PERMAINAN TRADISIONAL

11
PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. Thursday, March 22, 2007 Permainan Batu Seremban Pengenalan Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

description

qwertyuiop

Transcript of PERMAINAN TRADISIONAL

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui

oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan

tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan

tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang

sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita

sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di

antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing

dan lain-lain.

Thursday, March 22, 2007

Permainan Batu Seremban

Pengenalan

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering

dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama

ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua

hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan

objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek

ini dikenali sebagai buah.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa

peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama

yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu

hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah

tujuh.

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAL

Posted by bib   at 6:08 PM 10 comments:

Permainan Gasing

Pengenalan

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat

pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing

kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku

benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina,

kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara Bermain Permainan Gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu

sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan

melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk

menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut

dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian

dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm

dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh

permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan

itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Posted by bib   at 5:34 PM 9 comments:

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan sepak Raga

Pengenalan 

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu

permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari

permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak

takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain,

malah telah dikenali di seluruh.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga

sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia

Cara Bermain

Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada

rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali

atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang

membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan

mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan

tersebut ditamatkan.

Posted by bib   at 5:12 PM 5 comments:

Permainan Wau

Pengenalan

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari

oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau

masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah

dan Perlis.

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAL

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung,

wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang

kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang

Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau

yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan

permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh

dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru

anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus

angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di

udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni

itu.

Posted by bib   at 6:47 AM 25 comments:

Congkak

Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum

wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang

digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-

kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara

biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAL

sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang

besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap

"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah"

hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan

yang tidak ada buah ia dikira mati.

(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh

meneruskan permainan.

(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang

mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di

kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-

masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah

masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira

kalah

Jenis                          :          Permainan Laman

Objek Warisan         :          Ketinting

Permainan laman ini sering dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan yang melompat dari satu kotak ke kotak-kotak yang lain (terdiri daripada sembilan kotak). Ada juga yang menggelarkannya sebagai “tip-tap toe”. Permainan ini sering dimainkan antara dua atau lebih dalam dua kumpulan yang berlawan.

Page 6: PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat

segelintir tempat, ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia.

Alatan[sunting | sunting sumber]

Getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan

berlangsung.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung

kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan

melompat. Walau bagaimanapun, permainan akan lebih memyeronokkan jika lebih ramai yang

bermain. Jika demikian, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua

atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran.

Cara bermain[sunting | sunting sumber]

a) bagi menentukan giliran, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan, diikuti

oleh ow som (jika tiga pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow

som.

b) "ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika "anak" melanggar giliran, kesemua ahli

pasukan termasuk "ibu" akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.

c) pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat

ketika ini perlu menyebut "zero point" atau "kosong game" (bagi orang Kelantan). Pemain tidak

boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.

d) kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah.

e) paras berikutnya ialah paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan

kedua-dua pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah.

f) paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.(nak lagi mencabar tak

boleh sentuh tali,, ikut persetujuan,,

g) paras dada.(Boleh kena tali)

h) paras telinga. (orang yang memegang getah perlu berwaspada demi keselamatan mata dan

muka andai kata getah di hujung yang satu lagi terlucut daripada pegangan)

i) paras kepala.

j) sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan.

k) Giant,(Bahasa Kelantan) atau merdeka (Bahasa indonesia), Tangan harus ditegakkan keatas

kepala, untuk lebih mencabar,,

l) huruf Z ( Permain harus melepasi ini,ketinggian diparas pinggang)

Page 7: PERMAINAN TRADISIONAL

m) huruf C ( Permain harus bijak melompak jauh , sebelum tali dilepaskan, di paras pinggang

juga)

l) melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras

yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu

lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua pasukan). Merupakan

penamat kepada pusingan pertama permainan.

Catur adalah sejenis permainan berpapan, rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara

dua pemain. Bentuk permainan terkini timbul di Eropah semasa separuh abad kedua pada abad

yang ke-15 selepas ianya berubah daripada permainan asal lamanya di India yang sama.

Sekarang, permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh

jutaan manusia di seluruh dunia semada di rumah, di kelab-kelab catur, dalam talian, surat

menyurat, dan di dalam pertandingan.

Catur dimainkan pada papan bersaiz 8x8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti

warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan

sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 catur di

mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh

mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak,

dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan saturaja. Semua kepingan boleh mengeluarkan

kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.

Satu pemain mengawal kepingan putih dan pemain lain mengawal kepingan hitam; pemain yang

mengawal putih selalunya pemain pertama untuk gerak. Dalam catur, apabila pemain raja adalah

secara terus diancam dengan tangkapan oleh satu atau lebih dari kepingan pihak lawan, pemain

ini dikatakan ke dalam check atau syahmat. Bila dalam syahmat, hanya gerakan yang boleh

mengelakkan syahmat, sekat syahmat, atau mengambil kepingan pihak lawan adalah

dibenarkan. Objek permainan ini adalah untuksyahmat pihak lawan; ini berlaku apabila pihak

lawan raja adalah dalam check, dan tiada gerakan boleh dibuat yang bakal mengelakkannya.

Page 8: PERMAINAN TRADISIONAL

1.        SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan. Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.

