Pernyataan Profesional

12
Harapan saya untuk Praktikum Satu ini adalah supaya semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. sama ada urusan peribadi, kesihatan, urusan sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun urusan aktiviti sekolah berjalan dengan lancar tanpa ada halangan yang berat. Saya juga berharap dapat mengajar murid-murid berkeperluan khas ini dengan penuh kesabaran, berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengawal kelas dengan baik, menangani masalah tingkah laku murid dan dapat menyampaikan pengajaran dengan cara yang pelbagai dan difahami oleh murid. Kefahaman murid terhadap pengajaran saya ini akan menjadi kayu ukur kefahaman dan penerimaan murid-murid berkeperluan khas ini terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Harapan saya juga semestinya untuk mendapat markah yang baik dari seliaan-seliaan daripada guru dan pensyarah pembimbing kerana daripada markah seliaan ini menyumbang kepada keputusan peperiksaan saya untuk semester ini. Melalui seliaan-seliaan ini juga akan menjadi pendorong dan bantuan untuk saya dalam memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi saya untuk mengajar sepanjang 4 minggu di sekolah ini seterusnya menjadi pedoman untuk meneruskan Praktikum Fasa 2 dan Praktikum Fasa 3 kelak.

description

pernyataan

Transcript of Pernyataan Profesional

Page 1: Pernyataan Profesional

Harapan saya untuk Praktikum Satu ini adalah supaya semoga segala urusan

dipermudahkan oleh Allah S.W.T. sama ada urusan peribadi, kesihatan, urusan sesi

pengajaran dan pembelajaran mahupun urusan aktiviti sekolah berjalan dengan lancar

tanpa ada halangan yang berat.

Saya juga berharap dapat mengajar murid-murid berkeperluan khas ini dengan

penuh kesabaran, berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengawal kelas

dengan baik, menangani masalah tingkah laku murid dan dapat menyampaikan

pengajaran dengan cara yang pelbagai dan difahami oleh murid. Kefahaman murid

terhadap pengajaran saya ini akan menjadi kayu ukur kefahaman dan penerimaan

murid-murid berkeperluan khas ini terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang

saya jalankan.

Harapan saya juga semestinya untuk mendapat markah yang baik dari seliaan-

seliaan daripada guru dan pensyarah pembimbing kerana daripada markah seliaan ini

menyumbang kepada keputusan peperiksaan saya untuk semester ini. Melalui seliaan-

seliaan ini juga akan menjadi pendorong dan bantuan untuk saya dalam memperbaiki

kelemahan dan meningkatkan prestasi saya untuk mengajar sepanjang 4 minggu di

sekolah ini seterusnya menjadi pedoman untuk meneruskan Praktikum Fasa 2 dan

Praktikum Fasa 3 kelak.

Page 2: Pernyataan Profesional

Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum.

31 Mac 2014, jam 7.00 pagi saya telah melaporkan diri di pejabat Sekolah

Kebangsaan Bandar yang terletak di kawasan pinggir bandar. Sekolah ini merupakan

di luar bandar. Namun ianya tidak mengganggu gugat fokus saya terhadap praktikum

yang akan saya jalankan selama 4 minggu di sini bersama seorang lagi rakan saya.

Hari pertama seperti biasa sesi perkenalan berlangsung bersama guru-guru serta

warga sekolah di mana kami berdua bersama-sama rakan lima orang lagi rakan

praktikum dari opsyen lain telah diperkenalkan oleh Guru Besar SK Permatang

To’Kandu iaitu Tuan Haji Shukri bin Abd Rahman, perhimpunan mingguan berlangsung

pada hari Isnin tersebut.

