pernyataan masalah

5
NAMA : AD NOR AZLI BIN ISMAIL NO MATRIK : P66284 PERNYATAAN MASALAH KEBERKESANAN PENGGUNAAN POLYA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996) seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia. Bagi tujuan itu, tumpuan utama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah penguasaan kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) dalam matapelajaran Matematik. Penekanan kepada penguasaan nombor dan operasi asas (tambah, tolak darab dan bahagi) pada murid tahap satu. Matematik menjadi mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia sejak dahulu hingga sekarang dan akan terus menjadi matapelajaran utama pada masa akan datang. Pengetahuan dalam matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis fakta; algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah (Azizi Hj.Yahaya, Elanggovan A/L M.,Savarimuthu, 2007). Penyelesaian masalah Matematik merupakan satu kemahiran yang sangat penting dan ianya adalah objektif utama dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap tertinggi (Gagne,1985). Schoenfeld (1985) menyatakan penyelesaian masalah sebagai satu proses kompleks yang melibatkan pelbagai operasi kognitif seperti mengumpul dan menapis maklumat, strategi heuristik, dan metakognitif. John Conway (1985) dalam Polya (1945) menyatakan antara tugas guru yang terpenting ialah membantu murid menyelesaikan masalah. Menurut Polya (1985) murid perlu belajar menyelesaikan masalah dengan kebolehan sendiri dengan bantuan dari guru dan sifat terlalu bergantung kepada guru hanya melemahkan daya pemikiran dan bakat murid. Oleh itu, kaedah pengajaran Matematik yang diamalkan sekarang perlu dipelbagaikan dengan mengambil kira kaedah lain seperti kaedah Polya. Kaedah ini diperkenalkan oleh George Polya (1887 1985) iaitu seorang ahli Matematik terbaik dalam kurun ke-20. Polya (G. Polya, 1957) percaya bahawa kemahiran penyelesaian masalah boleh dan patut diajar kepada murid. Sejak 1945, teknik Polya telah diguna pakai oleh ramai guru di seluruh dunia dan menjadi antara sumber kaedah penyelesaian masalah terbaik. Menurut Gardner (2002), penyelesaian masalah adalah suatu proses yang terancang untuk mencapai tujuan yang dikehendaki dalam sesuatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh. Mayer (1994) dalam Razak (2007) menyatakan penyelesaian masalah adalah suatu proses yang mana seseorang pelajar melakukan aktiviti kognitif bertujuan untuk mengatasi halangan yang wujud di antara keadaan awal dan keadaaan akhir daripada suatu masalah. Menurut Kementerian pelajaran Malaysia (2004), penguasaan kemahiran asas Matematik pada Tahap Satu didapati belum

description

Polya

Transcript of pernyataan masalah

Page 1: pernyataan masalah

NAMA : AD NOR AZLI BIN ISMAIL NO MATRIK : P66284

PERNYATAAN MASALAH

KEBERKESANAN PENGGUNAAN POLYA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan potensi murid

secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996) seperti yang

termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia. Bagi tujuan itu, tumpuan utama

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah penguasaan kemahiran asas 4M (membaca,

menulis, mengira dan menaakul) dalam matapelajaran Matematik. Penekanan kepada penguasaan

nombor dan operasi asas (tambah, tolak darab dan bahagi) pada murid tahap satu. Matematik

menjadi mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia sejak dahulu hingga

sekarang dan akan terus menjadi matapelajaran utama pada masa akan datang. Pengetahuan dalam

matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis fakta; algoritma, konsep, hubungan antara konsep

dan penyelesaian masalah (Azizi Hj.Yahaya, Elanggovan A/L M.,Savarimuthu, 2007). Penyelesaian

masalah Matematik merupakan satu kemahiran yang sangat penting dan ianya adalah objektif

utama dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran

pada tahap tertinggi (Gagne,1985). Schoenfeld (1985) menyatakan penyelesaian masalah sebagai

satu proses kompleks yang melibatkan pelbagai operasi kognitif seperti mengumpul dan menapis

maklumat, strategi heuristik, dan metakognitif.

John Conway (1985) dalam Polya (1945) menyatakan antara tugas guru yang terpenting ialah

membantu murid menyelesaikan masalah. Menurut Polya (1985) murid perlu belajar menyelesaikan

masalah dengan kebolehan sendiri dengan bantuan dari guru dan sifat terlalu bergantung kepada

guru hanya melemahkan daya pemikiran dan bakat murid. Oleh itu, kaedah pengajaran Matematik

yang diamalkan sekarang perlu dipelbagaikan dengan mengambil kira kaedah lain seperti kaedah

Polya. Kaedah ini diperkenalkan oleh George Polya (1887 – 1985) iaitu seorang ahli Matematik

terbaik dalam kurun ke-20. Polya (G. Polya, 1957) percaya bahawa kemahiran penyelesaian masalah

boleh dan patut diajar kepada murid. Sejak 1945, teknik Polya telah diguna pakai oleh ramai guru di

seluruh dunia dan menjadi antara sumber kaedah penyelesaian masalah terbaik. Menurut Gardner

