Pernyataan Profesional

5
PERNYATAAN PROFESIONAL Nama : Mohd Hamdan Bin Pallao Major : Pendidikan Jasmani Sebelum Praktikum Program praktikum saya telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu, Asajaya. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama Sebulan bagi Fasa 1 dari 13 April 2015 sehingga 08 mei 2015. Praktikum ini adalah untuk subjek major iaitu Pendidikan Jasmani. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung seminggu sebelum kami semua berpraktikum di Dewan Sadong jaya IPGKTAR. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh Encik Syawal bin Achong bagi memberikan maklumat berkaitan praktikum fasa yang pertama ini. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.

description

pernyataan professional praktikum

Transcript of Pernyataan Profesional

Page 1: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

Nama : Mohd Hamdan Bin Pallao

Major : Pendidikan Jasmani

Sebelum Praktikum

Program praktikum saya telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu,

Asajaya. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun

Abdul Razak, Kota Samarahan saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun

praktikum selama Sebulan bagi Fasa 1 dari 13 April 2015 sehingga 08 mei 2015.

Praktikum ini adalah untuk subjek major iaitu Pendidikan Jasmani. Latihan praktikum ini

dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan

Guru.

Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah

sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung seminggu

sebelum kami semua berpraktikum di Dewan Sadong jaya IPGKTAR. Sesi taklimat

praktikum ini disampaikan oleh Encik Syawal bin Achong bagi memberikan maklumat

berkaitan praktikum fasa yang pertama ini. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan

adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab

pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan

kokurikulum di sekolah.

Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum

menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi

mental dan fizikal. Pengalaman semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah

(PBS) pada semester-semester sebelum ini menjadi panduan untuk saya menyelami

dan menganalisis murid-murid nanti. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi

keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya

tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat

menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu

Page 2: Pernyataan Profesional

walaupun saya bukan berasal dari Sarawak . Untuk persediaan dari segi fizikal pula,

saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari

sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa adalah

dalam 20 km, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah

konsisten awal.

Sepanjang tempoh praktikum ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa

mengemaskini portfolio praktikum dan semua buku rancangan pengajaran harian setiap

hari dan minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar dapat mendisiplinkan diri

selepas tamat praktikum kelak.

Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri

dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu akan dapat

diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu

menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik

antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan

profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan profesional ini dapat

dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti

yang berkaitan. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum

ini ialah untuk membina dan meningkatkan jati diri seorang guru. Untuk membina jati

diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan

perguruan dan pendidikan secara amnya, Pendidikan Jasmani di sekolah khususnya.

Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya berharap akan dapat memahami dan

mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah

rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai

seorang guru nanti.

Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran

dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: Pernyataan Profesional

Semasa Praktikum

Setelah seminggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu

saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian.

Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan,

saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-

sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang berbaki 3 minggu

sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi tugasan-tugasan yang

belum saya laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi

ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan

saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan

murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan

semua tugasan dengan konsisten.

Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan

teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti

yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri

murid-murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid di

luar bandar agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan

pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk

melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.

Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai

perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya

sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan “otak

kosong” bagi subjek saya. Prinsip yang cuba saya tanamkan bagi anak-anak didik saya,

saya akan pastikan mereka pulang dengan menguasai kemahiran yang saya ajar pada

hari tersebut dengan lakuan yang betul.

Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu

membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan

pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang

Page 4: Pernyataan Profesional

konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap

suka membuat kerja “last minute” dapat dikikis. Tambahan lagi, mengajar murid-murid

berkeperluan khas dapat melatih saya agar cuba berfikiran secara kreatif dan berfikir di

luar kotak. Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan

idea yang sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya.

Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka

dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran selain melakukan inovasi dalam PdP. Justeru saya

perlu sentiasa mencuba untuk mencari strategi yang menarik agar mereka

bersemangat ketika belajar dan berasa seronok.