapakah saya? Congkak
1) Guru menayangkan gambar-gambar permainan tradisional.
2) Murid diminta menamakan gambar permainan yang ditunjukkan oleh guru.
3) Murid diminta membaca jenis-jenis permainan yang ditunjukkan.3) Guru membetulkan sebutan murid.4) Murid mendengar guru membaca pantun teka teki dan meneka maksud pantun.BBM :Gambar (Power Point), LCD, Skrin
KB:Menganalisis
KP :Verbal-linguistik
BCB :Melaporkan maklumat
LANGKAH 2( 10 minit)
1) Guru menerangkan imbuhan awalan ber dan me-
2) Guru mengedarkan petikan kepada murid. 3) Murid membaca petikan dan menggariskan perkataan berimbuhan awalan ber dan me4) Murid menyenaraikan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan yang diberikanBBM:Gambar(Power Point), LCD, Skrin
KB : Menganalisis
BCB :Kemahiran membaca
KP :Verbal-linguistik-Intrapersonal
Nilai Murni :-Keberanian
Catatan : Lembaran kerja 1
LANGKAH 3(5 minit)1) Slaid kata imbuhan awalan dan akhiran 1) Guru menayangkan contoh kata imbuhan awalan dan akhiran melalui slaid power point.
2) Guru menerangkan maksud kata imbuhan awalan dan akhiran kepada murid-murid. 3) Murid menyenaraikan contoh-contoh lain perkataan berimbuhan. 4) Murid menulis kata dasar berdasarkan perkataan berimbuhan yang diberi.BBM:Gambar (Power Point), LCD, Skrin
KB :MengelaskanMenjana idea
BCB :Kemahiran membaca
KP :-Verbal-linguistik
Nilai Murni :Kerjasama
PANTAKSIRAN(15 minit)Membaca perkataan berimbuhan1) Murid diedarkan lembaran kerja 2
2) Murid membaca perkataan berimbuhan yang ditunjukkan oleh guru.
3) Murid dan guru membincangkan maksud perkataan
4) Murid menggunakan perkataan yang sesuai dalam ayat
5) Murid dan guru membincangkan jawapan
BBM :Lembaran kerja
KB :Menjana idea
Catatan :Lembaran kerja 2
PENGAYAAN(15 minit)Membina ayatMurid membina ayat berdasarkan perkataan berimbuhan yang diberi.Catatan :Lembaran kerja 3
PEMULIHAN(15 minit)Menyalin perkataan berimbuhanMurid menyalin 5 perkataan berimbuhan ber dan meCatatan :Lembaran kerja 4
Lembaran kerja 1
Aktiviti 1Baca dan gariskan perkataan berimbuhan ber dan me
Pada waktu petang, Faiz dan Syahmi bermain congkak di halaman rumah. Mereka membawa congkak dan guli. Mereka bermain bersama-sama dengan seronok sekali. Setelah lama bermain, mereka pun berhenti.
Senaraikan perkataan berimbuhan.1) __________________________2) __________________________3) __________________________4) __________________________5) __________________________
Lembaran kerja 2
PentaksiranIsikan tempat kosong dengan perkataan berimbuhan ber atau me yang betul.
1. Faiz ______________ papan congkak ke rumah Syahmi.2. Papan congkak Faiz _____________ 14 lubang yang dipanggil kampung dan dua lubang besar yang dipanggil rumah.3. Faiz ingin _____________ Syahmi bermain congkak bersama-sama.4. Mereka _______________ permainan secara serentak.5. Mereka bermain congkak sambil _____________ memakan kuaci.
Lembaran kerja 3
Pengayaan Bina ayat berdasarkan perkataan berimbuhan yang diberikan.
1. Bermain
2. Berhenti
3. Memulakan
4. Menggunakan
5. Memasukkan
Lembaran kerja 4
Pemulihan Salin semula perkataan di bawah yang mengandungi imbuhan ber dan me.
memintaberlarimembaca
melihatbercakapmembawaberceritamencari
Imbuhan ber Imbuhan me