Pernyataan Profesional.
-
Upload
soonmuipeng -
Category
Documents
-
view
84 -
download
4
description
Transcript of Pernyataan Profesional.
2.2 Pernyataan Selepas PBS
PBS 1 yang dijalankan di SJK(C) Chung Sing telah berjaya dilaksanakan pada
21-25 Mac 2011. Matlamat yang saya ingin mencapai telah berjaya dijalankan. Saya
telah menjalankan beberapa program dan aktiviti dengan pihak sekolah dan banyak
pengalaman yang saya dapat melalui PBS.
Saya telah menjalankan pemerhatian dari pelbagai segi, antaranya termasuk
aktiviti, sekitar dan kawasan sekolah. Selepas pemerhatian, saya mendapati bahawa
prasarana di sekolah merupakan asas yang penting untuk pengajaran dan
pembelajaran sukatan. Setiap kelas biasanya mempunyai meja, kerusi, papan
keyataan, lampu, kipas, penyapu dan lain-lain yang dibekalkan oleh pihak sekolah.
Sudut pembelajaran, dewan, kantin, tandas, padang permainan, pusat sumber, makmal
sains, makmal komputer dan bilik Ava. Stor-stor yang digunakan untuk menyimpan alat-
alat sukan dan peralatan yang berguna, bilik cetak yang dilengkapi dengan mesin
cetak, bilik mesyuarat, dan klinik pergigian sekolah juga disediakan untuk kemudahan
murid. Semua kemudahan yang disediakan membolehkan murid di sekolah ini
berkembang dalam keadaan yang bersih dan harmonis.
Saya telah menemubual dengan beberapa orang di sekolah, antaranya termasuk
guru besar(En. Johnny Tang Ing Huo), Guru Penolong Kanan Pentadbiran(Puan Hii
Kiing Siong), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(Pn Chieng Bing Bing), Guru
Penolong Kanan Ko Kurikulum(Pn. Teng Yen Kwong), guru mentor, kakitangan dan
murid. Melalui interaksi dengan semua orang, saya mengetahui bahawa kerjasama dan
toleransi dengan orang lain merupakan nilai yang penting untuk menjalankan
kehidupan. Strategi dan proses P&P hanya boleh dijalankan dengan berjaya melalui
kerjasama antara guru dan murid. Teknik hukuman dan teguran murid juga perlu
berbeza mengikut personaliti murid.
Selepas menjalankan aktiviti yang disediakan sebelum, saya telah berjaya
mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Segala aktiviti yang
dijalankan dalam keadaan yang lincah kerana pihak yang berkaitan sudi memberi
kerjasama. Saya akan mengemas foto dan maklumat yang saya dapat di bilik
mesyuarat yang disediakan oleh pihak sekolah untuk semua pelatih. Sekiranya tidak
menghabiskan, kami akan membawa tugasan yang belum dihabiskan untuk
menyempurnakan. Selepas mengumpul data dan menjalankan pemerhatian di bilik
darjah, saya akan menulis laporan dan membuat analisis mengenai maklumat yang
dikumpul. Walaupun proses selepas PBS merupakan proses yang sangat letih dan
susah, tetapi saya berasa sangat gembira apabila mendapati tugasan yang saya buat
semakin sempurna.
Selepas PBS dijalankan, saya masih berhubung dengan pelatih dari institusi lain.
Saya berasa gembira kerana mengenali mereka yang mesra dan sudi menolong.
Mereka sentiasa mengingati saya tentang maklumat yang harus dikumpul dan masa
menjalankan pemerhatian di bilik darjah kerana saya merupakan seorang yang asyik
melupakan. Terdapat juga senior PBS bagi semester 3 di sekolah itu kerana mereka
telah menundakan masa PBS sekolah.Senior tersebut telah memberi banyak bantuan
dan sudi memberitahu kami yang pertama kali menjalankan PBS tentang apa yang
diperlukan. Saya berasa gembira kerana berkenalan dengan mereka.
Kesimpulannya, PBS merupakan satu program yang memberi peluang kepada
saya untuk mengenali pengurusan sesebuah sekolah dan memahami suasana sekolah.
Hal ini telah ,enyebabkan saya menerima cabaran untuk menjadi seorang guru.
Program ini turut mentabahkan diri saya untuk menjadi seorang guru yang boleh
mendidik murid menjadi bakal pemimpin yang berguna.
Gambar ini ditangkap bersama pelatih dari institusi lain di bilik mesyuarat
sebagai kenangan.