Setelah selesai perhimpunan mingguan, kami berkumpul di Bilik PK Pentadbiran,

Puan Zabedah Abd Majid untuk ditaklimatkan mengantikan Guru Besar yang sibuk

dengan urusan penting. Beliau memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara

berkaitan dengan sekolah, termasuklah :

- sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;

- struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru

penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru

mata pelajaran dan tugas staf sokongan;

- latar belakang murid dan masyarakat setempat;

- tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;

- pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas taklimat di Bilik, kami di bawa ke Blok Pendidikan Khas oleh Cik Farina

merangkap Guru guru pembimbing Pendidikan Khas kami untuk pemilihan

matapelajaran dan bilangan waktu yang ingin kami ajarkan dan juga bersama-sama

guru penyelaras Pendidikan Khas, Tuan Haji Idris bin Ismail. Selain itu, kami juga

diberitahu sepanjang di sekolah kami melibatkan diri dalam unit beruniform. Saya telah

diarahkan untuk menyertai badan unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah

mewakili Pendidikan Khas dan juga mengajar kawad kaki Tunas Kadet Remaja

Sekolah.

Page 3: Pernyataan Profesional

Pada hari kedua, saya dan rakan-rakan telah memberikan jadual matapelajaran

dan masa yang telah kami pilih untuk diajarkan. Setelah mendapat persetujuan

daripada Cik Noor Farina binti Haji Mohd Noor, selaku guru pembimbing kami

menghantar jadual tersebut kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan

Zabedah Abd Majid. Saya telah memilih empat mata pelajaran Pendidikan Khas iaitu

Matematik kelas 1, Bahasa Melayu kelas 1 dan 2, Pendidikan Jasmani kelas 1 dan 2,

Pengurusan Tingkah Laku kelas 3 dan Matematik kelas 1. Jumlah masa yang saya pilih

ialah 12 waktu bersamaan 6 jam seminggu. Pada minggu ini juga terdapat beberapa

orang guru yang tiada kerana terlibat dengan hal di luar. Oleh yang demikian, pada hari

kedua saya sudah mula masuk ke kelas untuk menggantikan jadual kelas Cikgu yang

terlibat dalam perjumpaan guru-guru. Pada minggu ini, kami menjalankan ujian

diagnostik kepada pelajar bagi setiap kelas yang berlainan bagi menentukan tahap

masing-masing.

Minggu kedua, saya sudah mula mengajar mengikut jadual waktu yang telah

saya pilih. Minggu ini memberikan pengalaman saya dalam mengajar murid-murid

berkeperluan khas. Pelbagai pengalaman yang telah saya tempuhi antaranya perangai

dan sikap murid-murid yang berbeza. Terdapat murid yang hiperaktif, autisme, suka

mengamuk dan sebagainya. Dari segi pengawalan kelas juga tidak terkecuali di mana

minggu pertama mengajar saya tidak dapat mengawal kelas dengan baik kerana

terdapat murid-murid yang tidak mahu mendengar arahan.

Minggu ketiga berjalan seperti biasa. Kami telah diberikan tugas untuk mengajar

murid-murid dalam persediaan aktiviti berkhemah pada hari Jumaat dan Sabtu. Kami

ditugaskan menjaga murid pada hari Jumaat. Sebelum bermulanya aktivit perkhemahan

unit beruniform. Saya juga berpeluang mengajar murid-murid tentang ikatan tali, kawad

kaki, serta memasang khemah. Pada hari Jumaat, saya ditugaskan sebagai AJK

masakan untuk Puteri Islam. Saya perlu memberikan mereka makanan yang perlu

dimasak serta tunjuk ajar supaya mereka memasak dengan baik. Kami pulang pada

jam 6.00 petang dengan memberikan makanan iaitu roti dan air kepada murid-murid.

Page 4: Pernyataan Profesional

  Pada hari terakhir iaitu Jumaat bersamaan 25 April 2014, kami semua guru

praktikum berjumpa dengan Guru Besar untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan

meminta maaf sekiranya kami ada membuat sesuatu yang tidak disenangi oleh pihak

sekolah. Kami juga bersalam-salaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada

semua warga sekolah.

Diharapkan pengalaman sepanjang Praktikum Satu ini membekalkan saya

pengetahuan berguna untuk ditingkat dan diperbaiki supaya dapat digunakan semasa

Praktikum 2 dan Praktikum 3 kelak.

Adakah Harapan Tercapai Sepanjang Praktikum.

Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap

guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum Fasa

Satu  telah selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan pertama

membawa kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan sebelum

memasuki Praktikum 2 pada semester hadapan. Alhamdulillah, saya telah selamat

menjalani Praktikum Satu ini dengan jayanya. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana

melancarkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang praktikum ini

dan saya dapat mengajar dengan baik sepanjang 4 minggu ini.

Tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja terletak dari segi

akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika bersama murid,

tentu ada murid yang menguji kesabaran kita. Saya akui terdapat juga tamparan di

bahu yang saya lakukan terhadap murid tetapi tidaklah terlalu kuat dan ia hanyalah

untuk menghentikan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh murid tersebut. Namun

begitu, saya masih mampu mengawal kesabaran dengan menjalankan teknik ugutan ke

atas murid menggantikan kontak tangan terhadap murid. Contohnya ugutan untuk

menarik token yang telah murid peroleh dan juga membawa cili padi ke kelas sebagai

ugutan kepada murid yang selalu mencarut. Akhirnya, tingkah laku murid ini dapat

ditangani walaupun tingkah laku negatif tersebut diulang setiap hari.

Page 5: Pernyataan Profesional

Dari seliaan-seliaan daripada guru dan pensyarah pembimbing juga banyak

membantu saya melihat semula kekuatan dan kelemahan yang dikomen oleh mereka

sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya berjalan. Kekuatan yang saya

peroleh akan saya tingkatkan manakala kelemahan yang ada akan saya perbaiki untuk

masa yang akan datang. Praktikum Satu ini sedikit sebanyak telah memberi gambaran

kepada saya situasi sebenar sekolah. Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri dari

pengalaman praktikum ini, pengalaman praktikum fasa 2 dan fasa 3 kelak sebelum

menjadi guru berijazah pada tahun 2015 kelak.

Page 6: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

a) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.

Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih

untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari semasa

di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam

situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing

dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada mata pelajaran major guru

pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan maksimum 12 jam.

Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat

peringkat Pengalaman Berasaskan  Sekolah  (PBS) semasa semester satu hingga

semester empat. PBS ini merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu

sebelum menjalani  praktikum. Saya juga telah  mendapat taklimat daripada

unit praktikum mengenai hal ini iaitu berkaitan latihan praktikum.

Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPGM sendiri. Penempatan

sekolah sebenarnya boleh dipilih dalam kalangan kami sendiri tetapi kelas saya tidak

menghantar nama pasangan praktikum dan pilihan sekolah kami. Akibatnya,

penempatan kami bagi praktikum 1 ini telah dibuat oleh unit praktikum IPDA. Namun

begitu kami tetap akur dengan keputusan tersebut. Saya telah ditempatkan oleh unit

praktikum di Sekolah Kebangsaan Permatang To’Kandu. Saya bersama dengan

seorang lagi rakan sekelas saya daripada opsyen Pendidikan Khas. Tidak lupa juga

bersama-sama saya di sekolah yang sama terdiri daripada rakan daripada Institut

Perguruan yang lain.

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum di

sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran

harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai

segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri di setiap

perjumpaan guru-guru selain perlu  menyiapkan  semua  tugasan praktikum yang telah

disenaraikan bagi memenuhi Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang

menjalani praktikum ini.  Selain itu juga,  saya perlu menjalin hubungan baik bersama

Page 7: Pernyataan Profesional

semua warga sekolah tanpa mengira pangkat. Saya perlu memahami budaya di

sekolah serta komuniti di situ selain perlu membiasakan diri dengan loghat kawasan

tempat mengajar untuk saya terapkan bahasa baku kepada murid-murid semasa

mengajar.

Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing pada bil-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa

lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran

dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Saya perlu

sentiasa bersedia lebih-lebih bagi melayan kerenah murid yang sentiasa inginkan

perhatian.

