Pernyataan Internship

3
INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 ) SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN PERNYATAAN INTERNSHIP (SEBELUM INTERNSHIP) Pada kali ini, saya akan menjalani internship di sekolah yang sama dimana saya menjalani praktikum yang terakhir pada semester yang lalu iaitu di SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG, KUALA PERLIS, PERLIS. Internship ini adalah selama sebulan yang akan bermula pada tanggal 7 JULAI 2014 sehingga 8 OGOS 2014. Sebelum melangkah ke sekolah berkenaan bagi melaksanakan internship, beberapa perancangan dirancang bagi memenuhi syarat lulus internship dimana guru pelatih perlu bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjalankan sesuatu program atau projek. Antara perancangan yang akan dilaksanakan semasa internship adalah berbincang dengan Guru Besar terlebih dahulu mengenai program atau projek yang boleh dilakukan di sekolah berkenaan. Seterusnya, meminta pendapat daripada guru pembimbing dan guru-guru di sekolah tersebut mengenai program atau projek yang sesuai dilaksanakan. Tambahan lagi, saya juga boleh berbincang dengan rakan seperjuangan yang ditempatkan di 1

description

inter

Transcript of Pernyataan Internship

Page 1: Pernyataan Internship

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

PERNYATAAN INTERNSHIP (SEBELUM INTERNSHIP)

Pada kali ini, saya akan menjalani internship di sekolah yang sama dimana saya menjalani praktikum

yang terakhir pada semester yang lalu iaitu di SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG, KUALA PERLIS,

PERLIS. Internship ini adalah selama sebulan yang akan bermula pada tanggal 7 JULAI 2014

sehingga 8 OGOS 2014. Sebelum melangkah ke sekolah berkenaan bagi melaksanakan internship,

beberapa perancangan dirancang bagi memenuhi syarat lulus internship dimana guru pelatih perlu

bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjalankan sesuatu program atau projek.

Antara perancangan yang akan dilaksanakan semasa internship adalah berbincang dengan Guru

Besar terlebih dahulu mengenai program atau projek yang boleh dilakukan di sekolah berkenaan.

Seterusnya, meminta pendapat daripada guru pembimbing dan guru-guru di sekolah tersebut

mengenai program atau projek yang sesuai dilaksanakan. Tambahan lagi, saya juga boleh berbincang

dengan rakan seperjuangan yang ditempatkan di sekolah yang sama untuk melaksanakan program

atau projek yang dapat dilakukan bersama-sama.

Program atau projek yang dilakukan seharusnya bermanfaat bagi warga Sekolah Kebangsaan Kayang

serta sebagai salah satu usaha guru pelatih dalam menyumbang tenaga kepada pihak sekolah. Selain

itu, program atau projek yang bakal dilaksanakan juga adalah bagi mengeratkan lagi hubungan

silatulrahim antara guru pelatih dengan warga sekolah. Internship itu sendiri khasnya adalah untuk

mendedahkan guru pelatih kepada membina persekitaran yang harmoni di sekolah serta melatih guru

pelatih memikul tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu program atau projek yang melibatkan

warga sekolah amnya dengan pihak sekolah, rakan sekerja dan juga murid-murid.

Saya mengharapkan internship yang bakal dilalui oleh saya selama sebulan nanti dapat memberikan

seribu satu kenangan manis saya bersama rakan-rakan seperjuangan dengan pihak sekolah.

Diharapkan juga kami dapat menyumbangkan tenaga kerja atau hasil tangan kami sendiri kepada

pihak sekolah sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada saya dan rakan-

1

Page 2: Pernyataan Internship

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

rakan. Semoga segala urusan yang bakal kami lalui pada internship nanti akan dipermudahkan urusan

oleh-Nya. Amin.

Sekian.

Yang benar,

…………………………..

(NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN)

Guru Pelatih,

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

2