Pernyataan Profesional

15
PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 2 PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM NAMA : FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR NO. KP : 930218-07-5218 UNIT : PISMP AMBILAN JANUARI 2013 PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH P! "#$#"%#& ' ()(* "+ "#&% "#, & /& #,%( "#$#"%#& 5 $ (,) J) &( 2013 ) $#)/ !(&( & %( $ " 2 +)/ #&,)/" )/ "#,$ 8 $()// #&"# 4, ). S# /( ", "#4&)/ / & #,%( !( I)"%(% % P#)!(!( ) & K$ " S ,%) A ! , H,($* "+ 6 ( $#) ,)( ,%( ) $#)/ & % ) & %( $ "#,$ 2 ,) +)/ #&$ , ! 2' J ,( 2015 ()// 17 S# %#$ #& 2015. P& %( $ ()( !, )% " # $ 4& !) $()4& ((% P#)!(!( ) S#)( V(" , !) B " M,+"(. L%( ) & %( $ ()( !(, ") ) "# /( $#$#) ( "+&% +)/ %#, !(%#% ) 4,# I)"%(% %# P#)!(!( ) &. A)%& #& & +)/ "+ #&, ,, ( "# #, $ $#) ,) ) & %( $ ()( (, "#"( % ,($% #&"$ )(% & %( $. S#"( % ,($% ()( %#, #&,)/" ) ! 6, ,) A &(, !( D#6) A,-B &(. S#"( % ,($% & %( $ ()( !("$ ( ) 4,# E) ( M! N44&. U)% % ,($% & %( $ , #)# )) !, #& #)) &4"#! & #&, ")) & %( $ #&)) !) %)// )/ 6 #, &* # !(&) & %( $* 6 &) & %( $ !) /&(" )! ) #&, ")) 4 &( , $ !( "# 4, . S#,() (% * )%& #&"#!() #)%()/ +)/ %#, "+ , ) "# #, $ $#) ,) ) "#"( & %( $ +)/ #&%$ ()( !, $#$ % #&"#!() !&( "#/( $#)%, !) ( ,. S# ) )/ %#$ 4 & % %#&"# %* "+ !( # #)! ( )% $#)+( ) "#/, % /") +)/ %#, !( #&( ) 4,# U)(% P& %( $. O,# (% * "+ #&, $#$ % # #& #&"#!() "# #, $ $#) ,)( & %( $ %#&"# %. P#& & "#%#& ")+ +)/ #&, "+ , ) "#$" & %( $ (, $#)/ $ , $ , $%- $ , $% +)/ #& (%) !#)/) % /") #& )! ) "#)&( "#$ +)/ %#, !("#!( ) 4,# )(% & %( $. D("$ ()/ (% * "+ / #& $#)+#!( ) 4&% 4,(4 & %( $ !) $#)+($ ) "#/, "(, $ , $% +)/ !( #&4,# "#&% "(, #) ,(") +)/ %#, !( % #!,$ 4&% 4,(4 "# /( %( "#&% & ) !($" ) !%)/. S# /( "#4&)/ / & #,%( * ($ ()/) "#&% % ) & !&( / & +)/ #& #)/,$) $% #)%()/ !,$ $#,%( /& #,%( $#) !( / & +)/ #& +. S# )/) !#)/) (% * "+ #&, #& () )/ !)