Sebelum Praktikum

Sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Kandu,

antara harapan saya sebagai guru pelatih adalah untuk merasai dan mengalami sendiri

pengalaman mengajar kanak-kanak Pendidikan Khas yang rata-ratanya terdiri daripada

pelbagai jenis masalah pembelajaran. Sememangnya pengalaman ini amat ditunggu-

tunggu oleh saya kerana menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang baik bukanlah

semudah menyebut abjad a,b,c dan mengira nombor 1,2,3. Mungkin dilihat dengan

mata kasar, tugas seorang guru dianggap mudah tetapi jika diberi peluang mengajar,

barulah kita sedar langit itu tinggi atau rendah. Menjadi seorang guru Pendidikan Khas

memerlukan daya ketahanan mental dan nilai kesabaran yang tinggi. Oleh yang

demikian, melalui praktikum kali pertama ini, saya harap dapat merasai sendiri

pengalaman sebagai seorang guru Pendidikan Khas.

Selain itu, harapan saya sebelum menjalani sesi praktikum ini adalah untuk

mengambil peluang yang ada untuk mengaut ilmu tentang Pendidikan Khas sebanyak

yang boleh. Ini kerana ilmu Pendidikan Khas sukar diperolehi tambahan pula ianya

daripada para guru yang berpengalaman dan lebih lama dalam bidang Pendidikan

Khas. Ilmu-ilmu ini amat penting pada seorang guru Pendidikan Khas kerana dalam

proses pengajaran, ilmu inilah yang akan digunakan untuk mengawal suasana kelas,

Page 8: Pernyataan Profesional

mengawal tingkah laku murid dan juga disamping menyampaikan ilmu kepada murid.

Dengan ini, proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan

berkesan.

Akhir, sebelum sesi praktikum ini berakhir, saya berharap dapat mengambil

peluang untuk mempelajari teknik-teknik pengajaran yang berkesan di dalam

Pendidikan Khas. Teknik yang berkesan mampu mengawal tingkah laku negatif para

murid disamping dapat mencapai objektif pengajaran. Jika guru silap menggunakan

teknik pengajaran, maka sepanjang waktu proses pengajaran, objektif guru tidak akan

tercapai. Jadi, dengan adanya sesi praktikum ini, semoga segala harapan dan matlamat

saya dapat dicapai sekaligus melonjakkan diri saya selangkah ke hadapan dalam

menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang cemerlang.

  Semasa Praktikum

Saya Nazirah binti Murad telah menjalani latihan praktikum pada semester lima

iaitu Praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Permatang To’Kandu.

Praktikum ini mengambil masa selama satu bulan (31 Mac 2014 – 25 April 2014) dan

saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu

tersebut.

Antara tujuan sampingan program praktikum ini adalah untuk membolehkan

pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan

awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major saya iaitu

Pendidikan Khas selama 12 masa.

Setelah saya meneliti kandungan tugasan  saya  mendapati  kurikulum  dan 

sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan.

Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang

pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi

pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran.

Page 9: Pernyataan Profesional

Antara lain,  tugasan  yang  diberikan  juga  membolehkan  saya  membina 

kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan

utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain

daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa

akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku

murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan 

dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan

refleksi. Oleh yang demikian,  pendedahan awal saya di sekolah ini 

sememangnya memberikan impak yang positif kepada saya dalam membentuk

keperibadian, sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru dimasa akan datang. Semoga

guru-guru pelatih gembira dalam menjalankan tugas ini.

Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menjalani praktikal

ini ialah saya dan rakan saya diberi tugas oleh guru menjaga perkhemahan unit

beruniform. Kami menjalankan tugas kami dengan baik dan guru lain berpuas hati

dengan hasil kerja kami. Kami berasa bangga kerana diberi peluang seperti itu.

 

Selepas Praktikum

Satu ilmu baharu yang saya telah perolehi dan lalui serta mengalami

pengalaman sendiri ialah membuat rancangan pengajaran harian, mingguan, mengajar

dan membina bahan bantu mengajar sendiri.

Akhir sekali, data-data dianalisis, dinilai dan dilaporkan melalui refleksi yang

dibuat. Satu portfolio yang

lengkap mengenai Praktikum akan dibuat dan seterusnya di hantar kepada pensyarah.

Portfolio itu mengandungi hasil tugasan Praktikum yang telah dilaksanakan. Sesi

refleksi dan interaksi bersama pensyarah akan dilakukan untuk membincangkan hasil

Praktikum ini.