Perniagaan antarabangsa

17
1.0 Pengenalan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad ( PROTON ) telah ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan tiga matlamat utama iaitu untuk menerajui pembangunan dalam industri perkilangan komponent, menaik taraf teknologi dan kemahiran industri perkilangan otomotif di Malaysia dan menguatkan kebolehan bersaing industri Malaysia di arena antarabangsa. Pada hari ini, PROTON adalah pendahulu pasaran otomotif di Malaysia dengan penguasaan terbesar bahagian pasaran tempatan dan dengan cawangan-cawangan pengedaran di seluruh dunia. Perniagaan Kumpulan telah berkembang merangkumi rundingan kejuruteraan, perkilangan, pengedaran, perkhidmatan kewangan dan pelaburan hartanah. Dengan perolehan melebihi RM10 bilion dalam tahun 2002, PROTON telah menjadi salah sebuah syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia Berhad. Proton juga mereka cipta dan mengeluarkan kereta-kereta pelbagai bentuk dan coran yang menarik yang mampu memenuhi setiap kehendak pelbagai jenis pelanggan. Potfolio Proton termasuklah kereta sport yand dikenali di seluruh dunia, Lotus Elise dan Lotus Esprit, Satri Gti yang sporty , Gen.2 yang bergaya dan Jumbuck yang mudah suai. Kereta-kereta ini dikilangkan di Malaysia dan di UK. Proton juga memiliki kilang milik bersama di Vietnam, China dan Indonesia. Perniagaan rundingan kejuruteraan Proton diketuai oleh anak syarikat milik penuh Proton iaitu Kumpulan Lotus yang memiliki cawangan-cawangan di seluruh dunia seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Malaysia, China dan Jerman. Kumpulan Lotus adalah pendahulu dalam pengeluaran kereta sport . Perundingan perkhidmatan kejuruteraan dengan pelbagai Anugerah antarabangsa untuk daya cipta dan rekaan termasuklah Anugerah Sir Henry Royce untuk kecemerlangan

Transcript of Perniagaan antarabangsa

Page 1: Perniagaan antarabangsa

1.0 Pengenalan

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad ( PROTON ) telah ditubuhkan pada 7 Mei

1983 dengan tiga matlamat utama iaitu untuk menerajui pembangunan dalam

industri perkilangan komponent, menaik taraf teknologi dan kemahiran industri

perkilangan otomotif di Malaysia dan menguatkan kebolehan bersaing industri

Malaysia di arena antarabangsa. Pada hari ini, PROTON adalah pendahulu pasaran

otomotif di Malaysia dengan penguasaan terbesar bahagian pasaran tempatan dan

dengan cawangan-cawangan pengedaran di seluruh dunia. Perniagaan Kumpulan

telah berkembang merangkumi rundingan kejuruteraan, perkilangan, pengedaran,

perkhidmatan kewangan dan pelaburan hartanah.

Dengan perolehan melebihi RM10 bilion dalam tahun 2002, PROTON telah

menjadi salah sebuah syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia Berhad.

Proton juga mereka cipta dan mengeluarkan kereta-kereta pelbagai bentuk dan

coran yang menarik yang mampu memenuhi setiap kehendak pelbagai jenis

pelanggan. Potfolio Proton termasuklah kereta ‘sport’ yand dikenali di seluruh dunia,

Lotus Elise dan Lotus Esprit, Satri Gti yang ‘sporty’, Gen.2 yang bergaya dan

Jumbuck yang mudah suai. Kereta-kereta ini dikilangkan di Malaysia dan di UK.

Proton juga memiliki kilang milik bersama di Vietnam, China dan Indonesia.

Perniagaan rundingan kejuruteraan Proton diketuai oleh anak syarikat milik

penuh Proton iaitu Kumpulan Lotus yang memiliki cawangan-cawangan di seluruh

dunia seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Malaysia, China dan Jerman.