description

kn knknk

Transcript of Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 2PERNYATAAN PROFESIONALSEBELUM PRAKTIKUMNAMA: FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR NO. KP: 930218-07-5218UNIT: PISMP AMBILAN JANUARI 2013 PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH Pada semester 6 ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 5 ambilan Januari 2013 akan menghadiri praktikum fasa 2 yang akan berlangsung selama 8 minggu persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 2 bulan yang bermula pada 26 Julai 2015 hingga 17 September 2015. Praktikum ini adalah untuk subjek major dan minor iaitu Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Malaysia. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institute Pendidikan Guru. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada awal bulan April di Dewan Al-Bhukari. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh Encik Mad Noor. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut. Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai semak yang telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping itu, saya juga perlu menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang diperole serta hasil penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio sebagai bukti serta rujukan dimasa akan datang.Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang berjaya. Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar dari guru pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut. Sebelum menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah bagaimana mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman sesawang. Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan yang perlu mereka dipatuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Selain itu, sasaya turut merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid dalam pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 26 Julai 2015 hingga 17 September 2015 berjalan dengan baik seperti mana yang telah saya rancangkan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk Berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak. Insya-Allah.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM Saya Fatin Hanani binti Mohamad Akhir telah menjalai latihan praktikum pada semester lima iaitu praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Simpor. Praktikum ini mengambil masa selama dua bulan (26 Julau 2015 hingga 17 September 2015) dan saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut. Antara tujuan sampingan program praktikum ini adalah untuk membolehkan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major saya iaitu Pendidikan Seni Visual selama 8 waktu serta subjek minor iaitu Bahasa Malaysia sebanyak 2 waktu. Kelas yang perlu saya hadiri ialah kelas tahun 5 Pintar, 5 Cerdik, 2 Pintar dan 2 Cerdik. Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan refleksi. Setelah empat minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang berbaki 1 minggu sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi tugasan-tugasan yang belum saya laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten. Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid di sekolah tersebut agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik. Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan otak kosong bagi subjek saya. Saya juga sedar, kebanyak murid kurang ingin belajar dan merasakan bosan untuk belajar. Prinsip yang cuba saya tanamkan bagi anak-anak didik saya, saya akan pastikan mereka pada suatu hari nanti keinginan untuk belajar dengan tekun ada pada diri mereka dan mengurangkan bermain semasa berada di sekolah. Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap suka membuat kerja last minute dapat dikikis. Tambahan lagi, mengajar murid-murid berkeperluan khas dapat melatih saya agar cuba berfikiran secara kreatif dan berfikir di luar kotak. Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan idea yang sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya. Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali mencari bahan bantu mengajar yang kelakar serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.

PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM Seminggu sebelum berakhir praktikum Fasa kedua ini, saya berasa amat bersyukur kerana hampir keseluruhan tugas yang diamanahkan oleh pihak institut telah saya laksanakan dengan baik bersama-sama rakan praktikum saya yang lain. Tugasan pihak institut yang telah di amanahkan ialah dengan menjalankan pengajaran 2 hari penuh setiap minggu mengikut keperluan yang telah ditetapkan.Tugasan yang telah diberikan pihak sekolah untuk praktikum fasa ke 2 ini ada persamaan dan kelainanya. Sepanjang berada di SK Simpor. Terdapat beberapa aktiviti dan projek telah saya lakukan bersama rakan yang lain. Aktiviti yang dilakukan adalah kejohanan sukan tahunan, Minggu Bahasa Melayu serta banyak lagi aktiviti yang diadakan. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa apabola menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa.Sikap tersebut serta berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan saya supaya sentiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebaran masalah. Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru pelatih. Jujur saya katakana bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap pelajar SK Tunku Ismail semakin mendalam walaupun mereka nakal dan mereka sangat mengambil berat tentang guru pelatih semasa keberadaan di sekolah tersebut. Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada murid-murid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambag baik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada semua murid. Sebagai kesimpulannya pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada semua pihak. Nescaya setiap pengalan dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengalaman yang baik.

DISEDIAKAN OLEH,

(FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR)

