Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

30
Permulaan Krisis 1992 – 1993 Pergeseran di antara kerajaan Bosnia dan Serb Bosnia bermula apabila Izetbegovic memohon kemasukan polis dan pasukan simpanan di Sarajevo, dan kerajaan meminta Serb Bosnia meninggalkan bandar pada 4 April 1992. Beberapa pegawai Serb meninggalkan bandar tetapi berjanji kepada Serb yang tinggal bahawa mereka akan kembali dalam beberapa hari. Pada 6 April, Serb mula menembak Sarajevo. Pada 7 dan 8 April, diikuti dengan pengisytiharan antarabangsa ke atas Bosnia- Herzegovina, tentera Serb merentasi Sungai Drina (sempadan Bosnia dengan Serbia) dari Serbia, mengepung bandar-bandar Muslim di Zvornik, Visegrad dan Foca di timur Bosnia. Pada pertengahan April, keseluruhan Bosnia terhimpit dalam peperangan. Keganasan merebak, kepanikan dan ketakutan meningkat, membahagi-bahagikan etnik mengikut populasi. Bosnia beberapa minggu cuba mengempangi perebakan keganasan etnik. Pertahanan bandar dibentuk oleh kerajaan Bosnia iaitu Muslim, Serb Bosnia yang setia dan Croat Bosnia. Pentadbiran Croat di Vares berjaya menghalang konflik etnik, dan genjatan senjata diusahakan di Velika Kladusa. Di Sarajevo, perhimpunan pro-demokrasi dibentuk. Usaha-usaha ini walau bagaimanapun gagal kerana semua pihak telah bersedia untuk berperang. SDS, parti kerajaan Bosnia telahpun bersedia kerana mendapat tahu bahawa populasi Serb telah menambah

Transcript of Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

Page 1: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

Permulaan Krisis 1992 – 1993

Pergeseran di antara kerajaan Bosnia dan Serb Bosnia bermula apabila Izetbegovic

memohon kemasukan polis dan pasukan simpanan di Sarajevo, dan kerajaan meminta

Serb Bosnia meninggalkan bandar pada 4 April 1992. Beberapa pegawai Serb

meninggalkan bandar tetapi berjanji kepada Serb yang tinggal bahawa mereka akan

kembali dalam beberapa hari. Pada 6 April, Serb mula menembak Sarajevo. Pada 7 dan 8

April, diikuti dengan pengisytiharan antarabangsa ke atas Bosnia-Herzegovina, tentera

Serb merentasi Sungai Drina (sempadan Bosnia dengan Serbia) dari Serbia, mengepung

bandar-bandar Muslim di Zvornik, Visegrad dan Foca di timur Bosnia. Pada pertengahan

April, keseluruhan Bosnia terhimpit dalam peperangan.

Keganasan merebak, kepanikan dan ketakutan meningkat, membahagi-bahagikan etnik

mengikut populasi. Bosnia beberapa minggu cuba mengempangi perebakan keganasan

etnik. Pertahanan bandar dibentuk oleh kerajaan Bosnia iaitu Muslim, Serb Bosnia yang

setia dan Croat Bosnia. Pentadbiran Croat di Vares berjaya menghalang konflik etnik,

dan genjatan senjata diusahakan di Velika Kladusa. Di Sarajevo, perhimpunan pro-

demokrasi dibentuk. Usaha-usaha ini walau bagaimanapun gagal kerana semua pihak

telah bersedia untuk berperang. SDS, parti kerajaan Bosnia telahpun bersedia kerana

mendapat tahu bahawa populasi Serb telah menambah pengkalan dan depot tentera. JNA,

tentera Serbia telahpun mengepung Sarajevo yang akan memberi kelebihan ketika

peperangan kelak. Sewaktu enam minggu pertama, pasukan khas dan separa militari Serb

disokong oleh JNA telah memasuki timur Bosnia melalui Serbia, dan JNA memasuki

barat Bosnia dari Croatia.

Pada 26 April, kedua-dua pihak telah dipanggil bermesyuarat di Macedonia. Jeneral Serb

dan Jeneral Croat dipanggil untuk penyelesaian politik (political settlement) dan akan

dilibatkan dalam perbincangan EU; Izetbegovic dituntut mengeluarkan saki-baki tentera

dan pegawai JNA keluar dari Bosnia atau beliau merubah struktur tenteranya di Bosnia.

Kedua-dua pihak menolak cadangan EU ini.

Page 2: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

Pertempuran bersambung apabila Serb Bosnia menyerang dua bandar Muslim.

Keesokannya, Presiden Bosnia, Izetbegovic diculik oleh pegawai JNA di Sarajevo. JNA

mahu menggunakan Izetbegovic sebagai tebusan kepada pengunduran JNA dari Sarajevo

dengan perlindungan UNPROFOR (Tentera Perlindungan PBB). Pihak Muslim tidak

menerima cara ini dan menyerang konvoi JNA dan dua pertiga terkorban dalam

perjalanan. Gencatan senjata ditandatangani pada 18 Mei disusuli dengan pengunduran

saki baki JNA dari Bosnia.

Keadaan kemudiannya menjadi bertambah tidak terkawal dan keganasan menular di

Bosnia. Pasukan Palang Merah ditembak dan konvoi PBB dirampas. Tembak-menembak

yang berterusan di Bosnia mengundang minat pihak Barat tentang isu krisis kemanusiaan

dengan kematian ramai orang awam di Sarajevo pada 27 Mei. Lantaran itu, Majlis

Keselamatan PBB pada 30 Mei (Resolusi 757) mengambil tindakan mengenakan sekatan

(sanctions) kepada Yugoslavia (Serbia dan Montenegro). Keganasan berterusan dan

masyarakat antarabangsa berusaha membuka lapangan terbang Sarajevo untuk

penerbangan masuk bantuan kemanusiaan. Pada 20 Mei, gencatan senjata yang memberi

izin kepada PBB mengambil alih lapangan terbang telah dicabuli oleh kedua-dua pihak,

yang berperang mahu mengawal sempadan di antara lapangan terbang dan bandar.

Pada 26 Jun, Boutros Ghali memberi Serb 48 jam untuk menghentikan serangan ke atas

Sarajevo. Beliau mahu Serb membenarkan PBB mengambil alih lapangan terbang dan

meletakkan senjata berat mereka di bawah pemantauan PBB seperti yang telah

dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata yang dirunding oleh Lewis MacKenzie,

komander UNPRPOFOR di Sarajevo. Pada masa yang sama Persiden Bush bermesyuarat

dengan penasihatnya tentang kemungkinan menggunakan kuasa tentera di Bosnia.