Kumpulan Lotus adalah pendahulu dalam pengeluaran kereta ‘sport’. Perundingan

perkhidmatan kejuruteraan dengan pelbagai Anugerah antarabangsa untuk daya

cipta dan rekaan termasuklah Anugerah Sir Henry Royce untuk kecemerlangan

Page 2: Perniagaan antarabangsa

kejuruteraan. Proton juga melakukan penyelidikan di pusat-pusat penyelidikan di UK

dan Malaysia untuk mengenalpasti teknologi baru dalam usaha Proton untuk terus

menguasai pasaran dunia amnya dan pasaran tempatan khasnya. Matlamat utama

ciptaan ini adalah untuk digunakan dalam pengeluaran melalui perkongsian bersama

dengan Pembekal Tahap Satu dan pelanggan-pelanggan OEM. Sebahagian

daripada paten ini telah dilesenkan kepada pengilang-pengilang kereta utama dunia.

Pada masa ini, jumlah pekerja dalam Proton mencecah hampir 10,000 orang

yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan daripada penyelidikan, penciptaan,

pembangunan, ujian, pembentukan besi, acuan, memesin dan menggabung kepada

pemasaran, pengedaran dan perkhidmatan lepas jualan. Produk yang

berorientasikan pelanggan dan harga yang kompetitif adalah asas perniagaan

Proton dan penting untuk kejayaan Syarikat yang dipengurusikan oleh Y.Bhg. Datuk

Abu Hassan bin Kendut ini. Proton mahu mengekalkan penguasaan pasaran dengan

terus membangunkan barangan yang penuh daya cipta, dan terus memberi

kepuasaan yang lebih baik dan lebih menguntungkan kepada pelanggan Proton

lebih daripada pesaing sedia ada seperti Perodua, Nissan, Toyota dan sebagainya

yang turut sama berusaha untuk meraih pelanggan.

Page 3: Perniagaan antarabangsa

Rajah 1 : Teori Berlian Porter

2.0 Teori Berlian Porter

Teori Berlian Porter adalah satu teori yang diperkenalkan oleh Prof Micheal Porter

yang menerangkan tentang kelebihan persaingan sesuatu negara ( Competitive

Advantages of Nation ). Beliau telah menerajui kajian yang komprehensif di sepuluh

negara untuk mempelajari elemen-elemen yang boleh membawa kepada kejayaan.

Menurut Porter, teori klasik bagi kelebihan perbandingan atau persaingan adalah

tidak lengkap untuk menerangkan kelebihan persaingan yang wujud dalam

sesebuah organisasi atau syarikat. Begi Porter, sesebuah negara itu hanya akan

mencapai mencapai kelebihan persaingan sekiranya firma-firma di negara tersebut

adalah kompetitif dan mempunyai tahap persaingan yang tinggi terhadap pesaing-

pesaing asing. Untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing, firma-firma

tersebut perlu menjadi kompetitif menerusi inovasi. Melalui inovasi ini, sesebuah firm

akan dapat meningkatkan penggunaan teknologi terhadap pengeluaran produk atau

dalam proses pengeluaran.

Page 4: Perniagaan antarabangsa

Oleh yang demikian, Porter telah memperkenalkan empat elemen penting

dalam teori beliau yangakan menerangkan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh sesebuah

syarikat atau firma untuk menjadi lebih kompetitif dalam pasaran tempatan dan

antarabangsa. Antaranya ialah faktor situasi (Factor Conditions) yang merujuk

kepada keadaan atau kedudukan faktor-faktor pengeluaran seperti kemahiran buruh

dan kemudahan infrastruktur, keadaan permintaan (Demand Conditions) iaitu

kepuasan pengguna terhadap pasaran tempatan, industri sokongan dan berkaitan

serta persaingan, struktur dan strategi firma yang mementingkan keadaan organisasi

firma dan budaya persaingan pasaran.

2.1 Komponen Teori Berlian Porter

a. Faktor Keadaan

Faktor keadaan merujuk kepada input yang digunakan dalam aktiviti

pengeluaran seperti buruh, tanah, sumber asas, modal dan infrastuktur.

Penafsiran ini sama dengan maksud yang selalu digunakan dalam teori ekonomi.

Walau bagaimanapun, Porter tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Bagi Porter,

kunci utama dalam aktiviti pengeluaran adalah penghasilan ( Created ) dan

bukannya perwarisan ( Inherited ). Menurut beliau lagi, faktor utama dalam

proses pengeluaran ini adalah buruh yang berkemahiran, modal dan

kemudahan-kemudahan yang akan digunakan dalam sesuatu proses

pengeluaran.