(2002), penyelesaian masalah adalah suatu proses yang terancang untuk mencapai tujuan yang

dikehendaki dalam sesuatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang

diperoleh. Mayer (1994) dalam Razak (2007) menyatakan penyelesaian masalah adalah suatu proses

yang mana seseorang pelajar melakukan aktiviti kognitif bertujuan untuk mengatasi halangan yang

wujud di antara keadaan awal dan keadaaan akhir daripada suatu masalah. Menurut Kementerian

pelajaran Malaysia (2004), penguasaan kemahiran asas Matematik pada Tahap Satu didapati belum

Page 2: pernyataan masalah

memuaskan. Masalah ini akan menjadi lebih kritikal apabila murid tersebut meneruskan

pembelajaran mereka ke Tahap Dua yang lebih kompleks. Didapati kebanyakan murid menghadapi

kesukaran menjawab soalan berkaitan masalah..

Dapatan Kajian TIMSS 2007 menunjukkan yang skor purata pencapaian pelajar Malaysia

2007 untuk Matematik menurun secara signifikan berbanding dengan skor prestasi pelajar Malaysia

dalam kajian TIMSS 1999 dan 2003. Menurut Kajian itu, kandungan item dan taraf ujian Matematik

banyak tertumpu kepada penyelesaian masalah rutin dan bukan rutin. Ini bermakna pelajar kita

masih lemah dalam menguasai soalan penyelesaian masalah terutamanya yang melibatkan bukan

rutin. Kajian Video TIMSS terbaru (Hollingsworth, 2003) terhadap murid mendapati terdapat sedikit

sahaja bukti guru menggunakan masalah yang mencabar di dalam kelas. Webb (1979) pula dapati

langkah pertama yang dilakukan oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah ialah membaca soalan

yang diberi. Ini diikuti dengan strategi-strategi lain seperti melukis gambarajah, menulis persamaan,

menggunakan algotrima dan mengesahkan jawapan Webb (1979). Kajian yang dijalankan oleh

Berinderjeet (1997) pula mendapati pelajar gagal dalam penyelesaian masalah disebabkan oleh

beberapa faktor seperti kurang pemahaman terhadap masalah yang dikemukakan dan kurang

pengetahuan untuk merancang strategi penyelesaian. Ramai ahli pendidik telah mengemukakan

pelbagai model untuk kemahiran penyelesaian masalah. Polya (1957), telah mengemukakan satu

model yang terdiri daripada empat langkah utama iaitu memahami masalah, memperolehi

rancangan penyelesaian, menjalankan rancangan penyelesaian dan menyemak semula. Pengalaman

guru sendiri dalam mempelajari matematik di sekolah kurang menekan kepada penyelesaian

masalah, kaedah pengajaran yang kurang menarik serta terlalu bergantung kepada buku teks

(Aravena & Caamaño,2009).

Guru yang kurang kemahiran penyelesaian masalah gagal membimbing pelajarnya dalam

menyelesaikan masalah (Judy Anderson,2008). Bagi setengah guru yang inovatif dan ingin mencuba

kaedah lain biasanya menghadapi tekanan dan kurang sokongan daripada pentadbir dan rakan

sejawat sehingga sukar baginya untuk melakukan sesuatu pembaharuan (Aravena & Caamaño,2009).

Bagi mereka yang berjaya melakukan pengajaran yang berasaskan aktiviti, mereka juga menghadapi

halangan di mana mereka sendiri kurang berkemampuan dalam kemahiran penyelesaian masalah

(Hollingsworth, 2003). Penyelesaian masalah kini merupakan fokus pendidikan di peringkat sekolah

rendah dan menengah (Judy Anderson,2008). Guru merupakan komponen yang paling penting untuk

menjayakan sesuatu kurikulum matematik di dalam bilik darjah (Judy Anderson,2008). Kualiti

pendidikan matematik sangat bergantung kepada usaha guru dalam bilik darjah (Aravena &

Caamaño,2009). Oleh itu guru harus bersedia berubah untuk membolehkan perubahan dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut Azizi Hj.Yahaya dan Elanggovan A/L

Page 3: pernyataan masalah

M.,Savarimuthu (2007) kepentingan fahaman konsep dalam matematik penting demi membentuk

amalan pembelajaran berkaitan penyelesaian masalah matematik. Penekanan kemahiran Polya

dalam penyelesaian masalah matematik dalam bilik darjah adalah satu langkah ke arah mengubah

cara pelajar belajar matematik. Kajian oleh Aravena(2009) mendapati prestasi murid sedikit

meningkat apabila mengaplikasikan kaedah Polya dalam matematik. Namun, kajian oleh Carson

(2007) mendapati terdapat teknik lain seperti Stephen Krulik & Jesse Rudnick (1980) yang

menitikberatkan pembacaan soalan dan kefahaman soalan oleh murid adalah lebih baik berbanding

Polya (1988) dan Dewey (1933. Masalah yang diberi seharusnya mencabar, memerlukan pelbagai

kemahiran dan prosedur yang dapat diperkukuhkan lagi semasa proses penyelesaian masalah.