Bilangan jurnal : Ke-1Minggu praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 12-16 April 2015Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di Sekolah Kebangsaan Tunku IsmailPada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melapor diri kepada Encik Zahari, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan Latar belakang murid dan masyarakat setempat Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitanSelepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas kami itu kami dibawa mengelilingi kawasan sekolah dan berjumpa dengan guru pembimbing praktikum kami iaitu Puan Mazlina binti Muhammad. Puan Mazlina memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.Pada hari kedua, saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian bagi Pendidikan Seni Visual. Saya diagihkan 2 waktu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 2 Arif, 2 waktu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 2 Bestari, 2 waktu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Arif dan 2 waktu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Bestari. Saya tidak menghadapi masalah dalam penyediaan rancangan pengajaran harian tersebut kerana telah mempelajarinya ketika di institut dahulu. Tambahan pula, kami dibekalkan oleh pensyarah dengan format dan contoh rancangan pengajaran harian yang betul. Pada hari ketiga saya berpeluang membuat pemerhatian pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana melalui kesempatan tersebut saya telah memperolehi banyak pengalaman terutamanya tentang cara pengurusan kelas, penggunaan ICT dan pengurusan aktiviti kumpulan. Cikgu Mazlina memanglah seorang guru yang berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya. Catatan yang saya buat semasa sesi pemerhatian amatlah berguna sebagai rujukan saya. Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Pengajaran Harian saya kepada guru besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu, saya masuk ke kelas 4A. Saya amat kagum dengan kebolehan beliau dalam menyampaikan pelajarannya. Dengan cara penyampaian yang menarik dan bakatnya yang amat tinggi dalam seni visual tak hairanlah mengapa beliau selalu dijemput untuk menjadi fasilitator kursus PSV di peringkat daerah Kuala Muda, Yan.

Disemak oleh Guru PembimbingTandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah PembimbingTandatangan:Nama :Tarikh :

Bilangan jurnal : Ke-2Minggu praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 12-16 April 2015Tajuk Jurnal : Murid dan Sekolah1. MASALAH/PERISTIWAPada minggu kedua di SKTI ini, saya berkesempatan mengenali kerenah dan perangai murid khasnya dalam kelas yang bakal saya ajar bagi tempoh 1 bulan ini. Sesungguhnya 1 bulan ini adalah satu tempoh yang amat singkat untuk membuat perubahan mendadak terhadap prestasi murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh terbaik bagi saya untuk mempelajari serta menguasai sistem pengajaran yang konsisten mampan. Semua ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan efektif yang akhirnya akan memberi kesan langsung kepada murid. Dalam hal yang lainnya, masalah yang berpunca dari kalangan murid terhadap kelas juga telah difikirkan dan dapat dilihat. Antara masalah yang bakal ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalan itu, mereka seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Sifat kenakalan yang sebegini tidak boleh di benarkan kerana menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat kenakalan mereka akan menjadi lebih ketara semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sebagai contoh semasa melakukan aktiviti berkumpulan.Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedure.Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas saya. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang disampaikan.2. ANALISIS MASALAHSebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang sedang mengajar didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang satu termasuklah:

1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang disampaikan dalam kelas. 2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas tersebut terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran.3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi stratergi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati murid-murid yang pandai juga biasanya akan membuat bising dalam kelas. Hal ini berlaku biasanya, setelah mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat bising dan berjalan-jalan di dalam kelas.Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek matematik turut menyukarkan murid untuk memahami perkara yang diajar. Hal ini juga telah turut menimbulkan kecenderungan mereka untuk membuat bising.3. CADANGANPenyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri mengambil beberapa langkah yang boleh bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah.Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih tumpuan kepada setiap pengajaran guru.Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah:1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif.2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.4. TEMPOH PENYELESAIAN19 April hingga 7 Mei 20155. TINDAKAN SUSULANSaya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

6. KESIMPULAN

Disemak oleh Guru PembimbingTandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah PembimbingTandatangan:Nama :Tarikh :Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