Oleh yang demikian, dalam usaha Proton meneroka pasaran

antarabangsa, Proton sepatutnya menyelidik terlebih dahulu ketiga-tiga aspek

yang diutarakan oleh Porter sebelum meneroka sesebuah pasaran

antarabangsa. Dari sudut kepakaran buruh, Proton perlu menilai pasaran yang

Page 5: Perniagaan antarabangsa

mempunyai tenaga buruh yang mahir dalam mengendalikan peralatan yang

digunakan dalam proses pengeluaran. Dalam pada itu, kos buruh juga perlu

dilihat untuk memastikan Proton dapat menganggar kos yang akan terlibat dalam

sesuatu proses pengeluaran. Penentuan kos adalah penting agar Proton dapat

menjangka kemungkinan keuntungan yang mampu dijana hasil daripada

penerokaan pasaran baru. Oleh yang demikian, kemahiran dan kos buruh dalam

sesuatu pasaran yang akan diterokai perlu dikaji dan diselidik agar Proton dapat

menyediakan produk yang berkualiti dan bermutu untuk menyaingi pesaing-

pesaing sedia ada seperti Toyota, Nissan, Honda dan sebagainya.

Dalam pada itu, Proton juga perlu mencari sumber untuk mendapatkan

sama ada pembiayaan melalui sumber dalaman ataupun sumber luaran. Proton

perlu memastikan sumber pembiayaan yang mampu meminimumkan kos.

Sekiranya Proton ingin mendapatkan pembiayaan melalui sumber luaran

katakan Proton ingin memasuki pasaran China dan ingin mendapatkan

pembiayaan melalui sumber dari China, maka Proton perlu memkirkan risiko

yang mungkin dihasapi kesan daripada pembiayaan melalui sumber luaran ini.

Contohnya seperti risiko kadar pertukaranmatawang asing (Currency Risk), risiko

kadar faedah (Interest Rate Risk) dan sebagainya yang mana akan

mempengaruhi prestasi dan pencapaian Proton. Oleh yang demikian, Proton

perlu bijak dalam mencari sumber pembiayaan untuk memulakan pelaburan di

pasaran antarabangsa ini.

Faktor keadaan ketiga yang diutarakan oleh Porter ialah kemudahan atau

infrastuktur. Kemudahan yang dimaksudkan oleh Porter ialah keperluan

infrastuktur yang disediakan oleh kerajaan sesebuah negara terhadap pelabur

Page 6: Perniagaan antarabangsa

yang menjalankan perniagaan di pasaran mereka. Katakan negara China, Proton

perlu meneliti kelebihan yang disediakan oleh negara tersebut seperti pelepasan

cukai untuk pelabur bagi menggalakkan pelaburan di negara China, kemudahan-

kemudahan awam, dasar dan amalan perniagaan yang tidak menyulitkan

pelabur dan sebagainya. Kesemua elemen ini perlu adalah antara infrastuktur

yang perlu dikaji dan diselidik agar dapat memudahkan Proton menjalankan

perniagaan di negara China. Begitu juga sekiranya Proton ingin menjalankan

perniagaan di negara-negara lain. Penganalisisan terhadap komponen faktor

keadaan ini adalah perkara pokok sebelum Proton membuka pasaran baru di

pasaran antarabangsa.

b. Faktor Permintaan

Komponen kedua dalam teori Berlian Porter ialah faktor permintaan. Menurut

Porter, kecanggihan pasaran tempatan adalah elemen penting untuk

mewujudkan kelebihan persaingan. Firma yang melihat kecanggihan yang wujud

dalam pasaran tempatan akan berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih

baik dan berkualiti bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi dan berusaha

untuk memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Dalam melihat kepada elemen ini, Proton perlu menyelidik kehendak dan

keperluan yang pengguna yang paling mendapat permintaan yang tinggi dalam

sesuatu pasaran yang ingin dimasuki. Penganalisisan terhadap permintaan

pasaran ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan Proton untuk

menghasilkan produk yang lebih yang mempunyai bentuk dan ciri-ciri yang

diminati pengguna dan mampu untuk menyaingi pesaing-pesaing tempatan dan

antarabangsa.