Presiden Perancis pada 28 dan 29 Jun melakukan lawatan ke Sarajevo. Drama berakhir

apabila Serb memulangkan lapangan terbang kepada UNPROFOR.

Di luar Sarajevo, Serb telah berbulan-bulan mengepung bandar-bandar majoriti Muslim

di sepanjang sungai Drina dan Sava dan menghalau keluar orang Muslim. Serb menghala

ke utara dan tengah Bosnia. Muslim kemudiannya mengambil balik kawasan ini. Pada

Jun 1992 Serb melancarkan serangan balik dan memenangi kawasan tengah Bosnia. Serb

Page 3: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

juga gagal mengekalkan koridor utara di antara Banja Luca di barat dan Semberija serta

Serbia di timur. Di timur Bosnia, pasukan gerila Bosnia melancar serangan sewaktu

musim sejuk 1992 -1993 menentang Serb di Tuzla-Zvornik dan menembak motar ke

sempadan Serb Bosnia di timur Srebrenica.

Pada Januari 1993, pertempuran meletus antara Croat dan muslim di tengah Bosnia.

Muslim mendapati mereka diserang dari dua pihak. Sebab konflik Muslim dan Croat

ialah pembahagian Bosnia yang dicadangkan di bawah perancangan Pelan Vance-Owen.

Di timur Bosnia serangan Serb pada musim bunga 1993 mengurangkan kawalan Muslim

ke atas kawasan pedalaman, mencabuli Pelan Vance-Owen. Ini memimbulkan

konfrantasi dengan NATO kerana bimbangkan Serb menyerang bandar. Penghujung

tahun 1993, Muslim terdesak mempertahankan bandar di bawah kawalan Croat di tengah

Bosnia. Crotia dan Croat Bosnia terlibat dalam pembersihan etnik di kem-kem Muslim.

Bertindakbalas, Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan pada Februari 1994

mengancam Crotia dengan sekatan (sanction). Pada peringkat ini Croat dan Serb

sebenarnya bersetuju melancarkan serangan bersama menentang Muslim. Tembakan di

Pasar Markala pada Februari membawa kepada pakatan Muslim-Croat-Crotia di bawah

tajaan Amerika. Pemerhati tentera antarabangsa menyifatkan pertentangan di Bosnia

berterusan disebabkan oleh kedua-dua Serb dan Muslim tiada disiplin, lemah dari segi

pengarahan dan dan pengawalan (command and control) dan Serb pula ialah mereka

tidak mahu mengambil risiko. Tentera Serb telah dibekalkan dengan minyak oleh Croat

selama 18 bulan pada 1993 hingga 1994. Tetapi pembekalan ini terhenti pada Disember

1994 yang dapat di fahami sebagai tanda-tanda awal Croat dalam persediaan menentang

Serb pula.

Krisis-krisis Besar, 1993 – 1994

a) Srebrenica, April 1993

Krisis pertama yang direspons oleh Barat adalah serangan Serb ke atas Srebrenica pada

awal April 1993 kerana Srebrenica merupakan pusat aktiviti gerila Muslim menyerang

bandar-bandar dan perkampungan Serb di timur Bosnia pada musim sejuk 1992 – 1993.

Page 4: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

Serangan Serb dilihat memprovokasi melemah-lemahkan Pelan Vance-Owen. Akibatnya

pelarian terperangkap di Srebrenica dan menimbulkan isu penganiayaan kemanusiaan.

Komander PBB sendiri telah merentasi garisan Serb dan menaikkan bendera PBB di

Srebrenica dalam usaha menyelamatkan pelarian. Pada April, Serb melancarkan serangan

ke Sarajevo serta Srebrenica dan menghancurkan Srebrenica. Serangan ini dikuti dengan

penangguhan perbincangan gencatan senjata oleh Jeneral Serb di Sarajevo, beberapa jam

sebelum NATO mula menguatkuasa zon bebas terbang (no fly zone) di Bosnia yang

dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB pada Oktober 1992 (Resolusi 781). Dua perbuatan

Serb ini dilihat sebagai hasad dengki dengan niat politik. Laporan pembunuhan beramai-

ramai orang awam di timur Bosnia telah menyebabkan pentadbiran Clinton

mencadangkan sekatan yang lebih ketat ke atas Serbia dan Montenegro. Owen, pada

Februari pernah menyatakan kemungkinan menggunakan serangan udara untuk

menyeimbangkan serangan, sekarang mahu mengebom Serb dalam usaha mencegah

mereka mengepung bandar Muslim. Di Washington, tekanan lebih tinggi kerana kerana

Presiden Czechoslovakia mendesak White House menghentikan Serbia. US mengancam

melancarkan serangan udara. US juga didesak untuk “melakukan sesuatu” untuk

meredakan krisis. Kemudiannya komander PPB di Bosnia diberitahu bahawa Karadzic

bersetuju membenarkan UNPROFOR memasuk Srebrenica. Muslim Srebrenica

diundurkan dalam 72 jam.

b) Terjerut di Sarajevo, Julai – Ogos 1993

Krisis ini bermula apabila Serb menawan Trnovo pada Julai 1993 dan peperangan di

Bukit Bjelasnica dan Bukit Igman pada penghujung Julai. Konvoi bantuan kemanusiaan

dihalang dari tiba ke bandar di mana Muslim dan Croat berperang di tengah Bosnia.

Pertengahan Julai, pentadbiran Clinton mula berbincang langkah-langkah menghalang

Serb daripada terus menakluk Sarajevo. Majlis Keselamatan menerima resolusi pada 23

Julai mengutuk sekatan di Sarajevo dan menuntut bantuan diteruskan. Pertempuran di

bandar terus teruk, pegawai PBB merekodkan 3777 tembakan dilepaskan dalam tempoh

16 jam. Pada masa yang sama CIA memberitahu pentadbiran Clinton bahawa Serb sudah

hampir-hampir memenangi seluruh Bosnia. Pembuat polisi US mahu digunakan serangan

udara ke atas Serb. Duta NATO memberi amaran bahawa mereka akan mengambil

Page 5: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

tindakan efektif dan bersedia menggunakan serangan udara membebaskan jerutan di

Sarajevo dan meneruskan bantuan kemanusiaan tetapi tidak disebutkan tarikh operasi itu.