Bilangan jurnal : Ke-3Minggu praktikum : KetigaTarikh Peristiwa / Kejadian : 12-16 April 2015Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail1. MASALAH/PERISTIWA :Murid tidak mendengar arahan guruMinggu ini merupakan minggu terkahir sebelum cuti Hari Pekerja dan Hari Wesak. Jadi pelbagai aktiviti sekolah yang perlu diselesaikan. Antaranya ialah persiapan untuk menghadapi kejohanan sukan balapan dan padang sekolah. Oleh sebab itu, kebanyakan masa saya dikekang oleh persiapan untuk kejohanan itu.Kelas yang terganggu hanyalah kelas pemulihan. Ketika berada di kelas Tahun 4 Arif iaitu pada hari selasa. Kebanyakan kelas saya berkisarkan masalah yang sama iaitu murid tidak mendengar arahan guru. Masalah ini sering berlaku ketika saya mengajar kelas ini. Murid-murid masih mendengar arahan saya tetapi mereka tidak menghiraukannya. Akibatnya kawalan kelas punah sama sekali.2. ANALISIS MASALAHBerdasarkan pemerhatian dan muhasabah yang saya lakukan, saya dapati murid tahun 4 Arif mudah dikawal dan tidak banyak masalah. Saya juga ada bertanyakan dengan rakan-rakan guru praktikum dan guru-guru senior berkenaan hal ini. Majoriti dari mereka berkata hal yang sama. Oleh kerana bilangannya yang sedikit dan tahap kematangan ahli kelasnya boleh dikatakan agak tinggi, mustahil untuk seorang guru itu hilang kawalan terhadap kelas terbabit.. Masalah ini amat mengganggu saya kerana apabila arahan guru tidak dapat murid ikuti, kelas menjadi tidak terkawal. Hal ini memberi kesukaran kepada guru untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.3. CADANGANSepanjang pengajian saya selama hampir empat tahun ini, kebanyakan masalah yang difokuyskan adalah kawalan kelas. Kebanyakan guru-guru yang telah berada di lapangan kerjaya juga menghadapi masalah yang sama. Menurut teori-teori yang saya pelajari ketika berada di institut, banyak sebenarnya jalan penyelesaian yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini.Antara kaedah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini ialah penggunaan ekonomi token. Menurut Ang Jit Eng(2007), Sistem ekonomi token adalah pendekatan untuk mengubah tingkah laku sejumlah besar murid dalam masa yang singkat. Sistem ini mengamdungi tiga unsur utama. Antaranya ialah satu senarai peraturan bertulis yang mengandungi tingkah laku atau tindakan yang diberi ganjaran atau peneguhan oleh guru, satu sistem untuk memberikan token atau tanda simbolik kepada murid yang melakukan tingkah laku atau tindakan seperti yang dinyatakan dalam senarai peraturan dan sistem untuk menukarkan token-token yang diperoleh dengan hadiah, ganjaran atau peluang untuk mengikuti sesuatu aktiviti.Selain itu, untuk keberkesanan sistem ekonomi token yang lebih efektif, saya boleh mempraktikkan aktiviti berkumpulan bagi memudahkan lagi pembahagian token.MenurutMenurut Effandi Zakaria (1998),pengajaran yang dikenali sebagai pengajaran koperatif ini memegang konsep di mana murid-murid membantu antara satu sama lain dalam kumpulan kecil. Oleh itu, guru boleh memberi latihan kepada kumpulan sementara guru mengajar kumpulan yang lain. Melalui cara ini, tidak ada murid yang hanya duduk diam dan menunggu rakan yang sedang mengikuti pengajaran. Mereka akan melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru.4. TEMPOH PENYELESAIAN12 April hingga 7 Mei 2015.5. TINDAKAN SUSULANPembahagian ekonomi token akan diberi berdasarkan kumpulan kecil yang akan dibentuk minggu hadapan. Memandangkan murid dari kelas pemulihan berada di kelas aliran perdana, saya perlu lebih berhati-hati dalam membahagikan kumpulan. Kesemua pelaksanaan ini akan saya jalankan pada minggu hadapan.KESIMPULAN.Saya berharap dengan pertolongan dari setiap mereka yang pakar dapat membantu saya menangani masalah-masalah yang timbul dengan tenang dan sukses. Di samping itu, saya berdoa agar murid-murid yang saya ajar dapat mengikuti pengajaran saya dengan baik dan memahami topik yang saya ajar sesempurna mungkin insyaAllah.

Disemak oleh Guru PembimbingTandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah PembimbingTandatangan:Nama :Tarikh :