Page 7: Perniagaan antarabangsa

Dalam masa yang sama, Proton juga perlu memastikan coran pengeluaran

yang akan digunakan dalam penghasilan produk yang banyak dengan kos yang

minimum. Kos yang minimum mampu mencipta produk yang berkualiti dengan

harga yang lebih rendah. Ciri-ciri seperti inilah yang akan mendorong

kebanyakan pengguna untuk mendapatkan sesebuah kereta.

c. Industri Sokongan dan Industri Berkaitan

Menurut Porter, kekuatan industri sokongan dan berkaitan adalah penting untuk

membentuk sebuah firma yang mempunyai kelebihan persaingan. Ianya meliputi

pengeluar dan industri yang mempunyai hubungan kait secara langusung

dengan industri yang diceburi oleh Proton iaitu otomotof. Sebelum memasuki

sebuah pasaran baru, Proton perlu melihat kemajuan teknologi yang digunakan

dalam industri tersebut. Sekiranya teknologi yang digunakan jauh lebih rendah

berbanding dengan teknologi yang digunakan oleh Proton, maka Proton mungkin

dapat mengatasi pesaing-pesaing dalam pasaran berkenaan. Walau

bagaimanapun, sekiranya keadaan adalah sebaliknya, maka Proton perlu

berusaha untuk mempelajari teknologi yang digunakan dalam pasaran

berkenaan agar dapat mengikuti perkembangan dan pencapaian dalam sesuatu

pasaran. Secara tidak langsung, Proton akan dapat mempelajari teknologi yang

digunakan dalam pasaran berkenaan dan kemudiannya boleh dipindahkan ke

pasaran-pasaran Proton lain untuk meningkatkan keupayaan proses

pengeluaran.

Kelebihan teknologi yang digunakan ini boleh menjadikan Proton

menguasai pasaran tempatan dan mempengaruhi pengguna dalam pasaran

tersebut untuk menggunakan produk yang dihasilkan oleh Proton. Dalam masa

Page 8: Perniagaan antarabangsa

yang sama juga, Proton akan dapat mengatasi pesaing dan mempunyai kuasa

untuk mempengaruhi pasaran seperti menentukan harga buruh, kos yang terlibat

dalam proses pengeluaran, kadar faedah pasaran dan sebagainya yang

berkaitan dengan elemen-elemen penting dalam pasaran berkenaan.

d. Pesaing, Struktur dan Strategi Firma

Komponen keempat dan terakhir yang dihuraikan dalam teori Berlian Porter ini

ialah pesaing firma, struktur firma dan strategi yang akan digunakan oleh

sesebuah firma dalam memberikan kelebihan persaingan kepada pengeluar

tempatan. Dari sudut pesaing firma, Porter ppercaya bahawa kesungguhan

dalam mewujudkan persaingan akan mendorong sesebuah syarikat untuk

membentuk inovasi dalam pengeluaran. Inovasi merujuk kepada perubahan atau

pertambahan ciri yang akan dihasilkan terhadap sesuatu produk. Inovasi ini

membezakan produk Proton dengan pesaing-pesaing sedia ada sama ada ianya

dari kalangan pesaing tempatan mahupun pesaing asing. Setiap pasaran

mempunyai perbezaan yang tersendiri. Pasaran di China misalnya tidak akan

sama dengan ciri-ciri pasaran di Jepun. Begitu juga sebaliknya. Oleh yang

demikian, Proton perlu bersedia untuk manghadapi kemungkinan-kemungkinan

yang akan dicipta oleh pesaing-pesaing baru Proton.

Selain itu, struktur dan cara pengurusan dalam sesuatu pasaran juga

berbeza mengikut kepada budaya dan corak yang diamalkan dalam pasaran

berkenaan. Bagi Porter, sesetengah negara mungkin berorientasikan corak

pengurusan yang khusus dan sesetengah negara lain pula mungkin

mengamalkan pengurusan yang pelbagai bagi mewujudkan sebuah pasaran

yang lebih kompetitif. Contohnya seperti Jerman yang mengamalkan struktur

Page 9: Perniagaan antarabangsa

pengurusan berhirarki bagi menyediakan pengurus dengan latar belakang

teknikal yang kukuh. Dalam pada itu, Itali pula mengamalkan sistem pengurusan

yang sederhana dan berasakan Family-Run Firms. Kepelbagaian struktur

pengurusan ini perlu disesuaikan oleh Proton dalam pasaran baru agar mereka

dapat menyesuaikan pengeluaran dan sistem pengurusan Proton dengan cepat

dalam pasaran yang baru dimasuki. Penyesuaian ini penting agar segala

keputusan yang akan diambil dapat memenuhi kehendak dan keperluan

pasaran.