2.        SAHIBBA untuk pertandingan ini dimainkan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.

CARA BERMAIN

1.                    Pemain pertama membentuk sepatah perkataan, melintang atau menegak, di atas papan dan satu daripada hurufnya harus berada di petak empat segi di tengah papan permainan. Jubin ini dikenal sebagai Jubin atas Papan. (Contoh 1a)2.                    Pemain kedua dan pemain seterusnya akan mengikut giliran masing-masing sambil meletakkan satu jubin atau sebaris jubin, melintang atau menegak di atas papan sekali sahaja (disebut ‘MAINAN’). Perkataan disusun secara pepenjuru tidak dibenarkan. (Contoh 1b – 1d)

         Setiap perkataan harus dibaca dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah.

 3.                    Masa untuk membina kata dan meletakkan jubin mengikut kategori permainan adalah seperti yang berikut:a) Sekolah menengah : 20 saatb) Sekolah rendah : 30 saat

4.                    Masa membina kata dan meletakkan jubin akan dikira sebaik-baik sahaja hakim selesai mengira markah.5.             Selepas setiap ‘MAINAN’, setiap pemain menamatkan gilirannya dan hakim mengumumkan markah pemain tersebut. Pemain akan mencatatkan markahnya dalam Kertas Markah. Selepas itu, pemain akan mencabut jubin-jubin baharu untuk mencukupkan 8 ubin di raknya.

CARA MEMULAKAN PERMAINAN

Saidina atau $aidina adalah sejenis permainan berpapan yang dihasilkan oleh Syarikat

Permainan Malaysia Sdn. Bhd., berdasarkan permainan Monopoly.

Seperti Monopoly, tujuan permainan Saidina adalah membeli hartanah dan mendapatkan

keuntungan daripadanya dan menjual semula atau menyewakannya sehingga kekayaan para

pemain berlipat ganda. Pemain yang dapat mengumpulkan kekayaan paling banyak akan digelar

"SAIDINA". Pemain mengambil giliran untuk membaling dadu dan bergerak di sekeliling papan

permainan mengikut nilai yang diperolehi dari balingan dadu.

Page 9: PERMAINAN TRADISIONAL

Saidina pertama kali diperkenalkan pada 1978. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2 hingga 6

orang dan sesuai dimainkan oleh orang tua dan orang muda.[1] Tempat di dalam permainan ini

adalah berdasarkan tempat-tempat di Malaysia.[2]

Permainan Saidina dapat meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan membuat

keputusan. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik terutamanya sekiranya dimainkan

dalam masa yang panjang sehingga ada yang muflis dan terpaksa menggadaikan semua harta

untuk membayar hutang kepada bank ataupun pemain lain

Snakes and Ladders is an ancient Indian board game regarded today as a worldwide classic.[1] It

is played between two or moreplayers on a gameboard having numbered, gridded squares. A

number of "ladders" and "snakes" are pictured on the board, each connecting two specific board

squares. The object of the game is to navigate one's game piece, according to die rolls, from the

start (bottom square) to the finish (top square), helped or hindered by ladders and snakes

respectively.

The game is a simple race contest based on sheer luck, and is popular with young children.[2] The

historic version had root in morality lessons, where a player's progression up the board

represented a life journey complicated by virtues (ladders) and vices (snakes).

Each player starts with a token on the starting square (usually the "1" grid square in the bottom

left corner, or simply, off the board next to the "1" grid square) and takes turns to roll a

single die to move the token by the number of squares indicated by the die roll. Tokens follow a

fixed route marked on the gameboard which usually follows a boustrophedon (ox-plow) track from

the bottom to the top of the playing area, passing once through every square. If, on completion of

a move, a player's token lands on the lower-numbered end of a "ladder", the player must move

the token up to the ladder's higher-numbered square. If the player lands on the higher-numbered

square of a "snake" (or chute), the token must move down to the snake's lower-numbered

square.

If a player rolls a 6, the player may, after moving, immediately take another turn; otherwise play

passes to the next player in turn. The player who is first to bring their token to the last square of

the track is the winner.

A variation exists where a player must roll the exact number to reach the final square to win.

Depending on the particular variation, if the roll of the die is too large the token either remains in

place or goes off the final square and back again. For example, if a player requiring a 3 to win

rolls a 5, they would move forward three spaces and then back two again. In certain

circumstances (such as a person requiring a 1 to win rolling a 6), a player can end up further from

the final square after this move than before it.

Page 10: PERMAINAN TRADISIONAL

BALING SELIPAR

 Permainan Baling Selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak. Ia sama seperti permainan Baling tin Cuma ditukar kepada selipar. 3 selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.

BALING TIN

 

Ianya sejenis permainan kanak-kanak tradisional. Ia dimainkan secara berkumpulan.

Biasanya 15 tin susu kosong diperlukan untuk permainan ini. Tin disusun mengikut urutan

5,4,3,2, dan yang paling atas 1.

2 kumpulan yang bermain tin yang disusun hendaklah dibaling dengan mengunakan selipar

untuk diruntuhkan, setelah tin diruntuhkan pihak lawan perlu membaling selipar untuk

menghalang pihak lawan dari menyusun semula tin. Jika tin Berjaya di susun permainan

adalah dikira menang.