Ia kemudiannya menjadi faktor Karadzic, pada 30 Julai memberitahu mediator

antarabangsa bahawa beliau akan mengundurkan Serb dari Bukit Igman. Tetapi krisis

masih berterusan. Perundingan berlansung di Pale pada 5 Ogos di antara Serb dan

komader PBB diberitahu bahawa Serb akan diundurkan jika PBB mahu memasuki

kawasan yang mereka kosongkan dan Karadzic berjanji akan memberi laluan konvoi

bantuan. Perundingan keesokannya gagal apabila Jeneral Bosnia memberitahu tentera

kerajaan Bosnia diiringi PBB di izinkan memasuki Igman dan Bjelasnica. Pada akhirnya

perjanjian tercapai apabila Serb bersetuju berundur daripada Bukit Bjelasnica yang akan

dimasuki oleh tentera UNPROFOR Perancis. Penyerahan jalan Bukit Igman oleh Serb ini

adalah situasi yang kritikal dalam peperangan di Sarajevo.

c) Pengeboman di Pasar Markala, Februari 1994

Dengan penolakan perjanjian pelan pembahagian oleh Owen-Stoltenberg pada musim

panas dan musim luruh 1993, Serb mula menambahkan serangan di Sarejevo. Serangan

di Pasar Markala pada 5 Febuari 1994 mengakibatkan kematian yang ramai dan Serb

dipertanggjungjawabkan. Perancis, telah ditekan oleh Amerika supaya menggunakan

ketenteraan keatas Serb. Pada 7 Februari pula EU mengajak masyarakat antarabangsa

membebaskan Sarajevo dengan segera. Pada 8 Februari, US mahukan senjata berat Serb

dikeluarkan dari kawasan orang awam. 9 Februari NATO melaksanakan tututan terakhir

penguduran senjata berat Serb dari 20 kilometer zon ekslusif penuh (total exclusive zone)

dari bandar dan mengancam menggunakan serangan udara jika Serb tidak mematuhinya.

Komander UN merundingkan Serb supaya mengudurkan senjata dan diletakkan di bawah

kawalan PBB atau penggunaan askar UNPROFOR Rusia untuk memantau perjanjian.

Pembunuhan beramai-ramai Markala ini menghasilkan penglibatan langsung oleh NATO

dan US, serta Rusia di dalam krisis Bosnia- perkembangan yang melibatkan mereka

sehingga setahun setengah kemudiannya.

d) Gorazde, Mac – April 1994

Page 6: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

Serb Bosnia menyerang Gorazde mengepung timur Bosnia pada Mac 1994

menghancurkan harapan untuk aman hasil daripada kejayaan kata dua NATO pada

Februari. Serangan Serb berakhir pada 26 April apabila Serb berundur dari bandar kerana

mendapat kata dua dari NATO sekali lagi. Serangan Serb ini adalah untuk menggagalkan

perundingan damai dan kemasukan Barat di Bosnia. Serb sudah menentukan beberapa

okjektif: untuk meneutral tentera Bosnia dengan mengepung lebuhraya utara – selatan

yang menghala ke Dataran Drina di Timur. Serb kemudian meletupkan Gorazde pada 10

April. Komander PBB dan NATO marah dengan serangan tersebut dan bimbang Serb

akan menawan bandar, telah melancarkan serangan udara NATO ke atas kedudukan Serb

pada hari yang sama. Serangan ini disokong oleh Boutros – Ghali yang pada 9 April

mengarahkan tentera PBB di Bosnia untuk menggunakan” apa sahaja cara” untuk

menghalau Serb keluar dari Gorazde. Serangan udara kedua dilakukan pada 11 April.

Serb meneruskan serangan serta menggugut “sekali lagi serangan, kami akan menembak

jatuh pesawat – kami tidak jamin keselamatan UNPROFOR dan akan serang

UNPROFOR serta ibupejabat anda”. Pada 15 April Serb Bosnia tiba mempertahankan

Gorazde. NATO kali ketiganya melancarkan serangan udara disusuli oleh pengeboman

bandar oleh Serb. Serb telah menmbak jatuh pesawat NATO dan jet British Harrier.

Ketiga-tiga serangan udara NATO adalah terhad kepada target spesifik, dengan tujuan

menakut-nakutkan Serb daripada serangan untuk meneutralkan keupayaan militri Serb

Bosnia. Bertindakbalas kepada serangan NATO, Serb mula menawan 200 pegawai PBB

dan orang awam.

Kaedah segera untuk penyelesaian pedamaian diperlukan apabila Serb Bosnia

meneruskan serangan. Pada 16 April US memutuskan untuk memakai pendekatan

sederhana, mengharapkan perundingan-perundingan seterusnya akan terhasil dan usaha

Rusia untuk menarik Serb keluar dari Gorazde akan berjaya tetapi usaha Rusia gagal.

Pemerhati PBB mula keluar dari Gorazde selepas keadaan tidak berubah. Kedudukan US

lebih terdesak, penasihat Clinton mencadangkan penggunaan serangan udara yang lebih

besar. Polisi US seakan mengalami perubahan besar. Selepas April berlaku

perkembangan apabila Serb Bosnia bersetuju meletakkan senjata dan membenarkan

kontinjen UNPROFOR memasuki bandar. Mereka juga mula membebaskan tawanan dan

Page 7: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

mengembalikan senjata daripada depot PBB sekitar Sarajevo. Serb berjanji mereka tidak

akan memasuki Gorazde dan jaminan ini diulang oleh Karadzic. Tetapi Serb menyerang

hospital. Serb diberikan tarikh akhir untuk keluar dari Gorazde, tetapi Serb terus

menyerang kilang. Komander Bosnia di Gorazde mengadu kepada pemerhati PBB

bahawa Serb cuba “membeli masa” dalam usaha menggagalkan pengundurannya. US

mencadangkan zon ekslusif penuh termasuk Gorazde. NATO memberi kata dua untuk

Serb berundur tiga kilometer dari bandar, termasuk mengundurkan senjata berat sehingga

27 April. NATO kemudiannya memperluaskan kawasan zon eksklusif penuh sehingga ke

Zepa, Tuzla, Bihac dan Srebrenica yang diisytiharkan kawasan selamat oleh Resolusi

Majlis Keselamatan 824 pada 6 Mei 1993. Sebelum itu, Milosevic telah mengarahkan

Karadzic dan Jeneral Serb ke Belgrade, bertemu dengan Yashushi Akashi, wakil khas

Setiausaha Agung PBB dan ketua misi UNPROFOR. Pada 22 April, Akashi melaporkan

adanya perjanjian mengundurkan senjata berat dari bandar tetapi tidak tentang

pengunduran tentera Serba tiga kilometer dari bandar. Tetapi perjanjian ini dicabuli serta

peperangan berterusan.

