Pernyataan Profesional

download Pernyataan Profesional

of 2

description

Pernyataan Profesional

Transcript of Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman praktikum buat kali yang pertama dalam hidup saya. Semester 5 ini sememangnya merupakan semester yang penuh cabaran kerana praktikum fasa 1 akan berlangsung selama 1 bulan. Untuk makluman, saya telah diberikan Sekolah Kebangsaan Seremban 2A sebagai sekolah praktikum yang pertama saya. Selain itu, terdapat 2 orang rakan saya yang berada dalam semester yang sama, akan melaksanakan praktikum di sekolah yang berkenaan selama satu bulan juga.Sebelum pergi ke sekolah masing-masing, saya dan rakan diberikan taklimat di Dewan Kuliah IPGM Kampus Teknik. Pada taklimat ini, pelbagai maklumat dan panduan diberikan oleh pensyarah daripada Unit Praktikum seperti En Kamarudin dan En Azhar supaya kami tidak kekok apabila berada di sekolah serta menjalankan proses latihan yang bertepatan dengan matlamat praktikum. Puan Sabariah Ismail daripada Unit Hal Ehwal Pelajar juga memberikan taklimat mengenai kod etika guru dan disiplin agar nama IPG terjaga dan guru pelatih mengikut prosedur peraturan yang betul. Selain itu, taklimat ini juga bertujuan membantu guru pelatih untuk cepat menyesuaikan diri di sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah yang boleh menimbulkan masalah antara guru pelatih dengan pihak sekolah. Dalam pada itu, sudah semestinya banyak perkara yang perlu dipelajari dan ditimba oleh saya dalam praktikum fasa 1 ini. Oleh yang demikian, saya berazam untuk menjadi seorang guru pelatih yang berdedikasi dan bersemangat dalam apa jua bidang sekali pun. Saya akan mencuba untuk menggalas tugasan yang bakal diamanahkan kepada saya dengan sebaik yang mungkin. Lebih daripada itu, saya juga akan mengambil peluang dan ruang yang ada ini untuk berkongsi pengalaman dan idea daripada guru-guru senior yang berada di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A tersebut. Saya pasti, berkat pengalaman mengajar selama bertahun-tahun akan dapat dijadikan panduan untuk saya terus kekal teguh dalam dunia pendidikan ini.Akhir kata, saya berharap agar diri saya akan sentiasa tabah dan bersemangat untuk mendidik anak bangsa agar lebih berjaya dan cemerlang di masa akan datang. Sesungguhnya, Sekolah Kebangsan Seremban 2A merupakan salah satu platform untuk saya menuntut ilmu dan memperbaiki diri agar menjadi seorang guru yang baik di masa hadapan. InsyaAllah.