Masalah yang diberi juga perlu berkeupayaan untuk dikembang samada kepada masalah yang

berkaitan atau untuk dibuat generalisasi.

Menurut Judy Anderson (2008), kemahiran dan prosedur dalam penyelesaian masalah

melibatkan kemahiran dalam pemahaman, transformasi dan komunikasi. Kaedah Polya dilihat dapat

membantu guru dalam P & P dan sekaligus memudahkan murid menjawab soalan dengan kadar

lebih pantas dan tepat (John Conway,Polya 1985). Iklim dalam bilik darjah dan kaedah mengajar

adalah sangat penting dalam menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran penyelesaian

masalah yang Berjaya Judy Anderson (2008). Walaupun bukan semua matematik boleh diajar

dengan cara penyelesaian masalah, namun adalah diharap pendekatan penyelesaian masalah ini

diamalkan dalam pengajaran matematik agar sikap dan minat pelajar dalam mempelajari matematik

dapat dipertingkatkan (John Conway,Polya 1985). Apabila guru dapat melihat perubahan dan

kepuasan pelajar dalam menyelesaikan masalah, diharap mereka juga akan digalakkan untuk

mencuba sendiri, mengkaji dan mengubah kaedah dan pendekatan mereka dalam mengajar

matematik (John Conway,Polya 1985). Kajian ini akan menunjukkan keberkesanan Polya dalam

meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran Matematik.

Page 4: pernyataan masalah

Tujuan Kajian

1. Melihat sejauhmanakah keberkesanan teknik Polya dalam matematik yang berkaitan dengan penyelesaian masalah.

2. Mengetahui hubungan di antara kaedah teknik Polya dengan kemahiran murid menyelesaikan masalah.

3. Mengetahui perspektif murid dalam pembelajaran terhadap amalan teknik Polya.

4. Mengetahui perspektif guru dalam pengajaran terhadap amalan teknik Polya.

Persoalan kajian

1. Adakah dengan menggunakan teknik Polya ini kebolehan murid menyelesaikan masalah matematik dengan lebih baik?

2. Adakah murid dapat mengaplikasikan penggunaan teknik Polya dalam penyelesaian masalah matematik?

3. Adakah penggunaan teknik Polya ini akan meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran matematik?

4. Adakah terdapat hubungan antara penggunaan teknik polya dengan pencapaian murid dalam matematik?

Hipotesis kajian

Ho1. Tiada perbezaan yang signifikan antara kebolehan menyelesaikan masalah matematik di kalangan murid yang menggunakan kaedah Polya dengan murid yang tidak menggunakan teknik Polya.

Ho2. Tiada perbezaan yang signifikan antara murid yang mengaplikasikan penggunaan teknik Polya dengan murid yang tidak menggunakan teknik Polya dalam penyelesaian masalah.

Ho3. Tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian matematik di kalangan murid yang menggunakan teknik polya dengan murid yang tidak menggunakan teknik Polya.

Ho4. Tiada hubungan yang signifikan antara penggunaan teknik Polya dalam menyelesaikan masalah dengan pencapaian murid dalam matematik.

Page 5: pernyataan masalah

Takrifan Operasional

1. Murid

Murid ialah mereka yang belajar dalam Tahun 5 sekolah rendah dan mengambil matapelajaran matematik.

2. Teknik G.Polya

Kaedah klasik penyelesaian masalah oleh George Polya di dalam bukunya ‘How To Solve It’ (1945) yang ditulis semula oleh John Conway (1985). Teknik penyelesaian masalah yang membabitkan pernyataan masalah dalam matematik oleh Polya ini terdiri daripada 4 langkah iaitu:

A. PertamaMemahami masalah.

B. KeduaMencari perkaitan antara data dengan yang tidak diketahui.

C. KetigaMelaksanakan pelan.

D. KeempatMemeriksa keputusan yang didapati.

3. Definisi masalah

Stephen Krulik and Jesse Rudnick (1980) dalam bukunya bertajuk Problem Solving: A Handbook for Teachersmenyatakan masalah ialah ‘satu situasi, kuantitatif dan sebaliknya, di mana berkonfrontasi dengan individu atau kumpulan invidu yang memerlukan penyelesaian, dan individu itu tidak melihat sebarang cara atau makna untuk mencapai penyelesaian’.

4. Definisi Penyelesaian Masalah/Menyelesaikan masalah

Krulik and Rudnick (1980) mendefinisikan Penyelesaian masalah sebagai ‘individu yang menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman untuk memenuhi keperluan situasi yang diluar kebiasaan. Murid mesti mesintesis apa yang sudah dipelajari, dan aplikasikannya kepada yang baru atau situasi yang berbeza.

5. Pencapaian

Merujuk kepada dapatan markah bagi setiap murid dalam ujian yang dijalankan dan mengandungi soalan berbentuk pernyataan masalah.