Elemen terakhir yang diutarakan oleh Porter dalam teorinya ialah strategi

yang akan digunakan dalam meneroka suatu pasaran baru. Secara asasnya,

pasaran modal tempatan secara tidak langsung akan mempengaruhi strategi

firma. Sesetengah negara mempunyai pasaran modal yang memfokuskan

kepada pasaran jangka panjang dan sesetengah yang lain pula mungkin

berorientasikan pasaran jangka pendek. Negara yang memfokuskan kepada

pasaran jangka pendek seperti Amerika Syarikat akan lebih kompetitif dalam

pasaran pelaburan jangka pendek seperti industri komputer. Negara yang

berorientasikan jangka panjang seperti Switzland akan lebih kompetitif dalam

pelaburan jangka panjang seperti dalam industri perubatan.

Oleh yang demikian, dalam Proton ingin membentuk strategi pasaran,

Proton perlu melihat matlamat yang ingin dicapai sama ada ianya

berorientasikan jangka panjang ataupun jangka pendek. Sekiranya Proton ingin

membuat pelaburan dalam jangka masa yang panjang, maka Proton perlu

mencari pasaran yang mempunyai ciri-ciri seperti ini agar matlamat yang ingin

dicapai akan terlaksana. Begitu juga sebaliknya sekiranya Proton ingin mencapai

Page 10: Perniagaan antarabangsa

matlamatnya dalam jangka masa yang pendek. Maka Proton perlu mencari

pasaran yang berorientasikan jangka pendek. Penentuan strategi ini adalah

berdasarkan kepada matlamat yang ingin dicapai oleh Proton dalam sesebuah

pasaran.

2.2 Komponen Yang Harus Diperbaiki

Komponen yang diutarakan oleh Porter sememangnya suatu yang akan dapat

mendatangkan banyak faedah kepada syarikat yang inginkan melebarkan sayap

pasaran mereka ke peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan Proton sekiranya

ingin meluaskan pasaran ke pasaran baru yang tidak pernah diterokai. Walau

bagaimanapun, terdapat komponen teori ini yang perlu diperbaiki oleh Proton

dalam usaha mereka untuk memberikan kelebihan persaingan kepada Proton dan

mengatasi syarikat tempatan dan antarabangsa dalam sesuatu pasaran yang ingin

diceburi.

Salah satu elemen yang mungkin perlu dibaiki oleh Proton ialah faktor

permintaan. Citarasa pengguna adalah elemen yang harus dipertimbangkan dalam

membentuk dan menghasilkan suatu produk yang mampu menarik minat dan

perhatian pengguna dalam sesuatu pasaran. Penyelidikan mengenai kehendak

dan produk pilihan pengguna adalah perlu agar setiap produk yang dihasilkan oleh

Proton mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi. Dalam merealisasikan

matlamat ini, Proton perlu melihat kepada kelebihan yang dimiliki oleh pengeluar

tempatan dan asing dalam sesuatu pasaran. Katakan Proton ingin menembusi

pasaran Jepun. Sebelum Proton memasuki pasaran Jepun ini, Proton terlebih

dahulu perlu melihat ciri-ciri dan reka bentuk yang diingini oleh kebanyakan

pengguna. Dalam masa yang sama juga, penganalisisan terhadap keperluan dan

Page 11: Perniagaan antarabangsa

kehendak semasa pengguna juga perlu dilakukan. Pihak pengurusan Proton juga

perlu merangka teknologi yang akan digunakan dalam penghasilan produk bagi

memenuhi kehendak dan keperluan semasa tempatan. Untuk memastikan semua

tujuan ini terlaksana, Proton perlu melihat kepada corak pengeluaran syarikat

tempatan di Jepun seperti Toyota. Keadaan ini secara tidak langsung akan dapat

membantu Proton untuk terus memberikan persaingan yang kompetitif kepada

pengeluar tempatan Jdan asing di Jepun.

