Permainan Tradisional

3
Pengenalan Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, dimana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan seperti congkak, batu seremban, sepak bulu ayam dan sebagainya. Sepak bulu ayam adalah salah satu permainan orang Melayu yang berasal dari negeri Kedah. Sepak bulu ayam merupakan sejenis permainan menyepak bola bulu ayam yang dibuat sendiri. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mengawal dan menimbang bola bulu ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki yang berumur lingkungan umur sepuluh hingga tujuh belas tahun. Jumlah pemain bagi permainan ini adalah dua orang dan lebih dan dimainkan dikawasan yang lapang. Alatan bagi permainan ini ialah bulu ayam buatan sendiri. Bulu ayam ini dibuat dengan menggunakan empat helai bulu ayam yang lembut yang diikat di tengah kertas tebal atau pada kepingan getah.

description

Permainan Tradisional

Transcript of Permainan Tradisional

Page 1: Permainan Tradisional

Pengenalan

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap

daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik

kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-

masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, dimana ikatan

itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran

resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan seperti

congkak, batu seremban, sepak bulu ayam dan sebagainya.

Sepak bulu ayam adalah salah satu permainan orang Melayu yang berasal dari negeri

Kedah. Sepak bulu ayam merupakan sejenis permainan menyepak bola bulu ayam yang dibuat

sendiri. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mengawal dan

menimbang bola bulu ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah.

Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki yang berumur lingkungan umur sepuluh

hingga tujuh belas tahun. Jumlah pemain bagi permainan ini adalah dua orang dan lebih dan

dimainkan dikawasan yang lapang. Alatan bagi permainan ini ialah bulu ayam buatan sendiri.

Bulu ayam ini dibuat dengan menggunakan empat helai bulu ayam yang lembut yang diikat di

tengah kertas tebal atau pada kepingan getah.

Gambar 1 : Contoh bola bulu ayam

Page 2: Permainan Tradisional

Penutup

Konklusinya, permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang

menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup

nenek moyang kita. Semua etnik di negara kita tidak sewajarnya membiarkan khazanah

budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan

tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang

mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun

2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul

dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua

pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini

hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi

mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu perlu mencari

pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita.

Langkah-langkah yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut

diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa

tercinta ini.