PERNYATAAN PROFESIONAL.docx

4
PERNYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM PRAKTIKUM) . Pada semester ini PISMP semester 7 dikehendaki menjalani praktikum Fasa 3 selama 12 minggu di sekolah yang telah dipilih. Untuk praktikum Fasa 3 ini, saya dikehendaki untuk menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda, Selangor. Pasangan saya untuk praktikum kali ini ialah saudari Syafawati Binti Hashim. Pada praktikum kali ketiga ini saya perlu menjalankan praktikum berdasarkan subjek major saya iaitu Pengajian Agama Islam dan juga subjek minor iaitu Pendidikan Al-Quran. Sebelum menjalani praktikum di sekolah ini, saya dan pasangan terlebih dahulu telah pergi meninjau kedudukan sekolah yang terletak Kg Dato Abu Bakar Baginda, Sungai Merab. Hasil tinjauan bersama pasangan, untuk ke sekolah tersebut tidaklah mengambil masa yang akan lama, cuma apabila berlaku kesesakan pada waktu-waktu tertentu, tempoh masa untuk sampai agak panjang berbanding tempoh biasa iaitu 15 minit. Hasil tinjauan juga mendapati sekolah ini hanya mempunyai 1 sesi iaitu pagi. Sebelum saya menghadapi praktikum ini, semestinya saya mengharapkan hasil yang terbaik dapat saya berikan untuk diri, sekolah, guru dan pensyarah penyelia serta guru pembimbing juga kanak-kanak di prasekolah itu. Sebelum saya menjalani praktikum Fasa 3, saya telah pun menjalani Praktikum Fasa 1 dan 2. Hasil pengalaman ini saya jadikan sebagai bimbingan dan panduan buat diri saya melakukan yang terbaik untuk praktikum Fasa 3 ini. Saya merasakan sangat teruja tapi dalam waktu yang sama merasakan perasaan yang agak gementar di atas beberapa perkara. Pertama berkaitan dengan penerimaan warga sekolah terutama guru pembimbing dan murid-murid terhadap guru praktikum yang baru ini. Penerimaan yang baik adalah penting agar sebarang komunikasi dan perhubungan sepanjang praktikum dapat berjalan dengan lancar walaupun dengan seorang tukang cuci di sekolah. Sekiranya penerimaan mereka adalah baik dan positif, kita akan sentiasa selesa sepanjang berada di sekolah tersebut.

Transcript of PERNYATAAN PROFESIONAL.docx

PERNYATAAN PROFESIONAL(SEBELUM PRAKTIKUM)

. Pada semester ini PISMP semester 7 dikehendaki menjalani praktikum Fasa 3 selama 12 minggu di sekolah yang telah dipilih. Untuk praktikum Fasa 3 ini, saya dikehendaki untuk menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda, Selangor. Pasangan saya untuk praktikum kali ini ialah saudari Syafawati Binti Hashim. Pada praktikum kali ketiga ini saya perlu menjalankan praktikum berdasarkan subjek major saya iaitu Pengajian Agama Islam dan juga subjek minor iaitu Pendidikan Al-Quran.Sebelum menjalani praktikum di sekolah ini, saya dan pasangan terlebih dahulu telah pergi meninjau kedudukan sekolah yang terletak Kg Dato Abu Bakar Baginda, Sungai Merab. Hasil tinjauan bersama pasangan, untuk ke sekolah tersebut tidaklah mengambil masa yang akan lama, cuma apabila berlaku kesesakan pada waktu-waktu tertentu, tempoh masa untuk sampai agak panjang berbanding tempoh biasa iaitu 15 minit. Hasil tinjauan juga mendapati sekolah ini hanya mempunyai 1 sesi iaitu pagi.

Sebelum saya menghadapi praktikum ini, semestinya saya mengharapkan hasil yang terbaik dapat saya berikan untuk diri, sekolah, guru dan pensyarah penyelia serta guru pembimbing juga kanak-kanak di prasekolah itu. Sebelum saya menjalani praktikum Fasa 3, saya telah pun menjalani Praktikum Fasa 1 dan 2. Hasil pengalaman ini saya jadikan sebagai bimbingan dan panduan buat diri saya melakukan yang terbaik untuk praktikum Fasa 3 ini. Saya merasakan sangat teruja tapi dalam waktu yang sama merasakan perasaan yang agak gementar di atas beberapa perkara.

Pertama berkaitan dengan penerimaan warga sekolah terutama guru pembimbing dan murid-murid terhadap guru praktikum yang baru ini. Penerimaan yang baik adalah penting agar sebarang komunikasi dan perhubungan sepanjang praktikum dapat berjalan dengan lancar walaupun dengan seorang tukang cuci di sekolah. Sekiranya penerimaan mereka adalah baik dan positif, kita akan sentiasa selesa sepanjang berada di sekolah tersebut.