Dalam pada itu, Proton juga perlu mengubah struktur dan strategi yang

akan dilaksanakan dan digunakan dalam pasaran baru. Dalam membentuk strategi

baru syarikat dalam pasaran baru, Proton perlu melihat kepada beberapa aspek

yang utama. Salah satu daripadanya ialah matlamat yang ingin dicapai dalam

sesuatu tempoh. Katakan dalam setahun Proton ingin mencapai jualan kereta

keluarannya sehingga RM100 juta, maka Proton perlu mambentuk satu strategi

yang lebih berkesan untuk mencapai matlamat ini. Setelah itu, polisi perniagaan

perlu dibentuk agar polisi ini dapat membantu Proton dalam memamdu urusan

perniagaan harian. Polisi adalah garis panduan khusus, kaedah-kaedah, prosedur-

prosedur, peraturan, bentuk dan amalan-amalan pentadbiran yang diwujudkan

untuk menyokong dan menggalakkan kerja ke arah mencapai matlamat yang telah

ditetapkan. Dalam kebanyakan keadaan, polisi yang dibentuk akan mambantu

dalam memudahkan penyelesaian masalah-masalah yang sering timbul dan

menjadi garis panduan dalam perlaksanaan strategi. Melalui pembentukan polisi

ini, Proton akan dapat mengatasi segala kemungkinan dan masalah yang akan

wujud sepanjang menjalankan perniagaan dalam pasaran antarabangsa.

Page 12: Perniagaan antarabangsa

Selain itu, Proton juga perlu bijak dalam mengagihkan sumber yang dimiliki

agar tidak berlaku sebarang konflik yang boleh menjejaskan prestasi dan

pencapaian semasa Proton lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak

stabil. Kewujudan konflik boleh membawa Proton kepada prestasi dan pencapaian

yang semakin merosot. Oleh yang demikian, Proton juga perlu dijak dalam

mengurus kakitangan mereka agar tidak terjadi sebarang masalah yang boleh

menjejaskan prestasi syarikat. Sekiranya keadaan tetap berlaku, Proton perlu

merangka strategi lain yang tidak menjejaskan operasi harian proses pengeluaran

produk. Strategi yang dirangka pada peringkat awal akan dapat membantu Proton

mengatasi segala kemungkinan yang mungkin wujud.

Proton boleh memilih pelbagai struktur perniagaan yang selalu digunakan

oleh kebanyakan syarikat. Contohnya seperti menggunakan struktur fungsian,

struktur bahagian, struktur unit perniagaan strategik (UPS) ataupun struktur

matriks mengikut kesesuaian pasaran yang ingin dimasuki.

3.0 Usahasama Proton Dengan Volkswagen AG

Usahasama yang dilakukan oleh sesebuah syarikat dengan syarikat antarabangsa

akan memberi banyak kelebihan kepada kedua-dua syarikat. Dalam sesetengah

keadaan, kedua-dua syarikat tersebut boleh berkongsi pengetahuan, teknologi dan

kepakaran untuk memberikan kelebihan dan meningkatkan prestasi pencapaian

syarikat. Walau bagaimanapun, usahasama ini juga boleh mendatangkan masalah

kepada kedua-dua syarikat terutamanya dari aspek pelanggaran kontrak perjanjian

yang telah dimeterai.

Page 13: Perniagaan antarabangsa

3.1 Kebaikan

Salah satu kebaikan yang boleh dinikmati oleh Proton apabila usahasama

diwujudkan dengan Syarikat Volkswagen AG ialah perkongsian teknologi yang

lebih baik. Usahasama yang dibentuk membolehkan kedua-dua syarikat

berkongsi kepakaran dan teknologi untuk meningkatkan kualiti dan penghasilan

produk. Bagi Proton, usahasama yang dijalankan dengan Volkswagen ini akan

membolehkan Proton mempelajari teknik dan cara penghasilan dan pengeluaran

model kereta yang sentiasa mendapat sambutan dalam pasaran antarabangsa.

Teknologi yang dimiliki oleh Volkswagen boleh digunakan oleh Proton dalam

mereka bentuk model kereta yang lebih menarik dan menepati citarasa

pengguna antarabangsa. Seperti mana yang diketahui ramai, produk yang

dikeluarkan oleh Volkswagen sentiasa mendapat permintaan pasaran yang tinggi

walau di mana jua ianya dipasarkan. Oleh yang demikian, Proton boleh

menggunakan kelebihan usahasama ini untuk mempelajari segala kepakaran

dan teknologi yang dimiliki oleh Volkswagen untuk menghasilkan satu produk

yang lebih kompetitif dan berdaya saing. Secara tidak langsung, produk yang

dihasilkan oleh Volkswagen akan sentiasa menepati kehendak dan citarasa

pengguna tempatan dan antarabangsa.

