PERMOHONAN BAHARU / PEMBAHARUAN KAD HIJAU · PDF fileMenjalankan kerja-kerja di tapak binaan /...
Transcript of PERMOHONAN BAHARU / PEMBAHARUAN KAD HIJAU · PDF fileMenjalankan kerja-kerja di tapak binaan /...
PERMOHONAN BAHARU / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB
BIL SOALAN JAWAPAN
1 Apakah Kad Hijau CIDB? • Ia merupakan program integrasi yang melibatkan
pendaftaran dan pengiktirafan personel binaan
• Bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di
tapak binaan personel.
2 Mengapa perlu mendaftar? • Memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan
dan kesihatan di tapak binaan
• Mendapat pengetahuan asas mengenai keselamatan &
kesihatan di tapak binaan
• Memaklumkan kepada personel binaan mengenai
keperluan undang-undang yang berkaitan dengan
kesihatan dan keselamatan di tapak binaan
3 Siapakah yang perlu ada Kad
Hijau CIDB?
Keperluan Kad Hijau CIDB bagi Kakitangan SYABAS adalah
bagi mereka yang memenuhi keperluan seperti berikut;-
Menjalankan kerja-kerja di tapak binaan / memantau
kerja-kerja kontraktor SYABAS yang membaiki paip
pecah / membuat kerja-kerja penyelenggaraan di
rumah pam / tangki air / membuat kerja-kerja
pemeriksaan kualiti air di kawasan pembinaan /
terlibat dengan operasi penguatkuasaan dalam
membuka dan mengalih (dismantling/removal) paip
haram.
4 Kenapa kakitangan yang
berkenaan wajib ada dan
membawa Kad Hijau semasa di
tapak?
Sekiranya kakitangan tersebut tidak dapat menunjukkan
Kad Hijau kepada pihak penguatkuasan semasa berada di
tapak, ia adalah satu kesalahan dan boleh didenda RM
5,000 . -> Ini adalah pindaan terbaru Akta CIDB (masih
belum diwartakan tetapi sudah diluluskan oleh Parlimen
pada tahun 2012)
5 Kumpulan kakitangan (Jawatan)
SYABAS yang manakah yang
wujud keperluan untuk
mempunyai Kad Hijau CIDB?
Berdasarkan sejauh mana kakitangan tersebut terdedah
kepada bahaya semasa berada di tapak.
1. Jurutera
2. Juruteknik
3. Juruteknik Pemotongan
4. Tukang
5. Chargeman
6. Kakitangan yang terlibat dengan operasi
Penguatkuasaan.
BIL SOALAN JAWAPAN
6 Kumpulan kakitangan (Jawatan)
SYABAS yang manakah yang
tidak wajib untuk mempunyai
Kad Hijau CIDB?
1. Pembaca Meter
2. Polis Bantuan /Pengawal Keselamatan
3. Pegawai PUSPEL
4. Pemandu Lori Tangki/ Pemandu Kenderaan
5. Storekeeper (yang bekerja di warehouse)
6. Pengurusan dan kakitangan Jabatan/ Seksyen
(Bukan Teknikal) / Pembantu Pejabat
7. Operator Rumah Pam (tetapi sekiranya operator
tersebut membuat kerja-kerja penyelenggaraan,
keperluan Kad Hijau adalah WAJIB)
7 Apakah borang yang perlu diisi? Borang yang perlu diisi :
a. Borang permohonan Kad Hijau CIDB
b. Borang UPP1
Semua borang boleh dimuat turun di Portal e-Mesra
(e-Pusat@Syabas Ú Menu Khas/lain-lain Ú Maklumat
Latihan Ú CIDB) <- Klik disini
8 Bagaimanakah cara-cara mengisi
borang-borang ini?
Permohonan Baharu :
a. Pastikan maklumat waris diisi
b. Pemohon perlu tandatangan pada borang UPP1
c. Sertakan gambar terkini dan berwarna berukuran
paspot
d. Sertakan salinan Kad Pengenalan
e. Borang permohonan perlu mendapat kelulusan
Ketua Jabatan / Ketua Wilayah
Pembaharuan :
a. Pastikan maklumat waris diisi
b. Pemohon perlu tandatangan pada borang UPP1
c. Sertakan gambar terkini dan berwarna berukuran
paspot
d. Sertakan salinan Kad Pengenalan
e. Sertakan salinan Kad Hijau yang telah tamat tempoh
f. Borang permohonan perlu mendapat kelulusan
Ketua Jabatan / Ketua Wilayah
*Ketua Jabatan/Ketua Wilayah perlu memantau dan
mengesahkan permohonan kakitangan masing-masing
terlebih dahulu.
BIL SOALAN JAWAPAN
9 Siapakah yang akan membayar
kos yang dikenakan?
Semua kos ditanggung oleh pihak syarikat di bawah
peruntukan Kod CIDB
* Bagi kakitangan yang telah mempunyai Kad Hijau CIDB
tetapi tidak lagi memenuhi kriteria WAJIB memiliki Kad
Hijau, syarikat berhak tidak memperbaharui Kad Hijau
mereka. Namun tiada halangan bagi kakitangan sekiranya
mereka mahu menggunakan wang sendiri untuk memohon
atau memperbaharui Kad Hijau masing-masing (syarikat
tidak bertanggungjawab dalam menguruskan pembaharuan
tersebut).
10 Siapakah yang bertanggujawab
menguruskan hal-hal
pembaharuan dan permohonan
baharu Kad Hijau?
Permohonan Baharu Pembaharuan
Wilayah Ú diuruskan oleh
Seksyen Latihan dgn
bantuan penyelaras di
wilayah
Wilayah Ú diuruskan
sepenuhnya oleh
penyelaras wilayah
Ibu Pejabat Ú terus
berurusan dengan Seksyen
Latihan
Ibu Pejabat Ú diuruskan
sepenuhnya oleh Seksyen
Latihan
Boleh berhubung dengan
Siti Zaharah/ Zuhaidi di
talian 03-2088 5106/5366
Boleh berhubung dengan
penyelaras wilayah di Unit
Sumber Manusia
11 Sekiranya Kad Hijau saya hilang
bolehkah diperbaharui?
• Sekiranya Kad Hijau hilang sebelum tamat tempoh
kad tersebut, kakitangan perlu perbaharui sendiri.
• Sekiranya Kad Hijau hilang selepas tamat tempoh,
boleh perbaharui seperti biasa tetapi sila maklumkan
kepada penyelaras.
12 Sekiranya berlaku sebarang
kemalangan yang membolehkan
tuntutan dibuat dengan siapa
saya perlu berurusan untuk
tuntutan insurans?
• Sebarang tuntutan insurans, sila berurusan terus
dengan pihak CIDB. Nombor telefon seperti yang tertera
dibelakang Kad Hijau masing-masing
13 Berapa lamakah masa yang akan
diambil untuk Kad Hijau saya
siap?
• Bagi permohonan baharu Ú paling awal dua minggu
selepas tarikh Kursus Kad Hijau
• Bagi pembaharuan Ú Borang akan dikumpulkan dan
akan dihantar ke pejabat CIDB sebulan sekali.