Kedua berkaitan dengan komitmen yang diberikan oleh warga sekolah terutamanya barisan pentadbir dan juga guru pembimbing. Komitmen tersebut adalah berdasarkan kerjasama yang diberikan terhadadap saya dan rakan-rakan yang lain . Saya mengharapkan setiap orang daripada mereka memberikan kerjasama yang baik agar saya lebih yakin dan bersemangat untuk menjalani praktikum Fasa 3 ini. Pada praktikum kali ketiga ini saya mengharapkan agar saya mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang lebih kreatif dalam membentuk dan merancang sesuatu bahan bantu mengajar yang mudah dan dapat memberikan kesan dan kefahaman kepada kanak-kanak. Selain itu, saya juga berharap dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui komunikasi dua hala agar saya dapat mendekati dan lebih memahami murid-murid sekaligus menjadikan kanak-kanak itu mudah dibentuk agar dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang mulia. Ini kerana bagi saya tugas guru Pendidikan Islam bukan hanya menyampaikan ilmu-ilmu agama semata-mata, bahkan guru Pendidikan Islam harus membentuk diri pelajar menjadi seorang insan yang berilmu dengan ilmu yang diberikan, beramal dengan apa yang telah dipelajari sekaligus mengimani apa yang dipercayai.

Saya juga mengharapkan agar saya dapat memberikan sesuatu sumbangan yang berguna dan bermanfaat untuk sekolah. Pada Praktikum Fasa 3 ini juga, saya berkeinginan untuk menimba ilmu daripada guru sekolah selaku guru pembimbing di situ tentang pengalaman berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk membuat penambahbaikkan dalam diri dan juga sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula ilmu ini dapat digunakan sebagai persediaan untuk saya mengajar apabila sudah tamat berlajar kelak.

PERNYATAAN PROFESIONAL(SEMASA PRAKTIKUM)

Sebulan sebelum berakhirnya praktikum fasa terakhir iaitu fasa ketiga ini, saya berasa amat bersyukur kerana hampir keseluruhan tugas yang diamanahkan oleh pihak institut telah saya laksanakan dengan sebaiknya bersama rakan praktikum saya iaitu Syafawati Binti Hashim. Tugasan pihak institut yang telah di amanahkan ialah dengan menjalankan pengajaran selama 8 waktu minimum dan 12 waktu maksimum pada setiap minggu mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Tugasan yang telah diberikan pihak sekolah pula untuk pratikum fasa ke-3 ini ada mempunyai persamaan dengan praktikum saya sebelum ini. Persamaannya ialah kami dikehendaki menghasilkan mural di dinding prasekolah. Mural sememangnya sudah sinonim dengan guru-guru pelatih. Setiap guru pelatih yang menjalani pratikum di sekolah-sekolah dikehendaki menghasilkan mural sebagai salah satu projek yang dijalankan di sekolah itu. Mural kali ini lebih besar ruangnya berbanding mural yang pernah kami hasilkan sewaktu berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya, Cheras, Kuala Lumpur pada praktikum fasa 2 dahulu.Selain itu, pengalaman praktikum Fasa ketiga ini amat bernilai buat saya kerana banyak pengalaman yang saya timba dan peroleh baik daripada kakitangan dan warga sekolah malahan juga daripada murid-murid sekolah ini sendiri. Bermula dari hari pertama saya sehinggalah hari ke-60 saya di sini\. Banyak kenangan dan ragam murid-murid dapat saya perhatikan sepanjang berpraktikum pada kali ini. Ada diantara murid tersebut yang sepatutnya mendapat pendidikan khas tidak dimasukkan ke kelas yang sepatutnya. Walaupun perbincangan telah dilakukan dengan pihak ibu bapa namun tiada tindakan diambil daripada pihak mereka. Berdasarkan apa yang terjadi, ini memberikan pengalaman kepada saya agar peka dengan murid-murid yang diajar kelak. Tidak semua ibu bapa memandang berat hal anak-anak mereka.

Sepanjang berpraktikum di sini juga, guru pembimbing saya iaitu Ustaz Mat Rozi Bin Abdullah telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna. Banyak perkara yang dikongsikan oleh beliau sepanjang tempoh beliau membimbing saya dan rakan. Antaranya ialah ilmu berkaitan kawalan kelas, kaedah pengajaran dan teknik pengajaran dikongsikan kepada kami memandangkan kami mendapat kelas yang pelajarnya agak nakal.

Selama hampir dua bulan berpraktikum di sini, banyak pengalaman dan ilmu telah saya timba baik dari pihak pentadbir sekolah mahupun Guru biasa dan juga dari pelajar-pelajar di sini. Keserasian bersama dengan Guru Pendidikan Islam yang ada di sini juga banyak membantu kami menyesuaiakan diri selama 8 minggu di sini. Sikap ramah mereka menyebabkan kami berasa selesa sepanjang 8 minggu itu dan kemesraan itu dapat dibina dengan baik dan saya rasakan mereka seperti sebuah keluarga yang rapat dengan saya. Murid-murid juga walaupun banyak kerenah namun kerenah itulah yang akan menjadi kenangan buat saya. Ilmu yang telah saya peroleh ini akan saya gunakan dan jadikan bekalan untuk saya menjalani proses pengajaran yang sebenarnya pada tahun hadapan kelak.