Dalam pada itu, Proton juga dapat menembusi pasaran dengan lebih

mudah. Perjanjian yang dibuat dengan Volkswagen membolehkan Proton

memasuki pasaran yang telah diterokai oleh Volkswagen dengan mudah. Secara

tidak langsung, Proton tidak perlu membuat banyak penyelidikan mengenai

pasaran yang ingin diterokai yang mana akan meningkatkan kos terhadap

syarikat. Dengan ini, kos pengeluaran juga akan dapat dikurangkan dan

Page 14: Perniagaan antarabangsa

penghasilan produk tidak akan menggunakan kos yang tinggi. Keadaan ini akan

memudahkan Proton untuk mengurus pasaran dengan lebih baik dan berkesan.

Selain itu, Proton juga dapat menarik lebih ramai pengguna di banyak

pasaran yang berbeza. Kerjasama yang diwujudkan dengan Volkswagen akan

mendorong Proton untuk memasuki setiap pasaran berpotensi yang telah

diterokai oleh Volkswagen. Secara tidak langsung, penggunaan teknologi yang

hampir sama dengan teknologi yang dimiliki oleh Volkswagen akan membantu

Proton untuk membentuk dan menghasilkan mode kereta yang mempunyai ciri-

ciri seperti mana yang dimiliki oleh Volkswagen. Keadaan ini sudah pasti akan

menarik minat dan perhatian pengguna yang berminat dengan ciri-ciri yang

dimiliki oleh Volkswagen. Secara tidak langsung, jualan Proton akan dapat

ditingkatkan dan seterusnya dapat menguasai sesuatu pasaran dengan lebih

cepat dan cekap.

3.2 Keburukan

Walau bagaimanapun, usahasama yang dilakukan dengan Volkswagen ini turut

membawa masalah atau keburukan kepada Proton. Salah satu aspek yang

dapat dilihat ialah Proton akan terikat dengan kontrak yang dibuat dengan

Volkswagen. Segala perjanjian yang termaktub dalam dokumen perjanjian yang

telah dimeterai perlu diikuti dan tidak boleh dilanggar. Keadaan ini menyebabkan

Proton terikat dengan perjanjian tersebut. Segala tindakan dan keputusan yang

ingin dibuat perlu mendapat persetujuan daripada Volkswagen. Contohnya,

sekiranya Proton ingin menembusi pasaran Volkswagen, Proton mungkin

dikehendaki membayar sedikit pulangan kepada Volkswagen. Bayaran komisen

kepada Volkswagen ini sebagai ganti rugi kepada Volkswagen ekoran daripada

Page 15: Perniagaan antarabangsa

tindakan Proton yang memasuki pasaran Volkswagen dengan mudah dan

penghasilan produk yang menyerupai produk Volkswagen dan menggunakan

teknologi yang dihasilkan oleh Volkswagen. Kesemua elemen ini akan

mendatangkan banyak kepada Proton. Sekiranya Proton melanggar perjanjian

yang telah dibuat, Proton mungkin akan dikenakan tindakan yang mungkin diluar

kawalan Proton. Oleh yang demikian, Proton perlu berhati-hati dalam setiap

tindakan dan keputusan yang ingin dilaksanakan.

Dalam pada itu, perkongsian dan pertukaran yang mungkin dipersetujui

dalam usahasama itu boleh menyebabkan Volkswagen mengusai pasaran

tempatan Proton di Malaysia. Teknologi yang diperolehi Volkswagen daripada

perkongkian dengan Proton akan membolehkan Volkswagen mempelajari

penggunaan teknologi yang digunakan dalam penghasilan model Proton.

Keadaan ini akan memberikan kelebihan kepada Volkswagen untuk mempelajari

dan mengkaji ciri-ciri model kereta yang diingin oleh penduduk tempatan di

Malaysia. Secara tidak langsung, Volkswagen akan dapat menguasai pasaran

tempatan Proton sedikit demi sedikit. Teknologi yang digunakan oleh

Volkswagen boleh memungkinkan syarikat ini mengeluarkan model kereta

dengan reka bentuk yang lebih canggih dan harga yang lebih rendah dan

berpatutan kepada rakyat. Situasi seperti sedikit sebanyak mampu menggugat

reputasi dan prestasi jualan Proton.

