Permohonan Mesin Santan

4
Pengenalan Gadong Enterprise adalah industri IKS yang memberi tumpuan perniagaan kepada pemprosesan dan penjualan santan. Perniagaan mula beroperasi pada 1 Januari 2008 di Kampong Ulu Gadong. Lokasi Projek IKS Santan Pengusaha IKS ini beroperasi di Kampong Ulu Gadong, di kawasan rumah pengusaha di atas tanah seluas satu ekar. Tanah yang luas ini memudahkan tempat mesin kelapa, mesin perahan kelapa, penyimpanan kelapa biji serta proses membelah kelapa. Matlamat Gadong Enterprise adalah IKS yang ditubuhkan selari dengan matlamat kerajaan yang mahukan lebih ramai bumiputra menceburi bidang perniagaan. Perusahaan santan kelapa dipilih kerana produk ini adalah antara produk yang paling sesuai lantaran permintaan yang tinggi dalam masakan masyarakat Malaysia dan tiada pengusaha dalam persekitaran daerah Kota perkampongan Gadong. Pemasaran Sasaran Pasaran

description

business plan

Transcript of Permohonan Mesin Santan

Page 1: Permohonan Mesin Santan

Pengenalan

Gadong Enterprise adalah industri IKS yang memberi tumpuan perniagaan kepada

pemprosesan dan penjualan santan. Perniagaan mula beroperasi pada 1 Januari 2008 di

Kampong Ulu Gadong.

Lokasi Projek IKS Santan

Pengusaha IKS ini beroperasi di Kampong Ulu Gadong, di kawasan rumah pengusaha di atas

tanah seluas satu ekar. Tanah yang luas ini memudahkan tempat mesin kelapa, mesin perahan

kelapa, penyimpanan kelapa biji serta proses membelah kelapa.

Matlamat

Gadong Enterprise adalah IKS yang ditubuhkan selari dengan matlamat kerajaan yang

mahukan lebih ramai bumiputra menceburi bidang perniagaan. Perusahaan santan kelapa

dipilih kerana produk ini adalah antara produk yang paling sesuai lantaran permintaan yang

tinggi dalam masakan masyarakat Malaysia dan tiada pengusaha dalam persekitaran daerah

Kota perkampongan Gadong.

Pemasaran

Sasaran Pasaran

Perniagaan santan kelapa yang diusahakan tertumpu kepada peniaga-peniaga pasar,

pengusaha makanan restoran, pengusaha kantin-kantin sekolah, pengusaha peniaga pasar

malam, serta penduduk Kampong Ulu Gadong dan kampong berhampiran untuk kegunaan

harian dan majlis-majlis keramaian.

Promosi

Promosi peniagaan IKS santan adalah penting untuk membolehkan pelanggan mengetahui

lokasi dan perniagaan yang diusahakan, beberapa kaedah promosi dilaksanakan:

Page 2: Permohonan Mesin Santan

Pamplet

Papan tanda

Kad perniagaan

Harga

Harga untuk santan ditawarkan pada harga RM7.00 sekilo. Harga ini lebih rendah dari harga

yang ditawar oleh pengusaha lain di pasar.

Lokasi

Lokasi perniagaan IKS ini adalah di Kampong Ulu Gadong. Ia terletak lebih kurang 20 minit

dari pekan Tampin perjalanan kereta. Perniagaan di lokasi ini memudahkan pelanggan

persekitaran Gadong, Kota, dan Bongek yang tidak perlu ke pasar yang agak jauh.

Perancangan Masa Hadapan

Oleh kerana permintaan yang sangat menggalakkan, pengusaha IKS ini bercadang untuk

meluaskan pasaran. Buat ketika ini, kami tidak dapat menampong permintaan, malah

beberapa permintaan besar dari pelanggan yang berniaga terpaksa ditolak atau menangguh

penjualan berterusan lantaran ketidakmampuan mesin perahan kelapa yang kecil dan uzur

Untuk itu kami memerlukan mesin baru yang besar dan berkapasiti besar.

Rancangan Operasi

Keseluruhan operasi dijalankan di kawasan perumahan pengusaha.

Proses berjalan seperti berikut:

1. Setiap dua minggu, pengusaha kelapa akan menghantar kelapa kira-kira 1000 biji. Di

samping pengusaha kelapa, kelapa juga turut dibekal oleh penduduk persekitaran

kampong. Ini diberi keutamaan supaya dapat membantu meningkat pendapatan

penduduk sekitar. Harga dibeli dengan harga RM1.40 sebiji.

Page 3: Permohonan Mesin Santan

2. Setiap pagi sejumlah kelapa dibelah sebelum dimesin.

3. Kelapa yang telah dimesin akan diperah menggunakankan mesin pemerah untuk

menghasilkan santan.

4. Santan akan dipek dalam plastik dan disimpan dalam peti sejuk.

5. Santan diedar kepada pelanggan.

Operasi menghasilkan santan hanya boleh dilakukan antara jam 6.00 pagi hingga 10.00

pagi. Ini adalah kerana pelanggan yang berniaga akan mengambil santan sebelum jam

10.00 pagi. Pemprosesan santan selepas jam 10.00 pagi tidak lagi ekonomikal kerana

permintaan adalah kurang.