Krisis diputuskan untuk dihentikan. NATO merancang serangan besar-besaran ke atas

Bosnia yang akan “memusnahkan kepungan tentera Serb dan memaksa pemimpin ke

meja perundingan (bargaining table)”. Sekurang-kurangnya 24 target dikenalpasti.

Sementara US lebih suka menghala target ke Serb Bosnia, EU menghadkan serangan ke

atas 20 kilometer zon ekslusif sekitar bandar. Pegawai NATO mencadangkan: “Pelan ini

adalah untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah, tidak akan dan tidak mahu dialami

oleh Serb lagi” (Burg & Shoup, Opcit 149). Kaedah segera ini perlu kerana adanya

tekanan dari Serb Bosnia untuk meningkatkan serangan tanpa menghiraukan bantahan

antarabangsa serta serangan udara.

Tetapi Akashi menolak serangan udara yang dirancangkan ke atas Gorazde kerana mahu

melindungi pegawai PBB yang masih ditawan Serb. Selepas itu, pengeboman dari

Gorazde berkurangan pada 23 April. Pada 26 April, pertempuran di bandar terhenti.

Tentera kerajaan Bosnia menarik diri dari pertempuran.

Page 8: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

Menjadi perdebatan kemudiannya ialah tentang kemusnahan dan krisis kemanusiaan di

Gorazde yang dikatakan tidaklah seburuk yang dilaporkan. Jeneral US marah dengan

keadaan itu dan menuduh Muslim Bosnia sengaja mengada-ngadakan cerita untuk

membawa Barat ke dalam peperangan termasuk US. Peristiwa Gorazde menandakan

permulaan keprihatinan kuasa Barat kepada isu krisis kemanusiaan. Serangan udara

misalnya dilihat sebagai maksud menekan Serb ke meja perundingan, sekaligus mencapai

penyelesaian kepada peperangan. Dengan perubahan ini, kehadiran PBB menjadi tanda

tanya kerana PBB menambahkan tentera sehingga 7200 orang di bawah kebenaran Majlis

Keselamatan pada Mac 1994.

Tekanan berterusan di antara UNPROFOR dan aktor-aktor peperangan semasa musim

panas 1994. Pada Jun, Akashi berusaha mendapatkan perjanjian (agreement) gencatan

senjata terakhir di Bosnia. Tetapi perjanjian dicabuli lagi dengan pertempuran di

Cazinska Krajina. Serb menguasai Bukit Igman sekaligus mengepung Sarajevo

(diceritakan terlebih awal dalam tajuk Terjerut di Sarajevo). Keganasan di zon ekslusif

sekitar Sarajevo disebabkan oleh kedua-dua pihak; Serb Bosnia dan Muslim Bosnia.

Kerajaan Bosnia menggunakan senjata berat di luar zon ekslusif sementara Serb

menggunakannya di dalam zon. Jeneral US memberi amaran kepada Bosnia bahawa

mereka akan menggunakan serangan udara. Serb memotong bekalan elektrik di Sarajevo

dan Bosnia menyerang barisan Serb sekitar bandar. Pertempuran berakhir apabila Jeneral

US mengancam akan menggunakan serangan udara ke atas kedua-dua pihak. Kerajaan

Bosnia marah dengan Jeneral US yang hanya memfokuskan pencerobohan Bosnia ke atas

zon ekslusif tetapi tidak kepada Serb yang mengancam orang awam dan bantuan

kemanusiaan. Mereka menggagalkan gencatan senjata, meneruskan peperangan dan

mendakwa mempertahankan diri dari penceroboh. Jadi, mereka mempunyai hak untuk

mempertahan wilayah dari Serb yang menceroboh dan melakukan pembersihan etnik.

Komander tentera Bosnia mempertahankan bahawa mereka kehilangan lebih banyak

wilayah semasa perjanjian gencatan senjata pada musim bunga 1994; mendakwa Serb

menolak cadangan pemantauan sepanjang gencatan senjata; mengatakan selepas 30 hari

gencatan senjata Serb menolak untuk memperbaharuinya sebaliknya menyeru penyatuan

populasi Serb. Jeneral US bengang dengan penolakan Muslim Bosnia menandatangani

Page 9: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

gencatan senjata jangka panjang. Beliau menuduh Muslim Bosnia sengaja mahukan

NATO dan US menyertai perjuangan pihak Muslim dan mereka akan berbuat apa sahaja

mencapai cita-cita tersebut dengan mengatakan tentera Bosnia “mengada-ngadakan

gambaran peperangan kepada dunia, dan menjadikan kami bertindak balas dengan

serangan udara”. Beliau memberi amaran serangan udara juga boleh dihalakan kepada

Bosnia.

Penghujung Oktober, PBB dan NATO hilang kawalan ke atas situasi Bosnia, Sarajevo

dan situasi kucar-kacir sepenuhnya.

<!--[if !supportLists]-->d) <!--[endif]-->di Bihac, November – Disember 1994

Pertempuran paling hebat pada tahun 1994 berlaku di Bihac, suatu tempat di wilayah

Cazinska Krajina di barat laut Bosnia-Herzegovina. Serb telah berusaha menawan Bihac

pada tahun 1992 tetapi gagal. Tiada pertempuran di sini para tahun 1993, tetapi meletus

semula apabila Jeneral Bosnia menerima Pelan Pembahagian Owen-Stoltenberg,

mengisytiharkan autonomi di Cazinska, dan pada Oktober 1993 menandatangani pakatan

kerjasama dan persahabatan dengan Serb Bosnia. Satu gencatan senjata pada Januari

1994 menyaksikan tentera Bosnia, tentera Muslim dan pasukan Polis Kelima Bosnia

bersatu di bawah arahan Jeneral Bosnia.