Dalam pada itu, Proton juga mungkin berkongsi kepakaran yang dimiliki

dengan Volkswagen. Selain daripada perkongsian teknologi yang digunakan

oleh Proton, Volkswagen juga boleh mendapatkan pakar dengan mudah dalam

bidang penghasilan kereta ini. Dalam masa yang sama, kepakaran yang dimiliki

Page 16: Perniagaan antarabangsa

oleh Proton akan diagihkan kepada Volkswagen sebagai salah satu daripada

syarat perjanjia usahasama yang dijalankan. Keadaan ini juga akan dapat

memberikan kelebihan persaingan Volkswagen untuk terus menghasilkan mode

kereta yang unik dan canggih dan mampu untuk menguasai pasaran tempatan

dengan lebih baik. Dalam pada itu, Proton juga mungkin akan kehilangan hak

paten terhadap produk yang dihasilkan.

Oleh yang demikian, usahasama yang diwujudkan antara Proton dan

Volkswagen akan memberikan kelebihan kepada Proton untuk terus meneroka

pasaran dunia. Dalam masa yang sama juga, usahasama ini akan memberikan

kesan negatif kepada Proton seperti mana yang telah dihuraikan di atas.

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, teori yang diutarakan oleh Micheal Porter mengenai Teori

Berlian Porter dapat digunakan untuk merangka pelbagai aspek penting sebelum

sesebuah syarikat ingin meneroka pasaran antarabangsa. Penyelidikan dan

persiapan merupakan aspek penting yang akan dapat membantu sesebuah syarikat

untuk melihat keperluan dan kehendak pasaran agar setiap langkah dan keputusan

yang akan diambil akan memberikan impak yang positif kepada syarikat berkenaan.

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan mengenai teori Porter ini. Teori yang

dibangunkan oleh Porter ini adalah berdasarkan kepada kajian kes dan hanya boleh

digunakan dalam ekonomi yang baik sahaja. Kebanyakan penyelidik melihat teori

sebagai suatu yang tidak akan dapat membantu sesebuah syarikat atau firma dalam

ekonomi yang tidak menentu atau dalam keadaan ekonomi yang lembab. Menurut

Porter, hanya pelaburan domestik asing (FDI) yang boleh menghasilkan kelebihan

Page 17: Perniagaan antarabangsa

persaingan dan kelebihan yang ada pada syarikat FDI ini tidak akan meningkatkan

persaingan tempatan secara significan. Hal ini adalah kerana firma tempatan lemah

dan kurang mampu untuk mempertahankan pasaran tempatan mereka.

Model yang diperkenalkan oleh Porter juga tidak sesuai digunakan oleh firma

multinasional (MNC). Menurut kebanyakan kritikan, terdapat banyak bukti yang

menunjukkan bahasa berlian (diamond) tersebut dipengaruhi oleh faktor luaran

sesuatu negara. Contohnya seperti kadar pertukaran asing, keadaan ekonomi

negara lain, kemajuan teknologi yang digunakan di sesebuah negara dan

sebagainya . Elemen-elemen seperti ini adalah antara perkara yang mesti

dipertimbangkan sebelum membuat seseuatu pelaburan dalam pasaran

antarabangsa.

Oleh itu, teori yang diperkenalkan oleh Proter ini boleh digunakan untuk

merangka strategi dalam membantu sesebuah syarikat yang ingin memasuki

pasaran baru. Dalam masa yang sama juga, terdapat elemen lain yang perlu

dipertimbangkan selain daripada yang diutarakan oleh Porter dalam Teori Berlian

Porter.

Page 18: Perniagaan antarabangsa

5.0 Bibliografi

Harold Koontz & Heinz Weihrich, Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar, Pengurusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2001

Mohammad nizam Hanafiah, Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep, Pearson Prentice Hall, Kuala Lumpur, 2005

Prof. Tim Richardson, International Competitiveness, Witiger.com, 15 June 2005

http://en.wikpedia.org/wiki/Porter_5_frces_analysis

http://www.valuebasedmanagement.net/method_porter_competitive_advantage

http://goliath.ecnext.com