PERNYATAAN HASRAT SEBELUM PRAKTIKUM.doc

1
PERNYATAAN HASRAT SEBELUM PRAKTIKUM Praktikum merupakan latihan dan pendedahan yang memberi peluang kepada guru pelatih bagi mengaplikasikan ilmu, kemahiran serta nilai yang telah dipelajari di Institut Pendidikan Guru dan merasai pengalaman sebenar mengajar di sekolah. Saya mendapat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bedong, Bedong, Kedah. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mempunyai pencapaian terbaik dari segi prestasi pelajar . Justeru itu, bagi melaksanakan praktikum di sekolah ini dengan jayanya, saya telah mententukan beberapa objektif agar saya dapat melaksanakan setiap perkara yang terkandung dalam portfolio mengikut kehendak pihak Unit Praktikum dan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya semasa dalam kelas. Antara objektifnya adalah; I. Memastikan maklumat serta dokumen yang diberi oleh Unit Praktikum diterima dan disemak. II. Merancang dan dapat melaksanakan tugas sebagai seorang guru III. Memastikan segala urusan dengan pihak Institut dan sekolah dapat dijalankan dengan lancar. IV. Merancang pengajaran harian dengan sistematik dan dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna dan lancar. Objektif ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi saya ketika menjalankan tugas di sekolah supaya tugas tersebut dapat dijalankan dengan betul. Selain itu, saya berharap agar pengalaman praktikum pertama ini dapat memantapkan lagi diri saya supaya praktikum kali kedua bertambah baik. Saya amat berharap agar pensyarah penasihat, guru pembimbing serta rakan dapat membantu saya dalam memberi tunjuk ajar dan idea yang bernas bagi menjadikan praktikum saya ini dengan lebih berjaya. Selain menjadi satu pengalaman, praktikum ini merupakan alat pengukur bagi kebolehan saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan kelas.

Transcript of PERNYATAAN HASRAT SEBELUM PRAKTIKUM.doc

Page 1: PERNYATAAN HASRAT SEBELUM PRAKTIKUM.doc

PERNYATAAN HASRAT SEBELUM PRAKTIKUM

Praktikum merupakan latihan dan pendedahan yang memberi peluang

kepada guru pelatih bagi mengaplikasikan ilmu, kemahiran serta nilai yang telah

dipelajari di Institut Pendidikan Guru dan merasai pengalaman sebenar mengajar di

sekolah.

Saya mendapat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bedong, Bedong, Kedah.

Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mempunyai pencapaian terbaik

dari segi prestasi pelajar . Justeru itu, bagi melaksanakan praktikum di sekolah ini

dengan jayanya, saya telah mententukan beberapa objektif agar saya dapat

melaksanakan setiap perkara yang terkandung dalam portfolio mengikut kehendak

pihak Unit Praktikum dan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

dengan jayanya semasa dalam kelas. Antara objektifnya adalah;

I. Memastikan maklumat serta dokumen yang diberi oleh Unit Praktikum

diterima dan disemak.

II. Merancang dan dapat melaksanakan tugas sebagai seorang guru

III. Memastikan segala urusan dengan pihak Institut dan sekolah dapat

dijalankan dengan lancar.

IV. Merancang pengajaran harian dengan sistematik dan dapat

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna

dan lancar.

Objektif ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi saya ketika

menjalankan tugas di sekolah supaya tugas tersebut dapat dijalankan dengan betul.

Selain itu, saya berharap agar pengalaman praktikum pertama ini dapat

memantapkan lagi diri saya supaya praktikum kali kedua bertambah baik. Saya amat

berharap agar pensyarah penasihat, guru pembimbing serta rakan dapat membantu

saya dalam memberi tunjuk ajar dan idea yang bernas bagi menjadikan praktikum

saya ini dengan lebih berjaya.

Selain menjadi satu pengalaman, praktikum ini merupakan alat pengukur

bagi kebolehan saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dalam

pengurusan kelas.