Pertempuran meletus pada Februari 1994 apabila Serb menyerang pasukan Polis Kelima

Bosnia kerana ingin menyekat pegangan mereka di Velika Kladusa. Serb telah diarahkan

berundur dari zon ekslusif di Sarajevo, oleh itu disyaki Serb telah memindahkan pasukan

artileri mereka ke Bihac. Pertempuran memerangkap pasukan UNPROFOR Perancic di

tengah-tengah. Pada 10 Mac, Serb mengebom pos pemerhati Perancis dan membunuh

tentera pengaman. Serangan udara NATO ke atas Serb telah diarahkan apabila beberapa

buah kereta kebal telah tiba berhampiran pos tentera Perancis tetapi tidak dapat

dilaksanakan kerana faktor cuaca. Peretempuran berterusan sehingga musim bunga dan

musim panas 1994.

Sama ada sebanyak mana Serb telah mengganas di Bihac di zon ekslusif sukar

ditentukan kerana zon selamat tersebut telah diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan PBB

Page 10: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

tanpa berunding dengan pihak yang berperang. Oleh itu, sempadan zon ini tidak dipatuhi

secara terperinci. Pada 14 November, apabila Serb hampir menawan keseluruhan Bihac,

PBB telah mengemukakan peta baru tetapi pihak-pihak yang berperang tidak tahu bila ia

dilukis dan diedarkan.

Krisis di Bihac pada November- Disember 1994 merupakan kemuncak Perang

Bosnia ini. Wilayah Cazinska Krajina, di mana terletaknya Bihac, adalah medan

peperangan kepada pembentukan enam pasukan: tentera Serb Bosnia, tentera Serbia yang

merentasi sempadan Croatia di Krajina, tentera Muslim Bosnia, pasukan Polis Kelima

Bosnia, dan tentera Croatia. Krisis di Bihac mengundang perdebatan antarabangsa

tentang kedudukan zon selamat. Kemuncaknya, kerajaan Bosnia mempertahankan Bihac

pada awal November telah menjadikan Russia mempersoalkan tentang provokasi dan

keganasan Bosnia di zon tersebut. Russia berhujah bahawa apabila PBB mengistiharkan

zon selamat, tidak memerlukan kerajaan Bosnia meletak senjata. Resolusi 913 telah

menyeru semua pihak menghentikan sebarang perbuatan provokatif. PBB juga akan

menggunakan serangan udara untuk menghentikan sebarang keganasan.

Pada 3 November 1994, empat peluru berpandu darat ke udara (SAMs) telah

dilancarkan di Bihac daripada kedudukan Serb. Walau bagaimanapun tiada kematian

apabila salah satunya mendarat berhampiran sekolah. Dispekulasikan jika ia menghentam

sekolah, akan ada tindakbalas ketenteraan yang tegas daripada NATO. Serangan ini

mungkin reaksi penawanan Kupres oleh Croat dan Muslim, atau perlakuan provokatif

untuk menghangatkan konflik. Walau bagaimanapun ia adalah perbuatan paling gila dan

paling membinasakan oleh Serb sepanjang peperangan. Pembuat polisi US memutuskan

pada 12 November mendesak dibentuk zon eksklusif di Bihac. Tetapi cadangan ditolak

oleh EU yang tidak berfikir Serb akan menawan Bihac. Serangan udara Serb yang

pertama yang dilancarkan ke atas zon selamat telah meningkatkan lagi ketegangan. Pada

18 November kapal terbang berlepas dari pangkalan udara Udbina di kawasan dikuasai

Serb Krajina (Crotia) mengebom Bihac. Keesokan harinya sekali lagi pengeboman

dilancarkan. Pada 19 November Majlis Keselamatan membenarkan NATO untuk

menyerang Serb di Crotia. Pada 21 November kapal terbang NATO, operasi terbesar

pada masa itu, mengebom pangkalan udara Udbina. Serangan NATO ini adalah bertujuan

Page 11: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

untuk merosakkan landasan kapal terbang sahaja tanpa merosakan kapal terbang Serb.

Pada 23 November kapal terbang NATO menyerang tiga kawasan SAM Serb di Bihac,

Jeneral US tidak bersetuju tindakan ini walaupun pada masa yang sama dua lagi serangan

peluru berpandu dilakukan di Bihac. Serb bertindakbalas di atas serangan ini. Jeneral

Serb dalam suratnya bertarikh 22 November berkata serangan ke atas Udbina adalah

“ganas dan tidak berperikemanusiaan” Penasihat kepada Karadzic dalam perhubungan

melalui telefon dengan Jeneral US, mengancam sekiranya sekali lagi serangan akan

bermakna “perang”. Serb mula menahan anggota UN, atau menghadkan pergerakan

mereka. Di Eropah dan US terdapat desakan pihak Barat perlu untuk menyelesaikan

masalah ini. Serb dikatakan “mengejek” komuniti antarabangsa, kredibiliti kedua-dua

Majlis Keselamatan dan NATO diperkatakan.

Pada 23 dan 24 November, media Barat melaporkan pentadbiran US berkira-kira

mangambil pilihan menggunakan kuasa serangan udara untuk menghentikan kejatuhan

Bihac. US menimbangkan serangan besar-besaran NATO ke atas kedudukan Serb di

Bihac akan menghalang penawanannya, dan British serta Perancis hampir bersetuju

dengan US. Pad 23 November, serangan NATO telah mensasarkan kepada radar SAM

Serb. US bersunguh-sungguh menyerang pelancar peluru berpandu Serb dan Perancis

bersetuju. Serb kemudiannya memasuki tengah Bihac dan ini meningkatkan reaksi

terhadap perbuatan Serb berkenaan keadaan zon selamat dan meningkatkan tekanan ketua

Serb kepada perbicangan perdamaian (peace talks). Serb kelihatannya tiada berkeinginan

untuk meletak senjata, seperti yang dinyatakan oleh jeneral mereka sebagai “tiada

maknanya” ( Burg & Shoup, Opcit: 157).

Pada 23 November, Akashi bertemu Milosevic dan Presiden Republik bekas Yugoslavia

di Belgrade berharap untk mendapatkan perjanjian gencatan senjata. Perbincangan ini

ditentang oleh Serb Bosnia. Karadzic tidak hadir dalam mesyuarat ini dan Serb di Pale

menolak cadangan Akashi. PBB mendapati sukar menjadi pengantara mereka (to mediate

among the combatants).

Mesyuarat NATO pada 24 November diadakan apabila keadaan semakin

memuncak untuk menentukan Barat bertindakbalas ke atas tindakan Serb. US

Page 12: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

mencadangkan membesarkan lagi zon selamat di Bihac, menamatkan kepungan Serb di

Bihac, serta mengusahakan tentera kerajaan Bosnia meninggalkan zon selamat. Perancis

membantah, mereka mendesak supaya US mengawasi kawasan tersebut kemudiannya.

Perkara ini menjadi pertikaian antara Eropah dan US kerana kegagalan US untuk

menghantar tentera kepada operasi PBB di Bosnia. Sekiranya US tidak bersedia

menghantar tentera ke kawasan berisiko tinggi, Perancis mencadangkan serangan udara

ke atas Serb dalam usaha membawa mereka ke meja tawar-menawar (bargaining table).

Perancis bimbang Serb akan bertindak balas dengan menawan tebusan. Dengan diketuai

oleh Perancis dan Canada, cadangan US ditolak. Kerana serangan bukan jalan keluar

kepada isu ini, NATO mencadangkan Bosnia dan Serb mencari penyelesaian politik

(political solution) kepada konflik mereka. Keputusan NATO adalah seperti

mempraktiskan saranan Phil Williams bahawa “mencari alternatif adalah lebih sistematik

daripada berputus asa” ( 1976:61).

Sementara penyelesaian masih lagi dalam tempoh beberapa hari, beberapa

peristiwa telah mengurangkan ketegangan. Pertama, artileri Serb meronda sekitar bandar

tetapi tidak mengganggu orang awam. Kedua, pada hari perbicangan NATO, Serb

membenarkan bantuan PBB memasuli Bihac. Ketiga, pihak lain dalam konflik juga

mengurangkan ketegangan dengan meletak senjata. Keempat, kerajaan Bosnia

menghadapi dua pilihan antara pasukan Polis Kelima dimusnahkan atau berundur.

Serb mengabaikan kenyataan Majlis Keselamatan mengarahkan mereka meletak

senjata yang telah dipatuhi oleh kerajaan Bosnia. Keputusan akhir di Bihac menyaksikan

sedikit sahaja perubahan ke atas pengawalan kawasan oleh setiap pihak yang berperang.

<!--[if !supportLists]-->e) <!--[endif]-->Tiga Peristiwa Kematian Beramai-ramai

Tiga peristiwa yang paling diberi perhatian dalam peristiwa perang, dan membawa

kepada penglibatan Barat secara lansung kepada peperangan ini: Kematian Kebuluran

pada Mei 1992, Pembunuhan Beramai-ramai di Pasar Markala pada Februari 1994,

Serangan kedua di Pasar Markala pada 28 Ogos 1995.

Page 13: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

Peristiwa pertama berlaku semasa pemimpin Barat sedang bermesyuarat di

Lisbon untuk tindakan seterusnya di Bosnia. Kedua-dua sekatan (sanctions) ke atas

Yugoslavia ( Serbia dan Montenegro) dan kemasukan tentera untuk menghentikan

peperangan adalah dalam pertimbangan apabila serangan berlaku. Kematian orang awam

yang tidak bersalah memainkan peranan yang penting untuk Barat menyegerakan sekatan

melalui Majlis Keselamatan pada 30 Mei 1992 dan menjadi penglibatan lansung di

Bosnia. Peristiwa kedua membawa kepada tahap Serb dan Croat bersetuju untuk

bekerjasama menyerang Muslim, dan US ditekan oleh Perancis untuk menghentikan

peperangan ini. Peristiwa ketiga di tempat yang sama setahun kemudiannya

menyebabkan US mencari jalan untuk melancarkan serangan udara NATO bagi

menamatkan peperangan. Pembuat polisi luar negeri US terutamanya, telah memutuskan

untuk membentuk strategi supaya terlibat dengan efektif walaupun mungkin menjadi

permainan kalah-mati kepada politik negara-negara yang berperang ( Ibid: 63)

<!--[if !supportLists]-->g) <!--[endif]-->Pembersihan etnik dan Pembasmian kaum

(Ethnic Cleansing and Genocide).

Perang membinasakan. Sejumlah 200,000 orang dan lebih telah terkorban, cedera, dan

hilang dalam peperangan di Bosnia sehingga akhir 1994. Padan Oktober 1995 dilaporkan

146,340 terbunuh dan 174,914 cedera di wilayah tentera Bosnia. CIA pada November

1995 menganggarkan 156,500 orang awam mati, dan 10,000 masih hilang, serta 81,000

tentera yang mati dari semua pihak yang berperang. 20,000 dan lebih wanita menjadi

mangsa rogol tentera Serb di Bosnia tetapi suruhanjaya pakar PBB mengenalpasti 1600

kes sebenar. Suruhanjaya Hak Asasi PBB mempunyai data sehingga 12,000 kes. Kes

rogol oleh Serb adalah dipuncakan dari perbuatan “rogol pembasmian kaun”. PBB

menganggarkan 520,000 orang atau 12 peratus daripada populasi hilang tempat tinggal.

CIA pada November 1995 menganggarkan 900,000 hingga 1.2 juta pelarian berhijrah

dari Bosnia ke negara lain dan 1.3 hingga 1.5 juta orang di dalam negara hilang tempat

tinggal.

Tiada data tepat mengenai pembersihan etnik tetapi dianggarkan jumlah yang hilang

tempat tinggal adalah dari satu pertiga hingga dua pertiga daripada populasi keseluruhan.

Page 14: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

Jumlah Muslim yang dihalau oleh Serb adalah antara 700,000 hingga 1 juta. Pada

Disember 1994 Institut Kesihatan Bosnia melaporkan sejumlah 1.025 juta daripada

populasi keseluruhan 2.14 juta tidak mempunyai tempat tinggal. Sehingga 1.245 juta

orang berada di luar negeri pada penghujung peperangan.

Kempen besar-besaran pembersihan etnik dijalankan oleh Serb Bosnia pada April, Mei

dan Jun 1992 di timur Bosnia. Wanita dan kanak-kanak Muslim biasanya diarah

melintasi medan peperangan. Mereka juga dikurung dan terkorban di sana. Ramai wanita

menjadi mangsa rogol di tempat kurungan. Lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki terus

dibunuh sewaktu ditemui atau dikem tahanan. Mempraktiskan nostalgia Perang Dunia

Kedua; pemimpin politik Muslim, guru, golongan professional dan intelegensia Muslim

disaring dan dibunuh. Gelombang pertama pembersihan etnik mencapai kemuncak

dengan Tragedi Korzarac di mana mereka dikepung dan dibom. Kawasan lain yang

terlibat ialah di utara Bosnia. Serb juga bertanggungjawab ke atas pembinasaan mercu

tanda budaya Muslim seperti masjid, perpustakaan dan seumpamanya.

Termasuk pembersihan etnik, perogolan beramai-ramai dan kekejaman lain yang dahsyat

– membuktikan bahawa Serb juga menjalankan pembasmian kaum (genocide) ke atas

Muslim Bosnia. Lima keadaan dikategorikan sebagai perbuatan pembasmian kaum dalam

peperangan. Pertama, serangan yang berterusan untuk kematian beramai-ramai. Kedua,

jenayah yang dirancang oleh aktor sesuatu pertubuhan atau komander kepada sesuatu

pertubuhan. Ketiga, mangsa adalah terpilih kerana ahli kepada sesuatu kumpulan.

Keempat, mangsa tidak dapat mempertahankan diri. Kelima, kemusnahan ahli kumpulan

adalah dirancang( Ibid: 182).

Kaedah menyelesaikan Krisis

Tindak balas antarabangsa kepada peperangan di Bosnia-Herzegovina didominasi oleh

kuasa-kuasa besar. Britain, Perancis, Jerman, US dan Russia, telah memainkan peranan

penting membentuk tindak balas kolektif kepada krisis ini. Antara tindak balas tersebut

yang boleh dikategorikan sebagai kaedah meredakan, mengurangkan dan menamatkan

krisis adalah seperti berikut:

Page 15: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

<!--[if !supportLists]-->i. <!--[endif]-->Resolusi 749 Majlis Keselamatan PBB pada 7

April 1992 menyeru kepada gencatan senjata (cease fire) dan perundingan

penyelesaian (negotiated settlement).

<!--[if !supportLists]-->ii. <!--[endif]-->Resolusi 752 Majlis Keselamatan PBB pada

15 Mei 1992 menyeru kepada gencatan senjata, pengunduran tentera

Yugoslavia dan Croatia, penyuraian dan perletakan senjata tentera simpanan,

perundingan (negotiation) penyelesaian perlembagaan di bawah naungan

Persidangan EU di Belgrade, serta penamatan pembersihan etnik).

<!--[if !supportLists]-->iii. <!--[endif]-->Sekatan (Sanctions) ke atas Yugoslavia

(Serbia dan Montenegro) berikutan pengeboman ke atas pelarian yang

kebuluran di Sarajevo pada 27 Mei 1992.

<!--[if !supportLists]-->iv. <!--[endif]-->Resolution 757 Majlis Keselamatan PBB

pada 30 Mei 1992 mengenakan sekatan ekonomi (economic embargo) ke atas

Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) dan menegaskan bahawa wilayah tidak

boleh diubah dengan kuasa ketenteraan.

<!--[if !supportLists]-->v. <!--[endif]-->Resolusi 758 Majlis Keselamatan PBB pada

8 Jun 1992 mengarahkan semua pihak menghormati perjanjian mereka

mengekalkan gencatan senjata dan mengembalikan pengawalan lapangan

terbang Sarajevo kepada PBB.

<!--[if !supportLists]-->vi. <!--[endif]-->Lord Carrington pada 17 Julai 1992

memanggil wakil ketiga-tiga pihak bermesyuarat di London tetapi ditolak oleh

mereka, dan mahu menggunakan orang tengah (mediator) dari EU. Oleh itu,

Perundingan menggunakan EU sebagai orang tengah (EU-mediated

negotiations) tetapi gagal juga.

<!--[if !supportLists]-->vii. <!--[endif]-->Resolusi 770 Majlis Keselamatan dibuat

pada Ogos 1992 sebagai penguatkuasaan terhad menggunakan “apa sahaja

Page 16: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

cara” untuk meneruskan bantuan kemanusiaan, bukan kepada penyelesaian

keseluruhan krisis.

<!--[if !supportLists]-->viii. <!--[endif]-->Pada 6 September 1992, Cyrus Vance

(wakil khas Setiausaha Agung PBB) dan Lord David Owen (wakil EU)

memberi “kata dua” kepada Serb meminta mereka mengeluarkan senjata berat

dari Srajevo, Bihac, Jacje dan Gorazde, serta meletakkan Gorazde dibawah

pengawasan PBB pada 12 September.

<!--[if !supportLists]-->ix. <!--[endif]-->Pada awal Oktober 1992, Vance dan Owen

yang mewakili Persidangan Antarabangsa Bekas Negara Yugoslavi (ICFY)

menjadi perunding (negotiation) telah mengemukakan Pelan Vance-Owen

kepada ketiga-tiga pihak yang terlibat dan mula merundingkan tawar-

menawar (berkenaan wilayah baru yang dicadangkan di Bosnia). Sehingga

Mac 1993, perundingan ini gagal kerana semua pihak sentiasa berbalah

tentang wilayah-wilayah yang dicadangkan.

<!--[if !supportLists]-->x. <!--[endif]-->Resolusi 781 Majlis Keselamatan PBB dibuat

<!--[if !supportLists]-->xi. <!--[endif]-->Resolusi 820 Majlis Keselamatan pada 17

April 1993 dibuat dan dijadualkan akan dilaksanakan pada 26 April.

Milosevic bersetuju menerima pelan ini dengan syarat isu status timur Bosnia

dan kawasan majoriti Muslim diselesaikan dalam perundingan seterusnya

dengan Lord Owen. Milosevic kemudiannya mengubah pendirian.

<!--[if !supportLists]-->xii. <!--[endif]-->Resolusi 836 Majlis Keselamatan

dipersetujui pada 4 Jun 1993 sebagai jaminan keselamatan unit UNPROFOR

di zon selamat.

<!--[if !supportLists]-->xiii. <!--[endif]-->Pelan Tindakan EU terhasil pada 8

November 1993 bagi menyelesaikan masalah Krajina di Croatia. Pertemuan

kali kedua pada Disember juga gagal kerana tidak sepakat dalam pembahagian

wilayah.

Page 17: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

<!--[if !supportLists]-->xiv. <!--[endif]-->Atas desakan Jerman, pada 9 Januari 1994,

Izetbegovic dan Tudjman bertemu di Bonn membincangkan gencatan senjata

dan pembebasan tawanan.

<!--[if !supportLists]-->xv. <!--[endif]-->Di bawah tekanan diplomatik US, Croat

setuju menerima plan tajaan US berkenaan pembentukan gabungan

persekutuan Muslim-Croat di mana wilayah Bosnia akan dipegang oleh

Muslim dan tentera Croat sebanyak satu pertiga. Peristiwa ini berlaku pada

bulan Februari 1994.

<!--[if !supportLists]-->xvi. <!--[endif]-->1 Mac 1994, perjanjian (agreement)

prinsip-prinsip Persekutuan Bosnia (Muslim-Croat) serta permulaan perjanjian

persekutuan antara Persekutuan Bosnia dengan Croatia dibentuk di

Washington. Peristiwa ini dipanggil “Perjanjian Washington”.

Kemerdekaan Bosnia-Herzegovina

Perlembagaan persekutuan yang dibentuk di Washington pada 18 Mac 1994

mengesahkan kedaulatan dan integriti Bosnia-Herzegovina. Perlembagaan ini akan

diterimapakai di wilayah yang tahun 1991, adalah di bawah majority penduduk Muslim

dan Croat. Penyelesaian perlembagaan di kawasan yang dikuasai Serb akan ditakrifkan

sebagai konteks penyelesaian damai (peace settlement) Bosnia. Status Serb yang berada

di dalam wilayah perlembagaan kekal tidak selesai. Hanya Bosniac (label baru kepada

Muslim Bosnia) dan Croat dikenalpasti sebagai penduduk negara berperlembagaan

Bosnia-Herzegovina. Bermakna selepas perjanjian damai ini berhasil, Bosnia-

Herzegovina akan mempraktiskan amalan berperlembagaan seperti hubungan luar negeri.

Transformasi Konflik

Pada Disember 1995, NATO mengambil alih misi pengaman Bosnia dari PBB lanjutan

daripada perundingan di Pengkalan Udara Wright di Dayton, Ohio hasil usaha US.

Dengan tempat rundingan yang jauh dari medan konflik, Perundingan Dayton berusaha

membawa pemimpin tiga kumpulan etnik di Bosnia, dan dengan ditekan (pressured) oleh

Page 18: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

US untuk menerima wilayah Bosnia dan gencatan senjata. US menggunapakai

“Diplomasi Holbrooke”, iaitu keupayaan menakut-nakutkan dengan perundingan intensif

(Drnovsek 2001: 18). Dengan seramai 60,000 anggota, Pasukan Pelaksana

(Implementation Force – I-For), NATO memastikan perlaksanaan gencatan senjata yang

baru dan membahagikan wilayah Bosnia di antara kumpulan etnik. Pasukan ini

dikurangkan, mengikut perancangan, pada musim bunga 1997, dengan Pasukan

Pengekalan (S-For) seramai 30,000 termasuk 8,000 tentera US. Sementara I-For bertugas

pada pembahagian kawasan etnik, S-For bertanggungjawab membina semula Bosnia-

Herzegovina sebagai negara bersatu, iaitu tugas yang lebih sukar ( Henderson, Opcit:

399).

Nicholas Bonsor ( 2004: 134) menggariskan beberapa pengajaran daripada Krisis Bosnia

seperti yang berikut:

<!--[if !supportLists]-->i. <!--[endif]-->Diplomasi antarabangsa gagal pada awalnya

untuk mengadakan pendekatan yang berkesan.

<!--[if !supportLists]-->ii. <!--[endif]-->Perlaksanaan Barat tidak praktikal kerana

latar sejarah yang telah berakar umbi, jadi tidak masuk akal bagi masyarakat

antarabangsa mengenakan status quo.

<!--[if !supportLists]-->iii. <!--[endif]-->Peningkatan kekuatan ketenteraan adalah

perlahan dan jumlah yang tidak tepat untuk mengekalkan keamanan, yang

sepatutnya tahap konflik dapat dielak.

<!--[if !supportLists]-->iv. <!--[endif]-->Mempersalahkan sesuatu puhak adalah tidak

membantu proses keamanan,

<!--[if !supportLists]-->v. <!--[endif]-->Arahan kepada tentera adalah lambat semasa

bertindakbalas menghentikan keganasan.

Page 19: Permulaan Krisis 1992 Perang Bosnia

<!--[if !supportLists]-->vi. <!--[endif]-->Terlalu banyak pihak yang terlibat sama ada

kerajaan dan bukan kerajaan, bersama dengan PBB, dengan badan-badan

sukarela, menjadikan aktiviti mereka tidak terarah dan tidak teratur.

<!--[if !supportLists]-->vii. <!--[endif]-->Penggunaan serangan udara adalah tidak

sesuai kerana biarlah tentera di darat yang menekan pihak-pihak berperang ke

meja penyelesaian.

<!--[if !supportLists]-->viii. <!--[endif]-->Pengurangan jumlah tentera pengaman dan

pelaksana pembangunan yang ketara setiap tahun membantu usaha

penguatkuasaan.

Kesimpulan

Krisis di Bosnia-Herzegovina merupakan krisis yang rumit kerana melibatkan krisis

kepentingan politik serta kepentingan nilai seperti budaya, nilai, agama dan sejarah.

Sikap aktor-aktor dalaman yang terlibat adalah degil dan tidak mahu bertolak ansur.

Aktor luar pula awalnya lambat, tetapi mendapati mereka juga sulit menyelesaikan krisis

ini terutamanya dengan sikap aktor dalaman. Pelbagai kaedah digunakan sama ada untuk

mengawal atau menyelesaikan krisis sama ada perjanjian, resolusi atau perundingan,

namun kebanyakannya menemui jalan buntu. Perang yang memuncak selama dua tahun

telah mengorban dan mencederakan sehingga sejuta orang dan mereka juga kehilangan

tempat tinggal, menjadi mangsa kempen pembersihan etnik dan pembasmian kaum.

Sehingga akhirnya apabila aktor-aktor dalaman bersetuju meletak senjata barulah jalan

penyelesaian timbul semula sehingga membawa kepada kemerdekaan Bosnia-

Herzegovina. Walau bagaimanapun, badan-badan antarabangsa masih diperlukan untuk

usaha-usaha penguatkuasaan perjanjian, pengekalan keamanan dan pembangunan